6
1.2 KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI.  Perpaduan membawa maksud “sesuatu per!a"an atau pr#ses pen$$abun$an dan kesepakatan untuk men%ad satu&'().Perpaduan %u$a b#"e! dertkan seba$a pen*atuan berba$a ke"#mp#k *an$ mempun*a "atar be"akan$ s#sa" dan kebuda*aan *an$ berbe+a serta men%ad entt ,+ka". Perpaduan %u$a meru%uk kepada !ubun$an bers,at t#"erans *an$ dwu%udkan se-ara bersamasama antara satu den$an "an da"am ka"an$an kaum dan etnk *an$ berbe+abe+a dem men-apa sesuatu mat"amat.  Inte$ras'/) pu"a meru%uk kepada pr#ses pen*atuan ke"#mp#k atau mas*arakat *an$ berb"an$ kaum *an$ ber"anan sepert 0e"a*u na Inda *an$ berbe+a daera! atau w"a*a! tempat tn$$a" adat resam -ara !dup "atar be"akan$ keper-a*aan dan pe$an$an a$ama *an$ ber"anan #"e! entt *an$ terkat #"e! n#rma dan n"a mas*arakat dem me"a!rkan satu dentt dan n"an"a murn bersama serta perasaan -nta akan ne$ara. 2.3 USA4AUSA4A KE ARA4 0E0ANTAPKAN PERPADUAN KAU0 DI 0A5A6SIA7  Prakarsaprakarsa *an$ damb" #"e! ker%aan te"a! member kesedaran kepada an$$#ta mas*arakat k!ususn*a mas*arakat 0a"a*sa tentan$ kepentn$an perpaduan dan nte$ras nas#na". Pr#ses pemantapan perpaduan serta nte$ras nas#na" *an$ d"aksanakan #"e! kera%aan a"a! memperkena"kan beberapa dasar men-akup bdan$ p#"tkek#n#m dan s#sa". 2.1 DASAR EKONO0I 8ARU 9DE8: Se"epas ne$ara dke%utkan den$an perstwa 1( 0e 1;<; '=) maka Tun Abdu" Ra+ak atu Perdana 0enter 0a"a*sa Kedua pada ta!un 1;>3 te"a! memperkena"kan Dasar Ek#n#m 8aru 9DE8:. Perstwa rusu!an kaum merupakan ke%utan s#s#p#"tk ter!adap ke!dupan mas*arakat ma%muk d ne$ara kta *an$ dpsa!kan %uran$ s#s#ek#n#m *an$ san$at ketara #"e! pen%a%a! tanpa datas sepenu!n*a #"e! pemmpn terda!u"u. 0aka kera%aan men$amb" strate$ *an$ tepat den$an men$a$!kan keka*aan ne$ara kepada semua kaum terutama kaum bumputera *an$ %au! ketn$$a"an da"am menkmat kemakmuran da"am ne$ara sendr menerus DE8'<) *an$ sepatutn*a men%ad !ak kaum bumputera. ?a"au ba$amana pun mas*arakat bukan bumputera %u$a tdak dna,kan !ak mereka. Da"am pe"aksanaan DE8 terdapat dua mat"amat *an$ d$arskan da"am dasar n atu membasm kemsknan dan men*usun semu"a mas*arakat d ne$ara kta. Keduadua mat"amat n mempun*a tu%u ara! *an$ satu atu men$nte$raskan dan memupuk perpaduan mas*arakat ma%muk 0a"a*sa.  2.1.1 STRATEGI 0E08AS0I KE0ISKINAN  Pembasman kemsknan tanpa men$ra kaum merupakan mat"amat utama DE8 kerana ddapat ba!awa #ran$ 0e"a*u "eb! ban*ak men$!adap kemsknan berbandn$ kaumkaum *an$ "an. Ddapat %u$a #ran$ 0e"a*u mas! %au! ketn$$a"an dan kuran$ mampu bersan$ den$an kaumkaum "an wa"aupun 0a"a*sa men$a"am pertumbu!an ek#n#m *an$ bak.O"e! tu dasar DE8 mem#denkan keadaan ke!dupan rak*at *an$ berpendapatan renda! sama ada d bandar atau d "uar bandar den$an menn$katkan "a$ pen*edaan kemuda!ankemuda!an asas dan %u$a *an$ bersabt den$an penddkan sepert bantuan buku dan basswa. '>) Den$an mem#denkan keadaan ke!dupan rak*at den$an men*edakan kemuda!an asas sepert penddkan  perk!dmatan perubatan beka"an ar dan beka"an e"ektrk'@) kese"esaan !dup dapat

abaikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

abai

Citation preview

1.2KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI.Perpaduan membawa maksudsesuatu perihalan atau proses penggabungan dan kesepakatanuntukmenjadi satu[3].Perpaduan juga boleh diertikan sebagai penyatuan berbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza serta menjadi entiti fizikal. Perpaduan juga merujuk kepada hubungan bersifat toleransi yang diwujudkan secara bersama-sama antara satu dengan lain dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza-beza demi mencapai sesuatu matlamat.Integrasi[4]pula merujuk kepada proses penyatuan kelompok atau masyarakat yang berbilang kaum yang berlainan seperti Melayu, Cina, India yang berbeza daerah atau wilayah, tempat tinggal, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan oleh entiti yang terikat oleh norma dan nilai masyarakat demi melahirkan satu identiti dan nilai-nilai murni bersama serta perasaan cinta akan negara.2.0USAHA-USAHA KE ARAH MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM DIMALAYSIA:Prakarsa-prakarsa yang diambil oleh kerjaan telah memberi kesedaran kepada anggota masyarakat khususnya masyarakat Malaysia tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah memperkenalkan beberapa dasar mencakupi bidang politik,ekonomi, dan sosial.2.1DASAR EKONOMI BARU (DEB)Selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969[5], maka Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Peristiwa rusuhan kaum merupakan kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya oleh pemimpin terdahulu. Maka kerajaan mengambil strategi yang tepat dengan mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB[6]yang sepatutnya menjadi hak kaum bumiputera. Walaubagaimana pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan dan memupuk perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.2.1.1STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB kerana didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.Oleh itu, dasar DEB memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan juga yang bersabit dengan pendidikan seperti bantuan buku dan biasiswa.[7]Dengan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas seperti pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik[8], keselesaan hidup dapat dinikmati oleh masyarakat sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan. Dan yang lebih penting ialah perpaduan dapat dibentuk kerana setiap anggota masyarakat dapat menggunakan dan menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan tanpa mengira bangsa dan kaum.Kerajaan mengambil langkah menubuhkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah.Seterusnya, kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan[9].Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi untuk membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum sekaligus memupuk perpaduan antara kaum.DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan. Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda dalam lingkungan umur antara 20-30 tahun[10].Hal ini disebabkan tawaran kerajaan dalam DEB kepada mereka sangat baik sekaligus untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), Federal Industrial Development Authority (FIDA), Malaysian Industrial Development Finance) dan Urban Development Finance) dan Urban Development Authority (UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada kaum Melayu dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara keseluruhan ataupun secara usaha bersama[11].Tahun 1990, telah menandakan berakhirnya DEB yang menjadi asas rancangan pembangunan negara untuk jangka masa 1970-1990 melalui zaman tiga Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohammad[12]. DEB banyak memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara kita sekali gus keamanan dapat dikekalkan sehingga hari ini. DEB tamat pelaksanaannya pada tahun 1990. Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Semangat DEB juga masih dikekalkan dalam pembangunan ekonomi negara pada masa kini dan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak sering kali menekankan semangat DEB wajar diteruskan demi pembangunan kaum bumiputera dan kaum-kaum lain di samping memupuk perpaduan antara kaum.2.3DASAR PENDIDIKANSistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masayarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan shaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan negara. Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950[13]sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Laporan Razak 1956[14]dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ia menjadi Akta Pelajaran 1961[15]. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Sebagai intihan, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini dan kajian sejarah yang diperoleh, dasar pendidikan membentuk perpaduan kaum.Cara-cara system pendidikan membentuk perpaduan ialah melalui:2.3.1Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi SemuaPada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.2.3.2Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama.Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.2.3.3Kurikulum Yang SamaKurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan)[16].2.3.4Sukatan pelajaran yang seragamSukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia(world view)setiap kaum di Malaysia hampir sama dantidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.2.3.5Peperiksaan yang seragamRancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam[17]. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para Pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya sehingga beliau mampu mencetuskan idea Wawasan 2020.2.4DASAR WAWASAN 2020Menjelang tahun 2020, Datuk Seri Mahathir Mohamad berharap menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya. Wawasan beliau tersebut adalah merupakan satu falsafah yang bermatlamatkan pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran seimbang. Sebenarnya, idea wawasan 2020 ini diinspirasikan oleh beliau pada 28 Februari 1991 dengan menjadikan sejarah kemajuan Jepun sebagai role model.Pada ketika itu, Mikado Meiji sebagai pemerintah negara Jepun mengambil masa selama 30 tahun untuk maju standing dengan negara maju lain.Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tekun membaca dan mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau mempunyai pandangan yang jauh dan bijak mentadbir negara.Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia juga merangkumi segala aspek kehidupan iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kesepaduan, kejiwaan dan kebudayaan.Dalam wawasan 2020 ini, terdapat sembilan cabaran[18]yang perlu diharungi oleh semua pihak. Cabaran yang pertama ialahmewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yangserupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.Cabaran yang kedua ialah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan majudengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. Cabaran ketiga membangunkan masyarakat demokratik yang matang,mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.Keempat, mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.Kelima mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyatpelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Keenam mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai dayaperubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.Ketujuh mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitusistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.Kelapan memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitumasyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.Akhir sekali cabaran kesembilan mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.Berdasarkan sembilan cabaran tersebut, kita dapat melihat cabaran-cabaran yang perlu dilalui bersangkut-paut dengan setiap ahli masyarakat di Malaysia. Oleh kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai entik, maka perpaduan perlu dibentuk dan dikukuhkan agar sembilan cabaran tersebut dapat dilalui bersama. Sepeti mana pepatah Melayu yang menyebut Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, nilai perpaduan ini harus diaplikasikan dalam politik, ekonomi, dan sosial. Ketahuilahtunjang utama pencapaian wawasan 2020 ini adalah perpaduan.3.0KESIMPULAN.Perpaduan integrasi nasional masyarakat majmuk adalah perlu supaya rakyat yang berbilang bangsa dan kaum hidup aman dan damai. Dengan perpaduan yang dibentuk di negara kita Malaysia, mampu menjadi role modelkepada negara lain. Kita juga hendaklah bersyukur kerana dapat hidup dengan makmur, bebas daripada peperangan, perbalahan, dan sebagainya. Kita juga haruslah berbangga dengan usaha-usaha drastik kerajaan yang memperkenalkan dasar-dasar sebagai usaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Untuk memastikan agar kemerdekaan dan kemakmuran terus dicapai, perpaduan hendaklah terus diwujudkan antara kaum melalui aspek politik, ekonomi, dan sosial. Justeru, diri setiap warganegara itu sendiri perlu dibangunkan dalam usaha mencapai perpaduan dan itegrasi nasional. Segala isu-isu sensitif seperti yang melibatkan perkauman dan keagamaan hendaklah dielakkan. Sementara amalan nilai-nilai murni seperti bersopan-santun, saling hormat menghormati, bertegur-sapa dan lain-lain hendaklah diterapkan dalam kehidupan seharian