Upload
firda
View
3.121
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
falsafah dan logika melayuabdullah munsyinoor adzlienda binti adnan
Citation preview
NAMA PELAJAR: noor adzlienda binti adnan
NO.MATRIK: JEA080169
KURSUS: PENGAJIAN MELAYU
LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD
Fakulti: pengajian melayu
PENGENALAN
ABDULLAH MUNSYI
1
Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi(1796-
1854) dan berasal dari keluarga yang terpelajar. Beliau berketurunan arab dari Yaman.
Beliau di lahirkan pada tahun 1797 di Melaka dan merupakan anak kepada Sheikh Abdul
Kadir. Beliau merupakan seorang guru agama dan guru bahasa arab yang menetap di
India selatan dan memperisterikan seorang isteri yang berketurunan India.
Abdullah merupakan pengkarya melayu yang pertama yang telah lari daripada
corak penulisan tradisional dan oleh kerana itu beliau telah di gelar bapa sastera
moden. Pada masa yng sama beliau telah menterjemah kitab injil ke dalam bahasa
Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh kristian di Singapura dan Melaka.
Antara karya-karya yang telah di hasilkan oleh beliau Syair Singapura di makan
Api(1830), Hikayat Abdullah(1849), Hikayat Binatang , Kisah Pelayaran Abdullah Ke
Jeddah(1854) dan Dewa-ul-kulub(1883). Ini adalah karya-karya yang di hasilkan oleh
beliau di sepanjang hayatnya.
Menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh beliau telah memperlihatkan
perkembangan bahasa melayu pada zaman tersebut. Karya yang dihasilkan di olah
dengan gaya bahasa yang tersendiri dan indah serta menggunakan kosa kata yang
banyak bagi mengungkap perkara-perkara yang baru akibat pertembungan budaya
barat dan timur. karya-karyanya juga tidak terikat dengan bentuk penulisan lama
seperti cerita donggeng/mitos, alam ghaib dan ajaib. Beliau juga menghasilkan
karya berdasarkan pengamatannya terhadap sesuatu perkara.
KUPASAN TENTANG FALSAFAH
ABDULLAH MUNSYI
2
Abdullah Munsyi adalah seorang pengkarya pertama yang di gelar bapa sastera
moden. Hal ini demikian kerana beliau telah memperlihatkan perkembangan bahasa
melayu melalui setiap karya kesusateraannya malahan juga beliau menyedari betapa
pentingnya buku nahu bahasa melayu. Ini adalah sebab mengapa beliau berpendapat
pentingnya buku nahu bahasa;
”Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau ada
nahu bahasa Melayu itu niscaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau
sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karang-mengarang. Maka
sungguhpun diletakkan hukumnya maka ada juga lagi beberapa perkataan yang tiada
menurut hukum itu. Umpamanya jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja
yang masuk dalam hukum itu, dan yang tiga puluh itu di luarnya”
Hal ini kerana nahu sesebuah bahasa itu dapat menyelesaikan masalah penggunaan
bahasa walaupun tidaklah membantu menyelesaikan seratus peratus. Tetapi ianya amat
penting untuk di pelajari khususnya pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar di ipt serta
pengkarya-pengkarya lain. Tetapi ianya tidak bermaksud yang kita akan menjadi pandai
dalam soal karang-mengarang sekiranya dapat menguasai nahu bahasa tetapi hanya
sekadar untuk memperkasakan lagi bahasa kita daripada dianggap tidak mengetahui apa-
apa tentang nahu bahasa.
Sekiranya dibandingkan penggunaan bahasa melayu sebelum munculnya Abdullah,
perbezaannya amat ketara sekali kerana bahasa yang digunakan oleh Abdullah Munsyi
3
ternyata ada perkembangannya berbanding pengkarya lain. Perhatikan bahasa yang
digunakan dalam petikan dibawah;
”Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munshi kepada tarikh sanat
1253 tahun. Maka bahawa sesungguhnya kepada tahun itu adalah barang
saudagar-saudagar orang China dan orang Yahudi yang duduk dalam negeri
Singapura, kira-kira sepuluh dan dua belas orang, telah memberi sambutan
dagangan kepada China sampan pukat empat buah, kira-kira empat lima puluh
ribu ringgit banyaknya, akan dibawanya ke negeri Pahang dan Trengganu dan
Kelantan, Patani dan Senggora.”
Perkembangan bahasa melayu yang diperlihatkan oleh Abdullah Munsyi dalam
petikan tersebut amat indah gaya penulisannya disertai dengan ungkapan-ungkapan baru
yang timbul. Perkembangan tersebut tidak hairanlah kerana beliau telah mendapat
pendidikan inggeris manakala sasterawan sebelumnya ramai yang mendaapt pendidikan
barat. Oleh sebab itu dalam setiap karya beliau akan terdapat perkataan-perkataan baru
hasil ubahsuaian beliau dari perkataan inggeris di melayukan.
Beliau juga menciptakan perkataan-perkataaan baru atau ungkapan baru dalam bahasa
melayu untuk mempercakapkan tentang hal-hal atau benda-benda baru yang timbul
kerana pertemuan antara budaya barat dan timur dan juga mengutarakan pandangan
orang melayu terhadap kedatangan british.
Hal ini demikian kerana beliau ingin memberitahu kepada orang melayu supaya
jangan berprangsaka buruk terhadap penjajah kerana tanpa jajahan dari mereka kita
4
mungkin akan kekurangan ilmu dari segi ilmu pengetahuan dan teknologi yang telah
dipindahkan oleh penjajah terhadap penduduk tempatan. Walaupun kita beranggapan
penjajah itu jahat namun kita perlu juga melihat dari sudut pandangan positif mengenai
penjajah kerana tanpa mereka kita tidak akan maju. Itulah mesej yang cuba disampaikan
oleh Abdullah Munsyi melalui penulisannya kepada penduduk tanah melayu supaya
mereka lebih berfikiran jauh dan positif menerima sesuatu..
Abdullah Munsyi juga memberikan kelainan dalam menghasilkan karyanya kerana
beliau menghasilkan karya yang tidak terikat dengan corak penulisan lama seperti
terdapatnya cerita mitos/donggeng, alam ghaib dan ajaib. Hal ini demikian kerana beliau
ingin menghasilkan sesuatu lain daripada yang lain dan mungkin juga kerana corak
penulisan tradisional tidak lagi sesuai digunakan dan sudah tiba masanya berlaku
pembaharuan dalam sastera melayu dan penggunaan bahasa melayu. Beliau juga
merasakan sekiranya berbuat demikian dengan menyelitkan unsur-unsur mitos atau alam
ghaib ianya tidak akan membantu perkembangan minda bahasa pembaca kerana perkara
tersebut hanya mitos dan bukannya benar-benar berlaku dalam kehidupan.
Oleh sebab itu didalam karyanya beliau telah menulis melalui hasil pengamatan
beliau terhadap sesuatu perkara. Beliau juga telah menulis pengalaman dan dijadikan
sebuah buku serta dikarang dengan bahasa yang baik dan indah oleh beliau. Kesemua
buku yang di hasilkan oleh beliau di karang berdasarkan kejadian yang betul-betul
berlaku dan tiada unsur mitos. Sebagai contoh Riwayat Abdullah merupakan buku yang
paling popular kerana ia menceritakan kisah Abdullah Munsyi dari kecil sampailah
dewasa.
5
Hal ini demikian kerana beliau berpendapat dengan menghasilkan buku berdasarkan
pengalaman beliau dapat mengajar generasi-genarasi zaman kini dan pembaca tentang
sesuatu perkara yang dialami oleh beliau dan fahami maksud yang ingin di sampaikan
oleh beliau. Selain itu, pembaca dapat pelajari perkataan-perkataan baru yang ditulis oleh
belia
Abdullah Munsyi juga telah memberikan kritikan yang pedas di dalam penulisannya
kepada golongan raja melayu dan golongan elit melayu di atas sikap golongan tersebut
serta komen dan kritikan terhadap penjajah inggeris. Keberanian beliau itu telah di
sifatkan sebagai fenomena baru dalam dunia penulisan melayu. Beliau berbuat
sedemikian kerana ingin menyedarkan golongan tersebut yang perbuatan sebegitu tidak
di terima oleh orang lain.
Adullah Munsyi merupakan sastera melayu yang amat dikagumi kerana beliau berani
dalam melakukan sesuatu dan menghasilkan sesuatu karya yang lain daripada yang lain
serta seorang yang berfikiran jauh dan memandang sesuatu perkara dari sudut positif dan
negatif .
-TAMAT-
SUMBER RUJUKAN:
CORNELIUS-TAKAHAMA, VERNON 2001-03-29 (NATIONAL LIBRARY BOARD SINGAPORE.
6
AINSLIE THOMAS EMBREE. ENCYLOPEDIA OF ASIAN HISTORY. MACMILLAN PUBLISHERS, 6 ISBN 0684186195.
SHELLABEAR W.G (TRANS) (1981). THE AUTOBIOGRAPHY OF MUNSHI ABDULLAH. SINGAPORE: METHODIST PUBLISHING HOUSE.
SUMBER DARI KATEGORI BACA-BACA, Buku Mesti Baca, PTS
DUNLOP, P.K.G.(2000) STREET NAME OF SINGAPORE(P.216) SINGAPORE: WHO’S WHO PUB. (CALL NO: SING 959.57 DUN)
A HISTORY OF SINGAPORE (P.300) (1996) SINGAPORE. OXFORD UNIVERSITY PRESS. (CALL NO: SING 959.57 HIS)
7
8
9
.
10
11
12
13
14
15