31
Mini Kolokium PhD KUIS Kajian Peringkat Ijazah Doktor Falsafah Oleh: Abu Zaki bin Ismail (IHA110029)

ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

  • Upload
    buidan

  • View
    275

  • Download
    9

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Mini Kolokium PhD KUIS

Kajian Peringkat Ijazah Doktor Falsafah

Oleh:

Abu Zaki bin Ismail (IHA110029)

Page 2: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

a. Bidang Penyelidikan:

Agama

Al-Quran

I’jaz (Kemukjizatan Al-Quran)

Jabatan Al-Quran & Al-Hadith,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Page 3: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Mukjizat Angka Dalam Al-Quran:

Kajian Perbandingan Antara

Bassam Nahad Jarrar dan

‘Abd al-Da’im al-Kahil

Prof Dato’ Dr Mohd Ya’kub

@ Zulkifli bin Haji Yusoff

b. Tajuk Penyelidikan:

c. Penyelia (1 sahaja):

Page 4: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Semester Pertama 2011

(September 2011)

e. Semester & Tahun Kemasukan:

Sekarang:

• Semester ke-7

Page 5: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

f. Limitasi Kajian:

Kajian ini adalah dalam lingkungan I’jaz al-Quran. Ia membahaskan tentang beberapa bentuk mukjizat dan dikhususkan kepada mukjizat dari aspek kiraan dan bilangan

dalam al-Quran. Kemudian, ia dibataskan pada karya dua orang penyelidik mukjizat

angka, iaitu Bassam Jarrar dan Abd al-Da’im al-Kahil sebagai perbandingan dari

sudut metodologi.

Maksud tajuk kajian:

“Satu penyelidikan yang membandingkan antara dua tokoh mengenai keajaiban dan kehebatan al-Qur'an yang berkait dengan aspek bilangan, jumlah atau nombor”

Page 6: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

1. Penyelidikan sekarang pada tahap penulisan kajian. 4 bab telah dihantar untuk semakan penyelia termasuk Pendahuluan, Bab 1, 2, 3 dan 4.

2. Bab 2 perlu sedikit pembaikan.

3. Rombakan telah dibuat untuk bab 3, 4 dan 5. Bab 3 dan 4 digabungkan, manakala bab 5 menjadi bab 4. Sebahagian kandungan akhir bab 3 & 4 dimasukkan pada awal bab 5.

4. Oleh itu, rekabentuk terkini dengan 5 bab adalah seperti berikut:

f. Tahap:

Page 7: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Pendahuluan: Metodologi Penyelidikan & Sorotan Kajian Lepas 1. Latar Belakang Masalah/Pengenalan 2. Pengertian Istilah Dalam Tajuk 2.1 Mukjizat 2.2 Mukjizat Angka 2.3 Kajian Perbandingan 2.4 Bassam Nihad Jarrar 2.5 ‘Abd al-Da’im Al-Kahil 3. Pernyataan Masalah dan Persoalan Kajian 3.1 Masalah Kajian 3.2 Rumusan Persoalan Kajian 4. Objektif 5. Kepentingan Kajian 6. Hipotesis 7. Skop Kajian 8. Sorotan Kajian Lepas 9. Metodologi 9.1 Metodologi Penyelidikan 9.2 Sumber Data 9.2 Analisis Data

Page 8: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Bab 1: Aspek-aspek Mukjizat Dalam Al-Qur'an Mukadimah 1.1 Mukjizat dan I‘jaz. 1.2 Kepentingan dan Tujuan Mukjizat 1.3 Ciri dan Syarat Mukjizat 1.4 Konsep Al-Quran Sebagai Mukjizat 1.4.1 Al-Qur'an Mukjizat Dari Aspek Bahasa 1.4.2 Al-Qur'an Sebagai Mukjizat Ma’nawi 1.5 Konsep I‘jaz al-Qur'an 1.5.1 Cabaran Al-Qur'an 1.5.2 Respon Terhadap Cabaran 1.5.4 Asal-Usul Istilah I‘jaz Al-Qur'an 1.5.5 Konsep al-Sarfah Sebagai Asas I‘jaz 1.5.5 Karya Awal Tentang I‘jaz al-Qur'an

1.6 Kepelbagaian Aspek Mukjizat Al-Qur'an 1.6.1 I‘jaz Bayani 1.6.2 I‘jaz Ghaybi 1.6.3 I‘jaz Ta’thiri 1.6.4 I‘jaz ‘Ilmi (Tajribi) 1.6.5 I‘jaz Tasyri‘i 1.6.6 I‘jaz ‘‘Adadi 1.6.7 I‘jaz Rasm 1.6.8 I‘jaz Tilawah

Page 9: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

2.6 Bentuk-bentuk Kajian Angka 2.6.1 Bilangan Surah, Ayat, Kalimah dan Huruf 2.6.2 Susunan Surah dan Ayat. 2.6.3 Kalimah-kalimah Yang Berulang 2.6.4 Nilai Angka Abjad 2.6.5 Angka Atau Nombor Pilihan Dalam Al-Qur’an 2.6.6 Huruf-huruf Pembukaan Surah(Fawatih Suwar) 2.6.7 Kesimpulan 2.7 Piawai Dalam Kajian Mukjizat Angka 2.8 Kritik Terhadap Teori Mukjizat Angka 2.8.1 Kritik terhadap Istilah I‘Jaz. 2.8.2 Kritik Terhadap Kaedah Pengiraan 2.9 Kesimpulan

Bab 2: Kajian Angka Sebagai Salah Satu Mukjizat Al-al-Qur’an 2.1 Angka dan al-Qur'an 2.2 Asal-Usul Kajian Angka 2.2.1 Asal-Usul Kiraan Dalam Al-Qur'an 2.2.2 Asal-Usul Tafsir Berdasarkan Angka Dan Kiraan 2.2.3 Asal-Usul Konsep Mukjizat Angka 2.3 Terminologi Berkaitan Mukjizat Angka 2.3.1 Istilah-istilah 2.3.2 Pertikaian Tentang Istilah 2.3.3 Perbandingan Dengan Istilah Lain (Tasawwuf) 2.4 Keprihatinan Umat Terhadap Mukjizat Angka 2.5 Rasm ‘Uthmani, Susunan Ayat dan Surah serta Hubungannya Dengan Mukjizat Angka

Page 10: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Bab 3: Biografi Bassam Nihad Jarrar dan ‘Abd al-Da’im al-Kahil 3.1 Bassam Jarrar 3.1.1 Kelahiran 3.1.2 Keluarga Jarrar 3.1.3 Pendidikan 3.1.4 Guru-guru 3.1.5 Kerjaya 3.1.6 Kesarjanaan dan Aktiviti Akademik 3.1.7 Perjuangan Palestin / Dibuang Daerah 3.1.8 Markaz Nun 3.1.9 Karya 3.1.10 Karya Dalam Mukjizat Angka

3.2 ‘Abd al-Da’im al-Al-Kahil 3.2.1 Kelahiran 3.2.2 Keluarga Al-Kahil 3.2.2 Pendidikan 3.2.3 Guru-guru 3.2.4 Kerjaya 3.2.5 Aktiviti Akademik 3.2.6 Laman Web Kaheel7.com 3.2.7 Karya Dalam Mukjizat Angka 3.2.8 Karya Lain 3.3 Hubungan Antara al-Kahil dan Bassam Jarrar

Page 11: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Bab 4: Analisis Perbandingan: Metodologi Dua Tokoh Dalam Mukjizat Angka 4.1 Perbezaan Latar Belakang Persekitaran dan Pendidikan 4.2 Sumber-sumber Kajian 4.2.1 Sumber Ulum al-Qur’an dan Tafsir 4.2.2 Sumber Ilmu Lain 4.2.3 Kaedah Pengiraan dan Semakan 4.2.4 Hisab Jummal 4.3 Kaedah Penyampaian 4.3.1 Buku 4.3.2 Laman Web 4.3.3 Seminar dan Bengkel 4.3.4 Rancangan Televisyen

4.4 Topik-topik Yang Dibincangkan 4.4.1 Konsep I’jaz ‘‘Adadi 4.4.2 Kepentingan Mukjizat Angka 4.4.3 Piawai Mukjizat Angka 4.4.4 Susunan Surah dan Ayat 4.4.5 Huruf-huruf Awal Surah 4.4.6 Bilangan 19 dan Komentar Terhadap Rasyad Khalifa 4.4.7 Bilangan 3 dan 7 4.4.8 Keseimbangan Bilangan 4.4.9 Carta Perbandingan Topik-topik 4.4.10 Ramalan Berdasarkan Angka 4.4.11 Pendekatan Yang Disepakati 4.4.12 Pendekatan Yang Berbeza

Page 12: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Bab 5: Penutup 5.1 Rumusan Bab 1 5.2 Rumusan Bab 2 5.3 Rumusan Bab 3 5.4 Rumusan Bab 4 5.5 Kesimpulan 5.6 Saranan

Page 13: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Pembentangan

Abu Zaki bin Haji Ismail, 2013, Polemik I‘jaz al-Qur'an dari I‘jaz Balaghi hingga i‘jaz ‘Adadi. The 3rd Annual International Quranic Conference 2013. (13-14 Mac 2013). Center for Quranic Research, UM.

Abu Zaki Bin Haji Ismail, 2012, Klasifikasi Data dan Penemuan Kajian Angka Dalam al-Qur'an ( تقسيم معطيات The 3rd International (ونتائج البحوث عن العدد في القرآنConference on Numerical Miracles in the Quran, Universiti Malaya. Grand Season Hotel, Kuala Lumpur.

Mukjizat Angka Dalam al-Qur’an. Kajian Perbandingan Antara Bassam Nihad Jarrar & Abd al-Daim al-Kahil, Mini Kolokium Calon SLAK KUIS.

Page 14: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Jurnal

Prof Dato’ Dr Mohd Ya’kub @ Zulkifli bin Haji Yusoff & Abu Zaki bin Ismail Cabaran Dalam Mengketengahkan Kajian Angka Sebagai Mukjizat al-Qur'an, Jurnal al-Bayan, Jabatan Al-al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Page 15: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

f. Nota penting kertas kerja:

a. Tajuk

b. Abstrak

c. Pengenalan

d. Sorotan literatur

e. Rekabentuk penyelidikan

f. Kesimpulan

Page 16: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

a. Tajuk:

Cabaran Dalam Mengketengahkan Kajian Angka

Sebagai Mukjizat al-Qur'an

Page 17: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

b. Abstrak:

Mukjizat angka bukan sahaja telah dibincangkan oleh para penyelidik al-Quran sejak awal abad ke 20 lagi. Kajian mendapati bahawa cetusan

idea ini telah ada seawal permulaan kurun kelima Hijrah lagi. Ia merupakan sebahagian dari hasil tadabbur terhadap al-Quran dan

manifestasi dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "al-Quran kitab Allah... yang tidak terhenti keajaibannya." (Riwayat al-Tirmidhi).[1]

Namun, usaha mengangkat kajian angka dalam al-Quran ini menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Artikel ini menganalisis asal-usul mukjizat angka dan cabaran-cabarannya. Pada masa depan, penemuan kajian angka dan mukjizat angka yang bernilai perlu diketengahkan dan dibezakan dari penemuan yang tidak objektif dan diada-adakan agar ia

benar-benar menepati konsep i‘jaz serta mendapat dukungan dari kalangan pakar. Pengalaman i‘jaz yang lain tentu membantu kita

memahami situasi dan keperluan ini.

[1] al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Bab Ma Ja’a fi Fadl al-Qur'an, hadis no. 2831, Jil. 10, hlm 147.

Page 18: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

b. Pengenalan:

Kajian angka merupakan salah satu cabang kajian al-Qur'an yang turut mengayakan khazanah ulum al-Qur'an terutama dalam konteks i‘jaz. Namun, penerimaan terhadap kajian angka dan konsep i‘jaznya tidak mudah untuk diterima masuk ke dalam lingkungan mukjizat kerana beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman adalah kaedah kiraan dan justifikasi mukjizat, manakala faktor luaran adalah hubungan dan kaitan kajian angka dengan ajaran agama dan fahaman lain. Namun begitu, sesetengah penemuan angka dalam al-Qur'an memang tidak dapat dinafikan mengandungi nilai atau sekurang-kurangnya isyarat yang menarik perhatian pembaca dan pengkaji al-Qur'an. Justeru, untuk mengenepikan kajian angka dan konsep mukjizatnya dirasakan tidak wajar. Sebaliknya menerima segala-gala kajian angka tanpa garis panduan atau disiplin khusus hanya menyebabkan kalangan yang bersikap kritis akan terus menolaknya begitu sahaja. Oleh itu, analisis terhadap cabaran-cabaran dalam mengangkat kajian angka ke tahap mukjizat tentu dapat menimbulkan sikap objektif, kritis dan adil dalam menghargai sesuatu yang berkait dengan wahyu ilahi ini.

Page 19: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

c. Sorotan Literatur:

Penulisan kajian angka sudah banyak diterbitkan sama ada cetakan atau secara maya.

Kebanyakan artikel ditulis mengenai kajian angka mengkritik metodologi kajian, terutama cara pengiraan.

Kalangan pendukung menulis tentang piawai/standard yang diperlukan untuk kajian angka.

Page 20: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Sorotan Kajian Lepas

Tajuk Oleh/Tahun/Tempat Komentar

1. General Rules of The Numerical Miraculousness in The Qur’an

(Artikel Jurnal/ Kertas Simposium)

Muhammad Zaki Muhammad Khadar, International Bediuzzaman Symposium Papers No 4, A Contemporary Approach of Understanding The Quran. The Example of The Risale-i Nur

1998

Artikel ini membincangkan tentang kedudukan mukjizat angka sebagai salah satu kajian tentang mukjizat al-Qur'an yang sesuai dengan perkembangan zaman, sama seperti mukjizat bahasa, bayan dan mukjizat saintifik. Perbincangan ini turut membuat beberapa kategori kajian angka iaitu kalimah berulang dalam al-Qur'an, kemunculan nombor tertentu, huruf-huruf muqatta‘ah di awal surah dan kategori lain-lain. Turut dibincangkan tentang kaedah pengiraan dan penggunaan kiraan untuk meramal masa depan. Dalam kesimpulan, penulis mengemukakan beberapa asas panduan dalam kajian angka iaitu kedudukan rasm ‘Uthmani, asas pada perkara yang disepakati dan melibatkan angka-angka lain. Umumnya, kajian-kajian angka menyokong kewujudan mukjizat angka dalam al-Qur'an.

Page 21: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Sorotan Kajian Lepas (sambungan)

2. Kasyafat Ayat al-Qur'an al-Karim. Dirasah lil-Ittijahat al-Naw‘iyyah wa al-‘Adadiyyah wa Tara’iq al-Tartib.

(Jurnal)

Musa‘id bin Salih al-Tayyar, Majallah Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, Riyadh, Bil 1, 2002.

Kajian ini mensasarkan kepada trend kualitatif dan kuantitatif dalam penemuan-penemuan berkaitan dengan ayat al-Qur'an. Hasilnya, penemuan-penemuan tentang al-Qur'an adalah pelbagai dan menggunakan kaedah susunan yang berbeza. Penemuan-penemuan ini dapat dibahagikan kepada empat iaitu; penemuan tentang lafaz, penemuan tentang tema, penemuan tentang ayat-ayat pertama dan penemuan lain-lain. Penemuan tentang lafaz mencapai nisbah tertinggi (40.4%).

Page 22: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Sorotan Kajian Lepas (sambungan)

3. Konotasi Angka-angka Dalam Al-Qur’an. Suatu Kajian Tafsir Maudu’i

(Sarjana)

Mikdar Rusdi, Disertasi Universiti Kebangsaan Malaysia 2003

Membincangkan tentang kalimah-kalimah yang membawa makna angka dalam al-Qur’an (ahad, wahid, ithnayn, thalathah, thuluth, rubu‘ dan sebagainya) dengan tujuan mengetahui hikmahnya dan mengenal kemukjizatan al-Quran serta peletakannya dalam al-Qur’an. Perbincangannya dibahagikan kepada tiga aspek iaitu angka yang berkaitan dengan Allah, manusia dan alam sekitar. Perbahasan tentang angka berkaitan dengan Allah hanya menghuraikan ayat-ayat tentang tauhid (angka satu) dan menafikan syirik (angka dua dan tiga). Kajian membincang tentang kalimah bererti angka yang disebut dalam al-Qur’an termasuk yang menyentuh soal-soal ibadah dan hukum syara’ seperti bahagian-bahagian pusaka. Juga kalimah-kalimah bererti bilangan dalam kisah-kisah para rasul dalam al-Qur’an.

Page 23: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Sorotan Kajian Lepas (sambungan)

4. Angka Tujuh Dalam al-Qur'an

(Sarjana)

Zahidan Haji Abd. Wahab di Universiti Malaya 2004

Kajian ini memfokuskan kepada semua angka dan bilangan tujuh yang disebut dalam al-Quran termasuk bilangan langit yang tujuh, tujuh hari puasa dalam ibadat haji, tujuh gandaan pahala, tujuh tahun subur dan tujuh tahun kemarau dalam mimpi Nabi Yusuf, tujuh pintu neraka, tujuh yang berulang (surah al-Fatihah), tujuh pemuda Ashab al-Kahf, tujuh lautan dan tujuh malam azab kaum ‘Ad. Penulis menyimpulkan bahawa angka tujuh adalah salah satu mukjizat al-Qur’an.

Page 24: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Sorotan Kajian Lepas (sambungan)

5. Maqulah al-I‘jaz al-‘Adadi Dirasah Naqdiyyah

(Jurnal)

Ahmad Khalid Syukri, al-Majallah al-Urduniyyah fi al-Dirasat al-Islamiyyah (Mafraq), Jil 3, Bil 3, 2007.

Secara umu, artikel ini mengkritik konsep mukjizat angka. Ia membincangkan tentang sejarah dan sandarannya dengan mengemukakan kritikan. Selain itu, ia membahagikan penyelidik dalam kajian angka kepada dua kategori; pengkaji dari pengkhususan syariah (agama) dan pengkaji dari pengkhususan lain (kejuruteraan, matematik dan lain-lain). Kebanyakan kesilapan dalam kajian angka berlaku di kalangan penyelidik bukan pengkhususan agama. Seterusnya, ia mengemukakan kritikan terhadap kajian-kajian angka berdasarkan isu perbezaan qiraat, rasm al-Qur'an, isu pemilihan lafaz dan bilangan serta penggunaan hisab jummal (angka abjad), ramalan tentang perkara ghaib dan masa depan. Tanpa menegaskan pendirian terhadap konsep mukjizat angka, penulis menyatakan hasratnya agar kritikannya mendorong lebih banyak kajian dan diskusi.

Page 25: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Sorotan Kajian Lepas (sambungan)

6. Bunyah Mi‘yariyyah Iliktruniyyah li al-Qur'an al-Karim wa Aliyah al-Tawthiq wa al-Musadafah al-Raqmiyyin

(Jurnal)

Izz al-Din Lazriq, Majma‘ al-Malik Fahd li Tiba‘ah al-Mushaf al-Syarif, 2009

Artikel ini membentangkan kajian komprejensif tentang sistem maklumat untuk memelihara al-Qur'an dalam rasm ‘Uthmani dan berdasarkan qira’at-qira’at yang sahih. Teks al-Qur'an diproses secara elektronik menggunakan teknologi penstrukturan XML terkini beserta pengukuran yang berkaitan dan sistem kod piawaian global. Sistem ini membolehkan pencarian teks al-Qur'an yang mengambil kira kepelbagaian kod, baris, qira’at dan lain-lain. Ia juga menyediakan pengesahan ayat al-Qur'an secara automatik menggunakan perkhidmatan web dan kaedah tandatangan digital.

Page 26: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Sorotan Kajian Lepas (sambungan)

7. Evaluation And Theorotical Critism of Numerical Miracle of The Holy Quran

(Jurnal)

Pahlevan Mansur, Shafiei Said, Iranian Journal For The Quranic Sciences, 2010

Artikel ini mengaitkan kemajuan dalam penyelidikan keagamaan (khususnya kajian angka) dengan penggunaan komputer dan perisiannya secara meluas. Antaranya adalah penemuan yang berkaitan dengan nombor-nombor tertentu. Namun, ia tidak dapat dikatakan sebagai mukjizat kerana setengah penemuan tersebut tidak mungkin digunakan untuk setiap ayat atau terma dalam al-Qur'an. Ia mungkin hanya diistilahkan sebagai keajaiban nombor tertentu. Ia juga menegas-kan bahawa al-Qur'an bukan sebuah kitab yang bermain dengan nombor. Sebaliknya, ia mensasarkan minda manusia untuk berfikir tentang alam. Istilah mukjizat bilangan tidak dapat diterima. Pengkaji membataskan i‘jaz al-Qur'an hanya pada keindahan luaran yang mengejutkan seperti bayan dan irama yang harmoni serta pada kehebatan ajarannya.

Page 27: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Sorotan Kajian Lepas (sambungan)

8. Nineteen: A Story

(Jurnal) (Sage)

Naveeda Khan, Anthropological Theory, Jun 7, 2010

Artikel ini menganalisis dari aspek antropologi terhadap percubaan Rashad Khalifa untuk mengetengahkan kebenaran al-Qur'an di zaman moden. Ia dianggap sebahagian dari sejarah panjang polemik tentang autoriti teks agama. Beliau cuba menangani keraguan terhadap al-Qur'an dengan mengetengahkan kod 19 tetapi mendapat tentangan dari kaum Muslimin kerana sebab-sebab tertentu. Ia menyimpul-kan bahawa setengah keraguan itu tidak dapat ditangani menggunakan fakta sains.

Page 28: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

d. Reka Bentuk:

1.0 Mukadimah 2.0 Konsep Kajian Angka 3.0 Pelopor Asal-usul kiraan dalam al-Qur'an Asal-usul tafsir berdasarkan angka dan kiraan Asal-usul konsep mukjizat angka 3.1 Asal-Usul Kiraan Dalam Al-Qur'an Pertama: Tafsiran Sembilan Belas (Zaman Sahabat) Kedua: Tafsiran dan Penentuan Laylah al-Qadr (Zaman Sahabat). Ketiga: Tafsiran Seribu Bulan (Zaman Tabi‘in) – 167H 3.2 Asal-Usul Tafsir Berdasarkan Angka Dan Kiraan 3.3 Asal-Usul Konsep Mukjizat Angka

Page 29: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

4.0 Cabaran-Cabaran i. Kerangka Konsep – Isu Berbilang Sudut I‘Jaz. Tahap pertama peringkat teori mukjizat Tahap kedua soal kepelbagaian mukjizat ii. Kaedah Pengiraan & Konsistensi iii. Struktur al-Qur'an, Perbezaan Angka dan Bilangan

a. Bilangan ayat b. Susunan c. Qiraat d. Juzu’

iv. Kurang Dukungan Pakar Bidang v. Terpalit dengan Ajaran Sesat dan Agama Lain vi. Penyelewengan Dalaman a. Penemuan dikaitkan ramalan b. Mengangkat diri c. Mengangkat mazhab

d. Reka Bentuk (sambungan):

Page 30: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

e. Kesimpulan:

Firman Allah SWT dalam surah al-Ra’d, ayat 17:

Maksudnya: “...Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi..”

Page 31: ABU ZAKI BIN ISMAIL.pdf

Sekian

Terima kasih.