11
ﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﷲﺘﺘﺘﺘﺘﺘ ﺘﺘﺘﷲﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘﺘ

Adab Menghormati Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Adab Menghormati Guru

Citation preview

Page 1: Adab Menghormati Guru

السالمعليكمورحمةاهللاوبركاته

بسمهللالرحمنالرحيم

Page 2: Adab Menghormati Guru

ADAB TERHADAP GURU

Disusun Oleh :

Novia Aluia Mustika Amanda

Page 3: Adab Menghormati Guru

Latar Belakang

Ilmu amat tinggi kedudukannya di dalam Islam. Demikian pula mereka yang mengajarkan dan menyebarkan ilmu. Setiap akhir masa pengajian, atau satu peringkat tarbiyah, lahir dari rahim pendidikan, orang-orang berilmu ke dunia; samada peringkat rendah atau peringkat tinggi, termasuklah para sarjana dan golongan professional. Namun berapa banyakkah dari mereka dikira murid yang menghormati guru-guru mereka?.

Di zaman kini, Tak sedikit orang pandai, namun banyak yang lupa, seolah-olah kepandaian dan kekayaan ilmunya menjadi dengan sendirinya tanpa sentuhan dan doa para guru-guru mereka yang mengajarkan secara ikhlas. Islam sangat menganjurkan agar umatnya menghormati para ulama dan guru-guru mereka.

Page 4: Adab Menghormati Guru

Hadist – Hadist tentang Menghormati Guru

“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)   Abu al-Aswad berkata: Tiada suatu pun yang lebih mulia daripada ilmu;

raja-raja adalah pemimpin bagi rakyat sedangkan para ulama adalah pemimpin kepada raja.

  Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma pula berkata: Nabi Sulaiman ‘alaihissalam

diberikan dua pilihan antara harta dan kekuasaan, Baginda memilih ilmu lalu Baginda pun dikurniakan juga dengan harta serta kekuasaan.

 

Page 5: Adab Menghormati Guru

Cara Menghormati Guru

Dalam kitab Ta'lim Muta'allim dijelaskan bagaimana cara menghormati guru;

Tidak boleh berjalan di depan gurunya, Tidak duduk di tempat yang diduduki

gurunya, Bila dihadapan gurunya tidak memulai

pembicaraan kecuali atas izinnya. Murid mestilah mendapatkan ridha dari

gurunya.

Page 6: Adab Menghormati Guru

Kelebihan Mengajar Ilmu yang Bermanfaat

Dalam Islam, mengajarkan ilmu yang bermanfaat itu adalah suatu amalan yang dipandang tinggi, sangat mulia dan satu kerja yang suci di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta Rasul-Nya.

  Firman Allah Ta‘ala dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-

Anbiya’ ayat 7:     Tafsirnya: “Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu’dz Dzikri jika

kamu tidak mengetahui.”(Surah An-Nahl: 43 dan Al-Anbiyaa’: 7)

  Ahlu’dz Dzikri bermaksud orang-orang yang mengetahui tentang

Kitab-Kitab Allah. Ayat ini menjadi dalil bahwa sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang orang yang tidak mengetahui.

Page 7: Adab Menghormati Guru

(lanjutan)

Amirul Mukminin Sayyidina Umar Ibnu Al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu pula berkata: Kematian seribu ahli ibadat yang bangun beramal ibadat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir tentang apa yang Allah Ta‘ala halalkan dan apa yang diharamkan olehNya.

  Yahya bin Mu‘az berkata: Para ulama lebih menyayangi umat

Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ayah-ayah serta ibu-ibu mereka. Lalu ditanyakan kepadanya: Bagaimana pula begitu? Lalu Yahya menjawab: Ibu-bapa menjaga anak-anaknya daripada neraka (kesusahan) dunia, sedangkan para ulama menjaga mereka daripada neraka akhirat.

  Sebahagian ulama berkata: Para ulama umpama pelita zaman.

Tiap seorang daripada mereka merupakan pelita yang menyinari ahli zamannya.

Page 8: Adab Menghormati Guru

Adab Menghormati Guru

1. Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.

Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir.

  2. Mereka memandang guru dengan perasaan penuh

hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru

Page 9: Adab Menghormati Guru

(lanjutan)

  3. Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat

berkat serta beroleh ilmu yang akan tercurah daripadanya pada bila-bila masa serta menjadikannya qudwah (ikutan).

4. Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti “engkau” dan “awak” dan tidak memanggil atau meneriaki guru dari jauh.

  Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya, maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu.

Page 10: Adab Menghormati Guru

(lanjutan)

5. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru.

Sesungguhnya, menuntut ilmu itu adalah satu bentuk ibadah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya untuk bermegah-megah ataupun untuk berbantah-bantah dengan ilmu tersebut.

6. Mereka berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta bimbingannya terhadap segala kebajikan dan tegahan serta tegurannya ke atas segala kekurangan atau kemalasan dan sebagainya bagi memperbaiki diri dan mengganggap teguran, asuhan, didikan serta keprihatinan guru itu sebagai rahmat dan kurniaan yang tak terhingga kepada mereka oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala

Page 11: Adab Menghormati Guru

lanjutan

7. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun

tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.

   8. Mereka tidak mendatangi guru di luar daripada majlis ilmu yang

umum (di luar dari jadual waktunya untuk mengajar dan sebagainya) kecuali dengan izinnya, sama ada guru mereka itu sedang bersendirian mahupun sedang bersama dengan orang lain.

  Jika tidak ada izin daripada guru itu sedangkan guru itu

mengetahui bahawa mereka sedang meminta izin untuk mendatanginya, maka mereka akan beredar dan tidak mengulangi isti’zan (permohonan izin) mereka