Masyarakat Bajau

  • Upload
    aryjune

  • View
    827

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Masyarakat Bajau

Sejarah Masyarakat BajauBangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara. Terdapat pelbagai pendapat tentang kedatangan asal usul masyarakat Bajau. Antaranya ada yang mengatakan masyarakat Bajau berasal daripada: 1. Johor 2. Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia 3. kepulauan Maluku 4. Selatan Filipina

Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik1. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri abah dan sekitarnya.Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir. Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut mahir yang menggunakan cara penangkapan tradisional pada masa dahulu.

Mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud.Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualiti dan senang di dapati sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pengunjung yang singgah di Kota Belud.

Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia. Bajau yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya.

Di Sabah, mereka adalah nelayan yang tinggal di daerah Semporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran mereka adalah nelayan, pesawah dan penternak serta bercucuk tanam. Bajau ota elud pula digelar Koboi Sabah mini kerana Bajau sudah lama terkenal dengan penunggang kuda dan menjadi pesawah serta penternak.

Mayarakat Bajau dikenali sebagai sea nomad atau sea gypsies oleh penjajah atau penulis-penulis Barat dan nama itu kekal menjadi rujukan pihak-pihak tertentu hingga ke hari ini.Bagi masyarakat Bajau itu sendiri mereka menamakan bangsa mereka sebagai bangsa Samah dan daripada perkataan Samah itulah terbit nama bahasa mereka iaitu Sinamah. Bagaimana bangsa ini mendapat namanya sebagai Bajau, ia masih lagi kabur.Kekaburan ini menyebabkan perbahasan di kalangan segelintir individu sehingga ada antara mereka yang membuat pengklasifikasian mengikut logik masing-masing kononnya Bajau adalah yang menjadi peribumi Sabah, Badjao adalah yang mendiami gugusan kepulauan Mindanao, dan Badjoe adalah yang mendiami wilayah Indonesia.

Apakah penyebab timbul pelbagai nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe?Faktor penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan Filipina. Penjelasan: Ketiga-tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa penjajah ini menggunakan huruf Rumi dalam sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut memperkenalkan sistem tulisan Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan sistem ejaan yang berbeza-beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan Sistem Tulisan Rumi Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupun Sistem Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses penambahmantapan akibat peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasa Inggeris.

Masyarakat Bajau dapat dibahagi kepada 2 kumpulan:

Bajau

Palau (Bajau Laut)

Samah (Bajau Darat)

Rajah 1: Kelompok masyarakat Bajau.

Orang Bajau boleh dibahagikan kepada:

Orang Bajau Pantai Barat. Menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar.

Orang Bajau Pantai imur Menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Masyarakat Bajau Palau (Bajau Laut)

Sehingga tahun 1950-an, Palau tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi.

Mereka hanya mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka.

Bahasa

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama.Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama.

Kosa kata Bahasa-bahasa Bajau

Aku sayang pada mu - Alasah aku ma ka'ah Siapa namamu? - Sai on nu?

Tak lama lagi aku jadi bapa = Embalna atoggol aku jari emmakAku suka padamu - Bilahi aku ma ka'ah

Agama dan kepercayaan

Majoriti masyarakat Bajau beragama Islam. Menurut kajian hampir 100% masyarakat Bajau Darat (Samah) adalah beragama Islam. Manakala, masyarakat Bajau Laut (Palau) memeluk pelbagai agama; di antaranya Islam, Kristian dan ada juga yang tidak beragama.

Upacara perkahwinan

Orang-orang Bajau mempunyai adat perkahwinan yang agak unik di kalangan kaum-kaum di Sabah ini. Adat perkahwinan mereka melibatkan upacaraupacara yang lain dari yang lain. Sebelum hari perkahwinan tiba, Upacara Penyucian Mapaci dijalankan. Kadang-kadang upacara ini diadakan beberapa hari sebelum hari perkahwinan.

Nama Mapaci diambil daripada perkataan 'Paci' atau 'Pacar' iaitu sejenis tumbuhan yang mengeluarkan cecair merah selepas dihancurkan. Pacar ini diletakkan ditelapak tangan pengantin perempuan sebagai penyucian sebelum berkahwin. Perkataan Mapaci juga dikatakan diambil daripada 'pemacian' atau maksudnya pembersihan dari bahasa Bugis. Cecair merah ini juga digunakan untuk mewarnakan kuku pengantin perempuan sejak turun-temurun lagi.

Aktiviti sebelum menjelangnya hari perkahwinan adalah tarian, memainkan muzik kecapi, pertunjukkan pakaian tradisional serta pakaian perkahwinan.

Semasa hari perkahwinan dijalankan, pengantin lelaki bersama-sama sanak-saudaranya akan ke rumah pengantin perempuan. Bergantung kepada situasi, pengantin lelaki ada kalanya menunggang kuda bersama-sama saudaranya ke rumah pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki ini juga disertai gadisgadis muda yang memakai baju tradisional mereka yang berwarna-warni dengan membawa hantaran serta derma kepada keluarga pengantin perempuan. Hantaran perkahwinan termasuklah emas, kain-kain serta set berlian.

Selepas rombongan pengantin lelaki itu tiba, mereka semua akan bersalam-salaman dan kemudian upacara akad nikah akan dilangsungkan. Upacara ini disaksikan oleh seorang warga kaum Bajau yang terkenal atau dihormati contohnya ketua kampung. Setelah upacara ini diselesaikan, para jemputan akan dijemput untuk menjamu selera manakala pasangan pengantin akan duduk bersanding. Acara-acara tambahan akan dilangsungkan pada sebelah petang seperti tarian untuk menandakan kemuncak upacara perkahwinan dan untuk mengalu-alukan kedatangan para tetamu.

Adat Kelahiran

Wanita yang mengandung hendaklah mengikut beberapa pantang larang. Tujuannya:

1. mengelakkan bahaya sewaktu mengandung 2. menjaga keselamatan dirinya serta kandungan 3. memudahkan proses kelahiran

Antara pantang larang:1. Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. 2. Tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana di bimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.

Selepas Melahirkan Anak

Duri dan benda-benda tajam akan di letakkan bagi mengelakkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Ibu harus memakai sarung yang berwarna gelap,biasanya hitam,kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayi.

Adat Kematian

Doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama islam.

Adat naja-naja iaitu berjalan berulang alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara-mara terdekat akan dilakukan.Disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil semasa pengebumian. Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat. Tujuannya: semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa.

Upacara keagamaan seperti yang dilakukan oleh masyarakat islam lain akan diadakan. Keluarga dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang pada hari pertama hingga hari ketujuh.Antaranya ialah,dari hari pertama sehingga hari ketujuh,rumah si mati tidak boleh dicuci.

Makanan TradisionalSagol / Senagol Putu

Kima

Tompe (Tinompeh)

Makanan

Rajah 3: Senarai makanan tradisional Bajau.

Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama:1. Makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). 2. Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang.

KIMA

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollotsollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Kima boleh dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

Sagol / Senagol

Sagol/enagol (Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan.Sagol/enagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincangcincang dan dimasak dengan kunyit.

Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

Cara Membuat Sagol / Senagol

Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal.Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol/enagol iaitu sagol/enagol kering (tiada kuah) dan sagol/enagol basah (berkuah).

PUTU

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehektehek, ayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut)

Tompe (inompeh)

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.

Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.

Tarian Tradisional

Dalling-dalling

Runsai

Tarian

Igal-igal Bajau

Limbai

Dalling-dalling

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai.

Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan emporna. Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu.Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan.

Diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang.Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan keduadua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun.

Limbai dan Runsai

Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau KOTA BELUD.

Ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.Merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.

Diiringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

Pakaian TradisionalWanita memperagakan: I. Blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit. II. Perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki pula memperagakan: 1. Baju potongan Cekak Musang. 2. Seluar. 3. Samping dan Destar.