Upload
hairi-md-jali
View
402
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Citation preview
EDU 5812
P E N G U R U S A N K E W A N G A N D A L A M P E N D I D I K A N
TUGASAN 2:
KERTAS KONSEP -
AKAUNTABILITI SEKOLAH
Nama : Mohd Hairi Bin Md Jali
No. Matrik : GS32749
Pensyarah : Dr. Suhaida Binti Abdul Kadir
F A K U L T I P E N G A J I A N P E N D I D I K A N
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
KANDUNGAN ii
SENARAI RAJAH iii
1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan 3
2.1 Asas Pengurusan Kewangan Sekolah 3
2.2 Definisi Akauntabiliti 3
2.2 Tiga Elemen Dalam Konsep Akauntabiliti 6
3.0 Kepentingan Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan 7
4.0 Model Pengurusan Kewangan Sekolah 9
5.0 Kajian Lampau Akauntabiliti Kewangan Sekolah 11
6.0 Kesimpulan 13
RUJUKAN 14
ii
SENARAI RAJAH
TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1.0: Proses Pengurusan Kewangan Tradisional. 1
Rajah 2.0: Proses Pengurusan Kewangan Bersepadu. 2
Rajah 3.0: Tiga Elemen dalam Akauntabliti. 6
Rajah 4.0: Kesan negative ketiadaan akauntabiliti dalam pengurusan
kewangan (INTAN,2005). 8
Rajah 5.0: Model pengurusan kewangan sekolah (Sutton, M., 1996). 9
Rajah 6.0: Sumber kewangan sekolah. 10
iii
1.0 Pengenalan
Di dalam setiap badan-badan kerajaan atau organisasi swasta pasti akan ada
pengurusan kewangan yang kebiasaannya akan berada di bawah Jabatan Pengurusan. Bagi
pengurusan kewangan awam, terdapat proses bagi pihak kerajaan menggunakan langkah-
langkah tertentu bagi memperolehi dan memperuntukan sumber-sumber kewangan
berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan yang tertentu. Setiap langkah-langkah yang
dijalankan haruslah mematuhi cara-cara dan kawalan-kawalan tertentu supaya dapat
mencapai matlamat secara cekap dan berkesan. Terdapat dua proses pengurusan kewangan di
Malaysia, iaitu tradisional dan bersepatu. Dalam proses tradisional, terdapat tiga elemen yang
telah ditetapkan iaitu belanjawan, pembiayaan dan pengawalan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.0.
Rajah 1.0: Proses Pengurusan Kewangan Tradisional.
Dalam proses pengurusan kewangan bersepatu pula mengandungi enam cara yang
telah ditetapkan, dimana terdapat elemen proses tradisional di dalamnya. Elemen yang
terdapat dalam proses bersepatu adalah pemprograman, belanjawan, perancangan,
pembiayaan, pengawalan dan penilaian seperti Rajah 2.0 di bawah.
Pengurusan kewangan di Malaysia mempunyai prinsip-prinsip utama iaitu legaliti dan
akauntabiliti. Legaliti bermaksud pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-
undang dan peraturan, manakala akautabiliti bermaksud memikul amanah untuk menjalankan
aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalannya.
BELANJAWAN
penyediaan pelan kerja yang spesifik dan terperinci untuk mencapai matlamat.
PEMBIAYAAN
peruntukan sumber-sumber kewangan untuk melaksanakan program-program bagi mencapai objektif.
PENGAWALAN
memastikan aktiviti-aktiviti dilaksanakan mengikut pelan kerja yang telah ditetapkan melalui sistem perakaunan, laporan dan auditan yang ditetapkan.
Rajah 2.0: Proses Pengurusan Kewangan Bersepadu.
Tiap-tiap tahun kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit bagi tujuan
menambahbaik mutu pendidikan di Malaysia. Pengurusan kewangan adalah amat penting
dalam memajukan sesebuah negara. Menurut kata-kata William Gladstone iaitu bekas
Perdana Menteri United Kingdom “Bagaimana pentingnya perut untuk manusia, begitulah
pentingnya pengurusan kewangan untuk sesebuah negara”. Ini dapat menegaskan lagi
kepentingan pengurusan kewangan di sekolah, kerana tanpa peruntukan kewangan yang
mencukupi atau perancangan pengagihan wang yang efisien, maka banyaklah program dan
aktiviti di sekolah tergendala.
Konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan terutama dalam sekolah akan
dibincangkan lebih terperinci di dalam kertas konsep ini.
2
PENILAIAN
Kajian untuk menentukan keberkesanan sesuatu program/aktiviti.
PENGAWALAN
Memastikan aktiviti-aktiviti dilaksanakan mengikut pelan kerja yang telah ditetapkan melalui sistem perakaunan, laporan dan auditan yang ditetapkan.
PEMBIAYAAN
Peruntukan sumber-sumber kewangan untuk melaksanakan program-program bagi mencapai objektif.
PERANCANGAN
Penentuan Visi, Misi, Objektif dan keutamaankeutamaan yang hendak dicapai.
BELANJAWAN
Penyediaan pelan kerja yang spesifik dan terperinci untuk mencapai matlamat.
PEMPROGRAMAN
Pemilihan aktiviti-aktiviti yang terbaik untuk mencapai matlamat.1
2.0 Konsep Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan
2.1 Asas Pengurusan Kewangan Sekolah
Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-
prinsip pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur, mengarah,
melaksana, mendorong, mengawal dan melapor (Mahashim Bajuri, 1994).
Pengurusan kewangan melibatkan pentadbiran kewangan ditadbir secara
bijaksana agar mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks pengurusan kewangan
di peringakat sekolah ianya ditakbir bagi mencapai objektif, antaranya;
i. Untuk mengadakan kawalan ke atas pungutan dan perbelanjaan yang
dilakukan oleh pihak sekolah dengan cara yang teratur supaya tidak berlaku
kesilapan dan kehilangan.
ii. Untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap perakaunan
kewangan sekolah.
iii. Untuk membolehkan kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah
diketahui pada masa-masa tertentu (Zaidatol Akmaliah, 2001).
Mahashim Bajuri (1994), menegaskan bahawa fungsi utama pengurusan
kewangan meliputi a) merancang penggunaan dan keperluan kewangan, b)
memperolehi sumber kewangan, c) mendapatkan wang dengan syarat-syarat yang
ditentukan, dan d) melaporkan prestasi kewangan.
2.2 Definisi Akauntabiliti
Konsep akauntabiliti telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu dan
sejarah awalnya dikesan pada zaman Aristotle dalam buku The Politics apabila
dia mengatakan, “Some officials handle large sums of money: it is, therefore,
necessary to have other officials to receive and examine the accounts. These
inspectors must administer no funds themselves. Different cities call them examiners,
auditors, scrutineers and public advocates”.
3
Lello (1993) menyatakan, akauntabiliti melibatkan perkara melaporkan kepada
orang lain sama ada dalam keadaan sukarela ataupun paksaan. Ia memberi makna
mempunyai tanggungjawab moral tentang apa yang dilakukan dan juga perlu
menjawab (answerable) kepada orang lain. Beliau juga menegaskan bahawa
akauntabiliti adalah sebahagian elemen penting pentadbiran dalam masyarakat yang
demokratik. Fidler, Russel and Simkins (1997) membezakan antara dua jenis
akantabiliti seperti berikut:
Akauntabiliti Keras (Hard Accountability)
i. Terdapat jangkaan bahawa A akan bertindak dalam cara yang konsisten
dengan keperluan B yang sah.
ii. A akan mengemukakan beberapa bentuk keterangan kepada B untuk
prestasi mereka.
iii. B boleh menjalankan sekatan ke atas A jika A gagal untuk mematuhi
jangkaan B.
Akauntabiliti Lembut (Soft Accountability)
i. Adalah apabila B mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhi
tingkah laku A.
ii. Hak B tidak disertai oleh mana-mana cara untuk memastikan kepatuhan
atau menghukum ketidakpatuhan.
iii. Kejayaan bergantung kepada strategi pengaruh yang didapati daripada B
untuk meyakinkan A bahawa kepatuhan adalah berbaloi.
Menurut Kamus Istilah Pentadbiran Perniagaan Pengajian Tinggi Dewan
Bahasa dan Pustaka, akauntabiliti bermaksud kepertanggungjawaban. Mengikut
Chamber 20th Century Dictionary, akauntabiliti bermaksud ‘liability to give account
for something to somebody; responsibility to fulfil obligation’. Setiap takrifan di atas
menunjukkan tanggungjawab yang perlu ditanggung apabila seseorang melakukan
kesalahan dan perlu menjelaskan kesalahan itu kepada pihak yang tertentu.
“Accountability is the fundamental pre-requisite for preventing the abuse of
delegated power and for ensuring instead that power is directed towards the
achievement of broadly accepted national goals with the greatest degree of efficiency,
effectiveness, probity and prudence” (Jabbar & Dwivedi, 2000).
4
Seperti yang telah dinyatakan di bahagian pengenalan, akauntabiliti
merupakan salah satu prinsip utama dalam pengurusan kewangan yang berfungsi
sebagai alat kawalan dalam menyediakan sistem kerja yang tersusun dan memastikan
bahawa semua sumber digunakan dengan terancang, efisien dan berhemah untuk
melindungi kepentingan semua pihak. Akauntabiliti juga merupakan satu elemen yang
penting untuk memastikan bahawa undang-undang, peraturan dan arahan berkaitan
kewangan dipatuhi serta menjamin integriti dalam laporan kewangan dan
penyenggeraan akaun.
Daripada takrifan dan penerangan berkaitan di atas, akauntabiliti dari segi
konsep pengurusan kewangan boleh ditakrifkan sebagai kepertangungjawabkan
seseorang yang diberikan kuasa untuk menguruskan sesuatu dana, dimana ianya
mestilah dapat memberi penjelasan kepada pihak yang berhak mengenai polisi yang
digunakan untuk menguruskan dana, tatacara dana digunakan dan keberkesanan
penggunaan dana yang dipertanggungjawabkan.
Kogan (di dalam Watt et al., 2002) mentakrifkan akauntabiliti sebagai
“answerable to one’s clients (moral accountability), liable to oneself, one’s
colleagues (professional accountability), and responsible to one’s employers
(contractual accountability). Akauntabiliti dinyatakan sebagai
kepertanggungjawaban, bertanggungan dan bertanggungjawab terhadap tindakan atau
keputusan tertentu (Watt et al.,2002). Akauntabiliti juga merujuk kepada memberi
kuasa untuk tindakan yang diambil dan bertangungjawab terhadap tindakan tersebut.
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ishak Tadin menyatakan, “Public
accountability means the answerability and responsibility of
persons/authorities/public organizations for the resources entrusted to them and their
obligation to report at regular intervals to the owner (the public) on the transactions
and changes that may have taken place during the course of their
stewardship/guardianship for a determined period of time…”
Daripada kenyataan bekas Ketua Audit Negara di atas, dapat difahamkan
bahawa dalam konteks sektor awam, akauntabiliti ditakrifkan sebagai tanggungjawab
individu atau organisasi dalam menjalankan tugas dan menguruskan sumber-sumber
5
awam melalui perwakilan kuasa. Individu atau organisasi yang menjadi wakil yakni
menerima kuasa perlu melaporkan balik kepada pihak yang mewakilkan kepadanya.
Dalam konteks pengurusan kewangan di sekolah, konsep akauntabiliti
melibatkan hubungan antara dua pihak. Pihak yang pertama ialah yang mewakilkan
kuasanya (Kementerian Pelajaran Malaysia/Jabatan Pelajaran Negeri) manakala pihak
kedua (pengurus sekolah/pengetua) ialah yang bersetuju menerima kuasa dan
melaksanakannya. Pihak kedua bertanggungjawab melaporkan kembali tentang cara
melaksanakan kuasa kepada pihak pertama.
Oleh yang demikian, akauntabiliti ialah obligasi ataupun kewajipan seseorang
untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai tindakan dan prestasi kepada
pihak yang memberikan kuasa kepadanya (INTAN, 2005).
2.3 Tiga Elemen Dalam Konsep Akauntabiliti
Konsep Akauntabiliti berkait rapat dengan pengurusan wang dan aset awam
dengan jujur dan cekap (Abdul Rahman Hashim & Gurdev Singh, 2005). Oleh itu,
ianya merujuk kepada tiga elemen Ekonomi, Kecekapan dan Keberkesanan.
Rajah 3.0: Tiga Elemen dalam Akauntabliti.
Elemen Penjelasan
6
Akauntabiliti
Ekonomi
KeberkesananKecekapan
Ekonomi
Wang perlu digunakan dengan sepatutnya untuk membeli barangan yang hanya perlu. Harga barang atau perkhidmatan yang dibeli mestilah berpatutan dengan kualiti barangan atau perkhidmatan yang diperolehi (worth the money).
Tetapi, adalah tidak munasabah kita membeli barangan yang lebih murah tetapi tidak boleh digunakan. Contohnya, membeli toner baru untuk mesin cetak dalam suatu jualan murah. Toner tersebut mungkin sudah rosak, bocor atau sudah luput yang boleh menyebabkan kerosakkan mesin cetak. Akibatnya, lebih banyak wang perlu dibelanjakan untuk memperbaiki mesin cetak atau membeli yang baru.
Kecekapan Nisbah input (kos yang terlibat untuk melaksanakan sesuatu program) kepada output (keberkesanan program/kepuasan pelanggan).
Keberkesanan Sesuatu ukuran pencapaian. Impak penggunaan wang iaitu pencapaian ekoran daripada program atau aktiviti yang dijalankan.
Di sekolah, output biasanya diukur dari segi pencapaian pelajar dalam peperiksaan.
Sumber: Abdul Rahman Hashim & Gurdev Singh, 2005
3.0 Kepentingan Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan
Falsafah Perbendaharaan dalam sistem pengurusan kewangan ialah “Biar Pengurus
Mengurus”. Penurunan kuasa melakukan perbelanjaan serta agihan dan pindahan peruntukan
oleh Perbendeharaan. Sekatan dihapuskan atau dilonggarkan dengan harapan pengurusan
kewangan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan lagi tanpa perlu merujuk
kepada pihak atasan ataupun Perbendaharaan.
Di dalam pengurusan amnya dan pengurusan kewangan khususnya, tuntutan
akauntabiliti sebagai prasyarat. Jika akauntabiliti tiada dalam setiap pengurusan kewangan,
perwakilan kuasa yang diberikan oleh pihak atasan kepada agensi, organisasi atau individu
hanya akan menjadi penyerahan kuasa sahaja tanpa memberi panduan atau langkah-langkah
serta produk (output) yang sepatutnya dihasilkan melalui penggunaan kuasa bagi
menggunakan dan mengagihkan peruntukan (INTAN, 2005).
Peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada pihak-pihak tertentu untuk
digunakan dalam melaksanakan program dan aktiviti tertentu adalah merupakan wang awam.
Setiap wang awam ini perlulah dibelanjakan mengikut sepertimana yang telah dirancang dan
dianggarkan mengikut sistem, undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
7
Setiap anggota perkhidmatan awam yang dipertanggungjawabkan untuk membelanjakan
wang awan tersebut, hendaklah ia member penjelasan terhadap cara penggunaannya kepada
Parlimen dan pihak berkuasa. Akauntabiliti merupakan jaminan bahawa wang awam akan
diuruskan dengan cekap (INTAN, 2005).
Proses dan mekanisme akauntabiliti akan menentukan sama ada seseorang anggota
perkhidmatan awam telah;
i. membelanjakan peruntukan yang diberikan kepada agensi, program, aktiviti atau
projeknya mengikut perancangan dan anggaran, sistem, procedur dan peraturan
semasa;
ii. mengutip hasil dengan cepat dan cekap;
iii. mendapatkan pulangan terbaik setiap ringgit yang dibelanjakan; dan
iv. menyelenggarakan aset dan stor di bawah kawalannya dengan baik.
(INTAN,2005)
Kesan negatif darpada ketiadaan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan boleh berlaku
dalam sesebuah jabatan seperti Rajah 4.0di bawah.
Rajah 4.0: Kesan negative ketiadaan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan.
(INTAN,2005)
8
Kesan Negatif Ketiadaan
Akauntabiliti
Amaun kutipan hasil kurang atau
merosot
Pembaziran sumber
Lewat menyiapkan projek
Penyelenggara-an aset dan stor kurang
sempurna
Melumpuhkan pengurusan
perkhidmatan awam
Berlaku jenayah rasuah,
penyelewengan dan salahguna kuasa
Kos pembelanjaan perkhimatan awam akan meningkat dan menganggu perjalanan
sesuatu perkhidmatan awan serta menjejaskan status kewangan negara disebabkan kerana
kesan-kesan negatif tersebut. Seharusnya sistem pengurusan kewangan yang baik adalah
perlu untuk memastikan mutu perkhidmatan awam meningkat dan seterusnya mengurangkan
perbelanjaan. Tetapi dengan ketiadaan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan akan
menyebabkan perbelanjaan untuk perkhidmatan awan terus meningkat. Demi menanggung
pembelanjaan lebihan ini, kerajaan mungkin terpaksa menaikkan cukai atau meminjam duit
dengan faedah yang tinggi.
4.0 Model Pengurusan Kewangan Sekolah
Dalam pengurusan kewangan sekolah secara amnya mempunyai tiga model sepert
Rajah 5.0 di bawah.
Rajah 5.0: Model pengurusan kewangan sekolah (Sutton, M., 1996).
1) Model Berpusat (Central Model).
Model ini hanya mementingkan keputusan yang dibuat oleh sebelah pihak atau
satu badan sahaja, contohnya, pengetua sebagai pemimpin sekolah atau keputusan yang
dibuat secara bersama oleh Jawatankuasa sekolah seperti PIBG. Pembuat keputusan
seharusnya membuat pertimbangan yang teliti, menyerap dan menilai segala maklumat
untuk membuat keputusan yang berkesan bagi memenuhi objektif organisasi.
9
Model Pengurusan Kewangan Sekolah
Model Berpusat (central model)
Model Tidak Berpusat
(disentralisasi)
Model Cantuman (hybrid)
Di Malaysia, model ini merujuk kepada sekolah PTJ (Pusat Tanggungjawab).
Terdapat tiga sumber kewangan sekolah iaitu Wang Suwa, Wang Kerajaan dan Wang
Asrama. Kesemua bentuk wang ini adalah berbentuk geran (KPM, 2000).
Rajah 6.0: Sumber kewangan sekolah.
Peruntukan yang diterima oleh sekolah PTJ perlu dibelanjakan berdasarkan
pembahagian-pembahagian yang telah ditetapkan oleh Pusat Tanggungjawab. Pengetua
sebagai pengurus kewangan sekolah tidak boleh membelanjakan peruntukan sesuka hati
dan tanpa perancangan dan objektif tertentu. Sekiranya pihak sekolah ingin menggunakan
peruntukan sedia ada untuk tujuan lain, kebenaran daripada Pusat Tanggungjawab perlu
diperolehi terlebih dahulu. Pengetua hanya mempunyai kuasa di peringkat sekolah
terhadap peruntukan yang telah ditetapkan. Pengetua dan pentadbir sekolah perlu
mempunyai akauntabiliti dalam mengurus kewangan sekolah dengan cekap dan berkesan.
Kelebihan model ini adalah segala keutamaan sekolah akan lebih difahami dan
dapat ditangani dengan baik. Selain itu, keputusan dapat dibuat dalam kerangka tujuan
dan objektif sekolah secara keseluruhan. Model ini juga menggalakkan kosisten kepada
sekolah dan tumpuan kepada kepentingan sesetengah pihak dapat dielakkan.
2) Model Desentralisasi
Keputusan dalam model ini dibuat oleh individu yang bertindak sebagai
pemegang bajet iaitu pengetua. Pengetua menggunakan satu formula untuk mengagihkan
10
Sumber Kewangan
Sekolah
Wang Suwa (wang yang diterima sekolah
melalui yuran khas, derma, sewaan asset sekolah, jualan kedai buku, yuran peperiksaan dalaman dan
penerimaan pihak luar)
Wang Kerajaan(semua penerimaan
bantuan daripada pihak kerajaan) Wang Asrama
(semua penerimaan berkaitan asrama, dalam bentuk
pemberian atau bantuan daripada kerajaan, atau kutipan
daripada pelajar)
sumber kewangan dengan lebih mudah, cepat, terbuka dan adil. Formula yang digunakan
adalah berdasarkan jumlah pelajar dan jumlah masa guru mengajar dalam seminggu.
Model ini juga digunakan di sekolah PTJ dimana laporan audit tahunan sekolah
tanpa teguran bersyarat selama tiga tahun berturut-turut. Sumber kewangannya tidak lagi
berdasarkan kepada per kapita dan per kepala tetapi berdasarkan peruntukan khas sedia
ada iaitu dalam bentuk sistem buku VOT (peruntukan waran) dan peruntukan yang
diberikan berdasarkan kepada kertas kerja yang dikemukan oleh pihak sekolah. Setiap
perbelanjaan mesti direkodkan dalam buku VOT (Buku Peruntukan Perbelanjaan: Kew,
88 – Pin 4/19). Pengetua mempunyai kuasa menandatangani semua baucer bayaran.
Dalam hal ini, seseorang pengetua haruslah mempunyai akauntabiliti yang tinggi dan
merupakan satu kewajipan untuk menjawab kepada segala tanggungjawab yang diberi
melalui perwakilan kuasa. Apabila seseorang pengetua itu mempunyai akauntabiliti
dalam pengurusan kewangan, segala aktiviti kewangan sekolah dapat dilaksanakan
dengan cekap dan berkesan. Selain daripada akauntabiliti kewangan, pengetua juga
seharusnya mempunyai akauntabiliti dalam pengurusan dan perancangan sekolah.
3) Model Hybrid
Merupakan sistem yang ekslusif dan banyak sekolah yang menggunakannya
secara ‘mix and match’ bagi memenuhi keperluan struktur organisasi, stail pengurusanm
objektif pendidikan dan keperluan pekembangan. Model ini mempunyai strategi yang
tersendiri dalam tujuan perkembangan pusat dengan mengagihkan perbelanjaan
pengurusan berdasarkan formula dan mengekalkan sumber. Di dalam model ini,
keputusan berkaitan kewangan dibuat oleh pengetua dan kadang kala dibuat oleh staf
kewangan sekolah.
5.0 Kajian Lampau Akauntabiliti Kewangan Sekolah
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik berkenaan
dengan akauntabiliti kewangan di sekolah. Dalam kajian Mgadla Xaba dan Dumisane
Ngubane (2010), ‘Financial accountability at schools: challenges and implications’, pengkaji
ingin mengkaji cabaran yang dialami sekolah kerajaan dalam melaksanakan akauntabiliti
kewangan. Faktor penyumbang utama sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan
11
kapasiti untuk melaksanakan fungsi akauntabiliti kewangan seperti yang dimanifestasikan
dalam fungsi belanjawan, perakaunan dan laporan. Pengurusan kewangan sekolah yang
teratur dan baik adalah penting dalam menentukan semua kejayaan pembelajaran dan
pengajaran pendidikan serta pengurusan sekolah. Pengkaji menyatakan bahawa akauntabiliti
dalam pengurusan kewangan adalah sama pentingnya dengan menurut undang-undang yang
merupakan satu keperluan undang sekolah. Sekolah wajib menguruskan dana sekolah dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan semua proses akauntabiliti kewangan yang
diperlukan dalam memastikan kecepakan, keberkesanan, menjimatkan dan telus dalam
pengunaan kewangan dan sumber-sumber lain (Republic of South Africa, 1999).
Dalam kajian ini pengkaji menyatakan sebab-sebab pengurusan kewangan dan
akauntabiliti sekolah lemah. Salah satu sebabnya ialah kekurangan pengalaman dan latihan
dalam mentadbir sekolah (Bush et al., 2006). Oleh itu, pihak pengurusan sekolah atau
pentadbir mestilah berusaha untuk menguruskan kewangan dan mempraktikkan akauntabiliti
dalam pengurusan kewangan. Dalam kajian lain, pengkaji menyatakan ramai pengetua atau
pentadbir sokolah kekurangan pengetahuan kewangan dan kemahiran mengurus (R.Mestry,
2004). Pihak pengurusan sekolah dan pentadbir perlu menguasai ilmu kewangan dan cara
untuk menguruskannya untuk memastikan aspek akauntabiliti wujud dalam pengurusan
kewangan di sekolah. Apabila pentadbir sekolah telah mempunyai ilmu dalam pengurusan
kewangan dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam menguruskan sumber kewangan,
barulah akauntabiliti pengurusan kewangan terbina yang memjadikan pengurusan kewangan
sekolah berkesan, cekap dan ekonomi.
Setiap sekolah memerlukan pengetua dan staf sokongan yang cukup dan
berkemahiran untuk melaksanakan pengurusan kewangan sekolah dengan cekap dan
berkesan (KPM, 2006). Menurut Amin Senin (2008), pengurusan kewangan merupakan salah
satu keperluan berkompetensi berimpak tinggi selain daripada pengurusan ICT dan
pengurusan perubahan. Prngetua harus mempunyai asa pengetahuan yang tinggi di dalam
pentadbiran kewangan sekolah (Murphy & Halinger, 1989). Tooler & Guthrie (2003) pula
menyatakan pengurusan kewangan adalah salah satu tanggungjawab terpenting bagi seorang
pengetua walaupun peruntukan dan sumber yang diperolehi adalah terhad. Oleh yang
demikian, pengetua seharusnya meningkatkan usaha untuk memahirkan diri dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pengurusan kewangan seperti mana yang
telah termaktub dalam Arahan Perbendaharaan 16, “….ignorance of the law is no excuse”
(Arahan Perbendaharaan Negara, 1992). Menurut Ramaiah (1992), pengetua sekolah di
Malaysia akan dilantik berdasarkan ‘seniority’, dan bukan berasaskan kelayakan profesional
12
kepengetuaan. Menurutnya lagi, pengetua yang telah dilantik seseorang tidak semestinya
mempunyai kemahiran pentadbiran kewangan seperti yang diperlukan. Tambahan pula
kursus kewangan hanya diberikan selepas pelantikan pengetua dibuat (Mohamed Mahmood,
1997). Akauntabiliti pengetua dalam pengurusan kewangan di sekolah adalah sangat
diperlukan untuk mengurus dana yang diberikan oleh kerajaan dengan cekap dan berkesan.
Di dalam satu kajian ‘kepimpinan dan proses kawalan terhadap peruntukan kewangan
sekolah: perspektif Malaysia’, antara punca yang menyebabkan sesebuah sekolah gagal
dalam menguruskan kewangan adalah kepimpinan sekolah itu sendiri. Pengetua atau
pentadbir sekolah kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal kewangan sekolah. Implikasinya, mereka akan
menyerahkan kuasa dan tugas menguruskan kewangan sekolah kepada pembantu kewangan
sekolah tanpa sebarang semakan yang teliti. Seseorang pengetua seharusnya bersikap
accountable dengan kuasa dan autoriti yang dimiliki dalam menguruskan kewangan sekolah.
Akauntabiliti dengan kuasa dan autoriti yang dimiliki dalam menguruskan kewangan sekolah
bermaksud satu proses yang melibatkan pengetua dan warga sekolah dalam merancang,
mengagih dan menggunakan sumber manusia, wang tunai, harta awam dan perkhidmatan
bagi mencapai matlamat organisasi (KPM, 2005 dalam M. Faizal A. Ghani et al., 2010).
6.0 Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan mengenai dengan akauntabiliti dalam pengurusan
kewangan khususnya di sekolah. Konsep akauntabiliti adalah amat penting dalam sesebuah
organisasi pendidikan terutamanya dalam pengurusan kewangan. Akauntabiliti seseorang
pentadbir sekolah iaitu pengetua amat dititikberatkan dalam memastikan setiap pengurusan
kewangan dan setiap keputusan yang dibuat dengan cekap dan berkesan. Setiap peruntukan
yang diberikan oleh kerajaan melalui perwakilan kuasa hendaklah dibelanjakan dengan
berhemah dan mengikut setiap peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Pentadbir sekolah atau pengetua akan bertanggungjawab di atas setiap kesalahan yang
berlaku dalam pengurusan kewangan sekolah dan pengetua harus menjawab kepada pihak
atasan yang memberikan kuasa dengan memberikan penjelasan. Oleh yang demikian, setiap
pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan kerana
kerajaan akan menurunkan kuasa kepada pengetua untuk menguruskan bajet yang diberikan.
13
Rujukan
Fidler, B., Russel, S. & Simkins, T. (1997). ‘Choices for Self-Managing Schools – Autonomy
and Accountability’. London: Paul Chapman Publishing Ltd.
Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN) (2006), Pentadbiran dan pengurusan awam
Malaysia . Kuala Lumpur: Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000), ‘Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan
Sekolah’, Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lello, J. (1993). Accountability in Practice. London: Biddles Ltd.
Lewis, T. (2003), ‘Course handbook: practical financial management for NGOs – Getting
the basics right’. Available at http://www.mango.org.uk
M. Faizal A. Ghani, Norfariza M. Radzi, Saedah Siraj & Faisol Elham (2010), ‘Kepimpinan
Dan Proses Kawalan Terhadap Peruntukan Kewangan Sekolah: Perspektif Malaysia’.
Mestry, R. (2004), ‘Financial accountability: the principal or the school governing body?
South African Journal of Education, 24(2).
Mgadla Xaba & Dumisane Ngubane (2010),‘Financial accountability at schools: challenges
and implications’. Journal of Education.
Sharil Marzuki & Marzita Abu Bakar (2008), Pelaksanaan Pengurusan Kewangan Sekolah
Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) : Isu dan Cabaran.
Watt P, Richards S & Skelcher C (2002), ‘Review of public administration in Northern
Ireland. Briefing paper: Accountability’.
14