18
1.0 PENDAHULUAN Akhbar atau majalah memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di negeri-negeri melayu atau tanah melayu fungsi awalnya hanyalah untuk melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat 1 . Perkembangan penerbitan akhbar pada perinkat pertama adalah dipelopori oleh orang Inggeris seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette 2 dan pada akhir abad tersebut barulah muncul akhbar berbahasa melayu pertama iaitu Jawi Peranakan di Singapura. Namun akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di singapura 3 . Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbitan dan peneraju bagi akhbar akhbar 4 melayu ini adalah dari kalangan orang melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin luas, meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah orang melayu, 1 Amzah Abdul Manaf,(2001),Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur:Utusan publications & Distributors Sdn Bhd, hlm.313 2 Akhbar berbahasa Inggeris ini telah diterbitkan pada tahun 1806 di Pulau Pinang. Ia diusahakan oleh pencetak berbangsa Inggeris iaitu A.B. Bone. 3 Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1876 yang merupakan perintis dalam kegiatan penerbitan akhbar Melayu di Negeri-negeri Melayu. Lihat Kassim Thukiman, (2002), Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Hlm. 59. Melalui akhbar ini berita-berita dari luar dan dalam negeri dimuatkan di samping menggalakkan pendidikan Melayu dan pembicaraan tentang Bahasa Melayu. Lihat juga Yahaya Ismail, (1986), Ke Mana Melayu Pulau Pinang?, Kuala Lumpur: Dinamika Kreatif Sdn. Bhd. 4 Contohnya seperti akhbar Chahaya Pulau Pinang oleh Abdul Ghani Muhd. Kassim,Utusan Melayu oleh Mohd. Yunus Abdullah, akhbar Suara Melayu, Lembaga Malaya dan Utusan Zaman. 1 | HSM 3043 MALAYSIA ABAD KE-20

Akhbar Hantar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

akhbar

Citation preview

1.0 PENDAHULUAN

Akhbar atau majalah memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di negeri-negeri melayu atau tanah melayu fungsi awalnya hanyalah untuk melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat[footnoteRef:2]. Perkembangan penerbitan akhbar pada perinkat pertama adalah dipelopori oleh orang Inggeris seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette[footnoteRef:3] dan pada akhir abad tersebut barulah muncul akhbar berbahasa melayu pertama iaitu Jawi Peranakan di Singapura. Namun akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di singapura[footnoteRef:4]. Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbitan dan peneraju bagi akhbar akhbar[footnoteRef:5] melayu ini adalah dari kalangan orang melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin luas, meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah orang melayu, pendidikan dan politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu. Akhbar melayu dalam tempoh 1900 sehingga sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran sosial dalam kalangan diri orang melayu yang masih tidur dan menyemarakkan lagi semangat orang melayu yang telah untuk membela nasib mereka. Peranan akhbar dilihat sebagai satu alat bagi mengwujudkan kesedaran sosial dan ianya dapat dibuktikan melalui penerbitan akhbar Al-imam iaitu bertujuan mengingatkan mana yang lalai dan menjaga mana yang tidur dan menundukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan[footnoteRef:6]. [2: Amzah Abdul Manaf,(2001),Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur:Utusan publications & Distributors Sdn Bhd, hlm.313] [3: Akhbar berbahasa Inggeris ini telah diterbitkan pada tahun 1806 di Pulau Pinang. Ia diusahakan oleh pencetak berbangsa Inggeris iaitu A.B. Bone.] [4: Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1876 yang merupakan perintis dalam kegiatan penerbitan akhbarMelayu di Negeri-negeri Melayu. Lihat Kassim Thukiman, (2002),Malaysia: Perspektif Sejarah danPolitik, Skudai: Universiti TeknologiMalaysia.Hlm. 59. Melalui akhbar ini berita-berita dari luar dandalam negeri dimuatkan di samping menggalakkan pendidikan Melayu dan pembicaraan tentang BahasaMelayu. Lihat juga Yahaya Ismail, (1986),Ke Mana Melayu Pulau Pinang?, Kuala Lumpur: DinamikaKreatif Sdn. Bhd.] [5: Contohnya seperti akhbarChahaya Pulau Pinangoleh Abdul Ghani Muhd. Kassim,Utusan MelayuolehMohd. Yunus Abdullah, akhbarSuara Melayu,Lembaga MalayadanUtusan Zaman.] [6: Lihat Abdullah Zakaria bin Ghazali, (1988), (disunting oleh Adnan Haji Nawang),Perak, 1651-1955:Satu Tinjauan Mengenai Perjuangan Orang MelayudalamPerak Dahulu dan Sekarang,Kuala Lumpur:Persatuan MuziumMalaysia, Hlm. 165.Adayang menganggapAl-Imamini adalah merupakan sebuahmajalah Melayu.]

Awal abad ke-20, keadaan masyarakat Melayu adalah begitu daif dan mundur dalam semua aspek berbanding dengan masyarakat lain. Masyarakat penjajah seperti British dan masyarakat imigran seperti orang Cina menjalani kehidupan yang selesa dan lebih maju di atas ketidaksedaran dan ketidakmampuan orang Melayu itu sendiri. Bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu, akhbar-akhbar Melayu telah menyiarkan rencana-rencana pengarangnya yang menyentuh tentang keadaan dan nasib bangsa Melayu. Contohnya puisi yang bertajuk Tanahairku oleh Ibrahim Hj.Yaakob telah disiarkan dalam Warta Negeri yang bertarikh 3 Febuari 1930[footnoteRef:7]. [7: Lihat Abdul Latiff Abu Bakar, (1991),Peranan Penulisan Dalam Gerakan Kebangsaan di MalaysiadalamMelaka dan Arus Gerakan KebangsaanMalaysia,Kuala Lumpur: Kerjasama (Persatuan SejarahMalaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka), Institut Kajian Sejarah dan PatriotismeMalaysia dan Penerbit Universiti Malaya]

Selain itu, banyak lagi akhbar-akhbar Melayu yang menyiarkan penulisan atau rencana-rencana yang menyentuh perihal orang melayu. Hal ini secrara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang melayu. Antara akhbar yang menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang melayu ialah seperti akhbar Pengasuh (1917-1940), Idaran Zaman (1925-1930), warta Malaya (1930-1941) dan majlis (1931-1941) turut membicarakan isu-isu penting yang menyentuh kepentingan semasa dan masa hadapan orang Melayu dalam kemelut politik dan sosial yang sedang melanda.[footnoteRef:8] [8: Abdul Rahman Hj. Ismail, (2005),Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)dalamMalaysia,Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka]

Akhbar-akhbar melayu juga menjadi tempat serta alat kepada golongan terpelajar atau golongan intelektual menyebarkan pemikiran idea, fahaman dan pendapat mereka terhadap isu dan permasalahan yang menyelubungi orang Melayu pada masa itu. Golongan ini dilihat cuba memecahkan kepompong yang selama ini menyelubungi pemikiran orang Melayu pada masa tersebut supaya sedar akan kedudukan sebenar mereka yang semakin hari hak mereka semakin dirampas oleh orang asing yang tidak mempunyai hak ke atas tanah air mereka. Tokoh-tokoh seperti Muhammad Yunus bin Abdullah, Muhamad Yunus bin Abdul Hamid, Syed Syeikh al Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Onn bin Jaafar, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad yang bertugas sebagai pengarang atau pembantu pengarang telah menggunakan peluang ini untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka dan serta menyeru orang melayu bangun memperbetulkan keadaan dari setiap segi termasuklah politik.[footnoteRef:9] Sebagai contoh, Abdul Rahim Kajai yang bertugas sebagai pengarang akhbar majlis, Warta Malaya dan Utusan telah menggunakan ruangan rencana pengarang sebagai medan mengkritik penjajah British, orang asing dan membela nasib orang Melayu untuk mencapai kemajuan [footnoteRef:10]. Selain para wartawan, guru-guru, pendakwah dan penggiat masyarakat juga turut menggunakan akhbar-akhbar Melayu untuk menyemarakkan kesedaran sosial dan politik dalam kalangan orang melayu. [9: Ibid, Hlm. 300] [10: Abdul Latiff Abu Bakar, Op.Cit]

2.0 SEJARAH AKHBAR WARTA MALAYAPada tahun 1936, keluaran pertama Majalah Warta Jenaka diterbitkan di Singapura olehWarta Malaya Press Limited. Majalah ini ditulis dalam bahasa Melayu dengan huruf Jawi dan dicetak olehWarta Malaya Press Limited. Ia diterbitkan sekali seminggu dan mengandungi 30 halaman berukuran 24 sentimeter lebar dan 35.5 sentimeter panjang berharga 15 sen senaskah. Penerbit majalah ini ialah Tuan Syed Hussein Ali Al-Sagoff dan di antara sidang pengarangnya ialah Encik Abdul Rahim Kajai, Encik Hashim Yunos, Encik Ibrahim Mahmud, Encik Ishak Hj. Muhamad dan Encik Osman Kalam. Majalah Warta Jenaka melaporkan berita-berita dan peristiwa-peristiwa penting dalam dan luar negeri yang berlaku dalam seminggu yang dipetik dari akhbar hariannya Warta Malaya. Majalah ini juga melaporkan perkembangan politik di Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Asia. Warta Jenaka membuat liputan tentang kegiatan kerajaan Inggeris di Malaya dan banyak mengkritik secara halus tentang ketidakikhlasan pemerintah Inggeris melalui mesej-mesej kartun dan sindiran pengarangnya. Ia juga digunakan oleh pengarang-pengarangnya bagi menyemarakkan semangat anak tempatan tentang kesedaran dan tanggungjawab kepada bangsa dan negara. Majalah Warta Jenaka telah terpaksa diberhentikan penerbitannya pada bulan Disember 1941 disebabkan kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Sesungguhnya majalah Warta Jenaka adalah sebuah majalah Melayu yang tidak kurang pentingnya dalam memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada tempatan sebagaimana akhbar-akhbar Melayu yang sezaman dengannya. Akhbar Warta Malaya dilihat lebih kepada untuk memperjuangkan hak-hak orang melayu terutama dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan orang melayu.

3.0 HAK-HAK ORANG MELAYUAkhbar warta Malaya turut memberi perhatian kepada isu pergerakan politik orang melayu iaitu memperjuangkan hak-hak orang melayu. Kesinambungan isu memperjuangkan hak-hak orang melayu ini dimulai oleh akhbar Idaran zaman. Sebagai contoh melalui rencananya yang bertajuk Persatuan Melayu telah bersetuju terhadap penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Rencana seperti ini turut memberi kesedaran kepada pembaca-pembaca terutamanya orang Melayu akan perlunya diwujudkan persatuan Politik seperti KMS di NNM[footnoteRef:11]. Akhbar Saudara pada tahun 1931, telah mencadangkan supaya diadakan kongres di kalangan orang Melayu di seluruh NNM[footnoteRef:12] dan mencadangkan penubuhan Persekutuan Melayu.[footnoteRef:13] Cadangan yang dikemukakan oleh akhbar Saudara ini telah mendapat respon yang positif daripada akhbar-akhbar Melayu lain seperti Warta Malaya[footnoteRef:14]. [11: Ibid, Hlm. 105-106. Lihat juga Azmah Abdul Manaf, Op.Cit] [12: Tiap-tiap negeri dikehendaki menghantar wakil-wakil mereka di perhimpunan besar kongres Melayu.Dalam perhimpunan ini, orang Melayu dikehendaki mengemukakan masalah yang mereka dihadapi.Abdul Rahim Kajai sebagai pihak Saudara mencadangkan supaya Kongres Melayu ini diadakan di JohorBharu kerana merupakan kawasan yang maju dan moden] [13: Persekutuan Melayu yang dicadangkan ini adalah berhaluan kanan iaitu mengikut undang-undangnegeri dan patuh kepada raja-raja Melayu dan kerajaan British. Persekutuan ini cubamembantu kerajaanBritish memajukan orang Melayu dan cuba mengatasi kemajuan bangsa asing di NNM. Lihat AbdulLatiff Abu Bakar, Op.Cit] [14: Cadangan ini turut mendapat sokongan daripada majalah Malaya melalui rencananya yang bertajukKongres Bagi Umat Melayu Dalam Negeri.]

Kebebasan bersuara yang dimiliki oleh akhbar-akhbar Melayu telah memberikan tiket kepada mereka untuk menegur segala kepincangan kepimpinan yang wujud dalam mana-mana pihak tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Onn Jaafar yang merupakan pengarang Warta Malaya telah menyiarkan rencananya dalam akhbar tersebut, rencana yang membidas raja-raja Melayu yang telah gagal menjadi sebenar-benar pemimpin kepada orang melayu. Dalam banyak hal, raja-raja Melayu tidak lagi melindungi rakyatnya, tetapi bertindak menekan mereka. Onn menyatakan bahawa raja-raja Melayu sepatutnya melahirkan rasa hormat dan sayang mereka kepada rakyat dan bukan sebaliknya.[footnoteRef:15] [15: Kenyataan ini ada disiarkan dalam Warta Malaya pada tahun 1930-an. Untuk keterangan lanjut sila lihatRamlah Adam, (1994), Dato Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Hlm. 42]

Penyiaran rencana seperti ini oleh akhbar Melayu setidak-tidaknya dapat menyedarkan orang Melayu setidak-tidaknya dapat menyedarkan orang Melayu bahawa pemimpin yang dipercayai dapat membela nasib mereka tidak seperti yang diharapkan. Golongan ini lebih suka berdiam dan mengikut telunjuk penjajah walaupun dalam keadaan terpaksa demi menjaga kepentingan mereka berbanding membela nasib rakyat.Begitu juga halnya dengan masyarakat Melayu. Mereka juga tidak kurangnya dikritik oleh akhbar-akhbar Melayu. Contohnya rencana-rencana Onn Jaafar dalam Warta Malaya yang membidas tindak tanduk dan sikap orang Melayu itu sendiri yang menghalang pembangunan masyarakat Melayu.[footnoteRef:16] Tujuan ini bukan sahaja sekadar untuk menarik para pembaca tetapi juga diharapkan dapat memberikan satu kesedaran kepada orang Melayu supaya berubah untuk memperbaiki nasib mereka. [16: Yahaya IsmailOp.Cit., Hlm. 42]

Kerajaan British juga turut mendapat kritikan daripada akhbar-akhbar Melayu. Dalam Warta Malaya, hal ini telah dibidas atas dasar politik, pentadbiran, pendidikan dan ekonomi British yang merugikan dan memundurkan orang Melayu. Kritikan secara langsung ini diharapkan dapat menyedarkan orang Melayu terhadap penindasan British yang telah dilakukan secara sengaja ke atas mereka.[footnoteRef:17] Dasar British terhadap kemasukan imigran ke NNM juga turut dikritik dan ditentang hebat oleh akhbar Melayu. Hal ini kerana imigran yang datang bekerja di NNMtelah mempengaruhi kemiskinan dan kemunduran orang Melayu di tanah air sendri. Imigran-imigran ini juga lama-kelamaan semakin berani menuntut hak mereka sebagai penduduk di NNM dan hak politik daripada kerajaan British. Keadaan ini telah membawa kepada kritikan dan tentangan daripada orang Melayu umumnya dan akhbar melayu khususnya.[footnoteRef:18] [17: Ibid, Hlm. 34.] [18: Ibid]

Akhbar Warta Malaya juga turut menyentuh isu pendidikan orang melayu yang berada pada tahap yang paling rendah. Onn Jaafar dalam rencana-rencanannya telah membangkitkan dasar pelajaran British terhadap orang Melayu. Kerendahan mutu pelajaran sekolah Melayu , ketiadaan nilai ekonomi dan keengganan British mengajar bahasa Inggeris di sekolah Melayu menjadi isu penting yang diutarakan dalam Warta Malaya.[footnoteRef:19] Ketiadaan nilai ekonomi dalam pelajaran Melayu dan agama menyebabkan orang Melayu tidak berupaya untuk mengejar perkembangan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, pengetahuan teknologi moden serta pengetahuan moden lainnya yang tidak dapat diperoleh oleh orang Melayu telah menyebabkan timbulnya penindasan psikologi dari penjajah dan juga dari orang asing. [footnoteRef:20] Kritikan terhadap dasar British ini adalah kerana pendidikan dilihat sebagai alat yang amat penting untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu. [19: Rencana Onn Jaafar yang bertajuk Sekolah Melayu menyentuh akan kerendahan mutu pelajaranvernakular Melayu yang diperkenalkan oleh British pada abad ke-19. Sistem ini memastikan setiapkanak-kanak Melayu bersekolah selama lima tahun sebelum memasuki sekolah Inggeris. Sukatanpelajarannya sangat asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Ilmu pertukangan, anyaman dan pertaniankemudiannya diperkenalkan supaya sesuai dengan kehidupan luar bandar] [20: Lihat Yahaya Ismail, Op.Cit., Hlm. 18]

4.0 KEMAJUAN ORANG MELAYUDalam akhbar warta Malaya juga turut menulis tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh orang melayu untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya setanding dengan bangsa asing seperti cina. Orang melayu dilihat berusaha untuk menyamai atau bersaing dengan kaum lain khususnya kaum cina dalam sektor perusahaan dan permainan yang dijalankan pada masa tersebut.Sungguhpun kita tiada berani berkata yang kita Melayu ini boleh mengatas atau sekurang-kurangnya bertanding dengan semua bangsa-bangsa asing di dalam sebarang perbuatan sama ada di dalam medan perusahaan atau permainan yang ada di dalam pengetahuan kita Melayu[footnoteRef:21]' [21: Warta Malaya 28 jun 1934]

Namun begitu tidak semua perkara yang dilakukan oleh bangsa-bangsa asing mampu dilakukan oleh semua bangsa melayu. Namun begitu pada terdapat juga beberapa pekerjaan yang tidak bergitulah sempurna yang dilakukan oleh orang melayu tetapi kualitinya hampir menyamai oleh hasil pekerjaan bangsa asing. Hal ini boleh dibuktikan melalui hasil tangan orang melayu dahulu kala iaitu hasil kerja tangan dan pertukangan dan ia juga turut digemari oleh bangsa asing. Kehalusan hasil pertukangan orang melayu tidak boleh disangkal lagi kehebatannya. Orang melayu memiliki satu keistimewaan dalam seni pertukangan yang meliputi seni ukiran. Selain itu, Warta Malaya juga turut mengupas isu orang melayu juga mampu mengatasi bangsa lain dalam apa jua perkara termasuk dalam sukan antarabangsa seperti bola sepak.Tidakkah pertukangan tangan orang-orang Melayu dahulu kala dan juga hari ini digemari oleh bangsa-bangsa asing. Di dalam medan permainan zaman ini, football umpamanya, tidakkah Melayu telah mengatasi daripada segala bangsa-bangsa di sebelah sini dan menghamburkan keharuman nama Melayu, beberapa tahun lamanya, di serata Semenanjung ini, bahkan disegugus gugusan pulau-pulau Melayu ini?[footnoteRef:22] [22: ibid]

Jika dilihat dengan mendalam, banyak perusahaan yang dilakukan oleh orang melayu mampu dijalankan dengan baik setanding dengan bangsa asing. Walaupun begitu, terdapat beberapa faktor yang menjadikan bangsa-bangsa asing melabelkan bahawa orang melayu ini adalah bangsa yang pemalas. Hal ini berikutan segelintir sikap masyarakat melayu yang tiada semangat untuk berusaha atau mencuba sesuatu pekerjaan. Hal ini bukan kerana kekurangan pengetahuan tetapi tiada usaha untuk menjadi yang lebih baik dari dahulu.[footnoteRef:23] [23: Warta Malaya 28 jun 1934]

Dalam akhbar Warta Malaya juga telah menulis bahawa jika kaum melayu tidak malas, ia mungkin sudah mendahului bangsa-bangsa lain dan mampu memacu Negara kearah pemodenan yang pesat[footnoteRef:24]. Oleh itu sebagai sebuah bangsa yang mendominasi Tanah Melayu haruslah menanamkan semangat untuk memajukan bangsa melayu dalam kalangan anak-anak muda. Warta Malaya juga ada menyatakan bahawa walaupun orang melayu kebanyakkan daripada orang-orang melayu yang berketurunan daripada orang-orang kebanyakan dan golongan bangsawan tetapi mereka mampu bercampur sesama mereka dan mewujudkan semangat kerjasama[footnoteRef:25]. [24: ibid] [25: Warta Malaya 11 jan 1935]

Kita percaya bahwa siapa-siapa juga daripada ahli-ahli kaum kita yang kurang kepercayaannya atas kemajuan amalan jimat-cermat kaum kita Melayu di masa ini akan mendapat perhatian yang kita percaya, kelak menambah kepercayaannya atas adanya kaum Melayu di masa ini berkeadaan lebih baik dan maju di dalam amalan jimat cermat di dalam kehidupan mereka itu.[footnoteRef:26] [26: Warta Malaya 27 Jun 1934]

5.0 HAK PENDIDIKAN ORANG MELAYUWarta Malaya juga ada menyatakan bahawa orang melayu hanya mendapat pendidikan sekadar sekolah rendah dan belum lagi mendapat pendidikan yang tinggi seperti peringkat menengah namun orang melayu setanding dengan bangsa lain kerana mereka gemar bercampur dengan bangsa lain. Maka dengan hitungan dipukul rata, ahli-ahli daripada bangsa Melayu itu belumlah lagi tiba kepada darjah yang tinggi sekali di dalam pelajaran moden, tetapi ada alamat-alamat yang menunjukkan iaitu orang-orang Melayu ada cepat juga mara ke hadapan di dalam kehidupan campuran yang lebih tinggi daripada apa yang telah menjadi tabiat bagi mereka itu.[footnoteRef:27] [27: ibid]

Warta Malaya juga ada memuatkan surat-surat kiriman mengenai pelajar-pelajar yang tidak lulus dalam peperiksaan sekolah-sekolah Inggeris yang dikhabarkan kononnya guru-guru bangsa asing berat sebelah dan sengaja melebihkan budak-budak bangsa asing berbanding budak melayu [footnoteRef:28]. Di dalam isi kandungan surat tersebut, satu badan khas diminta untuk menyiasat kesahihan akhbar tersebut. Pada zaman tersebut, anak-anak melayu menerima pendidikan sekolah melayu selama empat tahun sebelum ditukar ke sekolah Inggeris. Oleh itu, pelajar-pelajar melayu sukar untuk menandingi bangsa-bangsa asing dalam sekolah Inggeris. Hal ini turut dikukuhkan dengan pelajar melayu yang jarang mengulangkaji pelajaran di rumah pada zaman tersebut. [28: Warta Malaya, 30 dec 1931]

Galangan empat tahun di dalam sekolah-sekolah Melayu itu telah menjadikan mereka terkebelakang apabila berbandingan dengan budak-budak yang terus ke sekolah Inggeris dari kecilnya dan sebagaimana pun pandai guru-guru itu, maka tentulah sekali tidak boleh budak-budak Melayu itu menyamai budak-budak bangsa asing itu, dikecualikan sedikit sahaja yang berakal lebih daripada yang biasa.[footnoteRef:29] [29: ibid]

Oleh itu sistem yang mengwajibkan persekolahan selama empat tahun patut dihapuskan pada zaman tersebut kerana pelajar-pelajar melayu perlu menghabiskan pelajaran mereka selama empat tahun sebelum berpindah ke sekolah Inggeris. Hal ini mengakibatkan pelajar-pelajar melayu ketinggalan jauh di belakang berbanding bangsa lain kerana kekangan bahasa. Selain itu juga, akhbar Warta Malaya juga turut menyeru orang melayu tidak meninggalkan pendidikan islam serta mengekalkan nilai-nilai baik yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu[footnoteRef:30]. [30: Warta Malaya 11 Jan 1935]

Isu pendidikan orang melayu yang dibangkitkan dalam akhbar Warta Malaya turut dikaitkan dengan isu penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran British dengan bertujuan supaya dapat memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan kiriman surat kepada Tuan Pengarang Warta Malaya[footnoteRef:31]. [31: Surat kiriman dari seorang penulis yang mengandungi ketidakpuasan hati masyarakat melayu mengenai isu bahasa melayu]

Berkenaan dengan tulisan dan Bahasa Melayu, kata pengarang nampaknya mengapa tidak sangat dipergunakan di dalam Johor, bahkan terasa sedih juga hati penulis seorang penduduk lama di dalam negeri Johor, membandingkan tersangatlah jauh benar bezanya semenjak 30 tahun dahulu, iaitu boleh dikatakan tulisan menulis Melayulah di dalam pejabat-pejabat kerajaan Johor sekali pun bertulis-tulis surat dengan kerajaan selat, seperti Singapura dan Melaka. Itupun bertulis-tulis dengan tulisan Bahasa Melayu.[footnoteRef:32] [32: Warta Malaya,29 dec 1931]

Isi kandungan surat tersebut memerihalkan betapa kecewa penulis terhadap pentadbiran British kerana tidak lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran. Hal ini ditambah lagi, Bahasa Melayu sudah diguna pakai sejak 30 tahun yang dahulu dalam surat-surat kepada kerajaan selat. Oleh itu, penulis seperti Munsyi Muhammad Saddiq dan Abdul Jalil sangat popular pada masa itu[footnoteRef:33]. [33: Jurutulis Melayu di Singgapura untuk Negeri-negeri selat]

Pada masa tersebut hampir separuh pejabat-pejabat kerajaan tidak lagi menggunakan tulisan melayu tetapi ditukar dengan tulisan rumi. Kerani-kerani melayu yang ingin bekerja di pejabat kerajaan perlulah memiliki kelulusan dari sekolah Inggeris.Di dalam Johor pada hari ini hampir-hampir tiga perempat di dalam pejabat-pejabat kerajaan tidak memakai tulisan Melayu lagi, melainkan tulisan dari kiri ke kananlah dan kerani-kerani pun kalau hendak masuk bekerja dengan kerajaan, dikehendakkan ada akuan sekolah Inggeris tidak kurang daripada Junior Cambridge, Sijil Melayu apa kata?[footnoteRef:34] [34: ibid]

Hal ini menjadi rumit apabila surat-surat samaada notis mahupun saman yang dihantar oleh kerajaan tidak dapat dibaca oleh penduduk kampung kerana mereka bahasa yang digunakan ketika itu dan rungutan tersebut pernah disiarkan di dalam akhbar Warta Malaya keluaran yang lepas. Oleh itu, melalui surat ini, penulis membangkitkan perkara memohon sekolah rendah Inggeris ditubuhkan bagi mengajar anak-anak melayu supaya pandai membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Hal ini berikutan, pada zaman tersebut hanya terdapat segelintir atau degan lebih tepat lagi hanya sedikit bilangan anak-anak melayu yang dipilih untk memasuki sekolah aliran Inggeris walaupun ramai anak-anak melayu yang lulus darjah empat. Oleh itu terdapat juga beberapa cadangan untuk meminta dibinanya sebuah sekolah di kawasan kampung untuk anak-anak melayu supaya dapat belajar bahasa Inggeris sejak dari kecil lagi. Di dalam surat tersebut juga turut menyatakan rungutan penulis yang kesal kerana orang melayu diibaratkan hanya layak untuk membuat kerja kampung seperti bersawah, berkebun dan bertukang. Sekolah juga dibina seperti hanya khas untuk anak-anak bangsa lain dan orang melayu seperti dipinggikan dan dilarang untuk bersekolahKalau lebih dahulu dia hendak mengaji ke sekolah Inggeris sama ada sekolah private, apatah lagi sekolah kerajaan dengan bayaran sekalipun, tak boleh mengaji! Anak-anak bangsa lain boleh pula diterima halnya hendak menghantar anak-anak ke sekolah Melayu dengan beberapa susah pula tiap-tiap tahun entah berapa banyak kanak-kanak yang cukup umurnya 6 tahun tak dapat masuk mengaji. Sebab apa? Kata cikgunya bangku tak cukup tahun ini, hanyalah saya boleh terima sekian banyak sahaja yang dibenarkan oleh kepala saya, kasihan!Oleh itu, Warta Malaya cuba untuk mengupas dan memperjuangkan seberapa banyak isu mengenai hak-hak orang melayu yang semakin terpinggir pada zaman tersebut. Tambahan lagi, isu-isu yang disiarkan di Warta Malaya telah membangkitkan semangat orang-orang melayu dalam menuntut hak mereka sebagai kaum majority di Tanah Melayu.

6.0 KESIMPULAN Demikianlah antara peranan-peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar Melayu terutamanya Warta Malaya sejak awal abad ke-20 sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Isu-isu penting yang dibincangkan di atas adalah saling berkaitan antara satu sama lain yang berakarumbikan kepada masalah kemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek termasuklah dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik dan hak orang Melayu.[footnoteRef:35] Melalui akhbar Warta Malaya juga dilihat, orang melayu mampu setanding dengan bangsa lain dan dapat menyemarakkan semangat orang melayu untuk lebih maju berbanding bangsa lain. Pandangan- pandangan yang dilontarkan dalam penulisan yang sering disiarkan dalam akhbar ini menunjukkan keberanian orang melayu dalam menyuarakan hak-hak mereka sebagai penduduk Tanah Melayu. [35: Khoo Kay Kim, Majalah Melayu Dan Akhbar Melayu sebagai Sumber Sejarah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984.]

Dapat dinyatakan bahawa hubungan akhbar dengan orang Melayu adalah bagai aur dengan tebing yang tidak dapat dipisahkan. Gerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu yang agak malap pada awalnya akhirnya menjadi semakin bersemarak dan merebak ke seluruh NNM. Seperti kata pepatah Melayu, selembap-lembap puntung di dapur, akhirnya api menyala jua.

RUJUKAN

Abdullah Zakaria bin Ghazali, (disunting oleh Adnan Haji Nawang),Perak, 1651-1955:Satu Tinjauan Mengenai Perjuangan Orang MelayudalamPerak Dahulu dan Sekarang, (1988),Kuala LumpurAbdul Latiff Abu Bakar, Peranan Penulisan Dalam Gerakan Kebangsaan di MalaysiadalamMelaka dan Arus Gerakan KebangsaanMalaysia,(1991),Kuala LumpurAbdul Rahman Hj. Ismail, Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)dalamMalaysia,Sejarah Kenegaraan dan Politik, (2005), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Amzah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: (2001),Utusan publications & Distributors Sdn BhdKhoo Kay Kim, Majalah Melayu Dan Akhbar Melayu sebagai Sumber Sejarah, 1984 Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Ramlah Adam, Dato Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: (1994), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

Warta Malaya 29 Dec 1931Warta Malaya, 24 Apr 1934Warta Malaya, 27 Jun 1934Warta Malaya, 28 Jun 1934Warta Malaya, 11 Jan 1935Warta Malaya, 24 Jan 1935

10 | HSM 3043 MALAYSIA ABAD KE-20