57
Penghargaan Dalam menjalankan kerja kursus Murid dan Alam Belajar, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan kepada saya agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan agak sempurna. Yang pertama, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menjalankan kerja kursus ini dengan selamat dan sempurna. Seterusnya, saya ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada pensyarah Murid dan Alam Belajar iaitu En. Azlan bin Lin. Beliau telah banyak memberikan bimbingan dan bantuan kepada saya semasa kerja kursus ini dijalankan. Dengan bimbingan beliau, saya dapat memahami soalan dengan lebih teliti dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tepat. Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada rakan-rakan saya. Semasa menjalankan kerja kursus ini, mereka telah banyak mengongsikan pandangan dan maklumat dengan saya. Mereka juga rela mengluangkan masa untuk membuat perbincangan tentang

Alam Belajar Assignment

  • Upload
    jai-hui

  • View
    54

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ALam belajar

Citation preview

Page 1: Alam Belajar Assignment

Penghargaan

Dalam menjalankan kerja kursus Murid dan Alam Belajar, saya ingin

merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan

bantuan kepada saya agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan agak

sempurna.

Yang pertama, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menjalankan

kerja kursus ini dengan selamat dan sempurna.

Seterusnya, saya ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada pensyarah

Murid dan Alam Belajar iaitu En. Azlan bin Lin. Beliau telah banyak memberikan

bimbingan dan bantuan kepada saya semasa kerja kursus ini dijalankan. Dengan

bimbingan beliau, saya dapat memahami soalan dengan lebih teliti dan

mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tepat.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya

kepada rakan-rakan saya. Semasa menjalankan kerja kursus ini, mereka telah

banyak mengongsikan pandangan dan maklumat dengan saya. Mereka juga rela

mengluangkan masa untuk membuat perbincangan tentang kerja kursus dengan

saya supaya kami semua dapat menyempurnakan kerja kursus ini dalam tempoh

masa.

Akhirnya, saya bersyukur lagi kerana mendapat bantuan dari semua pihak

agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Page 2: Alam Belajar Assignment

1.0 Pengenalan

Teori pembelajaran Behaviorisme adalah satu proses pelaziman, di mana

hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk

menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Dari perspektif behaviorisme,

pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu

rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat

motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif)

sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat

dibentuk dan dikekalkan.

Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan

peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli

behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkah laku ini adalah

dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkah laku serta

tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui

interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah

untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal

pembelajaran. Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan

dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F.

Skinner. Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada

prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh

bahagikan sumbangan mereka kepada 2 kategori iaitu pelaziman klasik dan

pelaziman operan.

Page 3: Alam Belajar Assignment

2.0 Teori Pembelajaran

2.1 Pelaziman Klasik

1. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov

2. Teori Pelaziman J.B. Watson

2.1.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov

Teori Pelaziman Klasik (1927) telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Ivan

Pavlov (1849-1936) adalah seorang ahli fisiologi berbangsa Rusia dan

dianugerahkan hadiah “Nobel” dalam bidang fisiologi pencernaan pada tahun

1904. Pavlov menfokuskan kajian tentang pengeluaran air liur anjing.

Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas

pembelajaran adalah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak

balas. Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan

kajian ke atas anjing. Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas

dengan makanan, air liur anjing akan keluar.

1. Pavlov menyalakan lampu suluh, tetapi anjing tidak memberikan sebarang

respons kepada cahaya berkenaan. Hal ini kerana cahaya lampu tidak ada

sebarang hubungan dengan anjing. Oleh itu, tidak ada sebarang respons daripda

anjing tersebut. Dengan ini, organism tidak akan memberikan tindak balas atau

respons kepada rangsangan dalam persekitaran yang tidak ada hubungan

Page 4: Alam Belajar Assignment

langsung dengan organism. Rangsangan tersebut dikenali sebagai rangsangan

neutral.

R (cahaya lampu) ——G (tiada)

2. Seterusnya, Pavlov menyalakan lampu suluh dan menunjukkan daging

makanan anjing tersebut. Air liur anjing meleleh setiap kali prosedur ini diulang.

Secara semula jadi anjing akan melelehkan air liur apabila melihat makananya.

Oleh itu, daging makanan anjing adalah rangsangan semula jadi dan gerak balas

anjing tersebut juga adalah semula jadi

R (cahaya + daging)——G (lelehan air liur)

3. Palov menyalakan lampu suluh tanpa daging makanan anjing dan anjing itu

melelehkan air liur. Hal ini kerana anjing tersebut telah belajar gerak balas baru

terhadap rangsangan suluhan lampu. Cahaya lampu itu telah menjadi sesuatu

isyarat yang bermakna kepada anjing itu dengan sebagai masa makan. Semasa

lampu dinyalakan, anjing itu akan semula jadi melelehkan air liur dan ingin makan.

Hal ini kerana anjing itu telah membuat perkaitan antara suluhan lampu

(rangsangan neutral) dengan daging (rangsangan semula jadi). Gerak balas yang

diberikan menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku.

R ( cahaya lampu)— G (lelehan air liur)

Dalam kajian Pavlov, terdapat tiga jenis rangsangan, iaitu rangsangan

neutral, rangsangan semula jadi dan rangsangan terlazim.

1. Rangsangan neutral

Page 5: Alam Belajar Assignment

Rangsangan neutral adalah sesuatu objek/ perkara/ peristiwa yang dalam

persekitaran yang tidak ada hubungan langsung dengan diri, kita tidak akan

memberikan respons kepadanya.

2. Rangsangan semula jadi

Rangsangan semula jadi adalah semua objek/ perkara/ peristiwa yang ada

hubungan secara semula jadi dengan diri, kita akan bergerak balas atau respons

secara semula jadi atau refleksif.

3. Rangsangan terlazim

Rangsangan terlazim adalah rangsangan neutral yang wujud berserta

rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa.

Dalam pelaziman klasik Pavlov, terdapat dua jenis gerak balas iaitu gerak

balas semula jadi dan gerak balas terlazim. Gerak balas semula jadi ialah gerak

balas atau respons yang berlaku secara semula jadi atau berupa pantulan atau

refleksif. Contohnya ialah sejuk-tarik selimut, lapar-makan, panas-tanggal baju.

Gerak balas terlazim adalah gerak balas atau respons yang berlaku hasil

perkaitan antara rangsangan semula jadi dan rangsangan neutral.

Dengan teori pelaziman klasik Pavlov, satu uji kaji telah dijalankan dengan

menggunakan rangsangan neutral bunyi loceng dalam membentuk gerak balas

terlazim. Apabila loceng dibunyikan, tidak ada sebarang gerak balas atau respons

daripada anjing kerana bunyi loceng ialah rangsangan neutral. Apabila bunyi

loceng disusuli serentak dengan daging , air liur anjing meleleh keluar. Prosedur ini

Page 6: Alam Belajar Assignment

diulangi sehingga terbentuk perkaitan antara bunyi loceng dengan daging.

Hasilnya apabila loceng berbunyi, air liur anjing sudah meleleh keluar. Hal ini

menunjukkan bunyi loceng adalah rangsangan terlazim dan lelehan air liur anjing

merupakan gerak balas terlazim.

Dalam kajian ini, anjing tersebut telah mempelajari bahawa apabila loceng

berbunyi, dia akan mendapat makanan. Proses ini berlaku apabila wujud perkaitan

antara rangsangan neutral dengan rangsangan semula jadi. Oleh itu,

pembelajaran dalam pelaziman klasik berlaku apabila individu ( organism) dapat

menghubung kait dua rangsangan, iaitu rangsangan neutral dengan rangsangan

semula jadi atau berlaku juga jika individu (organisma) Berjaya membuat hubung

kait antara rangsangan terlazim dengan rangsangan neutral yang lain.

Pembelajaran dalam bentuk pelaziman klasik melibatkan pengalaman positif

dan pengalaman negative. Jika seseorang individu dibiasakan dengan rangsangan

yang menyeronokkan, dia akan menghubungkaitkan pengalaman itu dengan

keselesaan di dalam bilik darjah. Penerimaan guru dan rakan-rakan sekelas akan

menyebabakan seseorang muird menghasilkan suasana gembira dan perasaan

selamat serta suka berada dalam lingkungan bilik darjah berkenaan. Sebaliknya,

murid akan menghubungkaitkan sekolah dengan perasaan takut dan benci jika

menghadapi suasana yang tidak gembira seperti sentiasa dibuli atau dihukum

dengan tidak adil.

Konsep teori klasik Pavlov

Page 7: Alam Belajar Assignment

1. Generalisasi

Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak

balas yang sama. Dalam kajian teori tersebut, setelah anjing biasa dengan bunyi

loceng, iaitu rangsangan terlazim, lama-kelamaan anjing memberikan gerak balas

kepada bunyi-bunyi lain yang menyerupai bunyi loceng seperti bunyi wisel.

Proses ini dinamakan generalisasi, iaitu memberikan gerak balas atau

respons yang sama kepada rangsangan yang serupa. Hal ini bermakna anjing

telah dapat membuat pemindahan pembelajaran.

Sebelum Pelaziman

Makanan Air Liur(Rangsangan tak terlazim) Gerak balas tak terlazim)

Bunyi Loceng Air Liur (Rangsangan terlazim) (Gerak balas tak terlazim)

Semasa Pelaziman

Bunyi Loceng Air Liur (Rangsangan terlazim) (Gerak balas tak terlazim)

Makanan (Rangsangan tak terlazim)

Selepas Pelaziman

Bunyi Loceng Air Liur(Rangsangan terlazim) (Gerak balas terlazim)

Contohnya, seseorang murid takut kepada guru sains yang tegas, dia akan

juga takut kepada mata pelajaran matematik dan semua guru yang mengajar

matematik.

Page 8: Alam Belajar Assignment

2. Diskriminasi

Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu

rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam

kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila

mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.

Murid yang takut kepada guru matematik sahaja tetapi tidak kepada guru-

guru mata pelajaran lain memandangkan perbezaan yang ketara dalam isi

kandungan dan kaedah pembelajaran.

3. Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak yang disertai

dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, setelah terbentuk gerak

balas anjing terhadap bunyi loceng, Pavlov membunyikan loceng tanpa

memberikan daging. Prosedur ini diulang-ulang sehingga akhirnya, anjing tidak

lagi memberikan gerak balas kepada bunyi loceng.

Penghapusan melibatkan proses melemahkan gerak balas terlazim dengan

meniadakan rangsangan semula jadi. Justeru, perkaitan antara rangsangan

terlazim dengan rangsangan semula jadi telah terhapus. Kesannya ialah

terhapuslah gerak balas terlazim. Perasaan takut kepada mata pelajaran dan guru

matematik boleh diatasi atau menjadi kurang sekiranya murid berkenaan

mendapat guru matematik yang memahami kelemahannya, pandai menggunakan

kaedah yang sesuai dan menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkesan.

Perasaan takut dan benci kepada matematik akan terhakis secara beransur-ansur.

Page 9: Alam Belajar Assignment

4. Pembelajaran Semula

Setelah beberapa minggu terhapus gerak balas terlazim, Pavlov

menyertakan semula rangsangan terlazim (loceng) dengan rangsangan semula

jadi (daging). Anjing memberikan gerak balas semula jadi (lelehan air liur) yang

kemudiannya menjadi gerak balas terlazim. Hal ini bermakna proses pembelajaran

berlaku semula. Perlu diingat bahawa dalam situasi bilik darjah, pembelajaran

semula bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan pembelajaran semula

(relearn) melibatkan proses yang sukar dilaksanakan, iaitu unlearn. Untuk

menghapuskan apa-apa yang telah dipelajari bukanlah satu prosesyang mudah

kerana kebiasaan sukar untuk dibuang. Justeru, adalah lebih baik guru

menyediakan suasana bilik darjah yang mesra murid dengan amalan peraturan

bilik darjah yang adil dan positif agar murid berasa selesa serta tidak bersikap

negatif.

Page 10: Alam Belajar Assignment

2.l.2 Teori Pelaziman Klasik J.B. Watson

J.B. Watson dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan bermasalah di

Greenville, Carolina Selatan. Dia memberontak dan bertindak ganas pada zaman

remajanya dan hidupnya berubah hasil bantuan tunjuk ajar gurunya, Gordon

Moore di Universiti Furman. Watson Berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti

Chicago. Watson mula berminat dalam bidang dalam tentang tingkah laku tikus

putih dan pertumbuhan sistem saraf. Pada tahun 1903, Watson menerima ijazah

kedoktoran dari Universiti John Hopkins.

Watson dikenali sebagai bapa behaviorisme, dia merupakan ahli psikologi

pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”. Dalam kuliahnya bertajuk

“Pyschology as the Behaviorist Views It” di Universiti Columbia (1913), Watson

menolak kajian tentang otak sedar serta kaedah kajian introspektif. Watson

menyarankan kajian tingkah laku secara objektif yang dinamakan behaviorisme.

Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat

dikawal dan diramal.

Kajian Watson dipengaruhi oleh model pelaziman klasik Pavlov. Watson

terkenal dengan kajian yang berkaitan dengan pelaziman dan kawalan emosi

manusia, iaitu uji kaji tentang Albert (1920), “Little Albert Experiment”.

Dalam kajian tersebut, seorang kanak-kanak, Albert dibiarkan bermain

dengan seekor tikus putih. Dia tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada

seekor tikus putih tersebut. Semasa Albert bermain sedang asyik bermain, Watson

membunyikan ketukan yang kuat. Gandingan dua perkara ini dibuat berulang-

Page 11: Alam Belajar Assignment

ulang kali. Albert terkejut dan terus menjadi takut kepada tikus putih. Albert

mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang mengejutkan. Kemudian Albert menjadi

takut kepada semua benda putih yang berbulu termasuk rambut Watson dan

peran muka Santa Klaus.

Watson membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak balas

emosi yang asas, iaitu takut, marah, dan sayang, Tindak balas emosi ini dapat

dilazimkan. Emosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui proses pelaziman, maka

guru haruslah memastikan emosi positif dapat dibina dalam diri murid. Suasana

bilik darjah yang mesra, berperaturan, layanan adil dan sempurnanya dapat

membentuk emosi yang positif. Secara kesimpulan, pelaziman dapat melahirkan

reaksi emosional seseorang individu.

Page 12: Alam Belajar Assignment

2.2 Pelaziman Operan

Pelaziman operan merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan

hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahulu menghasilkan tingkah laku

baharu. Pelaziman operan dikenali juga sebagai pelaziman instrument. Pelaziman

operan diperkenal oleh B.F. Skinner berasaskan pandangan teori hubungan E.L.

Thorndike.

2.2.1 Teori Pelaziman Operan E.L.Thorndike

Thorndike banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan. Thorndike

terlibat secara langsung dalam bidang keguruan sebagai pengajar psikologi di

Teachers College Universiti Columbia. Thorndike tekah banyak memberikan

sumbangan dalam bidang pembelajaran manusia, pendidikan dan ujian mental.

Proses pembelajaran yang diperkenalkannya ialah connectionism. Menurut

Thorndike, hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerak balas

akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.

Kajian Thorndike adalah berkaitan tentang bagaimana seeokor kucing

belajar keluar dari kurungan menunjukkan hubungan yang dimaksudkan. Dalam

kajian tersebut, Thorndike telah mengemukakan tiga hukum pembelajaran iaitu,

hukum kesediaan, hukum latihan atau hukum kesan.

Dalam eksperimen kotak ajaib yang dijalankan oleh Thorndike, seekor

kucing yang lapar telah dimasukkan ke dalam sebuah sangkar. Makanan kucing

juga diletakkan di luar sangkar. Pintu sangkar akan dapat dibuka sekiranya selak

Page 13: Alam Belajar Assignment

dipijak. Kucing melakukan pelbagai tindakan rawak untuk keluar dari sangkar

seperti mencakar, berlari, menguis, meronta-ronta dinding sangkar, memanjat dan

sebagainya. Dalam usaha rawak ini, kucing itu terpijak tuil selak pintu berkenaan

dan pintu itu terbuka. Kucing itu pula keluar dan mendapatkan makanan. Tindakan

rawak ini dikenali sebagai teori cuba-jaya.

Pada percubaan yang kali kedua, ketiga dan seterusnya, kucing juga berjaya

keluar dari sangkar dalam tempoh masa yang semakin singkat dan tindakan rawak

juga berkurangan sehingga akhirnya sebaik sahaja dimasukkan, kucing terus

dapat keluar dengan menekan tuil selak pintu berkenaan.

Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan (makanan) dengan gerak

balas (menekan tuil selak) menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif.

Sekiranya kesan tindakan adalah negatif, hubungan R-G akan lema dan tingkah

laku tidak berulang.

Hukum Pembelajaran Thorndike

1. Hukum Kesediaan

Individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak

balas berlaku. Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kognitif (pengetahuan/

penagalaman lepas), kesediaan afektif (kecenderungan dan minat) serta

kesediaan psikomotor (kemahiran fizikal). Hukum kesediaan mengarah kepada

pencapaian matlamat pembelajaran. Menurut Thorndike, gangguan atau halangan

kepada pencapaian matlamat akan menagakibatkan kegusaran dan kekecewaan.

Page 14: Alam Belajar Assignment

i. Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak, dia dibimbing dan

dibantu, kesannya amat mengecewakan.

ii. Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak tetapi dihalang, kesannya

mengecewakan.

iii. Sekiranya individu belum bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa, kesannya

juga mengecewakan.

Guru hendaklah memastikan murid ada kesediaan yang diperlukan untuk

memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Murid akan dapat mengikuti

pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya apa-apa yang

dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.

2. Hukum Latihan

Hubungan rangsangan dan gerak balas (R-G) akan menjadi kukuh dengan

adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Hubungan antara

rangsangan dengan gerak balas (R-G) akan menjadi lemah jika ia tidak

digunakan, iaitu tiada pengulangan dan latihan. Hukum latihan menegaskan

bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila

perkara yang dipelajari tidak digunakan lagi.

Bagi menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk,

pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam

situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap.Latihan dan penggunaan

pengetahuan serta kemahiran yang dikuasai akan mengukuhkan pembelajaran.

Page 15: Alam Belajar Assignment

3. Hukum Kesan

Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan

memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang. Apabila situasi

berulang, hubungan gerak balas dengan situasi adalah merangsangkan.

Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang tidak memuaskan, hubungan

dengan situasi akan menjadi lemah. Gerak balas juga tidak akan diulangi.

Oleh itu, guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat

membawa kepada perasaan rasa Berjaya. Sekiranya murid dapat menguasai

pemebelajaran atau mendapat pujian, pelajar akan berasa puas hati dan gembira.

Situasi ini akan membuatkan murid akan berusaha dengan lebih gigih untuk terus

berjaya. Sebaliknya, murid tidak dapat menguasai pembelajaran, dikritik, dimarahi

atau dikecam, murid akan berasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.

2.2.2 Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner

Menurut Skinner (1953), kajiannya telah menunjukkan pelaziman operan

organism bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran.

Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat membawa kepada tingkah laku

baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Kesan-akibat boleh

Page 16: Alam Belajar Assignment

berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman. Oleh hal yang demikian,

hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu

kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya. Pelaziman

operan boleh dirumuskan seperti dalam bentuk rumus berikut:

A B C

C akan menjadi A, iaitu peristiwa awal bagi tingkah laku seterusnya.

Jadual 1: Contoh pelaziman operan

A

Antecedent

Peristiwa awal

B

Behaviour

Tingkah laku

C

Consequent

Kesan-Akibat

1. Guru tiada di dalam kelas

Murid bergaduh di dalam kelas

Murid tidak dibenarkan keluar rehat.

2. Guru berada di luar kelas

Murid membuat tugasan Murid mendapat pujian.

Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan oleh ahli-

ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap gerak balas adalah

dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat

bahawa tingkah laku manusia adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat

mengawal tingkah lakunya.

Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkah laku yang terhasil tidak

mengikut urutan kemunculan tingkah laku selepas rangsangan, sama ada terlazim

Page 17: Alam Belajar Assignment

atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang

berkenaan. Kesimpulannya, Skinner berpendapat bahawa manusia dapat

mengawal tingkah laku dirinya.

Peti Skinner

1. Eksperimen pertama

Seekor tikus yang lapar diletakkan ke dalam Kotak Skinner. Di dalam kotak

tersebut, tedapat sebuah mangkuk disambungkan kepada tuil suis. Apabila tuil sui

situ dipijak, biji makanan akan disalurkan ke dalam mangkuk tersebut. Di dinding

bahagian atas pula dipasang sebiji lampu untuk digunakan kajian selanjutnya.

Tikus yang lapar berlari-lari secara mundar-mandir di dalam Kotak Skinner

untuk mencari makanan. Apabila tikus itu terpijak tuil suis, makanan disalurkan ke

dalam mangkuk.

Tindakan yang berulang kali telah membawa kesedaran kepada tikus

tersebut untuk memperolehi makanan. Apabila tikus itu dikeluarkan dari Peti

Skinner kemudian dimasukkan kembali ke dalam Peti Skinner, ia terus memijak tuil

suis tersebut.

Pada peringkat ini, tikus itu telah belajar cara memperolehi makanan dengan

memijak tuil suis tersebut. Cara pembelajaran ini dikenali oleh Skinner sebagai

pembelajaran melalui pelaziman operan.

2. Eksperimen kedua

Page 18: Alam Belajar Assignment

Skinner meluluskan hubungan mangkuk dengan tuil suis. Jadi, apabila tikus

memijak tuil suis dalam Peti Skinner, makanan tidak dapat disalurkan ke dalam

mangkuk. Tikus mula berulang kali bertindak seperti dalam eksperimen pertama,

tetapi akhirnya berhenti memijak alat penekan tersebut apabila mendapati

makanan tidak akan dikeluarkan lagi.

Fenomena ini dihuraikan oleh Skinner sebagai proses penghapusan, iaitu

makanan (ganjaran) tidak lagi dikeluarkan, tikus pun berhenti memijak alat

penekan tersebut (gerak balas). Bagaimanapun, fenomena ini didapati berlaku

dalam kajian pelaziman klasik.

3. Eksperimen ketiga

Skinner menyambung hubungan lampu dengan alat penekan, di mana

apabila tikus memijak tuil suis, lampu akan menyala dan makanan dikeluarkan

secara serentak. Jika lampu tidak menyala, makanan juga tidak akan keluar.

Proses ini diulang-ulang hingga tikus itu hanya memijak tuil suis apabila

lampu menyala sahaja.

Skinner menghuraikan fenomena ini sebagai pembelajaran diskriminasi, iaitu

tikus telah belajar konsep diskriminasi dengan membezakan masa yang sesuai

untuk memijak tuil suis untuk memperolehi makanan. Fenomena ini juga didapati

berlaku dalam kajian pelaziman klasik.

Page 19: Alam Belajar Assignment

Jadual 2: Contoh ringkasan uji kaji dalam Peti Skinner

Tingkah Laku Awal

Tingkah Laku / Tindakan

Kesan Tindakan Teknik Kesan Tingkah Laku

Rawak Tertekan tuil suis

Makanan keluar Peneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis

Makanan keluar Peneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis—lampu menyala

Makanan keluar Peneguhan positif

Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis—lampu tidak menyala

Makanan tidak keluar

Peneguhan negatif

Tidak diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis—kejutan elektrik

Makanan tidak keluar

Hukuman Tidak diteruskan

Eksperimen Skinner ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan

berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen

tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan

terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner

juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif.

Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian

adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan

hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak

boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

Page 20: Alam Belajar Assignment

Proses dalam Teori Pelaziman Operan Skinner

1. Peneguhan

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan

itu diulangi. Menurut Rachlin pada tahun, peneguhan diberikan, pertamanya untuk

memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan

merangsang otak.

i. Peneguhan positif

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu

ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.

Peneguhan ini adalah sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru

dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Contohnya,

guru memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau

menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi

hadiah.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar

mengahsilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah

jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi

peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

Page 21: Alam Belajar Assignment

Menurut Brophy pada tahun 1981, ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang

memberi kesan ialah:

i. Memuji secara ikhlas

ii. Memuji dengan cepat

iii. Memuji tanpa pilih kasih

iv. Memuji usaha dan cuba jaya

v. Memuji tingkah laku yang spesifk

vi. Memuji jawapan atau respons yang spontan.

ii. Peneguhan Negatif

Peneguhan negative adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan

yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi

anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh sebab jemu dengan

leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat

kerja kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa)

Peneguhan Maksud Contoh Bentuk Gerak Balas Tindakan apabila peneguhan diberhentikan

Peneguhan berterusan

Peneguhan diberi selepas setiap gerak balas.

Menonton televisyen.

Cepat memberi kesan. Kurang ketekunan dan kehilangan tindak balas dengan cepat.

Page 22: Alam Belajar Assignment

Peneguhan berkala tetap

Peneguhan diberi selepas satu jangka masa yang ditetapkan.

Kuiz mingguan

Tahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan diberikan.

Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pada kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan berlalu.

Peneguhan berkala berubah

Peneguhan selepas jangka masa berubah-ubah.

Pop kuiz Pelajar akan lambat member gerak balas, berhenti seketika selepas peneguhan.

Ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas yang perlahan.

Peneguhan berkala nisbah tetap

Peneguhan selepas bilangan set gerak balas yang telah ditetapkan

Kerja yang dibayar mengikut kadar

Cepat member gerak balas: berhenti seketika selepas peneguhan

Tiada nilai peneguhan di mana peneguhan hilang nilanya bila kerap diberikan peneguhan yang sama.

Peneguhan berkala nisbah berubah

Peneguhan selepas beberapa bilangan gerakbalas yang berubah-ubah

Mesin yang mengeluarkan tiket dengan memasukkan wang ke dalamnya.

Gerak balas yang sangat tinggi dan masih menunjukkan gerak balas walaupun peneguhan tidak diberikan.

Kekal tinggi.

2. Dendaan

Dendaan adalah satu proses atau cara untuk mengurangkan atau

melemahkan tingkah laku yang tidak diingini agar tidak berulang. Cara ini

membawa kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan

berlakunya tingkah laku tersebut.

Contohnya, seorang murid membuat bising di dalam kelas. Guru

memberikan amaran kepada pelajar. Akhirnya, pelajar tidak lagi membuat bising di

dalam kelas.

Page 23: Alam Belajar Assignment

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, dendaan persembahan

dan dendaan penyinkiran.

i. Dendaan persembahan

Dendaan disebabkan oleh sesuatu rangsangan yang menyebabkan

perubahan tingkah laku diri murid tetapi tidak melibatkan fizikal. Ia menakutkan

murid. Contohnya, murid tidak suka membaca buku. Oleh itu guru mengadakan

sistem demerit agar murid membaca buku.

ii. Dendaan Penyingkiran

Dendaan ini berkaitan dengan penyinkiran rangsangan. Guru atau ibu bapa

tidak member kemudahan apabila pelajar tidak berkelakuan betul. Contonya,

murid mendapat markah rendah dalam ujian, ibu bapa mengenakan denda agar

pelajar tidak boleh keluar rumah untuk bermain sehingga mendapat markah yang

baik.

3. Prinsip Premack

Konsep utama prinsip ini ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati

kepada aktiviti yang lebih diminati untuk mengekalkan tingkah laku terhadap aktiviti

yang kurang diminati. Prinsip Premack dikenali sebagai ‘Grandma’s Rule’ yang

berasaskan kenyataan ‘ kamu boleh bermain selepas selesai memakan sayur-

sayuran ini.’ Sebagai guru, kita boleh menggunakan kaedah ini dengan menyelang

selikan aktiviti yang menarik dengan yang kurang menarik untuk meningkatkan

Page 24: Alam Belajar Assignment

kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran

matematik, satu aktiviti bermain computer akan diadakan.

4. Pelupusan

Bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan

sendirinya. Keadaan ini dapat diatasi jika. Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu

dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru bersabar dalam

menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

3.0 Hukum-hukum Teori Pembelajaran Behavioris

3.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Page 25: Alam Belajar Assignment

Dalam eksperimen Pavlov, dia telah mengemukakan hukum-hukum

pembelajaran, antaranya ialah rangsangan dan gerak balas. Rangsangan adalah

agen persekitaran atau apa-apa sahaja tingkah laku dapat yang timbulkan gerak

balas manakala gerak balas adalah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.

Menurut kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku

akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku

melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku

akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

Penggunaan teori Pavlov di dalam bilik darjah boleh dilaksanakan kerana

rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan dengan pengukuhan membuat

latihan. Motivasi juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Proses

pembelajaran boleh berlaku dengan membuat latihan, pembiasaan atau

pengalaman. Tingkah laku juga akan terhapus sekiranya tidak ada peneguhan

dalam bentuk ganjaran. Pembelajaran lebih berkesan jika guru dapat membantu

murid-murid mendiskirminasikan jenis rangsangan yang perlu diberi tumpuan.

Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu guru meningkatkan

keberkesanan pembelajaran.

3.2 Teori Pelaziman Klasik Watson

Page 26: Alam Belajar Assignment

Menurut Watson, dua hukum pembelajaran telah dikemukakan

iaitu,kekerapan dan tempoh kebaruan.

Prinsip Kekerapan adalah menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas

terhadap rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas yang

sama akan berlaku apabila rangsangan itu wujud semula pada masa kelak.

Prinsip Tempoh Kebaruan yang menyatakan bahawa semakin tempoh

lebih baru kita menggunakan sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan,

semakin lebih besar kemungkinan kita akan bergerak balas secara serupa

terhadap rangsangan itu, jika ia dimuncul lagi.

Berdasarkan penyelidikannya, Watson menyarankan bahawa guru boleh

mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menggunakan

rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan

dihuraikan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu

dapat dikaitan dengan pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran,

3.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike

Melalui eksperimen yang dijalankan olehnya, Thorndike berpendapat

bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara stimulus dan

response. Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh

hukum tertentu yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum

Page 27: Alam Belajar Assignment

pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan, Hukum

Latihan dan Hukum Kesan.

i. Hukum Kesediaan

Menurut Thordike, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan

persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar.

Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor,

kesediaan afektif dan kesediaan kognitif

ii. Hukum Latihan

Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G)

akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu

akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum latihan menyatakan

bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan

dilemahkan tanpa pengukuhan.

iii. Hukum Kesan

Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu

perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku

akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara

rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang

menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-

G.

Page 28: Alam Belajar Assignment

3.4 Teori Pelaziman Operan Skinner

Menurut Skinner, gerak balas operan berlaku secara diri sendiri jika

mendapat hasil yang berkesan. Bagi pandangan beliau, sebarang rangsangan

yang dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah disebut sebagai peneguh

(reinforce) atau rangsangan meneguh (reinforcing stimulus). Peneguh boleh

bersifat positif atau negatif. Misalnya, ganjaran ialah peneguh positif manakala

denda merupakan peneguh negatif. Kedua-duanya menghasilkan peneguhan

(reinforcement) ke atas gerak balas yang berkenaan.

Peneguhan merupakan sesuatu teknik atau prose yang menggunakan

peneguh untuk mengukuh dan mengekalkan gerak balas yang berkenaan.

Peneguhan juga dibahagikan kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kewujudan sesuatu

peneguh yang berkenaan adalah dipanggil sebagai peneguhan positif. Manakala,

fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kehilangan sesuatu

peneguh yang berkenaan adalah peneguhan negatif.

Page 29: Alam Belajar Assignment

4.0 Aplikasi Teori Pembelajaran Behavioris

4.1 Teori Pelaziman Klasik

4.1.1 Teori Pavlov

Menurut Pavlov, rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan. Untuk

pembelajaran yang berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif dengan

tugasan pembelajaran.

Contohnya, guru harus memberi latihan dan soal jawab kepada murid-murid

selepas pengajaran guru. Sekiranya murid dapat menjawab soalan dengan tepat,

guru boleh memberI ganjaran atau pujian kepadanya. Sebaliknya, jika murid tidak

dapat jawab dengan betul, guru akan memberi hukuman yang sesuai.

4.1.2 Teori J.B. Watson

Dalam proses pengajaran, guru harus memberikan latihan-latihan secara

berkerap kali untuk membantu murid mengukuh apa yang yang telah pelajari

dalam ingatan.

Prinsip Kekerapan—Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan

perkataan “bola” kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan

tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian,

tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak

balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid

Page 30: Alam Belajar Assignment

mampu menyebut perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan

kepadanya。

Prinsip Tempoh Kebaruan—Guru harus memberi latihan ulangkaji yang

banyak dan sempurna kepada murid-murid sebelum peperikasaan supaya mereka

dapat mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik darjah.

4.2 Teori Pelaziman Operan

4.2.1 Teori Thorndike

i. Hukum Kesedian

Dalam hukum tersebut, guru perlu membuat pengenalan tentang topik-topik

pelajaran yang akan diajar kepada murid-murid dengan lebih awal supaya murid-

murid dapat membuat persediaan terhadap pelajaran sama ada dalam fizikal atau

mental.

Guru juga harus berusaha menghasilkan situasi pembelajaran yang

merangsangkan dan selesa agar dapat menambah minat murid-murid terhadap

pelajaran.

Selain daripada itu juga, guru perlu memastikan tahap kesediaan murid.

Bagi mengetahui tahap murid-murid, guru boleh berinteraksi dan bertanyakan hal-

hal umum kepada murid- murid. Contohnya, guru bertanyakan apakah yang

Page 31: Alam Belajar Assignment

dilakukan oleh anak muridnya yang mengalami masalah hiperaktif.

ii. Hukum Latihan

Guru haruslah membanyakkan pengulangan dan latihan tubi kepada murid-

murid agar mereka dapat mengukuh dalam pembelajaran. Guru juga perlu

menyediakan latihan yang pelbagai dengan sebanyaknya

iii. Hukum Kesan

Guru haruslah mengadakan aktiviti pengukuhan kepada murid-murid

selepas mengajar satu topik pelajaran. Guru juga perlu memilih dan

mengaplikasikan peneguhan yang sesuai supaya mengukuh pengetahuan murid.

Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru juga harus mengamalkan teknik

hukuman dan ganjaran kepada murid-murid.

4.2.2 Teori Skinner

Dalam proses pengajaran, guru harus menggunakan teknik peneguhan atau

dendaan. Contohnya, guru boleh memberi galakan seperti memberikan kata-kata

pujian, menepuk tangan, memberi hadiah kepada murid-murid yang berjaya

melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan. Sebagai contoh, seorang guru

memberikan coklat kepada muridnya yang mampu membaca huruf ‘a’ hingga ‘h’

dengan betul. Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain

untuk mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untuk

terus menguasai huruf seterusnya.

Page 32: Alam Belajar Assignment

Sebaliknya jika seseorang murid membuat kesalahan, guru harus

memberikan hukuman yang sesuai kepada murid tersebut, contohnya, membuat

kerja tambahan, memarah atau memberi amaran dan sebagainya.

Page 33: Alam Belajar Assignment

5.0 Implikasi Teori Pembelajaran Behavioris

5.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Dalam teori ini, guru haruslah sedar bahawa rangsangan dan gerak balas

mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara

rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin

kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak

balas terlazim itu.

Apabila guru memberi pujian (rangsangan) kepada murid setiap kali mereka

mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu dapat menghasilkan

sesuatu yang baik dan berterusan. Contohnya, murid yang mendapat pujian

daripada guru akan berasa memuas hati dan berusaha untuk menjalankan kerja

dengan sebaik-baiknya setiapa kali. Manakala, murid yang tidak dapat pujian guru

juga bermotivasi untuk memajukan diri sendiri agar mendapat ganjaran guru lain

kali. Oleh hal yang demikian, teknik ganjaran ini dapat memberikan motivasi

kepada murid-murid dan motivasi ini telah memainkan peranan penting dalam

plajaran.

Sebaliknya, peneguhan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini

bermakna sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran,

tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Contohnya, jikalau guru

tidak memberi rangsangan dan peneguhan kepada murid, lama-kelamaan murid

tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses

penghapusan. murid juga akan berasa bosan terhadap usaha diri dalam pelajaran.

Page 34: Alam Belajar Assignment

Oleh hal yang demikian, konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu

seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

5.2 Teori Pelaziman Klasik Watson

Dalam teori ini, guru boleh mempengaruhi pembelajaran murid dengan

mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif.

Guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan

terlazim dengan gerak balas terlazim. Ini akan menjamin kebolehan pelajar untuk

mengingat kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah.Sebagai contoh, guru

boleh memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali supaya

murid dapat menghasilkan tindak balas terhadap penyelesaian masalah

matematik.

Namun begitu, minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan. Sekiranya

latihan diberikan dengan terlalu banyak, murid-murid akan berasa tekanan dan

bosan terhadap pelajaran. Hal ini akan muncul gerak balas murid yang negatif.

. Oleh hal yang demikian, guru harus sentiasa menggunakan rangsangan

yang boleh memotivasikan murid-murid. Contohnya, guru yang mengajar dengan

pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat

menimbulkan minat pelajar terhadap proses pengajaran.

5.3Teori Pelaziman Operan Thorndike

Teori ini dapat meningkatkan tahap kesediaan belajar murid. Sekiranya

murid itu bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya yang dijalankan akan

menghasilkan kepuasan. Oleh hal itu, guru memainkan peranan penting dalam

Page 35: Alam Belajar Assignment

menggunakan motivasi yang sesuai untuk mendorong murid membuat persediaan

dalam pelajaran

Selain itu, guru juga perlu mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan

gerak balas murid dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi

serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Menurut Thorndike,

sekiranya pasangan rangsangan-gerak balas wujud berkali-kali, maka ikatannya

akan bertambah kukuh dan kemungkinan untuk gerak balas wujud lagi pada masa

akan datang.

5.4Teori Pelaziman Operan Skinner

Menurut Skinner, sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari

hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara

berkata supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.

Guru memberikan ganjaran atau pujian keapda murid merupakan sesuatu

peneguhan positif. Peneguhan positif yang diberi oleh guru dapat mendorong

murid menghasilkan kerja yang lebih bermutu tinggi. Apabila guru memberikan

pujian dan dorongan, murid-murid akan timbul rasa minat untuk belajar dan

membantu guru mengawal tingkah laku murid dalam bilik darjah. Selain itu, murid-

murid juga berasa dirinya dihormati atau disayangi dan seterusnya meningkatkan

keyakinan diri. Situasi pembelajaran yang gembira dan selesa juga akan

diwujudkan.

Namun begitu, kaedah memberikan ganjaran juga mempunyai

kekurangannya. Jika guru sentiasa memberikan hadiah yang sama, lama-

Page 36: Alam Belajar Assignment

kelamaan murid-murid akan berasa kekurangan minat terhadap ganjaran tersebut.

Selain itu, guru yang memberikan hadiah dengan terlalu kerap akan menyebabkan

murid-murid menjadi realistisme dan materalisme. Murid-murid hanya bersungguh-

sungguh melakukan sesuatu kerja dengan keadaan guru ada memberikan

hadiah.

Peneguhan negatif juga sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang

diningini. Contohnya, guru memberikan kerja tambahan kepada murid-murid yang

mendapat keputusan yang tidak memuaskan. Akhirnya, murid tersebut itu akan

berasa takut terhadap mendapat markah keputusan yang rendah dan berusaha

untuk mendapat keputusan cemerlang. Kaedah ini juga akan menakutkan murid-

murid yang lain supaya tidak membuat perkara yang sama dengan murid tersebut.

Page 37: Alam Belajar Assignment

6.0 Kesimpulan

Teori behavioris merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-

respons untuk menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran.

Hal ini kerana pengukuran merupakan suatu hal yag penting untuk melihat

menjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.

Dalam teori behavioris, kelebihan yang diperolehi adalah teori ini sangat

sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan

daripada dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika

memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di

persekitarannya terutamanya guru kerana mereka mudah mengikuti apa yang

diajar dan disuruh selain meniru perlakuan orang di sekelilingnya.

Selain itu, guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi

penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini

kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali jika murid

menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada

guru. Dalam hal ini, guru harus memberikan penerangan dengan jelas.

Namun begitu, teori ini juga mempunyai kelemahannya. Penerangan teori

behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boeh

mengakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-

murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya

berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid

manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa

Page 38: Alam Belajar Assignment

memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini, murid

berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan

dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan

salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan

akibat buruk kepada murid.

Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang

memberikan gerak balas yag bebas bagi murid untuk berinteraksi serta untuk

mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu

kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Jika tiada rangsangan

maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi

rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan

jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara

berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar

sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri merela sendiri

sebagai satu cara pembelajaran.

Di samping itu, teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih

tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan

kurikulum yang sangat ketat sehingga buku teks merupakan buku wajib dalam

pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan

mempersembahkan kembali isi pembelajarn di dalam buku teks tersebut dengan

baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu

pengetahuan yang mereka perolehi tidak begitu berkembang dengan hanya

tertumpu kepada satu buah buku sahaja.

Page 39: Alam Belajar Assignment

Secara kesimpulan, teori pembelajaran behavioris ini penting untuk

membantu guru memilih strategi dan membantu pelajar secara optimum. Teori in

amat dimanfaatkan pada semua peringkat pembelajaran. Dalam teori ini, telah

membuktikan perlakuan manusai, emosi dan sikap dapat dipupuk dan dibentuk

melalui pengulangan dan latihan. Oleh hal yang demikian, guru harus melibatkan

teori behavioris dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Akhirnya saya ingin merakamkan ribuan penghargaan kepada pihak yang

memberikan kerjasama kepada saya selama perjalanan kerja kursus ini agar saya

dapat menyempurnakan kerja kursus ini dengan selamat.

Page 40: Alam Belajar Assignment

Refleksi

Saya ingin bersyukur kerana saya dapat menyempurnakan kerja kursus

pendek Murid dan Alam Belajar saya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tajuk

kerja kursus ini adalah berkaitan dengan teori pembelajaran. Dalam tempoh

menjalankan kerja kursus ini saya telah mendapati banyak masalah.

Yang pertama, saya tidak tahu ingin memilih mana satu teori pembelajaran

sebagai kajian saya. Oleh itu, saya telah berbincang dengan kawan sekelas dan

mencari maklumat di perpustakaan serta internet. Akhirnya, saya telah mendapati

teori pembelajaran behavioris adalah teori yang paling saya fahami dan terdapat

banyak maklumat yang tentang teori pembelajaran ini. Oleh hal yang demikian,

saya telah memilih teori pembelajaran behavioris untuk menjalakan tugasan saya.

Pada awalnya, saya langsung tidak ada idea untuk mengaplikasikan teori

tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setelah saya mula

menjalakan tugasan saya, saya dapati bahawa teori pembelajaran behavioris

adalah memainkan peranan yang penting bagi guru untuk mendidik murid-murid.

Berdasarkan maklumat yang saya dapati, teori pembelajaran behavioris

merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-respons untuk

menghasilkan tingkah laku. Teori in mementingkan rangsangan untuk

membentukkan tingkah laku pembelajaran murid-murid melalui pengajaran dan

pembelajarran. Hal ini penting bagi saya yang bercita-cita menjadi guru yang

profession.

Page 41: Alam Belajar Assignment

Dalam tempoh menjalankan kerja kursus, saya telah menghadapi masalah

iaitu susah untuk mengenalpasti hukum-hukum dalam setiap teori. Setiap tokoh

telah mengemukakan hukum ataupun idea mereka dalam teori masing-masing. Ini

merupakan maklumat yang penting bagi saya untuk menjalankan tugasan tentang

teori behavioris ini. Namun begitru, saya tidak memasti hukum-hukum yang telah

saya cari sama ada betul ataupun salah. Oleh itu, saya lebih bertungkus-lumus

mencari maklumat daripada buku dan laman web untuk menyelesaikannya. Selain

itu, saya juga bertanya pensyarah dan rakan-rakan supaya memastikan hukum-

hukum yang saya dapati itu betul.

Setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati rupa-rupanya teori

behavioris ini telah banyak diamplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada

zaman persekolahan saya, guru saya sering menggunakan teknik latih tubi

ataupun membuat latihan dengan banyak. Rupanya teknik ini adalah berdasarkan

daripada teori behavioris. Selain itu, guru juga suka menggunakan teknik ganjaran

dan hukuman untuk memotivasikan murid dalam pembelajaran. Hal ini juga adalah

salah satu teknik dalam teori behavioris. Selepas saya menjalankan kerja kursus

ini, barulah saya dapati semua aplikasi teori behavioris ini telah saya jumpai dalam

zaman persekolahan saya.

Saya berasa teknik-teknik tersebut merupakan teknik yang begitu biasa dan

selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Teori ini amat berfaedah

kepada semua guru untuk menjalankan P&P mereka.