21

AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my
Page 2: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

ri 0 111-. 1-1 . ·•.

3-'*-0 ' Li l.J .J.. /~,.::,,,

AMANAT NAIB CANSELOR Tahun 2002

Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman S.P.D.K., D.S.N.S., J.S.M., D.N.S., P.G.B.P., P.M.C.

B.A., M.A.(Malaya), PhD. (Michigan State)

_T"

c. c,..j

2

~ ~ .S S ~ <(

"UMS KE ARAH MENCAPAI KUALITI GLOBAL''~;

- Tarikh ~

PERPUSTAKAAN UMS abu)

1111111111111 -1400017923

. -Sat Universiti Malaysia Sabah

Page 3: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

,, -) c i.< J J 17 8 2 3-G.u ~~3-i:olw ~

" Bagi membolehkan kita terus mampu

membangunkan universiti ini sebagai pusat

kecemerlangan pendidikan ilmu yang tinggi

nilainya dan diiktiraf di peringkat dunia, kita perlu

bersedia menerima dan menganggap bahawa

segala teguran dan masalah yang kita terima dan

hadapi pada masa lampau sebagai peringatan

untuk kita bekerja dengan lebih gigih dan kuat

lagi, manakala segala pujian pula sebagai

peringatan supaya kita lebih berwaspada dan

berusaha meningkatkan pencapaian tersebut

ke persada yang lebih tinggi ."

Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman Naib Canse/or

Universiti Malaysia Sabah 13 Mac 2002

2

Page 4: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

w

Page 5: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

l

Page 6: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

"UMS KE ARAH MENCAPAI KUALITI GLOBAL"

Yang Berbahagia;

Timbalan-Timbalan Naib Canselor,

Pegawai-Pegawai Utama Universiti,

Ahli-Ahli Senat,

Ketua-Ketua Jabatan/lnstitut/Unit,

Ahli-Ahli Akademik,

Pegawai-Pegawai Pentadbir, Para Kakitangan dan Pimpinan-Pimpinan Pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

1.0 PENDAHULUAN

Pertama sekali saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberi kesempatan, kekuatan serta kesihatan untuk terus menikmati fitrah kehidupan harian dalam melaksanakan tanggungjawab kita membangunkan Universiti Malaysia Sabah ini dalam keadaan aman, harmoni dan maju ke hadapan.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga universiti yang hadir di dewan ini untuk sama-sama menyingkap kembali liku-liku dan pahit-manis pencapaian UMS yang kini berusia 7 tahun. Di samping itu saya akan membincangkan beberapa langkah dan strategi untuk menggerakkan universiti ini ke mercu kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan, sesuai dengan moto universiti "Bertekad Cemerlang''.

Marilah kita sama-sama bertekad agar pada tahun 2002 ini, kita akan lebih berazam untuk menggunakan segala tenaga, kemahiran, dan pengetahuan untuk beke~asama demi kecemerlangan dan kebaikan diri dan anak bangsa kita melalu i peranan dan manifestasi universiti ini. Semoga pengalaman, kejayaan dan cabaran yang kita lalui dan hadapi pada tahun yang lepas dijadikan iktibar untuk terus memajukan lagi pencapaian UMS.

Pada hemat saya, bagi membolehkan kita terus mampu membangunkan universiti 1n1

sebagai pusat kecemerlangan pendidikan ilmu yang tinggi nilainya dan diiktiraf di peringkat dunia, kita perlu bersedia menerima dan menganggap bahawa segala teguran dan masalah yang kita terima dan hadapi pada masa lampau sebagai peringatan untuk kita beke~a dengan lebih gigih dan kuat lagi, manakala segala pujian pula sebagai peringatan supaya kita lebih berwaspada dan berusaha meningkatkan pencapaian tersebut ke persada yang lebih tinggi. Kita tidak boleh berputus asa dan dalam masa yang sama cepat berpuas hati dengan apa juga yang kita capai. Kita perlu memiliki semangat kental dan bersatu-padu di samping mengekalkan keikhlasan dan kejujuran kita dalam menjalankan tugas seharian.

s

Page 7: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

2.0 PENERAPAN VISI & MISI UNIVERSITI

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Kita sedia maklum, kini kita berada dalam era globalisasi, era di mana masyakarat dunia dikatakan berada dan mampu berhubung dengan lebih dekat dan tanpa sempadan. Pelbagai isu dikaitkan dengan globalisasi termasuklah sistem politik berasaskan demokrasi liberal, hak asasi dan kebangkitan masyarakat madani. Justeru itu, kehidupan kita telah dipengaruhi oleh insiden-insiden yang berlaku di luar sempadan kita. Perkembangan ini telah menghasilkan paradigma baru dalam hubungan antarabangsa.

Buktinya, kita dapat perhatikan kemunculan pelbagai pertubuhan serantau, separuh rantau dan organisasi pelbagai hala, mula memainkan peranan yang lebih aktif dan tegas. Dunia hari ini tidak lagi dipisahkan oleh perbezaan ideologi. Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat atau ICT telah memperluaskan jurang digital antara negara membangun dan negara maju. Secara umumnya, globalisasi adalah satu proses politik, ekonomi, sosial dan budaya yang telah memusnahkan sempadan geopolitik antara negara.

Oleh yang demikian, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berperanan dalam menjana perkembangan ilmu yang tinggi nilainya, kita perlu sedar dan akan terus melakukan pengstrukturan sistem pengajian yang bersifat liberal bagi mempastikan UMS menjadi sebuah universiti berinovatif dan mampu menyediakan kualiti perkhidmatan pendidikan kesa~anaan yang terbaik dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sesungguhnya peranan kita di universiti ini cukup besar dan penting dalam agenda pembangunan nasional. Pendidikan bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan semata-mata, malah ianya lebih dari itu; iaitu untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini sesuai dengan kehendak dan cabaran era globalisasi.

Oleh yang demikian, kita perlu memahami apakah tujuan dan matlamat utama kita beke~a di universiti ini. Kita perlu tahu landasan pe~uangan kita dan faham tentang akar umbi kewujudan universiti ini. Kita tidak mahu menjadi peke~a yang lemah, lesu dan beke~a semata-mata untuk makan gaji dan kepentingan diri. Negara amnya memerlukan tenaga ke~a yang produktif dan berkualiti. Kita juga tidak mahu menjadi "passenger" atau penumpang semata-mata dalam pembangunan universiti ini. Komitmen kita ialah alah bisa, tegal biasa; alang-alang mandi biar basah; dan alang-alang menggenggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang kita berkhidmat, budi baik biar sampai jadi panduan dan sanjungan generasi kita sampai bila-bila.

Justeru itu, untuk menyahut cabaran globalisasi tersebut, kita telah menetapkan beberapa misi asas untuk mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu yang diiktiraf

6

Page 8: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

di peringkat antarabangsa, iaitu menerusi komitmen kita mencapai 5 misi utama universiti seperti berikut;

I) Pencapaian kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran

UMS bertekad untuk mencapai kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran yang bertaraf dunia melalui penyediaan sistem pembelajaran berkonsepkan e-/earning, perkongsian kepakaran yang bersifat global melalui pengajaran mahupun penyelidikan, di samping untuk terus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di kalangan tenaga akademik dan pelajar. Manifestasi dan konsep pendidikan yang ingin kita terapkan di universiti ini adalah suatu pendidikan yang berkonsepkan ilmu pengetahuan sepanjang hayat, seimbang, mengkhusus dan bersifat liberal sesuai dengan kehendak semasa.

2) Pencapaian dalam kecemerlangan penyelidikan dan penerbitan

UMS bertekad untuk mencapai misi ini kerana kita sedia maklum penyelidikan dan penerbitan merupakan tunjang utama kecemerlangan sesebuah universiti. Kita perlu mewujudkan kumpulan penyelidik profesional yang mampu melakukan dan mengadakan hubungan ke~asama penyelidikan di peringkat antarabangsa. Kita juga bertekad untuk menjadikan universiti ini sebagai pusat rujukan ilmiah melalui penghasilan bahan-bahan penyelidikan, penerbitan dan seumpamanya yang bermutu tinggi di rantau ini. Justeru itu, kita akan terus menggerak dan membangunkan misi ini melalui Unit Penerbitan yang telah kita wujudkan bermula tahun lepas.

3) Pencapaian dalam kecemerlangan khidmat masyarakat

Kita perlu tahu dan sedar bahawa universiti bukanlah hanya satu gedung ilmu atau menara gading yang terpisah daripada masyarakat di sekeliling. Sebagai universiti milik masyarakat dan kerajaan, kita perlu prihatin dan mengambilkira kepentingan masyarakat dan negara. lni bermakna segala-segala yang dilakukan oleh universiti hendaklah bertujuan memenuhi kepentingan ini. Oleh itu, kita akan terus menggalakkan lebih banyak kegiatan kemahasiswaan mahupun kakitangan yang bersifat antarabangsa melalui aktiviti lawatan, pertukaran kepakaran atau pelajar dan sebagainya, serta menggalakkan lebih banyak kegiatan kemasyarakatan di luar-luar bandar melalui aktiviti bakti siswa sebagai strategi mendekatkan universiti pada masyarakat.

4) Pencapaian keseimbangan dalam pengkhususan ilmu

UMS akan terus menumpukan usaha-usaha ke arah penghasilan pelajar yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang mengkhusus tetapi seimbang melalui konsep pembelajaran liberal yang telah kita laksanakan sejak awal lagi. Misi kita adalah untuk melahirkan golongan terpelajar yang mempunyai daya saing, daya komunikasi dan daya ketrampilan diri yang berkualiti serta memiliki ciri-ciri pemikiran kritikal, analitikal, dinamik, proaktif dan progresif.

7

Page 9: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

5) Kecemerlangan pribadi pelajarnya

Pelajar yang cemerlang hanya dari sudut akademiknya tetapi pincang dari segi nilai-nilai dirinya adalah tidak bermakna dan berguna. Oleh itu, kita perlu melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri, beretika dan berakhlak mulia serta mempunyai semangat cintakan universiti dan negara. Kita sedia maklum, apabila ilmu dimiliki oleh orang yang buruk budi pekertinya, maka bukan sahaja pemilik ilmu itu akan berkelakuan buruk, tetapi masyarakat juga akan diheret turun ke lembah kehinaan. Masalah dan kes penyelewengan di kalangan pegawai berpendidikan tinggi sering kita dengar yang mana bukan sahaja membawa keburukan pada dirinya, malah kesannya adalah pada negara juga. Justeru itu penguasaan ilmu perlu disertai dengan didikan dalam bidang moral dan etika. Untuk itu, kita akan terus mewujudkan kursus-kursus bidang etika dan moral supaya ilmu yang diperolehi tidak disalahgunakan.

3.0 PEMBENTUKAN KUALITI PELAJAR DAN SISWAZAH BERDAYA SAING

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Pelajar merupakan pelanggan utama kita yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. "Core Business" kita adalah untuk berusaha membentuk. melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing, dan kejayaan serta kepuasan kita ialah setelah melihat produktiviti kita ini mampu menyumbang kembali kepada pembangunan bangsa dan negara.

justeru itu, kini bukan lagi masanya untuk kita asyik menuding jari mempersalahkan satu dengan yang lain. Kita perlu bersatu untuk memikirkan, merancang dan melaksanakan beberapa strategi terfokus dan bertindak untuk membentuk dan melahirkan graduan berkualiti mengikut acuan kita sendiri. Kita perlu mewujudkan tanda arah atau bench­marking kita sendiri sebagai panduan untuk melahirkan graduan yang berkualiti tinggi.

3.1 Peningkatan Enrolmen Pelajar

Jika diimbas sejarah enrolmen pelajar kita, pada tahun 1995, UMS memulakan operasinya dengan pengambilan pelajar peringkat ljazah pertama seramai 199 orang. Kini populasi pelajar kita telah mencapai lebih 7,000 orang termasuk hampir 1,000 pelajar di Kampus Antarabangsa Labuan. Pada sesi 200 I /2002, jumlah enrolmen pelajar kita adalah sebanyak 2,036 orang dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat pada setiap sesi pengambilan

pelajar.

Namun demikian, yang menjadi kebimbangan saya ialah, apakah peningkatan bilangan pelajar ini turut disusuli dengan peningkatan kualiti graduan yang kita hasilkan? Sehingga kini UMS telah be~aya mengeluarkan 3 generasi graduan dengan jumlah lebih kurang 2,485

8

Page 10: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

orang. Mengikut maklumat yang diperolehi, kebanyakan graduan ini telahpun mendapat peke~aan sama ada di sektor awam mahupun swasta, dan tidak kurang juga ada yang berkhidmat di luar negara, sesetengahnya pula ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah yang lebih tinggi baik di dalam mahupun luar negara.

Waiau bagaimanapun, kita tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian yang ada sekarang. Kita perlu menggandakan usaha kita untuk mencapai misi dan visi universiti. Oleh itu, dalam hal ini kita akan terus memberi perhatian dan membuat pembaikan berterusan terhadap usaha-usaha yang kita lakukan sekarang.

3.2 Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Kita perlu berusaha untuk menghasilkan graduan kita yang mempunyai tanda kecemerlangan atau "trade-mark" tersendiri sebagai produk Universiti Malaysia Sabah yang berkualiti tinggi dan berdaya saing. Komitmen kita adalah berusaha untuk melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

I. Bersifat holistik dan cemerlang dalam aspek akademik dan keperibadian. II. Mempunyai daya keyakinan, ketrampilan dan daya komunikasi yang baik. Ill. Prihatin dan mempunyai daya sensitiviti serta keinginan yang tinggi terhadap kemahiran

semasa seperti kemahiran ICT IV. Mempunyai kemahiran yang pelbagai (multi-s/<jlfs) yang bukan sahaja mahir dan

mengkhusus pada disiplin ilmu yang diikuti, tetapi juga mahir dalam disiplin-disiplin ilmu yang lain.

V. Berdisiplin, berinisiatif, berinovatif dan berfikiran terbuka di samping mempunyai semangat cintakan universiti (alma mater) dan negara.

Kita harus sedar bahawa bidang pengetahuan yang dipelajari tidak menjamin pelajar tersebut akan mendapat peke~aan yang diinginkan. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan bilangan pelajar IPTA dan IPTS yang kian bertambah, peluang untuk mendapat peke~aan semakin kompetitif. Sesungguhnya, semua kita sama ada sebagai kakitangan akademik, pengurusan mahupun sokongan adalah bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti dengan sifat-sifat seperti yang disebutkan tadi. Kita perlu menyumbang khidmat secara ikhlas dan jujur melalui tugas dan peranan masing­masing.

4.0 MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Saya berpendapat dan saya yakin kita semua bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran merupakan nadi penting ke arah kecemerlangan sesebuah universiti. Justeru

9

Page 11: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

L

itu, marilah kita terutamanya rakan-rakan tenaga akademik dan kakitangan universiti unt uk menjadikan tahun 2002 ini sebagai tahun untuk peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan.

Dalam konteks ini, kita perlu melaksanakan sekurang-kurangnya I I perkara untuk menjadikan UMS sebagai sebuah universiti yang cemerlang dan bertaraf dunia, iaitu;

I) Meningkatkan dan melengkapkan kemudahan prasarana dan bekalan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti makmal, komputer dan sebagainya. Dalam hal ini kita telah be~aya mendapat pinjaman daripada IDB (Islamic Development Bank) sebanyak US$20, 157,295 atau lebih kurang Ringgit Malaysia I 00 juta untuk keperluan peralatan pengajaran di makmal-makmal Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa dan beberapa Sekolah lain termasuklah lnstitut Biologi Tropika Pemuliharaan dan lnstitut Penyelidikan Marin Borneo. Di samping itu, Kerajaan di bawah peruntukan pembangunan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah melu luskan peruntukan sebanyak RM39 juta untuk membangunkan sistem pengajaran dan pembelajaran kampus seperti keperluan makmal saham Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan beberapa makmal kajian di Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan dan Sekolah Psikologi dan Ke~a Sosial.

2) Meningkatkan kemudahan di perpustakaan. Kini perpustakaan UMS telah beroperasi sepenuhnya, namun komitmen kita adalah untuk meningkatkan lagi kemudahan sedia ada khususnya berkaitan perkhidmatan "digital library" bagi memudahkan capaian ilmu di kalangan para pelajar. Saya dimaklumkan, setakat tahun 200 I, jumlah koleksi perpustakaan adalah sebanyak I 17.707 buah termasuk koleksi dalam bentuk buku, multimedia, kalender dan jurnal.

3) Menghasilkan dan mewujudkan lebih ramai pemimpin akademik dan tenaga pengajar berkualiti dan bertaraf dunia. lni dapat dilakukan dengan memberi peluang yang lebih banyak kepada tenaga akademik mengikuti persidangan-persidangan antarabangsa, khususnya tenaga akademik muda. Kita akan terus merancang lat ihan tenaga akademik di peringkat "postdoctoral" atau "attachment" di makmal-makmal terkemuka dalam

mahupun luar negara bagi mereka yang mempunyai kemahiran teknikal. Setakat ini, iaitu bermula tahun 200 I, kita telah melaksanakan Kursus Metodologi Penyelid ikan bagi mempastikan tenaga akademik yang ingin melanjutkan pelajaran betul-betul mempunyai persediaan rapi.

4) Mengkaji dan mengemaskinikan semula kurikulum dan kursus yang mampu menghasilkan graduan berdaya saing pada peringkat global dan menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu dengan mewujudkan beberapa kursus ketrampilan diri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat laporan tertentu dan lain-lain yang berorientasikan pendidikan liberal di Pusat Penataran llmu dan Bahasa. Penekanan

10

Page 12: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

akan diberikan terhadap kemahiran penguasaan bahasa asing khususnya Bahasa lnggeris sesuai dengan kehendak globalisasi masa kini.

5) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan yang memberi penekanan kepada proses penjanaan dan pembinaan pengetahuan, seperti meningkatkan sistem pembelajaran dan pengajaran berkonsepkan e-learning dan ICT merentas kurikulum.

6) Mengamalkan konsep keikhlasan, kejujuran dan keprihatinan dalam tugas pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran agar dalam mewujudkan budaya ke~a yang lebih menumpukan kepada pengajaran mereka berbanding aktiviti­aktiviti luar yang tidak berkaitan dengan profesion.

7) Menambahkan bilangan staf akademik, khususnya yang berkelayakan PhD atau setaraf dengannya bagi memperbaiki nisbah staf akademik dengan pelajar dan staf pentadbiran.

8) Melaksanakan prosedur kualiti dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan penilaian prestasi seperti memberi penghargaan terhadap pelajar, pensyarah dan kakitangan cemerlang melalui Jawatankuasa Pertandingan Kualiti Universiti.

9) Meningkatkan mobiliti dan pendedahan (exposure) pelajar dan kakitangan akademik mahupun pentadbiran melalui peningkatan persefahaman dengan institusi antara­bangsa mahupun institusi swasta yang berdaya saing dalam negara demi membentuk kemahiran pelbagai atau di kalangan kakitangan.

I 0) Menjalankan program pembangunan pelajar secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu dengan memperbanyakkan kegiatan-kegiatan yang bersifat antarabangsa dan dalam masa yang sama sentiasa memantau kegiatan pelajar agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

I I) Mendapatkan pensijilan MS ISO 9000 dan memantapkan sistem penjaminan kualiti melalui jawatankuasa Pelaksana MS ISO 9000 yang mana antara lainnya berfungsi mempertahankan dan meningkatkan kualiti dan piawai pengajaran, kesa~anaan,

penyelidikan, dan pengalaman pembelajaran pelajar serta pengurusan universiti.

Dengan permuafakatan telus dan sokongan padu daripada semua warga universiti, saya percaya kita dapat membina sistem pendidikan yang berkualiti tinggi dan mampu memartabatkan imej baik Universiti dan warganya, jika kita semua menjalankan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh disiplin, dedikasi dan berakauntibiliti.

5.0 MENINGKATKAN KUALITI R&D UNIVERSITI

Saudara dan saudari sekalian,

11

- - --

Page 13: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

Penyelidikan dan Pembangunan atau ringkasnya R&D (Research & Development) merupakan teras utama kecemerlangan sesebuah universiti. justeru itu, UMS akan terus menggiatkan dan mengenalpasti beberapa bidang penyelidikan baru. Setakat ini, UMS didokong oleh 3 Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Universiti , iaitu;

a) lnstitut Penyelidikan Marin Borneo b) lnstitut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, dan; c) Unit Penyelidikan Psikologi dan Ke~a Sosial.

Pada tahun ini kita t elah dipersetujui untuk menggerakkan dua Pusat Kecemerlangan

Penyelidikan Universiti iaitu; a) lnstitut Penyelidikan Bioteknologi, dan; b) Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan.

Kita merasa bangga bahawa kejayaan kita dalam bidang penyelidikan sudah mula mendapat perhatian umum. Kita telah be~aya menerima peruntukan sebanyak lebih RM3 juta bagi membiayai aktiviti penyelidikan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan A lam Sekitar dan juga daripada geran IRPA (Intensified Research in Priority Areas) yang melibatkan

kos melebihi RM3.2 juta.

Selain daripada geran IRPA, UMS turut menerima bantuan luar seperti daripada pihak DANCED, Mac Arthur Foundation, USA-ICLARM, Royal Society of London, Darwin Science & Technology Initiatives, MITI japan, dan tidak kurang pentingnya bantuan dalam negara seperti daripada Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia.

Pada tahun 200 I juga, kita telah menawarkan beberapa geran penyelidikan di bawah pengendalian Unit Penyelidikan & Persidangan, seperti geran penyelidikan di bawah skim Galakan Bantuan Siswazah bagi menggalakkan para pensyarah melakukan penyelidikan bersama-sama pelajar sa~ana dan doktor falsafah. Namun demikian, pemberian peruntukan bagi projek geran penyelidikan jangka pendek atau "Seed Money" terpaksa kita tangguhkan disebabkan pemberian geran tersebut telah diambil alih oleh pihak

Kementerian Pendidikan.

Empat bidang utama yang menjadi tumpuan dalam pembiayaan geran penyelidikan universiti ialah bidang Sosio Ekonomi, Sains Fizikal, Biologi dan Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, bagi geran penyelidikan IRPA pula, bidang yang menjadi tumpuan adalah Agro-industri, Perkhidmatan dan Penggunaan IT, Ke~a Sosial dan Persekitaran. Secara kesimpulannya, sehingga tahun 200 I, terdapat empat geran penyelidikan yang terdapat

dalam universiti iaitu;

I. Geran Penyelidikan Muda - jumlah penyelidikan : 25 - jumlah peruntukan diluluskan : RM25,000.00

12

Page 14: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

II. Geran Skim Galakan Bantuan Siswazah - jumlah penyelidikan : 6 - jumlah peruntukan diluluskan : RM6,000.00

Ill. Geran Penyelidikan Projek Perintis - jumlah penyelidikan : I

IV Geran IRPA - jumlah penyelidikan : 4 - jumlah peruntukan diluluskan RM75 I ,200.00

Kini, kita telah mula mampu memperlihatkan kepada umum kejayaan penyelidikan dalam pelbagai bidang, di antaranya;

Penyelidikan Rumpai Laut melalui projek Pengkulturan Rumpai Laut di Kepulauan Banggi, Kudat.

II. Penyelidikan dan penghasilan benih ikan berkualiti tinggi seperti ikan kerapu tikus, ikan kerapu harimau dan ikan merah melalui pembiakan secara aruhan.

Ill. Kejayaan ekspedisi saintifik Lembah lmbak di Tawau dan Hutan Simpan Tabin, telah be~aya mendokumentasikan diversiti flora dan fauna serta penemuan beberapa spesis baru.

IV Penciptaan Blind Navigator oleh sekumpulan tenaga akademik dan pelajar di Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat untuk membantu memudahkan pergerakan orang-orang yang cacat penglihatan.

V Penghasilan bahan makanan berasaskan produk rumpai laut oleh Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan.

VI. Penyelidikan terhadap tekanan (stress) di kalangan pelbagai kumpulan peke~a oleh Unit Penyelidikan Psikologi dan Ke~a Sosial .

Pada tahun ini, kita berharap agar lebih ramai tenaga akademik kita memperolehi geran penyelidikan IRPA mahupun geran-geran penyelidikan lain untuk meningkatkan lagi nama baik universiti menerusi penyelidikan. Sebagai sokongan padu pihak universiti dalam hal ini, beberapa perkara berikut akan dilaksanakan demi kepentingan dan kebaikan para kumpulan ini;

Memantap dan mengukuhkan lagi sistem pengurusan Unit Penyelidikan dan Persidangan.

II. Mengkaji semula prosedur kelulusan mendapatkan geran penyelidikan agar lebih fleksibel.

13

Page 15: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

Il l. Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap penyelidikan yang berdaya saing melalui Pertandingan Penyel idik Terbaik yang telah dimulakan sejak tahun 200 I melalui Jawatankuasa Pertandingan Kualiti Universiti.

IV. Memberi ganjaran tertent u dalam penilaian prestasi ke~a tahunan penyelidik.

V. Menggalakkan penyelidikan terfokus dan dilaksanakan secara berkumpulan dan mewujudkan ke~asama pintar dengan universiti tempatan mahupun luar negara.

VI. Memperkukuhkan kerjasama penyelidikan sedia ada dan sentiasa mencari lebih banyak peluang ke~asama sama ada di dalam mahupun luar negara.

6.0 PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN KUALITI UNIVERSITI

Saudara dan saudari sekalian,

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewajibkan semua agensinya untuk mendapatkan persijilan kualiti MS ISO 9000, Universiti Malaysia Sabah dengan penuh keyakinan telah menyahut saranan ini dengan mengambil beberapa langkah proaktif untuk mempastikan UMS mendapat pengikhtirafan kualti setanding dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Justeru itu, demi mencapai matlamat universiti untuk menjadikan budaya kualiti sebagai budaya ke~a. beberapa aktiviti dan program telah dirancang dengan teliti seperti mengadakan beberapa bengkel, seminar dan kursus-kursus kefahaman dan perlaksanaan sistem kualiti di semua Pusat Tanggungjawab.

Kita telah be~aya mendokumentasikan sebanyak 3 I prosedur dan I I arahan ke~a dalam pelaksanaan sistem kualiti ini. Prosedur ini merangkumi semua aspek yang melibatkan pelaksanaan program pengajian pra siswazah, pentadbiran pejabat seperti Bendahari, Perpustakaan, Latihan Kakitangan Pentadbiran dan Akademik. Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Akademik. Proses Pengajaran dan Pembelajaran, Sistem Fail UMS, Sistem Ke~a Pensyarah, Kaunseling,Tatatertib, Konvokesyen dan lain-lain lagi.

Pelaksanaan Sistem Kualiti UMS ini mengandungi banyak faedahnya kepada semua kakitangan UMS, pelajar, pensyarah, pentadbir dan juga pihak pengurusan tertinggi universiti. Antara faedah yang t elah dikenalpasti ialah seperti berikut:

Membolehkan pihak pengurusan melakukan pemantauan yang sistematik ke atas pe~alanan semua bahagian yang terlibat dengan pelaksanaan sistem kualiti melalui aktiviti audit kualiti dalaman atau "Internal Quality Audit".

II. Menyediakan prosedur dan arahan ke~a yang standard kepada kakitangan yang terlibat dengan pelaksanaan sistem kualiti di UMS.

Ill. Melancarkan segala urusan yang berkaitan dengan adanya tanggungjawab yang jelas ke atas sesuatu tugas.

14

Page 16: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

IV Menyediakan "benchmark" ke atas pencapaian mutu ke~a dan penilaian ke atas pencapaian objektif kualiti.

V Menyemai budaya ke~a berkualiti di kalangan kakitangan.

Saya yakin, usaha dan penat lelah semua kakitangan yang terlibat untuk menyiapkan ke~a­ke~a mendapatkan siji l MS ISO 9000 ini pastinya akan membuahkan hasil tidak lama lagi. Walaupun kejayaan kian tercapai, saya berharap kita akan terus berusaha lebih gigih lagi untuk mendapatkan persijilan kualiti dalam beberapa proses dan bidang ke~a lain. lni selaras dengan hasrat universiti untuk mencapai satu matlamat iaitu mendapat pengikhtirafan yang bertaraf dunia dan bertekad menjadikan UMS sebagai sebuah universiti yang cemerlang dan berinovatif.

Pada tahun 2002 ini, UMS Kampus Antarabangsa Labuan merupakan sasaran seterusnya untuk dipersijilkan dengan persijilan MS ISO 9000:2000 iaitu standard kualiti yang terkini selepas versi MS ISO 9000: 1994. lni merupakan satu tugas yang besar dan mencabar. Waiau bagaimanapun saya yakin, berkat usaha yang gigih dan amalan sistem ke~a yang teratur serta berdisiplin, hasrat dan sasaran ini pasti akan tercapai.

7.0 MENINGKAT DAN MANTAPKAN HUBUNGAN DAN KERJASAMA GLOBAL

Saudara dan saudari sekalian,

Dalam usaha menglobalisasikan taraf pendidikan dan penyelidikan UMS, kita akan terus mengatur beberapa strategi konstruktif untuk menjalin beberapa ke~asama dengan institusi pendidikan dan penyelidikan luar negara.

Sesungguhnya, program ke~asama global ini bukan sahaja untuk kepentingan penyelidikan universiti sahaja, tetapi ianya juga melibatkan kepentingan seluruh warga universiti melalui ke~asama pintar agar lebih bersifat global. Seperti yang kita maklum. kebanyakan graduan universiti tempatan kini selalu mendapat keluhan dari pihak majikan bahawa mereka kurang daya saing. kurang cekap berkomunikasi, dan kurang mampu berfikir secara kreatif. Dikatakan juga sesetengah pelajar mempunyai kelayakan akademik yang baik, tetapi tidak mampu menunjukkan ketrampilan dan daya saing yang tinggi. justeru itu, dengan adanya ke~asama pertukaran pelajar. tenaga akdemik dan pentadbir ini akan dapat mencapai misi mengglobalisasikan sistem pengajaran dan pembelajaran UMS.

Sehingga kini, UMS telah mengadakan hubungan ke~asama dengan pelbagai institusi antara­bangsa dalam pelbagai bidang. Antara rakan ke~asama pintar kita adalah seperti University of Oxford, University of Leeds, University of Bristol United Kingdom, Centre National De La Recherche Scientifique (CNRS) di Perancis, Southern Cross University. Lismore, Australia, Kasetsart University, Thailand, The Royal Veterinary and Agricultural University, Denmark, Chuo College of Social Work, japan, Universidad de Salamanca, Sepanyol dan beberapa lagi institusi yang tidak sempat dinyatakan.

15

Page 17: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

8.0 PEMBANGUNAN FIZIKAL KAMPUS

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sedar atau tidak kita telah berada di tahun ke-7 penubuhan UMS sejak tahun 1994. Dalam tempoh masa 7 tahun ini, kita telah melangkah dengan penuh bersejarah melalui pencapaian-pencapaian yang penuh makna.

Sebagai warga universiti, kita patut bersyukur di atas kejayaan tersebut, dalam tempoh tersebut, kita masih mampu menggerakkan universiti ini dalam keadaan yang baik tanpa adanya halangan-halangan tertentu seperti halangan pembangunan fiz ikal kampus. Kita telah mampu mendirikan kampus ini dalam jangka waktu yang ditetapkan. Kita harus bangga dan berterima kasih di atas keprihatinan pihak Kerajaan memberi peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan universiti ini.

Pada masa ini ke~a-ke~a pembangunan kampus untuk Fasa I telah siap sepenuhnya sepertimana bangunan yang ada dan dapat kita lihat pada hari ini. Dalam masa yang sama, demi untuk mencapai matlamat penyediaan kemudahan asrama sepenuhnya kepada para pelajar, projek kediaman pelajar secara BOT (Build, Operate and Transfer) sedang be~alan lancar. Projek yang dijalankan secara penswastaan ini akan memuatkan kira-kira 7,200 pelajar di mana ianya mel ibatkan 2 fasa pembangunan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2003/2004.

Manakala pembinaan bangunan untuk FASA II melibatkan perancangan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-8 iaitu pembinaan 6 buah bangunan di kampus induk dan 3 buah di Kampus Antarabangsa Labuan sedang dalam perancangan.

9.0 UMS MELANGKAH KE HADAPAN

Saudara dan saudari sekalian,

Kita sekarang sedang berada di alaf baru, alaf ke-21. Suasana yang cukup mencabar, penuh dengan dugaan, daya saing, kepantasan capaian ilmu pengetahuan dan kemahiran; dan persaingan yang bersifat global. Senario ini adalah merangkumi segenap aspek kehidupan kita dan di sinilah kita sebagai warga UMS perlu bijak mengatur strategi dinamik dan melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan Lfntuk kita sama-sama membangunkan universiti ini tanpa adanya rasa rendah diri .

Pepatah yang mengatakan; "yang bulat takkan datang menggolek, yang pipih takkan datang melayang" amat signifikan dalam arus globalisasi kini yang menuntut kita untuk lebih berusaha dan berdaya saing. Zaman bercakap secara retorik dan penuh polimek semata­mata sudah berlalu. Kita perlu -rci.ngkas dan pantas dari angan-angan dan kepentingan personel untuk mengatur strategi bagi membolehkan kita mampu bersaing dalam senario tuntutan kritikal terhadap institusi pengajian tinggi negara.

16

_j

Page 18: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

Oleh itu, dalam arus globalisasi ini, di samping tuntutan kecekapan, kepantasan dan ki'!bijaksanaan pada diri untuk bersaing dengan orang lain di dunia ini, jati diri tidak harus kita lupakan, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kita perlu bangga dengan ke~a dan institusi ke~aya kita. Kita tidak akan mampu menjadikan UMS sebagai sebuah universiti bertaraf dunia sekiranya kita sendiri tidak mempunyai sifat-sifat sejagat.

Oleh itu, di sini suka saya mengajak saudara dan saudari untuk sama-sama melangkah ke hadapan dengan pantas dalam proses ke~a kita di universiti ini. Pada pendapat saya, kita perlu memiliki sifat-sifat diri seperti berikut;

I . Kebolehan Kreatif

lni bermaksud sikap dan keupayaan kita melakukan sesuatu dengan cara lebih mudah, cekap dan cepat melalui daya kreativiti dan inovasi kita dalam menghasilkan sesuatu ke~a yang berkualiti. Untuk mencapai tahap ini kita perlulah menjadi kakitangan yang mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, ketrampilan dan boleh beke~a sebagai satu pasukan.

Beke~a sebagai suatu pasukan merupakan nilai kebolehan kreatif yang cukup penting. lni kerana dengan adanya ke~asama, persefahaman dan toleransi di antara kita dalam menjalankan tugas seharian, saya yakin ke~a tersebut akan dapat dilaksanakan dengan mudah, cepat dan tepat.

2. Ketrampilan Sosial

Kemahiran sosial atau ketrampilan diri juga penting dalam membentuk tenaga ke~a yang berkeyakinan dan produktif Sifat ini termasuklah kebolehan di kalangan kita berinteraksi dengan rakan-rakan seke~a yang lain di semua peringkat pe~awatan di universiti ini.

Kita semua seharusnya bijak membuat hubungan dan jalinan ke~asama dengan orang lain. lni bagi meningkatkan kualiti kepimpinan, ketrampilan dan keyakinan diri kita. Di samping itu, kita juga perlu memiliki sifat integriti, berakauntibi lit i, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas seharian. Melalui sifat ketrampilan sosial yang ada pada setiap kakitangan ini, saya pasti UMS akan mampu mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan disanjungi oleh mana-mana pihak.

3. Mengamalkan Budaya Kerja Berkualiti

lni bermaksud keupayaan kita untuk menghasilkan sesuatu ke~a yang lebih kreatif, inovatif dan berkualiti tinggi untuk meningkatkan kecekapan mutu dan hasil kerja kita.

Kita juga perlu lebih fleksibel dan bersedia menerima kritikan dan tunjuk ajar daripada pihak lain demi mempertingkatkan kualiti hasil ke~a kita serta memiliki kekuatan mental, fizikal dan spiritual atau kerohanian yang baik bagi membolehkan ke~a-ke~a dapat dijalankan dengan cekap dan berkualiti.

17

Page 19: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

4. Mengamalkan dan Mengekalkan Budaya lntelektual Dalam Kerjaya

Kita sedia maklum bahawa bertugas di pusat pengajian tinggi seperti UMS bukan suatu perkara mudah, banyak agenda pembangunan yang perlu kita lakukan sesuai dengan peranan kita melahirkan generasi yang berilmu tinggi. Untuk itu, saya berharap para kakitangan universiti sentiasa bersedia untuk terus belajar menguasai ilmu yang lebih tinggi, mempertingkatkan keupayaan diri.

Kakitangan UMS tidak seharusnya berada dalam kegelapan diri, cetek pengetahuan dan lemah pemikiran. Sifat ini akhirnya akan melemahkan institusi kita sendiri.

Seluruh kakitangan UMS juga seharusnya memiliki daya intelek dan kecerdasan emosi dalam menjalankan tugas masing-masing. Saya yakin, dengan adanya kedua-dua sifat ini, kakitangan kita akan mampu menjadi peke~a yang efektif dan produktif.

5. Berdisiplin, Berdedikasi dan Bertanggungjawab.

Kita sedia maklum, kejayaan dan kekayaan sesuatu empayar itu adalah tertakluk kepada disiplin di kalangan masyarakatnya. Kita perlu beke~a lebih kuat. efektif dan efisyen untuk membangunkan universiti ini. lni dapat dilakukan sekiranya kita mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Saya juga yakin bahawa elemen inilah yang membolehkan kampus UMS dapat dipantau dan disiapkan pembinaannya mengikut jadual yang ditetapkan. Dengan adanya kejituan disiplin diri di kalangan kakitangan UMS, saya pasti kita akan mampu mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih tinggi.

I 0.0 PENUTUP

Dengan ikhlas dan hati yang terbuka, saya menyeru kepada semua warga UMS agar pada tahun ini kita lebih bersatupadu, beke~asama dan mempunyai semangat ke~a secara "esprit de corps" yang tinggi untuk kita sama-sama mempe~uangkan kemajuan anak bangsa kita melalui komitmen kita yang berterusan dalam membangunkan universiti ini.

Agenda dan pe~uangan kita untuk membangunkan universiti ini masih jauh di hadapan, lbarat pelayaran sebuah kapal di lautan yang luas. Kita adalah anak-anak atau krew kapal yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pelayaran tersebut. Kita yang menentukan arah pe~alanan kita, ke utara, ke timur; selatan mahupun tenggara.

Di dalam pelayaran tersebut. kita akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita harungi iaitu dugaan di lautan yang bergelora, berombak dan kadangkala beribut dan bertaufan. Andainya kapal tersebut dikemudikan oleh krew-krew yang tidak cekap di tambah dengan keadaan kapal yang tidak kukuh dan stabil, pastinya kapal tersebut akan hanyut di pukul ombak tersebut. Begitulah simboliknya kita di UMS ini, andainya kita tidak bersatu padu, cekap dan beke~a keras melayarkan kapal universiti ini, kesannya adalah pada generasi bangsa kita yang menimba ilmu akan terus berada dalam kegelapan ilmu. ~

18

Page 20: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

Oleh yang demikian, kita perlu melakukan anjakan paradigma (paradigm shi~) agar kita tidak lagi melakukan amalan-amalan biasa dan lama yang tidak membawa kemajuan pada universiti, sebaliknya kita sentiasa memikirkan usaha-usaha proaktif, kreatif dan inovatif untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara kita melalui kemajuan dan pembangunan universiti ini. Sesungguhnya, maju mundurnya universiti ini adalah tertakluk di bahu setiap kita yang berada di dewan ini. Universiti ini t idak akan mampu berdiri megah dan indah pada hari ini tanpa adanya ke~a keras, dedikasi dan komitmen daripada semua warga universiti semua pihak.

Sebagai Naib Canselor. saya tidak mungkin mampu untuk membangunkan universiti ini dengan kudrat sendiri tanpa adanya bantuan tenaga ke~a lain sama ada tenaga akademik. pentadbir, kerani, pembantu makmal, pengawal keselamatan dan lain-lain. Begitulah senario dan budaya ke~a yang perlu kita fikir-fikirkan dan renungkan bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan dan potensi yang cukup penting dalam kerangka pembangunan kecemerlangan universiti ini.

Secara keseluruhannya, pe~uangan kita untuk membangunkan universiti ini masih belum selesai dan jauh di hadapan. Untuk menjadikan sebagai kakitangan yang cemerlang seterusnya membawa kepada kegemilangan UMS, kita perlu mempunyai sifat-sifat murni seperti berikut;

I) Memiliki sikap diri yang jitu iaitu pemikiran, perasaan dan tindakan yang positif dalam menjalankan tugas dengan baik.

II) Mempunyai jati diri dan rasa bangga terhadap UMS. 111) Memiliki sikap dan budaya beke~a keras tanpa kenal masa atau dengan kata lain

sanggup menjalankan tugas di luar waktu pejabat. IV) Mengamalkan budaya ke~a berpasukan atau "teamwork" V) Memiliki komitmen, kesungguhan dan minat yang tinggi terhadap tugas VI) Mempunyai semangat kekitaan dalam menjalankan tugas, iaitu tidak hanya meletakkan

sesuatu beban ke~a pada suatu pihak tetapi berusaha untuk membantu antara satu dengan lain demi meningkatkan kualiti ke~a lebih pantas, cekap dan bermutu.

Kesimpulannya, sebagai "modus operandi" untuk menjadikan UMS sebuah universiti berkualiti dan bertaraf dunia, berikut adalah sinopsis yang merupakan 9 strategi yang perlu dicapai, iaitu;

I) Meningkatkan hubungan dan ke~asama pintar dengan institusi pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam program-program akademik, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran, latihan dan pertukaran kakitangan.

11) Meningkatkan hubungan dan ke~asama pintar dengan agensi-agensi swasta dan profesional dalam bidang penyelidikan teknikal.

Ill) Membina dan menjana program-program pengajian liberal yang bersifat relevan dan "market-driven".

IV) Menjana lebih banyak program dan kegiatan mahasiswa yang bersifat global dan mewujudkan network tanpa sempadan di kalangan para pelajar:

V) Memantapkan kual iti pengurusan, kepimpinan dan keprofesionalan kakitangan universiti melalui penerapan budaya ke~a sejagat dan berkualiti.

19

Page 21: AMANAT NAIB CANSELOR - eprints.ums.edu.my

VI) Meningkatkan penganjuran dan membawa lebih banyak aktiviti-aktiviti bertaraf antara­bangsa dalam kampus melalui penganjuran persidangan, seminar dan seumpamanya.

VII) Meningkatkan publisiti dan pengambilan pelajar antarabangsa sama ada dalam pengajian prasiswazah mahupun pascasiswazah.

Vlll)Menggerakkan Pusat Hubungan Hal Ehwal Korporat dan Antarabangsa sebagai nadi penggerak pengantarabangsaan universiti melalui pelbagai aktiviti ke~asama pintar dengan institusi antarabangsa.

IX) Mewujudkan konsep e-/earning dan e-pentadbiran sepenuhnya dalam sistem pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan universiti agar UMS mampu menjadi universiti elektronik atau e-university.

Akhir kata, pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas segala kerjasama dan bakti ikhlas saudara dan saudari sekalian untuk membangunkan universiti ini ke tahap pencapaian yang lebih memberangsangkan.

Justeru itu juga, marilah kita sama-sama berdoa, semoga segala amalan kita pada tahun ini akan lebih baik berbanding tahun lepas. Semoga setiap peke~aan kita disusuli dengan keikhlasan, kejujuran, ketelusan, kesungguhan, dan persefahaman antara kita bagi membolehkan UMS akan terus menjadi markas pengembangan kebijaksanaan, kebestarian dan kelestarian ilmu yang tinggi ni lainya demi kemajuan agama, bangsa dan negara kita yang tercinta.

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama menanam . tekad untuk lebih bersemangat dan membayangkan masa depan UMS. yang gemilang sehingga ke peringkat antarabangsa dengan meneliti kata-kata berikut:

Kita adalah anak bangsa Malaysia Tugas kita adalah amanah bangsa l<lta Jati kita adalah bangsa Malaysia yang bertamadun, bermaruah dan dihormati Kita tidak mahu lagi diperlekehkan oleh bangsa lain Kita tidak mahu dilabelkan sebagai bangsa fanatik dan aktivis

Kita perlu menguatkan semangat dan komitmen l<lta Mempertahankan kedaulatan negara bangsa l<lta Pendidikan merupakan senjata berbisa ketamadunan manusia Pendidikanlah yang akan melahirkan bangsa yang pintar dan bijaksana

Kita perlu sedar, pelajar dfJn anak-anak kita sema/<ln kehilangan arah Andai begitu kelangsungannya Bangsa dan negara l<lta turut hilang arah Kita akan menjadi bangsa yang merempat di bumi sendiri

Justeru itu, ayuh kita bangl<lt menguatkan azam dan semangat Membantu anak bangsa kita Setidaknya kita tinggalkan sumbang bakti ikhlas kita Untuk nusa, bangsa dan negara l<lta.

20