Upload
syed-zaqhwan
View
1.036
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
English Language Moral
Citation preview
4.0 ANALISIS TEORI PERKEMBANGAN MORAL
4.1 JEAN PIAGET
Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan
tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi
interpersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi
interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran.
Pemikiran, tingkahlaku, perasaa dan personaliti seseorang saling berkait dalam
penilaian moral seseorang individu.
Teori perkembangan Moral yang diperkenalkan oleh Jean Piaget adalah
berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah
membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu:
i) Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun )
ii) Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas ).
Tahap Pertama yang mana kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari
ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain. Peraturan juga dianggap
sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya
dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja.
Manakala pada Tahap Kedua, tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral.
Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai
sesuatu yang tidak boleh diubah.
Beliau merumuskan kanak-kanak melalui dua peringkat utama pemikiran moral:
(a) Umur 4 hingga 7 tahun.
Peringkat moral Heteronomus,
Peringkat pertama perkembangan moral, Kanak-kanak melihat peraturan sebagai
sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka menilai sesuatu
tindakan melalui akibat. Contoh:
Mereka mengemaskan barang mainan sebab takut dimarahi, Mereka sukar
mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang akan diterima
daripada sesuatu perbuatan.
(b) Umur 7 hingga 10 tahun.
Peringkat transisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih
kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.
(c) Umur 10 tahun ke atas.
Peringkat Moral Autonomus
Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oieh manusia dan bukan
sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat.
Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain
seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.
Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung
kepada kematangan kognitif dab pengalaman sosial terutama sekali pengalaman
menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawan-kawan.
Sistem Moral ( Akhlak ) merupakan satu bentuk prinsip yang sesuai di mana
ia bertujuan untuk membantu individu membezakan antara benar dan salah.
Terdapat tiga komponen moral iaitu afektif atau emosi yang merangkumi komponen
yang mengandungi unsur-unsur perasaan yang memberikan kefahaman terhadap
tindakan betul atau salah yang akhirnya mendorong untuk sesuatu tindakan
moral.
4.2 ALBERT BANDURA
Albert Bandura berpendapat sesuatu tingkah laku dipelajari menerusi
interaksi dengan orang lain dan persekitaran. Semasa berinteraksi seseorang itu
akan memerhatikan tingkah laku dan seterusnya meniru perbuatan tersebut. Proses
ini dipanggil modelling iaitu pembelajaran melalui permodelan. Antara ciri-ciri teori
pemodelan Bandura ialah unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan
peniruan. Tingkah laku model dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
Individu meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi individu lain
sebagai model.
Selain itu, individu akan memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan
dan peneguhan yang berpatutan. Empat unsur utama teori pemodelan Bandura
ialah perhatian, mengingat, reproduksi, peneguhan atau motivasi.
Dalam teori Bandura, individu dirujuk sebagai keadaan motivasi intristik.
Persekitaran pula sebagai rangsangan luar. Tingkah laku dirujuk sebagai tindak
balas. Pembelajaran merupakan interaksi antara motivasi intristik dan tingkah laku
individu dengan persekitaran.
Umur Perkembangan moral
2-4 tahun · Mereka belum menyedari adanya peraturan dalam kehidupan mereka.
Mereka berbuat baik untuk dipuji dan menunjukkan protes apabila
marah.
Kanak-kanak pada peringkat umur ini cuba melakukan sesuatu tingkah
laku tanpa tahu sama ada tingkah laku tersebut sesuai atau tidak
sesuai dan betul atau tidak.
Ketika ini, keinginan mereka kuat untuk melakukan sesuatu dengan
sendiri.
Mereka juga suka meniru perbuatan ibu bapa mereka.
4-6 tahun Pada peringkat umur ini, kanak-kanak mula memperhatikan atau
meniru cara kanak-kanak yang lebih besar daripada mereka.
Kanak-kanak hanya meniru semata-mata untuk dirinya sendiri.
Mula menyedari adanya peraturan dan ketaatan yang telah dibuat dari
luar dirinya dan harus ditaati.
Mereka memandang sangat salah apabila sesuatu peraturan itu diubah
mahupun dilanggar.
Empat unsur utama Teori Permodelan Albert Bandura :
(i) PEMERHATIAN
Untuk belajar melalui pemerhatian, pelajar haruslah menumpukan perhatian.
Kanak-kanak lebih tertarik dan cenderung ke arah orang yang menarik, popular,
cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu
bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin
merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang
mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status
dan perhubungan dengan pemerhatian.
(ii) MENGINGAT
Pada pendapat saya, langkah ini merupakan langkah yang paling penting
kerana jika pelajar tidak dapat mengingati tingkah laku gurunya maka sia-sialah
usaha guru itu dalam memodelkan tingkah laku yang ingin di terapkan dalam diri
pelajar. Bagi membantu proses ini guru seharusnya senantiasa memodelkan tingkah
laku yang dingini dengan kerap.
(iii) REPRODUKSI
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.
Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingati
ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan
lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan
bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah
laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar
dan mahir.
(iv) PENEGUHAN/MOTIVASI
Setelah satu kemahiran atau tingkah laku baru Berjaya diterapkan, guru perlu
memainkan peranan dalam memastikan pelajar mendapat peneguhan dan motivasi
yang secukupnya untuk menghasilkan semula tingkah laku itu. Peneguhan boleh
memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita
mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang
model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian,
mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting
untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah
laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan.
Teori pemerhatian dapat membantu dalam pembentukan insane bermoral. Ini
kerana guru boleh mempraktikkan tingkah laku yang diingini di dalam kelas. Kanak-
kanak melihat guru dan ibu bapa sebagai “role model”. Dalam erti kata lain tingkah
laku kanak-kanak mencerminkan tingkah laku ibu bapa dan guru-guru mereka.
4.3 LAWRENCE KOHLBERG
Teori perkembangan Lawrence Kohlberg berfokus kepada peringkat-
peringkat perkembangan moral dalam setiap individu. Lawrence Kohlberg
menekankan bahawa individu berbeza membuat penaakulan tentang pendedahan
dan dan perkembangan moral masing-masing.
Peringkat perkembangan moral bersifat hierarki, berstruktur, bersistematik,
dan tidak berbalik. Apabila individu berada pada peringkat yang lebih tinggi
bermakna dia telah melalui peringkat moral yang lebih rendah. Cara seseorang
menganalisa menginterpretasikan serta membuat keputusan merupakan perkara
yang sangat penting dalam perkembangan moral secara keseluruhannya.
Selain itu, beliau memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori
perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah
tentang sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada
golongan kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan
umur dikehendaki menilai sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral.
Tiap-tiap satu cerita itu mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia
tidak ada bentuk yang betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi
pemikiran serta tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap
perkembangan manusia.
Berikut adalah satu daripada pernyataan yang beliau gunakan:
"Di Eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakit tenat.
Para doktor mengesahkan bahawa hanya terdapat satu ubat sahaja yang dapat
menyembuhkan penyakitnya itu. Ubat itu ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal
dalam bandar yang sama. Kos untuk membuat ubat tersebut ialah $200 tetapi lelaki
tersebut menjual hanya sedikit sahaja ubat itu dengan harga $2 000 Heinz, suami
wanita yang sakit itu cuba meminjam wang yang secukupnya untuk membeli ubat
berkenaan. Beliau berjumpa dengan semua orang yang dikenalinya untuk meminjam
wang. Tetapi, beliau hanya dapat setengah daripada jumlah yang diperlukan. Beliau
kemudian berjumpa dengan lelaki yang membuat ubat itu dan mengatakan bahawa
isterinya sedang sakit tenat lalu meminta supaya ubat itu dijual dengan harga murah
sedikit ataupun membenarkannya membayar harga ubat itu kemudian. Tetapi lelaki
tersebut mengatakan tidak, saya telah membuat ubat ini dan saya akan
mendapatkan wang daripadanya. Oleh itu, Heinz memecah masuk ke dalam kedai
lelaki tersebut dan mencuri ubat itu". (Sumber: Atkinson et. al., 1983, hlm 81)
Setelah membaca cerita, pelajar menjadi responden menjawab serangkaian
pertanyaan tentang dilema moral. Haruskah Heinz mencuri ubat? Apakah tindakan
mencuri ubat tersebut benar atau salah? Mengapa? Adakah menjadi tugas suami
untuk melindungi isterinya dengan apa cara sekali pun? Adakah penjual ubat itu
memiliki hak untuk mengenakan harga mahal terhadap ubat tersebut walaupun
tiada apa-apa peraturan tentang membataskan harga ubat tersebut? Mengapa atau
mengapa tidak?
Berdasarkan soal jawab tersebut Kohlberg kemudian merumuskan tiga
tingkat perkembangan moral, yang mana ketiga-tiganya melalui dua tahap. Key-
concept dari teori Kohlberg, ialah internalisasi, iaitu perubahan perkembangan dari
perilaku yang dikendalikan secara eksternal menjadi perilaku yang dikendalikan
secara internal.
Tahap 1: Pra-Konvensional
Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan
dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan
tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan
dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.
Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.
Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana
penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan
dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah
untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai
sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima.
Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada
harapan masyarakat.
Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.
Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri.
Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap
kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau
menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan
bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua
belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil
Ahmad dibolehkan mencubit Arif.
Tahap 2: Konvensional
Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam
tahap ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang
telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua
peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.
Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik
Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk
menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang
berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik.
Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang
baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan
rakan sebaya.
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan
Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu
itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati
undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada
dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang
berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci.
Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat
ini.
Tahap 3: Pos - Konvensional
Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral
Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif
lain dalam penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang
tersendiri, Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan
hak individu dari etika prinsip sejagat,
Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu
Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan,
persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah
laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah
kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang
tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat
atau manusia.
Peringkat 6: Etika prinsip sejagat
Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral
berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan
maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada
peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi
disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan.
Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan
rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.
6.0 PERKAITAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK DENGAN
PEMBENTUKAN INSAN BERMORAL
Pada pendapat saya, teori-teori perkembangan kanak-kanak banyak
membantu dalam pembentukan insan bermoral. Dengan adanya teori ini, kita akan
lebih memahami jiwa dan pemikiran kanak-kanak dan dalam masa yang sama
merencanakan rancangan untuk membentuk insan yang bermoral.
Saya juga berpendapat rakan sebaya adalah medium yang terbaik dalam
membentuk insan yang bermoral. Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang
mempengaruhi proses sosialisasi. Pengaruh keluarga semakin merosot apabila
kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa,
kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses
pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh
kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma
dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Ini boleh membawa sama ada
kesan positif ataupun negatif. Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang
boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut.
Bandura juga berpendapat bahawa ibu bapa bukanlah role model untuk
kanak-kanak. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca
simbolik yang lain juga ditiru oleh kanak-kanak. Pengaruh kumpulan sebaya menjadi
lebih utama di peringkat remaja.
Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan
peranan yang utama dalam menentukan kedudukan nilai yang diterima dan
diamalkan oleh seseorang individu terutamanya mengenai corak dan tingkahlaku
yang mereka anggap perlu dipatuhi. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat
mempengaruhi di peringkat remaja, ia juga berperanan penting dalam pelbagai
peringkat umur.
Ia juga penting di peringkat ‘geng’ iaitu semasa kanak-kanak berumur antara
tujuh tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran yang berlaku di
antara rakan sebaya juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi.
Sebaliknya Kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-
kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak
yang banyak menerima pendedahan.
Dalam pada itu, sekolah juga memainkan peranan yang besar dalam
pembentukan moral seseorang. Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg
(1988) yang menyatakan bahawa pengajaran nilai merupakan tanggungjawab bagi
membantu murid-murid melalui peringkat perkembangan pemikiran moral. Ini
bermakna pengajaran nilai di sekolah bertujuan untuk membimbing pelajar
mencapai satu peringkat pemikiran dan kesedaran yang tinggi. Kohlberg juga
menekankan pendidikan nilai berkait rapat dengan perkembangan personaliti
pelajar. Manakala latihan kemahiran dilakukan secara bersepadu dapat
memperkembangkan diri pelajar dalam aspek emosi, rohani dan jasmani bagi
melahirkan pelajar beretika dan berfikiran matang.
Pendek kata, teori-teori perkembangan moral amat membantu dalam usaha
kita untuk memahami kanak-kanak.
7.0 RUMUSAN
Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang
telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral.Moral
terbahagi kepada dua iaitu Baik yang disifatkan sebagai segala tingkah laku yang
dikenal pasti oleh etika sebagai baik dan Buruk iaitu tingkah laku yang dikenal pasti
oleh etika sebagai buruk. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan
peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Dorothy
Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat,
kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang
Akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keimanan
seseorang Islam.
Falsafah moral memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan
idea mengenai tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang
individu dalam hidupnya serta dalam hubungan dengan orang lain. Manakala
psikologi moral meluaskan kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan
kapasiti manusia (sama ada dari segi kognitif atau afektif) dalam membuat
pertimbangan moral dan bertindak sebagai agen moral yang bertanggungjawab.
(Chang Lee Hoon, 2000, hlm. 2)
Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia. Sistem tersebut menumpukan kepada pembangunan
modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi
(Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Pembangunan modal insan memerlukan
keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu menjadi
tenaga kerja terlatih dan berdaya saing di dalam negara dan di peringkat
antarabangsa selaras dengan Wawasan 2020.