18
Tajuk 5 APLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Sipnosis Tajuk kelima ini memperkenalkan pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, menjelaskan proses kemahiran tersebut serta aplikasinya dlam P&P Pendidikan Moral. Kemahiran-kemahiran ini merangkumi Pembelajaran Aktif Pembelajaran Kontekstualisme Pembelajaran Konstruktivisme Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif Kemahiran Kajian Masa Depan Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral Sebenarnya, kemahiran-kemahiran P&P ini boleh diaplikasikan di semua subjek yang diajar oleh guru, adalah penting bagi guru menggunakan kemahiran-kemahiran ini dengak bijak mengikut kehendak sukatan Pendidikan Moral. Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui enam kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan biasa diguna dalam P&P pelbagai subjek. 2. Memahami proses dan prosedur mengguna setiap kemahiran P&P dalam Pendidikan Moral. 3. Mengaplikasikan kemahiran P&P secara inovatif dan kreatif.

Aplikasi Kemahiran Dan Sumber P&P Moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aplikasi kemahiran dan sumber pdp moral

Citation preview

Tajuk 5APLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Sipnosis

Tajuk kelima ini memperkenalkan pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, menjelaskan proses kemahiran tersebut serta aplikasinya dlam P&P Pendidikan Moral. Kemahiran-kemahiran ini merangkumi Pembelajaran Aktif

Pembelajaran Kontekstualisme

Pembelajaran Konstruktivisme

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran Kajian Masa Depan Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan MoralSebenarnya, kemahiran-kemahiran P&P ini boleh diaplikasikan di semua subjek yang diajar oleh guru, adalah penting bagi guru menggunakan kemahiran-kemahiran ini dengak bijak mengikut kehendak sukatan Pendidikan Moral. Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui enam kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan biasa diguna dalam P&P pelbagai subjek.2. Memahami proses dan prosedur mengguna setiap kemahiran P&P dalam Pendidikan Moral.3. Mengaplikasikan kemahiran P&P secara inovatif dan kreatif.Kerangka konsep tajuk

SHAPE \* MERGEFORMAT

5.1Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint (TOC)TOC merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada guru dan murid agar dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Pendidikan Moral sekaligus menimbulkan minat murid.

5.1.1Apakah TOC?

TOC merupakan teknik kemahiran Pemikiran dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikirann yang logic dan sistematik. Ianya merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.5.1.2Apakah kelebihan TOC?

Menerusi teknik TOC murid dan guru berupaya:

Mencapai matlamat Pengajaran dan pembelajaran.

Dapat meyelesaikan masalah dengan berkesan

Membuat keputusan bersama-sama dengan rasa tanggungjawab

Dapat berkomunikasi dengan baik

3 kemahiran dapat digabungjalinkan melalui TOC iaitu:

(i) Kemahiran berfikiran secara kreatif

(ii) Kemahiran berfikir secara kritis

(iii) Kemahiran generik5.1.3Teknik-teknik TOC1. Teknik Awan (The Cloud)

Teknik ini melibatkan beberapa penekanan iaitu:(a) Kehendak (2 kehendak yang bertentangan di mana wujudnya konflik )(b) Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan kehendak)(c) Anggapan (penentu kepada cara untuk memenuhi keperluan yang berdasarkan keperluan)(d) Matlamat bersama (matlamat yang hendak dicapai berdasarkan keperluan)(e) Penyelesaian `Win-win (penyelesaian yang dibuat supaya kedua-dua dan matlamat bersama Berjaya dicapai)2. Teknik Sebab dan Akibat (Cause & Effect)

Sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea, kejadian mengakibatkan kesan-kesan yang negative. Dengan ini murid akan sedar akan kesan-kesan negative daripada sesuatu tindakan atau tingkah laku. Teknik ini juga memberi cara untuk menyatakan kesan-kesan itu.Contoh:

SEBAB

KESANDengan selesainya perbincangan secara berpasangan/berkumpulan, mereka boleh menulis karangan atau membuat persembahan di hadapan kelas. Ini akan membuatkan suasana menjadi lebih menarik terutamanya dalam subjek Pendidikan Moral.3. Teknik Mencita-citakan Kejayaan (Ambitious Targets Collaboratively)Teknik ini merupakan satu teknik yang sesuai diaplikasikan dalam subjek Pendidikan Moral. Teknik ini membolehkan seorang murid atau secara berkumpulan dalam mencapai sesuatu matlamat. Teknik ini juga dapat membina semnagat berkumpulan untuk mencapai kejayaan melalui motivasi dan perancangan strategic yang melibatkan persetujuan ahli kumpulan.Langkah-langkah:1. Mengenal pasti matlamat yang diingini.

2. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum matlamat itu boleh dicapai.

3. Cadangkan langkah penting dan cara bagaimana cabaran-cabaran ini boleh diatasi.

4. Susunkan cara-cara menghadapi cabaran-cabaran mengikut keutamaan.

5. Berikan langkah-langkah sesuai yang boleh diambil untuk menangani cabaran itu.

5.2 Pembelajaran AktifPembelajaran Aktif merupkan satu pembejaran yang menyeronokkan terutama bagi subjek Pendidikan Moral. Guru digalakkan menukar daripada pembelajaran pasif ke pembelajaran aktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam melaksanakan pembelajaran aktif inovasi dan kreativiti guru perlu dalam melaksanakan satu aktiviti pelajaran aktif.5.2.1Apakah maksud Pengajaran Aktif?Pengajaran Aktif merupakan satu pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran dan murid berinteraksi dengan individu lain. Pengajaran Aktif memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan apa yang dipelajari. Guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing dalam mendapatkan jawapan.

Contoh aktiviti-aktiviti Pengajaran Aktif adalah seperti berikut:

(a) Minute Papers

Memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan menanya soalan yang tidak terjawab seperti mengapakah kita perlu bergotong-royong di kawasan perumahan? Apakah yang akan berlaku di kawasan persekitaran rumah jika kita tidak menjalankan aktiviti gotong-royong? Ceritakan perasaan anda sekiranya kawasan perumahan anda kotor?Berikan beberapa minit untuk murid berfikir bagi memberikan jawapan secara bertulis atau lisan. (b) BrainstormingTeknik ini melibatkan seluruh kelas mengambil bahagian. Guru memperkenalkan apa yang perlu dipelajari dan meminta input dari murid yang akan dicatat oleh guru di papan tulis.

Vandalisme seperti merosakkan tandas awam akan mencetuskan idea dan percambahan fikiran di dalam diri murid.

Guru akan menerima semua idea murid yang pada mulanya mungkin salah atau betul dan akan dicatatkan di papann tulis. Murid akan memberikan pelbagai jawapan dan kritikan dan akhirnya guru bersama-sama murid akan berbincang. Guru akan menjelaskan apa yang patut dan tidak patut terhadap topic yang diberikan.

(c) PermainanAktiviti permainan berbentuk padankan, pertandingan. Menyambung atau menyelesaikan puzzle, mencari perkataan tersembunyi dan sebagainya.

(d) Kerja kumpulan

Kerja kumpulan menghendaki semua ahli bekerjasama dalam menyelesaikan satu tugasan yang diberikan. Setiap ahli akan bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan pembelajaran.

(e) Perbahasan

Perbahasan menggalakkan murid berfikir pelbagai perspektif tentang sesuatu isu. Murid diberi masa untuk berbincang tentang isu persekitaran dan berbahas dengan guru dan rakan. Guru bertindak sebagai fasilitator sahaja.(f) Kajian Kes

Ia menggunakan kisah sebenar untuk menerangkan apa yang berlaku dalam sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan pengetahuan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.

(g) Lakonan

Melibatkan ramai murid untuk melakonkan situasi pencemaran sungai di mana murid-murid memegang watak-watak seperti beg palstik, kotak minuman, botol, hidangan air dan 2 budak nakal. Guru menyediakan skrip dan melibatkan murid secara aktif dalam lakonan.

5.2.2Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?1. Arahan berpusatkan murid

Guru perlu sensitif terhadap perkembangan murid selain daripada mengetahui latar belakang mereka serta pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.2. Komuniti diskusi

Peluang kolaborasi dan bertukar idea antara murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga sekolah, akan diberi kepada murid. Pengajaran Aktif juga dapat memotivasikan murid.

3. Refleksi

Murid diberi masa untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran. Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.

4. Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran

Guru perlu membantu murid agar bertanggungjawab terhadap pembelajaran dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.

5. Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaranApabila kesalahan dipandang daripada perspektif posi tif murid tidak akan takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti. Ia merupakan langkah semula jadi untuk pengalaman yang baru.

6. Peranan guru sebagai fasilitator

Peranan guru bukan setakat menyampaikan ilmu tetapi perlu kreatif dalam mengembangkan pemikiran kritis dalam kreatif dalam membantu murid menyelesaikan masalah.

5.3 Pembelajaran Kontekstualisme5.4 Pembelajaran Konstruktivisme5.5 Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif5.6 Kemahiran Kajian Masa Depan5.7 Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral Tajuk 6 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Sipnosis Tajuk ini memberi tumpuan kepada dua sub-tajuk utama iaitu Pengenalan kepada sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral dan sub-tajuk kedua ialah Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Dalam sub-tajuk pertama akan dibincangkan tentang kepentingan sumber, jenis-jenis sumber dan Pemilihan dan penggunaan sumber, manakala dalam sub-tajuk kedua akan dibicarakan tentang Kepentingan mengguna multi media, jenis-jenis multi media audio dan visual, Internet, CD-Rom dan penyediaan dan cabaran dalam penggunaan multi media. Hasil Pembelajaran4. Mengetahui tentang kepentingan penggunaan sumber dalam P & P 5. Mengenalpasti jenis-jenis sumber dan cara pemilihan sumber yang sesuai.

6. Mengetahui dan mengaplikasikan jenis-jenis sumber multimedia, cara penggunaannya serta cabaran-cabaran yang dihadapi.Kerangka konsep tajuk

6.1 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Istilah alat bantu mengajar, bahan bantu mengajar, sumber bahan pengajaran dan media adalah istilah yang selari dengan keperluan dalam perancangan dan keperluan pedogogi pengajaran oleh guru. Alat lebih merujuk kepada setiap peralatan yang digunakan untuk menyokong atau melaksanakan sebarang bahan.

6.1.1Kepentingan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

a. ia adalah daya penarik dan dengan itu menyingkirkan kebosanan

b. ia menyeronokkan suasana pengajaran dan pembelajaran

c. ia membantu pembentukkan konsep

d. ia menjadikan pembelajaran lebih bermakna

e. ia menyediakan pengalaman sebenar lalu mendorong murid-murid

menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan

f. ia mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan menggalakkan

penggunaan pelbagai deria murid

g. ia memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif

i. ia menggalakkan pemindahan pembelajaran

j. ia menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid.

Senaraikan semua sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang anda dapat kumpulkan, sama ada bahan bercetak. elektronik, multi media atau internet, jelaskan bagaimana sumber yang dipilih adalah penting dalam P&P Pendidikan Moral.

( 1 jam )

6.1.2Jenis-jenis sumber dan Pemilihan dan penggunaan sumberBagi menjadikan pengajaran pendidikan moral itu lebih berkesan serta menyeronokan, pelbagai bahan sokongan kerap digunakan oleh guru. Bahan-bahan itu adalah terdiri daripada:1. bahan bercetak seperti cerita,lagu,gambar-gambar bersiri, kad-kad situasi dan skrip lakonan

2. bahan permainan

3. bahan maujud seperti bendera, berus gigi dan sebagainya

4. bahan rakaman

5. bahan pandang dengar

6. alat-alat seperti projektor, LCD, Pemain Video, telefon digital, VCD, DVDDunia kini makin berkembang dengan pesat dan kini sudah menjadi dunia tanpa sempadan. Kemajuan sains dan teknologi menjadi dunia boleh dijelajahi dengan begitu pantas. Oleh itu, sudah pastinya boleh menganggu nilai-nilai institusi kekeluargaan, masyarakat, komuniti, dan negara. Maka, pendidikan moral merupakan satu-satunya saluran yang boleh membimbing dan pendidik nilai-nilai murni kepada semua warga supaya semua dapat mengimbangi segala nilai yang dianggap penting kepada seseorang manusia.Inovasi dalam pembinaan serta penggunaan sumber pengajaran terkini ialah penggunaan teknologi dan komunikasi. Era digital memungkinkan setiap guru untuk peka dalam menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara interaktif menggunakan komputer juga memerlukan bahan dibina berasaskan kepada keperluan atau metodologi pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran berasaskan web dan e-learning ialah antara sumber pengajaran dan pembelajaran atas talian yang memberikan impak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika komputer dijadikan sebagai alat perantara, maka bahan perisian yang dibangunkan pula alalah pelengkap kepada setiap kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga adalah suatu pakej sumber pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan keperluan semasa.

Bincangkan tentang jenis-jenis sumber multimedia yang boleh digunakan dalam P&P dan masalah-masalah yang dihadapi dalam pemilihan penyediaan sumber multimedia.

( 1 jam )

6.2Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

Bahan multimedia ialah bahan yang dibina secara bersepadu menggunakan unsur visual dan audio yang menggunakan sokongan teknologi komputer bagi menjadikan ia berfungsi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Unsur video yang dihasilkan adalah terdiri daripada paparan grafik, animasi, gambar dan warna yang dibina berasaskan prinsip pembangunan bahan. Manakala audio pula boleh sama ada dalam bentuk suara, lagu dan bunyi-bunyian disempurnakan secara digital untuk menjadikan setiap bahan lebih menarik dan berfungsi mengikut keperluan. Kesepaduan unsur-unsur ini akan dipaparkan melalui monitor ataupun layar (skrin) yang disalurkan menggunakkan LCD bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kelompok yang besar.

6.2.1Kepentingan Mengguna Multi Media.Terdapat banyak kebaikan dalam menggunakan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya,a.ia boleh digunakan bagi tujuan kumpulan besar, kumpulan kecil dan individu

b.gabungan bunyi, grafik, animasi dan gambar boleh menimbulkan kesan sebenar

c.perkara yang akan disampaikan kepada murid-murid lebih senang

d.bahan multimedia boleh digunakan sebagai bahan pengajaran individu yang berkait rapat dengan konsep pembelajaran kendiri.

e.ia berupaya memberikan kronologi proses pengajaran dan pembelajaran. Ini amat bertepatan dengan teori pembelajaran kognitif

f.bahan multimedia dapat mengubah kaedah pembelajaran tradiosional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar

g.bahan multimedia membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.

h.murid-murid mudah faham sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan disampaikan melalui alat bantuan mengajar multimedia digunakan

i.bahan-bahan multimedia yang dibangunkan memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontektual kepada murid-murid, pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalahj.disamping menggunakan bahan multimedia murid-murid juga akan didedahkan dengan penggunaan komputer sebagai perantara penggunaan bahan multimedia. SHAPE \* MERGEFORMAT

Secara kumpulan, cari jenis-jenis bahan multimedia yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Pilih satu topik Pendidikan Moral, bina satu bahan multimedia yang boleh diguna untuk P&P topik tersebut, jelaskan bagaimana anda boleh menggunakan bahan multimedia yang dihasil oleh kumpulan anda untuk persembahan P&P yang lebih menarik.

(1 jam)

6.2.2Penyediaan dan cabaran dalam penggunaan multi mediaBincangkan tentang cara penyediaan bahan-bahan multimedia untuk P&P pendidikan moral dan cabaran yang dihadapinya. Sila sediakan nota ringkas dan simpan dalam folder P&P. (1 jam)

Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint

Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral

Pembelajaran Konstruktivisme

Aplikasi Kemahiran dalam P&P Pendidikan Moral

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran Kajian Masa Depan

Pembelajaran Kontekstualisme

Pembelajaran Aktif

SELESA

BERSIH

CANTIK

SEMAK

TIDAK CANTIK

BUSUK

CERIA

KOTOR

KEMPEN GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KANTIN