Upload
azizan-amanda
View
5.494
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG PERLU ADA PADA SESEORANG PENGETUA ...GURU BESAR. FAKTOR KEBERKESANAN KEPIMPINAN KE ATAS SEKOLAH.
Citation preview
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
1
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
1.0 PENDAHULUAN
Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi
yang berkesan. ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah
lebih baik atau lebih hebat.dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin
yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi
organisasi. Pemimpin atau peneraju dan merupakan orang yang akan
menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin IPKB adalah
perancang, misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan
terhadap pencapian matlamat organisasi.
Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikatkan dengan kualiti
kepimpinan. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu
peminpin yang dapat menigkatkan martabat organisasi.
Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan di sekolah mempunyai
perkaitan dan pengaruh yang kuat ke atas kualiti produk (guru-guru dan
kakitangan serta pelajar). Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu
supaya berusaha mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah
proses mempengaruhi kelompok, mengarah aktiviti mencapai matlamat yang
sama. Kepimpinan tidak boleh lari dari pengaruh mempengaruhi pemimpin dan
orang yang dipimpin. Pemimpin penting dalam pembentukan dan hala tuju
organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah pencapaian sesuatu objektif
organisasi. Kepimpinan ialah seni atau satu proses mempengaruhi kegiatan
manusia mencapai gol organisasi.Kunci dalam kepimpinan ialah pengaruh.
pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan sesuatu
kepimpinan.
2
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
1.1 Definisi Tajuk
Sebagai mengupas isi tajuk, terlebih dahulu ngin saya mendefinisikan
beberapa terma di dalam tajuk dia atas.
1.1.1 Kepimpinan berkesan
Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat kepimpinan bermaksud
cara seseorang pemimpin itu berfungsi dalam keadaan tertentu.
Berkesan pula membawa maksud meninggalkan bekas,
meninggalkan hasil atau kesudahan yang diingini.
Menurut :Yuki G.A.(1989); Kepimnpinan Berkesan melibatkan
pengaruh, kebolehan pemimpin mengubah sikap dan tindakan.
Jaafar Mohamad (1992) berkata; kepimpinan berkesan berlaku
apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan mempengaruhi
orang lain untuk mencapai usaha kea rah sesuatu objektif.
1.1.2 Pengukur bermaksud alat atau sukatan.
1.1.3 Keupayaan bermaksud kemampuan atau kesanggupan melakukan
sesuatu.
1.1.4 Menghasilkan bermaksud mendatangkan atau membuahkan hasil.
1.1.5 Produk bermaksud; sesuatu barang perkhidmatan dan sebagainya
yang dikeluarkan oleh kilang, atau yang ditawarkan oleh institusi
dan sebagainya.
1.1.6 Berkualiti bermaksud mempunyai kualiti, bermutu. Menepati
sesuatu piawaian yang ditetapkan.
1.1.7 Instruksional bermaksud; Mengarahkan: untuk mengajar,
mendidik, memberikan pengetahuan atau maklumat.
Menurut Grolier International Dictionary 2005), instruction
bermaksud arahan: perbuatan mengajar atau mengajar
3
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
2.0 Kepimpinan Instruksional
2.1 Definisi Kepimpinan Instruksional
Dibawah adalah pendapat definisi Kepimpinan Instruksional menurut pandangan
tokoh-tokoh pendidikan.
2.1.1 Menurut Flath 1989), Tidak terdapat hanya satu definisi tentang
kepimpinan instruksional ataupun panduan khusus berkenaan
peranan seorang pemimpin instruksional.
2.1.2 Menurut Debevoise (1984). Kepimpinan instruksional adalah;
“Tindakan- tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua atau
yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan
pembelajaran pelajar” Debevoise (1984)
2.13 Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai
usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk
menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan
proses P & P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah.
2.1.4 Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional
mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan
kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah
mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan.
2.1.5 Blasé (1998) menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.
4
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
2.2 PENDAPAT MENGENAI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
2.2.1 Menurut Fred Hechinger, President New York Times beliau ada
berkata; “Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir
oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh
pengetua yang cekap. Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang
mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-
sekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes,
jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti
pengetuanya”. (Davis & Thomas 1989 : 17)
2.2.2 Davis dan Thomas (1989) melaporkan bahawa pengetua di
sekolah-sekolah berkesan mempunyai Visi yang jelas, iaitu yang
memfokuskan kepada pencapaian dan keperluan murid. Di
samping itu pengetua-pengetua ini juga mewujudkan iklim sekolah
yang menyokong pencapaian matlamat yang ditetapkan.
Pendeknya pengetua-pengetua di sekolah berkesan
mempamerkan gaya kepimpinan instruksional.
2.2.3 Mortimore (1995) menyatakan bahawa pengetua-pengetua di
sekolah berkesan lazimnya adalah seorang yang tegas,
menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah, proaktif, bertindak sebagai pemudah cara, sering
menghabiskan masa yang lama di sekolah, melibatkan guru dalam
membuat keputusan, bertindak secara profesional, iaitu lebih
mengutamakan peraturan dan tugas hakiki.
2.2.4 Murphy (1990) menyenaraikan empat amalan yang mencirikan
pemimpin pengajaran yang berkesan; membangunkan visi, misi
dan matlamat dan menterjemahkan mereka ke dalam amalan
professional, menguruskan fungsi pengeluaran, menggalakkan
iklim pembelajaran akedemik dan membangunkan persekitaran
kerja yang menyokong.
5
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
2.2.5 (Atan Long 1990) berkata Pengetua yang mencapai kejayaan luar
biasa di Malaysia mempamerkan tingkah laku berikut :
i. Mempunyai wawasan yang jelas.
ii. Bertindak berdasarkan perancangan strategik.
iii. Bersikap pragmatic.
iv. Mengamalkan pendekatan penyelesaian masalah.
v. Mempunyai semangat dedikasi dan motivasi yang tinggi
di kalangan staf.
vi. Pemimpin sekolah mempunyai ketrampilan yang tinggi
dalam banyak bidang.
vii. Menjalankan penyeliaan ke atas pengajian dan
pembelajaran.
viii. Mengupayakan orang bawahan.
ix. Bertindak berasaskan keputusan mesyuarat.
x. Kejelekitan yang tinggi di kalangan staf.
2.2.6 Pandangan Islam tentang kepimpinan;
6
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
3.0 KEPIMPINAN BERKESAN
Pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan
kepimpinan dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.
Begitu juga peranan pengetua atau guru besar di sekolah yang menjadi tunggak
kepada jatuh bangunnya sesebuah sekolah itu.
3.1 Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi adalah
tanggungjawab eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti, kejayaannya
adalah tanggungjawab Kumpulan Pengurusan. Mereka bertanggungjawab
terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasil serta kualiti perkhidmatan.
7
Maksud Hadis;
“Setiap orang daripada kamu adalah
pemimpin dan setiap pemimpin itu
bertanggungjawab mengenai yang
dipimpinnya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
3.2 Edmond (1978) berpendapat “principals can make a difference”, yang
membawa maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan
kemajuannya berpunca daripada kepimpinan pihak pengurusan.
Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam
pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada
kepimpinan berkesan.
Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakan cirri-ciri
yang lazim ada pada kepimpinan yang berkesan adalah;
i. Semangat – mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan,
tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.
ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai sikap terbuka, boleh
dipercayai, jujur dan boleh diharapkan.
iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai hasrat yang tinggi
mahu mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha
mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh
pemimpin.
iv. Keyakinan diri- mereka sangat percaya pada keupayaan diri
sendiri.
v. Kepintaran- mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan
maklumat-maklumat yang banyak. Kajian mendapati otak yang
sangat pintar belum tentu boleh membuatkan seseorang itu
menjadi pemimpin yang berjaya malah adakalanya menimbulkan
kesan negatif pula.
4.0 SEKOLAH BERKESAN
8
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
4.1 Konsep Sekolah Berkesan
Konsep tentang sekolah berkesan di Malaysia mula diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1995 dalam seminar Sekolah
Efektif yang telah dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki. Salah seorang
pembentang kertas kerja di seminar tersebut ialah Peter Mortimore (1995)
dari Universiti London. Beliau telah membentangkan kertas kerja yang
berjudul Key Characteristics of Effective Schools. Dalam kertas kerja
beliau, Mortimore menyenaraikan 11 ciri sekolah berkesan seperti
berikut: (1) kepimpinan profesional, (2) perkongsian visi dan matlamat, (3)
kewujudan budaya pembelajaran, (4) penumpuan terhadap pengajaran
dan pembelajaran, (5) pengajaran bermatlamat, (6) pengharapan yang
tinggi, (7) pengukuhan yang positif, (8) pemantauan terhadap
perkembangan, (9) hak dan tanggungjawab murid, (10) permuafakatan
rumah-sekolah, dan (11) organisasi dinamik.
4.2 Iklim Sekolah Berkesan
Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman sesuai
untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai
iklim sekolah yang berkesan. Halpin & Croft (1963) yang merupakan
perintis dalam kajian iklim sekolah telah menyatakan bahawa iklim
sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan
bagaimana guru tersebut berusaha mencapai tahap organisasi iklim
sekolah berkesan.
Seterusnya Howard (1974) mendefinisikan iiklim sekolah sebagai
keadaan social dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku
orang di dalamnya.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) pula mendefinisikan iklim
sekolah sebagai suasana persekitaran sekolah yang baik di mana
keadaan persekitarannya di rasakan selesa, tenteram, mesra, riang,
dengan pembelajaran yang lancar.
9
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
4.3 Pengurusan Sekolah Berkesan
4.3.1 Peranan Guru Besar
Guru Besar adalah pengurus utama yang penting untuk
mewujudkan sekolah berkesan. Pemimpin utama harus memiliki
karisma, keperibadian, bakat, kemahiran dan kobolehan untuk
memimpin, membimbing dan membawa semua warga sekolah ke
arah satu matlamat iaitu kecemerlangan pendidikan. Pemimpin
utama seharusnyamempunyai keupayaan untuk mempengaruhi
semua guru dan pelajar untuk melaksanakan program yang telah
dirancang. Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti
kepimpinan dari masa ke semasa. Belajar melalui pengalaman dan
sentiasa bertukar pendapat dengan pemimpin utama yang lain
dengan mewujudkan jaringan yang positif.Pemimpin utama
mempunyai dua wajah yang sering dibawa kemana sahja mereka
pergi. Wajah pertama ialah wajah wajah yang diberikan dan
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada setiap hambanya. Wajah
kedua ialah wajah tempat mereka diberikan tugas atau amanah
iaitu sekolah yang ditadbirnya.Kedua-dua wajah ini sepatutnya
seimbang.Keperibadian yang unggul dan mencontohi Nabi
Muhammad saw sebagai model ikutan. Keperibadian yang unggul
memudahkan mereka untuk mengerak dan mempengaruhi orang
yang dipimpin serta mudah mendapatkan sokongan dan
kepercayaan daripada mereka.Bakat adalah anugerah Allah swt
kepada setiap hambanya dan kemahiran boleh diperoleh melalui
pelbagai sumber khasnyanya dalam keadaan dunia tanpa
sempadan pada masa kini.
4.3.2 Peranan Gur-guru Penolong Kanan
10
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
Guru Penolong kanan adalah pemimpin barisan kedua
terpenting dalam pentadbiran sekolah. Mereka adalah guru yang
berpengalaman dan telah lama berkhidmat oleh itu memudahkan
mereka untuk melaksanakan pengurusan akademik , hal ehwal
murid , kokurikulum dan pentadbiran dengan berkesan serta
teratur. Mereka harus mempunyai krisma , keperibadian , bakat ,
kemahiran dan kebolehan untuk memimpin sejajar dengan
keperibadian pemimpin barisan utama iaitu Guru Besar atau
Pengetua sekolah. Mereka harus tahu dan sedar akan
tanggungjawabnya serta memiliki pengalaman serta pengetahuan
dalam bidang-bidang yang diamanahkan kepada mereka. Mereka
juga harus mempunyai hubungan yang baik dengan guru-guru dan
ibubapa pelajar untuk memudahkan mereka mendapat sokongan
yang diperlukan. Cara kepimpinan harus telus , amanah dan jujr
dalam apa juga tindakan yang dilakukan. Menghormati pemimpin
setara dan bertindak secara berektika. Mereka adalah rantai
penghubung antara pemimpin barisan pertama dengan guru-guru
serta pihak-pihak yang berkepentingan. Mereka harus tahu dan
faham tentang jangkauan pengurusan serta autoriti yang mereka
miliki. Melangar barisan barisan kepimpinan yang setara akan
menjadikan keseluruhan pentabiran menjadi pincang.
4.3.3 Peranan Aktif Semua Guru
Guru-guru di sekolah berkesan terlibat secara aktif dalam
merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.Unit Perkembangan Staf harus berfungsi dengan
11
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
berkesan supaya guru-guru dapat meningkatkan kualiti
perkhidmatan. Program harus dirancang sejajar dengan keperluan
guru semasa. Perngurus utama dan kedua harus bertindak bijak
menggunakan situasi iaitu tahap kepakaran dan kemahiran guru
yang sedia ada. Pengurus utama harus berkeupayaan untuk
mengerak dan motivasi guru supaya ke aras berprestasi tinggi.
Gunakan pandangan dan idea guru dalam melaksanakan
pengurusan sekolah supaya mereka merasi bahawa mereka
dihargai dan diperlukan oleh pihak sekolah. Set guru yang baik,
berkemahiran dan berkualiti merupakan aset penting kepada pihak
sekolah. Kajian terhadap kekuatan dan kelemahan memudahkan
pihak pengurus atasan membuat keputusan. Guru-guru
seharusnya ditempatkan ditempat yang sesuai dengan kemahiran,
pengalaman dan minat mereka oleh itu pengurus sekolah harus
mengenali staf mereka (guru-guru) secara mendalam.
4.3.4 Penyediaan Pembelajaran yang Berstruktur
Perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan
keceriaan sekolah harus dirangka bersesuaian dengan kemudahan
dan persekitaran yang ada. Perancangan akademik harus
menyeluruh dan bukan tertumpu terhadap satu atau dua bahagian
sahaja oleh itu setiap tahap harus mempunyai program mereka
sendiri. Tumpuan yang diberikan harus seimbang dan bukan cara
penyisihan atau membiarkan yang mungkin atas sebab kurang
penting. Struktur pembelajaran dalam bilik darjah harus
bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar dan menekankan
pengajaran berpusatkan murid. Penggunaan alat bantuan
pengajaran yang berkesan dapat membantu situasi pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok. Menggunakan bilik-bilik khas
secara maksimum dan teknologi pendidikan yang ada menjadikan
suasana pembelajaran lebih seronok dan mencabar. Kebosanan
12
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
dan kurang minat dapat diminimakan. Aktiviti yang dijalankan sama
ada dalam atau luar bilik darjah harus berkeupayaan untuk menarik
minat pelajar. Penggunaan LCD, makmal komputer, makmal sain,
bengkel, bilik seni, bilik muzik dan bili-bilik khas yang lain harus
diselengara dengan baik. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran
akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik.
4.3.5 Tahap Keintelektualan Guru
Ilmu , kemahiran dan pengalaman guru amat penting dan
menjadi asas ukuran keintelektualan guru. Hari ini boleh dikatakan
100% guru berijazah berada di sekolah menengah dan 70% di
sekolah rendah oleh itu tahap keintelektualan guru diandaikan
tinggi. Mungkin sedikit kekurangan dari aspek pengalaman. Jika
keintelektualan guru tinggi maka mereka mudah mendapat
pengiktirafan daripada pelajar kerana pelajar hari ini terdedah
dengan pelbagai sumber ilmu pengetahuan oleh itu guru-guru
harus mempertingkatkan ilmu sepanjang masa. Jika guru berilmu
mereka mudah mencabar minda pelajar dan berkeupayaan untuk
meningkatkan aras pemikiran ketahap tinggi. Guru yang berilmu
dan berpengalaman mudah melaksanakan tugas mereka dengan
berkesan. Kata-kata guru menjadi ingatan dan perbuatan guru
menjadi ikutan itulah guru yang sejati dan memiliki jiwa guru
sebenar. Nasihat guru akan menjadi panduan.
4.3 6 Penekanan dan Kestabilan Fungsi Guru
Tugas utama guru adalah sebagai agen penyampai ilmu
pengetahuan oleh itu tugas utama mereka adalah mengajar.
Penyampaian ilmu boleh berlaku di dalam dan di luar bilik darjah.
13
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
Setiap guru harus sedar amanah dan tanggungjawab ini dan
melaksanakan dengan berkesan, jujur serta ikhlas kerana Allah
SWT semata-mata. Taatilah Allah, taatilah nabi-nabi dan rasul,
taatilah ibubapa dan taatilah guru-guru. Guru mendapat
pengiktirafan yang tinggi disisi Allah swt dan ganjarannya amat
banyak. Ilmu yang bermunafaat itu tetap akan sampai ganjarannya
kepada kita walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini lagi.
Sebaliknya jika kita gagal maka jawapannya hanya Allah SWT
sahaja yang tahu. Kata-kata bekas Pengarah Pendidikan Negeri
Selangor iaitu beliau menekankan konsep ada dan berfungsi. Guru
ada tetapi berfungsi dengan baik maka prestasi sekolah akan
menurun. Jadilah guru yang berfungsi dengan baik dan melahirkan
ilmu yang bermunafaat kesannya modal insan yang berkualiti dapat
dihasilkan. Fikirkanlah kenapa Allah swt mengangkat darjat kita
menjadi guru?
4.3.7 Persekitaran yang Positif
Persekitaran sekolah yang kondusif dan menarik dapat
menghasilkan persekitaran kerja yang berkualiti. Wajah sekolah
harus menarik supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan. Jika
keadaan persekitaran sekolah yang muram maka tanggapan
pertama menjadi negatif. Jika Keadaan sekolah cantik dan menarik
maka warga sekolah akan merasa seronok. Motivasi untuk bekerja
meningkat. Gaya kepimpinan pengurusan juga akan
mempengaruhi persekitaran kerja. Gaya kepimpinan yang
bersesuaian menjadikan pesekitaran kerja aman dan tenteram
maka tidak wujud perasaan tertekan. Guru-guru dan pelajar akan
merasa seronok melaksanakan fungsi mereka. Landskap dan
mural dinding yang menarik sudah pasti mewujudkan persekitaran
14
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
yang kondusif. Ia ditambah dengan kata-kata atau ungkapan
bermotivasi menjadikannya lebih menarik. Keadaan bilik darjah
yang terurus dapat melahirak keadaan yang seronok untuk belajar.
Tugas ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
4.3.8 Penglibatan Ibu bapa dan PIBG
Ibubapa dan PIBG adalah pelanggan sekolah. Oleh itu
hubungan yang baik harus diwujudkan. Jika mereka tidak ada
sudah pasti tidak adanya guru dan sekolah kerana merekalah yang
melahirkan pelajar. Wujudnya aduan atau komplen ialah kerana
perasaan tidak puas hati. Kenapa ia berlaku?. Jawapannya ialah
saluran maklumat tidak sampai. Konsep sokong menyokong atau
konsep saling bersandaran harus diguna pakai dan memutuskan
hubungan. Mereka dengan rela hati akan menyumbangkan apa
juga yang diminta oleh pihak sekolah. Syaratnya ialah hubungan
yang baik. Pihak pentadbir harus bijak menggunakan peluang dan
saluran ini.
4.3.9 Penglibatan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan
Selain daripada Kementerian Pendidikan terdapat badan-
badan kerajaan yang lain yang boleh menyumbang untuk
meningkatkan dan memberikan perkhidmatan kepada pihak
sekolah. Contohnya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan,
Penguasa Tempatan dan lain-lain. Pihak pengurusan sekolah
harus bijak menggunakan peluang yang ada jika diberikan
15
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
kesempatan. Hubungan yang baik adalah syarat utama. Mungkin
ada ibubapa pelajar yang bekerja dengan agensi-agensi tersebut
oleh itu pihak sekolah harus memahami siapakah keluarga anak
didik mereka.
4.3.10 Bilangan Pelajar dan Latar Belakang Pelajar
Saiz populasi pelajar yang kecil memudahkan pengurusan
dan pentadbiran pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Populasi sekitar 500 hingga 600 orang adalah sesuai. Saiz kecil
tapi latar belakang pelajar kurang baik maka kejayaan sedikit sukar
untuk dicapai. Yang terbaik ialah saiz kecil dan latar belakang yang
baik iaitu dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Ini adalah
pandangan umum. Pokok yang baik datangnya dari benih yang
baik atau baka yang baik dan dijaga dengan baik. Jika prestasi
akademik berada pada tahap 90 hingga 95% sudah pasti ia
menjadi bukti kepada pentadbiran sekolah berkesan.
5.0 SEJAUHMANAKAH PENGURUSAN SEKOLAH TELAH MELAKSANAKAN
TANGGUNGJAWAB MENGHASILKAN SEKOLAH BERKESAN DALAM
MEREALISASI DASAR TRANSFORMASI NEGARA?
Pihak pengurusan telah lama mengamalkan kerja berpasukan di sekolah
tetapi masih tidak begitu ketara dan terdapat sebahagian guru masih kurang
memahami konsepnya. Dekad ke 21 ini menampakkan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) amat menggalakkan amalan pengurusan yang berkualiti di
organisasi di bawahnya. Antara penekanan yang diberikan adalah kerja
berpasukan.
16
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
5.1 Kerja Berpasukan
Melalui kerja berpasukan dalam semua sektor akan dapat
meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi
kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah
yang kompleks. Kerja berpasukan ini sangat penting di laksanakan di
peringkat sekolah. Guru-guru tidak boleh bekerja secara individu,
terutamanya bagi menyelesaikan kerja-kerja yang rumit. Melalui kerja
berpasukan dapat menggalakkan penyataan perasaan, inovasi dan
perkembangan fikiran ke arah penciptaan yang lebih kreatif. Malahan,
kerja berpasukan juga merupakan salah satu dimensi yang boleh
menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan.
Menurut Hadyn and Mc Donnel (1996) pasukan yang efektif adalah
terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus
untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan
matlamat secara usahasama.
Kerja berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang
berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu
ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan
tanggungjawab yang ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan usaha,
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi
untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara
bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan membolehkan organisasi
meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber.
5.2 Aplikasi Gaya Kepimpinan
17
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin
menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi
pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada
dasarnya, gaya kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti
yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu;
5.2.1 Kepimpinan Autokratik
Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan
pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber
kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat
keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan
dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini
boleh dilihat di dalam industri.
5.2.2 Kepimpinan Berperikemanusiaan
Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat
yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana
kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra
di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan
menganjurkan permuafakatan.
5.2.3 Demokratik
Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin
yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam
organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk
memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu
keputusan diambil.
18
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
5.2.4 Kepimpinan Laisez-Faire / Kebebasan
Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire,
tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan
kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun
hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin
jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang
bawahannya.
5.3 PERATURAN 80/20
Menurut peraturan 80/20, Murphy 1990); Pengetua perlu
menghabiskan 80% daripada masa mereka menghadiri kepada teknologi
persekolahan (iaitu, kurikulum, pengajaran, dan perkara-perkara
pembelajaran) dan lain-lain 20% daripada masa mereka menghadiri
kepada perkara-perkara yang lebih rutin pengurusan sekolah. (Murphy
1990).
19
Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh Nabi
Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau
bukan Islam.
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Azlin Norhaini Mansor,
UKM (2004), berdasarkan pengalaman selama 351 jam bersama
pengetua, 3 lelaki dan 3 perempuan; 3 3(DG54) dan 3(DG48), mendapati;
66.4% masa diperuntukkan untuk mesyuarat. 9.8% untuk tugasan
pejabat; 7.6% membuat rondaan; 4.3% untuk menerima panggilan
telefon; 1.1% untuk- mengajar dan 0.7% masa mencerap.
Di sini jelas menunjukkan bahawa peraturan 80/20 tidak dipatuhi.
5.4 Situasi Mengenai Pencapaian Sekolah
Terdapat beberapa situasi mengenai pencapaian sekolah antaranya
adalah;
i. Sekolah yang cemerlang.
ii. Sekolah yang mengalami kemerosotan.
iii. Sekolah yang turun naik.
iv. Sekolah yang merosot atau meningkat bergantung
kepada perubahan kepimpinan.
v. Sekolah yang mempunyai pelajar yang cemerlang
tetapi hasilnya tidak cemerlang.
Daripada situasi di atas, jelas kepimpinan meminkan peranan yang amat
penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah sekolah. Di antara
factor-faktor yang memprngaruhi kecemerlangan sesebuah sekolah
adalah;
5.4.1 Menurut Weber (1971) terdapat 4 faktor utama penentu
kecermerlangan sekolah, iaitu :
i. Kepemimpinan pengetua yang teguh dan mampan.
20
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
ii. Harapan yang tinggi terhadap pencapaian akademik
pelajar.
iii. Iklim sekolah yang kondusif.
iv. Penekanan kepada kemahiran asas.
5.4.2 Edmonds (1979) mengatakan terdapat 5 faktor utama penentu
sekolah cemerlang :
i. Kepemimpinan pengetua yang teguh & mampan.
ii. Iklim sekolah yang selamat dan kondusif.
iii. Penekanan kepada pembelajaran kemahiran asas.
iv. Kekerapan penilaian akedemik pelajar.
5.4.3 Mortimore (1988, 1995) mengatakan bahawa Sekolah
Cemerlang dipengaruhi oleh 11 faktor:
i. Kepemimpinan pengetua yang professional.
ii. Perkongsian visi dan matlamat.
iii. Kewujudan budaya pembelajaran
iv. Penumpuan terhadap Pengajaran dan pembelajaran.
v Pengajaran bermatlamat.
vi. Pengharapan tinggi.
vii Pengukuhan positif.
viii. Pemantauan terhadap perkembangan pelajar.
x Hak dan tanggungjawab murid.
xi. Pemuafakatan rumah sekolah.
21
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
xii Organisasi pembelajaran.
5.4.4 Shahril Marzuki (1997) mengatakan 5 faktor utama
kecemerlangan Sekolah :
I. Kepemimpinan pengetua/guru besar yang mampan
dan iklim sekolah yang positif
ii. Harapan guru yang tinggi terhadap pencapaian
akademik pelajar.
iii. Penekanan kepada kemahiran asas.
iv. Kekerapan penilaian kemajuan akademik pelajar.
v. Keadaan fizikal sekolah yang sempurna.
5.4.5 Gilchrist, Myers & Reed (2004) memberi 7 faktor utama
kecemerlangan sekolah ialah :
i. Mempunyai visi yang dikongsi bersama.
ii. Pengajaran dan Pembelajaran yang bermatlamat.
iii. Harapan yang tinggi dalam pencapaian.
iv. Akademik pelajar
v Hubungan yang baik antara sekolah–rumah
vi. Program pengukuhan yang positif
vii Memantau kemajuan pelajar.
vii. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa.
6.0 RUMUSAN
22
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
Berdasarkan pembentangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
kepimpinan merupakan tulang belakang dalam mencapai kecemerlangan di
sesebuah sekolah. Pada tahun (1992), Slater & Teddlie dan Shahril Marzuki
(1997) merumuskan bahawa Sekolah Cemerlang atau berkesan dipengaruhi
oleh faktor:
6.1 Kesesuaian Kepemimpinan
Pengetua sesebuah sekolah mestilah pemimpin pengajaran atau
Instruksional leader.
6.2 Kesungguhan Guru
Guru hendaklah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan proses
pengajaran dari segi kualiti pengajara, kesesuaian aras pengajaran,
insentif dan masa.
6.3 Kesediaan pelajar
Pelajar bersedia untuk belajar dan mempunyai kemampuan untuk belajar,
kebolehan memahami arahan, kesungguhan dalam mempelajari ilmu,
menggunakan peluang belajar dengan sebaik-baiknya dan pembelajaran
yang berkualiti.
6.4 Keadaan fizikal dan infrastruktur sekolah
Bagi mencapai sekolah berkesan factor keadaan fizikal dan infrastruktur
sekolah tidak dapat diketepikan. Kemudahan-kemudahan asas seperti
air, elektrik, perhubungan internet dan sebagainya hendaklah dalam
keadaan baik dan berfungsi. Selain dari itu bilik-bilik darjah, bilik
pentadbiran, bilik-bilik sumber/khas dan pusat sumber hendaklah
digunakan secara optimum dan sentiasa diselenggara dengan baik.
23
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa perbezaan
peranan pengurus dan pemimpin adalah sepertimana yang digambarkan
di bawah.
Pengurus Pemimpin
Mentadbir Membawa inovasi.
Mengekalkan status quo Membawa perubahan.
Memberi fokus kepada system dan
struktur.
Memberi fokus kepada individu.
Pandangan jangka pendek. Perspektif jangka panjang.
Menyoal apa dan bagaimana. Menyoal apa dan mengapa.
Mementingkan apa yang perlu dicapai. Mementingkan apa yang boleh dicapai.
Menjadi pengikut. Berpendirian sendiri.
Akhir kata dari penulis..
24
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
“
Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu
mengkhianati (amanah) Allah
dan RasulNya, dan (janganlah)
kamu mengkhianati amanah-
amanah kamu, sedangkan kamu
mengetahui salahnya.”
25
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sesiapa yang mengetuai urusan orang-orang Islam dan tidak bersusah payah
untuk mengendalikan urusan mereka dan tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar
kepada mereka, ia tidak akan masuk syurga bersama-sama mereka”
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
RUJUKAN
Edmonds, R. 1979. Effective schools for urban poor. Educational Leadership. 37: 15 -
24.
Howard, E.R. 1974. School climate improvemen. Education Digest 39 (8): 333-336.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan
menurut Model Malaysia. Mesyuarat gerakan pengetua berkesan. Institut aminuddin
Baki.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Memperkasa kepimpinan instruksional di
sekolah. Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Murphy, J. 1990. Principal instructional leadership: Changing perspective on the school.
Advances in Educational Administration Journal. 1: 163-200Nurahiman dan Rafisah
(2010)
Weber, G. 1971. Inner-city children can be taught to read: For successful schools.
Washington, D.C.: Council for Basic Education.
Handbook for excellence in student learning. Fourth Edition. Corwin Press. California.
http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Jamelaa%20Bibi
%20Abdullah_Kepimpinan_Pahang.pdf
26
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
http://prpm.dbp.gov.my/
http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf
REFLEKSI
Bismillahhirrahmanirrahim….syukur Alhamdulillah, berkat doa dan izin dariNya dapatlah
saya menyiapkan kerja kursus bagi subjek Asas Kepimpinan Profesional Guru
dengan jayanya tanpa mengalami kesulitan yang boleh meruntuhkan semangat
saya.
Banyak pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang melakukan
tugasan ini. Pengalaman dan pengetahuan ini sudah tentu penting bagi saya dalam
karier saya sebagai guru penolong. Saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang
peranan seorang pemimpin khasnya di sekolah tempat saya berkhdmat sekarang.
Melalui kerja kursus ini saya di dedahkan dengan pelbagai pendapat tokoh-tokoh
mengenai kepimpinan, gaya-gaya kepimpinan yang ada pada pengetua dan guru besar
di sekolah-sekolah, pengaruh kepimpinan terhadap jatuh bangun sesebuah sekolah
27
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
dan yang paling penting bagi saya adalah kesan kepimpinan terhadap pelajar hasil dari
kepimpinan seseorang pemimpin.
Pada dasarnya, semua guru adalah pemimpin. Sebagai guru saya sedar bahawa gaya
kepimpinan saya memberi kesan kepada pelajar-pelajar. Ini adalah kerana pengaruh
kepimpinan seseorang mampu menggerakkan orang bawahannya untuk melakukan
sesuatu untuk mencapai sasaran tertentu demi untuk kejayaan atau langsung tidak
berbuat apa-apa. Saya juga memahami bahawa sikap kepimpinan seseorang
pengetua atau guru besar boleh membuatkan sesebuah sekolah menjadi sekolah yang
berkesan atau cemerlang atau pun sebaliknya.
Pemimpin memikul amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk memberi
membawa perubahan, mementingkan perspektif jangka panjang, membimbing,
memberi galakan, menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi serta mempunyai
pendirian sendiri.
Melalui kerja kursus ini juga saya mempelajari bahawa seorang guru harus mempunyai
ciri-ciri profesionalisme yang tertentu yang mencerminkan keperibadian yang tinggi,
berakauntabiliti terhadap pelajar dan pihak-pihak yang berkaitan dengan profesion guru,
mempunyai intergriti yang tinggi serta bertindak berlandaskan etika seorang guru.
Pada pandangan saya seorang guru mestilah menjaga perkara-perkara berkaitan
dengan keprofesionalan dan kepimpinan seorang guru kerana setiap guru membawa
bersamanya imej profesion semua guru di Malaysia. Guru sendirilah yang bertanggung
jawab menjaga imej profesion keguruan agar masyarakat dapat menjadikan mereka
sebagai idola, mengangkat darjat guru ke tempat yang sepatutnya serta menjadi model
di dalam masyarakat. Sebagai seorang guru saya menyeru kepada diri saya sendiri dan
rakan-rakan guru agar dapat menjadi seorang pemimpin dan guru yang berkesan yang
dapat melahirkan persekolahan berwatak dan seterusnya dapat merealisasikan dasar
transformasi Negara.
Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Dr. Haji Muhamad Sidek Said kerana
28
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
panduan, tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan sehingga saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini. tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
PGSR Prasekolah yang telah sudi untuk memberi pandangan, idea dan menjawab
persoalan-soalan setiap kali saya memerlukan kepastian.
Sebelum mengakhiri, di sini saya sertakan kata-kata dari sahabat nabi kita, Muhammad
S.A.W Yahya bin Muaz;
"Para ulama lebih menyayangi umat
Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam daripada ayah-ayah serta
ibu-ibu mereka. Lalu
ditanyakan kepadanya: Bagaimana
pula begitu? Lalu Yahya
menjawab: Ibu-bapa menjaga
anak-anaknya daripada neraka
(kesusahan) dunia, sedangkan
para ulama menjaga mereka daripada
neraka akhirat."
29
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
Sekian sahaja. Apa yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya
yang lemah. Wallahu a’lam.
RASLAMIAH BINTI OTHMAN
670511-11-5188
BORANG KOLABORASI PRA 3113
LANGKAH TARIKH AKTIVITI / TINDAKAN T/ TANGAN
1. Jun 2013 Menerima tugasan. Penerangan dan bimbingan daripada
pensyarah pembimbing.
Pensyarah pembimbing
2. 10 September
Menyediakan perancangan tugasan.
3. 15 September
Perbincangan bersama rakan PGSR. Mencari bahan bacaan.
4. 30 September
Membuat penambahbaikan hasil daripada perbincangan.
30
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2013
5. 1 Oktober
Memulakan penulisan tugasan. Mengemaskini bahan. Membuat semakan. Menelefon rakan untuk perbincangan.
6.5
Oktober
Mengemaskini tugasan. Membuat rujukan. Menulis refleksi.
7.November
Menghantar tugasan yang telah lengkap disempurnakan kepada pensyarah pembimbing.
Pensyarah pembimbing
31