4

Click here to load reader

Asas teknologi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Asas teknologi

STANDARDKANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN

2.0 Asas Teknologi

2.1 Memasang dan membukakit model berfungsi

(4 waktu)

2.1.1 Membaca dan memahami manual.

2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata, pemutarskru Philip, playar muncung tirus dan sepana hujung terbuka.

2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear,gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri.

2.1.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.

2.1.5 Menguji kefungsian kit model.

2.1.6 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

1 Membaca manual kit model berfungsi.

2 • Menerangkan nama dan fungsi dua alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model.

• Mengenal pasti nama dan fungsi tiga komponen kit model.

3 Memasang komponen kit model berpandukan manual.

4 Membuat pengujian kefungsian kit model.

5 Mengenal pasti masalah dan membuat pembaikan kit model.

6 • Mengesahkan kit model berfungsi.• Membuka dan menyusun komponen kit model dengan sistematik.

Page 2: Asas teknologi

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

1. Alatan tangan

ALATAN TANGAN NAMA KEGUNAAN

Pemutar skru philip Untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala philip.

Pemutar skru rata Untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala belah.

Kunci Allen Untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala Allen.

Playar muncung tirus Untuk memegang komponenyang kecil.

Sepana hujung terbuka Untuk mengetat dan melonggarkan bol dan nat.

Page 3: Asas teknologi

2. Komponen kit model

GAMBAR KOMPONEN NAMA KOMPONEN FUNGSI

Motor Untuk menggerakan gear pada kit model.

Gear Untuk menukar kelajuan atau arahpergerakan.

Gandar Untuk menyambung danmenggerakan roda.

Roda Untuk mengurangkan daya geserandan memudahkan pergerakan kit model.

Kerangka Sebagai tapak untuk memasang motor, gear, pemegang bateri dan suis pada kit model.

Suis Untuk menyambung dan memutuskan litar elektrik.

Pemegang bateri Sebagai tapak untuk meletakan bateripada kerangka kit model.

Page 4: Asas teknologi