16
TAJUK OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA NAMA : ZURIAITI@YATI A. MIUN NO.KUMPULAN : UPSI20 (A131PJJ) NO.MATRIKS : D20112053386 NAMA PENSYARAH : PN.ARNE SUZILA BT NASAM 1

Asg Obesiti Qju

Embed Size (px)

Citation preview

TAJUKOBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA

NAMA:ZURIAITI@YATI A. MIUNNO.KUMPULAN:UPSI20 (A131PJJ)NO.MATRIKS:D20112053386NAMA PENSYARAH:PN.ARNE SUZILA BT NASAM

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

PENGENALAN3

DEFINISI4

SEBAB BERLAKUNYA OBESITI5

MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM MENANGANI MASALAH OBESITI7

PENCEGAHAN OBESITI9

KESIMPULAN10

RUJUKAN11

PENGENALANObesiti merupakan lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan banyak menimbulkan masalah kepada kesihatan seseorang. Hal ini berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat. Menurut Myers (2004), indeks jisim atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunapakai untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua(m2).

Berdasarkan satu kajian (Kelishadi WHO 2007),kes obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja di negara-negara membangun amat tinggi. Malah penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan insulin dan sindrom metabolik malah sindrom metabolik juga tinggi di kalangan penduduk dewasa di rantau Asia. Manakala di Malaysia, sehingga tahun 2006, kira-kira 29% penduduk dewasa memiliki berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Berdasarkan peningkatan ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan menjelang 2015, secara kasar 2.3 billion penduduk bakal mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesiti.Di Negara ini peningkatan 6.6% kepada 13.8% obesiti bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga sepuluh tahun amatlah membimbangkan malah keadaan ini lebih menakutkan apabila mereka meningkat dewasa kelak. Masalahnya hal ini akan melonjakkan Malaysia memiliki rakyat yang paling gemuk di rantau ini. Di sokong oleh kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 15.1 % rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti sekaligus menobatkan Malaysia ditempat keenam di Asia, mengahkan beberapa buah negara Asia Barat yang secara umumnya disinonimkan sebagai negara gemuk.Jika ditinjau masalah obesiti kini, 2.6 juta penduduk Malaysia digolongkan sebagai obes, malah hampir setengah juta pelajar yang berusia 18 ke bawah mengalami masalah berat badan berlebihan.Menurut tinjauan negeri Perlis merupakan negeri yang menyumbangkan kadar obesiti tertinggi iaitu 21.7 peratus, Melaka 17.7%, Selangor 17.1% dan diikuti oleh Kelantan 16.2%. Manakala kadar penduduk yang kurang mengalami obesiti juga turut menjadikan negeri tersebut negeri paling sihat ialah Sabah 10.5 %.

DEFINISI

Tidak ada definisi khusus mengenai OBESITI Cuma sebagaimana yang diketahui ramai bahawa obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan serta menimbun di dalam tubuh badan seseorang. Obesiti berlaku apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan sehingga menyebabkan gangguan serta mencederakan organ-organ badan dan akhirnya menimbulkan masalah kesihatan yang lain malahan lebih serius. Malahan menurut beberapa kajian telah mengaitkan mereka yang obes akan mengalami penyakit seperti diabetis serta jantung. Seperti yang telah diketahui umum mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan akan menyebabkan pergerakan mereka terhad sama ada dalam penglibatannya dalam acara sosial mahu pun fizikal, malah jangka hayatnya juga dianggarkan menjadi semakin singkat.

Dewasa ini masalah obesiti semakin berleluasa terutamanya di kalangan pelajar.Sehingga kini difahamkan bahawa obesiti merupakan penyakit kedua paling umum di Malaysia, selepas penyaakit jantung. Ini merupakan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Persoalannya apakah perbezaan berlebihan berat badan dengan kegemukan. Kelebihan berat badan merupakan keadaan berat badan seseorang meelebihi berat normal pada umumnya. Manakala kegemukan atau obesiti pula ialah penggumpulan lelemak tubuh yang berlebihan sehingga menyebabkan berat badan seseorang jauh di atas paras normal.

SEBAB BERLAKUNYA OBESITI

Kenapa berlaku OBESITI ? Makanan yang tidak seimbang

Apa yang telah dikenalpasti bahawa cara pemakanan yang tidak seimbang merupakan faktor utama obesiti berlaku. Makanan seimbang yang dimaksudkan di sini ialah nilai kalori dan tenaga yang diperolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang dikeluarkan. Manakala tenaga atau kalori akan diperolehi melalui pemakanan dan hanya akan dikeluarkan apabila terjadinya aktiviti-aktiviti pembakaran seperti senaman atau pun beberapa pergerakkan lasak yang tertentu. Para pelajar sekolah rendah secara amnya amat menggemari makanan ringan seperti mi segera, keropok, minuman berkarbonat serta menggambil pelbagai makanan segera yang mana semua makanan tersebut tinggi kandungan lemak. Ini akan menyebabkan berat badan akan bertambah seandainya jumlah pembakarankalori tidak seimbang dengan jumlah makanan yang diambil. Ibu bapa sewajarnya mengambil berat cara pemakanan anak mereka agar tidak berlaku obesiti yang terlalu awal iaitu di peringkat sekolah rendah lagi. Merujuk kepada berita Buletin Utama yang pernah menyiarkan bahawa ibu bapa memberi belanja sekolah dari RM5 hingga RM20 sehari sehingga menyebabkan pelajar sekolah lebih berkuasa untuk memiliki makanan yang mereka sukai berbanding makanan yang sihat.

-Kualiti tidur

Tidur juga memainkan peranan yang penting dalam faktor menyumbangkan seseorang menjadi obes. Mereka yang kurang masa tidur juga akan menghadapi risiko kegemukan. Ini kerana hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa tidur akan mengawal selera makan dan kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh. Hormon insulin akan mengawal kadar kandungan gula di dalam tubuh ketika mereka tidur. Dengan itu kekurangan tidur secara berterusan akan meningkatkan hormon ghrelin yang menyebabkan peningkatan kadar selera makan seseorang. Ini kerana pelajar sekarang lebih suka melayari permaian yang ada di dalam internet sehingga menjejaskan nilai tidur mereka.Kajian juga telah dijalankan menunjukkan 76% kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak teratur iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer. Malah kenyataan ini turut disokong oleh Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof.Dr Zulkifli Ismail, berkata gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti.

-Faktor Baka

Masalah kegemukan juga boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya seandainya pelajar tersebut mempunyai sejarah keluarga yang gemuk.Di sini factor genetik boleh menjadi penyebab jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh. Tidak hairanlah ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk.

-Faktor kurang bersenam

Para pelajar kini kurang mengamalkan cara hidup sihat menyebabkan tahap obes di kalangan pelajar semakin meningkat. Secara amnya ,pengeluaran tenaga amat bergantung kepada dua faktor, iaitu tahap aktiviti serta sukan secara konsisten dan angka metabolisme atau tahap tenaga yang diperlukan sebagai pertahanan fungsi minimum tubuh. Melalui kedua-dua faktor ini, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Walaupun aktiviti fizikal Cuma mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, namun sebaliknya bagi mereka yang mempunyai kelebihan berat badan , memerlukan aktiviti yang lebih tinggi. Sebagai mana yang kita ketahui, kalori akan terbakar jika ada aktiviti yang memerlukan pengeluaran tenaga yang lebih. Justeru itu, kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme di dalam tubuh. Oleh yang demikian , sukan amat penting bagi pelajar yang obes dalam usaha menurunkan berat badan malah bersukan juga dapat membantu metabolisme agar berfungsi dengan normal.

MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM MENANGANI MASALAH OBESITI

Berdasarkan matlamat pendidikan kesihatan Ewles & simnett (1986), menjelaskan bahawa pendidikan kesihatan yang diusahakan seringkali bertujuan untuk mencapai satu atau lebih matlamat kesihatan. Berikut merupakan antara matlamat Pendidikan Kesihatan iaitu ; Peka atau sedar terhadap kesihatan Menyampaikan ilmu pengetahuan Menimbulkan kesedaran diri Mengubah sikap Membuat keputusan Mengubah tingkah laku Mengubah status sosial Mengubah Status Sosial Peka Terhadap Kesihatan Menyampaikan maklumat

Matlamat Pendidikan kesihatan

Mengubah Tingkah Laku Menimbulkan Kesedaran

Membuat Keputusan Mengubah Sikap

Jelaslah di sini bahawa tujuan pendidikan kesihatan sebenarnya ialah untuk menyedarkan para pelajar atau masyarakat bahawa kesihatan adalah harta yang tidak ternilai harganya. Oleh itu pelajar digalakkan untuk mempertahankan amalan-amalan yang menjamin keselesaan dalam kehidupan seharian. Malah Ewles & Simnett (1986) juga telah mengemukan beberapa tujuan yang lebih terperinci mengenai Penddidikan Kesihatan. Bagi beliau, untuk melaksanakan tugasan Pendidikan Kesihatan, seseorang guru sewajarnya berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan berikut :

Meningkatkan pengetahuan kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.Para pendidik sewajarnya memperkenalkan gejala-gejala boleh memerangkap pelajar ke arah obesity oleh kerana itu pelajar sewajarnya diberi pengetahuan cara mengamalkan cara hidup sihat iaitu dengan bersenam serta mengambil makanan yang seimbang. Melalui pengetahuan yang diberikan akan meningkatkan lagi kualiti hidup serta tahap kesihatan pelajar akan lebih terjamin.

Memberikan penerangan dan juga menyumbangkan pengetahuan tentang segala sesuatu berkaitan dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu atau masyarakat.Penglibatan guru-guru Pendidikan Kesihatan amat diperlukan untuk memberi penerangan tentang obesiti serta mengemukakan cara untuk menyelesaikan masalah ini dari semakin meruncing. Guru Pendidikan Kesihatan boleh mengambil tempat untuk memantau amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka dengan menyelia makanan yang disediakan di kantin sekolah sejajar dengan garis panduan makanan sihat yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Menimbulkan kesedaran diri setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang telah diberikan.Pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah obesiti ini. Cermah , taklimat serta bengkel boleh diadakan di sekolah bersama ibu bapa (PIBG) untuk memberikan kesedaran secara meluas dalam mengatasi KEGEMUKAN di kalangan pelajar. Aktiviti sihat juga amat digalakkan bersama warga sekolah kerana kanak-kanak yang obesity biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, diabetis, masalah jantung serta barah.

Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik tercapai.Dalam konteks ini para guru perlu memberikan dorongan serta galakkan agar pelajar yang obes dapat membuat keputusan yang positif demi mencapai tahap kesihatan yang unggul. Penekanan tentang amalan gaya hidup sihat hendaklah dilaksanakan selari dengan kehendak budaya , agama dan bangsa. Kerjasama pelbagai pihak amat diharapkan agar usaha lari dari OBESITI terlaksana iaitu meminta agar pengendali kantin supaya mematuhi garis panduan makanan sihat, para ibu bapa hanya menghidangkan makanan yang seimbang dan sihat serta pelajar itu sendiri agar dapat mengawal berat badan yang berlebihan kepada berat badan ideal.

PENCEGAHAN OBESITI

Sebagaimana yang diketahui bahawa obesiti bukanlah masalah yang boleh dianggap ringgan namun demikian ianya membawa kesusahan dan mengancam kesihatan. Antara berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dicadangkan dan diamalkan oleh pelajar yang obes :1. Mengamalkan pemakanan yang seimbang,sederhana dan pelbagai. 2. Amalkan sarapan pagi setiap hari.Menurut kajian UKM menunjukkan bahawa 70% kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10% kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan.Berdasarkan ini pelajar yang tidak mengambil sarapan akan membalas dendam sewaktu rehat untuk makan pelbagai jenis makanan untuk memuaskan seleranya. Oleh itu , pelajar dikehendaki untuk mengambil sarapan setiap hari sebelum ke sekolah.

3. Kekalkan berat badan yang sihat.Para guru Pendidikan Kesihatan perlu menerangkan BMI pelajar agar mereka lebih peka dengan perubahan berat badan mereka.

4. Tingkatkan aktiviti harian.Aktiviti senaman secara rutin selama 20- 30 minit perlu diamalkan. Namun demikian penekanan bahawa senaman 15 minit setiap hari secara konsisten lebih baik berbanding senaman 2 jam seminggu sekali.

KESIMPULAN

Masalah obesiti bukanlah penyakit yang tidak boleh dicegah namun amat sukar untuk dirawat. Malah jika dilihat obesiti ibarat pembuka kata kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Para pelajar yang obesiti mempunyai risiko yang tinggi dalam menghadapi pelbagai masalah. Semua pihak sewajarnya menjaga kesihatan mereka dengan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan pemakanan yang sihat. Tidak dinafikan bahawa obesiti pada masa kini adalah bahana yang memberi kesan yang kurang sihat bukan sahaja pada pelajar itu sendiri malahan kepada masyarakat dan negara kerana mereka merupakan generasi yang menyambung kesinambungan negara.

RUJUKAN

Dr. Sharol Lail Sujak (2002 ). Senaman , Rehat dan Tidur : Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Sharol Lail Sujak (2002) . Pemakanan : Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Jamaludin Mohamed, Khairul Osman (2003). Lemak : Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norsaadah Bachok (2013). Gaya Hidup Sihat Mengatasi Obesiti : Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 11