Upload
sivalechu
View
1.377
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JABATAN PENGAJIAN ANTARABANGSA DAN STRATEGI
AUEA 3310 : DASAR LUAR MALAYSIA
SOALAN 6 : JOHAN SARAVANAMUTTU PERNAH MENYATAKAN “… NO OTHER LEADER IN MALAYSIA’S
HISTORY FITS THE BILL OF THIRD WORLD ICONOCLAST BETTER THAN DR MAHATHIR
MOHAMAD ”. BINCANGKAN DALAM KONTEKS DASAR LUAR
BELIAU.
NAMA : SHAFINA TANTIANA ZULKIPLINO.MATRIK : AEA 070390
PENSYARAH/TUTOR : DATO MOKTAR SELAT
PENGENALAN
Berbanding pemimpin politik bukan-Barat di era beliau, Mahathir telah dilihat
sebagai seorang iconoclast dalam dunia politik. Iconoclasme boleh didefinisikan sebagai
penentang dalam kepercayaan, tradisi dan idea mengenai politik, ekonomi dan
masyarakat secara keseluruhan. Era Dr. Mahathir melambangkan pengaplikasian dasar
luar bagi mencapai kepentingan nasional dan keperluan yang diolah beliau melalui gaya
seorang iconoclast. Dr. Mahathir memantapkan gaya ini dengan memainkan peranan
sebagai jurucakap dalam isu-isu antarabangsa mahupun rantau. Dasar luar Dr. Mahathir
di era pemerintahannya boleh dijelaskan melalui artikulasi dalam menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara perindustrian yang pesat. Bagaimana Dr. Mahathir dilihat sebagai
iconoclast di eranya, boleh dijelaskan melalui empat ciri yang menonjol dalam
pemerintahan beliau iaitu ; identifikasi yang kuat dengan negara-negara Timur, hubungan
yang erat dengan Selatan, dasar yang gigih dan konsisten mengenai isu-isu islam dan
mengukuhkan kedudukan bagi meningkatkan tekanan terhadap Barat yang terbentuk
melalui polisi ekonomi yang diwujudkan oleh unilateralisme IMF dan juga Amerika.
Kesemua ciri ini dilihat berkait rapat dengan pendekatan iconoclast Dr. Mahathir, yang
merangkumi hubungan yang tidak adil antara negara kaya dan negara miskin, penghinaan
terhadap demokrasi ala Barat dan usaha dalam mempromosi persperktif Islam yang
moden dalam kerangka dasar luar.1
1 Ed, Bridget Welsh, Reflection : The Mahathir Years, Southeast Asia Studies Program, 2004, Pg307
BERMULANYA PEMERINTAHAN SEORANG ICONOCLAST
Dr. Mahathir yang suatu ketika dulu pernah mengkiritik dasar luar semasa era
Tunku telah dilantik menjadi perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 16 Julai
1981. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang menerima
pendidikan sepenuhnya dalam Malaysia dan juga pemimpin pertama yang bukan berasal
dari keluarga aristokrat seperti bekas-bekas Perdana Menteri sebelumnya. Dr. Mahathir
pernah menyuarakan pendapat beliau ke atas dasar Tunku yang gagal memperbaiki taraf
hidup masyarakat Melayu dan menjadi individu yang mencetuskan kontroversi dalam
Parti UMNO. Beliau telah dipecat daripada UMNO pada 1960an disebabkan keberanian
beliau meminta Tunku meletak jawatan selepas peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969.
Walau bagaimanapun, beliau meneruskan keberanian beliau dalam memberi pendapat
dan mengkritik setelah menjadi Perdana Menteri tetapi dalam ruang yang lebih besar. 2
Di awal pemerintahan beliau, ramai pemerhati terutamanya daripada Barat
menjangkakan bahawa beliau akan membawa perubahan kepada landskap politik
Malaysia. Jangkaan ini bukanlah sesuatu yang baru kerana kebolehan beliau ini telah
dilihat di dalam penulisan beliau dan ucapan beliau ketika menjadi ahli UMNO di awal
1960an. Ketika era konfrontasi, beliau pernah menemani Tun Abdul Razak dalam
beberapa siri ke negara anggota Non-Aligned Movement (NAM) sebagai tindak balas
propanganda politik Soekarno sekali gus memberi satu pengalaman buat beliau. Beliau
juga pernah dilabel sebagai “ ultra-Malay” disebabkan pandangan ekstrem beliau
2 Ed, Ruhanas Harun, Malysia’s Foreign Relations : Issues and Challenges, Universiti Malaya, 2006, pg 20
berkenaan isu ekonomi yang menghantui orang-orang Melayu, diluahkan dalam buku
penulisannya iaitu “The Malay Dilemma” yang pernah diharamkan pernerbitannya oleh
Tunuku Abdul Rahman.3 Transisi kepimpinan daripada Tun Hussien Onn kepada
Mahathir dilihat telah membawa anjakan paradigma baru dalam konteks dasar luar
Malaysia berbanding pemimpin-pemimpin sebelum beliau. Berbeza dengan Tun Abdul
Rahman, Tun Abdul Razak mahupun Tun Hussien Onn, Dr.Mahathir dianggap
mempunyai sejarah yang tersendiri dari segi personaliti dan corak
pentadbirannya.Terdapat beberapa paradigma yang boleh dijadikan asas perbincangan
dalam legitimasi dasar luar era Dr. Mahathir yang menjadikan beliau seorang pemimpin
yang unik iaitu, semangat jitu nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh beliau sejak
penglibatan awal dalam arena politik, penentangan keatas konsep kebijajahan,
memaksimumkan dasar ekonomi dibawah Dasar Ekonomi Baru, menonjolkan imej
keislaman sederhana bersesuaian dengan masyarakat majmuk Malaysia dan usaha dalam
mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. 4
3 Ibid4 Sivamurugam Pandian, Legasi Mahathir, Utusan Publication, 2005 ,pg 5
BAGAIMANA SIFAT ICONOCLAST MEMPENGARUHI DASAR LUAR ERA
MAHATHIR ?
PAKSI TIMUR
Setelah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir dilihat memberi
fokus terhadap pembangunan ekonomi Malaysia dan mula membuat perkaitan rapat isu
ekonomi dalam dasar luarnya. Beliau dilihat telah mewujudkan polisi ekonomi yang agak
radikal bagi mengerakkan Malaysia kearah NICdom (New Industrializing Countries)
melalui Dasar Pandang Ke Timur. Polisi ini direfleksikan melalui kecenderungan beliau,
dalam terma yang lebih praktikal, diterjemahkan ke dalam pendekatan bagi
mengembangkan industri negara, pada masa yang sama mendesak golongan bumiputera
mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi. Polisi ini dilihat sebagai iconoclastic
melalui dua faktor. Yang pertama, pandangan bangsa Melayu tidak pernah dipengaruhi
oleh etika bekerja negara Timur mahupun ekonominya yang agresif. Ditokok, Perdana
Menteri sebelumnya tidak pernah melihat Jepun, Korea Selatan, Taiwan atau Singapura
sebagai model bagi pertumbuhan ekonomi. Di sebalik Dasar Pandang ke Timur ini,
tersembunyi mesej penting iaitu sejarah kejayaan negara-negara Timur ini harus
dijadikan contoh dan diemulasi oleh Malaysia. Kedua, kejayaan ekonomi Barat cuba
dibongkar iaitu bersifat eksploitatif, imperialistik dan tidak berbaloi untuk diikuti. Insiden
Guhtrie yang membawa kepada dasar “Buy British Last” mengukuhkan lagi anggapan
negatif terhadap Barat.5 Selain itu sebagai tindak balas, Mahathir enggan menghadiri
pertemuan pemimpin-pemimpin negara Komanwel di Melbourne(1981) dan di New
5 Ed, Bridget Welsh, Reflection : The Mahathir Years, Southeast Asia Studies Program, 2004, pg 308
Delhi(1983) yang dianggap satu penghinaan terhadap Komanwel. Tindakan beliau ini
telah memberi gambaran perubahan dalam dasar luar iaitu ikatan yang muktamad dengan
negara-negara Timur.
1)Dasar Buy British Last
Kerajaan Britain telah bertindak menaikkan yuran pengajian di universiti di UK
dan mengubah dasar dalam Pasaran Saham London apabila Malaysia memiliknegarakan
syarikat Guthrie milik Britain. Pihak berkuasa Pasaran Saham London mengubah dasar
dengan melarang sesebuah syarikat membeli saham secara banyak sekali gus demi
menjaga kepentingan syarikat-syarikat British. Dr.Mahathir melihat tindakan London ini
keterlaluan dan sebagai tindakan untuk mengajar British, Mahathir telah
memperkenalkan dasar “Buy British Last”. Sewaktu Dr.Mahathir mengisytiharkan dasar
Buy British Last, sebilangan sarjana berpendapat bahawa tindakan yang diambil oleh
Mahathir ini depengaruhi oleh sikapnya yang anti-British. Chamil Wariya melihat
pandangan ini seolah-olah benar dengan mengimbas kembali penglibatan awal
Dr.Mahathir dalam bidang politik dan penulisan beliau dalam The Straits Times dan The
Malay Dilemma yang secara terang-terangan menyalahkan penjajahan British keatas
Malaysia sebagai punca kemiskinan orang-orang Melayu. Menurut Chamil Wariya lagi,
setelah menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir dilihat mempunyai peluang meluahkan
rasa marahnya kepada British dengan melancarkan satu dasar yang dilihat sebagai anti-
British yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia sebelum ini. 6
6 Chamil Wiraya, Dasar Luar Era Mahathir, Fajar Bakti, 1989,pg 54
Dasar Buy Britisih Last ini secara tidak langsung menyebabkan hubungan Kuala
Lumpur-London berada dalam keadaan yang tegang. Menteri-menteri kanan British,
termasuk menteri luarnya Lord Carrington dan menteri pertahanan, John Notts, secara
mendadak melawat Malaysia pada awal Februari 1982, iaitu tidak lama selepas dasar itu
diperkenalkan.
2)Dasar Pandang Ke Timur
Tidak lama selepas pengenalan dasar Buy British Last, Dr. Mahathir mula
membuat kejutan dalam kerangka dasar luarnya dengan mengisytiharkan satu lagi
perubahan . Sejak merdeka, Malaysia telah menjadikan Barat sebagai contoh dan ikutan
dalam pembangunan negara. Di bawah dasar ini, kejayaan Jepun sebagai negara industri
nombor satu dan keupayaan Korea Selatan,Taiwan dan Singapura ingin dicontohi oleh
Malaysia. Ucapan pertama Dr.Mahathir mengenai dasar baru itu dibuat di persidangan
Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA) di Kuala Lumpur pada 9 Februari 1982.
Menurut beliau, Malaysia harus mencontohi Jepun dengan melatih sebilangan pengurus
mahir di sektor swasta di samping meluaskan kemahiran tenaga kerja melalui pengajaran
di pusat latihan vokasional dan teknikal. Menurut beliau lagi, Malaysia akan menjadi
pengimport dan rakan dagangan yang lebih berfaedah bagi Jepun. Kenyataan beliau
selepas itu menjelaskan lagi maksud Dasar Pandang ke Timur dalam akhbar New Straits
Times bertarikh 16 Julai 1982 : 7
7 Ibid, pg 63-64
“Apa juga yang kita lakukan sebelum ini dengan Barat, saya fikir kita juga elok
lakukan dengan Timur. Itu dasar Pandang ke Timur. Dan jika kita sudah mempelajari
etika kerja buruk dari Barat sebelum ini, seudah tiba masanya untuk kita mempelajari
etika kerja yang baik dari Timur….Pandang ke Timur bermakan kita patut meneroka
sumber-sumber lain selain daripada Barat dan ini tidak pula bermakan kita akan
mengabaikan Barat sama sekali. Apa yang baik di Barat, kita tetap akan ikut, tetapi di
sini yang penting bagi kita ialah nilai etika, sistem dan apa juga yang berguna untuk
kita. Jadi mengapa tidak kita mengamalkan dasar yang sengaja untuk mempelajarinya
dari Timur. “
Berdasarkan penjelasan Dr.Mahathir, jelas bahawa terdapat tiga sebab utama
boleh ditonjolkan mengapa dasar Pandang ke Timur perlu dilaksanakan. Pertama, kerana
Jepun dalam abad ini dilihat sebgai sebuah negara industri paling berjaya di dunia.
Kedua, berkaitan dengan kekecewaan Dr. Mahathir terhadap kegagalan Barat dan
kemerosotan yang sedang dialami oleh negara maju di Barat. Bagi beliau, Malaysia sudah
lama menjadikan Barat sebagai model, tetapi usaha tersebut tidak membuahkan hasil.
Sebab ketiga pula, berkaitan dengan kepentingan ekonomi Malaysia sendiri, dan
keengganan Mahathir terlalu bergantung kepada Barat.
Menjelang 1990an, konsep berpaksikan Timur yang diperkenalkan oleh
iconoclast ini mula berkembang dan kali ini dilihat dalam matlamat yang lebih besar
melalui pengenalan visi Wawasan 2020 sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.Idea ini mula disebut dalam ucapan polisi beliau kepada
Malaysian Bussiness Council di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991. Beliau
mencadangkan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah bangsa yang
bersatu, dengan masyarakatnya yang yakin, mempunyai moral yang kuat dan nilai-nilai
etika, liberal dan bertolak ansur, kompetitif dan dinamik. 8 Pada masa yang sama, visi
2020 oleh Dr. Mahathir ini diperkenalkan seiring dengan polisi luar dalam mengerakkan
pembangunan Malaysia. Yang paling penting adalah kerjasama ekonomi ASEAN, yang
dilihat boleh meluaskan pasaran Malaysia dan mengukuhkan lagi industrialisasi. Usaha
ini diikat bersama dengan usaha kerjasama yang lebih besar dari ASEAN, dibentuk
melalui East Asia Economic Grouping (EAEG) yang kemudiannya menjadi East Asia
Economic Caucus (EAEC).
3)Dasar kerjasama ekonomi peringkat regional
8 Ed, Bridget Welsh, Reflection : The Mahathir Years, Southeast Asia Studies Program, 2004, pg 309
Idea mewujudkan kerjasama ekonomi ini lahir dari kekecewaan Mahathir dengan
ketakupayaan ASEAN untuk bergerak pantas dalam sfera ekonomi dan mencadangkan
kumpulan kerjasama ekonomi yang lebih besar untuk mempromosi visi “Timur” beliau
dalam pembangunan nasional. EAECdilihat ini cuba mencabar kedudukan Amerika,
menekankan persepsi negatif mengenai kuasa Barat yang membawa kepada respon
Mahathirian yang mengkehendaki identiti negara Asia Tenggara yang kuat dan
menginginkan forum bagi “hak sama untuk masalah yang sama disebabkan sekatan
perdagangan yang dijalankan oleh negara kaya. EAEC secara dasarnya merupakan
kawasan perdagangan bebas peringkat regional yang merangkumi negara anggota
ASEAN, China, Korea Selatan dan Jepun. Mengikut Dr. Mahathir, secara logik, ASEAN
merangkumi negara anggota yang banyak, cukup untuk menghadapi cabaran Kesatuan
Eroapah mahupun North American Free Trade Area(NAFTA). Dr. Mahathir menekankan
lagi bahawa idea kerjasama ekonomi ini bukanlah sesuatu yang baru dan boleh dilihat
apabila Korea Selatan pada 1970 mencadangkan Asian Common Market dan Asian
Network oleh Japan Ministry of International Trade and Industry pada tahun 1988.9
Pengasasan EAEC diperkuatkan dengan sikap beliau sebagai seorang iconoclast
apabila beliau membantah kemasukan ASEAN ke dalam APEC ( Asian-Pacific
Economic Cooperation) yang turut dianggotai negara-negara Barat. Maka, kewujudan
EAEC ini dilihat sebagai APEC tanpa Amerika Utara dan Australia.10 EAEC sekali lagi
menimbulkan isu di ASEAN Regional Forum(ARF) pada Ogos 1995 di Bandar Seri
Begawan. Idea EAEC ini telah ditolak oleh delegasi Jepun dan Korea Selatan, yang 9 Johan Saravanamuttu, Malaysia’s Foreign Policy in Mahathir Period, 1981-1995 : An iconoclast Come to Rule, Asia Journal of Political Science, Vol. 4, No. 1, June 199610 East Asian Economic Caucus, http://en.wikipedia.org/wiki/East_Asia_Economic_Caucus, retrieved 12 October 2009.
mempersoalkan mengapa Australia dan New Zealand tidak dijemput untuk menjadi ahli
bagi EAEC. Isu ini telah dibangkitkan oleh Menteri Luar Australia ketika itu, Gareth
Evans, membahaskan walaupun negaranya bukanlah negara Asian,tetapi secara
geografinya ia terletak di hemisfera Timur. Tetapi Dr.Mahathir melihat negara tersebut
berada di bawah pengaruh Amerika dan khuatir mereka akan menjadi juru cakap kepada
Amerika. Ucapan agresif dan kritikal Dr.Mahathir dalam mengkritik Barat, menakutkan
kebanyakan negara Asia Tenggara, menyebabkan idea EAEC ini kurang berjaya
dikalangan negara-negara Asia sendiri. 11 Ini boleh dilihat melalui tindakan Mahathir
yang mengkritik Amerika disebabkan “double standard” dan isu perdagangan dalam
ucapannya di Hong Kong. Amerika dilihat secara berterusan membantah idea
EAEG/EAEC apabila ia dikemukakan oleh Dr.Mahathir pada awal 1991, desakan
Amerika ini telah menyebabkan konsep kumpulan(grouping) telah dihadkan menjadi
caucus bagi mengurangkan ketakutan Amerika akan kemungkinan kerjasama regional ini
menjadi blok perdagangan. Dalam hal ini, Amerika menegaskan bahawa mana-mana
kumpulan kerjasama regional yang yang beroperasi di kawasan Asia-Pasifik haruslah
mengandungi Amerika sebagai ahli , justeru merujuk kepada penyertaannya dalam APEC
sebelum ini. Dr.Mahathir dengan lantangnya, membalas perbahasan Amerika dengan
mengatakan “ If being on the shores of a vast ocean qualifies one to be a member of a
regional organization, then the US should be a member of the EC which made of
countries of the Atlantic rim” . Beliau mengkriti tindakan Amerika ini mengandungi
elemen rasisme. Berhubung dengan kemungkinan ketakutan US jika Jepun mendominasi
di dalam EAEC, beliau menegaskan bahawa China, Korea dan ASEAN tidak akan
membenarkan perkara itu berlaku. Kesan daripada itu, Dr.Mahathir dilihat mengambil
11 Ed, Bridget Welsh, Reflection : The Mahathir Years, Southeast Asia Studies Program, 2004, pg 310
keputusan untuk tidak menghadiri Persidangan APEC di Seattle pada 1993. Walaupun
telah diwakili oleh Menteri Perdagangan dan Industri, Rafidah Aziz, keengganan
Mahathir menghadiri persidangan APEC ini telah dikutuk oleh Perdana Menteri Australia
iaitu, Paul Keating yang melabel beliau sebagai ‘recalcitrant’ atau keras kepala.
Sementara EAEC masih tidak dapat memainkan peranannya tanpa APEC,
pembentukan ASEAN+3 telah dilaksanakan sebagai kesan kemunculan EAEC tapi dalam
formulasi yang berbeza. ASEAN+3 dianggotai negara-negara anggota ASEAN,China,
Jepun dan Korea Selatan. Walau bagaimanpun, Malaysia ketika itu telah menawarkan
penubuhan sekratariat ASEAN+3 di Kuala Lumpur telah ditentang beberapa negara
ASEAN. 12Tindakan Malaysia ini dikatakan dipengaruhi oleh pendekatan regionalisme
Mahathir sedikit iconoclastic bagi sesetengah rakan Asian.
PENDIRIAN SELATAN
1)Suruhanjaya Selatan-Selatan ( South-south Commission)
12 John hilley, Malaysia :Mahathirism,Hegemony and the New Opposition, Zed Books, USA, 2001
Secara relatifnya, Dr.Mahathir turut menarik orientasi ekonomi luar Malaysia ke
dalam isu-isu di negara Selatan. Walaupun ini bukanlah penyimpangan daripada polisi
dasar luar Malaysia sebelumnya, Dr. Mahathir dilihat mengambil berat akan isu ekonomi
Utara-Selatan berbanding pemimpin sebelumnya. Beliau menyokong pengasasan
Suruhanjaya Selatan-Selatan di persidangan negara-negara berkecuali yang diadakan di
Harare pada 1986 yang telah diilhamkan oleh beliau. Komitmen beliau dalam isu negara-
negara Selatan ini dapat dilihat apabila Mahathir mempengerusikan Dialog Selatan-
selatan Kedua di Kuala Lumpur pada 1985 yang membawa kepada idea penubuhan
suruhanjaya ini.13 Secara dasarnya, Suruhanjaya Selatan-selatan merupakan satu
kerjasama dengan South Foundation yang beribu pejabat di London. Suruhanjaya ini
wujud bertujuan mengelak penindasan dan dominasi negara-negara maju terhadap negara
membangun terutama dari aspek ekonomi. Ia turut berperanan mengurangkan
kebergantungan negara-negara Selatan terhadap ekonomi negara Utara yang lazimnya
mendiskriminasi negara-negara Selatan terutama dari aspek polisi ekonomi, tarif dan
sebagainya.
2)Isu Antartika
13 Ed, Bridget Welsh, Reflection : The Mahathir Years, Southeast Asia Studies Program, 2004
Satu lagi keberanian Dr.Mahathir dalam kerangka dasar luarnya ialah kritikan
beliau terhadap Utara melalui polisi Antartika beliau. Dalam ucapan beliau pada 1982 di
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau membahaskan bahawa benua Antartika adalah
warisan dunia dan tidak harus dipelihara dibawah sesetengah negara dan kuasa-kuasa
besar sahaja iaitu berhubung Antartica Treaties 1959 dan 1961.14 Beliau mengkritik
tindakan sesetengah negara kuasa besar yang cuba mengawal benua warisan dunia itu.
Dr. Mahathir secara berani membangkitkan isu itu dan mendapat sokongan daripada
negara-negara lain. Dr. Mahathir menegaskan bahawa sudah tiba masanya PBB
memberikan tumpuan dan perhatian kepada benua yang kaya itu. Menurut Dr.Mahathir
lagi, sebilangan negara Pakatan Antartika telah menghantar rombongan ekspedisi
masing-masing bukan setakat kerja penyelidikan semata-mata. Malahan negara-negara
berkenaaan telah membuat lebih daripada yang sepatutnya hingga kepada tuntutan
kawasan benua itu untuk negara masing-masing.
Antara negara-negara Utara yang berminat terhadap penguasaan benua Antartika
tersebut ialah Amerika, Belgium, Chile, Perancis, New Zealand dan United Kingdom.
Mahathir dengan beraninya mengkritik tindakan negara-negara dalam Pakatan Antartika.
Mengikut Pakatan tersebut, 7 buah negara telah membuat tuntutan itu termasuk Australia,
Argentina, Britain, Chile, New Zealand, Norway dan Perancis.15 Sifat iconoclastic
Dr.Mahathir boleh dilihat dalam komitmen dasar luar beliau ini,apabila beliau dengan
lantang mengatakan laut dan dasar benua itu adalah dimiliki oleh masyarakat
antarabangsa dan negara-negara Pakatan Antartika yang bertindak menuntut bahagian 14 Johan Saravanamuttu, Malaysia’s Foreign Policy in Mahathir Period, 1981-1995 : An iconoclast Come to Rule, Asia Journal of Political Science, Vol. 4, No. 1, June 199615 Mokhtar A.Kadir, Keamanan Sejagat, Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, pg238
masing-masing demi mengaut kekayaan sumber benua tersebut hendaklah
menyerahkannya kepada masyarakat antarabangsa dan ditadbir oleh PBB mahupun
Pemegang Amanah Benua. Semenjak Dr.Mahathir meminta supaya Perjanjian Pakatan
Antartika itu diubah dan pentadbiran benua tersebut diserahkan kepada PBB, perkara
tersebut talah menjadi perbincangan hangat. Kumpulan Pergerakan Berkecuali telah
memberikan sokongan padu terhadap usaha Dr.Mahathir itu dan mahukan syarat-syarat
dalam Perjanjian Antartika 1959 dan 1961 dibubarkan. Ini bertujuan bagi memastikan
negara-negara membangun juga berhak mendapat perkongsian daripada sumber yang
diperolehi daripada Benua Antartika kelak.
Kumpulan Negara Berkecuali yang diketuai oleh kepimpinan Dr. Mahathir ketika
itu inginkan benua Antartika diurus dan dikendalikan sama seperti dalam Konvensyen
Undang-undang Laut Antarabangsa. Melalui perjanjian yang dicadangkan oleh negara-
negara dunia ketiga ini, akan mensyarakatkan kekayaan hasil di Antartika adalah Warisan
Manusia Sejagat.16 Usul ini mendapat tentangan daripada Amerika dan Rusia yang
menjadi ahli Pakatan Antartika. Walau bagaimanapun,setelah 3 tahun dibahaskan,
Perhimpunan Agung PBB berstuju bahawa benua Antartika adalah Warisan Bersama
Manusia Sejagat. Jelas menunjukkan polisi Antartika yang diusul oleh Dr.Mahathir telah
menyedarkan ramai pihak akan hak semuan negara dunia terhadap benua tersebut.
3)Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
16 Ibid, 241
Sepanjang era pemerintahannya , Dr. Mahathir mengekalkan sokongan beliau
dalam polisi berkecuali , tetapi dengan krisis yang berlaku ketika tamatnya Perang
Dingin, Dr.Mahathir dilihat cuba membersihkan kembali peranan yang dimainkan oleh
NAM. NAM dilihat menjadi satu platform yang menghasilkan suara bersama negara
dunia ketiga. Kritikan keatas negara dunia pertama merupakan usaha Malaysia dibawah
Dr.Mahathir untuk menjadi jurucakap untuk menegakkan hak dan kedudukan negara
dunia ketiga dan Dr.Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin Asia yang konsisten
memperjuangkan isu-isu negara dunia ketiga. Ini jelas dilihat ketika Sidang Kemuncak
NAM ke-7di New Delhi, Malaysia telah mendapat pujian disebaban ucapan Dr. Mahathir
diatas keberanian beliau menyelar Vietnam kerana pencerobohannya di Kampuchea.
Tindakan Vietnam tersebut serang terang-terangan mencabuli Prinsip Berkecuali.
Laporan yang diterima menyatakan Menteri Luar Vietnam telah keluar dari dewan
persidangan selepas Mahathir mengecam tindakan Vietnam itu. Dr.Mahathir telah
mendesa Vietnam agar keluar dari Kampuchea. Kritikan Dr.Mahathir ini telah mendapat
pujian daripada Presiden Paistan Zia ul Haq diatas keberanian beliau itu.17 Di persidangan
NAM di Jakarta pada tahun 1992 pula, Dr.Mahathir telah menyuarakan krtikan terhadap
penindasan tentera Serbia terhadap masyarakat Bosnia. Far Eastern Economic Review
telah menjadikan kritikan Dr.Mahathir ini sebagai muka depan dan melihat beliau sebagai
“suara baru bagi dunia ketiga” atau “little Sukarno” . 18Dalam mesyuarat NAM di Kuala
Lumpur pula, isu Palestin dan Iraq telah menjadi agenda utama beliau. Dr.Mahathir
menambah kritikan beliau dengan mengutuk penaklukan Amerika di Iraq pada 2003
dalam Persidangan NAM. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa “ the westeners
17 Ibid, pg 11918 Ed, Bridget Welsh, Reflection : The Mahathir Years, Southeast Asia Studies Program, 2004, pg311
claim to have great civilization but they behave like stone-age people whenever they are
confronted with problems. They kill and overthrow governments to achieve their
goals”.19
Malaysia dibawah Dr.Mahathir juga telah mengambil langkah tegas terutama
dalam isu alam sekitar. Merujuk kepada Far Eastern Economic Review, Dr.Mahathir
telah mengkritik negara Utara yang telah menuduh negara-negara selatan yang
membangun sebagai punca kepada masalah alam sekitar dan pada masa yang sama
menyembunyikan keupayaan negara-negara Selatan dalam memelihara pembangunan
yang mampan. Pendirian Dr. Mahathir terhadap isu Utara-Selatan ini telah mendapat
pujian ramai pihak sehingga beliau mendapat pengiktirafan di Earth Summit 1992 di Rio
de Janeiro dimana peranan Malaysia dalam mempertahankan maruah negara-negara
Selatan telah dihargai.20
POLITIK ISLAM
Realitinya, isu berhubung dunia Arab telah menjadi fokus dalam dasar luar
Malaysia ketika Perang Teluk 1991. Ini didorong oleh kedudukan Malaysia sebagai ahli
tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Ketika kempen militari Amerika dan Britain di Iraq,
19 Ibid20 Far Eastern Economic Review, 20 August 1992, pg17
masyarakat Islam masih lagi berdiam diri walapun Mahathir secara terang-terangna telah
mengutuk tindakan Amerika dan Britain di persidangna NAM dan OIC. Selepas Perang
Teluk, Dr.Mahathir mendebatkan dominasi Amerika dalam Order Dunia Baru dan order
tersebut haruslah melibatkan negara dunia ketiga dan Jepun sebagai ahli.
1)Isu Palestin
Isu Palestin telah menjadi agenda utama dalam dasar luar Malaysia dibawah
Dr.Mahathir. Dan dasar anti-Zionist telah difokuskan di PBB. Dr.Mahathir tidak pernah
gagal dalam membangkitkan isu Palestin dan beliau sentiasa mengemukan isu tersebut di
dalam setiap forum atau perjumpaan yang dihadirinya. Dalam penulisan Johan
Saravanamuttu, “Malaysia Foreign Policy in Mahathir Period” beliau telah
mengambarkan dasar luar Mahathir terhadap Palestin :
“Palestin has remained an enduring concern in Malaysia’s foreign policy and
the anti-Zionist posture of the government is constantly highlighted at the UN”
Malaysia sebelum ini memang menjalankan dasar tidak mengiktiraf Israel.
Dr.Mahathir juga bertindak sedemikian dan beliau berpendirian tegas terhadap tindakan
kuasa Barat yang menyokong Israel yang menduduki kawasan Arab. Palestin juga
diberikan status diplomatic penuh ada awal kepimpinan beliau. Arafat juga telah dijemput
oleh Malaysia atas jemputan Dr.Mahathir. Kebolehan berbicara dan keberanian
Dr.Mahathir telah digunakan oleh Arafat bagi meminta Dr.Mahathir berbincang dengan
Amerika supaya Israel menghentikan keganasan dan in dilakukan oleh Dr.Mahathir
sewaktu bertemu Bush di mesyuarat APEC di Shanghai pada Oktober 2001 dan Mei
2002 di Washington. Dasar luar Dr. Mahathir yang berani mengkritik campur tangan
Barat dalam isu Israel-Palestin telah mendapat pengiktirafan, malahan Arafat sendiri
pernah menyatakan bahawa “ Malaysia is even closer to us than some of the Arab
nations” . Dr. Mahathir dalam ucapannya di Islamic Summit di Putrajaya berkenaan isu
Palestin :
“There is a feeling of hopelessness among the Muslim countries and their
people. They feel that they can do nothing right. They believe that things can only get
worse. The Muslims will forever be oppressed and dominated by the Europeans and the
Jews. They will forever be poor, backward and weak. Some believe, as I have said, this
is the Will of Allah, that the proper state of the Muslims is to be poor and oppressed in
this world”
Beliau menambah lagi :
“It cannot be that there is no other way. 1.3 billion Muslims cannot be defeated
by a few million Jews. There must be a way. And we can only find a way if we stop to
think, to assess our weaknesses and our strength, to plan, to strategise and then to
counter attack. As Muslims we must seek guidance from the Al-Quran and the Sunnah
of the Prophet. Surely the 23 years? struggle of the Prophet can provide us with some
guidance as to what we can and should do.”21
Sikap iconoclast Dr. Mahathir dalam menentang penguasaan golongan Yahudi
terhadap orang Islam ini sememangnya diakui oleh ramai pihak. Dr. Mahathir mengutuk
21 Mahathir’s Speech, http://www.israelnewsagency.com/mahathirjewsspeech.html, retrieved 10 Oktober 2009
hebat tindakan Israel yang menyerang khemah-khemah pelarian dan menyeksa rakyat
Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan. Lebih-lebih lagi yang menjejaskan kedudukan
Masjid Al-Aqsa. Dr. Mahathir menegaskan pendirian Malaysia dan menyeru dunia
mengutuk sekali perbuatan Israel itu. Beliau juga secara terang-terangan menyifatkan
Israel sebgai musuh dunia.22
2)Isu Bosnia-Herzegovina
Walau bagaimanapun dalam tahun-tahun pemerintahan Dr.Mahathir, Bosnia-
Herzegovina menjadi tumpuan utama dasar luar Malaysia. Mahathir telah bertindak
menjadikan Malaysia sebagai orang tengah dalam menjalankan misi keamanan di bawah
PBB. Menjelang Mac 1995, Malaysia telah menghantar hampir 2,555 pegawai dalam
misi keamanan ini termasuk 1,512 di Bosnia. Penyertaan Malaysia dalam
UNPROFOR(UN Protection Force) ini dilihat secara tidak langsung dimotivasikan
kepentingan politk dengan mendapatkan perhatian antarabangsa dan populasi muslim .23
KRITIKAN TERHADAP INTERNATIONAL MONETARY FUND (IMF)
Iconoclasm Dr. Mahathir sesungguhnya boleh dilihat dalam polisi ekonomi beliau
terhadap institusi kewangan antarabangsa, ditokok lagi dengan perkaitan institusi itu
dengan dominasi oleh Amerika. Pasca Krisis Kewangan Asia 1997, telah memperlihatkan
22 Mokhtar A.Kadir, Keamanan Sejagat, Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, pg10323 Ed, Bridget Welsh, Reflection : The Mahathir Years, Southeast Asia Studies Program,2004, pg 312
Dr. Mahathir secara terang-terangan mengkritik polisi neo-liberalisme oleh Amerika.
Terdapat banyak penjelasan bagi kekacauan ekonomi Asia Tenggara ketika itu, yang
awalnya disebabkan devaluasi mata wang Thailand pada Jun 1997. Dr. Mahathir
menyalahkan George Soros yang menyebabkan spekulasi dalam mata wang Asian. Soros
dan Dr. Mahathir berperang mulut di Hong Kong sewaktu mesyuarat IMF World Bank
pada September 1997 yang mana Soros mengecam Dr. Mahathir sebagai ancaman kepada
negaranya sendiri. Dr. Mahathir juga dengan berani megkritik IMF yang memberikan
pakej keselamatan kepada negara-negara yang dilanda krisis ketika itu dan cuba
menjadikan sistem kewangan dan perbankan Asian seperti sistem yang terdapat di
Amerika mahupun Eropah. Dr.Mahathir juga mengkritik reformasi ekonomi ala liberal
yang dilakukan oleh IMF dengan memperkenalkan Structural Adjusment Package (SAP).
SAP mensyaratkan negara peminjam supaya mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi
mengurangkan defisit, membiarkan bank dan institusi kewangan yang muflis jatuh dan
meningkatkan kadar cukai negara.24 Kawalan yang cuba dilakukan oleh IMF ini telah
dikecam oleh Dr. Mahathir dan Malaysia antara negara yang membuat keputusan tidak
meminjam daripada IMF yang disifatkan oleh Dr.Mahathir sebagai institusi yang
dikuasai Amerika.Sementara itu, Dr.Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin Asian
ketika itu yang mencadangkan pembaharuan dalam sistem kewangan antarabangsa. Pada
September 1998, Dr.Mahathir telah mengambil keputusan yang rumit dengan
memperkenalkan polisi kawalan kapital negara dan mengumumkan dasar ikatan mata
wang atau non-tradability of ringgit. Kerajaan Malaysia mengakui bahawa kawalan
tersebut telah membantu Malaysia dalam menghadapi kemelut krisis kewangan tersebut
dengan menghindari bantuan daripada IMF. Menjelang Ogos 1999, pasaran saham
24 IMF’s role in the Asian Financial Crisis, http://www.ifg.org/imf_asia.html, retieved 12 Oktober 2009
menunjukkan peningkatan sebanyak 800 points berbanding 260 points semasa krisis dan
stok kerajaan bernilai hampir 31 billion Dollar. 25
KESIMPULAN TERHADAP ANALISA
Konklusinya, perbincangan mengenai dasar luar Dr. Mahathir tidak boleh lari
daripada faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi perjalanan dasar luar era beliau.
Dasar Pandang ke Timur dan Wawasan 2020 secara asasnya merupakan satu refleksi
objektif nasional seperti yang dinyatakan oleh Dr.Mahathir dan digunakan sebagai batu
loncatan dalam hubungan luar Malaysia. Kita boleh mengatakan bahawa dasar luar era
25 Ed, Bridget Welsh, Reflection : The Mahathir Years, Southeast Asia Studies Program, 2004,pg 315
Dr.Mahathir memperlihatkan beliau sebagai pemimpin negara dunia ketiga yang
iconoclastic dengan menganalisa polisi domestik beliau, pengenalan polisi ekonomi yang
agresif, mengkritik diskriminasi negara-negara utara terhadap negara Selatan dan
perjuangan terhadap isu-isu masyarakat Islam serta hak antarabangsa. Era Dr.Mahathir
merupakan contoh terbaik perkaitan antara politik dan ekonomi sama ada ia diaplikasikan
dalam unit domestik mahupun antarabangsa. Melihat kepada iconoclasm beliau, dasar
luar Mahathir membawa kepada pembaharuan yang pragmatik. Ideologi Dr. Mahathir
mengenai modernisasi kapitalis menjadi ukuran dalam pemerintahan beliau yang
sememangnya berbeza dengan era Dasar Ekonomi Baru. Berbeza dengan kepimpinan
Malaysia terdahulu, pengaruh Mahathir keatas dasar luar beliau begitu meluas malah
melebihi Perdana Menteri sebelumnya. Keberanian dalam memperjuangkan hak negara-
negara membangun dan mengkritik penindasan yang dilakukan oleh negara maju
sememangnya menggambaran sifat beliau yang iconoclast seperti yang dinyatakan oleh
Johan Saravanamuttu :
“Perhaps no other leader in Malaysia’s history fits the bill of Third World
iconoclast better than Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad, Malaysia’ fourth premier”
BIBLIOGRAFI
1) Ed, Bridget Welsh, Reflection : The Mahathir Years, Southeast Asia
Studies Program, 2004,
2) Ed, Ruhanas Harun, Malysia’s Foreign Relations : Issues and Challenges,
Universiti Malaya, 2006.
3) Sivamurugam Pandian, Legasi Mahathir, Utusan Publication, 2005
4) Chamil Wiraya, Dasar Luar Era Mahathir, Fajar Bakti, 1989.
5)Johan Saravanamuttu, Malaysia’s Foreign Policy in Mahathir Period, 1981-1995 : An iconoclast Come to Rule, Asia Journal of Political Science, Vol. 4, No. 1, June 1996
6)John hilley, Malaysia :Mahathirism,Hegemony and the New Opposition, Zed Books, USA, 2001
7) Mokhtar A.Kadir, Keamanan Sejagat, Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991
8) Ed, Ruhanas Harun, Malysia’s Foreign Relations : Issues and Challenges, Universiti Malaya, 2006, pg 20
9)Far Eastern Economic Review, 20 August 1992
10) East Asian Economic Caucus, http://en.wikipedia.org/wiki/East_Asia_Economic_Caucus, retrieved 12 October 2009
11) Mahathir’s Speech, http://www.israelnewsagency.com/mahathirjewsspeech.html, retrieved 10 Oktober 2009
12) IMF’s role in the Asian Financial Crisis, http://www.ifg.org/imf_asia.html, retieved 12 Oktober 2009