23
HBEF2103 KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN 2 2.0 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN 3 3.0 RESPONDEN 3 Profil Responden Pertama 4 Profil Responden Kedua 4 Latar Belakang Keluarga Responden 5 4.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN 5 4.1 Faktor Persekitaran 5 4.2 Faktor Baka/Genetik 7 4.3 Faktor Jantina 8 4.4 Faktor Gaya Pembelajaran 9 5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA 10 5.1 Kaedah Pembelajaran Kolaboratif 10 1

Asgmnt Psy Pddkn

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psikologi pendidikan

Citation preview

HBEF2103

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN22.0TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN33.0RESPONDEN3Profil Responden Pertama4Profil Responden Kedua4Latar Belakang Keluarga Responden54.0FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN54.1 Faktor Persekitaran54.2 Faktor Baka/Genetik74.3 Faktor Jantina84.4 Faktor Gaya Pembelajaran95.0LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA105.1 Kaedah Pembelajaran Kolaboratif105.2 Peneguhan Positif dan Negatif115.3 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar125.4 Mempelbagaikan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran136.0RUMUSAN137.0RUJUKAN14

1.0PendahuluanPsikologi pendidikan saling berkaitan dengan bidang pembelajaran di mana seorang guru dan murid di sekolah berinteraksi dua hala dengan pelbagai gaya dan pendekatan yang di gunakan. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui sepenuhnya sikap dan tingkah laku pembelajaran terhadap seseorang murid tersebut. Sejauh manakah keberkesanan psikologi pendidikan dapat membantu guru dalam menangani masalah pembelajaran murid di dalam bilik darjah? Setiap individu adalah berbeza di dalam sesebuah kelas. Terdapat murid yang lemah, sederhana dan pandai. Menurut Henson dan Eller (1999), Educational Psychology for Effective kepelbagaian individu merujuk kepada ciri atau sifat manusia yang mempunyai potensi samada memajukan keupayaan seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah. Ianya jelas diperkatakan kerana penguasaannya dapat melahirkan, mendidik seseorang murid dengan berkesan. Malah, seseorang guru itu boleh menilai tahap pencapaian murid mereka dengan mudah dan sistematik. Selain itu, guru juga dapat memahami tingkah laku murid, membantu murid lebih memahami diri, membantu guru merancang objektif pembelajaran yang sesuai dengan murid serta merumuskan langkah-langkah supaya muridnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.Kajian yang dibuat secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku dan keadaan mental manusia diistilahkan sebagai psikologi. Pendapat ini adalah sama seperti pendapat Roediger et al. (1984). Perkataan ini berasal dari tamadun Greek purba, iaitu daripada perkataan psyche dan logos yang bermaksud jiwa dan kajian mengenai sesuatu. Merujuk kepada Kamus Dewan, definisi psikologi adalah kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan, pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu, dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. Menurut sejarah perkembangan psikologi, kajian atau ilmu psikologi dimulakan pada tahun 384 hingga 322 Sebelum Masihi oleh tokoh-tokoh seperti Socrates, Plato dan Aristotle yang pada masa itu psikologi merupakan sebahagian daripada ilmu falsafah sahaja. Psikologi Pendidikan ditakrifkan sebagai gabungan dua bidang iaitu psikologi dan pendidikan. Sebagaimana yang kita ketahui, psikologi ialah kajian saintifik tentang pemikiran dan tingkah laku individu dan kumpulan individu. Pendidikan pula, merupakan proses mengembangkan potensi dan kemahiran individu di dalam bidang tertentu. Menurut Borich & Tombari (1997) mengatakan bahawa Psikologi Pendidikan ialah satu disiplin yang memfokus kajian kepada pengetahuan teoritikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran dan kaedah untuk menilai pencapaian akademik seseorang murid secara tidak langsung dapat mengembangkan minat dan bakat murid supaya akhirnya dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Manakala menurut Whiterington (1982:10) pendidikan adalah proses pertumbuhan yang berlaku melalui tindakan-tindakan belajar. Mengikut Kamus Dewan, pendidikan bermaksud mendidik, pengetahuan mendidik, didikan, latihan, ajaran. Oleh itu, teori-teori di dalam Psikologi Pendidikan adalah sangat di utamakan untuk mengoptimumkan prestasi pencapaian murid yang baik.

2.0Tujuan / Objektif KajianObjektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian akademik bagi murid-murid yang hendak dikaji ke atasnya mengenai penerimaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Satu kajian telah dilakukan ke atas dua orang murid sekolah rendah Agama At-Taqwa di mana tempat saya mengajar iaitu merupakan sekolah luar bandar yang berbeza tahap pencapaian akademik. Selain itu, kajian tersebut dilakukan melalui kaedah temubual berdasarkan beberapa soalan yang diajukan kepada murid itu sendiri dan juga guru pemulihan. Seorang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dan seorang lagi mempunyai pencapaian akademik yang lemah. Kedua-dua orang murid itu adalah lelaki, berumur Sembilan tahun, jantina yang sama dan berada di dalam bilik darjah yang sama. Justeru, hasil dapatan daripada sesi temu bual, terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi pencapaian akademik kedua-dua orang murid tersebut. Oleh yang demikian, beberapa langkah perlu diambil oleh guru untuk mengatasi masalah pencapaian akademik kedua orang murid tersebut.

3.0 RespondenDi sini saya sertakan latar belakang diri dan juga keluarga responden untuk di jadikan kajian ke atas tugasan ini. Responden yang pertama adalah merupakan murid yang memperolehi pencapaian yang baik, sentiasa aktif di dalam kelas dan mempunyai ramai kawan dan mempunyai dua beradik yang tinggal dengan keluarganya terdiri dari golongan yang berpendapatan tinggi. Manakala murid yang kedua adalah merupakan pencapaian yang lemah dan seorang murid yang lembam. Dia dari lima beradik juga merupakan seorang murid yang sangat pendiam dan sensetif. Sejarah kakaknya juga merupakan seorang murid yang lembam. Keluarganya pula adalah terdiri dari golongan yang miskin yang membesar bersama ibu bapa tunggal. Menurut guru kelasnya, Firdaus seringkali berupaya memahami apa yang diajar dan menghantar latihannya bahkan selalu tepat dan menetapi objektif berbanding dengan Amir, dia jarang menyiapkan latihan yang diberikan kepadanya.

Profil murid pertama ialah Muhammad Firdaus bin Nazri, berada di tahun 3, berumur 9 tahun, no. kad pengenalan 041214-06-0377, no. surat beranak BG 93280, tarikh lahir 14/12/2004, tempat lahir Hospital Mentakab, agama islam, keturunan melayu, tinggi 121 cm, berat 23kg, nama bapa Nazri bin Damawi, pekerjaan Guru, Pendapatan bulanan >RM 3000, alamat rumah Lot 307 Batu 3, Jln Mentakab, Temerloh Pahang.

Profil murid kedua ialah Muhammad Amin Amsyar bin Roslan, berada di tahun 3, berumur 9 tahun, no. kad pengenalan 041223060539, no. surat beranak E 231762, tarikh lahir 23/12/2004, tempat lahir Hospital Mentakab, agama islam, keturunan melayu, tinggi 119 cm, berat 20 kg, nama bapa Roslan bin Mat Saad, pekerjaan Buruh Am, Pendapatan bulanan