Upload
asninah
View
207
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
FOKUS PEMBELAJARAN:
1.45 Mengucapkan kata bual sesuatu watak dalam sesebuah cerita.
2.18 Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera dan bukan sastera.
2.27 Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam pelbagai bahan bacaan.
3.19 Membina dan menulis ayat mudah.
Cerita ini mengisahkan seorang lelaki tua yang jujur dengan jirannya,
seorang yang tamak. Pada suatu hari, dia menjumpai sebuah takar yang
mengandungi wang emas. Dia tidak mengambil wang emas tersebut,
sebaliknya menanamnya semula di dalam tanah.
Pada masa dahulu, di dalam sebuah Pada masa dahulu, di dalam sebuah kampung terpencil, tinggal seorang lelaki kampung terpencil, tinggal seorang lelaki
tua. Walaupun miskin tetapi dia hidup tua. Walaupun miskin tetapi dia hidup gembira kerana dia seorang yang jujur dan gembira kerana dia seorang yang jujur dan
suka menolong orang. suka menolong orang.
Pada suatu malam, lelaki tua itu bermimpi. Dalam mimpinya, dia nampak petanda nasib baik turun dari langit. Dia berasa sangat gembira.
Keesokan harinya, ketika dia sedang mencangkul di kebunnya, cangkulnya mengenai benda keras. Dia mendapati sebuah takar tertanam di dalam tanah.
Dia pun membuka penutup takar itu. Dia terkejut apabila mendapati ada wang emas di dalam takar itu. “Dalam mimpi saya, petanda nasib baik saya turun dari langit. Takar ini saya peroleh dari tanah. Ini bermakna nasib baik saya dari bumi, bukan dari langit. Barang berharga ini bukan milik saya,” katanya dalam hati. Dia meletakkan takar yang ada wang emas di dalamnya itu ke tempat asalnya.
Jiran lelaki tua itu seorang yang kaya dan tamak. Dia berasa iri hati apabila mengetahui lelaki tua itu menemui barang yang berharga. “Bodoh betul, orang tua itu! Apa bezanya jika turun dari langit atau datang dari bumi! Baik aku pergi ambil takar itu. Ha, ha, ha…!”
Pada suatu malam, orang kaya itu masuk ke kawasan kebun lelaki tua secara sembunyi-sembunyi. Dia menggali tanah di kawasan itu. Selepas beberapa lama menggali, dia menemui takar itu. Dia berasa sangat gembira.
Orang kaya itu pun membuka penutup takar tersebut. Takar itu bukan dipenuhi dengan wang emas, sebaliknya dipenuhi ular yang berbisa!
Orang kaya itu berasa sangat takut lalu lari lintang-pukang dan pulang ke rumahnya.
Dia berasa sangat marah.“Hi, jahat betul lelaki tua itulah! Di manalah dia meletakkan takar yang berisi emas itu? Nasib baik aku tidak dipatuk oleh ular-ular tadi! Melampau betul! Aku akan balas balik perbuatannya itu!”
Orang kaya itu kembali ke kebun lelaki tua bersama dua orang gajinya. Mereka menutup takar itu dan mengandarnya ke rumah lelaki tua.
Kemudian, kedua-dua Kemudian, kedua-dua orang gaji itu orang gaji itu membalingkan takar yang membalingkan takar yang mengandungi ular berbisa mengandungi ular berbisa ke atas bumbung rumah ke atas bumbung rumah lelaki tua.lelaki tua.
Lelaki tua itu terjaga Lelaki tua itu terjaga oleh bunyi bising takar oleh bunyi bising takar yang jatuh dan pecah. yang jatuh dan pecah. Dia melihat setimbun Dia melihat setimbun wang emas di situ.wang emas di situ.
““Eh, bukankah wang ini yang saya temui Eh, bukankah wang ini yang saya temui kelmarin? Bagaimana wang ini boleh kelmarin? Bagaimana wang ini boleh sampai ke mari? Wah, bagusnya! Sudah sampai ke mari? Wah, bagusnya! Sudah tentu inilah nasib baik yang datang dari tentu inilah nasib baik yang datang dari langit seperti dalam mimpi saya. Inilah langit seperti dalam mimpi saya. Inilah yang saya katakan nasib baik!”yang saya katakan nasib baik!”
Apakah pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita
“Nasib Baik” itu tadi?
Sebutkan kata bual berikut dengan intonasi, nada dan Sebutkan kata bual berikut dengan intonasi, nada dan sebutan yang betul. sebutan yang betul.
“Dalam mimpi saya, petanda nasib baik saya turun dari langit. Takar ini saya peroleh dari
tanah. Ini bermakna nasib baik saya dari bumi, bukan dari langit. Barang berharga ini bukan
milik saya,”
“Bodoh betul, orang tua itu! Apa bezanya jika turun dari langit atau datang dari bumi! Baik aku
pergi ambil takar itu. Ha, ha, ha…!”
“Hi, jahat betul lelaki tua itulah! Di manalah dia meletakkan takar yang berisi emas itu? Nasib
baik aku tidak dipatuk oleh ular-ular tadi! Melampau betul! Aku akan balas balik
perbuatannya itu!”
““Eh, bukankah wang ini yang saya temui Eh, bukankah wang ini yang saya temui kelmarin? Bagaimana wang ini boleh sampai ke kelmarin? Bagaimana wang ini boleh sampai ke mari? Wah, bagusnya! Sudah tentu inilah mari? Wah, bagusnya! Sudah tentu inilah nasibnasib
baik yang datang dari langit seperti dalam baik yang datang dari langit seperti dalam mimpimimpi saya. Inilah yang saya katakan nasib baik!”saya. Inilah yang saya katakan nasib baik!”