Assgment PSV

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KKP PSV

Text of Assgment PSV

KRITERIA-KRITERIA UTAMA DALAM PERATURAN MEMBERI MARKAH PENDIDIKAN SENI VISUAL SECARA ANALITIK

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat dalam pemilihan kriteria untuk seseorang guru melakukan pentaksiran terhadap murid. Antara perkara tersebut adalah dari segi kandungan, pengelolaan dan proses.

Rajah: Kriteria Pemberian Markah

Rajah : Kriteria Pemberian MarkahKAEDAH PEMARKAHAN ANALITIK

Rajah: Kaedah Pemarkahan Analitik

BIDANG MENGGAMBAR

Bidang menggambar merangkumi 4 komponen utama iaituasas-asas, penggunaan alat dan bahan, pengaplikasian teknik-teknik, dan akhir sekali persembahan hasil karya. Bidang menggambar merupakan bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid dalam membuat gambar dengan pelbagai teknik dan media. Oleh yang demikian, kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah untuk jenis kegiatan secara kolaj ialah dari segi gubahan, teknik, alat & bahan, kreativiti dan kemasan. Dalam bidang menggambar di sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda ituboleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak ataupun pengalaman belajar kanak-kanak. Ianya mampu merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti dalam bidang menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untukmenghasilkan gambar mengikut ekspresinya sendiri. Pelbagai alat dan bahan juga boleh digunakan dalam kegiatan menggambar, antaranya seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Pemilihan bahan dan alatan yang digunakan dalam aktiviti menggambar pula haruslah sesuai dengan tajuk dan tema aktiviti di dalam kelas. Begitu juga bagi pemilihan dan pengaplikasian teknik dan kaedah menggambar. Sebagai contoh bagi seorang guru yang ingin melaksanakan penilaian terhadap bidang kerja aktiviti menggambar, beliau perlulah menitik beratkan tentang pengaplikasian teknik dan kaedah dalam menghasilkan sesebuah karya menggambar itu, sebagai contoh cetakan. Bagi teknikini, ianya memerlukan media cetakan yang sesuai seperti kentang yang telah diukir ataupunbatang pokok pisang. Guru juga perlu memastikan bahawapenggunaan alat dan bahanbersesuaian dengan tema yang ingin dihasilkan.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dankemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini yang boleh diuji oleh guru adalah seperti berikut;

Rajah : Kegiatandalam Bidang Menggambar

Sehubungan dengan itu, bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat,bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akanmemperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatanini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Guru boleh membina borang penilaian rubrik yang bertujuan menguji dan menilai sama ada murid telah mengaplikasikan kesedaran asas seni reka tersebut dan pengaplikasian prinsip asas seni reka.

BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAANBidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti menggambar, binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti berikut:CORAK TIDAK TERANCANG

CORAK TERANCANG

Bidang ini juga membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.Sebagai guru yang ingin membuat penilaian terhadap hasil karya dalam bidang mencorak, guru perlu memahami bahawa membuat corak dan rekaan memberi peluang kepada murid memahami cara dan teknik menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang serta mengaplikasikannya menjadi rekaan. Sebagai contoh, seorang guru mengajar murid di dalam kelas mengenai corak tidak terancang melalui teknik tiupan. Kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah untuk aktiviti tiupan dalam corak tidak terancang ialah dari segi warna, kemasan, alat & bahan, gubahan dan motif. Gubahan adalah wajaran yang meliputi cara susunan corak tiupan terhasil dan asas seni reka yang meliputi unsur rekaan serta prinsip rekaan dalam sesuatu penghasilan karya mencorak. Penggunaan alat dan bahan dapat dinilai melalui cara murid menggunakannya. Faktor kesesuaian pula perlu diambil kira kerana alatan yang boleh menghasilkan tiupan adalah straw. Jika murid menggunakan peralatan yang lain, mungkin akan terdapat daya kreativiti dan idea baru di mana mereka melakukan pengubahsuaian terhadap alat dan bahan, dan mampu memberi markah terhadap aspek kreativiti. Penggunaan warna untuk corak pula perlu terancang dan mestilah menarik. Motif yang dipilih hendaklah sesuai dengan tajuk atau tema yang diberikan. Kreativiti murid dapat dilihat melalui penghasilan motif dan pengolahan idea dan penggunaan warna yang harmoni. Keharmonian dan penegasan warna juga merupakan aspek dalam prinsip rekaan. Penggunaan warna yang berkontra menunjukkan murid berjaya memahami kategori warna sekunder dan primer. Daripada pengetahuan tersebut, corak dapat dihasilkan melalui susunan dan penggunaan warna yang kreatif.

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Sehubungan itu, memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Sebagai guru pendidikan seni visual yang ingin menjalankan penilaian terhadap aktiviti membentuk dan membuat binaan. Kriteria utama yang perlu diberi perhatian ialah pengaplikasian aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan sesuatu arca ataupun mobail tersebut. Oleh yang demikian, murid-murid akan diberi peluang meneroka semua prinsip seni tersebut untuk menghasilkan sebuah arca atau mobail yang baik. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

Rajah: Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Bidang membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap objek 3 dimensi. Contoh kriteria-kriteria yang dilihat untuk jenis kegiatan membuat topeng pula ialah fungsi, teknik, kemasan, alat dan bahan serta kreativiti. Fungsi topeng tersebut hendaklah sesuai dengan jenis topeng yang dibuat. Manakala teknik penghasilan topeng pula dapat menunjukkan tahap pemikiran dan kekreatifan murid. Alat dan bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan topeng yang hendak dihasilkan. Ianya dapat dilihat melalui teknik tampalan dan guntingan pada topeng serta barang-barang hiasan yang digunakan. Ini memperlihatkan kreativiti murid-murid dan tahap pencapaian mereka terhadap olahan idea.

MENGENAL KRAF TRADISIONALKraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:-

Rajah: Aktiviti kraf tradisional

Kraf tradisional dipelajari bagi menanamkan sikap bahawa seni kraf merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan. Selain itu, dapat menyedarkan murid bahawa seni kraf perlu dipelajari supaya tidak lupus di telan zaman dan dapat menyedarkan murid kraf tradisional mempunyai nilai estetik. Oleh itu, guru harus menetapkan beberapa kriteria penting dalam memberi markah untuk karya kraf tradisional ini.

CONTOH KRITERIA-KRITERIA PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TakrifKandungan PeratusanKriteriaSkor Peratusan

ILMU30%Tema15%

Bahan Media15%

KEMAHIRAN60%Kreativiti20%

Teknik30%

Kekemasan10%

NILAI10%Sahsiah Diri10%

Jumlah Keseluruhan100%

CONTOH KRITERIA-KRITERIA UTAMA DALAM PERATURAN MEMBERI MARKAH PENDIDIKAN SENI VISUAL SECARA ANALITIK

BIDANG MENGGAMBARPERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM) - ANALITIKPENDIDIKAN SENI VISUALBIDANG MENGGAMBAR TEKNIK MONTAJKRITERIA/GREDE

DCBA

TEMA

(10 MARKAH)Penggunaan tema yang tidak sesuat (1-2 MARKAH)

Pemilihan tema yang minimum yang perlu diberi perhatian.(3-4 MARKAH)Memerlukan peningkatan dalam pemilihan tema.(5-6 MARKAH)Baik dalam pemilihan tema

(7-8 MARKAH) Cemerlang dalam penggunaan tema. (9-10 MARKAH)

PENGGUNAAN ALAT/BAHAN

(15 MARK