Upload
masdi-bin-malik
View
150
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.SEKAPUR SIRIH
2.PENGENALAN
3.KAJIAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL
4.KAJIAN PENGHASILAN BUNYI
KONSONAN
5.FONEM DAN ALOFON
6.CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA
MELAYU
7.KEPENTINGAN SUPRASEGMENTAL
DALAM PENGAJARAN LISAN
8.PENUTUP
9.BIBLIOGRAFI
Sekapur sirih seulas pinang,
Limpahan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan rahmat-Nya, dapatlah saya menyiapkan tugasan yang
diamanahkan ini. Ribuan terima kasih juga tidak dilupakan buat
tutor Puan Zaleha Binti Mohd Noor yang banyak membantu
dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya
menyiapkan tugasan. Segala jasa baik beliau hanya Tuhan
sahaja yang dapat membalasnya.
Ucapan terima kasih juga untuk rakan-rakan yang sama-
sama menyumbangkan idea dan memberi motivasi. Akhirnya
tugasan yang diberi dapat disiapkan dalam masa yang
ditetapkan.
Di harap dengan siapnya tugasan ini dapat memberi
panduan dan infomasi kepada pelajar serta orang ramai untuk
menimba ilmu dalam bidang yang berkaitan.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
Ilmu fonologi merupakan ilmu yang berkaitan dengan cara-cara
pengguna bahasa Melayu menuturkan atau melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna dalam bahasa.
Fonetik pula ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi
bahasa dihasilkan dalam saluran udara. Bidang kajian ini dikenali sebagai
fonetik artikulasi. Sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan
oleh saluran suara dikenali sebagai fonetik akustik dan fonetik auditori
yang berkaitan dengan pendengaran.
Belajar bertutur dalam sesuatu bahasa hanya memerlukan kawalan
beberapa otot yang menggerakkan bibir,rahang,dan lidah. Struktur
anatomi ini paling mudah diperhatikan dalam apa-apa jua keadaan.
Dalam beberapa hal yang penting,aliran udara dari paru-paru semasa
pertuturan berbeza daripada aliran udara semasa pernafasan tenang.
Definisi Ilmu Fonologi
1. Menjelaskan ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu
bunyi bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus @ peraturan yang
menentukan sebutan –Parker(1974:112)
2. Menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa itu –Abdullah Hassan(1993:40)
3. Menyatakan bahawa `phonology is concerned with the organization
of speech within specific languages’ –Clark dan Yallop(1995:5)
Berdasarkan definisi-definisi yang diberi oleh beberapa orang
tokoh,fonologi dapat dirumuskan sebagai ilmu linguistik yang mengkaji
bunyi bahasa manusia secara saintifik.
Pembelajaran fonetik dan fonologi penting dalam PNP berkesan.
Pengetahuan guru bahasa Melayu tentang fonem segmental dan supra
segmental dapat memudahkan guru untuk membetulkan kesilapan
sebutan yang dilakukan oleh murid-murid terutama sebutan fonem yang
sukar dihasilkan khususnya oleh mereka yang menuturkannya sebagai
bahasa kedua.
Transkripsi fonemik merupakan satu cara trankripsi yang lebih
menumpukan trankripsi dalam bentuk tulisan.Lambang fonetik ditulis
kurungan // atau [ ].Matlamat akhir fonemik untuk membentuk system
ejaan berdasarkan fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa itu
misalnya dalam Bahasa Melayu.:
Contoh : fonem x dieja sebagai “kh”
Fonem ɳ dieja sebagai “ng”
Fonem ɲ dieja sebagai “ny”
Fonem ʃ dieja sebagai “sy”
Fonem θ dieja sebagai “th”
Contoh : khatam = [ xatam ]
Nyamuk = [ ɲamuʔ]
Transkripsi fonetik ialah yang berasaskan lisan atau
pertuturan.Bunyi-bunyi yang berlainan mestilah ditunjukkan oleh
lambang-lambang yang berlainan .
Contoh : bunyi [ ə ] - [ bəli ]
[ gəli ]
[ təpi ]
Organ Yang Menghasilkan Bunyi Bahasa
Untuk mengeluarkan bunyi bahasa,banyak alat yang terlibat. Aliran
udara untuk keperluan pernafasan,namun secara tidak langsung
digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa . Organ-organ yang terlibat
dalam penghasilan bunyi ini ialah paru-paru,rongga rengkung,epiglotis
dan rongga tekak.
Organ Artikulasi
Organ artikulasi ialah lidah ,gigi ,bibir ,gusi (daerah
sebutan) ,lelangit keras ,lelangit lembut ,rongga hidung dan pita suara.
Kajian Penghasilan Bunyi (vokal)
Deskripsi bunyi vokal bergantung kepada kualiti bunyi tersebut iaitu
tertakluk kepada keadaan rongga mulut . Apa yang berlaku ialah lidah
diturun-naikkan untuk mengawal saiz rongga mulut. Begitu juga rongga
rengkung dapat dikawal menjadi besar atau kecil. Penggabungan ciri-ciri
inilah yang dapat menghasilkan bunyi vokal tersebut.
Gambar kedudukan rahang/bibir,lidah ketika menghasilkan bunyi a u i
Kedudukan lidah menghasilkan vokal
Vokal adalah bunyi oral,tetapi ada yang boleh dinasalkan. Vokal
adalah bunyi bersuara. Bagi menghasilkan vokal,udara keluar melalui
rongga oral tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah
dan keadaan bibir. Vokal terbahagi kepada 3,iaitu vokal hadapan,vokal
tengah dan vokal belakang.
RAJAH KEDUDUKAN BUNYI VOKAL DALAM BAHASA MELAYU
Hadapan Tengah Belakang
Sempit i u
Separuh sempit e o
ə
Separuh luas ɛ 3
ɔ
Luas a ɒ
a)Vokal hadapan
Jika bahagian yang terlibat itu hujung lidah,maka bunyi vokal yang
dihasilkan itu dipanggil vokal hadapan sebab hujung lidah itu terletak di
bahagian depan mulut. Sebagai contoh,sewaktu kita menyebut bunyi
akhir dalam kata beli,depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Huruf
akhir pada perkataan beli,dilambangkan [i] .Lambang ini [i] ialah
lambang fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan belok,saluran
udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi
kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].
i-Vokal hadapan sempit [i]
Bagi menghasilkan vokal ini hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi
tidak menyentuh lelangit keras,lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
untuk menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang
keluar dapat menggetarkan selaput suara.
Cth: Awal kata Tengah kata Akhir kata
[ibu] [pipi] [jampi]
[ipar] [lipat] [tepi]
[lidi] [perigi]
ii-Vokal hadapan separuh sempit [e]
Ianya terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Jika kita cuba
menyebutnya,kita dapati lidah berada di tengah iaitu tidak setinggi
seperti vokal [i] dan tidak serendah seperti vokal [a]. Bagi
menyebutnya ,hadapan lidah dinaikkan ,lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan dan pita suara dirapatkan.
Cth: Awal kata Tengah kata Akhir kata
[etaɁ] [peka] [leher]
[ekor] [selaɁ] [leper]
[peraŋ]
iii-Vokal hadapan separuh luas [ɛ ]
Hadapan lidah dinaikkan separuh luas yang bergerak ke arah
lelangit keras,iaitu hujung lidah mencecah gigi dan gusi sebelah bawah
lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung
dan pita suara bergetar.
Cth: Awal kata Tengah kata
[ɛnau] [sɛkam]
[ɛmas] [bɛkam]
iv-Vokal hadapan luas [a]
Hujung lidah ditarik ke titik yang paling bawah dalam rongga mulut.
Kemudian udara ditekan keluar dari paru-paru. Kedua bibir juga
dileperkan dalam menghasilkan bunyi vokal ini. Bunyi vokal yang
dihasilkan ialah vokal depan luas [a].
Cth: Awal kata Tengah kata Akhir kata
[anak] [pakai] [sapa]
[arnab] [manis] [teka]
[ayam] [rata] [buka]
b)Vokal Belakang
Vokal belakang dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah ke
lelangit lembut,iaitu ke titik yang paling tinggi yang boleh. Kemudian
belakang lidah diturunkan 1/3 ke bawah di bahagian belakang lidah
seperti dalam menghasilkan bunyi vokal depan. Bibir dibundarkan dalam
penghasilan bunyi ini . Ada empat bunyi vokal belakang [u][o][ɔ][ɒ]. Cara
mendeskripsi bunyi vokal ini juga serupa dengan cara mendeskripsi bunyi
vokal depan ,iaitu dengan memberi deskripsi mengenai luas buka rongga
mulut di bahagian belakang lidah dan keadaan bibir.
i-Vokal belakang sempit [u]
Bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk
menyempitkan rongga mulut tetapi tidak mencecah lelangit
lembut ,sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita
suara bergetar.
Cth: Awal kata Tengah kata Akhir kata
[upih] [hutaŋ] [berudu]
[urat] [budu] [adu]
ii-Vokal belakang separuh sempit [o]
Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit
lembut ,sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk
menutup rongga hidung sementara itu pita suara digetarkan.
Cth: Awal kata Tengah kata Akhir kata
[oleng] [botol] [soto]
[oleh-oleh] [lolong] [moto]
iii-Vokal belakang separuh luas [ɔ ]
Belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit
lembut ,lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
hidung dan pita suara digetarkan.
Cth: [ɔraŋ] [bɔraŋ] [belɔt]
[bɔlɔt]
iv-Vokal belakang luas [ɒ]
Belakang lidah diletakkan di titik paling bawah boleh di capai
dengan belakang lidah tersebut . Bibir dibundarkan sedikit. Udara
ditekankan dari paru-paru. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah
Cth: [konvoi] [boikot]
c)Vokal Tengah [ ə ]
Apabila lidah dalam keadaan bersahaja ,iaitu terletak di lantai
rongga mulut dalam keadaan sedikit tegang ,maka vokal yang dihasilkan
itu dipanggil vokal tengah . Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan
tengah lidah dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara
dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya,pita suara akan
bergetar.
Cth: [əmpat] [pərahu]
[təmpəlaɁ]
Kesemua bunyi vokal yang dideskripsikan diatas,melainkan vokal
tengah ialah bunyi-bunyi vokal yang dicipta dan dipanggil oleh Daniel
Jones(1930)sebagai vokal cardinal. Bunyi-bunyi vokal ini sengaja dibentuk
untuk menjadi ukuran semasa mendeskripsi bunyi-bunyi vokal sebenar
dalam bahasa-bahasa tertentu. Jadi dalam mendeskripsi bunyi-bunyi
vokal mana-mana bahasa pun,kita boleh merujuk kepada vokal-vokal
cardinal ini.
d)Vokal Sengau[~]
Vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal. Bagi
menghasilkan bunyi-bunyi vokal sengauan,rongga hidung terlibat
sama ,lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk
menutup rongga hidung. Udara keluar melalui kedua-dua rongga iaitu
hidung dan mulut. Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi konsonen di
hadapan.
Cth: [mi˜mp˜i] [ɲar˜iŋ]
[m˜amp˜an] [ɲeny˜ak]
Diftong
RAJAH PERGERAKAN LIDAH UNTUK MEMBUNYIKAN DIFTONG
Hadapan Tengah
Belakang
Sempit i
u
ə
( c )
Separuh sempit e 3
o
Separuh luas ɛ
ɔ (a) [ai]
(b) [au]
Luas a
(c) [oi]
(a)(b)
Untuk diftong [ai] ,pada mulanya bahagian depan lidah berada pada
kedudukan untuk vokal [a],kemudian bergerak kepada kedudukan untuk
vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i].
Cth: [pokai]
Manakala untuk diftong [au] pula,bahagian depan lidah berada pada
kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk
vokal [u] ,pada mulanya bibir dihamparkan,kemudian dibundarkan.
Cth: [halau]
Akhirnya diftong [oi]. Bagi menghasilkan bunyi ini ,lidah berada
pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i]. Mula-mula bibir
dibundarkan ,kemudian dihamparkan.
Cth: [dodoi]
Kajian Penghasilan Bunyi (Konsonan)
Konsonan terdiri daripada konsonan asli dan konsonan pinjaman
(dz,sy,th,kh).
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi
ini menerima sekatan ,sempitan dan geseran samaada dibahagian rongga
mulut,tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan
ada yang tidak bersuara.
RAJAH : CARTA KONSONAN BAHASA MELAYU
Daerah
Cara
Bibir Gigi Gusi Lelangit
keras
Lelangit
lembut
Pita
suara
Letupan
tak
bersuara
p t k Ɂ
Letupan
bersuara
b d g
Letusan
tak
bersuara
c
Letusan
bersuara
j
Geseran
tak
bersuara
f s ʃ h
Geseran
bersuara
z
Sengau m n ɲ ɳ
Sisian I
Getaran r
Separuh
vokal
w y
i- Letupan tak bersuara
Konsonan yang terlibat ialah [p] , [t] , [k] dan [Ɂ]. Jika lelangit
lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan , kemudian udara tersekat pada
dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika mulut dibuka ddengan
cepat ,maka keluarlah bunyi [p]. Untuk[t]pula udara bukan sahaja boleh
tersekat dengan merapatkan dua bibir ,tetapi juga dengan mengenakan
hujung lidah pada gusi,lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan.
Penghasilan dua konsonan ini dinamakan letupan tak bersuara kerana
pita suara tidak bergetar.
Bagi konsonan [k] bunyi letupan lelangit keras dan lelangit lembut
tak bersuara. Untuk menghasilkan bunyi [k] , belakang lidah dirapatkan ke
lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Lelangit lembut dan anak
tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga
hidung.
Bagi hentian [Ɂ] , hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat
sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara
yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara
menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan
dihasilkan.
ii- Letupan bersuara
Merangkumi konsonan [b] , [d] , [g]. Apabila lelangit lembut
dinaikkan dan bibir dirapatkan , kemudian udara tersekat pada dua bibir
dan udara dipaksa keluar. Jika mulut dibuka dengan cepat, maka
keluarlah bunyi [b] . Konsonan ini dinamakan letupan dua bibir bersuara
kerana pita suara bergetar. Begitu juga keadaannya dengan konsonan
[d] . Cuma bezanya,udara tersekat dengan merapatkan dua bibir ,tetapi
mengenakan hujung lidah pada gusi ,lelangit lembut dinaikkan dan udara
tertahan . Apabila proses sekatan ini dilepaskan terbitlah bunyi letupan
gusi bersuara [d] .
Untuk konsonan [g] ,belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut
untuk menyekat arus udara . Pita suara dirapatkan, udara yang keluar
melalui rongga mulut menggetarkan pita suara . Maka terhasillah bunyi
letupan lelangit lembut bersuara [g] .
Fonen [c] dan [j] tergolong dalam kategori letusan lelangit keras.[c]
ialah letusan lelangit keras tidak bersuara manakala [j]letusan lelangit
keras bersuara.
iii- Geseran tak bersuara
Konsonan [f] , [s] ,[ᶴ] dan [h] merupakan bunyi konsonan geseran
tak bersuara . [f] merupakan bunyi yang dihasilkan dengan merapatkan
bibir bawah atas sehingga apabila udara melaluinya terdapat geseran .
Lelangit lembut dinaikkan ,pita suara tidak bergetar ,maka terhasillah
bunyi geseran bibir tidak bersuara [f] . Untuk [s] pula ,lelangit lembut
dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tidak
bergetar. Maka geseran yang terhasil dinamakan geseran gusi tak
bersuara [s] . Manakala untuk [ᶴ] ,kaedahnya sama sahaja cuma
bezanya ,organ artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras . Jadi bunyi
konsonan yang terhasil ialah geseran lelangit keras tak bersuara. Bagi
konsonan [h] ,apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan
rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi
vokal ,bunyi [h] dinamakan sebagai bunyi geseran glotis tak bersuara .
iv- Geseran bersuara
Dalam kategori ini hanya satu konsonan yang terlibat iaitu [z] .
Bunyi fonem ini sama seperti menghasilkan [s] . Bezanya ialah proses
membunyikan [s] ,pita suara tidak bergetar tetapi proses membunyikan
[z] pita suara bergetar. Oleh itu ,konsonan yang dihasilkan ini dinamakan
geseran gusi bersuara .
v- Sengau
Melibatkan empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu,iaitu [m] , [n] ,
[ɲ ] dan [ ŋ ]. Bagi [m] ,dua bibir dirapatkan . Maka bunyi yang dihasilkan
dinamakan dua bibir bersuara [m]. Seterusnya untuk menghasilkan bunyi
[n] ,hujung lidah dinaikkan ke gusi . Dengan itu bunyi yang terhasil
dinamakan sengauan gusi bersuara [n] . Bagi bunyi nasal [ ɲ ]
pula ,tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras . Jadi bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [ɲ]. Seterusnya untuk
bunyi nasal [ ŋ ] memerlukan belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut
. Oleh itu,bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit
lembut bersuara [ ŋ ]
vi- Sisian [ I ]
Untuk bunyi sisian [ I] ,hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan
udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara
keluar melalui bahagian tepi lidah . Maka bunyi yang terhasil melalui
proses ini dinamakan bunyi sisian gusi bersuara .
vii- Getaran
Konsonan yang terlibat hanya satu sahaja iaitu [r] . Bunyi konsona
ini terhasil apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara
melalui antara lidah dan gusi. Oleh itu,menyebabkan lidah bergetar .
Lelangit lembut dinaikkan . Maka bunyi yang terhasil dinamakan bunyi
getaran gusi bersuara [r] .
viii- Separuh vokal
Konsonan yang terlibat ialah [w] dan [y] . Bagi fonem konsonan [w] ,
peringkat awal ,keadaan lidah seperti untuk membunyikan [u] ,kemudian
bergerak pada vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua
bibir bersuara . Manakala bagi fonem konsonan [y] dinamakan separuh
vokal lelangit keras besuara .
ix- Konsonan pinjaman
Terdapat beberapa konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa
Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Konsonan dalam kata
pinjaman itu telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-
bunyi daripada bahasa Arab dalam bunyi :
[th] menjadi [s]
Contoh: [θabit] menjadi [sabit]
[dz] menjadi [z]
Contoh: [Ỗalim] menjadi [zalim]
[gh] menjadi [g]
Contoh: [maɤrib] menjadi [magrib]
Walau bagaimanapun, ada bunyi asalnya terus digunakan dalam
banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-
bunyi geseran .
Bagi konsonan pinjaman [f] dan [v] ,bunyi-bunyi ini dihasilkan
dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga terhasilnya geseran
apabila udara melaluinya . Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara tidak
bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak
bersuara . Bagi membunyikan [v] ,pita suara bergetar dan menghasilkan
bunyi geseran bibir gusi bersuara .
Fonem Dan Alofon
Fonem merupakan suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi
kemudahan deskripsi sistem bunyi atau fonologi. Walaupun ada bunyi
yang berbeza ,tetapi masih diberi satu lambang. Tiga kaedah
mendeskripsi fonem iaitu analisa deskriptif ,analisa fitur distingtif dan
analisa prosodi. Fon-fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama itu
dapat digolongkan ke dalam fonem yang sama . Fon-fon yang menjadi
anggota dalam satu fonem dipanggil alofon. Dengan kata lain ,sekiranya
pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling minimum
tidak berbeza maknanya. Maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua
fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada satu fonem .
Alofon boleh diertikan sebagai variasi atau kelainan bunyi yang
bebas di antara dua fonem .
Contoh: [jawapan] ; [jawaban]
[bilik] ; [biliɁ]
[buah] ; [buwah]
[kuah] ; [kuwah]
Dalam bahasa Melayu,fon [p] sekurang-kurangnya mempunyai dua
cara sebutan yang berbeza. Contohnya sebutan [p] dalam `paya’, `sapa’
dan `atap’.Bunyi [p] dalam [paya] dan [sapa] itu diujarkan dengan
sempurna. Namun bunyi letupan itu tidak disempurnakan letupannya
dalam [atap>], dan ciri ini diberi tanda [>],yakni tidak diletupkan. Jadi ada
dua jenis letupan dua bibir tidak bersuara iaitu [p] dan [p>] . Ciri fonetik
[p] dan [p>] sebenarnya memanglah serupa dan ole itu bolehlah mereka
digolongkan ke dalam satu keluarga atau fonem [p]. Fonem [p] ini
dikatakan mempunyai dua alofon iaitu [p] dan [p>]. [p] dipakai dalam
lingkungannya sendiri, iaitu [paya] dan [sapa] dan [p>] dalam
lingkungannya pula [atap>] lingkungan pemakaian alofon dari satu
fonem ini dikatakan penyebarannya .
Fonem itu ialah penyebaran alofon dari satu fonem itu saling
melengkapi. Apa yang dimaksudkan dengan penyebaran saling
melengkapi ini ialah bahawa [p] berlaku dalam lingkungan awal atau
tengah perkataan dan [p>] dalam lingkungan akhir perkataan . Ini
disebabkan sifat fonetik bunyi yang sentiasa menyesuaikan diri dengan
lingkungan di mana ia dipakai .
Ada dua cara mudah untuk menentukan taraf dua bunyi yang
berlainan itu samaada dua alofon dari fonem atau dua fonem yang
berlainan . Cara ini dijalankan dengan mencari pasangan perkataan
terkecil yang mempunyai bentuk fonetik yang sama di mana dua bunyi itu
dapat di kontraskan . Dua bunyi itu dapat membezakan erti dua
perkataan .
Contoh: [pagi] [bagi]
Dapat dilihat [pagi] dan [bagi] itu sama dalam semua bunyi
melainkan [p] dan [b] . Jadi ertinya berbeza . Maka [p] dan [b] itu
dianggap sebagai dua fonem yang berbeza . Fonem ditulis dalam
kurungan //. Ini dilakukan untuk membezakan dengan fon atau bunyi,
kerana fonem melambangkan satu keluarga bunyi.
Ciri yang dapat membezakan fonem dalam bahasa Melayu dapat
dibahagikan kepada tiga :
1) Keadaan pita suara.
2) Daerah sebutan .
3) Cara sebutan .
Keadaan pita suara
Keadaan pita suara boleh menjadi cirri fonetik yang dapat
menentukan samaada dua bunyi itu sebagai fonem yang berlainan atau
tidak. Pasangan perkataan [ upah ] dan [ ubah ],dapatlah dikatakan sama
dalam semua hal melainkan bagi bunyi [ p ] dan [ b ]. Bunyi [ p ] dan [ b ]
itupun serupa dalam cara dan daerah sebutannya. Kedua-duanya disebut
secara letupan dan di daerah bibir. Apa yangmembezakannya ialah [ p ]
disebut tanpa getaran pita suara manakala [ b ] dengan getaran pita
suara. Oleh sebab [ p ] tidak bersuara dan [ b ] bersuara maka pasangan
terkecil seperti [ upah ] dan [ ubah ] itu berkontras , yakni berbeza ertinya
. Dengan itu [ p ] dan [ b ] menjadi dua fonem yang berlainan.
Daerah sebutan
Daerah sebutan juga dapat membezakan fonem dalam pasangan
terkecil [ padi ], [ tadi ] terdapat [ p ] dan [ t ] sahaja yang berbeza.
Bahagian lain pasangan itu sama. [ t ] dan [ p ] banyak persamaannya.
Kedua-duanya disebutkan dengan cara letupan dan tidak bersuara. Apa
yang membezakannya ialah dari segi daerah sebutannya. [ p ] dihasilkan
di daerah bibir dan [ t ] di daerah gusi. Oleh sebab perbezaan tersebut,
maka pasangan [ padi ] dan [ tadi ] sudah berkontras,kerana makna
setiap satunya berlainan. Dengan itu [ p ] dan [ t ] menjadi dua fonem
yang berlainan.
Cara sebutan
Cara sebutan juga boleh membezakan fonem dalam pasangan
terkecil. Dalam pasangan [ bata ] dan [ mata ], hanya [ b ] dan [ m ] yang
berbeza. Kedua-dua[ b ] dan [ m ] dihasilkan didaerah bibir. Kedua-duanya
bersuara . Yang berbeza hanyalah [ b ] disebut dengan cara letupan.
Manakala [ m ] dangan cara sengauan. Maka / b / dan / m / itu menjadi
dua fonem yang berlainan.
Ciri-ciri Suprasegmental
Suprasegmental atau disebut juga unsur-unsur prosodi . Unsur-
unsur prosodi yang dimaksudkan ialah sebutan, kelancaran,kefasihan dan
gaya pengucapan bahasa semasa melakukan pengajaran .
Unsur-unsur bahasa yang dibincangkan adalah unsur-unsur
segmental kerana setiap bunyi merupakan satu segman atau penggalan
daripada arus tuturan . Penuturan segmen-segmen dengan berbagai –
bagai tingkat tekanan dan nada .
Ada empat lagi unsure-unsur bahasa yang terlibat iaitu tekanan,
nada, jeda, dan panjang pendek (mora). Unsur-unsur inilah yang
dinamakan suprasegmental.
i- Tekanan
Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang
menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu sukukata
tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah [‘]. Lambang
ini diletakkan di atas sukukata yang menerima tekanan itu . Misalnya ,
[budaɁ]. Tekanan di sini tidak menunjukkan makna . Contoh lain :
[ru’mah],[kam’pung]
ii. Nada
Nada merupakan kadar meninggi atau menurun pengucapan
sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-
nombor,1(rendah), 2(biasa), 3(tinggi), 4(tinggi sekali). Ayat penyata
biasanya dimulakan dengan nada 2. Kemudian nada itu menaik apabila
ada tekanan dan turun hingga nada 1.
Contoh: ² Saya hendak³ balik.
Dalam bahasa Melayu dinyatakan juga bahawa nada bukan
fonemik. Maksudnya nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti
penghasilan sesuatu fonem.
iii. Jeda
Jeda adalah unsur senyap dalam sebutan yang memisahkan
perkataan. Unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur
linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang
digunakan untuk jeda ialah . Unsur ini boleh membezakan maksud
ayat.
Contoh: [ # saya makan nasi emaɁ # ] adalah berbeza dengan
ayat:
[ # saya makan nasi # emaɁ ]
iv. Panjang-pendek ( mora) [:]
Ada bunyi yang panjang dan ada yang pendek. Panjang-pendek
adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.
Lambang bagi fonem ini ialah [: ] yang dinamakan mora. Unsur ini tidak
membezakan makna.
v. Intonasi/Tona
Intonasi/tona merupakan unsur lagu yang ada pada sesuatu
perkataan. Intonasi ini mempergunakan unsur lain seperti nada,
kelantangan, tekanan, panjang-pendek bagi menimbulkan pola lagu
dalam perkataan. Kalau digunakan dalam ayat, unsur ini dipanggil
intonasi atau lagu ayat.
Intonasi juga ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah
sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau
kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Kepentingan Suprasegmental Dalam Pengajaran Lisan
Suprasegmental ataupun unsur-unsur prosodi ini mempunyai
banyak kepentingan dalam pengajaran lisan. Antaranya:
1. Dapat meningkatkan pemahaman tentang makna dan
pengertian daripada ujaran yang diucapkan terutama sekali dalam
menggunakan pengucapan awam. Sebagai contoh untuk
memahami bahan-bahan sastera yang merangkumi prosa dan puisi.
Puisi ini pula boleh dikategorikan kepada puisi tradisional ( Lagu
kanak-kanak seperti `Anak Itik Tok Wi’, Air Pasang Pagi’,
pantun, syair dan gurindam ) manakala puisi moden
(sajak).Sajak merupakan puisi moden yang dideklamasikan dengan
pelbagai nada bersesuaian dengan tajuk atau tema sesebuah
sajak.Sajak yang bertemakan patriotik akan di deklamasikan
dengan nada bersemangatkan patriotik.Lain pula nada apabila
mendeklamasikan sajak yang bertemakan ketuhanan ataupun ada
unsur-unsur sedih yang hendak disampaikan dalam sajak.Jadi nada
atau iramanya akan menjadi nada melankolik atau mendayu –
dayu.Bagi sajak yang bertemakan cinta pula,nada sajak akan
berubah menjadi nada romantik.
Justeru ,unsur-unsur prosodi ini ( nada) dapat membantu
meningkatkan pemahaman terhadap bahan saatera tadi terutama
sekali untuk puisi moden ( sajak ) namun tidak dinafikan ,unsur-
unsur prosodi ini juga turut memnantu memudahkan khalayak
memahami maksud puisi tradisional ( lagu kanak-
kanak,syair,pantun dan gurindam ).Isi cerita yang disampaikan
dalam bentuk prosa ,mungkin menyukarkan kita untuk
memahaminya.Ini berlaku kerana penyampaiannya dalam bentuk
sterotaip.Namun setelah prosa diubah kepada bentuk puisi sudah
semestinya ada unsur-unsur prosodi di dalamnya.Maka secara tidak
langsung akan menarik minat masyarakat untuk memahami makna
puisi tersebut.Apabila minat telah di tanam dalam diri masyarakat
maka mudahlah bagi mereka untuk memahami makna dalam puisi
samaada yang tersirat mahupun yang tersurat.
2. Melalui unsur-unsur prosodi ini mesej,pengajaran,pendidikan
dan nilai-nilai murni dapat disampaikan.Lagu kanak-kanak
mengandungi banyak nilai murni yang mampu memdidik
masyarakat.Di dalamnya juga terselit makna yang tersurat,tersirat
dan makrifat yang sudah semestinya dapat member pengajaran dan
teladan kepada masyarakat .Contohnya lagu Air Pasang Pagi
mengandungi banyak makna yang tersirat di sebaliknya.
Contoh lirik lagu Air Pasang Pagi
Air pasang pagi surut pukul lima
Nyonya bangun pagi,siram pokok bunga
Pokok bunga Melur,tanam tepi batas
Itik bertelur ,ayam menetas.
Untuk baris pertama
Air pasang pagi surut pukul lima
Daripada ungkapan tersebut, masyarakat dahulu telah pun
mengetahui tentang fenomena alam iaitu berkait dengan sistem
suria.Proses bumi beredar mengelilingi matahari menyebabkan
wujudnya perubahan musim di dunia.Adanya musim sejuk,musim
panas,musim bunga dan musim luruh.Serentak dengan itu juga
wujudnya air pasang pagi dan air pasang dalam.Konsep inilah yang
diselitkan dalam baris pertama tersebut.
Untuk baris kedua
Nyonya bangun pagi, siram pokok bunga.
Ungkapan ini menegaskan tentang perpaduan kaum. Walaupun
puisi Melayu, dimuatkan juga watak kaum lain iaitu kaum Cina. Nilai-nilai
murni tersirat yang lain ialah rajin dan cintakan kehijauan.
Untuk baris ke –tiga
Pokok bunga melur, tanam tepi batas.
Bunga melur melambangkan kesucian. Bunga melur yang
dipersonafikasikan kepada jiwa kanak-kanak yang masih suci, putih dan
bersih daripada sebarang noda.
Untuk baris ke –empat
Itik bertelur, ayam menetas.
Baris ini sekali lagi mengutarakan konsep sains. Ayam merupakan
spesies haiwan yang mengeramkan dan menjaga telurnya sehinggga
menetas.
Di dalam lagu kanak-kanak ini terdapat nada dan iramanya yang
tersendiri. Di samping kita terbuai oleh liuk-lintuk irama lagu itu, makna
yang tersirat di sebalik yang tersurat dapat diterokai.
3. Suprasegmental dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan
jelas. Contohnya bahan sejarah yang dijadikan cerita melalui sajak.
Contohnya sajak yang dinukilkan oleh Zurinah Hasan iaitu `Pesanan
Puteri Gunung Ledan’. Melalui sajak tersebut mesej dapat
disampaikan dengan jelas. Masyarakat tidak perlu lagi membaca
buku Sejarah Melayu yang pastinya dimuatkan dengan bahasa-
bahasa klasik yang sukar difahami.
Antara bait-bait sajak `Pesanan Puteri Gunung Ledang’
Sampaikan pesanku kepada sultan
Pinta dipenuhi syarat-syarat ini
Jika aku ingin diperisterikan.
Seterusnya mesej yang disampaikan melalui lirik lagu begitu
berkesan. Daripada irama lagu yang mendayu-dayu dan gaya
pengucapan bahasa yang bersesuaian dengan tema, mesej dapat
disampaikan dengan begitu mudah kepada khalayak. Malah sesetengah
lagu yang `berhantu’ menjadi siulan masyarakat tidak mengira peringkat
umur, daripada baru belajar bercakap hinggalah kepada yang telah
berusia emas.
Contoh: Lirik lagu
……….Begitulah awan nano setia
Melindungi diri tika panas terik mentari
mencuba menggores pipi………
Bahan sastera yang berupa puisi lama iaitu pantun dapat member
makna yang berbeza apabila wujudnya perbezaan lafaz, nada, intonasi,
dan gaya pengucapan .
Contoh: Pantun
1.Pucuk pauh delima batu ,
Anak sembilang di tapak tangan ,
Duduk jauh beribu batu ,
Hilang di mata di hati jangan .
2.Pucuk pauh delima batu ,
Air Sembilan dijirus tangan ,
Duduk jauh di negeri satu ,
Hilang di mata di hati jangan.
Sekali pandang , pantun pertama dan pantun yang kedua tidak ada
bezanya . Namun setelah pantun ini dilafazkan dengan nada , intonasi dan
gaya pengucapan yang bersesuaian dengan temanya, baru terserlah
perbezaan maknanya.
Pantun yang pertama dilafazkan dengan nada yang bersahaja
sesuai dengan temanya iaitu perpisahan antara sahabat handai atau
mungkin juga antara ahli keluarga . Namun perpisahan ini bersifat
sementara , suatu hari nanti mungkin dapat bertemu semula .
Manakala pantun yang kedua dilafazkan dengan nada , intonasi dan
gaya pengucapan yang penuh emosi ,bersesuaian dengan temanya
tentang perpisahan yang tidak akan kembali lagi,berpisah buat
selamanya. Jadi,sudah semestinya pengucapan dibuat dengan penuh
emosi dan kesedihan.
4) Kepentingan supra segmental juga boleh difokuskan kepada pelajar.
Contohnya dalam aspek nada, kadar meninggi atau menurun pengucapan
sesuatu sukukata ataupun perkataan dapay membezakan jenis ayat iaitu
antara ayat penyata,ayat tanya dan ayat seru.
Contoh:
²Aiman makan³ nasi¹ - ayat penyata
¹Aiman makan² nasi³ ? - ayat tanya
Aiman³, makan² nasi¹ ! - ayat seru
Tekanan suara yang diberi atau dikenakan kepada sesuatu
perkataan dalam ayat dapat menentukan samaada ayat tersebut ayat
penyata, ayat tanya, atau ayat seru. Maka memudahkan pelajar untuk
memahami jenis-jenis ayat dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lisan berkesan.
5) Menyentuh aspek jeda pula ,unsur prosodi ini dapat membantu
pelajar untuk membezakan maksud ayat melalui unsur-unsur jeda yang
digunakan.
Contoh:
[ # saya makan nasi emaɁ # ]
Bermaksud: Saya makan nasi kepunyaan emak.
Berbeza dengan ayat:
[ # saya makan nasi # emaɁ ]
Bermaksud: penulis menyatakan kepada emaknya bahawa beliau
makan nasi.
PENUTUP
Sebagai rumusannya, fonologi merupakan ilmu linguistik yang
mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik. Bunyi bahasa pula ialah
bunyi bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Bidang fonologi
diklasifikasikan kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Ilmu fonetik ialah
kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi bahasa
(akustik) , dan pendengaran (auditori). Fonemik pula ialah cara
membunyikannya . Kajian penghasilan bunyi melibatkan bunyi vokal dan
konsonan. Merangkumi juga bunyi diftong ( [ai] , [au] ,dan [oi] )dan
konsonan pinjaman ( [th] , [gh] , [dh] , [dz] , [f] dan [v] ).
Kedudukan bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga
iaitu vokal hadapan, tengah dan belakang. Vokal hadapan pula
dipecahkan kepada vokal hadapan sempit [ i ] , vokal hadapan separuh
sempit [ e ] , vokal hadapan separuh luas [ɛ ] dan vokal hadapan luas [a ].
Vokal tengah pula ialah [ə ]. Bagi vokal belakang pula dikategorikan
sebagi vokal belakang sempit [ u ] , vokal belakang separuh sempit [o ],
vokal belakang separuh luas [ɔ ] dan vokal belakang luas [ ɒ ].
Bagi konsonan pula terdapat lapan cara untuk membunyikannya
mengikut daerah-daerah yang tertentu (bibir, gigi, gusi, lelangit keras,
lelangit lembut, dan pita suara). Sebagai contoh letupan bibir tak bersuara
[ p ], letupan gusi tak bersuara [ t ], letupan lelangit keras tak bersuara [ c
], letupan lelangit lembut tak bersuara ] k ] dan hentian glotis [Ɂ ]
Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti .
Contohnya kata pagi dan bagi. Bunyinya hampir sama. Cuma fonem [ p ]
dan [ b ] sahaja yang membezakannya. Maka maknanya juga adalah
berbeza. Manakala alofon pula ialah variasi atau kelainan bunyi yang
bebas di antara dua fonem. Contohnya: / jawapan /:/jawaban/ yang
membawa makna yang sama.
Suprasegmental (unsur-unsur prosodi ) iaitu tekana , nada ,jeda,
mora, dan intonasi penting dalam pengajaran lisan. Antaranya dapat
meningkatkan pemahaman makna dan pengertian terhadap bahan-bahan
sastera. Seterusnya dapat menyampaikan pengajaran dan nilai-nilai murni
serta memberi pendidikan kepada masyarakat. Mesej yang disampaikan
menerusi bahan puisi mudah diterima oleh masyarakat. Dengan adanya
unsur-unsur prosodi dalam pengajaran lisan ,maka dapat memudahkan
pelajar untuk memahami jenis-jenis ayat seperti ayat penyata , ayat tanya
,dan ayat seru. Juga memudahkan pelajar membezakan maksud ayat
melalui unsur-unsur jeda yang digunakan.
Daripada perbincangan yang menyeluruh tentang kajian
penghasilan bunyi vokal dan konsonan, fonem dan alfon, ciri-ciri
suprasegmental dan kepentingannya dalam pengajaran lisan, semoga
bahan ini dapat diguna pakai untuk pelajar-pelajar sekolah,IPG, kolej-kolej
dan institusi-institusi lain yang berkaitan.
RUJUKAN
Abdullah Hassan (1982).Linguistik Am untuk Guru
Bahasa
Malaysia:Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti
sdn.bhd.
Ab.Rahman b.Ab Rashid,Yap Kim Fatt,(1997),Bahasa
Komunikasi
1:Selangor:Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Adrian Akmajian et.al (Penterjemah,Aishah
Mahdi,Azizah Husain)
(1997),Linguistik Pengantar Bahasa dan
Komunikasi : Kuala Lumpur :
DBP.
Dr.Ali Mahmood,Mashudi Bahari,Lokman Abdul Wahid
(2012),Fonetik
Dan Fonologi Bahasa Melayu : Open Universiti
Malaysia.
Sanford A Shane (Penterjemah,Zaharani
Ahmad,Norhashimah
Jalaludin)(1992),Fonologi Generatif :Kuala
Lumpur :DBP,KPM.