20

Click here to load reader

Assgnmnt Edu Utk Dihantar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu 3093

Citation preview

Page 1: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

1

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi

budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian

teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam

teknik pedagogi guru. Penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik

pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan

dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan

teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Definisi teknologi maklumat boleh

diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan

penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui

umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan

pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. izinkan sy menerangkan definisi internet. Menurut

kamus dewan, internet bermaksud rangkaian maklumat antarabngsa yg menghubungkan computer

Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan

pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan.• Contohnya bagi ketenteraan,

perbankan, pengiklanan, pemberitahuan, telekom unikasi dan sebagainya. Namun lama

kelamaan aplikasinya telah berkembang ke hampir semua sektor urusan harian kita,

termasuklah bidang pendidikan.

APLIKASI ICT DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

1. (Kementerian Pelajaran Malaysia,2003) menggariskan 3 dasar utama ICT dalam

pendidikan.• Pertama - literasi ICT untuk semua pelajar• Kedua - mengutamakan

Page 2: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

2

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat p&p.• Ketiga - penggunaan

ict untuk meningkatkn produktiviti• Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud

menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian, dan berfikrah bagi suatu

proses peningkatan kecekapan serta keberkesanan P&P.

1. Komunikasi•

Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan

dengan meluas.• Melalui penggunaan e-mel juga, guru dengan pelajar -

kumpulan perbincangan untuk bersoaljawab, bincang soalan dan berkongsi

pengalaman serta pengetahuan

2. Perolehan Maklumat

Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru dan pelajar

dalam internet.• Maklumat-maklumat ini sentiasa dikemaskini -maklumat yang

dipaparkan sentiasa terkini dan tepat• Maklumat-maklumat yang boleh diakses -

memudahkan guru dan pelajar mencari maklumat.

3. Penyiaran Maklumat

Guru dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet.• Proses

penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan murah berbanding dengan

saluran tradisional.• Hasil kerja pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet•

Dapat membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang dibangunkan.

4. Pembelajaran interaktif dalam talian E- Learning•

Satu teknologi yang digunakan secara meluas dalam pendidikan• Adalah

pembelajaran jarak jarak jauh (distance learning) yang memanfaatkan teknologi

komputer• E-learning membolehkan pelajar untuk belajar melalui komputer dan

juga sebagai suatu bentuk pembelajaran berasaskan web

5. UPSI

Page 3: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

3

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

laman portal myupsi.upsi.edu.my -(melancarkan urusan pembelajaran) E-

Learning Computer Web BasedBased Training- Training-WBT CBT E-learning

secara nyata atau bukan nyata.

6. APLIKASI ICT DALAM PENDIDIKANE-learning berasaskan kepada :1) CBT-

Computer Based Training

merupakan pengaplikasian komponen multimedia dalam komputer• Kelebihan

CBT adalah ianya boleh digunakan tanpa perlu mengakses internet.• material

yang disediakan dalam CBT adalah lebih berkualiti tinggi• Melalui CBT juga tiada

interaksi lansung antara pengajar dan pelajar

7. APLIKASI ICT DALAM PENDIDIKAN2) WBT- Web Based Training

E-pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi web dan Internet (atas

talian)• e-pembelajaran yang diaplikasikan oleh UPSI bagi memudahkan

kelancaran proses pembelajaran dan interaksi antara pihak pentadbir, pensyarah

dan juga pelajar iaitu portal pendidikan dan beberapa rangkaian daripada

myupsi.upsi.edu.my untuk ke myguru• contoh WBT e-learning - laman

sesawanghttp://ccel.upsi.edu.my

8. APLIKASI ICT DALAM PENDIDIKAN3) E-Learning

secara masa nyata atau bukan masa nyata.• proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku secara serentak kedudukan fizikal pengajar dan pelajar

adalah sangat jauh dari segi jaraknya• Pembelajaran secara tidak nyata pula

adalah seperti penggunaan CD- ROM seperti yang diterangkan dalam jenis CBT

KESAN POSITIF BIDANG PENDIDIKAN

1. Memudahkan perhubungan•

Rakyat Malaysia yang berada di dalam atau di luar negara atas urusan pelajaran

atau perniagaan dapat berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai

pada bila-bila masa (24/7).• Mereka boleh berhubung menggunakan e-mail,

chatting ataupun yang video kamera (web cam) dengan kos yang lebih rendah

berbanding dengan menggunakan telefon.•

Page 4: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

4

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

2.Komunikasi yang lebih efektif•

Penggunaan blog, media sosial (facebook, twitter dan myspace) dan forum

menjadi medium yang popular untuk menyampaikan maklumat.• Golongan muda

zaman kini menjadikan laman sosial untuk menyebarkan maklumat terkini

terutamanya kepada rakan- rakan mereka.• Dengan cara ini maklumat dan info

terkini lebih mudah untuk disampaikan dan lebih menyeluruh.

3. Berkongsi pendapat dan info terkini

Blog dan forum adalah medium yang terbaik untuk bertukar pendapat dan

mendapatkan info terkini.• Remaja masa kini lebih berminat menggunakan forum

untuk mencari maklumat terkini dan saling berkongsi pendapat mereka dengan

rakan yang hanya dikenali di alam maya.

Teknologi komunikasi yang terkini ini menghubungkan masyarakat di seluruh

dunia. Penyebaran maklumat dan komunikasi berlaku dengan lebih pantas dan

dalam waktu yang serentak.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat :•

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran• tidak akan

mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran• P & P lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan• mempertingkatkan kualiti pengajaran• mendapatkan maklumat

dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat

Page 5: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

5

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

Nampaknya internet memberi impak yg besar dlm kehidupan seharian kita. Selain itu, penggunaan

internet yg meluas pada masa kini bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan mahupun mencari

pekerjaan. Selain itu aplikasi internet sprt Facebook atau email ini dapat mendekatkan hubungan kita

dengan keluarga atau sahabat yang dekat mahupun jauh di perantauan.

Pada pndpt saudari, sbg mahasiswa @ plajar apakah manfaat penggunaan intrnt itu sndiri? Contohnya dlm khidupan Cik sbgai seorng plajar?Izinkan sy utk menerangkan satu persatu. Sprt yg kita semua ketahui, msyrakat skrg trutamnay remaja, ramai yg menggunakan perhububgan atas talian sprt laman web social utk berhubung antara satu sma lain. Sy sendiri sbgai pelajar byk mgunakan aplikasi intrnt sprt portal university bg mengetahui aktiviti2 dan informasi terkini tntang perkmbgn university. Selain itu jg, sy mggunakan email utk mnghtr tugasan2 yg dberikan oleh pensyrah, dan bertukar2 soalan dgn para pelajr yg lain.mendptkan nota dr lmn web MyGuru iaitu lmn sesawang yg disediakn khas oleh pihak university utk kemudahan pljr.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah dan boleh dipelbagaikan kegunaannya seperti kata cik Nurul sbntar td. Di mana intrnt byk membantu memudahkan perjalanan pembelajaran

CABARAN PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT.

Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi telah membawa

perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia.

Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang bertentangan

dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah kini

menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan

bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan

amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok

sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian

dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk

meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan

program-program pendidikan nilai di sekolah.

Page 6: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

6

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

Isu–isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang

menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa

kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk

pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi

ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia

tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun

begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati – hati dalam memilih segala

maklumat yang diperolehi.

Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat

terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan

rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga

menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi

memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah

mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat.

Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang

sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar.

Di samping itu, internet juga boleh mendatangkan pelbagai keburukan kepada

pengguna. Hal ini terjadi apabila masyarakat kurang didedahkan dengan etika

penggunaan internet yang betul. Pelbagai maklumat palsu dan khabar angin yang tidak

benar boleh disebarkan dengan mudah melalui internet. Pengguna internet juga kadang

kala tidak dapat membezakan rencana tentang pendapat dan rencana yang

membincangkan fakta. Hal ini sudah semestinya akan menjejaskan ketenteraman dan

keharmonian sesebuah negara sekali gus meruntuhkan institusi masyarakat.

Akhir sekali, terdapat pelbagai laman sesawang yang memuat naik perkara-

perkara yang porno dan lucah. Hal ini termasuklah bahan bacaan dan juga gambar.

Penyebaran bahan-bahan ini dalam kalangan pengguna mampu merosakkan akhlak

pengguna tersebut.

Page 7: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

7

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

KESAN NEGATIF BIDANG PENDIDIKAN

1. Kepakaran guru yang terhad• Kekurangan khidmat sokongan• Masalah isi

kandungan dalam internet• Masalah maklumat yang tidak tepat• Masalah

mencari maklumat• Masalah hakcipta• Masalah menghasilkan pembelajaran

secara talian• Kekurangan peralatan• Pelajar menjadi pasif dan kurang

berkomunikasi

2. Membuang masa

Remaja pada masa kini banyak menghabiskan masa mereka di laman sosial

sehingga lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan tanggungjawab

sebagai seorang muslim.• Pelajar-pelajar menghabiskan masa yang lama di

hadapan komputer dan tidak bergaul dengan masyarakat sekeliling.

3. Penyebaran Maklumat Yang Kurang Tepat

Laman sosial dan forum dijadikan medan untuk menyebarkan fitnah dan berita

yang kurang tepat• Berita atau maklumat yang palsu juga dikirimkan melalui e-

mail dan tersebar secara meluas dan tujuan untuk mengaibkan individu tertentu.•

Kadangkala blog juga dijadikan medium untuk menaburkan fitnah dan memecah-

belahkan masyarakat di Malaysia.• Ancaman dan ugutan juga disebarkan melalui

medium komunikasi yang boleh menjejaskan keamanan negara.

apakah antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet?Penggunaan internet secara meluas pada masa kini sememangnya mempunyai sudut negatifnya.

Namun, ianya tidak harus dijadikan alasan pengguna untuk tidak menggunakannya.

. Umumnya aplikasi internet digunakan scra meluas untuk mencari bhn2 rujukan namun ada segelintir pelajar yg menyalahgunakan internet utk menonton filem2 pornografi atau lucah.dmna pljr dgn sngnya dapat mengetahui dan mgakses internet y mnyediakan laman web tersebut..seterusnya membuatkan pljr teruja utk mngetahui isi kndgnnya. Selain itu jga para pljr jga gemar mnonton filem2 atau drama bsiri y mmkn masa yg lama utk dihabiskan seperti drama korea.Hal ini sedikit sbyk menjejaskan keputusan peperiksaan dan nama baik pelajar. Ini adalah salah satu sebab mengapa intrnt dinyatakan mbawa keburukan di klgn peljar. Maka secara tidak lngsg hal ini

Page 8: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

8

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

menyebabkan internet menjadi slh satu sumber yg tidak boleh dipercayai lagi.

Hadirin sekalian pastinya pernah mendengar masalah ketagihan internet yg melanda golongan dws dan sekrg menular ke perngkt knk2. Kebykan mrk menghabiskn ms di pusat2 siber dan kdg2 menggangu ms tidur. Selain itu jg masalah obesiti yg berlaku di klgan msykt skrg kbyankannya berpunca dr kurangnya aktiviti riadah d luar. Ia merupakan penyumbng utma masalah kesihatan kita. Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya, benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan diri kita.

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka

sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara

ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.

Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam

pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan

konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. 

Profesor Emeritus Tan  Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak

transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih

dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan

warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan

Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini

adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi

seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang

pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program

pendidikan secara terancang dan sistematik.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan

berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan

dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan

maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah

rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah.

Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu

mengajar berbentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru

menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti

pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa

kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan

Page 9: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

9

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh

digunakan dalam bilik darjah.

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan

potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara

seimbang.

Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar

akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang

untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari.

Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah

(PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); perlaksanaan penanda aras

(bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (online) akan menjadi

perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly,

technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment’.

Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat

dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat daripada kesediaan guru yang

meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap.

Kemahiran Teknologi Maklumat Guru

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti,

guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi

maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada

aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel

dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru

khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk

memikul cabaran ini.

Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru

Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan

penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer,

tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi

Page 10: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

10

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu,

guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan

sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.

Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada

kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi,

konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa

wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat

dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997;

Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah

berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya

lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.

Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat

Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang

dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain.

Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya

menguasai kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan

perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik,

perisian berkaitan statistik, grafik, menggunakan teknologi Internet, laman web serta

pengetahuan bagaimana komputer berfungsi. Tetapi sejauh manakah guru-guru dapat

menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut?

Mendidik Pelajar Menggunakan Internet Secara Berkesan

Selain cabaran dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap guru, guru juga

menghadapi cabaran bagaimana hendak mendidik generasi muda menggunakan

Page 11: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

11

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

internet secara berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan

kanak-kanak tidak terdedah kepada pengaruh negatif internet.

Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan

internet dalam kalangan murid dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ini.

Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskan

komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad.

Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui

penggunaan sumber daripada internet oleh murid. Namun demikian perkara ini tidak

akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad

terhadap penggunaan internet. Maklumat yang banyak di internet

yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada

murid, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Kajian yang

telah dijalankan oleh School Board Foundation dalam Thomas (2000) mendapati ibu

bapa bimbang terhadap laman web lucah, 27% bimbang tentang keganasan dan 20%

bimbang tentang kandungan kebencian. Penghasilan bahan pengajaran secara talian

dalam kalangan guru masih lagi di tahap yang rendah. Hal ini disebabkan kebanyakan

para guru tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Hal ini diakui

melalui kajian Foong (1999) menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor

mempunyai pengalaman dan pengetahuan mereka bentuk laman web. Kekurangan

kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara

talian. Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah

utama penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses

internet supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian

juga menunjukkan guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas.

Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan untuk

kegunaan di dalam bilik darjah.

Page 12: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

12

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

Namun demikian, kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah

hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua komputer yang terletak di

perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penggunaan internet walaupun ada

kebaikan tetapi terdapat kekurangan di mana murid yang selalu mengakses internet

lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial

sama ada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan menyebabkan murid

menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai,

sedangkan untuk menjadi seorang murid yang berdaya saing, mereka berkeupayaan

untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan

pembangunan kerjaya mereka kelak.

Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

4.0     PELAJAR

Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan

belajar. Kadangkala istilah ini diertikan dalam maksud berbeza dalam sesetengah negara

atau kes-kes tertentu. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan

budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial

yang negatif di kalangan remaja sekolah.  Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta

gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat

dan negara.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan

kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang

disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti

digunakan secara meluas.

Page 13: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

13

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan

dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera

padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh

semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu

sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan

teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan

pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru

memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya

secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih

lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai

pembekal maklumat.

TINDAKAN YANG PERLU DIMABIL OLEH GURU DAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih sosial berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin

tahu lebih menguasai diri mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang menyediakan unsur-

unsur sedemikian. Bagi mereka yg sudah dewasa, hal ini agak susah dikawal namun di kalangan kanak2,

ibubapa blh lebih tegas dalam mendidik anak-anak. Mengenai penggunaan intrnt. Contohnya

menghadkan penggunaan internet atau meletakkan computer di ruangan terbuka seperti ruang tamu

rumah. Sy sendiri turut menggunakan aplikasi penghalang utk sesetengah laman web yg kurang sesuai

utk mengelakkan anak2 sy memasuki laman web yg tidak bermanfaat.

Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan

sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju

menunjukkan lima keperluan perlu ada jika Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan

pendedahan dan penerimaan

guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:

sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah. 

prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi.

tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi

maklumat mestilah mahir.

Page 14: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

14

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan

TMK. 

hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, manusia masih perlu menjalankan aktiviti tertentu yang tidak

mungkin dapat digantikan oleh teknologi maklumat misalnya makan, rehat,

berekreasi, bersukan dan sebagainya. Perubahannya cumalah dari segi cara

aktiviti tersebut dijalankan dan apakah batasan serta halangan yang wujud akibat

gelombang maklumat yang mempengaruhinya.

Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia

untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu,

perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada

minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-

anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di

institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran

mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran

kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik,

ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia

tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan

cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan

masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan

mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan

kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

Kesimpulannya penggunaan internet bukan sahaja di sediakan untuk kebaikan , malah turut terselit

sedikit keburukan dlm penggunaan internet. Bak kata pepatah ”pengayuh sudah ditangan , perahu

sudah di air ” fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera

tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet merupakan pemangkin negara!

Pergi ke Renget membawa ketupat,Membawa bersama keropok belinja,Penggunaan internet byk manfaat,

Page 15: Assgnmnt Edu Utk Dihantar

15

GURU DAN CABARAN SEMAS EDU 3093

Jika disalah guna buruk padahnya.

BIBILIOGRAFI

http://mypdd12.blogspot.com/