30
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Pengenalan 2 Soalan Tugasan 3 1.0 Soalan Tugasan 1 (Linguistik) 4 1.1 Definisi Linguistik 4 1.2 Kepentingan Ilmu Linguistik Dalam Kehidupan Masyarakat 4 1.2.1 Ilmu Linguistik Sebagai Wacana Perpaduan 4 1.2.2 Memartabatkan Bahasa Malaysia 5 1.2.3 Mengelakkan Pencemaran Bahasa 5 1.2.4 Mengelak Kelunturan Bahasa 6 1.2.5 Ilmu Linguistik Di Dalam Kajian Sastera 7 2.0 Soalan Tugasan 2 (Sosiolinguistik) 8 2.1 Definisi Sosiolinguistik 8 2.2 Kajian Ilmiah Tentang Keprihatinan Rakyat Malaysia Terhadap Penggunaan Bahasa Malaysia 9 2.2.1 Pengenalan 9 2.2.2 Latar Belakang Kajian 9 1

Assignment Bahasa Melayu

  • Upload
    acwie73

  • View
    2.145

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assignment Bahasa Melayu

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 2

Soalan Tugasan 3

1.0 Soalan Tugasan 1 (Linguistik) 4 1.1 Definisi Linguistik 4 1.2 Kepentingan Ilmu Linguistik Dalam Kehidupan Masyarakat 4 1.2.1 Ilmu Linguistik Sebagai Wacana Perpaduan 4 1.2.2 Memartabatkan Bahasa Malaysia 5 1.2.3 Mengelakkan Pencemaran Bahasa 5 1.2.4 Mengelak Kelunturan Bahasa 6 1.2.5 Ilmu Linguistik Di Dalam Kajian Sastera 7

2.0 Soalan Tugasan 2 (Sosiolinguistik) 82.1 Definisi Sosiolinguistik 82.2 Kajian Ilmiah Tentang Keprihatinan Rakyat Malaysia Terhadap Penggunaan Bahasa Malaysia 9 2.2.1 Pengenalan 9 2.2.2 Latar Belakang Kajian 9 2.2.3 Objektif Kajian 10 2.2.4 Sampel / Reponden Kajian 11 2.2.5 Hasil / Dapatan Kajian 12 2.2.6 Rumusan 13 2.2.7 Cadangan 14

Bibliografi 15

Lampiran

1

Page 2: Assignment Bahasa Melayu

PENGENALAN

Bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia

seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain. Bahasa

berperanan sebagai penghubung di antara satu individu dengan individu lain serta

digunakan untuk menyatakan perasaan dan buah fikiran.

Bahasa memiliki pelbagai fungsi. Menurut Munif (2008) menyatakan bahawa

Finocchiaro (1974) telah membahagikan fungsi bahasa kepada 5, iaitu:

1. Fungsi personal, iaitu bahasa digunakan untuk mengekspresikan emosi,

keperluan, idea, sikap seseorang dan sebagainya.

2. Fungsi interpersonal, iaitu bahasa digunakan dalam memelihara hubungan sosial.

Contohnya sapaan, ucapan selamat , dan sebagainya.

3. Fungsi direktif, iaitu bahasa digunakan untuk mengawal perilaku orang lain dalam

bentuk nasihat, perintah, ajakan, diskusi, dll.

4. Fungsi referensial, iaitu bahasa digunakan untuk membicarakan objek atau

kejadian dalam lingkungan atau budaya tertentu tertentu,

5. Fungsi imaginatif, iaitu bahasa digunakan untuk melahirkan karya sastera yang

berdasarkan pada kekuatan imaginasi. Contoh novel, puisi, cerpen, dll.

Menurut Halliday pula, fungsi bahasa dibahagikan kepada 9 (sembilan), iaitu

1. fungsi instrumental, “I want function”, bahasa digunakan untuk memanipulasi

dan mengontrol lingkungan,

2. Fungsi regulatori: “Do as I tell you function”; bahasa digunakan untuk

memberikan instruksi dan aturan,

3. Fungsi interaksional; “Me and you function”; bahasa digunakan untuk

menentukan dan mengkonsolidasi kelompok,

4. Fungsi personal,

5. Fungsi heuristic, “Tell me why function”; bahasa sebagai alat untuk mempelajari

sesuatu,

6. Fungsi imaginatif,

7. Fungsi informatif; bahasa digunakan untuk menjelaskan dunia nyata, (

8. Fungsi permainan, dan

9. Fungsi ritual.

2

Page 3: Assignment Bahasa Melayu

SOALAN TUGASAN

Soalan 1: (Linguistik)

…tanggapan umum mengatakan bahasa ilmu

linguistik hanya perlu bagi mereka yang terlibat

dalam bidang bahasa sahaja. Dalam konteks

kehidupan umum, manusia menggunakan bahasa

untuk tujuan tertentu. Hal ini bermakna keperluan

bahasa dalam kehidupan manusia sangat besar

(Arbak Othman: 2009).

Berdasarkan kenyataan tersebut, hasilkan kertas kerja ilmiah berdasarkan tajuk

“Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat”.

(15 markah)

Soalan 2: (Sosiolinguistik)

… Hubungan bahasa dan masyarakat sangat erat.

Bahasa adalah cerminan budaya dan akal budi

manusia dan penuturnya. Bahasa bukan sekadar

media komunikatif semata-mata tetapi bahasa

adalah lambang jati diri bangsa (Arba’ie

Sujud :2009).

Berasaskan pernyataan tersebut, hasilkan satu kajian ilmiah berhubung tentang

keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penggunaan bahasa Malaysia. Laporan kajian

perlu mengambil kira beberapa perkara antaranya:

(i) Pengenalan dan latar belakang kajian

(ii) Objektif Kajian

(iii) Sampel/ responden kajian

(iv) Hasil/ dapatan kajian

(v) Cadangan dan rumusan

(15 markah)

[Jumlah: 30 Markah]

3

Page 4: Assignment Bahasa Melayu

1. Soalan Tugasan 1 (Linguistik)

1.1 Definisi Linguistik

Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ‘ilmu bahasa’ atau

‘kajian ilmiah mengenai bahasa’ (Matthews 1997). Dalam The New Oxford

Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:

“The scientific study of language and its structure, including the study of grammar,

syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics,

dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistics, and

structural linguistics.”

Secara jelasnya, seperti yang dikatakan oleh Bolinger (1968), linguistik ialah satu sains

yang mengkaji bahasa. Ini bermakna bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji secara

saintifik.

1.2 Kepentingan Ilmu Linguistik Dalam Kehidupan Masyarakat

Sebagai pengguna bahasa, setiap anggota masyarakat perlu memiliki ilmu

linguistik. Masyarakat, khususnya individu sebagai pengguna bahasa harus memiliki

pengetahuan terhadap konteks penggunaan bahasa yang betul. Jika pengetahuan tentang

kaedah-kaedah bahasa dapat difahami mengikut konteksnya, bahasa dapat digunakan

dengan berkesan oleh pengguna bahasa. Masyarakat ini sangat berpotensi di dalam

melakukan perubahan makna atau mencipta makna baru. Di antara kepentingan ilmu

linguistik kepada masyarakat ialah:

1.2.1 Ilmu Linguistik Sebagai Wacana Perpaduan.

Garvin & Mathiot (1968) berpendapat bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard

ialah fungsi penyatuannya. Bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara

merupakan satu alat yang dapat menghubung dan menyatupadukan rakyat yang terdiri

daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat pelbagai etnik yang

mempunyai bahasa ibunda masing-masing akan menggunakan bahasa Malaysia standard

sebagai bahasa pertuturan apabila berkomunikasi dengan etnik-etnik lain. Masyarakat

yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu linguistik akan dapat menggunakan bahasa

dengan berkesan di dalam komunikasi.

4

Page 5: Assignment Bahasa Melayu

Pengetahuan ilmu linguistik akan dapat mengelak kekeliruan dan salah faham di

dalam komunikasi seharian, terutama sekali di antara dua penutur yang mempunyai

bahasa ibunda masing-masing. Sebagai kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa

kaum yang berbeza di Malaysia namun bahasa Malaysia berjaya menjadi alat atau

wacana penyatuan setiap kaum kerana masyarakat berkomunikasi dan bertutur

menggunakan bahasa yang sama.

1.2.2 Memartabatkan Bahasa Malaysia

Sekiranya setiap anggota masyarakat memiliki ilmu linguistik, maka secara tidak

langsung bahasa Malaysia akan dimartabatkan dan akan mengulangi kegemilangan

silamnya.

Sejak lebih daripada satu alaf, Bahasa Melayu telah memiliki martabat sebagai

bahasa penting dan utama. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa

kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau

Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya.

Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa

Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan

menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan

falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.

1.2.3 Mengelakkan Pencemaran Bahasa

Ilmu linguistik boleh dijadikan sebagai alat untuk mengelakkan pencemaran bahasa.

Menurut Dr. Nik Sapiah Karim (1986), pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa

yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang dipersetujui. Salah satu daripada

pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa slanga.

Pengunaan bahasa slanga yang meluas dalam kalangan remaja menyebabkan

berlakunya pencemaran bahasa. Bahasa slanga bukan sahaja digunakan dalam

percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan

dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti komik telah dipengaruhi

oleh bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam penulisan sesebuah buku atau

karya dan diterbitkan boleh menjejaskan kedaulatan bahasa. Penggunaan bahasa slanga

5

Page 6: Assignment Bahasa Melayu

dalam sesebuah buku juga menyebabkan ramai remaja dan kanak-kanak akan

terpengaruh dan menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian.

Sekiranya kita menerima pengunaan bahasa slanga di dalam kehidupan seharian

kita, maka akan lenyaplah bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Penggunaan bahasa

slanga yang berleluasa pada masa kini akan menyebabkan bahasa Melayu yang asal akan

terhakis sedikit demi sedikit. Hal ini juga akan menyebabkan bahasa asal sesuatu bahasa

juga akan hilang serinya. Penggunaan bahasa slanga tidak akan terhenti setakat semasa

remaja sahaja, akan tetapi penggunaannya akan tetap digunakan oleh seseorang selepas

melangkah ke alam pekerjaan. Matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan

terhalang akibat terlalu banyak elemen yang merosakkan bahasa diperkenalkan oleh

pengguna bahasa slanga.

Bahasa melambangkan bangsa, jika bahasa slanga terus merebak generasi akan

datang akan lupa akan bahasa mereka sendiri. Usaha untuk mengembangkan bahasa

Melayu di peringkat antarabangsa misalnya tidak akan dicapai sekiranya pengguna

bahasa itu sendiri tidak mengunakan bahasa mereka dengan betul.

1.2.4 Mengelak Kelunturan Bahasa Melayu

Salah satu sebab bahasa Melayu menjadi ‘luntur’ ialah disebabkan oleh peranan penjajah-

penjajah yang telah menjajah tanah air kita. ‘Seri’ Bahasa Melayu hanya boleh

dikembalikan dengan ilmu. Ilmu yang boleh mengangkat darjat bahasa Melayu ke

tempat asalnya ialah ilmu linguistik.

Kecemerlangan bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah (Belanda di Indonesia

dan Inggeris di Malaysia) dengan menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar

dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang

disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk

lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu

disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan

ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya bahasa pengantar di

sekolah vernakular Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina

dan bahasa Tamil di sekolah vernakular India.

6

Page 7: Assignment Bahasa Melayu

Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya

menjadi bahasa pengantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan

kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-

mata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa

dan dengan demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan.

Namun, apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain

sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang

pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan

peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh

Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan

Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai

salah satu tonggak pembinaan negara.

1.2.5 Ilmu Linguistik Di Dalam Kajian Sastera

Ilmu linguistik amat penting di dalam mengkaji bahan-bahan yang mempunyai unsur

sastera. Keindahan bahasa yang terkandung di dalam bahan-bahan sastera boleh

difahami dan dihayati sekiranya ilmu linguistik dikuasai. Di dalam disiplin linguistik,

terdapat satu cabang ilmu yang dikenali sebagai stilistik. Stilistik merujuk kepada

penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik berasal daripada Bahasa

Inggeris, iaitu ‘style’ yang bererti gaya.

Salah satu kepentingan ilmu stilistik di dalam bahasa ialah pendedahan kepada

kepelbagaian gaya bahasa. Gaya bahasa ialah ragam bahasa yang digunakan di dalam

penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sesebuah karya atau

susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan

tema dan persoalan dan sebagainya di dalam karya yang dihasilkan.

Stilistik dianggap sebagai cara mengetengahkan unsur keindahan. Menerusi

stilistik, kita dapat menilai keindahan di dalam sastera. Aminuddin mengatakan bahawa

stilistik merupakan gaya yang dapt menampilkan nilai keindahan melalui cara menyusun

dan menggambarkan sesuatu secara tepat dan mendalam (1995: 31).

Selain itu, melalui stilistik kita dapat membezakan penggunaan ayat antara

penggunaan tatabahasa dengan betul dengan penggunaan gaya bahasa. Tatabahasa atau

7

Page 8: Assignment Bahasa Melayu

nahu, merupakan peraturan bagi menggunakan golongan atau komponen kata bahasa

Melayu dengan betul, yang meliputi kata nama, kata kerja, kata sifat, adverba (kata

keterangan), kata ganti nama, kata hadapan, kata hubung, kata seru, kata bantu, kata nafi,

kata darjat (perbandingan) dan praktikel (Sulaiman Masri, et al, 2007: 19).

Stilistik juga membantu kita menggunakan gaya bahasa atau ayat dengan baik

serta dapat menguasainya. Melalui cara ini, sesuatu karya akan lebih indah dan kreatif.

Menurut Umar Junus (1986: 129), unsur gaya merupakan unsur yang mempunyai

hubungan erat dengan kekreatifan, cara pengucapan dan ideologi. Ketiga-tiga perkara

tersebut dapat disalurkan melaui gaya dan gaya dipelajari melalui bidang stilistik.

2. Soalan Tugasan 2 (Sosiolinguistik)

2.1 Definisi Sosiolinguistik

Sosio dan linguistik merupakan dua istilah yang membentuk sosiolinguistik. Sosio

berasal daripada perkataan sosiologi yang bermakna bidang yang mengkaji perihal

masyarakat dan linguistik pula merupakan bidang yang mengkaji sesuatu bahasa. Bidang

sosiolinguistik memberi tumpuan dan mengkaji perhubungan di antara sistem bahasa

dengan struktur masyarakat. Bidang ilmu ini menganggap bahawa bahasa dan

masyarakat salingberkait rapat.

Menurut Kridalaksana (1978:94), sosiolinguistik ialah ilmu yang mempelajari ciri

dan variasi bahasa serta hubungan antara bahasawan dengan ciri fungsi variasi bahasa itu

dalam suatu masyarakat bahasa.

Arbak Othman (1983: 156) mendefinisikan sisiolinguistik bukan sekadar

menguasai disiplin yang terkandung di dalamnya sahaja .Kajian mengenainya juga

melangkaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza oleh perbezaan status

individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa. Dengan demikian,

fakta penting dalam sosiolinguistik ialah bentuk-bentuk kelakuan sosial

masyarakat pengguna bahasa itu.

Nik Safiah Karim (1988:4) berpendapat bidang sosiolinguistik ialah bidang yang

menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan .Bahasa

adalah kepunyaan manusia. Melaluinya manusia berhubung, menyampaikan buah fikiran

dan perasaan .Dengan bahasa mereka mengeratkan hubungan antara satu sama lain

8

Page 9: Assignment Bahasa Melayu

sebagai anggota satu masyarakat.

Sebagai kesimpulannya, bidang sosiolinguistik merupakan satu bidang yang

melibatkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Sosiolinguistik

mempelajari dan membahaskan aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya

perbezaan-perbezaan variasi yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan fakta-

fakta kemasyarakatan.

2.2 Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian Kes Di

Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Kajian ini telah

dijalankan oleh Seman Salleh (Jabatan Pengajian Melayu).

2.2.1 Pengenalan

Kajian ini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Data kajian ini diperolehi

secara kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik dan juga secara kualitatif iaitu

menggunakan teknik pemerhatian tanpa turut serta dan temu bual. Data-data kualitatif

digunakan sebagai data sokongan dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk melihat

tiga perkara utama iaitu kesediaan guru bahasa Malaysia, kesediaan murid dan

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di SK Cenderawasih.

Data kajian kuantitatif diproses secara manual bagi mendapatkan frekuensi,

sementara data kualitatif diproses mengikut tema-tema tertentu. Dapatan kajian

menunjukkan menunjukkan majoriti guru berminat dan bersedia untuk mengajar bahasa

Melayu. Mengikut persepsi guru, murid-murid juga bersedia untuk belajar dan guru-guru

tidak menghadapi masalah dalam pengajaran bahasa Malaysia. Kajian juga menunjukkan

majoriti guru yang mengajar bahasa Malaysia adalah berkelayakan dan berpengalaman.

2.2.2 Latar Belakang Kajian

Banyak guru yang menganggap mengajar bahasa Malaysia merupakan suatu tugas yang

mudah. Kajian Seman Salleh (2005) menunjukkan semua guru yang menjadi responden

dalam kajiannya berminat dan seronok mengajar bahasa Malaysia kerana mereka

menganggap bahasa Malaysia sebagai mata pelajaran yang mudah untuk diajar.

Tanggapan ini diterima oleh pentadbir sekolah dan tindakannya ialah menentukan guru

9

Page 10: Assignment Bahasa Melayu

bahasa Malaysia dalam kalangan guru yang bukan opsyen bahasa Malaysia. Amalan ini

berlaku disebabkan guru besar menganggap mata pelajaran bahasa Malaysia boleh diajar

oleh guru-guru lain selain guru yang beropsyen bahasa Malaysia.

Kajian-kajian terdahulu juga menunjukkan kebanyakan sekolah khususnya

sekolah-sekolah di pedalaman menghadapi masalah kekurangan guru. Kekangan ini

mungkin menyebabkan guru-guru yang mempunyai opsyen tertentu tidak ditempatkan di

sekolah-sekolah berkenaan. Hal ini menyebabkan sekolah menghadapi masalah untuk

menentukan guru mata pelajaran yang sesuai. Kekurangan guru yang berkelayakan untuk

mengajar bahasa Malaysia menyebabkan pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan

dengan menempatkan guru-guru yang memiliki opsyen lain untuk mengajar bahasa

Malaysia. Kajian-kajian terdahulu juga mendapati adanya guru-guru agama, Sains,

Matematik dan sebagainya yang mengajar bahasa Malaysia di sekolah. Perkara ini

mungkin dapat membantu meningkatkan penguasaan berbahasa dalam kalangan murid.

Guru-guru ini kebanyakannya kurang menguasai aspek-aspek bahasa dan ini

menimbulkan masalah apabila mereka menyampaikan pengajaran.

2.2.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah SK Cenderawasih.

Kajian ini diharap dapat member manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang terlibat

secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa Malaysia di

sekolah rendah. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh jabatan pelajaran dalam merancang

dan menyusun penempatan guru-guru di sekolah. Jabatan pelajaran perlu mengambil kira

pengkhususan dan kekosongan di sekolah supaya guru-guru yang ditugaskan untuk

mengajar mata pelajaran bahasa Malaysia merupakan guru-guru yang berkelayakan dan

mempunyai pengetahuan yang luas dalam mata pelajaran tersebut.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat member manfaat kepada pihak

pentadbir sekolah terutamanya dalam menempatkan guru-guru di sekolah. Seterusnya,

berdasarkan kajian ini, pihak pentadbir sekolah mungkin boleh menggariskan kriteria

tertentu sebelum menyusun dan menentukan guru-guru mata pelajaran khususnya mata

pelajaran bahasa Malaysia.

10

Page 11: Assignment Bahasa Melayu

Kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru untuk menilai kesediaan

diri mereka sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Selain itu, guru-guru juga diharap

dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-murid mereka. Aspek-

aspek kekuatan dan kelemahan ini diharap dapat membantu guru merancang dan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Guru-guru diharap dapat

menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, objektif dan isi pelajaran yang

sesuai dengan tahap penguasaan bahasa murid-murid.

2.2.4 Sampel / Reponden Kajian

Kajian ini melibatkan empat orang guru bahasa Malaysia yang terdiri daripada tiga orang

guru lelaki dan seorang guru perempuan. Seorang daripada responden-responden

tersebut berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiga orang responden lagi

berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Dari segi pengalaman mengajar,

dua orang responden mempunyai pengalaman mengajar bahasa Malaysia selama 11

hingga 15 tahun dan seorang responden mempunyai pengalaman selama 6 hingga 10

tahun. Seorang daripada responden-responden tersebut tidak mempunyai pengalaman

mengajar bahasa Malaysia.

Tiga orang responden mempunyai pengkhususan dalam pengajian Melayu dan

seorang responden mempunyai pengkhususan dalam pengajian agama. Dua orang

daripada responden-responden yang mengajar bahasa Malaysia didapati tidak pernah

menghadiri sebarang kursus yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa

Malaysia. Seorang responden pernah menghadiri kursus tetapi kurang daripada tiga kali,

sementara seorang responden pernah menghadiri lebih daripada 20 kali. Bagi bilangan

kelas yang diajar, didapati tiga orang responden mengajar sebanyak 2 kelas dan hanya

seorang sahaja responden yang mengajar satu kelas. Selain daripada mengajar bahasa

Malaysia, kajian juga mendapati bahawa responden-responden ini juga mengajar mata

pelajaran-mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Matematik,

Pendidikan Seni dan Muzik.

11

Page 12: Assignment Bahasa Melayu

2.2.5 Hasil / Dapatan Kajian

Tiga dapatan diperolehi melalui kajian ini iaitu kesediaan guru bahasa Malaysia,

kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di SK

Cenderawasih.

i. Kesediaan Guru

Kajian ini mendapati bahawa semua responden berminat mengajar bahasa Malaysia.

Tiga orang responden (75%) sangat bersetuju dan seorang responden (25%)

bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka berminat untuk mengajar bahasa

Malaysia.

Kajian juga menjelaskan bahawa tiga orang responden sangat bersetuju dan

seorang responden bersetuju dengan kenyataan bahawa responden berasa yakin untuk

mengajar bahasa Malaysia. Dalam hal yang lain, dua orang responden terpaksa belajar

bahasa Malaysia untuk tujuan mengajar murid-murid mereka. Walau bagaimanapun,

semua responden menganggap mengajar bahasa Malaysia bukanlah suatu tugas yang

membebankan mereka. Sekiranya diberi pilihan, semua responden sangat setuju dan

seorang responden bersetuju bahawa untuk mengajar bahasa Malaysia memerlukan

persediaan awal.

ii. Kesediaan Murid

Hasil daripada kajian ini mendapati murid-murid di SK Cenderawasih berminat untuk

mempelajari bahasa Malaysia. Tiga orang responden (75%) bersetuju bahawa murid-

murid mereka berminat mempelajari bahasa Malaysia kecuali seorang responden yang

kurang pasti tentang minat murid-muridnya.

Responden juga bersetuju bahawa murid-murid secara majoritinya tidak lemah

dalam bahasa Malaysia kecuali seorang responden yang mengatakan majoriti muridnya

lemah dalam bahasa Malaysia. Selain itu, 75 peratus responden bersetuju bahawa

majoriti murid mereka telah mengenal huruf, mengenal suku kata, dapat membatang

perkataan dan menggabungkan suku kata. Sebanyak 75 peratus responden juga bersetuju

bahawa murid-murid mereka aktif dalam aktiviti, suka bertanya, sukar untuk menjawab

soalan dan murid hanya bertanya apabila mereka menghadapi masalah.

12

Page 13: Assignment Bahasa Melayu

iii. Pengajaran Dan Pembelajaran

Daripada kajian yang telah dilakukan mendapati 75 peratus responden tidak menghadapi

masalah untuk mengawal kelas kecuali seorang responden yang tidak pasti.

Responden juga mempunyai masa yang cukup untuk merancang pengajaran dan

melaksanakan pengajaran sebagaimana yang dirancang. Sebanyak 75 peratus responden

juga bersetuju bahawa bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan di sekolah

mencukupi tetapi mereka tidak tahu untuk menggunakannya secara maksimum dan

berkesan. Kajian juga mendapati 75 peratus responden menganggap penggunaan bahan

tidak banyak membantu murid dan mereka lebih suka menggunakan buku teks. Walau

bagaimanapun, semua responden bersetuju bahawa pengajaran yang dijalankan berfokus

kepada peperiksan.

2.2.6 Rumusan

i. Keyakinan Guru Untuk Meningkatkan Pengetahuan Murid

Data kajian menjelaskan bahawa tiga orang responden begitu yakin bahawa mereka dapat

membantu murid meningkatkan pengetahuan bahasa Malaysia, sementara seorang

responden lagi berasa tidak yakin. Perkara ini kemungkinan ada kaitannya dengan

opsyen responden berkenaan. Guru-guru yang mempunyai opsyen pengajian Melayu

atau bahasa Melayu lebih yakin untuk mengajar bahasa Malaysia berbanding dengan

guru yang opsyennya selain daripada bahasa Melayu. Berdasarkan data demografi

responden, faktor lain yang kemungkinan mempengaruhi keyakinan guru untuk mengajar

bahasa Malaysia ialah pengalaman mengajar. Dengan pengalaman yang lama terutama

dalam mengajar bahasa Malaysia, guru-guru tidak menghadapi banyak masalah apabila

menyampaikan pengajaran kepada murid-murid.

ii. Mengajar Bahasa Malaysia Memerlukan Persediaan Awal

Majoriti responden bersetuju bahawa mengajar bahasa Malaysia memerlukan persediaan

awal. Dalam konteks ini bermakna guru-guru perlu membuat persediaan dari segi

perancangan pengajaran, persediaan harian dan juga bahan bantu mengajar yang akan

digunakan dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, data pemerhatian menunjukkan

persediaan yang lebih terancang terutama sebelum sesuatu pengajaran tidak dilaksanakan

13

Page 14: Assignment Bahasa Melayu

oleh guru. Perancangan dari segi aktiviti, penyediaan objektif, bahan bantu mengajar dan

penggunaannya secara berkesan tidak jelas. Dalam merancang persediaan awal, guru

kemungkinan merancang bahan yang akan digunakan tetapi mereka tidak menetapkan

langkah-langkah pengajaran yang tersusun kerana objektif pengajaran tidak dinyatakan

dengan jelas.

iii. Pengajaran Berfokuskan Peperiksaan

Data kajian yang diperoleh melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual jelas

menunjukkan guru-guru sentiasa member fokus kepada peperiksaan. Oleh sebab itu,

dalam pengajaran bahasa Malaysia didapati guru-guru juga menggunakan format

peperiksaan semasa menyediakan latihan. Fokus pengajaran kepada peperiksaan

menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang

terbatas sehingga guru-guru tidak “mampu” untuk berinteraksi dengan murid. Kaedah

pengajaran yang berfokus kepada peperiksaan member implikasi kepada suasana

pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan, misalnya:

a. Aktiviti tidak banyak dijalankan.

b. Latihan berdasarkan format peperiksaan.

c. Penglibatan murid terbatas.

d. Murid yang lemah tidak menerima hasil pembelajaran.

iv. Cadangan

Berikut adalah cadangan-cadangan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

bahasa Malaysia hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan:

1. Pengajaran seharusnya melibatkan lebih ramai murid

2. Murid-murid yang lemah perlu dilibatkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mengikut ‘kemampuan’ mereka.

3. Penghantaran murid-murid lemah ke kelas pemulihan perlu dipantau supaya

mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam masa yang

ditetapkan.

4. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu dipelbagaikan supaya murid-murid tidak

jemu.

14

Page 15: Assignment Bahasa Melayu

BIBLIOGRAFI

Abdullah Yusuf. (2010). Linguistik dan Sosiolinguistik. Selangor: Meteor Doc. Sdn.

Bhd.

Alias Mohammad Yatim. (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Percetakan

Paavai.

Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik Satu Pengenalan Konsep dan Bidang

Kajian Secara Teoritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Hashim Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu (Suatu

Huraian Dari Sudut Tatabahasa Generatif). Selangor: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamaruddin Hj. Husin. (1996). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Tinggi Press Sdn. Bhd.

Lufti Abas. (1971). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan

Pustaka: Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn et.al. (1995). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Umar Junus. (1989). Stilistik Satu Pengantar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur:

Utusan Publications.

http://www.umamradieta.blogspot

15