20
BAB II LATAR BELAKANG ORGANISASI 2.1 Pengenalan Organisasi

assignment fithri.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: assignment fithri.docx

BAB II

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

Dalia Industries Sdn. Bhd. ialah sebuah kilang yang mahir dalam menghasilkan

pre-stressed spun concrete pole, iaitu tiang lampu konkrit. Organisasi ini telah

diperbadankan buat pertama kalinya pada tahun 2002, dengan modal yang telah

Page 2: assignment fithri.docx

disahkan sebanyak RM 5,000,000. Alamat yang terkini bagi organisasi ini ialah Lot 1,

Jalan Lengkok Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, di mana

status sah bagi organisasi ini ialah 100% bumiputera. Antara pemegang saham terbesar

bagi organisasi ini ialah Bakri bin Ismail, Dalia binti Ismail, dan Shuib bin Ibrahim,

yang juga merupakan lembaga pengarah di Dalia Industries. Pengurusan utama diketuai

oleh Bakri bin Ismail, Asri bin Hamid, Ahmad Nizam bin Ridzuan, Husynee bin Salim

dan Shuib bin Ibrahim.

2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Dalia Industries Sdn. Bhd., sebelum ini dikenali sebagai Nilai Concrete

Industries Sdn. Bhd., telah diperbadankan pada tahun 2002 dan bermula operasi sebagai

pengeluar atau penghasil bagi tiang lampu konkrit pelbagai saiz bagi syarikat Zen

Concrete Industries Sdn. Bhd., iaitu ibu syarikat kepada Dalia Industries. Kilang ini

merupakan sebuah syarikat berlandaskan di Ipoh dan merupakan pengedar tiang lampu

untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kilang ini juga menghasilkan tiang konkrit

pelbagai saiz untuk Keretapi Tanah Melayu, projek bekalan elektrik yang telah diberi

kepada Zen Concrete Industries Sdn. Bhd..

Ia membuka langkah operasi dengan 30 pengendali dan modal berbayar yang

disahkan sebanyak RM 10,000,000. Syarikat ini memulakan proses untuk menghasilkan

tiang lampu konkrit pelbagai saiz, di sebuah kilang yang mempunyai kemudahan yang

lengkap, merangkumi dua unit simen silo dengan kapasiti penyimpanan sebanyak 120

tan, loji pencampur, dua (2) nos pam konkrit, tiga (3) nos spinning machine, lapan (8)

nos kren, tujuh (7) pits yang boleh menampung 300 acuan, mesin wire caging, p.c

mesin wire cutting, dan lain-lain kemudahan yang membolehkan untuk menghasilkan

120,000 – 150,000 tiang dalam setahun. Selepas tempoh masa empat (4) bulan, Dalia

Industries telah dianugerahkan oleh TNB untuk menjadi pengedar tiang lampu konkrit

kepada mereka selama tempoh dua (2) yang akan datang.

Page 3: assignment fithri.docx

Berbekalkan kontrak yang telah diberi oleh TNB, kilang ini mengalami

perubahan yang drastik dan pengubahsuaian telah dilakukan oleh pihak pengurusan

untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Perubahan juga dilakukan kepada gudang

penyimpanan bagi memaksimumkan jumlah tiang yang boleh disimpan dan

menampung produk yang lain-lain.

Kepentingan bagi pihak pengurusan ialah untuk meningkatkan kapasiti

pengeluaran dan mempelbagaikan penghasilan bagi konkrit-konkrit yang lain, selain

daripada penghasilan tiang lampu konkrit. Kakitangan yang mahir dan berkelayakan

telah diambil kerja, dan masa depan Dalia Industries Sdn. Bhd. sangat meyakinkan.

Pihak pengurusan sangat komited dalam menyediakan pekerja-pekerja yang

berkemahiran tinggi untuk memastikan konkrit yang dihasilkan merupakan konkrit yang

berkualiti, dan berterusan meningkatkan pengetahuan pekerja-pekerja di Dalia

Industries Sdn. Bhd., untuk menjadikan ia kilang nombor satu (1) dalam menghasilkan

tiang lampu konkrit dan produk konkrit yang lain-lain.

Page 4: assignment fithri.docx

2.3 Aktiviti Organisasi

Teknik pra-tegasan mempunyai beberapa bentuk penggunaan yang berbeza

dalam kejuruteraan awam. Namun penggunaan yang paling biasa adalah dalam konkrit

pra-tegasan, iaitu daya pra-tegasan dikenakan ke atas konkrit dan ini menghasilkan

suatu daya mampatan paksi yang mengurangkan semua atau sebahagian daripada

tegasan tegangan yang terbentuk dalam anggota tersebut hasil daripada beban yang

dikenakan. Dalam bidang struktur bangunan, kebanyakan penggunaan konkrit pra-

tegasan adalah dalam bentuk lantai pra-tuang disokong mudah dan rasuk bumbung.

Dalam konkrit pra-tegasan, tetulang keluli yang dikenali sebagai tendon

digunakan untuk mengenakan daya pra-mampatan secara sengaja dan langsung kepada

konkrit. Daya ini akan menimbulkan tegasan dalaman kekal sebelum anggota itu

dikenakan beban, dari sinilah timbulnya istilah ‘pra-tegasan’. Magnitud dan agihan

tegasan dalaman ini dibuat supaya boleh menimbal balas (counteract) tegasan yang

diakibatkan oleh bebanan luar sehingga pada darjah yang dikehendaki.

Konkrit juga boleh dibuat supaya berada dalam mampatan pada keseluruhan

keratan rasuk untuk masa sebelum dan selepas dibeban. Dengan itu, keratan tanpa retak

boleh diwujudkan, dengan lain perkataan, pra-mampatan yang dibekalkan oleh tendon

berfungsi menukar konkrit kepada suatu bahan yang homogen, iaitu kuat dari segi

tegangan dan mampatan.

Dalam kaedah pra-tegangan tendon keluli, berbentuk dawai atau salur,

ditegangkan antara dua penambat hujung dan konkrit dituang di sekeliling tendon.

Apabila konkrit telah mengeras secukupnya, penambat hujung dilepaskan dan daya pra-

tegasan dipindahkan kepada konkrit melalui ikatan antara keluli tersebut dan konkrit.

Page 5: assignment fithri.docx

Hujung tendon yang terkeluar kemudian dipotong untuk menghasilkan anggota konkrit

yang kemas.

Anggota pra-tegangan biasanya mempunyai bilangan dawai atau salur yang

banyak untuk membekalkan daya pra-tegasan. Oleh sebab daya di dalamnya

dipindahkan melalui ikatan konkrit ke sekelilingnya, maka luas permukaan sentuhan

yang paling maksimum diperlukan.

Kaedah pra-tegangan ini sesuai untuk pengeluaran kilang. Ini kerana penambat

yang besar diperlukan untuk menambat semua tendon dan beberapa anggota boleh

dituang di sepanjang set tendon yang sama. Anggota hendaklah bebas bergerak di

sepanjang dasar pra-tegasan supaya tegasan tegangan yang tidak diperlukan tidak wujud

di dalam anggota apabila penambat hujung dilepaskan.

Kelebihan utama konkrit pra-tegasan berbanding konkrit bertetulang ialah untuk

suatu rentang dan bebanan yang sama, satu anggota konkrit pra-tegasan yang kecil

diperlukan. Ini mengurangkan beban mati sesuatu struktur. Ciri ini adalah penting

terutama dalam struktur rentang yang panjang seperti jambatan kerana beban mati

adalah suatu bahagian yang besar daripada jumlah beban struktur jambatan. Di samping

dapat menjimatkan bahan-bahan konkrit untuk anggota tersebut, ia juga menjimatkan

kos bagi pembinaan asas dan ini merupakan faktor penting bagi kawasan yang

kekurangan bahan asas.

Kelebihan utama lain konkrit pra-tegasan ialah dengan mengenakan pra-tegasan

yang sesuai struktur boleh menjadi bebas daripada retakan. Ini memberi implikasi yang

penting kepada ketahanan lasak, khasnya untuk struktur penahan cecair.

Kelebihan ketiga ialah pra-tegasan menjadi alat untuk mengawal pesongan.

Daya pra-tegasan yang sipi kepada sentroid anggota akan menyebabkan pesongan

dalam arah tegak, biasanya dalam arah berlawanan dengan pesongan yang disebabkan

Page 6: assignment fithri.docx

oleh beban berkenaan. Dengan memilih daya pra-tegasan yang sesuai, pesongan yang

disebabkan beban berkenaan boleh dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

Selain daripada kelebihan yang disenaraikan di atas, konkrit pra-tegasan juga

mempunyai beberapa keburukan. Kebanyakan keratan rentas konkrit mengalami

mampatan di bawah semua keadaan pembebanan. Ini bermakna sebarang masalah yang

wujud akibat daripada pergerakan rayapan jangka panjang akan bertambah. Dari segi

aspek pembinaan, kawalan mutu yang tinggi diperlukan semasa pengeluaran bahan dan

juga semasa menentukan kedudukan tendon di dalam struktur.

Secara umumnya, cara ini digunakan dalam menghasilkan tiang lampu konkrit

di Dalia Industries. Setiap yang dihasilkan itu mempunyai keburukannya, namun Dalia

Industries berusaha dalam mengurangkan keburukan tersebut dengan proses

penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Ini kerana, kilang ini sentiasa berusaha

dalam mencapai yang terbaik bagi produk-produknya.

Antara contoh pre-stressed concrete yang dihasilkan oleh Dalia Industries Sdn. Bhd.

Page 7: assignment fithri.docx

2.4 Halatuju Organisasi

VISI

Untuk menjadi pengeluar tiang lampu konkrit (pre-stressed spun concrete poles)

yang terkemuka di Tenggara Asia

MISI

Untuk menyokong perkembangan dan pembangunan tenaga moden,

pengangkutan, telekomunikasi, infrastruktur, dan pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar di peringkat serantau dan kebangsaan

Memajukan atau memperoleh teknologi/kakitangan yang lebih baik dalam

industri

Meningkatkan mutu dan kualiti sesuatu produk, ataupun menyempurnakan

produk-produk melalui proses penyelidikan dan pembangunan

Perkembangan melalui mengeksport produk ke peringkat serantau dan

antarabangsa, dan pembukaan lebih banyak barisan pengeluaran baru

PEMANGKIN DARI LUAR

Politik Menyokong usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan populasi

di luar bandar (pembangunan perumahan dan bandar)

Ekonomik Menyumbang kepada hasil pendapatan kilang dan meningkatkan

peluang-peluang pekerjaan bagi kilang

Sosial Menyokong dalam memajukan kemudahan awam terutama dalam

pengagihan kuasa

Teknologi Salah satu bahagian yang utama dalam penjanaan teknologi yang

digunakan oleh pelanggan-pelanggan utama (Jerman, Itali, Jepun,

Korea)

Alam sekitar Menerapkan dan mengamalkan proses yang tidak mencemarkan

Page 8: assignment fithri.docx

alam sekitar, dan juga menyokong kempen dalam mengekalkan

kehijauan bumi

Undang-undang Produk telah menepati piawaian yang ditetapkan, dan telah

disahkan dan diiktiraf oleh Standards and Industrial Research

Institute of Malaysia (SIRIM) dan oleh pelanggan Dalia Industries

sendiri.

UNTUNG DAN RISIKO DALAM INDUSTRI

Faktor Deskripsi Kekuatan

sekarang

Kekuatan

dalam masa

lima (5)

tahun

Daya persaingan 1- ZEN HRB S/B

2- PMW S/B

3- CEPCO S/B

Tinggi Tinggi

Kuasa toleransi

(pengeluar)

Menetapkan harga produk

pada sesetengah %

keuntungan

Tinggi Tinggi

Kuasa toleransi

(pembeli)

Menerima harga yang

rendah, namun diterima

daripada sebut harga

Tinggi Tinggi

Saingan yang

diberikan oleh

pendatang baru

1- Hendaklah

mematuhi

keperluan yang

diwajibkan

2- Berkemahiran

dalam

menghasilkan

produk

Tinggi Tinggi

Alternatif/Pengganti Tiada alternatif yang lain Sederhana Sederhana

STRATEGIC ANALYSIS RESULTS (SWOT)

Page 9: assignment fithri.docx

Kekuatan Kelemahan

Kemahiran kumpulan- gabungan

kepakaran yang terdiri daripada

sumber manusia, pembangunan

sistem, jualan dan pemasaran.

Mesin-mesin yang baru

(berterusan)

Proses penambahbaikan dan naik

taraf yang berpanjangan

Pasaran yang meluas- harga

pasaran yang tidak menentu

Proses pengenalpastian masalah

bagi mesin-mesin yang baru

Peluang pekerjaan Saingan

Bilangan pesaing yang kecil dalam

industri

Pengeksportan barangan

Kejatuhan ekonomi negara

Order daripada pelanggan yang

tidak konsisten

PEMILIHAN STRATEGI SECARA TERPERINCI

Meningkatkan mesin-mesin yang sedia ada atau proses-proses kerja

RM 600,000 yang disediakan untuk mesin wire caging, batching plant dan

concrete injection (yang telah dibeli)

Mengeksport produk melalui joint-venture bersama TNB

Menghasilkan tiang pencawang/menara pencawang yang berkuasa tinggi

melalui penyelidikan dan pembangunan

Menembusi pasaran kuasa hijau melalui penyelidikan dan pembangunan

PELAN PEMASARAN

Ramalan jangka masa panjang;

Pada masa yang akan datang, untuk bergabung bersama TNB bagi memasarkan

produk-produk kilang ini lebih meluas, sebagai contoh, ke Sabah, Sarawak, Sri

Lanka dan Cambodia.

Page 10: assignment fithri.docx

OBJEKTIF;

Untuk meningkatkan jualan bersama (antara TNB dan Dalia Industries)

Untuk meningkatkan keuntungan bagi Dalia Industries

PEMBANGUNAN AKTIVITI BAGI PROSES DAN PRODUK BAGI KILANG

DALIA

Tiang pencawang konkrit dan cross arms

Concrete trunking dan sistem kemudahan (kuasa) bawah tanah

Kicking block (untuk menyokong struktur tiang)

Sistem solar (sel dan panel)

JANGKAAN PEMASARAN PADA MASA AKAN DATANG

Page 11: assignment fithri.docx

1- Pilihan baru untuk menggantikan struktur lattice yang sedia ada kepada tiang

konkrit

2- Kos seumur hidup yang rendah

3- Tahap keselamatan yang lebih tinggi

4- Kos yang meningkat dengan adanya penambahan penghasilan produk, dan

mengurangkan kos pembinaan

Page 12: assignment fithri.docx
Page 13: assignment fithri.docx

2.5 Carta Organisasi

Chairman

Board Of Directors

Company Secretary

Chief Executive

General Manager

SENIOR MANAGER

Corporate Affair Division

SENIOR MANAGER

Operation Division

Page 14: assignment fithri.docx

PRODUCTION DEPARTMENT

QUALITY ASSURANCE

DEPARTMENT

RESEARCH AND DEVELOPMENT DEPARTMENT

SENIOR MANAGER

Operation Division

HEAD OF DEPARTMENT

Production

HEAD OF DEPARTMENT

Quality Assurance

HEAD OF DEPARTMENT

R & D

R & D Assistant

Quality Assurance Supervisor

Maintenance Supervisor

Production Supervisor

R & D Executive

Production Assistant

Clerk

Production Operator

Leader

Batching Plant Operator

Fitter Mechanic

Boilerman Electrician

Leader

Quality Assurance Supervisor

Laboratory assistant

Q.A Supervisor

Process Inspector

QA/ISO clerk

Page 15: assignment fithri.docx
Page 16: assignment fithri.docx

PROCUREMENT DEPARTMENT

SENIOR MANAGER

Corporate Affair Division

COMMERCIAL DEPARTMENT

FINANCE & ADMINISTRATION

DEPARTMENT

HEAD OF DEPARTMENT

Finance & Administration

HEAD OF DEPARTMENT

Procurement

HEAD OF DEPARTMENT

Commercial

Purchasing Executive

Stockyard Operator

Sales & Marketing Assistant

Stockyard Assistant

Sales & Marketing Executive

Distribution Executive

Purchasing Officer

Assistant Storekeeper

Storekeeper

Clerk

Training & Safety Officer

Finance & Administration Executive

Training & Safety

Assistant

Admin & HR Assistant

Finance Assistant

Clerk

Tea Lady GardenerSecurity Guard