3
PENGENALAN Bahasa merupakan satu simbol perhubungan yang wujud dalam masyarakat disebabkan perhubungan perkembangan sosial, politik, ekonomi, agama, pendidikan dan lain-lain. Bahasa digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia lain dalam kehidupan harian. Menurut Trudgill 1974, dalam pengucapan bahasa terdapat sedikit sebanyak perbezaan yang ditimbulkan oleh pelbagai faktor antaranya dalam masyarakat yang besar bilangan anggotanya. Perbezaan cara hidup serta pertuturan yang digunakan telah mewujudkan identiti kumpulan. Bahasa yang digunakan oleh setiap individu yang berbeza seringkali menyebabkan berlakunya pertembungan bahasa dan seterusnya mewujudkan bahasa pijin dan kreol. Apabila kelainan bahasa timbul disebabkan kelompok manusia yang bercakap secara berbeza-beza dalam pertuturan selalunya bertemu dalam hubungan sesuatu sosial, maka masyarakat komuniti itu mencari satu bahasa perantaraan yang boleh digunakan untuk berinteraksi atau berkomunikasi antara satu sama lain. Maka di sinilah wujudnya bahasa pijin dan kreol yang akhirnya digunapakai serta difahami dalam sesebuah masyarakat. CIRI-CIRI BAHASA PIJIN. Pijin ialah bahasa campuran antara antara dua atau lebih bahasa. Bahasa yang terbentuk itu tidak boleh dikategorikan sebagai

Assignment Pijin Dan Kreol

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahasa Pijin dan Kreol

Citation preview

Page 1: Assignment Pijin Dan Kreol

PENGENALAN

Bahasa merupakan satu simbol perhubungan yang wujud dalam masyarakat disebabkan

perhubungan perkembangan sosial, politik, ekonomi, agama, pendidikan dan lain-lain. Bahasa

digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia lain dalam kehidupan harian. Menurut

Trudgill 1974, dalam pengucapan bahasa terdapat sedikit sebanyak perbezaan yang ditimbulkan oleh

pelbagai faktor antaranya dalam masyarakat yang besar bilangan anggotanya. Perbezaan cara hidup

serta pertuturan yang digunakan telah mewujudkan identiti kumpulan.

Bahasa yang digunakan oleh setiap individu yang berbeza seringkali menyebabkan

berlakunya pertembungan bahasa dan seterusnya mewujudkan bahasa pijin dan kreol. Apabila

kelainan bahasa timbul disebabkan kelompok manusia yang bercakap secara berbeza-beza dalam

pertuturan selalunya bertemu dalam hubungan sesuatu sosial, maka masyarakat komuniti itu mencari

satu bahasa perantaraan yang boleh digunakan untuk berinteraksi atau berkomunikasi antara satu

sama lain. Maka di sinilah wujudnya bahasa pijin dan kreol yang akhirnya digunapakai serta difahami

dalam sesebuah masyarakat.

CIRI-CIRI BAHASA PIJIN.

Pijin ialah bahasa campuran antara antara dua atau lebih bahasa. Bahasa yang terbentuk itu

tidak boleh dikategorikan sebagai salah satu bahasa asal. Sebagai contoh, bahasa A bercampur

dengan bahasa B melahirkan bahasa C. Jadi, bahasa C tidak boleh dikategorikan sebagai bahasa A

atau bahasa B. Sebaliknya bahasa inilah yang dikatakan sebagai bahasa pijin. Bahasa pijin bersifat

sementara sahaja kerana tidak mempunyai penutur asli. Bahasa ini biasanya berlaku dalam suasana

tertentu seperti di pasar-pasar, pusat perdagangan dan tempat-tempat khusus yang dikunjungi oleh

pelbagai penutur bahasa, Semasa mereka bertemu lalu berinteraksi dan berkomunikasi inilah

menyebabkan berlakunya pertembungan bahasa yang akhirnya mewujudkan bahasa pijin.

Pijin biasanya berlaku d negara atau tempat yang mempunyai pelbagai komuniti bahasa,

sedangkan mereka tidak menguasai bahasa komuniti lain. Oleh itu, ketika berinteraksi, mereka

Page 2: Assignment Pijin Dan Kreol

menggunakan bahasa campuran, iaitu pijin. Tegasnya, ia digunakan dalam kalangan penutur yang

terdiri daripada dua atau lebih bahasa yang berbeza-beza dan saling tidak memahami.

Pada umumnya, pijin terbentuk melalui percampuran tiga bahasa dan salah daripadanya

merupakan bahasa yang dominan berbanding dengan bahasa lain. Kosa kata sesuatu perkataan pijin

itu biasanya agak sedikit dan diambil daripada perbendaharaan kata para penuturnya dalam nisbah

yang pelbagai. Maklumat morfologi seperti perubahan bentuk kata dan golongan kata yang

mengambil masa yang lama untuk dipelajari tidak dipentingkan. Sistaksisnya pula dibuat supaya lebih

mudah dan biasanya berdasarkan penggunaan perkataan tertentu yang ketara. Pada peringkat awal

pembentukan pijin, aspek pertuturan seperti sintaksis, leksikon dan sebutan adalah pelbagai

disebabkan oleh latar belakang penuturnya yang berbeza-beza.

Walau bagaimanapun, jika sesuatu pijin dipelajari oleh kana-kanak dalam sesebuah komuniti

sebagai bahasa natif, ia biasanya akan mewujudkan tatabahasa yang lebih kompleks dengan ketetapan

dari segi fonologi, sintaksis dan morfologi. Morfologi dan sintaksis bahasa ini biasanya akan

mempunyai suasana dan inovasi tempatan, tetapi tiada perkaitan dengan mana-mana bahasa ibunda

para penuturnya. Pijin boleh menjadi bahasa yang lengkap dalam hanya satu generasi. Sebagai

contoh, ‘Tok Pisin’ pada asalnya ialah pijin dan menjadi bahasa yang stabil selepas kira-kira 90 tahun.

Secara amnya, bahasa pijin digunakan untuk menyampaikan maksud tanpa menghiraukan peraturan

bahasa dan bahasa yang lahir daripada percampuran bahasa yang berlainan ini merupakan satu bahasa

yang tidak mantap penggunaannya dalam masyarakat.