15
Globalisasi Globalisasi bermaksud merentasi media dan sempadan yang berlaku melalui Internet di peringkat antarabangsa. Kebanyakan negara maju menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan GATS (General Agreement on Trade and Services) untuk menghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang penubuhan institut pendidikan, penukaran pakar pendidikan, serta mengiktirafkan sijil-sijil dari semua peringkat persekolahan dan institut pendidikan tinggi. Pendapat Prof Michael Gibbons (2003)-Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel (ACU) , globalisasi ialah proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang berlaku dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk pelaksanaan pengajaran yang lebih berkualiti. Globalisasi pendidikan menggalakkan penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bidang methodologi, psikologi mahupun pengujian dan penilaian Melalui globalisasi telah membawa budaya homogeniti dan juga menjana diversiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Globalisasi pendidikan ialah proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Malaysia telah mengambil beberapa langkah aktif sebagai persediaan menghadapi era globalisasi dalam pendidikan antaranya; Menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC), Penswastaan pendidikan tinggi, Mengembangkan sekolah-sekolah bestari, Mereformasikan kurikulum sekolah CABARAN GLOBALISASI TERHADAP PEMBINAAN MODAL INSAN BERKUALITI

Assignment Plg 515 Modal Insan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assignment Plg 515 Modal Insan

Globalisasi

Globalisasi bermaksud merentasi media dan sempadan yang berlaku melalui Internet di

peringkat antarabangsa. Kebanyakan negara maju menandatangani Perjanjian

Perkhidmatan Pendidikan GATS (General Agreement on Trade and Services) untuk

menghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang penubuhan

institut pendidikan, penukaran pakar pendidikan, serta mengiktirafkan sijil-sijil dari semua

peringkat persekolahan dan institut pendidikan tinggi.

Pendapat Prof Michael Gibbons (2003)-Setiausaha Agong Persatuan Universiti

Komanwel (ACU) , globalisasi ialah proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang

berlaku dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk pelaksanaan pengajaran

yang lebih berkualiti. Globalisasi pendidikan menggalakkan penyelidikan dalam pengajaran

dan pembelajaran sama ada dalam bidang methodologi, psikologi mahupun pengujian dan

penilaian

Melalui globalisasi telah membawa budaya homogeniti dan juga menjana diversiti. Fungsi

utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk

pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Globalisasi pendidikan ialah proses berterusan

untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.

Malaysia telah mengambil beberapa langkah aktif sebagai persediaan menghadapi era

globalisasi dalam pendidikan antaranya; Menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC),

Penswastaan pendidikan tinggi, Mengembangkan sekolah-sekolah bestari, Mereformasikan

kurikulum sekolah

CABARAN GLOBALISASI TERHADAP PEMBINAAN MODAL INSAN

BERKUALITI

Cabaran 1 : Pembelajaran sepanjang hayat

Konsep pembelajaran sepanjang hayat seperti yang didefinisikan oleh OECD

(Organisation for Economic Cooperation and Development) ialah menjadikan individu dalam

sesebuah masyarakat yang telah didorongkan untuk terus belajar menerusi hayat mereka

samada secara formal dan tidak formal (OECD 1996). Malaysia masih baru untuk

menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebagai agenda pembangunan negara jika

dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, German dan Australia. Oleh

Page 2: Assignment Plg 515 Modal Insan

yang demikian Perdana Menteri menekankan dalam konteks dunia global sekarang, modal

insan yang benar-benar berkualiti sangat diperlukan jika negara ingin melangkah ke era

ekonomi global yang berpaksikan pengetahuan (B.H, 1 Mei 2006).

Cabaran 2 : Pembangunan modal insan

Cabaran pembangunan modal insan adalah cabaran sebenar setelah segala dasar,

strategi serta agensi yang terlibat telah diselaraskan dan disepadukan. Gerak kerja serta usaha

membangunkan modal insan sudah pasti terletak di bahu para pendidik khususnya dan

masyarakat amnya. Justeru, sejauhmana peranan serta kesediaan para guru dan masyarakat

dalam melakukan penyampaian atau pemindahan maklumat serta pendidikan kepada sasaran

iaitu para pelajar adalah sangat bergantung kepada ciri-ciri guru berkualiti serta masyarakat

berkualiti (modal insan sedia ada).

Cabaran 3 : Pembudayaan ilmu

i. Membudayakan ilmu masyarakat setempat

Cabaran yang dihadapi dalam pembentukan modal insan ini adalah kesukaran untuk

membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat. Latar pendidikan, latar sosial, latar tempat

serta kepelbagaian latarbelakang masyarkat yang berbeza sangat mencabar serta mendepani

seribu macam bentuk cabara yang perlu dirungkai dengan penuh iltizam dan komited.

ii. Kesukaran untuk mendapat bahan bacaan.

Budaya ilmu mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai world-view yang lebih

luas, iaitu pemikiran yang lebih terbuka serta mampu memahami fenomena-fenomena

perubahan yang berlaku di peringkat global.

Cabaran 4 : Pasaran ekonomi/kerja

Minat untuk mempelajari sesuatu merupakan sifat yang utama dalam pembangunan modal

insan. Individu atau pekerja yang berminat ialah pekerja yang produktif (Mahmood Nazar,

2005). Semakin maju sesebuah negara maka semakin meningkat permintaan untuk tenaga

mahir dan yang berpengetahuan. Perubahan pada tahap individu ini bergantung kepada

penguasaan kemahiran baru, pembentukan sikap baru, serta pembentukan pemahaman baru

(Tor Geok Hwa, 2004)

Page 3: Assignment Plg 515 Modal Insan

Cabaran 5 : Teknologi komunikasi & maklumat

Tingkah laku pelajar era Globalisasi – catatan diari pelajar Zulkarnain Bin Zabidi,

murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Tedung, Melaka pada 25 Julai 2010:

'Pagi ini Cikgu Salina suruh saya dan beberapa orang rakan datang awal ke sekolah untuk

mengemaskini loman sekolah kami yang terdapat dalam World Wide Web. Semalam tidak

sempat kerana sibuk menjawab soalan tentang pakaian seragam murid sekolah di Malaysia

yang ditanya oleh Gary Newmann daripada Coventry melalui email. Alamak! Lupa pulak

hendak scankan gambar helikopter Rajawali buatan Malaysia yang diminta oleh Toni

Mueller dari Cologne. Mungkin petang esok boleh dapatkan daripada hompej Kementerian

Pertahanan.

Geografi negara Malaysia memberi cabaran fizikal yang besar untuk melengkapkan

frasarana yang berkaitan.

Cabaran 6 : Pengurusan pendidikan

Pengurusan Organisasi tertinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM mestilah

melalui satu bentuk perubahan dengan mengatasi masalah-maslah berkaitan kerenah

borikrasi, ketepatan data, kaedah anisis data serta penyampaian maklumat agar proses dapat

bermula dan berakhir pada kitaran roda yang sempurna dan lengkap.

Pengurusan peringkat hierarki: JPN, PPD, PKG dan Sekolah (SM, SR, Prasekolah) perlu

diberi perhatian penuh sejajar keperluan serta rombakan bagi mengisi keperluan serta

menghapuskan item tidak perlu. Pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi, sangat perlu

menyelaras dan menyusun atur rentak tari universiti, institut, kolej (awam & swasta) seirama

lagu kurikulum pendidikan Malaysia.

KEDUDUKAN UNIVERSITI MALAYSIA PERINGKAT ANTARABANGSA.

Page 4: Assignment Plg 515 Modal Insan

Cabaran 7 : Kualiti guru

Guru perlu menjadi pelopor kepada penghayatan pendidikan sepanjang hayat (B.H

Rabu, 16 Mei 2007). Kualiti guru perlu dibangunkan sepanjang masa bersesuaian dengan

keperluan pendidikan, ekonomi serta perubahan global.Guru-guru bukan sahaja menguasai

pedagogi tetapi juga menguasai andragogi. Andragogi atau pembelajaran orang dewasa adalah

proses berterusan dalam jangka masa yang panjang dimana melibatkan mereka yang sudah

matang dari segi pemikiran (Mohd. Azhar et.al., 2004). Cara sebegini sangat berkesan kerana

melalui penglibatan mereka mengajar orang-orang dewasa sebagai pengalaman baru.

Kuailiti dan ciri-ciri guru dalam menghadapi cabaran globalisasi

Mempunyai ciri beriltizam

Sikap bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam tugasnya sebagai

seorang pendidik

Berorientasikan maklumat

Mengejar maklumat-maklumat baru yang berkaitan dengan pendidikan

melalui sebarang media, khasnya (ICT)

Berwawasan

Mempunyai visi dan berpandangan jauh terhadap isu-isu yang berkaitan

dengan perkembangan pendidikan.

Berpandangan global.

Melihat perspektif pendidikan dalam negeri dan secara global.

Berpandangan positif , fleksibel dan mudah menyesuaikan diri.

Memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan

kurikulumnya dan termasuklah peka kepada perubahan dan sedar tentang

keperluan negara.

Menyesuaikan diri dalam tugas baru dari semasa ke semasa dan dalam

persekitaran sosial

Mewujudkan hubungan interpersonal secara menyeluruh

Page 5: Assignment Plg 515 Modal Insan

Menjalin hubungan dengan pendidik luar negeri melalui media seperti internet

atau email serta menghadiri konferens dan seminar pendidikan antarabangsa

Perkembangan, kemajuan dan pembangunan negara Malaysia bergantung

kepada kerjasama negara-negara antarabangsa

Pertumbuhan ekonomi negara amat bergantung kepada modal insan terutamanya

dalam proses Malaysia mencapai status negara maju. Dalam tempoh RMKe-9, kejayaan Misi

Nasional dan seterusnya Wawasan 2020 amat bergantung kepada modal insan yang dihasilkan

oleh sistem pendidikan kebangsaan. KPM akan memastikan tidak ada pihak yang tercicir dari

sistem pendidikan dan setiap pelajar yang melalui sistem ini bukan sahaja dapat memenuhi

kehendak pasaran dalam negara malah kehendak peringkat antarabangsa. Menyedari

kepentingan ini, KPM akan terus berusaha menggembleng tenaga dengan pelbagai pihak yang

berkepentingan untuk membangunkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai

kecemerlangan akademik tetapi memiliki nilai-nilai insaniah.

MODAL INSAN

Menurut Adam Smith (1723-1790), modal insan ialah semua penduduk yang mempunyai

kemampuan, berguna dan bermanfaat kepada negara. Shultz (1960), modal insan (human

capital) sebagai individu yang berbekalkan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan. Aini

Jaafar (2006), menjelaskan istilah modal insan (human capital) adalah merupakan suatu

istilah ekonomi yang baru, istilah ini juga jelas menggambar ianya daripada fahaman

kapitalisme. Maka tidak hairanlah manusia hanya dilihat sebagai buruh dan pengusaha,

seperti mana yang terdapat dalam ilmu ekonomi moden

Kajian tahun 2004 yang dilakukan oleh World Economic Forum (WEF), dari sudut modal

insan, Malaysia menduduki tangga 34 di peringkat global, 22 tangga di belakang Singapura

dan 12 tangga di atas Thailand. Laporan Indeks Kompetitif Global, 2009-2010 meletakkan

Malaysia di tangga 24 dunia dari sudut nilai saing berbanding di tangga 21 untuk kajian tahun

sebelumnya.

Jadi, modal insan ialah manusia dilihat sebagai suatu jenis ‘modal insan’, iaitu sebagai

suatu aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi,

pembangunan negara, mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal insan ini perlu diurus,

dicanai, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum

memanfaatkannya.

Page 6: Assignment Plg 515 Modal Insan

Ciri-ciri modal insan berkualiti

1. BERILMU PENGETAHUAN

i. Minat membaca yang mendalam

Modal insan yang berkualiti seharusnya mempunyai ilmu pemngetahuan yang

secukupnya agar dapat membawa kesejahteraan kepada bangsa dan negara. Untuk mendapat

pengetahuan, modal insan yang ada perlulah mempunyai minat yang mendalam untuk

menimba ilmu melalui minat terhadap buku. Namun, statistik yang dikeluarkan oleh

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), pada tahun 2005, rakyat Malaysia secara purata hanya

membaca buku sebanyak 2 buah buku setahun. Walau bagaimanapun, jumlah meningkat pada

2009 iaitu rakyat Malaysia secara puratanya meminjam sebanyak 9 hingga 12 buah buku

setahun dengan jumlah ahli yang mendaftar di Perpustakaan Negara Malaysia ialah 56,676

orang dan pada tahun 2010 sebanyak 776, 347 buah buku dipinjam.

Peningkatan ini dapat menggambarkan modal insan berilmu pengetahuan dapat

dilahirkan.Modal insan yang berilmu pengetahuan dapat menggunakan pengetahuan kepada

amalan, berfikiran analitikal, kritikal, berupaya menyelesaikan masalah dan penaakulan dan

menguasai pelbagai bahasa, celik teknologi dan mampu memenuhi pasaran kerja tertiari

kepada 33% menjelang 2020.

Page 7: Assignment Plg 515 Modal Insan

ii. Mempunyai kemahiran membaca dan pengetahuan sains dan matematik

Page 8: Assignment Plg 515 Modal Insan

Kedudukan PISA Matematik – Malaysia Tempat ke 57

Kedudukan PISA

2. BERAKHLAK TERPUJI

Data masalah sosial remaja :

Statistik AADK 1988-2004 seramai 311,163 penagih dadah di Malaysia iaitu 1.4%

daripada penduduk Malaysia manakala kajian Institut Darul Islah Selangor mendapati 25

hingga 30% pelajar sekolah menengah mengaku melakukan hubungan terlarang, iaitu 60

hingga 70% pelajar berumur 9-12 tahun. Adakah ini menggambarkan modal insan yang

berkualiti

Page 9: Assignment Plg 515 Modal Insan

Menurut sebuah artikel yang dipeti daripada Utusan Malaysia (M) Bhd, modal insan

yang berakhlak terpuji merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai

murni, dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik,

inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah

modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju

negara pada masa depan.

ArtikelPenuh: http:// www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130515/ba_01/

Melahirkan-modal-insan berkualiti#ixzz2gZLMEwWO © Utusan Melayu (M) Bhd 

3. Berfikir secara kreatif dan kritis

i. Berkeupayaan mencipta peluang baru

Pelbagai program diadakan untuk mencungkil bakat untuk melihat daya

kreativiti, dan inovasi pelajar contohnya Program bagi tujuan meningkatkan tahap

kesedaran dalam sains, teknologi dan inovasi selaras dengan pengisytiharkan

Kerajaan di mana tahun 2010 sehingga 2020 dikenali sebagai Tahun Dekad

Inovasi. Antara agensi dan bahagian di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi mengambil bahagian untuk berkongsi dan menyalurkan informasi dan

teknologi masing-masing seperti Bahagian Biotek, Direktorat Oseanografi

Kebangsaan, Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan, Agensi  ANGKASA, Agensi

Nuklear Malaysia, SIRIM Berhad, Pusat Sains Negara, Jabatan Kimia Malaysia,

Jabatan Meteorologi Malaysia, Technology Park Malaysia, CyberSecurity

Malaysia, Yayasan Angkasawan Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia

4. Memiliki jati diri yang tinggi

Hamidah (2001), jati diri ialah memiliki keperibadian, sahsiah dan pengenalan diri

yang merangkumi penghayatan nilai, sudut pandangan dan pemikiran, sikap, gaya hidup dan

pegangan. Jati diri amat diperlukan oleh modal insan yang berkualiti kerana mereka perlu

mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global

yang sering berubah-ubah. Mempunyai prinsip diri yang jitu juga sangat penting agar mereka

tidak mudah terpengaruh dengan unsur negatif seperti provokasi, hasutan dan pelbagai anasir

negatif yang lain.

Page 10: Assignment Plg 515 Modal Insan

5. Berperibadi mulia

Seseorang pemimpin mempunyai keperibadian yang mulia mempunyai kepimpinan yang

utuh (towering personality), tidak mudah terpengaruh dan boleh membuat keputusan.

Kepimpinan sebenar terletak pada keperibadian mulia interpersonal dan intrapersonal individu

tertentu yang perlu melalui proses latihan kepimpinan professional.

Page 11: Assignment Plg 515 Modal Insan

RUJUKAN

Hamidah Abd Rahman (2001), Kajian keberkesanan mata pelajaran Umum Universiti dari

aspek jati diri dan kepekaan Globalisasi di kalangan pelajar Taman Universiti

Teknologi Malaysia Skudai : Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Jurnal Ekonomi Malaysia 46(2) 2012 177 – 178

Konsep 1 Malaysia dari aspek perundangan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025

Penilaian Tahap Penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu Murid Sekolah

Kebangsaan, eprints.usm.my

Prosiding “Seminar Pembangunan Modal Insan 2009”, Tema Kecemerlangan Modal Insan –

Pada 23-24 Mac 2009. Tempat: Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Pengkalan Chepa,

Kota Bharu, Kelantan.

Tinjauan kepentingan Pembangunan Modal Insan di Malaysia (Review on the Importance of

Human Resource Capital Development in Malaysia), Mohd Fauzi Hamat dan Mohd

Khairul Naim Che Nordin.