34
FALSAFAH PEMBANGUNAN SAHSIAH BAB 1

Bab 1 - Falsafah Pembangunan Sahsiah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Falsafah Pembangunan Sahsiah (KKD)

Citation preview

FALSAFAH PEMBANGUNAN SAHSIAH

BAB 1

Definisi Falsafah

Falsafah atau dalam bahasa Inggerisnya philosophy bermakna cinta akan kebijaksanaan dan kebenaran (love of wisdom and truth) - Suffean Hussein (2008)

Perspektif yang jelas dan benar tentang ilmu dan pengalaman manusia.

Pemikiran yang analitik dan saintifik.

Siapa Ahli Falsafah ?

Ahli Falsafah memberikan interpretasi komprehensif tentang ilmu dan kebenaran, sifat manusia dan hubungannya dengan alam semesta; nilai mutakhir segala kejadian oleh Yang Maha Pencipta; erti kehidupan, kesedaran manusia; kebebasan manusia dan pengertian nilai-nilai etika dan estetika.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” .

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Empat unsur penting dalam falsafah

pendidikan kebangsaan (Omar Abdull Kareem

2011):

1. Proses

2. Matlamat

3. Dasar

4. Hasil

Unsur Proses

Unsur proses dilihat berdasarkan pernyataan Pendidikan di Malaysia sebagai suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

Unsur Matlamat

Unsur matlamat yang dapat dikesan melalui pernyataan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Unsur Dasar

Unsur dasar dilihat kepada pernyataan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Unsur Hasil

Unsur hasil merujuk kepada usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Guru

Mengandungi 9 Perkara yang membentuk

amalan profesionalisme guru :

1. Berpekerti mulia

2. Berpandangan progresif dan saintifik

3. Bersedia menjunjung aspirasi Negara

4. Menyanjung warisan kebudayaan Negara

Falsafah Pendidikan Guru

5. Menjamin perkembangan individu

6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik

8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif

9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Menginsafi Bahawa Pertama, fungsi sesebuah Universiti

bukanlah sekadar mengurus program-program latihan, tetapi lebih penting daripada itu, iaitu mengendalikan sebuah proses pendidikan ke arah pembinaan dan pengukuhan sebuah peradaban, sama ada secara ketara ataupuntersirat;

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kedua, Universiti adalah sebuah lanjutan kepada kesinambungan sebuah tradisi pendidikan perguruan yang berusia lebih lapan dekad dengan kebitaraan dan kecemerlangannya yang tersendiri;

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

UPSI sambil mengiktiraf kekuatannya dalam sejarah bangsa dari segi sumbangannya bagi tempoh hampir satu abad, hendaklah juga menginsafi hakikat yang ia harus terus hidup dalam seni perubahan yang semakin pesat dalam era ini.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Maka Melewati fungsi utamanya untuk melahirkan

lulusan bagi mengisi keperluan sumber daya manusia yang mencukupi bagi negara, Universiti hendaklah menjadikan dirinya bertanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajarnya malah seluruh anggota masyarakat Universiti sendiri - memiliki ciri-ciri berikut;

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pertama, beriman sejati, berkeperihatinan atas kesucian ilmu dan pengetahuan, kebijaksanaan dan berkeikhlasan intelek, berperikemanusiaan dan bertata laku mulia;

Kedua, bersifat patriotis dan nasionalis yang sihat dan liberal serta bersifat celik budaya, celik agama dan celik global.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Matlamat terakhir UPSI adalah menjadikan anggota masyarakatnya, terutama sekali pelajar-pelajarnya, berimbang perkembangan minda, jiwa, jasmani dan rohaninya, serta berpeluang merealisasi diri sendiri sebagai individu dan memperkembangkan diri sendiri sebagai anggota yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara serta dunia dan alam sejagat.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas Keimanan, Keilmuan, Kebudayaan, Ketamadunan, Kemanusiaan, Kemasyarakatan dan Kenegaraan. Dalam mendekati matlamat falsafah ini, Universiti menitikberatkan Kecemerlangan dalam setiap bidang aktivitinya.

Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas

Keimanan, Keilmuan, Kebudayaan, Ketamadunan, Kemanusiaan, Kemasyarakatan dan Kenegaraan.

Falsafah Universiti dalam MemenuhiFalsafah Pendidikan Kebangsaan

Universiti bukan hanya (sekadar) bangunannya, bukan hanya kenyataan zahirnya. Sesungguhnya, dalam sejarah mana pun, pengajar-pengajar dan guru-gurunya yang belajar daripada mereka adalah unsur utama kewujudan universiti. Jadi cemerlang atau tidak universiti itu bergantung kepada ilmu pengetahuan dan pengenalan yang ada pada diri guru-gurunya masing-masing. Sekiranya ilmu yang ada pada guru itu tidak betul-betul matang serta mendalam, maka tentu sahaja taraf universiti itu tidak cemerlang.

Falsafah Universiti dalam MemenuhiFalsafah Pendidikan Kebangsaan

Tegas Syed Muhammad Naguib (1988) menggambarkan kecemerlangan universiti terletak kepada ketinggian ilmu dan ekosistem intelektual yang terbentuk hasil daripada kualiti akademik yang mantap dengan mengutamakan kepentingan budaya ilmu.

Pembangunan Sahsiah Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Orang baik adalah orang yang insaf sepenuhnya tanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang Hak; yang memahami dan menyelenggarakan penunaian keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya; yang terus berupaya meningkatkan setiap aspek dalam dirinya menuju kesempurnaan sebagai insan beradab (Syed Muhammad Naguib Al-Attas 1973).

Pembangunan Sahsiah Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Individu yang beradab adalah individu yang mempunyai sahsiah yang cemerlang. Wan Mohd. Nor (2005) menekankan bahawa adab mempunyai hubungkait dengan kebijaksanaan (hikmah), keadilan (‘adl) dan kebenaran (haqq). Oleh sebab itu, pendidikan sangat penting untuk membentuk akhlak dan sahsiah manusia

Pembangunan Sahsiah Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Tujuan mencari ilmu adalah untuk menanamkan

kebaikan atau pun keadilan dalam diri manusia sebagai seorang manusia dan individu, bukan hanya sebagai seorang warganegara atau pun anggota masyarakat. Yang perlu ditekankan (dalam pendidikan) adalah nilai manusia sebagai manusia sejati, sebagai warga kota, sebagai warganegara kerajaannya yang mikro, sebagai sesuatu yang bersifat spiritual, (dengan demikian yang ditekankan itu) bukanlah nilai manusia sebagai entiti fizik yang diukur dalam konteks pragmatis dan utilitarian berdasarkan kegunaannya kepada negara, masyarakat dan dunia (Syed Muhammad Naguib Al-Attas 1978).

Pembangunan Sahsiah Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Rumusannya, dalam membangunkan sahsiah insan, semua pihak harus bekerjasama. Pemahaman yang jelas tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah sangat penting. Selain itu, penghayatan dan pengaplikasian semua tuntutan boleh melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri.

Falsafah Pembangunan Sahsiah

1. Sahsiah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peibadi (Kamus Dewan 1994).

2. Sahsiah juga dikenali sebagai personaliti, manakala daripada perspektif Islam, personaliti merujuk kepada akhlak yang positif dan akhlak yang negatif (Fariza & et al, dlm. Fariza Md Sham 2013).

Falsafah Pembangunan Sahsiah

1. Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti yang merujuk kepada tret yang mencirikan peribadi orang berkenaan.

2. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain.

3. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

Falsafah Pembangunan Sahsiah

4. Sahsiah terdiri daripada beberapa aspek yang melibatkan perbezaan perlakuan seseorang dengan orang lain iaitu berdasarkan kepercayaan, budaya, tret fizikal dan perbezaan keupayaan, kekuatan dan kematangan berfikir.

5. Sebagai guru, mereka haruslah memiliki sahsiah yang cemerlang merangkumi semua aspek iaitu jasmani, rohani, naluri dan akal individu.

Falsafah Pembangunan Sahsiah

Pembangunan sahsiah manusia berdasarkan al-Ghazali (1988) terbahagi kepada empat komponen iaitu qalbu, nafsu, akal dan rohani.

Komponen qalbu merujuk kepada proses untuk menerima hidayah dan penerangan intuitif.

Falsafah Pembangunan Sahsiah Nafsu pula berfungsi untuk mengurus dan

mentadbir jasad anggota manusia, mempunyai daya dorongan, tempat fokus daya syahwat dan marah.

Akal adalah komponen yang terlibat dalam proses persepsi, pemahaman dan pembinaan ilmu.

Rohani pula adalah entiti abstrak yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain.

Falsafah Pembangunan Sahsiah

Dalam menjamin sesuatu falsafah itu terlaksana, pendekatan bersepadu (integratif) harus direalisasikan.

Kehidupan yang berkesan adalah gabungan antara unsur duniawi dan ukhrawi.

Kehidupan akan menjadi bermasalah apabila adanya pengasingan antara dunia dan akhirat yang di sebut sebagai sekular.

Integrasi Falsafah

FalsafahPembangunan Sahsiah

RUMUSAN

Melalui kefahaman tentang falsafah pembangunan sahsiah berupaya:

1. Melahirkan guru yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

2. Memiliki personaliti unggul (towering personality) yang akan dapat merealisasikan aspirasi negara.

3. Memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara sebagai pendidik.