falsafah & teori pembangunan

Embed Size (px)

Text of falsafah & teori pembangunan

16/11/2011

TEORI PEMBANGUNAN

FALSAFAH & TEORI PEMBANGUNAN

Kesan dan pengaruh pembangunan terhadap:Sektor Sektor Politik

Ekonomi Sosial

Definisi Pembangunan

Pembangunan sekular, politik, sosial, dan budaya. Yang lebih menyeluruh merangkumi Sekular, Moral, Kerohanian, Agama. Dari segi Islam, Keupayaan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat

pembangunan yang datangnya daripada kesedaran yang tinggi dari umatnya yang saling bekerjasama dan bukannya datang daripada satu kelompok yang kecil meningkatkan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan dari segi zahir dan batin

Pembangunan ekonomi" , , "

Perkembangan atau peralihan yang berterusan, merangkum pengagihan semula sumber-sumber kekayaan. Perkembangan dari sudut sejarahnya dari era pertanian kepada era industeri dan dari tahap itu kepada era perkhidmatan. Namun, kenyataan ini dianggap sempit dan tidak mengaitkan semua dan secara meluas. Pembangunan ekonomi berasaskan pengembangan sumberdaya manusia (human capital) dan penguasaan teknologi sebagai penggerak utama (driving force). Pembangunan ekonomi merangkum pembangunan sistem kewangan dan dasar perniagaan global yang adil. Merangkum pemerataan kebebasan sosial, keadilan ekonomi, pengembangan teknologi, usaha mempelbagaikan sumber.

Pembangunan dalam Islam merangkum spectrum sistem nilai dan idea, sistem sosial yang mengandungi sistem kekeluargaan, politik, ekonomi, pelajaran, undang-undang dan peralatan budaya. Menurut Habakkuk( 1981,14): Economic development is an immensely complicated process. It is not just a matter of natural resources capital and labour. It is part of the whole social development of a society, it depends not merely on economic circumstances but on social structure and the attitudes of people to life as a whole.

1

16/11/2011

Pembangunan Sosial, Politik & Teknologi

Teori pembangunan sosial: Perubahan kualitatif terhadap struktur sosial. Membawa kesedaran untuk mewujudkan organisasi yang lebih sistematik, untuk meningkatkan taraf hidup manusia. Organisasi yang baru tersebut berupaya untuk mengumpul ilmu sosial, sumber serta tenaga masyarakat bagi mencapai pembangunan.

Fenomena pembangunan sosial yang paling umum adalah seperti contoh berikut:Sesebuah golongan memperkenalkan inovasi baru dalam segi idea kehidupan/amalan atau habit kepada golongan masyarakat. Idealogi ini akan ditentang oleh golongan konservatif, sebelum ia dapat diterima, dan dipraktikkan oleh semua.

Proses ini mengambarkan pembangunan sosial dimana masyarakat mengalami perubahan untuk mencapai ketamadunan hidup.

Pembangunan industri

Teori pembangunan secara umumnya selalu dianggap sebagai pembangunan ekonomi semata-mata. Hakikatnya, merangkumi sektor politik, sosial dan juga teknologi. Dan ketiga-tiga sektor ini saling berhubungkait antara satu sama lain, dari segi pembangunan. Pembangunan ekonomi seperti pendapatan negara yang meningkat tidak tentunya membawa kebaikan kepada masyarakat (pembangunan manusia). Contoh: Kenaikan harga di petrol, Perkembangan ekonomi yang padat. Sebaliknya, polisi dan program yang melibatkan kemanusiaan lebih mampu membawa perubahan kepada pembangunan sosial, dari segi pendidikan, kesihatan, kualiti hidup dan sebagainya.

definisi

MODENISASI

MODENISASI

Wilbert Moore (1963) Modenisasi - transformasi total masyarakat tradisional atau masyarakat pramoden kepada jenis teknologi dan organisasi sosial berkaitan yang mencirikan masyarakat Barat yang maju, ekonomi yang makmur dan mempunyai kestabilan politik.

Cyril Black (1967) Modenisasi - proses institusi menyesuaikan diri dengan kadar perubahan fungsi yang cepat untuk meningkatkan pengetahuan manusia, supaya manusia dapat menguasai dan mengawal persekitarannya yang akhirnya membawa kepada revolusi saintifik.

2

16/11/2011

Generalisasi umum konsep modenisasi

Modenisasi ekonomiModel pembangunan yang difokuskan kepada usaha untuk meningkatkan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan pembentukan modal di sesebuah negara.

Dua peringkat kehidupan

Tradisional Moden

Fungsionalis Menitikberatkan kesesuaian dan perlunya negara Barat sebagai model pembangunan di seluruh dunia. Marxis Pembangunan yang berasaskan kapitalisme akan menyebabkan negara dunia Ketiga terus dijajah, dimonopoli dan dikuasai oleh negara maju di Barat.

Langkah-langkah pembangunan ekonomi negara-negara mundur dapat berkembang

Memastikan ciri-ciri ekonomi dan sosial masyarakat tempatan digantikan dengan ciri-ciri ekonomi dan sosial yang terdapat di Barat. Dasar liberalisasi ekonomi Menyediakan insentif Mewujudkan sistem perdagangan bebas

Modenisasi sosialProses pembangunan yang dilalui oleh negara dunis Ketiga adalah sama dengan proses pembangunan yang telah dilalui oleh negara di Eropah Barat.

Konsep-konsep perbezaan antara dikotomi masyarakat dunia kepada tradisional dan moden

Ahli sosiologi Emile Durkheim mengklasifikasikan pola masyarakat moden kepada perpaduan mekanikal dan perpaduan organic.

Perpaduan mekanikal ialah ciri-ciri kehidupan masyarakat tradisional yang dikatakan memiliki tahap kehidupan yang paling minimum sistem nilai sistem kepercayaan menjalankan aktiviti ekonomi yang stereotaip Perpaduan organik bermaksud setiap unit masih saling bergantung di antara satu sama lain.

3

16/11/2011

Ahli teori sosiologi German, Ferdinand Tonnies (1887) mengemukakan konsep gemeinschaft (masyarakat) dan gesellschaft (individualism). Masyarakat gemeinschaft ciri-ciri kehidupan perhubungan peribadi yang rapat setiap anggota masyarakat mempunyai kefahaman yang jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat serta akur dengan jangkaan atau pengharapan masyarakat terhadapnya. Masyarakat gesellschaft merujuk kepada sebuah masyarakat yang lebih besar dan perhubungan antara anggota masyarakat lebih berasaskan kontrak. Industrialisasi Ciri-ciri kehidupan masyarakat industri/masyarakat maju Rasional Spesifik dinamik membawa perubahan dan kemajuan yang berterusan.

Louis Wirth - masyarakat maju ialah masyarakat urbanisme yang dianggap sebagai pusat kecemerlangan, yang bakal melahirkan tamadun sesebuah masyarakat. Max Weber mempopularkan konsep rasionaliti. Robert Redfield bersetuju dengan konsep rasionaliti, seterusnya mempopularkan konsep masyarakat folk dan masyarakat Bandar. Smelser (1963), Hoselitz (1960), Talcott Parson (1951) mengolah idea tersebut secare lebih komprehensif dengan tujuan untuk mengembangkan dan memperkukuh aliran sekolah pemikiran modenisasi.

Hoselitz (1960) menggunakan tipologi berikut membezakan antara negara maju dan negara membangun.

Masyarakat moden ialah masyarakat yang bersifat individu, manakala masyarakat mundur dicirikan dengan orientasi kolektif. Masyarakat maju ialah masyarakat yang berbentuk universal, manakala masyarakat mundur berbentuk tempatan. Masyarakat moden ialah masyarakat yang berasaskan kriteria pencapaian, manakala masyarakat mundur berasaskan kriteria pewarisan. Kriteria ini samalah dengan apa yang telah dikemukakan oleh McClelland yang berpendapat bahawa ciri-ciri kehidupan berasaskan keperluan kepada pencapaian yang tinggi yang wujud dalam masyarakat Barat telah menyebabkan mereka Berjaya sehingga kini. Masyarakat maju memperlihatkan ciri pengkhususan fungsi dan peranan, manakala masyarakat mundur dicirikan dengan fungsi dan peranan yang bersifat umum.

Anthony Giddens The Constitution of Society: Outline of the Theory of Structuration (1984) mengemukakan teori penstrukturan

Masyarakat kabilah Masyarakat dualism Masyarakat kelas atau kapitalis

Para pemikiran teori pembangunan ala modenisasi berpendapat bahawa:

Pembangunan dan pertumbuhan ialah dua perkara yang berbeza. Masyarakat terbahagi kepada tradisional dan moden. Masyarakat di negara yang masih ketinggalan dikatakan berpunca daripada cara hidup yang bercirikan kehidupan tradisional. Pertumbuhan di negarayang masih terkebelakang pembangunannya boleh dicapai melalui aplikasi sains dan teknologi Barat. Memisahkan proses pembangunan daripada negara kapitalis Barat hanya akan membawa kepada kemunduran.

Perubahan sosial yang berlaku ialah pengantian tanggungjawab komunal atau kolektif dengan mod motivasi yang lebih bersifgat individualistic dan materialistic. Sistem politik tradisional dan feudal digantikan dengan sistem emerintahan yang lebih demokratik dan liberal. Transformasi semua masyarakat di seluruh dunia kepada model modenisasi akhirnya dikatakan berjaya menghasilkan satu kestabilan global akibat daripada berkurangnya jurang ideology dan konflik kepengtingan antara satu sama lain.

4

16/11/2011

TEORI DUALISM

Dualisme adalah sebuah konsep yang dibahas secara luas dalam ilmu ekonomi pembangunan Konsep ini menunjukkan adanya jurang pemisah yang kian lama terus melebar antara negaranegara kaya dan miskin, serta di antara orangorang kaya dan miskin pada berbagai tingkatan di setiap negara.

Ciri masyarakat kapitalistik:

J. H. Boeke telah mengeluarkan teori tentang Economics and Economic Policies of Dual Society (dualisme sosial) pada tahun 1953:

Dualisme sosial adalah bentuk sistem sosial yang diimport dengan sistem sosial asli yang jenisnya berbeza. Seringkali sistem sosial yang diimport merupakan kapitalisme yang tinggi. bentuk yang paling sering diketemukan dari dualisme sosial adalah di mana sistem kapitalisme barat yang di import melakukan penetrasi ke dalam masyarakat agraris prakapitalis, dan di mana sistem sosial yang asli tetap dapat bertahan dan tidak dapat mengadaptasi prinsip-prinsip kapitalistik dalam praktik

Mengutamakan kepent