Upload
iman-annisaa
View
1.061
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
this is about my past in industrial training. i hope i can help you all. this is from the beginning.
Citation preview
BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.1 PENGENALAN
Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan kepada pelajar-
pelajar Politeknik mahupun Institut Pengajian Tinggi bagi memenuhi sistem pengajian
sama ada sijil, diploma atau ijazah. Melalui latihan industri ini para pelajar di beri
pendedahan tentang aspek dalam bidang yang di pelajari. Latihan industri ini
merupakan salah satu langkah untuk para pelajar menyesuaikan diri di alam pekerjaan.
Pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri bukan sahaja didedahkan kepada latihan
semata-mata malah dapat memperluaskankemahiran teknikal serta mencungkil bakat
serta minat para pelajar dalam bidang yang diceburi. Para pelajar boleh mendapat
banyak pengalaman serta pengetahuan yang berguna sepanjang tempoh latihan. Ini
boleh membantu para pelajar memahami bagaimana cara untuk menggunakan
1
teori yang di pelajari serta mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam
industri. Secara tidak langsung ini akan memupuk sikap bertanggunjawab,
berdisiplin dan berwaspada semasa bekerja. Selain itu sifat amanah, berdedikasi
dan berkeyakinan wujud dalam diri pelajar.
Latihan ini dapat menilai kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan selepas
tamat pengajian. Para pelajar juga boleh memperluaskan pergaulan dengan
kumpulan masyarakat di tempat kerja serta mempelajari cara berkomunikasi dan
menanam semangat berpasukan. Latihan ini juga membolehkan para pelajar
mempraktikkan segala teori yang di pelajari semasa berada di politeknik dan di
tempat latihan industri. Di samping itu, latihan ini juga akan membiasakan diri
pelajar untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
Dengan ini, politeknik dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berpotensi
tinggi dan berkemahiran dalam semua aspek termasuklah mengendalikan
tanggunjawab mereka terhadap tugas dan arahan yang telah ditetapkan.
Kesesuaian tempat latihan industri adalah perkara penting yang perlu dititik
beratkan oleh setiap pelajar kerana kursus yang dipelajari di politeknik haruslah
sama dengan tugas yang dilakukan di tempat latihan itu. Latihan industri seperti ini
adalah bertujuan untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di politeknik dan
meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran seseorang pelajar agar dapat
menyesuaikan diri di alam pekerjaan kelak. Semasa menjalani latihan industri, para
peljar di kehendaki mencatat segala aktiviti yang dijalankan semasa latihan di dalam
buku laporan yang telah di sediakan oleh pihak politeknik. Sementara itu, buku
laporan rasmi juga perlu di hasilkan oleh para pelajar setelah tamat latihan
industri.
1.1.1 PENDAHULUAN
Sebelum di anugerahkan sesebuah Sijil atau Diploma, pelajar disyaratkan
lulus latihan industri terlebih dahulu sebelum di perakukan penganugerahan Sijil
atau Diploma. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester
1
iaitu selama 5 bulan sebelum dianugerahkan sijil atau diploma. Bagi pelajar yang
mengambil kursus diploma, mereka diwajibkan menjalani latihan industri pada
semester 4 manakala bagi pelajar yang mengambil kursus sijil , mereka diwajibkan
menjalani latihan industri pada semester 3.
Kebiasaannya, tempat untuk menjalani latihan industri akan dipilih oleh
pelajar itu sendiri sama ada di sektor swasta ataupun kerajaan. Pelajar boleh
memohon tempat latihan industri dengan cara melaluin Unit Perhubungan dan
Latihan Industri atau memohon sendiri ke organisasi yang disukai untuk pilihan.
Sepanjang menjalani latihan industri, semua pelajar yang menjalankan latihan
industri dikehendaki dan diwajibkan menulis laporan latihan industri dan mencatat
kerja harian pada buku laporan harian yang telah disediakan oleh pihak politeknik.
Buku laporan yang telah ditulis hendaklah diserahkan kepada penyelia yang
bertugas mengawasi pelajar sepanjang tempoh latihan pada setiap 2 minggu untuk
disemak dan ditandatangan.
Buku laporan harian amat penting dan ia diambil kira bgi penilaian modul
latihan industri. Markah untuk laporan harian adalah 20 % daipada keseluruhan
markah latihan industri. Ia amat penting kerana ia akan menjadi panduan kepada
pelajar untuk menyiapkan laporan latihan industri dan kerja kerja teknikal. Selain itu,
juga akan menjadi panduan dan rujukan bagi menjelaskan aspek dan skop kerja
mengenai apa yang dipelajari dan diberi penerangan oleh pihak yang terlibat
selama menjalani latihan industri. Laporan latihan industri mestilah lengkap dan
mengikut Garis Panduan Latihan Industri Politeknik yang telah ditetapkan oleh
sektor pengurusan politeknik.
1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri merupakan satu latihan amali yang mesti dijalani oleh setiap
pelajar yang menuntut di politeknik. Semua pelajar juga wajib lulus latihan industri
sebelum dianugerahkan sesebuah sijil atau diploma
2
Antara objektif utama dalam latihan industri adalah bagi melahirkan sikap
bertanggungjawab keatas setiap pelajar bagi melaksanakan sesuatu tugas yang
telah diberikan oleh majikan di firma masing masing. Pelajar dikehendaki
menyiapkan kerja yang ditugaskan pada waktu yang telah ditetapkan. Kerja yang
disiapkan mestilah kemas dan lengakap serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Selain itu juga, ia akan melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi semasa datang
dan pulang dari bekerja.
Selain itu , pelajar yang menjalani latihan industri juga, akan didedahkan
dengan beberapa aspek kemahiran contohnya seperti, kemahiran dalam bekerja,
pekerja mestilah berdisiplin dalam menjalankan kerja. Seterusnya, kemahiran
bekerjasama, kemahiran komunikasi serta keterampilan diri. Dengan ini, apabila
para pelajar menamatkan latihan industri, mereka akan lebih berkeyakinan untuk
berhadapan dengan pelbagai situasi yang akan mendatang.
Latihan industri juga mendedahkan kepada pelajar mengenai alam
pekerjaan yang sebenarnya. Oleh itu, pelajar akan mempelajari dan mempraktikkan
apa yang dipelajari secara amali bersesuaian dengan kursus masing masing. Peara
pelajar juga akan mendapat ilmu yang selebihnya semasa menjalani latihan ini.
Seterusnya, latihan industri juga akan memupuk semangat bekerjasama. Ini
kerana, pelajar dan pekerja akan bekerjasama untuk melakukan sesuatu kerja.
Pekerja yang telah berpengalaman akan memberi tunjuk ajar kepada pelajar –
pelajar. Di sini, pelajar dan pekerja melahirkan sikap bekerjasama di dalam firma.
Para pelajar juga mendapat pengalaman semasa di tempat kerja.
Selama menjalani latihan industri, para pelajar dapat mempelajari kaedah-
kaedah sebenar didalam pembinaan. Jika sebelum ini pelajar hanya didedahkan
dengan teori, yang dipelajari di politeknik, maka di firma mereka dapat mempelajari
dengan lebih terperinci. Oleh yang demikian pelajar akan memahami dengan lebih
mendalam dan memberi gambaran yang jelas malah dapat dipraktikkan dengan
betul.
3
Justeru itu, dengan menjalani latihan industri ini, ia akan melahirkan pelajar
yang berproduktif dan cekap dalam melakukan sesutu pekerjaan. Apa yang penting,
pelajar telah mendapat dan mengetahui suasana di tempat kerja. Ini akan memberi
faedah kepada pelajar suatu hari nanti setalah memasuki alam pekerjaan yang
sebenarnya benarnya.
1.1.3 OBJEKTIF LAPORAN
Apabila telah menjalani latihan industri selama 6 bulan, pelajar wajib
menyediakan satu laporan lengkap mengenai latihan yang telah dijalani. Laporan
tersebut hendaklah menerangkan mengenai perkara perkara yang telah dijalankan
semasa dalam latihan industri bersama firma.
Antara objektif utama laporan latihan industri dibuat adalah untuk panduan
yang sangat berguna kepada pelajar di masa hadapan kelak. Dengan adanya
laporan ini, ia akan memudahkan pelajar membuat rujukan setelah menempuh alam
pekerjaan kelak. Ini memberi banyak faedah kepada pelajar.
Selain itu, laporan ini juga menerangkan dengan terperinci mengenai kerja
kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri.
Para pelajar mestilah menulis dengan lebih terperinci tentang aktiviti yang
dijalankan di dalam buku laporan ini. Membuat buku laporan latihan industri adalah
perkara wajib bagi pelajar politeknik sebelum diluluskan atau tidak latihan industri.
Jika pelajar gagal menjalani latihan industri dengan baik, pelajar dikehendaki
mengulang semula. Jika berjaya, pelajar dibenarkan mendaftar semester
seterusnya.
Tambahan lagi, laporan ini juga adalah sebagai dokumen sokongan bagi
pelajar dalam temuduga pekerjaan nanti. Laporan yang baik dan lengkap boleh
membantu pelajar dalam mendapatkan pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.
Laporan yang kemas dan teratur dapat membantu para pelajar untuk meyakinkan
pihak pengurusan firma apabila ingin memohon pekerjaan kelak.
4
1.1. 4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri sememangnya memberi banyak kebaikan kepada para
pelajar. Ia memberikan pengalaman yang sebenarnya semasa melakukan latihan
amali ini mengikut dan bersesuaian dengan kursus masing masing. Pelajar dapat
menyesuaikan diri semasa bekerja dan cara untuk berkomunikasi dengan orang
orang yang terlibat.
Selain itu, latihan industri juga dapat mengaitkan teori-teori yang telah
dipelajari semasa di politeknik dengan aspek-aspek praktikal yang sebenar. Para
pelajar akan dapat mempraktikkan ilmu teori dan keadaan sebenar semasa amali
dijalankan. Ini akan lebih membuka minda pelajar agar mengetahui adakah teori
dan praktikal itu adalah perkara yang sama atau berbeza.
Pada masa yang sama, ia dapat melahirkan individu yang berkualiti dan
memenuhi kehendak kerajaan yang mahu melahirkan ramai pelajar untuk mengisi
jawatan di sektor sektor kerajaan atau swasta. Ini akan memberi sejuta kelebihan
kepada pelajar lulusan Politeknik khususnya untuk merebut peluang tersebut
bersama pengalaman yang ada semasa menjalani latihan industri ini.
Sememangnya, latihan industri juga mengajar pelajar untuk membina
personaliti dan keyakinan seseorang individu. Dengan ini, pelajar lebih merasa
berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai seterusnya meningkatkan
motivasi diri semasa melangkah ke alam pekerjaan kelak. Latihan industri
hendaklah dikekalkan supaya dapat melahirkan individu yang berkualiti kelak.
5
1.2 LATAR BELAKANG FIRMA
1.2.1 PENGENALAN FIRMA
TA RESTU ENTERPRISE merupakan firma yang milikan tunggal. Ia salah
sebuah firma yang mengambil pelajar praktikal lulusan politeknik untuk melakukan
latihan industri di sini.. Firma ini telah ditubuhkan oleh pengurus tunggalnya sendiri
iaitu En.Tengku Azman B Raja Hassan.
Firma ini juga bergiat aktif dalam bidang kontrak dan telah melakukan projek
pembinanaan di merata rata tempat khususnya di sekitar daerah Machang seperti di
UITM,Kampus Machang. Selain itu, firma ini juga mempunyai pengkalan pasir yang
diusahakan sendiri oleh beliau. Ia terletak di Kampung Simpul Berlubang,Machang,
Kelantan. Ia membekalkan perkhidmatan pasir kepada pelanggannya dengan
harga yang berpatutan dan akan dihantar sendiri oleh beliau. Ramai pelanggan
berpuas hati di atas perkhidmatan perniagaannya.
TA RESTU ENTERPRISE mempunyai objektifnya yang tersendiri. Ia mahu
berada di kedudukan yang tertinggi di dalam syarikat dan menjadi syarikat
pengeluar produk pembinaan yang berkualiti dan maju. Manakala misinya pula
untuk memastikan syarikat sentiasa mendapatkan keyakinan para pembeli dan
memajukan lagi industri pembinaan Negara di masa akan datang.
1.2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN FIRMA
Syarikat TA RESTU ENTERPRISE di telah ditubuhkan selama 10 tahun
yang lalu dan dimiliki oeleh sepenuhnya oleh kontraktor bumiputera yang berjaya.
Syarikat ini telah menjalankan perniaagaannya di daerah Machang dan beralamat di
No 62 Kg.Kweng Hitam, 18500 Machang , Kelantan.
6
Pada awalnya , ia telah ditubuhkan pada 19 Julai 1997 dengan nama TA Restu
Enterprise yang dinamakan sempena nama pengurusnya iaitu,Tengku Azman Raja
Hassan.Permulaannya ketika ditubuhkan, Syarikat TA Restu Enterprise merupakan
syarikat yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontarktor di bawah Kontraktor Kerja
Kelas F dengan nombor sijil pendaftaran 3020018 yang mana menjalankan projek-
projek kecilan seperti membaikpulih penghawa dingin, pertanian, pembinaan,
mencuci bangunan, kerja-kerja tanah dan membersih kawasan yang berdaftar
dengan Telekom, CIDB, Kementerian Kewangan, jabatan-jabatan kerajaan, badan
berkanun dan swasta.
Setelah bertahun tahun berjaya menguruskan projek dan membuat tendar
dengan pihak kerajaan, syarikat TA Restu Enterprise ingin melebarkan
perniagaannya dalam bidang yang lebih mencabar. Oleh itu, pada 13 Mac 2005,
syarikat ini telah mendaftarkan premis perniagaannya sebagai kontraktor kerja kelas
D dengan nombor pendaftaran 0303 D 2001 0032.
Selain itu, syarikat TA Restu juga mempunyai beberapa buah anak syarikat
yang mana diusahakn pada waktu yang sama iaitu syarikat TGA Restu Enterprise.
Syarikat ini dimiliki oleh isteri beliau iaitu Nik Roslizaini bt Muhamad. Namun, ia juga
turut dibantu oleh Tengku Azman sendiri. TGA Restu ini menjalankan perniagaan
seperti membaikpulih penghawa dingin, pembinaan, mencuci bangunan, pertanian,
kerja-kerja tanah dan membersih kawasan, perkhidmatan makanan bermasak Islam
dan seumpamanya. Syarikat ini berdaftar sebagai kontraktor kelas F dan termasuk
agensi agensi kerajaan yang sah seperti Kementerian Kewangan Malaysia.
Seterusnya, syarikat TL Restu Enterprise juga merupakan salah satu anak
syarikat TA Restu Enterprise dan diasaskan oleh pengasas yang sama iaitu Tengku
Azman b Raja Hassan. Syarikat ini menjalankan perniagaan barang-barang binaan
am seperti pembetung bulat ( kalbok ), kerek, longkang dalam pelbagai saiz, bata
press, bata block, dan juga perkhidmatan sewa back hoe.
7
Setelah berjaya menceburi bidang berkenaan dengan kredibiliti
pengurusnya, ia menunjukkan bahawa syarikat telah menjalankan segala projek
yang telah diperolehinya dengan baik dan memuaskan serta perniagaan bahan
binaan yang di usahakannya berjalan dengan lancar tanpa keraguan oleh
pelanggannya.
1.2.3 AHLI PENGURUSAN FIRMA
Syarikat TA RESTU ENTERPRISE di miliki sepenuhnya oleh bumiputera
yang telah beroperasi lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Syarikat ini telah
menjalankan segala operasinya dialamat Lot 62 Kg Kweng Hitam, 18500 Machang
Kelantan.
Syarikat telah ditubuhkan pada 19 Julai 1997 dengan nama TA RESTU
ENTERPRISE, yang diambil sempena nama pemilik tunggalnya sendiri iaitu Tengku
Azman Raja Hassan. Beliau merupakan seorang anak jati Kelantan yang dilahirkan
di Kampung Panji, Kelantan. Beliau telahpun mendirikan rumahtangga pada usia 23
tahun bersama seorang wanita yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Kini usia
perkahwinan beliau hampir sepuluh tahun dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.
Kini beliau dan keluarganya tinggal di Lot 3635, Taman Sri Aman, L/R Machang –
Pasir Puteh, 18500 Machang, Kelantan.
Syarikat ini diterajui oleh seorang pengurus dan dibantu seorang penyelia
tapak, 2 orang kerani wanita, 2 orang pemandu lori dan seorang pemandu back
hoe dan 33 orang pekerja am yang sedang berkhidmat untuk projek di
UITM,Machang.
Untuk pengetahuan, sepanjang saya menjalani latihan industri di sini, saya
juga berpeluang menggantikan jawatan sebagai kerani untuk sementara digantikan
dengan kerani baru.
8
1.2.4 AKTIVITI FIRMA
Firma TA Restu Enterprise juga memfokuskan kepada perniagaan
barangan-barangan yang diperbuat daripada simen di Machang, Kelantan. Firma
ini mempunyai prestasi yang cemerlang di dalam menjalankan tugasan-tugasan
yang telah ditetapkan berdasarkan pengalaman-pengalaman kerja yang telah
dijalankan. Hal ini demikian kerana terjalinnya kerjasama yang padu di kalangan
pihak pengurusan dan pekerja-pekerjanya.
Selain daripada membekal barangan simen, ia juga menawarkan khidmat
seperti:
1. Pengangkutan bas sekolah kepada pelajar sekolah dan pelajar UITM
kampus Machang ke bandar Machang.
2. Menjadi agensi tetap di bawah jabatan pengairan dan saliran Malaysia bagi
kerja membersih dan memelihara sungai dan tali air
3. Perkhidmatan sewa jentera berat seperti back hoe, lori, excavator, mesin
rumput, mixture
Antara projek - projek pembinaan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
BIL TAJUK PROJEK NOMBOR KONTRAK HARGA KONTRAK
NAMA AGENSI
TARIKH SIAP
01. Membekal dan memasang pembentong dan kayu berkanta di Sek. Keb. Bukit Tiu Machang.
JKR(M) Proj/B/2003/48
RM1,081.40 JPP 21/07/2003
02. Membekal dan memasang pembentong dan kayu berkanta di Sek.
JKR(M) Proj/B/2003/78
RM4,340.55 JPP 29/09/2003
9
Keb. Bukit Tiu Machang.
03. Membaikpulih longkang pecah dan tanah runtuhtrahma diUiTM Machang.
UITM/Kel/03/059 RM5,160.00 UiTM 03/11/2003
04. Membekal dan memasang water heater di rumah Taska diUiTM Machang
UITM/kel/03/05/016 RM1,500.00 UiTM 14/12/2003
05. Membina pondok rukun tetangga Pangkal Meleret, Machang.
PPJZ3(AM)M/4/03 RM10,000.00 JPP 14/12/2003
06. Membina Madrasah Kg. Banggol Tok Yasok, Machang.
Z3(DP)M 13/03 RM20,000.00 JPP 22/12/2003
07. Kerja membesar dan membaiki Madrasah Kg. Belukar Panjang, Machang.
PPJZ3/DN (M) 43/03 RM15,000.00 JPP 04/03/2004
08. Perkhidmatan membersih dan mencuci bangunan Sek. Men. Teknik Tanah Merah.
KP/JPT-BPTV/3/22/63/(10)
RM96,480.00 16/02/04-15/02/05
09. Kerja-kerja penyelenggaraan kemasan lantai dan tingkap di Pusat Kegiatan Guru Labok, Maachang.
00271 50,000.00 PKG 11/10/2007
10. Membina dan menyiapkan sebuah lintasan jentera serta kerja-kerja berkaitan di Hilir Sat, Machang, Kelantan
JPS.KN.M.KI.53/2007 9990.00 JPS 27/05/2007
10
11.Kerja-kerja menggali, mendalam, dan melebar anak sungai kerak di Kg Putat, Temangan, Machang, Kelantan
JPS.KN.M.KI.42/2007 19150.00 JPS 12/04/2007
12.Kerja-kerja membina jalan kecemasan ke Kem Kesatria UiTM Kelantan, Kampus Machang, Bukit Ilmu, 18500 Machang, Kelantan.
UiTM/KN/SH/02/07 77450.00 UiTM 10/07/2007
Rajah 1.2.1 Senarai projek projek yang telah dilaksanakan
1.2.5 HALATUJU FIRMA
VISI
TA RESTU ENTERPRISE mempunyai visi yang tertentu seperti firma-firma
lain.Visi TA RESTU ENTERPRISE ialah menjadi syarikat pengeluar produk
pembinaan yang berkualiti dan maju.
MISI
Untuk memastikan syarikat sentiasa mendapatkan keyakinan para pembeli
dan memajukan lagi industri pembinaan Negara di masa akan datang
11
1.2.6 CARTA ORGANISASI FIRMA
PENGURUS
TENGKU AZMAN B. RAJA HASSAN
KELULUSAN : SPM
PENYELIA
SHARIAH BT ABDULLAH
KELULUSAN: SPM
Rajah 1.2.6.1 Carta Organisasi Syarikat TA RESTU ENTERPRISE
KERANI 1
RUZAINI BT NOORDIN
KELULUSAN : SIJIL KEJURUTERAAN AWAM
KERANI 2
AYU SUHANA BT HADRI
KELULUSAN : SIJIL PENGAJIAN PERNIAGAAN
PEMANDU LORI 1
AMPANDI B. ISMAIL
KELULUSAN : SPM
PEMANDU LORI 2
MOHD ALWI B JUSOH
KELULUSAN : SPM
PEMANDU CASE
MOHD SURIA AFFENDI B. OTMAN
KELULISAN : SPM
PEKERJA AM YANG MASIH
BERKHIDMAT (33 ORANG)
12
13
14