15
 1 BAB 1: Pengenalan kepada Penyelidikan 1.1 Mukadimah 1.2 Memperolehi Ilmu Pengetahuan 1.3 Apakah Penyelidikan? 1.4 Penyelidikan dalam Pendidikan 1.5 Ciri-Ciri Penyelidikan 1.6 Proses penyelidikan 1.7 Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif 1.8 Etika Penyelidikan Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:   memberi definisi penyelidikan  menerangkan langkah-langkah proses penyelidikan  membezakan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif  menjelaskan pentingnya etika dalam penyelidikan

Bab 2. Etika

Embed Size (px)

DESCRIPTION

test

Citation preview

  • 1

    BAB 1:

    Pengenalan kepada Penyelidikan

    1.1 Mukadimah 1.2 Memperolehi Ilmu Pengetahuan 1.3 Apakah Penyelidikan? 1.4 Penyelidikan dalam Pendidikan 1.5 Ciri-Ciri Penyelidikan 1.6 Proses penyelidikan 1.7 Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif 1.8 Etika Penyelidikan

    Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

    memberi definisi penyelidikan

    menerangkan langkah-langkah proses penyelidikan

    membezakan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif

    menjelaskan pentingnya etika dalam penyelidikan

  • 2

    Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam pendidikan serta proses

    menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Perbincangan bertumpu kepada konsep-

    asas penyelidikan serta ciri-ciri dan proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan.

    Juga dibincangkan ialah perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan

    kualitatif serta etika dalam penyelidikan.

    Sejak turun temuruan, manusia telah menghasil dan mengumpul pelbagai jenis ilmu atau

    pengetahuan. Kini, setiap tahuan, jumlah ilmu atau pengetahuan yang dihasilkan

    meningkat berganda kali. Ilmu atau pengetahuan wujud daripada sumber-sumber berikut:

    (Lihat Rajah 1.1).

    Rajah 1.1 Kaedah Memperoleh Pengetahuan [Sumber: adaptasi G.C. Helmstadter, konsep Penyelidikan dalam tingkah laku

    manusia. New York: Appleson-abad-Crofts]

    Wahyu (Revealed Knowledge): Pengetahuan yang diturnkan oleh Tuhan. Pelbagai agama mempunyai teks suci yang merupakan seruan-seruan yang tidak

    1.1 Mukadimah

    1.2 Memperolehi Ilmu Pengetahuan

    Pengalaman

    Intuisi Wahyu Kepercayaan

    Rasionalisme Sains

    PENGETAHUAN

  • 3

    dapat dinafikan, muktamad dan tidak boleh dicabar. Contohnya, al-Quran, al-

    Kitab, Torah, Bhagvad Gita,

    Kepercayaan (Beliefs): Manusia mempunyai jenis kepercayaan dan kadamg kala diterima sebagai benar atau betul. Contohnya, memakai sesuatu baju bertuah akan

    menentukan pasukan bola akan menang atau cerita-cerita doggeng atau karut

    diterima sebagai kebenaran. Berikan kepercayaan-kepercayaan lain (selain

    daripada agama) yang anda menganggap sebagai kebenaran. Bolehkah ia

    dibuktikan secara saintifik?

    Intuisi atau Gerak Hati (Intuition): Kita semua mempunyai intuisi atau gerak hati tentang pelbagai situasi atau kejadian. Ia merupakan

    pengetahuan yang berasal daripada perasaan kita sendiri atau

    ramalan ahli nujum. Contohnya, anda mempunyai intuisi bahawa

    sesuatu akan berlaku pada kawan anda. .

    Pengalaman Peribadi (Personal Experience): Sepanyang hayat kita telah melalui pelbagai jenis peristiwa yang ditaktif sebagai pengalaman. Contohnya, anda pernah jatuh daripada pokok dan ini menjadi fakta atau pengetahuan

    berdasarkan pengalaman anda. Anda juga mempunyai pelbagai persepsi tentang

    orang lain berdasarkan pengalaman bercampur gaul

    dengan mereka. Kadang-kala persepsi atau pandangan

    anda tentang orang lain tidak tepat kerana dipengaruhi

    oleh banyak faktor-faktor lain. Contohnya, anda

    mempunyai pemikiran stereotaip tentang kumpulan etnik X kerana suatu insiden

    ketika bercampur gaul dengan ahli kumpulan etnik berkenaan. Juga pandangan

    kita tentang sesuatu ditokok-tambah yang memesong fakta.

    Rasionalisme (Rationalism): Pengetahuan yang wujud dengan membentangkan sesuatu idea dan menggunakan

    akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Daya

    intelak yang berada secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari

    kebenaran dengan berhujah dengan logik. Ahli falafah menghasilkan ilmu dengan

    rasionalisme dan membincang dengan mendalam isu-isu seperti apa itu

    keindahan, apa itu kebenraan, apa seorang manusia yang jujur dan sebagainya.

    Sains (Science): Sains menggunakan kaedah untuk menyiasat sesuatu fenomena, menceburi ilmu baru,

    atau membetulkan dan menyepadukan ilmu

    terdahulu. Kaedah ini berasaskan bukti yang boleh

    dibuktikan secara empirikal dan boleh diukur

    berdasarkan prinsip penakulan. Kaedah saintifik

    melibatkan pengumpulan data secara teratur,

    terkawal dan perumusan dan pengujian hipotesis.

  • 4

    Dalam kursus ini, kita bertumpu kepada

    mencari atau memperolehi ilmu pengetahuan

    dengan menggunakan kaedah atau penyiasatan saintifik. Kaedah ini memerlukan kita menjalankan penyelidikan untuk membuktikan sesuatu. Apakah penyelidikan?

    Penyelidikan ialah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru. (Ahmad Mahzan Ayob, 1983).

    Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat (Manheim, 1997).

    Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengenal pasti soalan yang hendak dijawab dan menggunakan kaedah untuk menjawab soalan tersebut (Helmstadter, 1970).

    Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai sesuatu fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan kebenaran yang muktamad mengenai fenomena itu. Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak didapati semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah. (Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987)

    Penyelidikan ialah usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis atau hanya sekadar ingin mengetahui samada wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu. (J. Supranto, 1986)

    Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisis dan pemerhatian yang terkawal secara sistematik dan objektif yang membawa kepada pembentukan generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian (Best, 1991).

    1.3 Apakah Penyelidikan?

  • 5

    Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan atau penyelidikan saintifik?. Menurut

    Kerlinger (1973), penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik,

    terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena

    semulajadi yang boleh diperhatikan. Terdapat tiga perkataan penting dalam definisi ini

    yang perlu diberi perhatian; iaitu sistematik, terkawal dan empirikal.

    Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan.

    Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

    Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think

    mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang

    terdiri daripada langkah-langkah berikut:

    Dalam suatu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa:

    Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan.

    Berikutan kenytaan itu, ratusan surat, email dan SMS diterima daripada orang ramai

    memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang

    dikemukakan ialah kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan, saiz kelas

    yang terlalu besar, guru tidak mengadakan kelas pemulihan, tidak cukup guru bahasa

    yang berkelayakan, latihan guru yang ketinggalan zaman, pelajar yang tidak minat, tidak

    cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya. Pendapat yang diberikan orang ramai

    kebanyakkan berdasarkan:

    Pengalaman peribadi

    Intuisi atau Gerak Hati

    Rasionalisme [hujah-hujah yang dihuraikan dengan terperinici]

    Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

    1. Mengenal pasti Masalah

    2. Menggubal Soalan Kajian atau Hipotisis

    3. Mereka Bentuk Kajian untuk Menjawab Soalan Kajian

    atau Menguji Hipotesis

    4. Mengumpul dan Menganalisis Data

    5. Menjawab Soalan Kajian atau Menerima/Menolak

    Hipotesis

  • 6

    Kepercayaan Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?.

    Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan saintifik perlu dijalankan untuk

    menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan

    berkesan. Penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau

    maklumat tentang sesuatu perkara dengan tujuan membongkar fakta.

    Setiap tahun berjuta-juta ringgit dibelanja untuk penyelidikan. Dalam bidang farmasi,

    wang dibelanjakan untuk mencipta ubat-ubatan yang dapat menyembuh pelbagai jenis

    penyakit seperti kanser, sakit jantung dan lain-lain. Dalam bidang zoologi, penyelidikan

    dijalankan untuk memahami habitat dan tabiat haiwan dengan tujuan menyelamatkan

    haiwan yang menghadapi kepupusan.

    Dalam bidang pendidikan, penyelidikan dijalankan untuk memahami dengan lebih

    mendalam fenomena-fenomena yang melibatkan PELAJAR, GURU, PENTADBIR, IBU

    BAPA dan KOMUNITI. Dalam kehidupan seharian pelbagai pernyataan dibuat bagi

    menerangkan fenomena yang berlaku. Contohnya;

    Remaja terlibat dengan jenayah kerana pengaruh television

    Pelajar ponteng sekolah kerana pengajaran membosankan.

    Ramai pelajar tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

    Pelajar pada masa kini kurang patriotik

    Gejala mat rempit disebabkan remaja bosan hidup di bandar

    Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid di

    sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak memuasakan

    1.4 Penyelidikan dalam Pendidikan

    a) Kenal pasti perkataan-perkataan penting dalam beberapa definisi penyelidikan

    b) Bagaimana ilmu pengetahuan diperolehi melalui rasionalisme? c) Bolehkah pengalaman seseorang diterima sebagai ilmu? d) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?

  • 7

    Guru dibebankan dengan tugas-tugas penkeranian

    Pernyataan-pernyataan seumpama ini tidak

    boleh diterima selagi tidak ada data untuk

    menyokongnya. Oleh itu penyelidikan

    dijalankan untuk memerihal, menjelas dan

    membukti (Christensen, 1988). Contohnya,

    hanya dengan penyelidikan dapat kita

    menentukan faktor-faktor yang menyebabkan

    penguasaan Bahasa Inggeris rendah kerana sikap negatif terhadap bahasa tersebut atau pelajar terlibat dengan gengsterisme kerana harga diri yang rendah. Dengan menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan

    (yang kita membincang dalam bab-bab

    seterusnya) tertentu, penyelidik dapat mengenal pasti faktor-faktor (variabel-variabel)

    yang wujud dan interaksi antara faktor-faktor berkenaan dalam menerangkan sesuatu

    fenomena. Contohnya, dalam kajian yang dijalankan oleh Jean Piaget, beliau memerhati

    dengan terperinci anak-anaknya sendiri dan mencatat pemerhatiannya. Dengan

    memerihal apa yang diperhatikan dia berjaya mengenal pasti variabel-variabel yang

    wujud dan mencadang teori perkembangan kognitif yang kamu telah mempelajari dalam

    kursus-kursus sebelum ini.

    [sumber: Lim Boon Yann, 2009]

  • 8

    Penyelidikan bermula dengan sesuatu pertanyaan atau soalan dalam minda penyelidik. Lihat keadaan sekeliling untuk mengenal pasti fenomena yang

    menarik perhatian anda. Mengapa pencapaian pelajar perempuan lebih baik

    berbanding dengan pelajar lelaki? Mengapa kegiatan buli wujud disekolah

    rendah?. Penyelidikan berasal daripada sesuatu soalan yang ditanya tentang

    sesuatu fenomena yang menragui anda. Dengan bertanya soalan-soalan yang

    relevan, kita dapat mewujud suasana yang inkuisitif.

    Penyelidikan memerlukan pernyataan masalah yang jelas. Penyelidikan yang berjaya bermula dengan pernyataan yang nyata dengan terperinci, penggunaan

    bahasa yang tepat, mengemukakan apa yang ingin diterokai dan membolehkan

    orang lain memahami apa yang hendak diselidiki.

    Penyelidikan bermula dengan sesuatu masalah umum yang kemudian dibahagikan kepada beberapa masalah kecil yang merupakan soalan kajian atau

    hipotesis. Data dikumpulkan untuk menjawab soalan-soalan kajian atau membukti

    hipotesis-hipotesis yang disenaraikan.

    Penyelidikan memerlukan perancangan teliti yang terdiri daripada arah dan reka bentuk untuk membongkar kebenaran atau merangkan fenomena tertentu.

    Rajah 1.2 Proses Penyelidikan dalam Pendidikan

    1.6 Proses Penyelidikan

    1. Penghasilan Idea 2. Mengenal Pasti

    Permasalahan Penyelidikan

    3. Mereka Bentuk Kajian

    4. Mengumpul Data 5. Menganalisis Data

    6. Menulis Laporan

    1.5 Ciri-Ciri Penyelidikan

  • 9

    Lihat Rajah 1.2 yang menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam proses

    menjalankan penyelidikan dalam pendidikan.

    1. Penghasilan Idea

    Idea untuk penyelidikan diperolehi daripada pelbagai sumber.

    Mula dengan tempat kerja dan keadaan sekiling anda. Jika anda seorang guru, berbagai idea untuk kajian wujud

    dalam bilik darjah seperti ciri-ciri pelajar, kaedah

    mengajar, ciri-ciri guru dan bahan pengajaran.

    Jika anda seorang pengurus pendidikan, idea untuk penyelidikan wujud dalam tugas seharian mentadbir

    sesuatu organisasi pendidikan.

    Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah, ketagihan dadah di kalangan remaja,

    minat pelajar terhadap persekolahan, masalah ponteng dan sebagainya.

    Bagaimana isu-isu ini berkaitan dengan teori dan kajian-kajian lampau?

    Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga merupakan idea untuk penyelidikan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian

    mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah

    variabel tertentu.

    Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan. Contohnya, anda

    minat membuktikan teori perkembangan kognitif Piaget atau teori perkembangan

    moral Kohlberg.

    2. Mengenal Pasti Permasalahan Penyelidikan dan Menggubal Soalan Kajian

    Setiap pelajar akan berdepan dengan isu mencari masalah untuk dikaji yang merupakan

    langkah pertama ke arah menjadi penyelidik matang. Apabila anda membaca bahan

    literatur anda merasa bahawa banyak kajian telah dijalankan dalam bidang pendidikan

    dan tidak ada lagi yang hendak diterokai. Mencari masalah yang hendak dikaji adalah

    sukar bagi kebanyakkan pelajar sehingga beberapa di antara mereka enggan meneruskan

    pengajian. Berikut ini adalah panduan yang dapat membantu anda mengenal pasti

    permasalahan penyelidikan.

    Langkah 1: Kenal pasti satu masalah yang umum dalam bidang yang menarik

    minat anda dan berkaitan dengan matlamat profesional anda. Misalnya, anda

    mungkin minat dengan bagaimana kanak-kanak belajar menguasai kemahiran

  • 10

    menulis, bagaimana hendak menjadikan pengajaran bacaan lebih menarik,

    bagaimana mempertingkatkan pengajaran kemahiran mendengar, bagaimana

    menggunakan teknologi dalam pengajaran bahasa, stail kepimpinan yang

    memotivasi guru berusaha dan sebagainya.

    Langkah 2: Kemudian anda dikehendaki memperincikan permasalahan

    penyelidikan kepada beberapa soalan penyelidikan. Soalan penyelidikan

    merupakan soalan atau pernyataan yang akan dijawab dalam kajian anda.

    Contohnya,

    Adalah murid perempuan dapat menulis karya kreatif yang lebih baik berbanding dengan murid lelaki?

    Apakah mendorong murid perempuan untuk menghasil karya penulisan yang lebih kreatif berbanding dengan murid lelaki?

    Memang diakui ini bahawa langkah ini adalah sukar dalam bagi penyedik novis.

    Biasanya, dia mempunyai gambaran yang umum tentang apa yang hendak dikaji

    tetapi tidak dapat memfokus masalah umum itu kepada soalan-soalan penyedikan

    yang dapat memandu penyelidikannya.

    [Kita membincangkan permasalahan penyelidikan dan soalan penyelidikan dengan lebih terperinci dalam Bab 2]

    3. Pemilihan Kaedah Mereka bentuk penyelidikan untuk menjawab

    Soalan Penyelidikan memerlukan perancagan yang

    teliti. Kaedah yang dipilih tertakluk kepada Soalan

    Penyelidikan yang hendak dijawab. Sekiranya

    kaedah eksperimental digunakan untuk menunjukkan keberkesanan, usaha perlu

    dilakukan bagi memastikan variabel-variabel extraneous terkawal. Tindakan ini penting

    untuk meyakinkan orang lain bahawa penemuan yang diperolehi adalah sah dan

    bolehdipercayai. Sekiranya, kaedah survey digunakan untuk menunjukkan hubung

    kaitan, sampel yang dipilih hendaklah mewakili populasi yang dipilih secara rawak.

    Soalselidik yang ditadbirkan kepada subjek harus mempunyai kebolehpercayaan dan

    kesahan yang tinggi untuk meyakinkan orang lain tentang data yang diperolehi.

    Sesuatu Soalan Penyelidikan yang Baik

    menerangkan hubung kaitan antara beberapa variabel

    boleh diuji dengan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada

    boleh diuji dengan sumber fizikal dan kewangan yang sedia ada

    terdiri daripada variabel yang boleh diukur

    boleh diuji dengan tidak membawa kesan buruk kepada subjek yang dikaji

  • 11

    [Kita membincangkan beberapa jenis kaedah-kaedah penyelidikan dengan lebih terperinci dalam Bab-Bab seterusnya]

    4. Mengumpul dan Menganalisis Data Dalam pendidikan, teknik pengumpulan data yang lazim digunakan

    ialah ujian, soalselidik, ujian, semak senarai temubual atau

    pemerhatian, analisis dokumen dan sebagainya. Data yang

    dikumpul dianalisis secara kuantitatif atau kualitatif atau kedua-

    duanya untuk menjawab soalan penyelidikan.

    [Kita membincangkan beberapa jenis teknik pengumpulan data dengan lebih terperinci dalam Bab-Bab seterusnya]

    5. Menjawab Soalan Kajian Data yang analisis ditafsir bagi menjawab soalan penyelidikan. Pada peringkat ini,

    penyelidik dapat memastikan sejauh manakah sesuatu soalan penyelidikan yang

    digubal itu dapat dijelaskan dengan data yang diperolehi. Contohnya, adakah bukti

    yang kukuh untuk menunjukkan bahawa lagi kerap guru menyoal dalam bilik darjah, lagi

    baik kebolehan meneyelesai masasalah murid. Sebaliknya, dapatkah dibuktikan bahawa

    pelajar perempuan lebih berjaya dalam kemahiran penulisan kreatif apabila diajar dengan

    dengan kaedah inkuiri.

    6. Menulis Laporan Diakhir proses penyelidikan ialah penulisan laporan.

    Lazimnya, sesuatu laporan itu terdiri daripada LIMA Bab.

    Bab 1 Pengenalan

    Bab 2 Tinjauan Literatur Berkaitan

    Bab 3 Metodologi

    Bab 4 Penemuan / Dapatan

    Bab 5 Rumusan

    Rujukan

    Lampiran

    Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk sebagai

    satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada penyelidikan pendidikan

    ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena baru pada masa akan datang.

  • 12

    Sepertimana dijelaskan di atas, setelah menetapkan soalan penyelidikan, langkah

    seterusnya ialah pemilihan kaedah penyelidikan. Adalah salah sekiranya anda

    menentukan kadah sebelum dapat menetapkan soalan penyelidikan. Kaedah-kaedah yang

    digunakan dalam penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua kategori umum:

    Kaedah Penyelidikan Kuantitatif

    Kaedah Penyelidikan Kualitatif

    Kaedah Penyelidikan Kuantitatif Perkataan kuantitatif dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris quantitative yang berasal daripada perkataan quantity yang bermakna boleh dianggarkan dengan mengirakan jumlah. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka

    dan data numerikal. Contohnya, penyelidik memberi satu ujian kefahaman bacaan kepada

    100 murid, buat pemarkahan dan mengira bilangan yang lulus dan sebagainya. Juga

    penyelidik boleh menggunakan statistik untuk mengiran min, peratusan atau sisihan

    lazim dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai

    darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai

    penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh

    melibatkan responden yang besar.

    Kaedah Penyelidikan Kualitatif Perkataan kualitatif dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris qualitative yang berasal daripada perkataan quality yang bermakna makna. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang

    berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi

    bilangan responden yang kecil.

    1.7 Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

    a) Apakah tujuan penyelidikan? b) Jelaskan ciri-ciri penyelidikan. c) Nyatakan ciri-cirisoalan penyelidikan yang baik. d) Apakah yang dimaksudkan dengan pemilihan kaedah

    penyelidikan? e) Senaraikan kandungan sesuatu laporan penyelidikan.

  • 13

    PERBEZAAN DI ANTARA KAEDAH KUANTITATIF DAN KUALITATIF

    i) Bentuk Data

    KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

    Data berbentuk angka yang boleh diukur. Data berbentuk perkataan atau ayat yang

    dikumpul melalui temubual atau yang

    direkod dalam bentuk gambar atau video.

    ii) Instrumen Kajian

    KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

    Penyelidik menggunakan instrument

    seperti soal selidik dan ujian pencapaian

    bagi memungut data. Instrumen berfungsi

    sebagai alat pengukur dan menjadi alat

    perantaraan antara penyelidik dan peserta

    kajian.

    Penyelidik adalah instrumen utama

    memungut data. Penyelidik perlu berada

    dalam situasi yang dikaji, mendengar dan

    memerhati sendiri fenomena yang ingin

    dikaji.

    iii) Reka bentuk Kajian

    KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

    Reka bentuk ditetapkan sebelum data

    dipungut

    Reka bentuk bersifat mudah lentur /

    fleksibel, boleh diubahsuai mengikut

    keadaan dan keperluan situasi.

    iv) Peserta Kajian

    KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

    Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta

    kajian adalah sampel yang dipilih dengan

    menggunakan teknik persampelan tertentu.

    Penyelidik adalah sebahagian daripada

    peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh

    secara langsung daripada peserta kajian.

    v) Sampel

    KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

    Penyelidik mengkaji populasi atau sampel

    yang mewakili populasi. Saiz sampel besar

    dan dipilih berasaskan kebarangkalian.

    Saiz sampel kecil dan dipilih secara

    bertujuan dan tidak berasaskan

    kebarangkalian.

    vi) Jenis Kaedah

    KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

    Eksperimental, Survey, Temu Bual

    Berstruktur, Pemerhatian Berstruktur

    Kajian Tindakan, Pemerhatian, Temu Bual,

    Kajian Kes, Analisis Dokumen, Etnografi

  • 14

    Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya

    merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal

    mempunyai persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam

    prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat

    penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu

    daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang

    akan kita laksanakan.

    Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi

    empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih

    bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih.

    Sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan

    menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan.

    Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah

    yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan

    kualitatif. Kita juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif

    dalam satu kajian yang sama.

    Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada kaedah penyelidikan adalah

    permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain setiap

    penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan

    barulah data-data dicari melalui metodologi-metodologi dan strategi pilihan sesuai.

    Isu-isu etika memerlukan perhatian pengkaji dalam setiap peringkat penyelidikan.

    Masalah-masalah etika yang dihadapi dalam penyelidikan akan dibincangkan mengikut

    kitaran penyelidikan iaitu:

    Peringkat

    Penyelidikan

    Masalah-masalah Etika Yang Sering Dihadapi

    Pemilihan

    Permasalahan

    Tujuan Kajian Tidak Melanggar Nilai-nilai Sejagat

    Kejujuran Dalam Kajian Literatur Meniru Kajian Tanpa Pengiktirafan Objektiviti Pengkaji

    Reka Bentuk

    Penyelidikan

    Memelihara Hak Privacy & Digniti Responden Perlindungan Responden

    1.8 Etika

  • 15

    Kegagalan Memberi Rawatan Kepada Kumpulan Kawalan

    Memugut Data

    Keterbukaan Dalam Memugut Data

    Penyalahgunaan Status Pengkaji

    Penggunaan Alat Pengukur Berhak Milik

    Penganalisaan Data Kejujuran Menganalisa Data

    Keselamatan Data

    Interpretasi Data &

    Laporan

    Penjelasan Dan Pembetulan Interpretasi

    Pengitirafan Kolaborasi

    Tekanan Untuk Melapor

    Ciri-ciri penyelidikan yang baik merangkumi perspektif saintifik dan etika. Isu menjadi

    lebih ketara dalam penyelidikan sosial di mana subjeknya ialah manusia yang

    mempunyai perasaan, intelek dan dipengaruhi nilai-nilai sosial dan agama.

    a) Apakah kaedah penyelidikan kuantitatif? b) Apakah kaedah penyelidikan kualitatif? c) Nyatakan beberapa perbezaan antara penyelidikan kuantitatif

    dan penyelidikan kualitatif. d) Jelaskan isu-isu etika dalam peringkat-peringkat penyelidikan.