Upload
suriati-md-akhir
View
255
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sjh
Citation preview
13
FOKUS KAJIAN/ ISU KAJIAN
Tinjauan Isu Kajian
Tujuan tinjauan masalah adalah untuk mencari satu masalah yang wujud kepada
pengkaji semasa proses pengajaran bagi membantu murid semasa proses
pembelajaran. Masalah tersebut akan difokuskan untuk mencari jalan penyelesaian
dengan memperkenalkan teknik yang baharu.
Namun demikian, dapat diperhatikan bahawa timbul satu masalah bagi murid
untuk menjawab soalan yang mempunyai jadual. Murid tidak dapat mengenalpasti
pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerakbalas. Bagi mengukuhkan lagi
permasalahan ini, pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen iaitu pemerhatian,
analisis dokumen dan Ujian Diognistik untuk mendapatkan maklumat.
Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji terhadap murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Respon murid terhadap soalan pengkaji serta tingkah
laku murid sepanjang sesi P&P berlangsung juga diperhatikan dan dicatatkan.
Pengkaji akan membincangkan mengenai satu set soalan Bahagian B yang
mempunyai satu soalan berjadual dan satu soalan bergambar (Lampiran A).
Penggunaan dua jenis soalan yang berbeza ini adalah sebagai perbandingan tahap
kebolehan murid untuk mengenalpasti pembolehubah mengikut jenis soalan.
Pemerhatian yang dilakukan adalah secara berstruktur mengikut tiga aspek yang
telah dipersembahkan di dalam borang senarai semak. (Lampiran B)
14
Analisis Dokumen
Terdapat dua cara yang digunakan untuk menganalisis dokumen. Cara pertama ialah
menganalisis set ulangkaji murid manakala cara kedua ialah menganalisis buku
latihan murid.
Bagi cara pertama iaitu menganalisis set ulangkaji murid, skop soalan yang
diberikan ialah Menyiasat Benda Hidup di mana murid telah mempelajarinya di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Soalan tersebut mempunyai dua
bahagian iaitu soalan objektif di Bahagian A dan Bahagian B untuk soalan struktur.
Pada Bahagian B, terdapat satu soalan yang berbentuk jadual dan satu soalan
bergambar. (Lampiran A)
Cara kedua yang digunakan untuk menganalisis dokumen ialah dengan
menganalisis hasil latihan murid yang ditulis di dalam buku latihan. Di sekolah ini,
penggunaan Buku Bitara adalah diwajibkan oleh murid dan setiap murid perlu
membelinya. Buku Bitara merupakan sebuah buku latihan yang lengkap dan
mengikut Huraian Sukatan Pelajaran. Hampir semua guru di sekolah ini
menggunakan buku tersebut sebagai rujukan dan latihan kepada murid
Ujian Diognistik
Ujian diognistik pula merupakan satu instrumen yang digunakan untuk
mengukur daerah kelemahan responden secara terperinci. Melalui ujian diognistik
juga pengkaji dapat mengetahui dengan lebih jelas bahagian kelemahan murid yang
menggangu murid untuk menjawab soalan. Murid telah diberikan satu ujian yang
hanya mengandungi soalan Bahagian B sahaja. Soalan tersebut merangkumi
keseluruhan tajuk yang telah diajar dan bentuk soalannya adalah bercampur iaitu
15
bergambar, berjadual dan berbentuk graf. (Lampiran C). Murid diminta menjawab
tanpa berbincang dengan rakan.
Analisis Isu Kajian
Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan oleh pengkaji
terhadap responden.
Analisis Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan sepanjang sesi perbincangan soalan semasa waktu p&p.
Keputusan pemerhatian telah dimuatkan di dalam Jadual 1. Hasil dapatan bagi
perkara pertama telah menunjukkan bahawa semua responden dapat memberikan
jawapan yang tepat bagi soalan pembolehubah yang mempunyai gambar. Murid
dilihat menjawab dengan penuh yakin ketika pengkaji mengajukan soalan yang
terdapat di dalam soalan tersebut.
Keputusan bagi perkara yang kedua pula dilihat tidak memuaskan. Ini kerana
keseluruhan responden tidak dapat memberikan jawapan yang tepat bagi soalan yang
mempunyai jadual. Keputusan ini amat berbeza apabila dibandingkan dengan
keputusan bagi soalan yang mempunyai gambar. Pengkaji juga mendapati bahawa
murid tidak bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan yang berkaitan apabila sesi
perbincangan di lakukan.
Analisis dapatan bagi perkara ketiga telah menunjukkan bahawa hanya empat
orang responden sahaja iaitu L001, P005, P008 dan P010 yang melibatkan diri
sepenuhnya semasa sesi menjawab soalan. Pengkaji dapat melihat bahawa
penglibatan murid tersebut hanya pada soalan yang mempunyai gambar sahaja.
Sekiranya soalan beralih kepada yang berjadual, tumpuan murid berkurang dan
dilihat seperti tidak berminat.
16
Jadual 1
Hasil pemerhatian yang dicatatkan oleh pengkaji di dalam borang pemerhatian
BIL
.
PERKARA
RESPONDEN
L1
L2
L3
L4
P5
P6
P7
P8
P9
P10
1
Adakah murid
memberikan
jawapan yang
tepat bagi
soalan
pembolehubah
bergambar
ketika disoal?
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
2.
Adakah murid
memberikan
jawapan yang
tepat bagi
pembolehubah
dalam soalan
berjadual
ketika disoal?
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
3.
Adakah murid
melibatkan diri
sepenuhnya
terhadap sesi
menjawab?
/
X
X
X
/
X
X
/
X
/
Hasil dapatan yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa masalah murid
terhadap soalan berjadual dalam mengenalpasti pembolehubah.
17
Analisis Dokumen
Bagi menganalisis set ulangkaji, didapati murid dapat menjawab Bahagian A dengan
betul tetapi menghadapi masalah untuk menjawab Bahagian B. Masalah yang ketara
dilihat ialah apabila murid gagal memberikan jawapan yang tepat untuk soalan yang
memerlukan murid mengenalpasti pembolehubah. Apabila pembolehubah gagal
untuk dikenalpasti maka ianya akan mempengaruhi jawapan kepada soalan yang lain
seperti hipotesis dan juga kesimpulan.
Namun demikian, kegagalan murid untuk mengenalpasti pembolehubah ini hanya
pada soalan yang berbentuk jadual sahaja dan tidak kepada soalan lain yang bukan
berbentuk jadual. Keputusan analisis dokumen telah dimuatkan di dalam Jadual 2. Ini
menunjukkan bahawa murid telah mempunyai kefahaman dalam konsep
pembolehubah tetapi tidak mampu untuk diaplikasikan ke dalam soalan yang
berbentuk jadual.
Jadual 2
Rekod markah responden untuk set ulangkaji
Bil
Responden
BAHAGIAN
A
(30 markah)
BAHAGIAN B
Markah
keseluruhan
(100%)
Soalan
Bergambar
(5 markah)
Solaan
Berjadual
(5 markah)
1 L001 30 5 3 95
2 L002 30 5 2 93
3 L003 26 5 3 85
4 L004 30 5 3 95
5 P005 28 5 2 88
6 P006 26 4 2 80
7 P007 27 5 3 88
8 P008 29 5 2 90
9 P009 25 5 3 83
10 P010 28 5 2 88
18
Murid juga dilihat mengalami kesukaran hanya untuk mengenalpasti
pembolehubah manipulasi dan pembolehubah yang bergerakbalas sahaja. Bagi
pembolehubah dimalarkan, kesemua murid dapat menjawab dengan betul samada
soalan berjadual atau bergambar. Analisis dapatan ujian ulangkaji yang dimuatkan di
dalam Jadual 2 dapat menunjukkan di mana daerah kelemahan murid. Pembolehubah
manipulasi dan pembolehubah bergerakbalas adalah saling berkaitan. Sekiranya
murid tidak menjawab dengan betul salah satu daripada pembolehubah tersebut,
maka pembolehubah yang lain akan turut salah. Murid juga sering tertukar di antara
kedua-dua pembolehubah tersebut semasa proses mengenalpasti disebabkan
maklumat tersebut wujud di dalam bentuk jadual. Ianya berbeza dengan
pembolehubah yang dimalarkan kerana pembolehubah ini bersifat tetap dan amat
mudah untuk murid mengenalpastinya.
Untuk lebih terperinci, analisis Bahagian B dijalankan dan dimuatkan di
dalam Jadual 3. Didapati, keseluruhan murid tidak dapat mengenalpasti
pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas pada soalan yang berjadual tetapi dapat
menjawab dengan baik bagi soalan bergambar. Ini menunjukkan bahawa kelemahan
murid mengenalpasti pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas terhadap soalan
yang mempunyai jadual dapat dilihat dengan jelas.
Namun demikian, terdapat seorang responden iaitu P006 yang tidak dapat
menjawab pembolehubah yang dimalarkan bagi soalan berjadual. Pengkaji
merasakan kemungkinan besar telah berlaku kecuaian terhadap responden tersebut
ketika menjawab soalan memandangkan responden tersebut dapat menjawab dengan
betul pembolehubah yang dimalarkan bagi soalan bergambar.
19
Jadual 3
Analisis soalan ulangkaji Bahagian B yang melibatkan pembolehubah manipulasi,
bergerakbalas dan pembolehubah dimalarkan.
RESPONDEN
BAHAGIAN B
PERATUS
MARKAH
BETUL
SOALAN 1
(Berjadual)
SOALAN 2
(Bergambar)
WTS
WTC
WTO
WTS
WTC
WTO
L001
/
X
X
/
/
/
66
L002
/
X
X
/
/
/
66
L003
/
X
X
/
/
/
66
L004
/
X
X
/
/
/
66
P005
/
X
X
/
/
/
66
P006
X
X
X
/
/
/
50
P007
/
X
X
/
/
/
66
P008
/
X
X
/
/
/
66
P009
/
X
X
/
/
/
66
P010
/
X
X
X
/
/
50
PETUNJUK:
WTO: What To Observe/ Pembolehubah Bergerakbalas
WTC: What to Change/ Pembolehubah Manipulasi
WTS: What To Keep Same/ Pembolehubah Dimalarkan
Melalui Jadual 3 juga, responden P006 dapat memberi jawapan
pembolehubah yang dimalarkan dengan betul bagi soalan 2. Ini menunjukkan
bahawa responden ini tahu bagaimana mengenalpasti pembolehubah tersebut. Salah
20
satu faktor yang menyumbang kesalahan murid semasa menjawab pembolehubah
ialah apabila murid tidak meletakkan parameter. Pada umumnya, untuk menulis
pembolehubah, ianya perlu mengandungi dua perkara iaitu parameter dan benda/
objek (Fauzi, 2011). Contoh parameter ialah isipadu, jenis, kehadiran, panjang,
bilangan dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, jawapan sebenar bagi pembolehubah
yang dimalarkan di dalam soalan 2 ialah jenis pokok. Tetapi responden hanya
memberikan jawapan pokok sahaja. Ini menunjukkan bahawa tiada parameter
diletakkan dihadapan pokok tersebut. Berdasarkan set ulangkaji ini jelas
menunjukkan bahawa murid lemah dalam mengenalpasti pembolehubah bagi soalan
berjadual.
Analisis dokumen yang seterusnya ialah dengan menganalisis buku latihan
murid. Analisis terhadap Buku Bitara telah dijalankan. Melalui data yang diperolehi,
didapati semua murid tidak menjawab soalan Bahagian B yang mempunyai jadual
tetapi soalan yang lain dapat dijawab oleh murid. Ini menunjukkan bahawa murid
memilih untuk tidak menjawab soalan berbentuk jadual kerana kesukaran
mengenalpasti pembolehubah seterusnya memilih untuk tidak menjawab. Data
tersebut dipersembahkan di dalam bentuk bergambar. Analisis dokumen boleh
didokumenkan dalam bentuk gambar di mana gambar tersebut dapat memberi
gambaran sesuatu situasi dengan jelas (Rosli, Kartini, Badrul dan Ahmad, 2011)
Analisis dokumen bagi hasil kerja murid dalam Buku Bitara yang
dipersembahkan dalam bentuk gambar di dalam Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan
contoh perbezaan hasil jawapan yang dihasilkan oleh seorang murid, P005 mengikut
jenis soalan. Murid tersebut dapat mengenalpasti pembolehubah seterusnya dapat
membuat kesimpulan. Namun demikian, murid mengalami masalah untuk
mengenalpasti pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas dalam soalan berjadual
21
seterusnya murid tersebut gagal memberikan jawapan untuk kesimpulan iaitu
gabungan daripada pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerakbalas.
(Fauzi, 2011). Oleh itu, jika murid tidak dapat mengenalpasti kedua-dua
pembolehubah tersebut maka kesimpulan yang dihasilkan adalah tidak tepat dan
salah
Rajah 1. Gambar hasil kerja murid, P005 yang menjawab soalan berbentuk jadual
22
Rajah 2. Gambar hasil kerja murid P005 yang menjawab soalan selain daripada
jadual (bergambar)
Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa murid lemah dalam
mengenalpasti pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas bagi soalan berjadual
sahaja.
23
Analisis Ujian Diognistik
Bagi ujian diognistik, murid telah diberikan satu lembaran kerja yang hanya
mengandungi soalan Bahagian B sahaja. Soalan tersebut merangkumi keseluruhan
tajuk yang telah diajar dan bentuk soalannya adalah bercampur iaitu bergambar,
berjadual dan berbentuk graf (Lampiran C). Murid diminta menjawab tanpa
berbincang dengan rakan. Ujian tersebut dikumpulkan bagi proses menganalisis dan
juga sebagai pengumpulan data. Jadual 4 telah disediakan bagi menunjukkan dapatan
terhadap ujian yang telah dilaksanakan.
Jadual 4. Hasil ujian diognistik 1 yang melibatkan bilangan responden yang
menjawab soalan pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas sahaja.
RESPONDAN
ITEM
SKOR
Soalan 1
bergambar
Soalan 2
berjadual
Soalan
3
bentuk
graf
Soalan 4
bergambar
Soalan 5
berjadual
L001
/
/
/
/
X
4
L002
/
X
/
/
X
3
L003
/
X
/
/
X
3
L004
/
X
/
/
X
3
P005
/
X
X
/
X
2
P006
/
X
/
/
X
3
P007
/
X
/
/
X
3
P008
/
X
/
/
X
3
P009
/
X
/
/
X
3
P010
X
X
/
/
X
2
24
Analisis ujian diognistik yang dimuatkan di dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa
kelemahan murid adalah kesukaran dalam mengenalpasti pembolehubah bagi soalan
yang berbentuk jadual. Terdapat dua soalan yang bergambar, dua soalan berjadual
dan satu soalan yang mempunyai graf. Hasil analisis menunjukkan kesemua
responden dapat menjawab dengan betul bagi Soalan 1 dan Soalan 4. Kedua-dua
soalan ini ialah soalan bergambar. Hasil keputusan bagi Soalan 3 iaitu soalan bergraf
menunjukkan hanya seorang responden sahaja iaitu P005 yang tidak dapat menjawab
dengan betul. Selebihnya kesembilan responden dapat menjawab dengan betul bagi
Soalan 3.
Bagi Soalan 2 dan Soalan 4, kedua-dua soalan ini merupakan soalan
berjadual. Hasil analisis Soalan 2 menunjukkan hanya seorang responden sahaja
yang dapat menjawab pembolehubah dengan betul iaitu L001. Selebihnya, semua
responden gagal memberikan jawapan yang tepat. Manakala, Soalan 4 turut
menunjukkan bahawa kesemua responden lemah dalam mengenalpasti
pembolehubah kerana hasil analisis menunjukkan kesemua responden tidak dapat
menjawab dengan betul.
Oleh demikian, pengkaji yakin bahawa kelemahan murid terhadap soalan
berjadual apabila tidak tahu untuk mentafsir jadual. Kesannya, murid tidak dapat
mencari dan menyatakan pembolehubah yang dikehendaki oleh soalan.
Memandangkan jadual mempunyai dua jenis bentuk yang berbeza iaitu melintang
dan menegak, proses untuk mentafsir data amat sukar bagi murid.
25
Refleksi Isu Kajian
Dapatan daripada hasil pemerhatian, ujian diognistik dan analisis dokumen jelas
menunjukkan bahawa murid Tahun 4 mengalami masalah untuk mengenalpasti
pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas hanya di dalam soalan berjadual sahaja.
Oleh demikian, satu langkah akan diambil bagi menangani masalah ini seterusnya
menjadikan kesemua murid yang bermasalah tersebut mampu menguasai serta
mengenalpasti pembolehubah bagi soalan berjadual dengan sebaiknya.