37
BAB 6 PENDEKATAN PROSODI SEMANTIK

Bab 6 Pendekatan Prosodi Semantik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

semantik

Citation preview

BAB 6

PENDEKATAN PROSODI SEMANTIK

PENDAHULUAN

• Kepentingan konteks dalam disiplin linguistik kognitif untuk menentukan makna sesuatu leksis yang digunakan oleh penutur bahasa telah mendorong terhasilnya satu lagi pendekatan untuk meneliti bahasa dari skop yang luas.

• Pendekatan yang lebih khusus digunakan untuk meneliti fenomena kepenggunaan sesuatu leksis ini dinamakan sebagai pendekatan semantic prosody atau prosodi semantik oleh Sinclair (1991) dan Louw (1993).

• Fenomena kepenggunaan sesuatu leksis yang menjadi tunjang dalam kajian-kajian prosodi semantik sebenarnya telah dikesan oleh Firth (1957) dalam tahun-tahun 1950-an lagi.

• Firth telah melakukan analisis terperinci terhadap beberapa leksis yang sering digunakan secara berturutan dalam sesebuah ayat.

• Menurut Firth, apabila kita berjumpa dengan segugusan leksis yang sering digunakan secara bersama dalam sesebuah teks, maka bukanlah suatu yang mustahil untuk kita berjumpa semula dengan gugusan leksis yang sama dalam teks yang berlainan.

• Keadaan ini menunjukkan bahawa setiap satu leksis mempunyai kebiasaan untuk dituruti oleh leksis-leksis lain yang sering berdampingan dengan leksis tersebut

• Konsep berdampingan - sama ada secara bergabung, berdekatan atau berkolokasi.

• Hasilnya – boleh ditentukan fenomena kepenggunaan leksis tersebut, misalnya dari segi penilaian dan keadaan.

• Sebagai contoh, leksis work sering kali akan digandingkan dengan leksis hard dalam pelbagai jenis ayat seperti work hard, work harder, dan work too hard untuk menjelaskan berkenaan sifat kerja (kebiasaannya positif) yang sedang dilakukan.

• Penelitian terhadap susunan segugusan leksis (sejajaran perkataan) dalam sesuatu ujaran (ayat) yang bergabung, berdekatan atau berkolokasi secara hampir, akan membolehkan leksis-leksis tersebut diinterpretasi secara kritis dari segi nilai, fungsi, keadaan, dan sebagainya.

• Penerokaan oleh Firth telah menarik perhatian Sinclair (1987) untuk meneruskan kajian berkenaan fenomena kepenggunaan leksis dari suatu perspektif yang dinamakannya sebagai analisis prosodi semantik.

• Konsep prosodi semantik:attitudinal and on the pragmatic side of the semantics / pragmatics continuum ... once notice among the variety of expression, it is immediately clear that the semantic prosody has a leading role to play in the integration of an item with its surroundings. It expresses something close to the ’function’ of an item. Sinclair (1996:87)

• Louw (1993) mengetengahkan konsep consistent aura - membolehkan penilaian terhadap sesuatu leksis dibuat dengan menggunakan analisis prosodi semantik.

• Penilaian yang dimaksudkan ialah penilaian berkenaan sifat positif atau negatif sesuatu leksis

• Penilaian ini hanya boleh dibuat dengan meneliti contoh- contoh leksis yang berkolokasi dengan leksis lain dalam jumlah bilangan yang banyak.

• Konsep consistent aura: an aura of meaning that is subliminal, in that we only become aware of it when we see a large number of typical instances all together. (Sinclair, 1994:21)

• Keadaan ini menunjukkan, sebenarnya tanpa kita sedari setiap satu leksis yang kita gunakan dapat dikenal pasti penilaiannya berdasarkan keadaan bergabung, berdekatan dan berkolokasi antara satu leksis dengan leksis-leksis lain.

• Konsep bergabung, berdekatan, dan berkolokasi boleh diperjelaskan sebagai keadaan atau suasana berkolokasi.

• Suasana berkolokasi - sesuatu butir bahasa boleh menimbulkan penilaian prosodi semantik yang positif atau negatif (atau juga neutral).

• Suatu leksis akan dikatakan bernilai positif sekiranya leksis tersebut sering berada dalam suasana berkolokasi dengan leksis-leksis yang juga diyakini bernilai positif.

• Perkembangan yang positif ini dinamakan sebagai AMELIORISASI iaitu proses perkembangan makna yang bernilai positif.

• Sesuatu leksis juga boleh dipercayai bernilai negatif sekiranya sering berada dalam suasana berkolokasi dengan leksis-leksis yang turut diyakini bernilai negatif.

• Keadaan ini pula dinamakan sebagai keadaan PEJORASI atau keadaan perkembangan makna yang bernilai negatif.

• Sekiranya leksis tersebut tidak menunjukkan potensi untuk berada dalam suasana berkolokasi yang tertentu atau terhad kepada suatu keadaan sahaja (sama ada positif atau negatif), maka leksis tersebut boleh diinterpretasikan sebagai leksis yang bernilai neutral.

• Walau bagaimanapun, bukan semua leksis boleh dinilai menggunakan pendekatan ini.

• Hanya leksis-leksis yang menunjukkan perilaku yang dikira penting sahaja dapat menggambarkan fenomena prosodi.

• Kumpulan leksis ini dikenali sebagai unit leksikal dominan seperti leksis:1. kata nama2. kata kerja 3. kata adjektif

Unsur Lekap dan Pindah

• Fenomena kepenggunaan leksis (sama ada dari segi nilai, fungsi ataupun keadaan leksis) yang dicerminkan melalui analisis prosodi semantik dipercayai berasaskan sifat prosodi sesuatu leksis yang mempunyai unsur lekapan dan pemindahan makna.

• Stewart (2010) menjelaskan maksud lekapan makna atau attached meaning sebagai keadaan sesuatu leksis yang memperoleh makna (dan nilai) hasil daripada lekapan makna leksis-leksis lain yang bergabung, berdekatan atau berkolokasi dengan leksis tersebut.

• Sebagai contoh, leksis sit through (menunggu sehingga tamat) yang dianalisis oleh Hunston (2002) cenderung ke arah makna dan nilai yang negatif kerana leksis tersebut sering digunakan bersama-sama dengan leksis lain untuk merujuk kepada keadaan masa yang panjang dan membosankan.

• Oleh kerana itu, secara alamiahnya (natural), makna dan nilai yang negatif seperti boredom (kebosanan) telah melekap kepada makna sit through.

• Sesuatu yang bersifat melekap, melibatkan proses perpindahan dari suatu lokasi kepada suatu lokasi yang lain.

• Dalam pendekatan prosodi semantik, proses lekapan sesuatu leksis telah menyebabkan wujudnya unsur pemindahan makna.

• Keadaan ini pula dijelaskan oleh Stewart (2010:42) sebagai transferred meaning.

• Konsep transferred meaning :The assumption that meanings are ‘attached, taken on, or acquired’ would suggest that they have arrived from elsewhere, and there is no doubt that the idea of semantic transfer is crucial to a great many descriptions of semantic prosody. (Stewart, 2010:42)

• Pernyataan oleh Stewart ini menjelaskan kepada kita bahawa analisis prosodi semantik juga melibatkan unsur diakronik, atau perubahan masa.

• Perubahan masa boleh menyebabkan berlakunya perubahan makna dan nilai sesuatu leksis.

Istilah Penting dalam Prosodi Semantik

• Untuk memahami analisis prosodi semantik, terdapat beberapa istilah yang perlu difahami kegunaannya.

• Istilah-istilah tersebut ialah: 1. Kata Kunci dalam Konteks (KWIC)2. Konkordans3. Kolokasi

Kata Kunci dalam Konteks (KWIC)

• Istilah Kata Kunci Dalam Konteks atau Key Word In Context (KWIC) telah diperkenalkan oleh Hans Peter Luhn (Chu 2007) seawal tahun 1953.

• Dalam penggunaan biasa, istilah ini juga dikenali sebagai leksis kata kunci.

• Ia digunakan untuk meneliti keberadaan suatu leksis dalam sejajaran leksis (atau dipanggil sebagai konkordans).

• Leksis yang dianggap sebagai kata kunci akan dipaparkan di tengah-tengah baris konkordans dengan empat atau lima leksis lain berada di kedudukan kiri dan kanan leksis tersebut.

• Penyisihan (sorting) leksis kata kunci yang diletakkan di tengah-tengah baris konkordans membolehkan penyelisikan ke atas leksis tersebut dilakukan.

• Untuk memperoleh suasana berkolokasi yang sebenar bagi leksis kata kunci, penganalisisan juga harus dilakukan terhadap leksikal-leksikal lain yang berada di kiri dan kanan leksis tersebut.

• Hal ini kerana, leksis-leksis lain boleh dianggap sebagai konteks, yang dapat mencerminkan keberadaan leksis kata kunci yang dikaji.

Konkordans

• Untuk membolehkan sesuatu leksis yang dianggap sebagai leksis kata kunci dianalisis kepenggunaannya (dari segi fungsi, makna, nilai dan sebagainya), leksis kata kunci tersebut memerlukan percontohan yang banyak.

• Setiap leksis kata kunci akan didatangkan khas dalam baris-baris konkordans yang turut menyertakan sekali leksis-leksis lain yang berada sebelum dan selepas penggunaan leksis kata kunci tersebut.

• Menurut McEnery, Xiao, dan Tono (2006:138) sebaris konkordans “is a simple of a node word together with a simple of its linguistics environment, often defined as a span of words to left and right.”

• Sinclair (1991:32) menjelaskan maksud konkordans sebagai “a collection of the occurances of a word-form, each in its own textual environment.”

• Sementara Noresah Baharom (1993) pula mendefinisikan konkordans sebagai baris petikan penggunaan sesuatu leksis daripada sekumpulan data korpus dengan kata yang hendak dikaji diletakkan di tengah-tengah baris.

• Merujuk kepada kedua-dua definisi tersebut, bolehlah dianggap bahawa konkordans ialah indeks (bagi sesuatu leksis) yang disusun mengikut keperluan agar mudah dijana atau dianalisis.

• Penyelisikan terhadap konkordans dilakukan dengan meneliti kolokasi sesuatu leksis kata kunci yang dikaji.

• Berdasarkan analisis tersebut, maka akan diperoleh pelbagai maklumat yang dianggap sebagai textual environment atau linguistics environment yang membolehkan kepenggunaan leksis yang dikaji tersebut difahami sepenuhnya.

• Antara maklumat:1. sintaksis, semantik, pragmatik, gaya huraian makna, dan ayat contoh2. statistik – frekuensi kewujudan sesuatu leksikal dalam sebahagian atau keseluruhan korpus3. penggunaan sesuatu leksis dalam konteks yang lebih luas, iaitu dua atau tiga ayat sebelum atau selepas sesuatu ayat yang mengandungi sesuatu leksis yang dikaji

Kolokasi

• Kehadiran leksis kata kunci (KWIC) di tengah-tengah baris konkordas tidak bersendirian, sebaliknya dilengkapi dengan leksis-leksis lain yang terletak di bahagian kiri dan kanan leksis kata kunci tersebut.

• Kedekatan dan penggabungan leksis kata kunci dengan leksis-leksis yang berdekatan dengannya di bahagian kiri dan kanan dianggap sebagai leksis yang berkolokasi.

• Sinclair (1991:170) - kolokasi: the occurence of two or more word within a short space of each other in a text

Definisi kolokasi:• Baker (1992) - kecenderungan sesuatu leksis untuk

bergabung secara teratur dalam sesuatu bahasa.• Svensen (1993) - sekumpulan leksis yang mempunyai

makna tertentu apabila leksis-leksis tersebut hadir bersama-sama dalam sesebuah teks

• Shei dan Pain (2000) - sekelompok leksis yang sering muncul bersama

• Kesimpulan: Kehadiran leksis-leksis lain yang bergabung dengan leksis kata kunci sangat penting dalam hubungan berkolokasi sehingga dapat menjelaskan kepelbagaian bentuk penggunaan sesuatu leksis kata kunci yang dikaji.

• Sebagai contoh, penelitian terhadap kolokasi membolehkan makna dan nilai sesuatu leksis kata kunci difahami dengan lebih jelas berdasarkan konteks yang dibekalkan.

• Segi peluasan makna - leksis hidup boleh membawa makna masih sah sekiranya berkolokasi dengan leksis lesen, dan boleh membawa makna belum meletup jika berkolokasi dengan leksis bom (Rusmadi 2003:73)

• Dari segi nilai pula - leksis wanita dianggap bernilai positif kerana lebih cenderung berkolokasi dengan leksis-leksis yang bernilai positif seperti leksis profesional, berpendidikan, kehormatan, dan jelita (Hajar 2005:95).

• Keadaan ini menunjukkan: kolokasi yang diasaskan oleh penggunaan dalam bahasa akan membekalkan ciri-ciri yang unik dan istimewa apabila melibatkan kepelbagaian perbezaan konteks seperti perbezaan individu yang terlibat, situasi yang berlainan, mood yang berbeza dan sebagainya.

• Muller (2008:6) mengatakan:Collocations exist because of the use of the language. This is an aspect which differs from person to person and so collocations do also. Its starts with different associations which depends on one’s job, mood, area, education, experience, and so on. But like in language in general, collocations have special prevailing conditions as well.

• Kolokasi dapat membekalkan ciri-ciri yang unik dan istimewa bagi sesuatu leksis kata kunci yang dikaji, berdasarkan kepelbagaian konteks yang ditimbulkan oleh perbezaan-perbezaan seperti pekerjaan, pendidikan, pengalaman dan sebagainya.

• Svensen (1993) membahagikan setiap kolokasi kepada 3 jenis yang berikut, iaitu:1. Kolokasi2. Kolokasi nahuan3. Kolokasi semantik dan leksikal

Kolokasi• Kolokasi ialah kombinasi tetap bagi sesuatu leksis dengan

sesuatu leksis yang lain. • Kombinasi ini biasanya bersifat terbatas cakupan atau

lingkungannya. • Misalnya leksis perdana biasanya akan diikuti oleh leksis

menteri.• Begitu juga dengan leksis cop biasanya akan diikuti oleh leksis

mohor.• Kolokasi antara perdana dan menteri serta cop dan mohor

adalah kolokasi atau kombinasi tetap yang dan bersifat terbatas cakupannya.

• Jarang sekali leksis perdana dan cop bergabung dengan leksis selain menteri dan mohor.

Kolokasi nahuan• Kolokasi nahuan ialah kombinasi leksis yang

dominan (seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif) dengan LEKSIS KATA SENDI.

• Contohnya dalam frasa setia di dalam hati, di dalam merujuk kepada kolokasi nahuan.

• Begitu juga dalam contoh frasa daripada emak, dari Seremban, dan kepada negara, leksis daripada, dari, dan kepada dianggap sebagai kolokasi nahuan

Kolokasi semantik dan leksikal• Kolokasi semantik dan pragmatik ialah kolokasi di

peringkat makna pada pemahaman konteks. • Contohnya, leksis setia akan membawa maksud patriotik

sekiranya berkolokasi dengan leksis-leksis yang dapat mencirikan kesetiaan kepada tanah tumpah darah, tanah air, dan negara seperti dalam ayat dia begitu setia kepada tanah airnya, Malaysia.

• Walau bagaimanapun, dalam ayat yang membincangkan hal berkaitan perkhidmatan, tugas dan karier seperti dia amat setia kepada tugasnya di pejabat, makna patriotik tidak lagi sesuai untuk menggambarkan makna setia kerana dalam ayat tersebut, setia boleh dijelaskan sebagai komitmen.

Kaedah Analisis

• Pengenalpastian leksis (type)• Penginterpretasian – nilai, fungsi, keadaan

Pengenalpastian leksis (type)• Mengenal pasti suatu leksis (A) yang

berkolokasi dengan suatu leksis lain (B) dari setiap data berdasarkan 3 kategori berikut: 1. leksis 2. bilangan leksis 3. kekerapan leksis

• Proses mengenal pasti leksis, bilangan leksis, dan kekerapan leksis yang berkolokasi dengan suatu leksis lain dari setiap data boleh dijalankan dengan bantuan collocates.

• Span atau rentang kata bagi hubungan kolokasi antara leksis (A) dengan leksis (B) dikira berdasarkan jumlah lima kolokasi kiri dan lima kolokasi kanan.

• Pemilihan leksis (type) dilakukan melalui dua kriteria berikut:1. memilih leksis (type) daripada tiga penggolongan kata (kata nama, kata kerja, dan kata adjektif) - kesemua leksis dalam tiga penggolongan kata tersebut adalah leksis yang dianggap sebagai content atau lexical dominant yang sangat sesuai digunakan untuk menjalankan penyelisikan prosodi semantik bagi sesuatu leksis.2. memilih leksis (type) yang mencatat kekerapan yang melebihi 3 kali berkolokasi dengan sesuatu leksis. Perkadaran melebihi 3 kali berkolokasi dianggap sebagai perkadaran yang telah mencapai kekerapan yang tinggi - berlandaskan kepada tanggapan bahawa leksis yang kerap berkolokasi dengan leksis lain akan memberi kesan terhadap kedua-dua leksis tersebut, khususnya kesan terhadap nilai prosodi semantik.

Penginterpretasian – nilai, fungsi, keadaan• Analisis berasaskan pendekatan prosodi

semantik dijalankan dengan menggunakan pendekatan kata kunci dalam konteks atau keyword in context (Stewart, 2010).

• Proses tersebut dipermudah dengan menganalisis jaringan semantik (semantic network) sesuatu leksis yang dianggap sebagai leksis kata kunci (keyword lexical).

• Berdasarkan rajah tersebut, dapat dilihat tatacara analisis dijalankan dengan meneliti jaringan semantik leksis kata kunci.

• Untuk memahami nilai leksis kata kunci, maka perlu diselisik leksis-leksis lain (contohnya leksis X) dalam hubungan kolokasi 1.

• Penginterpretasian nilai bagi (X) pula dibuat dengan cara meneliti leksis-leksis yang berkolokasi dengan leksis tersebut (seperti dalam kolokasi 2), misalnya hubungan kolokasi (X) dengan (Y).

• Untuk mengetahui nilai bagi leksis (Y) pula, perlu diselisik leksis-leksis lain (misalnya leksis Z) yang berkolokasi dengan leksis (Y) (seperti dalam kolokasi 3).

• Tiga hubungan kolokasi ini sudah memadai untuk memberi tanggapan terhadap interpretasi nilai bagi leksis kata kunci berdasarkan penilaian yang sama terhadap leksis (X), (Y) dan (Z).

• Contohnya, sekiranya leksis (X), (Y) dan (Z) sering digunakan dalam suasana berkolokasi yang baik, positif, dan menyenangkan, maka keadaan tersebut boleh menimbulkan tanggapan bahawa leksis kata kunci juga tergolong dalam kalangan leksis yang baik, positif, dan menyenangkan.

Istilah Penting dalam Linguistik Korpus

Sumber: Wetzel (2009)• Type - bilangan unit leksikal yang akan dikaji

(bermakna satu jenis leksis bersamaan dengan satu type)

• Frekuency – juga disebut sebagai bilangan kekerapan - jumlah keseluruhan bilangan satu jenis leksis (type) yang terdapat dalam korpus yang dikaji.

• Tokens – juga disebut sebagai bilangan keberlakuan - bilangan unit leksikal (secara keseluruhan) yang terdapat dalam sesuatu korpus yang dikaji.