Upload
max-wong-jun-fatt
View
124
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
Bab 6 Pengurusan Masalah DisiplinBilik Darjah
6.1 Konsep Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah
1. Kesalahan-kesalahan spt tidak memberi perhatian semasa aktiviti p&p, berkelakuan tidak sopan atau tingkah laku yang mengganggu rakan boleh dikawal dengan menggunakan:
a) teguran nonverbalb) mengalihkan tingkah laku / menukar
rentak aktiviti p&p
2. Kesalahan-kesalahan melibatkan perawakan murid spt selekeh, pengotor, atau bersikap kasar serta ponteng kelas perlu ditangani secara individu dengan murid.
a) berbincang dan cuba mencari penyelesaian bersama dengan murid
b) mendapatkan sokongan drpd ibu bapa
c) menggunakan 6 langkah dalam Model Asertif oleh Canter
I. bertindak dengan tenangII. konsistenIII. berikan peneguhan untuk tingkah laku yang
diinginiIV. berikan peluang kepada murid meluahkan
perasaanV. teguran secara langsung untuk murid
peringkat rendahVI. tegur secara individu untuk murid yang lebih
dewasa
3. Dalam pengurusan disiplin, guru perlu faham dan
menggunakan Model Akibat Logikal Dreikurs
yang menekankan kepentingan guru memberi
kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-
murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di
dalam bilik darjah.
4. Murid perlu belajar drpd akibat yang diterima dan
perlu faham dendaan yang diberi adalah akibat
drpd salah laku yang ditunjukkan.
5. Peranan pihak sekolah dlm mengawal
masalah disiplin bilik darjah
a)Mengimplementasikan program-program proaktif
b)Menggunakan pendekatan yang menyeluruh dalam pengurusan disiplin
• penglibatan guru-guru dalam merancang, melaksanakan dan mengawasi disiplin murid
Pengetua/Guru Besar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
Khidmat Bantu Pelajar
Guru Penyelaras Disiplin
-- Guru-guru disiplin
-- Penyelaras Kelas
-- Guru-guru Kelas
Bimbingan dan Kaunseling
-- Guru kaunseling
• Pendekatan pengurusan disiplin boleh berpandukan kitaran
Merancang corak pengurusan disiplin
Menyediakan pelan pengurusan, struktur organisasi dan pendekatan yg akan digunakan
Melaksanakan dan mengurus
Mengawasi dan membuat refleksi
6.2 Peranan dan Tindakan Guru Semasa Mengurus Masalah Disiplin Bilik Darjah
1. Guru = orang pertama menangani masalah disiplin = bertindak sbg pembimbing murid bermasalah
2. Guru perlu mengetahui langkah-langkah dalam menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah. Kes-kes disiplin yang serius yang tidak boleh ditangani oleh guru biasa. Kes-kes sebegini perlu dirujuk terus kpd JK Disiplin sekolah.
4. Kes yang perlu ditangani segera spt memukul, membuli, mencuri, mengugut dan kes dadah akan dirujuk kepada jk disiplin (Guru Disiplin) yang akan berkerjasama dengan guru PK. HEM dan Guru Besar.
5. Cadangan yang boleh digunakan Tidak panic dan jangan bertindak berlulu.Elakkan daripada mencabar murid.Semak semula cara pengajaran.Jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawal
sendirian.Berbincang dengan guru lain yang lebih mahir.Ikuti budaya disiplin sekolah.
6.3 Halangan kepada Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah
6.3.1 Hubungan Ibu Bapa
1 . Guru perlu mengetahui prosedur tindakan disiplin dan mempunyai bukti yang kukuh. Guru boleh:
– merekod setiap salah laku murid, contohnya merekod tarikh dan masa kesilapan dilakukan
– membuat kontrak tingkah laku yang merekod kesalahan dan ditandatangani oleh murid
3. Guru perlulah membina perhubungan daripada awal dengan ibu bapa murid. Apabila perhubungan sudah terjalin, maka hal ini akan memudahkan guru untuk berkongsi masalah murid dengan ibu bapa.
4. Guru boleh melibatkan ibu bapa dalam pengurusan bilik darjah dan mendapatkan kerjasama ibu bapa untuk memantau kelakuan murid yang ingin diubah.
6.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya
1. Kesan pengaruh rakan sebaya yang mendatangkan impak kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Dinamik Kumpulan---
Kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri drpd beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama
2. Guru boleh melakukan kajian sosiometri untuk mengenali, menentu dan mengawal dinamik kumpulan. Guru boleh mengemukakan soalan:i. Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?ii. Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti di dalam kelas?iii. Siapakah rakan sekelas yang awak tidak sukai?
3. Melalui jawapan murid, guru boleh mengenal pasti pola persahabatan di dalam bilik darjah, contohnya:
Bintang
Dyad
KlikPencilan
Singkiran
4. Pola persahabatan dapat menolong guru untuk:
– menentukan kumpulan-kumpulan dinamik– melihat murid-murid yang tidak disukai dan
terpencil– menentukan susunan kedudukan murid di
dalam bilik darjah atau– semasa aktiviti kumpulan dijalankan– mengenal pasti faktor-faktor yang
membentuk dinamik kumpulan
5. Penularan– Nilai dan kepercayaan yang diamalkan oleh
sesuatu dinamik kumpulan akan ditiru dan diikuti oleh ahli kumpulan.
– Biasanya dimulakan oleh murid yang paling berpengaruh.
Penerimaan– Ahli yang dapat menyesuaikan diri dan bertindak
selaras dengan nilai kumpulan akan diterima.
Penyingkiran – Ahli yang tidak dapat menerima atau tidak dapat
mengikuti nilai tersebut akan disingkir.
6. Guru harus mengetahui cara menangani penularan:
I. Mengesan kumpulan dinamik (pola persahabatan) melalui kajian sosiometri
II. Mengesan murid yang paling berpengaruh dan membina hubungan baik antara guru dengan murid
III. Murid yang berpengaruh perlu dibentuk supaya sikap mereka dapat mempengaruhi rakan lain secara positif.
6.3.3 Keadaan Persekitaran Bilik Darjah
1. Bilik darjah yang tidak kondusif juga boleh menimbulkan halangan kepada pengurusan masalah disiplin bilik darjah.
2. Susun atur tempat perlulah mengambil kira faktor pola persahabatan dan dinamik bilik darjah.
3. Guru perlulah peka dengan susun atur murid di dalam bilik darjah supaya dapat mengekalkan keharmonian di dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan kajian sosiometri untuk menentukan kedudukan pelajar dalam bilik darjah.
4. Murid yang mempunyai masalah penglihatan dan agak rendah ketinggiannya perlu diletakkan pada kedudukan yang sesuai supaya mereka dapat mengikuti p&p di dalam bilik darjah.
5. Murid yang bermasalah perlu diletakkan pada kedudukan yang senang dipantau oleh guru.
6. Peraturan dan rutin bilik darjah yang jelas perlu ditampal di dalam kelas dan perlu sentiasa dipantau oleh guru untuk memastikan kelancaran aktiviti bilik darjah.
7. Keadaan fizikal bilik darjah spt : sistem pengudaraan dan pencahayaan yang tidak baik juga akan menyebabkan murid melakukan salah laku seperti ponteng kelas, mengacau kawan dan sbg.
6.3.4 Masalah Perkembangan Murid
1. Guru perlu mengetahui latar belakang keluarga dan akademik murid.
2. Murid-murid yang mempunyai masalah perkembangan fizikal, kognitif, emosi, sosial dan kendiri akan menimbulkan masalah. Contohnya:
– Murid-murid yang mengalami masalah perkembangan fizikal (kurang tinggi) akan dipinggirkan oleh rakan-rakan.
– Mereka akan melanggar peraturan untuk mendapatkan perhatian sebagai alternative menutup kekurangan diri.
3. Cara menangani:I. Mengenali dan mengenalpasti masalah
murid dengan selidik latar belakang dan kaji sejarah akademik murid.
II. Dekati murid dan bantu murid untuk menyeimbang kekurangan diri mereka.
III. Beri peluang kepada murid untuk meraih kejayaan.
6.3.5 Salah Laku yang Tidak Dijangka
1. Kelakuan yang disruptif perlu ditangani dengan segerah.
2. Guru boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ditetapkan (seperti yang dicadangkan oleh Hierarki Tindakan Pembetulan Canter).
3. Guru juga boleh memisahkan tempat duduk murid yang melakukan kesalahan dengan rakan- rakannya atau mengadakan perbincangan selepas kelas bertamat.
6.4 Intervensi dalam menangani masalah disiplin
1. Pastoral care2. Bimbingan dan kaunseling3. Teknik modifikasi tingkah laku
6.4.1 Pastoral care
• Pastoral care merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya.
• Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.
6.4.1 Pastoral care
• Murid diberikan pendidikan yang menyeluruh.• Fokus kepada pendekatan berpusatkan murid
yang membentuk murid secara individu.• Memotivasikan murid untuk mempunyai
inisiatif dan inovasi supaya mendapat hasil maksimum di dalam aktiviti pembelajaran.
6.4.2 Bimbingan dan Kaunseling
• Bimbingan merupakan sesuatu proses yang dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran.
• Manakala kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar.
6.4.2 Bimbingan dan Kaunseling
• Bimbingan boleh dilakukan oleh mana-mana guru di dalam kelas.
• Kaunseling hanya boleh dilakukan oleh guru kaunselor yang bertauliah atau guru-guru yang menerima latihan khusus dalam khidmat kaunseling.
6.4.2 Bimbingan dan Kaunseling
• Bimbingan dan Kaunseling membantu murid untuk memahami kekuatan dan kelemahan diri supaya murid boleh membuat keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya.
Matlamat B&K
• Mengenai potensi murid.• Membina kemahiran pengurusan diri.• Kemahiran penyelesaian masalah.• Pengurusan tingkah laku.• Memajukan diri murid.• Penilaian kendiri.
Prinsip B&K
• B&K untuk semua murid.• Murid perlu sukarela untuk dibimbing• Murid bertanggungjawab terhadap
perkembangan masing-masing.• Bimbingan adalah proses pencegahan.• Penggunaan kemahiran asas bimbingan.• Bantuan menyeluruh.• Bersilkap terbuka.
Etika bimbingan
1. Menghormati murid dan tidak unsur diskriminasi.• guru perlu menghormati dan sedar tentang
keunikan murid. Murid patut dilayan secara adil dan tanpa diskriminasi jantina, budaya, bangsa dan agama.
Etika bimbingan
2. Kerahsian murid• kerahsian adalah teras utama dalam
membina kepercayaan dalam bimbingan. Semua maklumat hanya boleh dibincangkan dalam lingkungan sesi bimbingan.
Etika bimbingan
3. Bertanggungjawab• guru perlu bertanggungjawab atas segala tindakan
yang dilakukan oleh mereka semasa proses membimbing dijalankan.
• Jika guru sedar diri tidak mempunyai cukup kemahiran untuk membantu murid tersebut, guru perlu merujuk kepada guru yang lebih pakar.
Kemahiran-kemahiran bimbingan
• Kemahiran membimbing ialah kemahiran guru mendampingi dan membina hubungan dengan murid-muridnya secara fizikal dan psikologi.
Kemahiran-kemahiran bimbingan
1. Kemahiran memberikan perhatian.a. Kedudukan semasa bimbingan.
kedudukan perlu berhadapan dengan murid dengan menggambarkan penglibatan guru.
b. Postur badanpostur badan boleh dicondongkan sedikit ke hadapan supaya menandakan anda berminat untuk mendengar. Guru perlu berada dalam
keadaan relaks.
Kemahiran-kemahiran bimbingan
1. Kemahiran memberikan perhatian.c. Ekspresi muka
ekspresi muka pembimbing perlu sesuai menunjukkan guru memahami dan menghayati apa yang disampaikan.d. Tentangan mata
tentangan mata perlu lembut dan tunjuklah sikap yang tenang dan relaks.
Kemahiran-kemahiran bimbingan
2. Kemahiran mendengar dengan aktif– Empat elemen utama semasa mendengar dengan
aktif.• Memerhati dan memahami kelakuan nonverbal murid.• Mendengar dan memahami mesej-mesej verbal murid.• Mendengar dan memahami murid di dalam konteks
sebenar• Mendengar dan membaiki salah tanggapan murid.
Kemahiran-kemahiran bimbingan
3. Kemahiran Berempati– Roger (1977) menerangkan empati ialah
keupayaan memasuki dunia murid bagi mengalami dunia murid tersebut seolah-olah situasi tersebut dialami sendiri oleh guru.
– Carkhuff (1972) mendefinisikan empati sebagai usaha melibatkan pengalaman dunia orang lain seolah-olah anda sebagai diri orang tersebut.
3. Kemahiran Berempati
• Tiga peringkat kemahiran empati:1. Mendengar dengan sensitif2. Fahami situasi3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
• Merupakan satu intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan disiplin di dalam bilik darjah.
• Menggunakan prinsip peneguhan.• Murid akan mempelajari tingkah laku yang
diterima atau yang tidak diterima berdasarkan respon yang diperoleh daripada persekitaran.
Teori peneguhan:
• Tingkah laku dipengaruhi oeh akibat• Tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan,
diteguhkan atau dilemahkan.• Bertindak berdasarkan kepada tingkah laku
yang diberi ganjaran akan diulangi manakala yang tidak diberi ganjaran akan lupus.
• Peneguhan positif adalah lebih berkesan daripada dendaan.
Pilihan untuk mengurangkan Tingkah laku yang tidak diingini
Tambah Keluarkan
Dendaan
Menambahkan akibat negative.
Keluarkan peneguhan positif
“Time Out”:Keluarakan murid daripada situasi.
Pilihan untuk meningkatkan Tingkah Laku yang diingini
Tambah Keluarkan
Peneguhan positif
Tambahan ganjaran atau insertif peningkatan ganjaran sehingga tingkah laku dingini diperoleh.
Peneguhan negatif
Mengeluarkan rangsangan negative untuk meningkatkan tingkah laku.
Hierarki Peneguhan
• Peringkat peneguhan mengikut hierarki. Peneguhan yang paling rendah berbentuk kebendaan diikuti dengan minat murid, pengiktirafan sosial dan akhir sekali dorongan diri murid itu sendiri.
2 prinsip penggunaan hierarki peneguhan:
• Guru dinasihatkan hanya menggunakan peneguhan peringkat rendah untuk meneguhkan tingkah laku yang baru hendak dibentuk atau untuk mengekalkan tingkah laku yang diingini.
• Peneguhan perlu ada kesinambungan.
Lapan Peringkat PeneguhanPerinkat Peneguh Contoh
1 Bahan Makanan coklat/gula-gula
2 Barangan hadiah
3 Token lencana/markah
4 Aktiviti bermain komputer
5 Keistimewaan menjadi ketua
6 Pengiktirafan rakan diterima dan dipuji
7 Perakuan Guru Pujian dan perhatian guru
8 Kepuasan Kendiri Peneguhan dalaman
Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
Sistem kontrak tingkah laku
• Dibentuk dengan murid secara persetujuan terhadap
tingkah laku yang diingini.
• Guru perlu :
Berjumpa dengan murid tersebut dan terangkan rasional dan
langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kontrak
tersebut berkesan.
Meminta bantuan pihak-pihak lain untuk memastikan murid
tersebut mematuhi kontrak yang dipersetujui.
Menetapkan matlamat jangka masa panjang supaya murid
dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini walaupun
kontrak sudah berakhir.
Langkah membina kontrak tingkah laku
Libatkan murid dalam pembentukan kontrak
Tingkah laku yang diingini perlu
dinyatakan dalam bentuk yang positif.
Tingkah laku yang ingin dicapai perlu dinyatakan dengan
jelas.
Kontrak perlu dibentuk untuk satu jangka masa yang
ditetapkan.
Kontrak perlu disesuaikan dengan
murid serta boleh dicapai dan dituruti
oleh murid.
Peneguhan dan ganjaran perlu
mendapat persetujuan bersama antara guru
dengan murid.
Peneguhan dan ganjaran yang dijanjikan perlu
diberikan dengan kerap dan segera.
Kontrak perlu ditandatangani oleh semua pihak yang
terlibat dalam pelaksanaan kontrak
tersebut.
Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
• Jenis-jenis kontrak:• Kontrak sosial : Digunakan untuk
mengubah tingkah laku sosial.• Kontrak akademik : Digunakan untuk
membantu masalah tingkah laku akademik.
Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
• Sistem token• Berfungsi apabila token ditukar dengan
barangan atau aktiviti yang meyeronokkan.
Langkah membina Sistem token
Senaraikan tingkah laku spesifik yang
akan diberikan token.
Pilih token yang senang dicari dan
digunakan.
Tetapkan kekerapan yang akan
memberikan token dan masa token akan
diberikan.
Tetapkan siapakah yang akan
memberikan token.
Senaraikan peneguha atau ganjaran yang
akan diterima melalui token yang dikutip.
Tetapkan masa bilakah toke dapat
ditukar dengan ganjaran.
Strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru memilih peneguhan yang sesuai
Perhatikan murid dan kenal pasti apakah aktiviti yang menyeronokan murid atau apakah kesukaan murid?
Kesukaan murid akan menjadi peneguh yang berkesan.
Tanya kepada murid dan bincang dengan murid apakah bentuk
peneguh yang diukai oleh mereka? Guru juga boleh menyuruh murid menulis peneguh/ ganjaran yang
disukai oleh mereka ataupun guru membuat senarai ganjaran dan meminta mereka pilih daripada
ganjaran yang tersenarai.
Kadangkala beri murid kejutan atau ganjaran misteri yang tidak dijangka
oleh murid. Kejutan akan membangkitkan elemen suspen dan
menarik perhatian murid.
Tukar ganti peneguh apabila sudah diguna pakai untuk jangka masa yang lama. Peneguh yang sudah biasa akan membuatkan murid
berasa bosan dan jemu. Hal ini akan mengurangkan keberkesanan
peneguh/ ganjaran.
Pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
• Pengurusan modifikasi tingkah laku murid merupakan
suatu intervensi yang berkesan untuk menguruskan
tingkah laku murid di dalam bilik darjah.
• Dalam pengurusan kendiri modifikasi tingkah laku,
akibat dan peneguh akan ditetapkan oleh murid sendiri.
• Mereka bertanggungjawab ke atas tingkah laku yang
mereka tunjukan.
• Apabila mereka menunjukkan tingkah laku tertentu,
mereka akan memberikan ganjaran atau peneguhan
tertentu yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.
Langakah-langkah pelan pengurusan kendiri:
• Tetapkan tingkah laku murid.• Beri kesedaran kepada murid.• Matlamat yang realistic.• Bincangkan akibat.• Bina sistem pengurusan kendiri.• Guru memantau. Beri peluang kepada murid
untuk mengurus.• Penilaian beerterusan. Ubah jida perlu.