50
BAB 6 STATISTIK PENDIDIKA N KPN 4053 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN SEM 1 2012/201 3

Bab 6 Statistik.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Statistik Awalan dlm Pengujian & Pengukuran

BAB 6

STATISTIK PENDIDIKAN

KPN 4053

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Sem 1

2012/2013

AHLI

KUMPULAN

CHE NOORRELLA BT LADIN

L20112008665

SELINA BT MAIL

L20112008657

SITI ZUBAIDAH BT

MOHD AMIN

L20112008654

NORSUZILAWATI

AWG SHAH BUDIN

L20112008655

NORSILA ADILA BT

ROMANO

L20112008668

Statistik PendidikanPengenalan

Menurut Prof. Dr.Anas Sugiyono :

Statistik pendidikan adalah ilmu pengetahuan yang membahas atau mempelajari dan mengembangkan prinsip-prinsip, kaedah dan prosedur yang perlu dilaksanakan atau digunakan dalam rangka pengumpulan, penyusunan, penganalisisaan bahan keterangan yang wujudnya angka mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan (khususnya proses belajar-mengajar), dan penarikan kesimpulan, pembuatan perkiraan serta ramalan secara ilmiah (dalam matematik) atas dasar kumpulan bahan keterangan yang wujudnya angka tadi.

Menurut Bashah Abu Bakar (2009)

Statistik membicarakan tentang sampel, menggambarkan pembolehubah dalam sampel atau pengukuran yang pengiraannya berdasarkan kepada data sampel.

Parameter membicarakan tentang populasi, pembolehubah atau ciri-ciri yg diukur bagi sesuatu populasi.

Sambungan

Tujuan

Statistik bertujuan untuk merumuskan data yang banyak kepada bentuk lain yang mudah difahami, seperti grafik atau angka rumusan.

Statistik juga digunakan dalam pelbagai bidang yang dengan sendirinya memberikan pengertian tertentu.

Pandangan Umum

(orang ramai)

Para penyelidik yang menjalankan kajian

Ahli-ahli Statistik

Bidang Pendidikan

Bidang Statistik Pengertian Berbeza

Pandangan Umum(orang ramai)

Statistik bermaksud angka yang direkodkan mengikut kategori tertentu.

Misalnya:

statistik kemalangan jalan raya

statistik ramalan hujan setiap bulan

statistik pencapaian pelajar

Pandangan Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, statistik boleh digunakan untuk :

Menyampaikan maklumat.

Hubungan antara dua pembolehubah.

Menguji hipotesis tertentu.

Menguji perbezaan antara dua min atau lebih.

Pandangan Ahli Statistik

Statistik merupakan satu bidang matematik yang dapat menghasilkan teori dan kaedah untuk menganalisis data.

Jenis-jenis Statistik

Statistik DiskrutifStatistik InferensiAdalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk megumpul maklumat, menyusun, mempersembah data dan pengolahan data/merihalkan data yang dikumpulTermasuklah kaedah membina graf, carta dan jadual serta pengiraan beberapa ukuran perihalan seperti purata dan juga pengiraan ukuran serakan seperti peratus.Digunakan untuk menjelaskan sesuatu ukuran. Contoh:MinSisihan piawaiMerupakan bahagian terpenting daripada statistik yang berkaitan dengan pembuatan kesimpulan dan keputusan berdasarkan data yang telah dikumpul dan diolah.Tumpuan utama dalam statistik inferens, mengetahui sesuatu keseluruhan ahli kumpulan (populasi) berdasarkan sebahagian yang dipilih (sampel) untuk dikaji.Contoh : Berdasarkan tinjauan keatas 20 orang pelajar di Kolej Komuniti Ledang Johor mengenai perkhidmatan food court , kita boleh membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar KKLJ berpuashati dengan perkhidmatan berkenaan.Digunakan untuk menguji hipotesis.

Langkah-Langkah dalam Statistik

Mengumpul

Memproses

Menganalisis

Mengintreptasi

Mempersembahkan

Keputusan

Apa dia data?

Data merupakan fakta, maklumat atau angka yang

membolehkan kita membuat ringkasan tentang sesuatu

(perkara yang menjadi kajian).

Jenis data adalah bergantung kepada bagaimana ianya

diperolehi.

Jika data diperolehi secara pengukuran maka ianya

dipanggil data pengukuran dan seterusnya data

bilangan, data pangkatan dan data klasifikasi.

APA DIA DATA?

Jenis Data

Terdapat 2 jenis data iaitu:

1. Data Kuantitatif-numerik

Nilai-nilai data adalah bilangan atau ukuran berangka.

Data kuantitatif boleh dalam bentuk:

a) Diskret - Boleh mengambil nilai-nilai yang tepat sahaja.

Contoh: bilangan buah bagi setiap pokok dalam kebun,

saiz kasut bagi pelajr sebuah kelas dan

bilangan anak dalam setiap keluarga.

b) Selanjar- Tidak boleh mengambil nilai yang tepat tetapi

boleh dihampirkan kepada ukuran tertentu.

Contoh: tinggi pelajar, berat buah jambu, had laju kereta.

2. Data Kualitatif- bukan numerik

Nilai-nilai data adalah kategori bukan berangka.

Contoh: jenis darah

1. Data Nominal

Data nominal ialah data yang hanya dapat diklasifikasikan ke dalam kategori, nama atau label.

Dapat memberikan nilai numerik pada kategori tapi tidak dapat melakukan operasi matematik terhadap nilai-nilainya.

Contoh:

Lelaki = 0 dan Perempuan = 1

Budak ceria = 1 dan budak tidak ceria = 2

Skala Pengukuran

2. Data Ordinal

Sama seperti data nominal.

Bezanya ialah data boleh disusun mengikut urutan,

tetapi kita tidak boleh mengukur perbezaan di antara

dua data.

Kita dapat memberikan nilai numerik namun tidak dapat

melakukan operasi matematik

Contoh:

Frekuensis Penerbangan : tidak pernah, jarang, kadang-kadang, selalu.

Bagaimana penilaian anda terhadap restoran itu? Sangat bersih, bersih, cukup bersih, kurang bersih, tidak bersih.

Skala Pengukuran

3. Data Interval/Sela

Data interval adalah sama seperti data ordinal iaitu data boleh disusun.

Perbezaan antara data bermakna dan boleh diukur.

Contohnya:

Senarai suhu-suhu didih bagi cecair yang berbeza. Kita boleh tahu samada suhu didih cecair A lebih tinggi daripada suhu didih cecair B. jika suhu didih cecair A adalah 212darjah dan suhu didih cecair B adalah 284 darjah , suhu didih cecair B adalah lebih tinggi daripada suhu didih cecair A.

Nilai sifar bersifat arbitrari.(tidak menggambarkan kosong secara mutlak)

Skala Pengukuran

4. Data Nisbah(ratio data)

Data nisbah adalah sama seperti data interval kecuali nisbah memberi makna..

Data ratio mempunyai nilai kosong secara mutlak. Nilai kosongnya mempunyai maksud tiada kuantiti. Seseorang yang tidak bekerja bermaksud gajinya RM 0.

Contoh:

4 orang dipilih secara rawak dan ditanya berapa banyak duit yang mereka bawa sekarang. Berikut adalah hasilnya : $21, $50, $65, and $300.

Adakah data ini boleh disusun ikut urutan?

Ya, $21 < $50 < $65 < $300.

Bolehkah kita mengira nisbah ?

Ya. Individu yang mempunyai $300 adalah mempunyai 6 kali ganda daripada individu yang mempunyai $50.

Skala Pengukuran

KAEDAH-KAEDAH PENGUMPULAN DATA

1. KAEDAH PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah

penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh

ubah penyelidikan.

Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu

tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah yang

telah dikenal pasti.

Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap

perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta

melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari

dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tertentu.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya :

a)mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti.

Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul.

Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Jenis-jenis pemerhatian

a) Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh)

Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian.

Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati.

Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, kamera dan video.

b) Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)

Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.

Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

2. KAEDAH TEMUBUAL

Merupakan perbualan diantara penemubual (penyelidik) dan

responden.

Soalan-soalan yang dikemukakan format berstruktur,

separa berstruktur dan tidak berstruktur.

Tujuan temubual :

a) Membolehkan penyelidik mengkaji respon-respon

dengan lebih terperinci (pendekatan fenomenologis). b) Melibatkan percakapan, perasaan dan sikap.

c) Kaedah pengumpulan maklumat tentang

pengetahuan seseorang, nilai dan kesukaan.

d) Digunakan untuk menguji hipotesis atau untuk

mengenalpasti pembolehubah serta kaitan antaranya.

Doing Research In The Real World

23

23

Satu alat pengumpulan data secara tidak langsung iaitu penyelidik tidak langsung bertanya jawab dengan responden.(Nana 2005)

Dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik

Reka bentuk soal selidik mempunyai sekurang-kurangnya 2 bahagian :

1. Bahagian data demografi (umur,jantina dan bangsa)

2. Bahagian topik yang hendak dikaji

Reka bentuk soalan yang baik harus mempunyai soalan yang :

1. mudah difahami

2. tepat

3. Tidak mengandungi 2 soalan yang digabungkan

4. Dapat dijawab dalam jangka masa yang singkat

5. Menggunakan masa yang optima untuk menjawab

SOAL SELIDIK

Proses memungut data yang yang cepat dan mudah ditadbir

Penyelidik boleh memilih saiz sampel yang besar

Keupayaan generalisasi terhadap saiz populasi lebih besar, berkesan dan tepat.

Fleksibiliti dari segi item soal selidik.

KEBAIKAN

Cara sampel memahami item soal selidik mungkin berbeza bergantung kepada latar belakang pendidikan dan pengalaman.

Item yang ditadbirkan tidak boleh diubah semasa pentadbiran penyelidikan sedang berjalan.

Kesahan item diragui justeru sampel mungkin memberi jawapan berpandukan tingkah laku yang sampel suka bukan tingkah laku sampel yang sebenar.

KEKURANGAN

Kepentingan Statistik

Membantu guru mempercepatkan proses membuat ringkasan dan menerangkan

maklumat pencapaian seseorang pelajar.

Guru dapat menjelaskan makna sesuatu skor.Skor mentah mesti diringkaskan dan

dapat dibuat inferen tentang pencapaian keseluruhan.

Membuat analisis dan penilaian tentang instrumen pencapaian.

Fakta-fakta numerik yang diringkaskan menggunakan indeks statistik membantu

guru membuat keputusan dan menilai pencapaian pelajar.

Guru dapat membaca pelaporan penyelidikan pengukuran yang dibuat di dalam

dan di luar negara.Ini dapat membantu guru memahami hasil dapatan penyelidikan

berkenaan yang dibuat tentang pengujian dan pengukuran dalam penyelidikan.

KEPENTINGAN STATISTIK DALAM PENGUKURAN

Konsep Asas Statistik

PENJADUALAN DATA

Merekod pencapaian pelajar

Guru perlu menentukan bagaimana skor-skor berkenaan boleh dikumpulkan untuk memberi gambaran mudah tentang pencapaian pelajar

Guru perlu menyusun skor pencapaian pelajar berkenaan dari skor tertinggi hingga ke skor terendah

Daripada data yang diproses akan memperolehi:

Markah tertinggi & markah terendah

Median

Mod

Keadaan agak sesuai digunakan bagi bilangan pelajar yang kecil

Contoh : Sebelum

JADUAL 1 - SKOR CALON UJIAN MATEMATIK MENGIKUT NAMABilNamaSkorBilNamaSkorBilNamaSkorBilNama SkorBil NamaSkor1Abu6121Faris Ali6041Khirol5161Noraisha3181Sumaiya692Afifah5022Gerard7042Kohilan8962Norawan8782Swee Lan603Ahmad8023Haliza6843Kombali8563Norazila8283Syafiq534Ainuddin3624Hamizan6944Kumar5264Nuradil5684Syamimi375Akmal4525Hasna4945Lam6765Nurul5185Syaridah646Ali5126Hasnita6746Latifah8166Nusafa4886Syaril337Amirah7227Hasniza8347Lee Run4667Omar 7687Tan778Amy4528Henry7748Lim Wei3768Ommar5688Tat Chun599Anis3229Hidayah4349Lim Yee2769Ong Zee5889Tayalam6010Ashok6830Hue Fatt5750Lingam7370Othman5690Ting6111Ashraf7631Hui4751Loo6871Quek6591Vithal5412Asmah5832Imran5052Madhuba5272Raihana6292Weng1813Atan4233Iqbal2853Mardiana6673Rao2393Wong7714Ayu7534Istiaq8754Munirah5574Rashid5494Yasir4615Chiew4035Izatul7155Muthusa5275Safina5695Yazid7416Chin7436Jamilah5956Najmi Ali5676Saidatul4196Yee6217Chong1637Jasmine5457Naslina6177Saiful6297Yong Tze6518Diyana6338Jeremy4458Navin6278Saritha8398Zalilah6319Fangien7539Jinn5559Ng Lee6479Shahrul7199Zulhaimi5820Farah6040Kamal3060Nizam3180Shalini25100Zuraida46

Selepas:

JADUAL 2 - SKOR CALON UJIAN MATEMATIK MENGIKUT NAMABilNamaSkorBilNamaSkorBilNamaSkorBilNama SkorBil NamaSkor1Chong1621Amy4541Munirah5561Raihana6281Amirah722Weng1822Lee Run4642Najmi Ali5662Saiful6282Lingam733Rao2323Yasir4643Nuradil5663Yee6283Chin744Shalini2524Zuraida4644Ommar5664Diyana6384Yazid745Lim Yee2725Hui4745Othman5665Zalilah6385Ayu756Iqbal2826Nusafa4846Safina5666Ng Lee6486Fangien757Kamal3027Hasna4947Hue Fatt5767Syaridah6487Ashraf768Nizam3128Afifah5048Asmah5868Quek6588Omar 769Noraisha3129Imran5049Ong Zee5869Yong Tze6589Henry7710Anis3230Ali5150Zulhaimi5870Mardiana6690Tan7711Syaril3331Khirol5151Jamilah5971Hasnita6791Wong7712Ainuddin3632Nurul5152Tat Chun5972Lam6792Ahmad8013Lim Wei3733Kumar5253Farah6073Ashok6893Latifah8114Syamimi3734Madhuba5254Faris Ali6074Haliza6894Norazila8215Chiew4035Muthusa5255Swee Lan6075Loo6895Hasniza8316Saidatul4136Syafiq5356Tayalam6076Hamizan6996Saritha8317Atan4237Jasmine5457Abu6177Sumaiya6997Kombali8518Hidayah4338Rashid5458Naslina6178Gerard7098Istiaq8719Jeremy4439Vithal5459Ting6179Izatul7199Norawan8720Akmal4540Jinn5560Navin6280Shahrul71100Kohilan89

Didapati skor terendah 16 dan skor tertinggi 89.

Median (tengah-tengah) mendapat skor antara 58 dan 59.

Bagi bilangan pelajar yang besar melebihi 50 orang pelajar, kaedah kekerapan taburan boleh digunakan.

Taburan KekerapanData Berkumpulan

Taburan kekerapan

Data melebihi 50 org

Data taburan melibatkan skor dan frekuensi

X (skor)f (kekerapan)1611701811900

Skor

Frekuensi

Taburan kekerapan data berkumpulan

BilSelaKekerapanKumulatif186 903100281 85597376 80692471 - 75 886566 - 70978661 651369756 601556851 551241946 508291041 456211136 404151231 354111326 - 30371421 - 25241516 - 2022
BilSelaKekerapanKumulatif116 - 2022221 - 2524326 - 3037431 - 35411536 - 40415641 - 45621746 - 50829851 - 551241956 - 6015561061 - 6513691166 - 709781271 - 758861376 - 806921481 - 855971586 - 903100

Graf bar @ histogram

Graf bar (histogram) graf berbentuk bar menegak atau mendatar.

Menunjukkan susunan data tentang kekerapan mengikut kumpulan atau kategori

Dalam bentuk rectangular column.

Setiap turus: Lebar sela kelas; tinggi f skor.

Cara lain memaparkan taburan markah ialah mengumpulkan beberapa markah yang sama julatnya kepada beberapa kelas.

Tinggi sesuatu kotak menunjukkan kekerapan/bilangan pelajar yang mendapat markah tertentu.

Jeda kelas menunjukkan markah-markah dalam kelas tersebut.

Kekerapan berkelas dapat mengurangkan bilangan markah/skor yang dimasukkan ke dalam jadual kekerapan.

Tentukan bil sela

Tentukan kekerapan maksimum (eg Jadual 4 kekerapan maksimum 15)

Tetapkan sela bagi unit kekerapan

Sesuaikan panjang paksi y dan paksi x

Panduan membina graf bar

Graf bar

pencapaian calon

Histogram Pencapaian Calon

16 - 2021 - 2526 - 3031 - 3536 - 4041 - 4546 - 5051 - 5556 - 6061 - 6566 - 7071 - 7576 - 8081 - 8586 - 90223446812151398653

Skor Pelajar

Kekerapan

Poligon Kekerapan dibina dengan memplotkan titik dinilai tengah setiap sela kelas ke ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas berkenaan

Kemudian,sambungkan ke semua titik-titik dengan garis lurus.

Titik awalan dan akhir harus berada pada paksi-X.

Poligon kekerapan

Graf garis

16 - 2021 - 2526 - 3031 - 3536 - 4041 - 4546 - 5051 - 5556 - 6061 - 6566 - 7071 - 7576 - 8081 - 8586 - 90223446812151398653

Skor

Kekerapan

Membina

poligon kekerapan

Gunakan maklumat sebagaimana histogram.

Tandakan titik tengah pada ketinggian kekerapan (histogram) bagi setiap sela kelas.

Sambungkan semua titik tengah dengan garis lurus.

Umumnya histogram dan poligon kekerapan diguna bersama-sama bagi menggambarkan hubungan kekerapan dan sela kelas.

Contoh :

poligon kekerapan

Contoh :

poligon kekerapan

LATIHAN PENGUKUHAN ..

SOALAN 1

Berikut merupakan kepentingan statistik dalam pengukuran, kecuali :

AMemberi manfaat dalam menjelaskan makna

BMembantu guru membuat keputusan

CMembantu guru memperlambatkan proses membuat keputusan ringkasan

DDapat membaca pelaporan penyelidikan pengukuran di dalam dan di luar negara

SOALAN 2

Seorang guru mata pelajaran Perdagangan ingin mengetahui sejauh mana minat pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Guru tersebut inginkan maklum balas yang cepat dan mudah ditadbir. Kaedah pengumpulan data yang manakah perlu dilakukan oleh guru tersebut untuk mendapat maklumat dengan mudah

ASampel

BPemerhatian

CSkor

DSoal selidik