30
BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat: 1. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain. 2. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat. 3. Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian. Pengenalan Perbincangan yang terangkum dalam modul hubungan etnik ini memberikan tumpuan khususnya kepada bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara kumpulan etnik yang wujud dalam sesuatu masyarakat dengan negara itu. Dalam konteks ini, tumpuan adalah untuk mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia. Namun demikian, bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara dua kumpulan etnik yang berlainan ataupun antara pelbagai kumpulan etnik tidak semestinya dipengaruhi oleh dimensi etnik semata-mata. Unsur-unsur daripada pelbagai dimensi sosial yang lain seperti kelas, status, agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi, ideologi politik dan wilayah adalah penting dan mempengaruhi dinamika hubungan antara etnik; seterusnya mengubah bentuk identiti sesesuatu kumpulan etnik. Dalam menganalisis kedinamikan hubungan etnik, apakah dimensi sosial yang sesuai dalam sesebuah masyarakat? Hubungan antara individu yang ada dalam sesebuah masyarakat tidak sekadar dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata, tetapi juga seperti yang dinyatakan dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain. Dalam usaha mengenal pasti unsur-unsur sosial tersebut, dapat dilihat unsur sosial yang paling mempengaruhi pembentukan identiti kumpulan. Seterusnya, unsur sosial yang manakah pula mempengaruhi bentuk, tahap, tingkat mahupun intensiti hubungan antara etnik yang terhasil daripadanya. Oleh hal demikian, dalam proses mengkaji ciri-ciri yang membentuk sesuatu kumpulan etnik, aspek akar umbi kepada 1

BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Hasil Pembelajaran

Selepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat:

1. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata

tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain.

2. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuah

entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat.

3. Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk

toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.

Pengenalan

Perbincangan yang terangkum dalam modul hubungan etnik ini memberikan tumpuan

khususnya kepada bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara kumpulan etnik yang

wujud dalam sesuatu masyarakat dengan negara itu. Dalam konteks ini, tumpuan adalah

untuk mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia.

Namun demikian, bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara dua kumpulan

etnik yang berlainan ataupun antara pelbagai kumpulan etnik tidak semestinya dipengaruhi

oleh dimensi etnik semata-mata. Unsur-unsur daripada pelbagai dimensi sosial yang lain

seperti kelas, status, agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi, ideologi politik dan

wilayah adalah penting dan mempengaruhi dinamika hubungan antara etnik; seterusnya

mengubah bentuk identiti sesesuatu kumpulan etnik. Dalam menganalisis kedinamikan

hubungan etnik, apakah dimensi sosial yang sesuai dalam sesebuah masyarakat? Hubungan

antara individu yang ada dalam sesebuah masyarakat tidak sekadar dipengaruhi oleh unsur

etnik semata-mata, tetapi juga seperti yang dinyatakan dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial

yang lain.

Dalam usaha mengenal pasti unsur-unsur sosial tersebut, dapat dilihat unsur sosial yang

paling mempengaruhi pembentukan identiti kumpulan. Seterusnya, unsur sosial yang manakah

pula mempengaruhi bentuk, tahap, tingkat mahupun intensiti hubungan antara etnik yang

terhasil daripadanya. Oleh hal demikian, dalam proses mengkaji ciri-ciri yang membentuk

sesuatu kumpulan etnik, aspek akar umbi kepada motivasi yang membentuk batas kumpulan

perlu difahami. Keadaan ini boleh mencairkan batas kumpulan etnik selain membina ikatan

merentas kumpulan dan seterusnya membina kesepaduan sosial dalam kehidupan masyarakat

di Malaysia.

Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara `Perpaduan' atau `Kesepaduan'

Ungkapan `perpaduan dalam kepelbagaian' - unity in diversity - , sudah menjadi mantra

dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Namun jarang-jarang sekali kita bertanya apakah

makna ungkapan ini, adakah perkara itu benar, separuh benar, palsu atau retorik semata-mata

apabila digunakan untuk menyimpulkan wajah masyarakat Malaysia. Ungkapan atau slogan ini

mengangkat sekali gus memuji kemampuan kelompok manusia yang berbeza-beza hidup

1

Page 2: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

dalam sebuah masyarakat. Dari sudut psikologi sosial keadaan ini mengungkapkan satu bentuk

psyche manusia, iaitu 'rasa kesatuan' yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal, yang

meliputi juga konteks metafizikal.

Dan persektif antropologi-sosiologi, khususnya dari aspek epistemologi, slogan unity in

diversity merupakan suatu rumusan yang menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana

manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia

ada dalam kalangan mereka. Perbezaan ini boleh dicirikan oleh unsur agama, etnik, wilayah

dan sebagainya. Suasana ini dikaitkan juga dengan penciptaan identiti berdasarkan himpunan

sempadan abstrak dan nyata yang telah digarap cipta sesama manusia.

Dari sudut ontologikal pula, perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada

umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah

masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan

mungkin juga kemewahan material. Namun, tidak semua yang mahukan keamanan dan

kestabilan. Ada pihak yang menggunakan perbezaan sosial itu sebagai pelantar ideologi untuk

memperjuangkan kesukuan dan chauvanisme melalui keganasan. Malah, mereka bersedia

mengorbankan ribuan nyawa demi menegakkan identiti dan perbezaan sosial. Untuk

mendalami kefahaman kita mengenai fenomena (perpaduan dalam kepelbagaian' menuntut

imaginasi sosiologikal yang bersifat global yang membayangkan sebuah idaman dan harapan.

Memang wujud suatu kesedaran nyata yang mempengaruhi psyche manusia sejak zaman-

berzaman bahawa mereka tidak ada pilihan, tetapi mesti hidup bersama-sama dengan

manusia dan kelompok sosial yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka mesti mencari

jalan dan mengatur berbagai-bagai cara supaya perbezaan ini tidak menjadi halangan untuk

mereka terus hidup aman damai dan produktif.

Kalaulah (perpaduan' dalam konteks cogan kata (perpaduan dalam kepelbagaian' itu

masih belum wujud dan merupakan suatu cita-cita, idaman dan harapan yang terus-menerus

diperjuangkan, apakah sebenarnya yang wujud yang dinikmati oleh sekian ramai manusia di

seluruh dunia semenjak kemajmukan menjadi ciri utama masyarakat di seluruh dunia. Perkara

ini memerlukan kita membuat suatu anjakan imaginasi sosiologikal daripada yang berpaksikan

`perpaduan' kepada yang berpaksikan (kesepaduan.

Hakikatnya, ‘perpaduan' yang diidamkan oleh manusia yang masih belum wujud itu adalah

berasaskan suatu matlamat akhir bersifat utopia yang tidak dapat dilaksanakan, iaitu unity is

uniformity atau 'perpaduan' ialah keSAMAan atau keSATUan satu bangsa, satu agama, satu

bahasa, satu negara, yang juga merupakan kata-kata slogan. Justeru, unity is uniformity

hanyalah suatu gambaran tentang suatu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh menjadi

kenyataan.

Keadaan yang wujud dan terus-menerus dinikmati oleh sebilangan besar anggota

masyarakat majmuk di dunia ialah kesepaduan: iaitu, suatu fenomena sosial yang dipacu oleh

idaman mendalam terhadap perpaduan yang seterusnya mempengaruhi para anggota

masyarakat tersebut untuk merangkai berbagai-bagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap

sebagai prasyarat mencapai perpaduan. Himpunan usaha ini sering tanpa disedari telah

2

Page 3: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

membawakan keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat tetapi belum

membawakan perpaduan idaman.

Himpunan usaha ini umumnya adalah bersifat fenemonologikal kerana berpaksikan

prilaku, bukan bersifat struktural yang berpaksikan institusi. Oleh yang demikian, dalam

konteks pembentukan kesepaduan sosial sebagai suatu fenemona praperpaduan, peranan

agensi bersifat 'takrifan harian' (everyday-defined) jauh lebih penting dan berkesan daripada

struktur atau institusi yang bersifat 'takrifan autoriti' (authority- defined), kerana setiap

anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan,

prokeharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya.

Oleh yang demikian, sekiranya timbul sebarang konflik, pergeseran dan pertelingkahan

oleh kerana perbezaan sosial yang sedia ada dalam sesebuah masyarakat majmuk, para

anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara

dan bentuk. Umumnya, melalui perundingan seperti ini terhasil persetujuan, kompromi dan

tolak ansur dalam banyak hal. Namun, hal ini tidak bermakna bahawa semua cabaran, rasa

tidak puas hati dan potensi konflik terselesai. Konflik tetap ada tetapi dalam keadaan terkawal

kerana anggota masyarakat amnya menolak keganasan sebagai jalan penyelesaian terhadap

perbezaan sosial.

Hubungan Etnik di Malaysia

Urutan sejarah Malaysia daripada selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1945

sehingga sekarang memaparkan tiga era penting jika diukur berdasarkan pola konflik,

keamanan dan kestabilan dalam masyarakat pada setiap era tersebut seperti yang

digambarkan dalam Rajah 1.1 di bawah yang membandingkan keadaan di Malaysia dengan di

Sri Lanka. Pola hubungan etnik di Malaysia sejak tahun 1946 hingga kini memperlihatkan pola

turun naik dalam hubungan etnik, tetapi pada amnya keadaan di Malaysia adalah aman damai

dengan hubungan etnik yang harmoni sesuai dengan hakikat, sedangkan lidah lagi tergigit,

inikan pula masyarakat pelbagai etnik, pasti sekali-sekala akan tercetus konflik dan

pertelagahan. Ternyata jika dibandingkan dengan Sri Lanka, untuk tempoh yang sama dari segi

pola turun-naik konflik dan keamanan, Malaysia menikmati lebih banyak waktu dalam keadaan

aman dan stabil (Abeyratne 2008). Pada tempoh berkenaan Sri Lanka menghadapi konflik etnik

berdarah selama lebih daripada 20 tahun yang mengorbankan sejumlah 150,000 nyawa.

Biarpun secara perbandingan Malaysia jauh lebih aman, namun rakyat Malaysia telah

mengalami rasa serik hidup dan terpaksa segera belajar bersabar dan cintakan keamanan dan

kestabilan politik dengan mengambil bahagian aktif dalam politik kepartian berteraskan sistem

demokrasi berpilihan raya. Walaupun pilihan raya umum pertama diadakan pada Julai 1955 di

Semenanjung Malaysia tetapi pengalaman menubuhkan parti politik telah berlaku lebih awal

daripada tarikh itu.

3

Page 4: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Era Konflik (1945-1960)

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, keadaan kehidupan rakyat sangat daif dengan

persekitaran fizikal dan sosial yang memerlukan pembangunan. Suasana ketika itu memang

sangat kritikal dan terbuka kepada potensi negatif dan pelbagai masalah. Masalah yang paling

besar ketika itu ialah konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang tercetus daripada

tindakan satu pasukan anggota komunis bernama Bintang Tiga yang selama 14 hari selepas

tamatnya penaklukan Jepun, pada 16 Ogos 1945, memburu etnik Melayu yang pernah

bersubahat dengan Jepun kerana mereka menjadi anggota polis Jepun, atau Jookidam. Walau

apa-apa pun alasannya, akibat konflik selama 14 hari ini banyak nyawa terkorban dari

kalangan etnik Melayu dan Cina. Kesan kepada psyche Melayu dan Cina selepas terjadinya

perisitiwa ini pernah diungkapkan sebagai timbulnya perasaan distant and distrust antara

kedua-dua kelompok etnik ini. Konflik ini jarang-jarang disebut di Malaysia kerana konflik etnik

yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah diberikan perhatian besar-besaran.

Ketidakstabilan dan keadaan tidak aman ini berlanjutan setelah kerajaan kolonial British

pada 1 April 1946 mengisytiharkan Malayan Union sebagai kerajaan baharu selepas perang di

Malaya. Pembentukan Malayan Union, yang melibatkan antaranya penyerahan semua kuasa

Raja-Raja Melayu, kecuali yang berkaitan dengan agama Islam, kepada Mahkota British,

menjadikan sebelas buah negeri di Malaya sebagai sebuah British crown colony. Parti Melayu

UMNO yang dibentuk pada 11 Mei 1946 berjaya memobilisasikan pelbagai pertubuhan Melayu

untuk menentang penubuhan Malayan Union yang dilihat sebagai lebih menguntungkan etnik

bukan Melayu ketika itu.

Pada 31 Januari 1948, setelah Malayan Union dibubarkan, melalui Perjanjian Persekutuan

1948, wujud Persekutuan Tanah Melayu, dengan Pulau Pinang dan Melaka dikategorikan

sebagai British colonial territories dan Negeri Melayu yang sembilan itu dikategorikan sebagai

protectorates kepada United Kingdom.

Rusuhan dan mogok oleh pekerja-pekerja ladang telah berlaku secara besar-besaran di Malaya

ketika itu. Pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat mengorganisasi rusuhan dan mogok ini

telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan. Penglibatan Bintang Tiga sebagai dalang

dalam rusuhan tersebut dan juga tindakan ganas mereka membunuh tiga orang pengurus

ladang keturunan Eropah di Sungai Siput pada 16 Ogos 1948 akhirnya telah menyebabkan

pemerintah kolonial British mengisytiharkan Darurat pada 23 Julai 1948, yang hanya tamat 12

tahun kemudian iaitu pada 31 Julai 1960.

Dalam suasana ekonomi, sosial dan politik yang sungguh mencabar ini, pemerintah

kolonial British telah juga berusaha meredakan ketegangan etnik dan membina suatu badan

perunding yang boleh mengembalikan kesepaduan sosial dalam kalangan tiga kelompok etnik

di Malaya - Melayu, Cina dan India - dengan menubuhkan Communities Liaison Committee

(CLC) pada 1949 dan dipertanggungjawabkan kepada Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Agung

British di Asia Tenggara. Anggota CLC terdiri daripada ketua etnik Melayu, Cina dan India.

Badan ini boleh dianggap sebagai yang bertanggungjawab meletakkan kerangka dan

sempadan untuk perbincangan terbuka dari hati ke hati antara elit Melayu, Cina dan India

4

Page 5: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

ketika itu bagi `mencari kejernihan dalam kekeruhan'. Idea dan konsep CLC ini dikatakan

mengasaskan perkongsian kuasa di Malaysia dan wujudnya konsep Perikatan sebagai suatu

institusi dan sebuah parti yang menggabungkan parti politik Melayu, Cina dan India. Akhirnya,

pada awal 1974 Perikatan dibesarkan menjadi Barisan Nasional. Menggunakan konsep yang

sama Pakatan Rakyat ditubuhkan oleh beberapa parti pembangkang di Malaysia sebelum

Pilihan Raya Umum 2008.

Peranan dan kesan CLC terhadap usaha membina kesepaduan sosial yang berterusan di

Malaysia hingga sekarang sangat kritikal tetapi masih belum dikaji. CLC menjadi salah satu

institusi dan prinsip yang

mendasari kekuatan Malaysia yang sering dikagumi oleh masyarakat lain sedunia. Usaha

perundingan yang terus-menerus menjadi kerangka yang membolehkan perbezaan dan

kepelbagaian di Malaysia dapat dipertahankan, biarpun cabaran datang bertalu-talu.

Bermula dari sinilah wujudnya konsep serta kegiatan 'ethnic bargaining, atau tolak ansur

etnik yang digunakan dalam analisis politik mengenai Malaysia. Prinsip ini juga telah menjadi

kerangka perundingan antara British dengan para pemimpin etnik dan ketua parti politik

Malaysia sebelum Merdeka termasuk perundingan antara Tunku Abdul Rahman Putera dengan

Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya (PKM), di Baling pada 1955 dalam usaha membolehkan

anggota PKM kembali ke dalam politik arus perdana. Pilihan Raya Umum pertama di Malaya

pada 27 Julai 1955 sebenarnya telah merealisasikan cita-cita CLC diwujudkan. Strategi

perundingan etnik ini juga telah digunakan semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan,

melalui Jawatankuasa Reid. Malah, institusi 'rencana pembangunan lima tahun' yang pertama

di Malaya, iaitu, Draft Development Plan 1950-55 pun terhasil daripada perundingan.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, waktu itu Malaya masih

dalam Darurat, yang hanya tamat pada 31 Julai 1960. Hal ini bermakna perintah berkurung

dari pukul 6 petang ke 6 pagi esoknya masih berkuat kuasa ketika itu. Ertinya, rakyat telah

keluar beramai-ramai untuk menyambut kemerdekaan selepas tamat perintah berkurung jam 6

pagi pada 31 Ogos dan selepas perayaan mereka pulang ke rumah untuk berkurung kembali

pada jam 6 petang. Implikasinya, rakyat dan negara memperoleh kemerdekaan, tetapi

ternyata tanpa kebebasan kerana Perang Dingin masih bergolak di dunia, temasuk di Malaya,

maka peraturan Darurat dan undang-undang yang berkaitan yang membataskan kebebasan

juga masih berkuat kuasa.

Boleh dirumuskan bahawa Era Konflik 1945-1960 di Malaya adalah sebenarnya era yang

cukup kritikal dari semua segi, terutamanya, dalam meletakkan asas pembentukan negara

Malaysia, iaitu, sistem pemerintahan, pengagihan kuasa, sistem perundangan dan tadbir urus

serta penentuan hak-hak rakyat dalam sebuah sistem demokrasi, biarpun masih memerlukan

banyak pembaikan.

5

Page 6: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)

Sepuluh tahun selepas tamat Darurat, Perang Dingin masih terus terjadi dan hanya

berakhir pada 1989, kira-kira 30 tahun selepas Malaya merdeka dan 26 tahun selepas

terbentuknya Malaysia. Implikasinya, Malaya yang merdeka pada 1957 dengan Malaysia

terbentuk pada 1963, di samping perlu menangani cabaran terhadap kesepaduan sosial yang

telah mula mekar, terpaksa berhati-hati menghadapi ancaman keganasan komunis yang masih

mengorbankan nyawa, khususnya di Sarawak. Dengan kata lain, keadaan 'stabil tetapi tegang:

bermaksud pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial yang dibina oleh rakyat.

Wujudnya Malaysia pada 16 September 1963, selepas suatu referendum di Sarawak dan

Sabah, merupakan satu lagi kejayaan pengaplikasian prinsip ansur etnik' yang diamalkan

semenjak CLC ditubuhkan pada 1949. Satu perjanjian telah dibuat antara kerajaan

persekutuan dengan Sabah yang menjanjikan autonomi kepada Sabah dalam 20 perkara dan

Sarawak dalam 18 perkara, seperti mereka berhak mengurus sendiri hal imigresen yang telah

mengukir sifat federalisme yang kita kenal pada hari ini.

Walau bagaimanapun idea/konsep Malaysia itu tidak diterima oleh Indonesia, yang dipimpin

Sukarno. Beliau menganggap Malaysia sebagai `neo-colony, iaitu sebuah koloni baharu, tetapi

dalam pemerintahan orang tempatan sehingga Indonesia melancarkan konfrontasi atau

mengganyang Malaysia.

Peristiwa yang majoriti rakyat Malaysia lupa atau tidak tahu ialah tercetusnya rusuhan

etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3 September 1964, ketika Singapura masih

dalam Malaysia. Akibatnya kira-kira 40 nyawa dilaporkan terkorban dan ribuan lagi ditangkap.

Rusuhan ini kemudiannya diikuti oleh satu rusuhan lain yang lebih besar kali ini di Kuala

Lumpur, iaitu, rusuhan etnik Melayu-Cina, pada 13 Mei 1969dan di beberapa tempat lain. Data

rasmi menyatakan bahawa rusuhan ini telah mengorbankan kira-kira 250 nyawa, tetapi

laporan pemberita yang tidak ada bukti sahih mendakwa bilangannya jauh lebih tinggi.

Selepas 13 Mei 1969, pelbagai usaha top-down untuk mengembalikan kepercayaan umum

tentang perlunya kesepaduan sosial telah dilaksanakan, seperti penubuhan Majlis Perundingan

Rakyat, Jabatan Perpaduan Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam buku

merah Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 (RMK2) Tun Razak telah menyatakan bahawa

"the overriding aim of the Second Malaysia Plan is to create national unity." Semenjak itulah

"perpaduan nasional" menjadi sebahagian daripada idiom popular dalam kehidupan rakyat

Malaysia yang telah disisip dalam ucapan, lirik lagu dan puisi. Perpaduan dijadikan sebagai

harapan nasional dan idaman semua, tanpa rakyat Malaysia menyedari bahawa mereka sudah

menikmati kesepaduan sosial.

Jika pada akhir Era Konflik (1945-1960) platfom kesepaduan nasional telah mula dirangka dan

diaplikasikan, biarpun belum teguh, tetapi pada Era Stabil tetapi Tegang (1961-1970) asas dan

struktur rangka kesepaduan sosial yang lebih mantap terbina akibat trauma nasional selepas

Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Kesepaduan berlaku dalam suasana yang umumnya stabil dan

aman, tetapi tersentak tegang oleh kerana keganasan etnik dan juga keganasan serangan

(Ganyang Malaysia' oleh angkatan bersenjata Sukarno semasa Konfrontasi. Pengalaman pahit

6

Page 7: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

ini sebenarnya telah mematangkan rakyat Malaysia.

Era Kesepaduan Sosial (1971-201 1)

Lebih daripada 40 tahun telah berlalu selepas tragedi rusuhan etnik Mei 13 1969. Suasana

terns aman, stabil dan harmoni, kecuali selama lima hart dart 4 hingga ke 8 Mac 2001 apabila

berlakunya rusuhan etnik Melayu-India di Kampung Medan, Selangor, sebuah kawasan

kediaman setinggan kelas pekerja dan yang dilaporkan mengorbankan kurang daripada 10

nyawa.

Tragedi ini memperingat rakyat Malaysia bahawa bukan faktor politik, tetapi faktor

ekonomi, seperti kesukaran hidup dan persaingan untuk survival boleh mencetuskan

pergeseran etnik, khususnya dalam kalangan anggota kelas bawahan. Hal ini mengingatkan

kita kembali terhadap perdebatan yang belum berakhir antara pendekatan etnik dan kelas

sebagai lensa yang memerhatikan dinamika masyarakat Malaysia.

Kita juga diperingatkan bahawa slogan perpaduan dalam kepelbagaian dan perpaduan

nasional' itu adalah suatu harapan positif terhadap suatu masa depan yang lebih gemilang

daripada sekarang, termasuk cita-cita kita merealisasikan bangsa idaman; iaitu Bangsa

Malaysia'. Sebaliknya apa yang sebenarnya kita dukung dan dakap, malah suatu fenomena

yang tidak pernah kita berikan sebarang nama pun selama ini, tetapi tents dinikmati adalah

konsep kesepaduan sosial.

Oleh itu, yang jelas pada masyarakat umum Malaysia, biar pun nampak kabur kepada

sesetengah pemimpin dan sebahagian besar pemberita, ialah bahawa selama 40 tahun

selepas terjadi tragedi 13 Mei sebarang perbezaan sosial sesama mereka mesti diselesaikan

dengan aman kerana kos melepas sebarang konflik terbuka adalah terlalu tinggi kepada setiap

individu, setiap kolektif sosial, setiap etnik, setiap wilayah dan kepada negara Malaysia

keseluruhannya.

Kunci kesepaduan sosial Malaysia, ialah kematangan rakyatnya. Jika dulunya selepas

setiap pilihan raya umum di Malaysia ramai yang berasa gundah kerana kemungkinan mereka

yang kalah melepaskan geram melalui tindakan rusuhan ganas. Namun semenjak Pilihan Raya

Umum ke-4 pada 1974 (PRU4 1974) sehingga PRU12 2008, sebanyak sembilan kali pilihan raya

diadakan namun tidak wujud sebarang kekacauan etnik yang ditimbulkan oleh pihak yang

kalah sehingga mencetuskan perbalahan. Hal ini termasuk dalam puluhan pilihan raya kecil

yang telah diadakan berulang kali.

Dari sudut takrifan harian, rakyat Malaysia tidak segan silu untuk menyuarakan rasa tidak

puas hati mereka terhadap sebarang perkara yang mereka tidak suka. Kemudahan Internet,

SMS dan pelbagai lagi saluran data siber lebih memudahkan proses penyuaraan mereka.

Apatah lagi komentar boleh disampaikan dalam suatu konteks yang selesa dari segi peribadi,

7

Page 8: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

umpama (campak batu sembunyi tangan', iaitu penulis yang mengkritik dapat bersembunyi di

sebalik nama samarannya. Dalam suasana ini terbuhul suatu pola yang jelas iaitu rakyat

Malaysia sangat "suka bertikam lidah, tetapi tidak bertikam menggunakan parang" —

Malaysians prefer tongue wagging to parang wielding.

Keadaan ini memperlihatkan bahawa sesiapa pun boleh menyuarakan rasa tidak puas hati

tentang segala hal yang tersirat di kalbu masing-masing, sama ada dalam hal peribadi, etnik

ataupun kualiti hidup. Keterbukaan rakyat Malaysia dalam menyuarakan hal-hal ini telah

menimbulkan salah sangka besar oleh pemerhati dari dalam dan luar negara. Seringkali kata-

kata kesat yang dikeluarkan oleh seseorang ahli politik, guru sekolah dan orang biasa tentang

kaum pendatang' dan lain-lain selalunya akan menimbulkan kekecohan dalam media, diikuti

lontaran kritikan berentetan untuk beberapa minggu di ruang siber atau dalam media cetak.

8

Page 9: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Hal ini merupakan satu lagi ciri prilaku rakyat Malaysia pada peringkat everyday-defined di

Malaysia, iaitu "they talk conflict, they walk cohesion': Maksudnya, mereka sedia berdebat

habis-habisan tentang segala perkara yang difikirkan tidak betul atau tidak sempurna yang

dilakukan oleh pemerintah, pihak swasta dan para pemimpin. Perkara ini lebih merupakan satu

kegiatan psikososial sihat, iaitu lebih suka meluahkan segala yang terbuku di hati daripada

disimpan senyap sehingga (meletup dalam pelbagai bentuk yang memusnahkan.

Oleh sebab rakyat Malaysia lebih suka "tongue wagging and not parang wielding" dan

lebih senang "talk conflict, walk cohesion': maka gambaran yang diberikan kepada orang luar

boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan mereka kerana perkara didengar oleh mereka

dan diperhati ialah "tongue wagging" dan "talk conflict" yang kadang-kadang pedas, keras dan

sangat berkonfrontasi bunyinya. Apatah lagi jika penyuaraan itu disampaikan dalam blog,

YouTube dan melalui SMS, yang seolah-olah esok akan berlaku peristiwa 13 Mei 1969 sekali

lagi.

Boleh dirumuskan bahawa Era Kesepaduan Sosial (1971-2011) adalah era ketika

berlakunya pemantapan interaksi antara M+N+ P [iaitu Masyarakat (Society), Negara (State)

dan Pasaran (Market)] telah disulam erat dengan positif, biarpun turun-naik berlaku akibat

pengaruh dan perkembangan global. Dalam era tersebut terbukti bahawa ekonomi Malaysia

telah mampu bertahan. Justeru, paksi utama kesepaduan sosial adalah kemakmuran dan

kestabilan ekonomi yang seterusnya mendukung keamanan dan kestabilan politik. Gabungan

perkembangan ekonomi pesat dan suasana politik yang stabil telah membolehkan kita

bertahan dari segi kesepaduan sosial, sambil terus mengidamkan perpaduan. Perbandingan

antara pengalaman Sri Lanka dan Malaysia (Abeyratne 2008) untuk 40 tahun yang lalu

menunjukkan kepada kita peri pentingnya kaftan simbiotik ekonomi, politik serta kesepaduan

sosial, yang dirangkai melalui hubungan intim antara M+N+P.

Tentunya berlaku persaingan, kontradiksi dan ketegangan dari segi ruang dan kepentingan

antara ketiga-tiga komponen tersebut (M+N+P) yang boleh memberi kesan kepada seluruh

masyarakat Malaysia kerana tersirat di dalamnya ialah aspek hubungan etnik, kelas, wilayah

dan perbezaan sosial yang kritikal dan perlu sentiasa diimbangkan. Kadang-kadang pengaruh

dan pergolakan luar negeri mengesankan apa yang berlaku dalam negara, seperti isu TM

(Tenaga Kerja Indonesia) yang terus-menerus mencabar M+N+P serentak, dulu, sekarang dan

pada masa depan. Justeru kesepaduan sosial di Malaysia adalah terbina di atas lapisan

jaringan hubungan yang rumit lagi kompleks di dalam dan di luar negeri.

9

Page 10: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia

Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010 ialah 28.3 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia).

Malaysia mempunyai lebih daripada 70 kumpulan etnik dan sekiranya ditambah dengan

kelompok yang mewakili subetnik, kumpulan bahasa dan dialek, jumlahnya melebihi 200

kumpulan. Jadual 1.1 adalah memaparkan pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, bahasa

dan dialek yang wujud di Malaysia.

Balau, Berawan, Bidayuh, Bukitan, Cina, Iban, India, Kajang, Kayan, Kedayan, Kejaman,

Kelabit, Kenawit, Kenyah, Lahanan, Lisum, Longkiput, Lun Bawang, Lun Dayeh, Melanau, Melayu

Sarawak, Murut, Penan, Punan Bah, Punan Biau, Punan Busang, Punan, Remun, Saban,

Sebuyau, Sekapan, Sihan, Tabun, Tagal, Ukit, kumpulan etnik pekerja-pekerja migran dan

pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, kumpulan bahasa dan dialek yang lain.

JADUAL 1.1: Senarai Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Bahasa dan Dialek di Malaysia

Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa dan Dialek di Semenanjung

Acheh, Baba Nyonya, Banjar, Bateq, Bengali, Beri, Boyan, Bugis, Chettiar, Chewong, Chindian, Foochow, Gujarati, Hainanese, Hakka, Hokkien, Jah Hut, Jahai, Jakun, Jawa, Kanaq, Kensiu, Kintaq, Kwangsi, Kwantung, Lanoh, Mah Meri, Malabaris, Malayalee, Mandaling, Melayu, Melayu Patani, Mendriq, Min Bei, Minangkabau, Orang Kuala, Orang Seletar, Pakistan, Portugis, Punjabi, Rawa, Semai, Semaq, Semelai, Serani, Siam, Sindhi, Tamil, Telegu, Temiar, Temuan, Teochew, kumpulan etnik pekerja- pekerja migran dan pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, kumpulan bahasa dan dialek yang lain.

Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa dan Dialek di Sabah

Bajau, Bisaya, Bonggi, Bookan, Bugis, Gina, Dumpas, Dusun, Gana, Hulu, Ida'an, India, Iranun, Kadazan, Kagayan, Kalabakan, Kalabuan, Kedayan, Keningau Murut, Kepulauan Kokos, Kimaragang, Kinabatangan, Kuijau, Labuk-Kinabatangan, Lobu, Lotud, Lundayeh, Makiang, Mangkaak, Melayu, Minokok, Murut, Okolod, Paitan, Paluan, Papar, Rungus, Sama Selatan, Selungai, Sembakung, Serudung, Sinabu, Sino-Kadazan, Suluk, Sungai, Tagal, Tatana', Tausug,Tempasuk Dusun, Tengara, Tidung, Timugon, Tinagas, Tobiling, Tombonuo, Ubian, kumpulan etnik pekerja-pekerja migran dan pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, kumpulan bahasa dan dialek yang lain.

Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa dan Dialek di Sarawak

Balau, Berawan, Bidayuh, Bukitan, Cina, Iban, India, Kajang, Kayan, Kedayan, Kejaman, Kelabit, Kenawit, Kenyah, Lahanan, Lisum, Longkiput, Lun Bawang, Lun Dayeh, Melanau, Melayu Sarawak, Murut, Penan, Punan Bah, Punan Biau, Punan Busang, Punan, Remun, Saban, Sebuyau, Sekapan, Sihan, Tabun, Tagal, Ukit, kumpulan etnik pekerja-pekerja migran dan pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, kumpulan bahasa dan dialek yang lain.

10

Page 11: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Potret Hubungan Etnik di Malaysia

Pola kerencaman dan kepelbagaian penduduk yang wujud secara tidak langsung

menggalakkan perspektif bahawa hubungan etnik di Malaysia pada umumnya adalah bersifat

rapuh, mudah retak dan cenderung ke arah ketegangan dan sering membawa kepada keadaan

yang berkonflik Adakah pandangan sebegini tepat untuk menghuraikan hubungan etnik di

Malaysia? Jika pandangan sebegini diterima, negara Malaysia sebagai sebuah negara bangsa

mungkin tidak dapat bertahan dan wujud dalam peta dunia. Keadaan yang wujud ialah etnik

yang pelbagai ini akan membentuk negara mengikut acuan etnik masing-masing. Namun

demikian, hakikatnya negara Malaysia dengan kerencaman demografi yang berbeza terus

kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara

berbilang etnik.

Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan

sosial yang baik. Keadaan ini membolehkan rakyat daripada pelbagai etnik dapat hidup

bersama dalam suasana aman dan bebas daripada konflik kekerasan etnik yang kerap dan

berpanjangan sebagaimana berlaku di negara yang sentiasa berkonflik seperti Sri Lanka,

Somalia dan Palestin.

Keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkannya

terus membangun dengan pesat dalam pertumbuhan ekonomi yang stabil. Malaysia turut

berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50

tahun.

Dengan komposisi etnik, agama, budaya dan bahasa yang begitu kompleks, Malaysia

berjaya mengekalkan kerukunan dalam kehidupan bermasyarakat serta pencapaian

pembangunan. Justeru, keunikan tadbir urus negara dalam mengolah perpaduan dalam

kepelbagaian amat penting daripada hanya melihat dimensi konflik mahupun ketegangan.

Aspek tadbir urus perpaduan dalam kepelbagaian ini sebenarnya membawa kepada

kefahaman terhadap proses kesepaduan sosial dalam masyarakat yang sebenarnya

merupakan inti pati kepada kestabilan, keamanan mahupun kerukunan hidup masyarakat

berbilang etnik.

Kestabilan dan keamanan yang dikecapi telah diiktiraf oleh Global Peace Index yang telah

menyenaraikan Malaysia di tangga ke-19 sebagai antara negara paling stabil dan aman di

dunia. Berdasarkan Jadual 1.2 kedudukan negara yang disenaraikan dalam Global Peace Index

2011,Malaysia adalah satu-satunya negara heterogeneous dengan komposisi demografi

pelbagai etnik berada di senarai paling atas. Sebaliknya, negara-negara lain yang berada pada

kedudukan lebih baik daripada Malaysia secara umumnya ialah negara yang lebih bersifat

homogeneous. Pada tahun 2011 kedudukan Malaysia berada di tangga ke-19 manakala pada

tahun 2012 kedudukannya adalah pada tangga ke-20 iaitu mendahului Australia (ke-22) dan

Singapura (ke-23).

11

Page 12: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

JADUAL 1.2: Global Peace Index (2011)

Negara Kedudukan Negara Paling Aman di Dunia

New Zealand 1

Iceland 2

Jepun 3

Denmark 4

Republik Czech 5

Austria 6

Finland 7

Kanada 8

Norway 9

Slovenia 10

Ireland 11

Qatar 12

Sweden 13

Belgium 14

Jerman 15

Switzerland 16

Portugal 17

Australia 18

Malaysia 19

Hungary 20

Sumber : Institute for Economics and Peace 2011

Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik

12

Page 13: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Dalam menggambarkan hubungan etnik, terdapat sarjana yang menyatakan bahawa

masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama dan kemajmukan etnik seperti

di Malaysia pasti akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik, agama, budaya dan

bahasa masing-masing tanpa nilai yang dapat mengikat mereka bersama. Selain itu,

perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik sehingga berlaku

kepupusan ciri-ciri etnik, iaitu dari segi bahasa, budaya dan agama mereka apabila etnik yang

dominan menguasai etnik minoriti.

Media massa juga sering membawa laporan kewujudan polarisasi etnik di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan menyatakan bahawa mahasiswa tidak berminat

untuk berkongsi dengan etnik lain seperti tinggal sebilik, makan bersama, belajar bersama,

bergaul bersama dalam kegiatan lain di kampus. Malahan, media massa sering

membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita. Di samping itu, aktiviti

dalam kempen pilihan raya sering menjadi gelanggang untuk meraih undi dengan cara

menggemblengkan sentimen dan kepentingan etnik masing-masing sehingga mencetuskan

keresahan dalam kalangan etnik dan membawa kepada aspek ketegangan etnik.

Natijahnya, adakah adil memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam pespektif yang

sempit dengan melihat masyarakat Malaysia ini hanya dari sudut konflik, sengketa,

pertentangan dan ketegangan semata-mata? Di mana pula penilaian masyarakat keseluruhan

melihat kejayaan negara mengurus soal kesepaduan sosial yang dinikmati oleh seluruh lapisan

masyarakat selepas peristiwa 13 Mei sehingga hari ini yang berjaya diangkat dalam Global

Peace Index 2011 dan kejayaan ekonomi Malaysia yang berdaya saing setanding dengan

negara lain? Oleh hal demikian, hubungan etnik di Malaysia perlu dilihat dari perspektif dan

dimensi kesepaduan sosial yang merupakan formula kesejahteraan masyarakat berbilang

etnik.

Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di Malaysia

Kerangka konseptual yang diutarakan dalam memaparkan hubungan etnik di Malaysia

sebagai suatu bentuk hubungan yang rapuh, retak dan penuh dengan pertentangan dan

persengketaan ini boleh disimpulkan sebagai suatu kerangka konseptual yang berorientasikan

paradigma konflik. Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia telah menggunakan

paradigma konflik sebagai alat analisis yang utama untuk menganalisis dan memahami setiap

permasalahan yang dilihat wujud dalam masyarakat.

Melalui paradigma konflik yang menjadi pendekatan utama ini terdapat kecenderungan

pengkajinya untuk mengeneralisasi sesuatu permasalahan secara simplistik sedangkan

permasalahan yang wujud pada masa ini jauh lebih rumit dan kompleks. Komponen-komponen

sosial yang wujud kini adalah bertindan lapis antara etnik, agama, kelas, gender, umur,

orientasi seksual, budaya, ideologi dan kategori-kategori sosial yang lain.

Perspektif yang digunakan oleh pengkaji menggambarkan hubungan etnik di Malaysia

adalah rapuh, retak dan penuh dengan pertentangan dan persengketaan adalah berdasarkan

paradigma konflik. Oleh itu, konsep yang berhubung kait dengannya seperti konsep polarisasi,

13

Page 14: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

segregasi, ketegangan, persaingan, persengketaan, pertentangan, perbezaan atau perpecahan

digunakan sebagai alat analisis dan pengukur untuk memahami permasalahan tersebut.

Melalui penggunaan konsep yang berbau negatif seperti ini untuk memahami

permasalahan hubungan etnik membawa kepada kecenderungan untuk mendikotomikan

sesuatu isu yang berbangkit itu secara binari atau pertentangan duaan. Contohnya, antara

Melayu dan bukan Melayu, Islam dan bukan Islam, lelaki dan perempuan, bandar dan luar

bandar, muda dan tua, miskin dan kaya, berpendidikan dan tidak berpendidikan, serta

heteroseksual dan homoseksual.

Cara pandang dari kaca mata konflik umumnya mengandaikan masyarakat Malaysia

seolah-olah sentiasa berada dalam dikotomi, pertentangan, persengketaan dan saling bersaing

khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama. Cara pandang yang sebegini

gaga] untuk melihat pelbagai sisi yang cukup berencam antara satu kategori sosial dengan

satu kategori sosial yang lain. Malahan, antara satu kategori sosial dengan satu kategori sosial

yang lain terdapat ciri tindan lapis yang saling bertautan. Contohnya, dalam kategori etnik

Melayu itu sendiri terdapat pelbagai kerencamannya; Melayu yang mana? Melayu bandar, luar

bandar, liberal, ortodoks, kelas menengah, kelas pekerja kerajaan, swasta, berpendidikan,

penyokong UMNO PAS, PKR, DAP? Soalannya Islam yang mana? Islam liberal, konservatif,

Sunni, Syiah, Wahhabbi, Muhammadiyah, Tabligh, Arqam? Malahan berkemungkinan antara

Melayu kelas menengah yang liberal lebih banyak persamaannya dengan bukan Melayu dari

kelas yang sama berbanding dengan Melayu kelas petani dari kampung.

Etnik lain juga memiliki pelbagai kerencaman dalam beragama, malahan bertindan lapis

dengan kategori yang lain. Etnik Cina, India, Iban, Kadazan begitu juga dengan agama Kristian,

Hindu, Buddha dan sebagainya turut mempunyai kepelbagaian dan kerencaman mereka

sendiri seperti etnik Melayu dan agama Islam.

Kerencaman tersebut tidak sekadar seperti telah dijelaskan malah kategori sosial ini juga

cair dan bergerak bebas serta boleh berubah dan berbeza sesama sendiri tanpa adanya batas-

batas sempadan yang ketat dan kekal. Contoh yang paling ketara adalah isu penggunaan

kalimah Allah oleh bukan Muslim yang pernah timbul dan menjadi isu yang cukup panas

beberapa ketika yang lalu. Jika diperhatikan dengan teliti wacana yang wujud ketika itu dalam

menanggapi isu, terdapat pelbagai pandangan baik yang menyokong mahupun menentang

sama ada daripada pihak Islam ataupun yang bukan Islam sendiri. Masing-masing mempunyai

pandangan berbeza walaupun mereka daripada kumpulan agama yang sama. Berdasarkan

contoh ini dapat dilihat dengan jelas bagaimana cara pandang yang menggunakan paradigma

konflik cenderung untuk mentafsirkan secara mudah kehidupan sosial yang realitinya jauh

lebih rumit dan kompleks.

Dalam keghairahan mengangkat paradigma konflik sebagai teras dan orientasi memahami

permasalahan yang wujud di Malaysia, realitinya tahap kehidupan harian masyarakat awam

berada dalam kesepaduan sosial yang relatifnya adalah bersifat aman dan stabil. Selepas

peristiwa 13 Mei konflik bersifat kekerasan etnik secara terbuka yang berlaku adalah terlalu

kecil. Dalam tempoh lebih daripada empat dekad yang lalu semenjak peristiwa 13 Mei,

14

Page 15: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Malaysia secara relatifnya masih belum goyah dengan konflik peristiwa etnik mahupun konflik

agama namun kadang-kadang kesannya boleh mengancam kesepaduan sosial yang sudah

sedia wujud dalam masyarakat berbilang etnik.

Memang tidak dinafikan bahawa konflik, pertentangan dan saling bertanding sering

muncul dan memenuhi wacana sama ada di kedai kopi, warung teh tarik, restoran mamak,

atau di ruang maya melalui blog, internet dan portal sesawang. Malahan, tidak dinafikan wujud

konflik yang berakhir dengan kekerasan fizikal seperti yang berlaku di Kampung Rawa,

Kampung Medan, Pasir Gudang dan Kamunting tetapi kekerasan fizikal tersebut adalah bersifat

lokal dan terkawal tidak merebak serta berlarutan sehingga mencarik fabrik sosial yang

mengikat masyarakat setempat.

Kehidupan harian masyarakat awam khususnya di luar kawasan konflik yang tersebut

tetap diteruskan dalam suasana yang relatifnya stabil dan aman. Keadaan ini adalah realiti

kehidupan sosial yang wujud di Malaysia dan jarang diungkapkan oleh para sarjana kajian

etnik. Realiti yang lebih positif dan sebenarnya lebih dominan serta lebih terserlah umumnya

terlepas pandang daripada mata para sarjana kajian etnik. Keadaan ini adalah kerana cara

pandang melalui paradigma konflik terlalu lama mendominasi wacana etnik di Malaysia sejak

zaman kolonial sehingga seolah-olah ianya diterima sebagai sesuatu yang sedia ada (as given)

justeru sudah tersulam rapi di dalam minda dan praktik para pengkaji hubungan etnik di dalam

dan luar Malaysia.

Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflik

Sekiranya ditelusuri dengan lebih mendalam, cara pandang melalui paradigma konflik

merupakan warisan daripada pembentukan ilmu kolonial yang bersifat esensialis, tetap dan

cenderung mengitlakkan ciri-ciri sosial yang terdapat pada subjek yang menjadi anak jajahan

mereka. Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan nuansa ideologi orientalisme pada

asasnya adalah untuk "membezakan" kumpulan dalam masyarakat agar wujud sempadan

binari yang jelas antara mereka yang menjajah dengan mereka yang terjajah. Mereka yang

terjajah pula dikategorikan secara pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciri-ciri

fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diesensialisasi dan diitlakkan secara mudah

dan cetek.

Ideologi dan cara pandang tersebut bukan sahaja beroperasi di tingkat epistemologi dan

konseptual, tetapi juga di tingkat ontologi dan alam nyata melalui pemisahan yang berbentuk

fizikal ke atas kumpulan masyarakat terjajah, khususnya dari sudut penempatan dan juga jenis

pekerjaan melalui dasar pecah dan perintah. Proses membezakan yang lain bukan sahaja

disumbangkan oleh pemerintah kolonial, tetapi juga diteruskan oleh sarjana sains sosial dan

kajian hubungan etnik dari Barat yang menjalankan kajian mereka di negara jajahan

khususnya yang mempunyai populasi masyarakat majmuk.

Hasil kajian mereka berasaskan teori daripada kaca mata mereka sendiri yang cenderung

mengetengahkan unsur-unsur konflik, kelainan dan perbezaan. Teori teori yang berasaskan

paradigma konflik, kelainan dan perbezaan kemudiannya disosialisasikan melalui wacana

15

Page 16: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

ilmiah, baik dalam bentuk buku, jurnal, kertas kerja mahupun pembentangan akademik

seterusnya disosialisasikan pula oleh sarjana tempatan dan disebarkan kepada pelajar dan

masyarakat awam.

Penerapan paradigma ini terus diperkukuhkan apabila berlakunya konflik sebenar

khususnya dalam era perang dingin. Umpamanya, apabila ideologi komunisme diangkat

sebagai musuh dan teori domino diketengahkan daripada paradigma konflik. Pemikiran

sedemikian seterusnya disosialisasikan ke dalam wacana antikomunis untuk menimbulkan

kegelisahan, ketakutan dan rasa tidak selamat dalam kalangan negara di Asia Tenggara.

Perang saudara di Vietnam contohnya dilihat sebagai mangkin kepada kemungkinan negara di

sekitarnya akan turut jatuh ke tangan komunis.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam kancah wacana berbentuk konflik apabila kerajaan

British di Malaya pada ketika itu mengisytiharkan darurat untuk menangani ketidakstabilan

sosiopolitik berikutan tindakan kekerasan yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya.

Paradigma konflik ini terus mendapat tempat sebagai cara pandang yang dominan dalam

memahami masyarakat Malaysia apabila berlaku pertentangan sengit antara organisasi politik

yang mewakili kepentingan kumpulan etnik yang pelbagai di Malaysia sama ada pada era

kolonial ataupun pascakolonial.

Cara pandang melalui perspektif konflik semakin popular dan kukuh apabila meletusnya

Peristiwa 13 Mei sehingga ada yang meramalkan bahawa projek pembangunan negara bangsa

Malaysia akan gagal. Proses pembentukan cara pandang melalui perspektif konflik merupakan

suatu proses yang panjang, lama dan berterusan. Dari era kolonial sehingga ke masa kini,

paradigma konflik telah menjadi cara pandang yang dominan dalam masyarakat untuk

memahami fenomena etnisiti dan permasalahan yang wujud di Malaysia sehingga

menyebabkan sukar untuk melihat dengan cara pandang yang lain.

Malaysia yang diramalkan oleh banyak pihak akan berakhir dengan perpecahan akibat

tragedi 13 Mei tidak menjadi realiti kerana selepas peristiwa tersebut, ternyata Malaysia lebih

stabil dan kukuh berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Malahan, Malaysia

mampu mencapai kadar pertumbuhan eko-nomi yang tinggi, pembangunan yang pesat, politik

yang stabil serta kehidupan bermasyarakat yang relatifnya aman tanpa konflik yang terbuka

dan berterusan sehingga diiktiraf oleh dunia sebagai model negara majmuk yang berjaya.

Memahami Hubungan Etnik daripada Perspektif Kesepaduan Sosial

Suatu paradigma alternatif yang mengambil kira aspek positif yang menyumbang kepada

keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang masih dalam proses pembikinannya,

kini adalah perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada cara pandang untuk memahami citra

hubungan etnik dengan lebih adil dan menyeluruh.

Paradigma alternatif ini bukan bertujuan untuk menafikan bahawa tiada konflik tetapi

sebagai satu cara pandang yang memberi tempat yang lebih wajar kepada nisi positif dalam

menganalisis dan memahami hubungan etnik . Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar

kerana hakikatnya aspek yang lebih dominan dalam kehidupan seharian dalam kalangan

16

Page 17: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial.

Menggunakan paradigma kesepaduan sosial untuk memahami hubungan etnik di Malaysia

bermula dengan premis bahawa kesepaduan sosial sudah sedia wujud sebagai tiang seri di

peringkat masyarakat awam. Usaha yang perlu dilakukan adalah mengukuhkannya lagi supaya

perpaduan yang dicita-citakan oleh masyarakat dan negara dapat dicapai. Kesepaduan sosial

yang dinikmati sekarang merupakan proses yang panjang dan berterusan sejak wujudnya

interaksi antara masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Kewujudan kesepaduan sosial

disumbangkan secara top-down atau hasil daripada tindakan kerajaan yang diterapkan kepada

masyarakat dan ada yang disumbangkan secara bottom-up iaitu hasil daripada interaksi dan

jalinan hubungan yang berlaku di peringkat masyarakat awam itu sendiri dalam kehidupan

sehari-hari tanpa campur tangan oleh pihak kerajaan.

Hubungan Saling Terkait dan Sating Bergantungan

Jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan anggota masyarakat

Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka.

Umpamanya, nasi yang dimakan oleb pelajar selepas keluar dari bilik kutlah hubungan etnik

berkemungkinan besar diperoleh daripada pesawah padi Melayu dari Kedah atau pesawah padi

Cina dari Sekinchan, Selangor. Padi tersebut kemudiannya dibawa ke kilang pemprosesan padi

oleh pembawa lori daripada etnik India dan diproses pula oleh pekerja dari peringkat buruh

hingga ke peringkat pengurusan mungkin terdiri daripada etnik Melayu, Cina atau India atau

mungkin buruh imigran dari Indonesia, Bangladesh atau Myanmar.

Padi yang siap diproses menjadi beras kemudiannya dibawa ke pasar raya atau kedai

runcit oleh pemandu van atau lori yang mungkin daripada etnik Orang Asli dan ketika sampai

di kedai runcit atau pasar raya, beras berkenaan dipunggah, diangkut dan disusun di rak-rak

dan seterusnya dijual oleh pekerja kedai runcit dan pasar raya yang mungkin daripada etnik

Iban, Kadazan, Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kelabit dan Kayan. Beras pula kemudiannya

dimasak oleh pengusaha kantin daripada etnik Melayu atau Cina atau India atau Iban atau

Kadazan yang dibantu pula oleh pekerja imigran dari Indonesia, India, China, Thailand atau

Myanmar.

Daripada contoh tersebut, dapat dilihat interaksi dan hubungan antara anggota

masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama di negara ini melengkapi dan

saling bergantungan dalam jalinan rantaian kesepaduan sosial yang panjang. Setiap kali nasi

yang dijamah akan mencetuskan fikiran bagaimana rantaian yang sating terkait sebenarnya

melibatkan manusia daripada pelbagai etnik yang berbeza. Mereka terlibat dalam memastikan

nasi yang dimakan itu boleh sampai kepada kita dan seterusnya membekalkan zat, vitamin

dan tenaga untuk kita terus hidup melalui interaksi yang seolah-olahnya begitu terancang.

Begitu juga dengan baju yang dipakai, telefon bimbit yang digunakan, komputer untuk

melayari internet dan semua barangan yang dibeli dan digunakan dalam kehidupan seharian.

Kesemuanya adalah terhasil daripada jalinan hubungan yang saling terkait dan saling

bergantungan dan kesemuanya juga berkemungkinan melibatkan individu daripada pelbagai

17

Page 18: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

etnik.

Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian

Interaksi dan jalinan hubungan sosial antara anggota masyarakat yang saling terkait dan

sating bergantungan seperti yang telah dibincangkan adalah unsur-unsur penting dalam

membina kesepaduan sosial. Justeru, paradigma kesepaduan sosial lebih memberi tumpuan

kepada takrifan terhadap interaksi seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat itu sendiri

berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh autoriti.

Takrifan autoriti seperti negara, misalnya, cenderung bersifat tetap dengan sempadannya

yang tidak boleh diubah. Contohnya, takrifan Melayu oleh negara sebagaimana yang

termaktub dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk tetap, iaitu seorang

Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan

mengamalkan adat resam dan budaya Melayu.

Takrifan negara yang bersifat tetap mungkin bermasalah untuk digunakan ke atas

sebahagian daripada orang Melayu, khususnya daripada kelas atasan dan menengah lazimnya

amalan pertuturan mereka manakala menggunakan bahasa Inggeris. Memandangkan mereka

ini tidak menepati takrifan Melayu seperti yang dikehendaki oleh negara, adakah mereka

masih layak dikenali sebagai orang Melayu? Sebaliknya, takrifan harian dalam peringkat

masyarakat awam dalam kehidupan seharian berkemungkinan besar berbeza daripada apa

yang ditakrifkan oleh negara secara formal dalam hal tersebut.

Fenomena yang dipaparkan merupakan suatu contoh kecil yang boleh diambil untuk

memperlihatkan takrifan seharian jauh berbeza dengan takrifan oleh negara ke atas warganya.

Banyak lagi contoh lain yang boleh diambil untuk membuktikan pernyataan ini seperti sama

halnya dengan jenis Islam yang mesti dianuti oleh orang Melayu di Malaysia. Jika menurut

takrifan autoriti hanya Islam daripada aliran Sunnah-Wal-Jamaah dengan bermazhabkan Shafie

yang mesti dianuti sedangkan mengikut takrifan harian orang Melayu di Malaysia tidak

semuanya menganut aliran Sunnah-Wal-Jamaah daripada mazhab Shafie. Malahan ada juga

dalam kalangan orang Melayu Islam di Malaysia yang mengamal fahaman syiah.

Hakikatnya, dalam kehidupan sehari-hari seperti yang dihuraikan sebelum ini terdapat

kerencaman yang wujud dan jauh lebih kompleks daripada takrifan autoriti. Malahan, takrifan

harian oleh masyarakat awam kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam, pelbagai dan

terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling memahami dalam kalangan mereka untuk

memastikan kehidupan seharian mereka dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang

konflik.

Justeru, dengan mengambil paradigma kesepaduan sosial sebagai suatu cara pandang

alternatif untuk menganalisis dan memahami fenomena hubungan etnik di Malaysia, takrifan

harian menjadi petunjuk utama dalam mengenal pasti bentuk, tahap, tingkat dan intensiti

hubungan etnik yang wujud dalam sesuatu kawasan, tempat, komuniti dan juga masyarakat

Malaysia secara keseluruhannya. Paradigma kesepaduan sosial dalam konteks ini adalah suatu

cara pandang yang cuba memberi ruang dan kuasa kepada masyarakat awarn agar terlibat

dalam proses pembinaan perpaduan.

18

Page 19: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Ringkasnya, kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh

anggota masyarakat dan takrifan harian dalam konteks hubungan etnik ialah pelekat sosial

yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya

bersepadu. Pelekat sosial yang memberi kesepaduan sosial dihasilkan daripada interaksi dan

jalinan hubungan sosial yang berlaku setiap hari antara sesama anggota masyarakat yang

terdiri daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan bahasa tanpa campur tangan daripada

pihak negara baik dalam ruang ekonomi, pasar, politik, sosial mahupun budaya.

Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi

Secara konseptual, kesepaduan sosial sudah sedia wujud dalam acuan besar masyarakat

Malaysia. Acuan besar merujuk kepada negara bangsa yang dinamakan Malaysia dengan ciri-

ciri khasnya yang terhasil daripada proses perkongsian sejarah bersama yang dilalui dan

dialami oleh anggota warganya. Dalam acuan besar ini terbina struktur sosial, ekonomi, politik

dan budaya yang khas beracuankan Malaysia.

Acuan besar dalam konteks masyarakat pelbagai etnik tidak bersifat statik, tetapi sentiasa

dinamik dalam suatu proses pengukuhan berterusan yang didukung oleh struktur sosial,

ekonomi, politik dan budaya. Kesepaduan sosial pula dibina oleh aktor sosial yang terdiri

daripada pelbagai etnik yang berada di dalamnya melalui amalan harian. Mereka ditandai oleh

interaksi dan jalinan hubungan sosial yang saling terikat, saling bertaut malah saling

berkongsi. Oleh hal demikian, interaksi dan jalinan hubungan sosial sebegini adalah sesuatu

yang secara langsung mahupun tidak langsung sudah tersulam ke dalam fabrik sosial

masyarakat kerana kesemua mereka berada di dalam satu acuan besar negara bangsa

Malaysia yang sama.

Proses pentakrifan makna yang dilakukan oleh faktor sosial yang terdiri daripada pelbagai

etnik telah mentransformasikan hubungan antara etnik lalu membentuk hubungan sosial yang

pelbagai bentuk.

Dalam konteks Malaysia, proses transformasi hubungan etnik tersebut berlaku secara

umumnya melalui rundingan sosial yang berterusan antara faktor sosial dalam masyarakat

awam untuk memenuhi kepentingan masing-masing.

Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi

dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus

mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang

wujud pada hari ini. Justeru, makna yang diberikan oleh aktor sosial ini terhadap interaksi dan

hubungan seharian yang berlaku antara mereka melalui proses rundingan sosial yang

berterusan yang diwarnai oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi

umumnya cenderung ke arah bentuk positif daripada bentuk negatif. Tafsiran positif yang

merujuk kepada interaksi dan hubungan mereka di peringkat harian membentuk kesepaduan

sosial pada hari ini walaupun mereka daripada latar belakang etnik, agama, bahasa dan

budaya yang berbeza.

19

Page 20: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

Antara contoh yang paling jelas tentang wujudnya kesepaduan sosial di peringkat

kehidupan harian adalah apabila timbulnya pelbagai isu yang emotif dan provokatif berhubung

dengan etnik dan agama, khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Beberapa isu dibangkitkan dan diprovokasi secara berterusan oleh pihak yang ingin

mengambil kesempatan demi kepentingan kelompok yang memperjuangkan isu-isu berkaitan.

Namun, tindakan tersebut ternyata tidak berakhir dengan rusuhan etnik secara terbuka;

sebaliknya kehidupan seharian masyarakat awam terus berjalan secara relatifnya aman dan

stabil walaupun isu-isu panas sering diapi-apikan melalui media massa tertentu.

Hakikatnya, rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah terpengaruh

untuk bertindak secara melulu, emotif dan menggunakan kekerasan terhadap isu-isu yang

ditimbulkan. Sebaliknya, daripada realiti sosial, menunjukkan bahawa secara relatifnya

masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit sebanyak terikat dengan suatu

bentuk kesepaduan sosial yang baik. Malahan, pihak organisasi sukarelawan masyarakat dan

individu daripada pelbagai etnik dan agama telah mengambil bahagian secara aktif untuk

meredakan tindakan provokasi yang timbul. Sekiranya isu-isu seperti ini muncul pada tahun

1960-an atau 1970- an, kemungkinan besar isu berkenaan berakhir dengan rusuhan agama

atau sengketa etnik secara terbuka seperti dalam Peristiwa 13 Mei.

Bagaimanapun, hakikatnya di Malaysia pada abad ke-21 ini tiada sebarang rusuhan etnik

atau agama yang berlaku walaupun isu-isu yang berkenaan sering dibangkitkan dan

diprovokasi secara berterusan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan. Keadaan ini

merupakan suatu anjakan, perubahan dan transformasi sosial yang cukup besar dalam

kehidupan bermasyarakat di negara ini.

Justeru, takrifan yang diberikan oleh anggota masyarakat dalam acuan besar bercirikan

Malaysia adalah merujuk kepada interaksi dan hubungan sehari-hari yang berlaku antara

mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan. Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur

akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang merupakan inti pati penting untuk

memahami hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.

Kesimpulan

Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah, terutama jika terdapat usaha sedar

berpunca daripada tindakan authority-defined dan top- down yang dapat melengkapkan dan

menjamin kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat

majmuk itu. Salah satu usaha tersebut adalah bersifat pemantauan berlanjutan melalui

prosedur tertentu yang bertindak sebagai sistem amaran awal. Oleh yang demikian, sebarang

kemungkinan konflik terbuka berlaku dapat dikawal sebelum menjadi lebih besar dan merebak,

lalu merungkai kesepaduan sosial yang telah wujud dengan baiknya.

Dengan itu, adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan ini sebagai

"kesepaduan dalam kepelbagaian" (cohesion in diversity) dan bukan "perpaduan dalam

kepelbagaian" (unity in diversity). Namun, kita boleh juga menghujahkan bahawa kesepaduan

ialah tahap sebelum perpaduan atau prasyaratnya. Di Malaysia, terdapat pola turun naik dan

20

Page 21: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

putaran antara keadaan konflik dan keamanan. Sejak lebih 60 lepas sejak Perang Dunia Kedua,

kita telah mengharungi tiga era penting. Implikasinya ialah perpaduan adalah work-in-progress

kerana perpaduan ialah suatu sasaran pencapaian yang masih belum tercapai. Proses ini

memerlukan semua pihak di negara kita berkerja keras secara sedar untuk memastikan

kesepaduan sosial yang sedia ada dikekalkan dan dipertahankan, biarpun perpaduan belum

kelihatan.

Oleh itu, keamanan dan kestabilan masyarakat Malaysia, justeru kesepaduan sosialnya,

tidak boleh diambil seperti sesuatu yang alamiah, sedia ada dan tidak diambil peduli akan

keadaan sebenarnya. Kita mesti terus-menerus bekerja keras mengekalkan dan

mempertahankannya. Cuma bagaimanakah kita hendak melaksanakannya dalam jangka

pendek dan jangka panjang. Kita perlu memikirkan strategi jangka panjang yang lebih kekal

sifatnya untuk bukan sahaja menangani 'api-api kecil' bahkan juga menghindarinya daripada

berlaku atau kalau sudah berlaku, merebak ke sesuatu yang lebih besar dan tidak terkawal.

21

Page 22: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

BAB 1: MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK

22

Page 23: BAB_1_MALAYSIA_KESEPADUAN_DALAM_KEPELBAGAIAN.doc

HUBUNGAN ETNIK BAB 1 : MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

23