21
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru 1 B B a a b b 2 2 : : T T U U G G A AS S D D A AN N P P E E R R A AN N A AN N G G U U R R U U g g Hasil Pembelajaran: Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat: Memerihalkan pandangan Al-Frabi dan Confucisu tentang tugas & peranan guru Menerangkan pendapat Vivekananda dan Plato berkenaan tugas & peranan guru Memerihalkan pendapat Plato tentang tugas & peranan guru Membezakan pelbagai peranan & tugas seorang guru Bab ini membincangkan pandangan beberapa ahli falsafah seperti Al-Farabi, Confucius, Vivekanada dan Plato tentang peranan pendidikan dan peranan guru. Jika dikaji dengan teliti, pandangan ahli-ahli falsafah ini adalah hampir sama dan relevan hingga ke hari walau pun idea-idea mereke diutarakan lebin 2000 tahun lalu. Pelbagai peranan dan tugas guru dibicangkan dengan mendalam. RINGKASAN BAB 2.1 Pengenalan 2.2 Al-Farabi 2.3 Confucius 2.4 Viviekananda 2.5 Plato 2.6 Pelbagai peranan & tugas guru Ringkasan Kata Kunci Rujukan Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Tugas & Peranan Guru Bab 3: Etika Perguruan Bab 4: Standard Guru Malaysia Bab 5: Pembangunan Profesion Guru Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

Bab2.Al Firuni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Alfiruni

Citation preview

Page 1: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

1

BBBaaabbb 222:::

TTTUUUGGGAAASSS DDDAAANNN PPPEEERRRAAANNNAAANNN GGGUUURRRUUU

ggg

gi

Hasil Pembelajaran:

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:

Memerihalkan pandangan Al-Frabi dan Confucisu tentang tugas &

peranan guru

Menerangkan pendapat Vivekananda dan Plato berkenaan tugas &

peranan guru

Memerihalkan pendapat Plato tentang tugas & peranan guru

Membezakan pelbagai peranan & tugas seorang guru

Bab ini membincangkan pandangan beberapa ahli falsafah seperti Al-Farabi, Confucius,

Vivekanada dan Plato tentang peranan pendidikan dan peranan guru. Jika dikaji dengan

teliti, pandangan ahli-ahli falsafah ini adalah hampir sama dan relevan hingga ke hari

walau pun idea-idea mereke diutarakan lebin 2000 tahun lalu. Pelbagai peranan dan

tugas guru dibicangkan dengan mendalam.

RINGKASAN BAB

2.1 Pengenalan

2.2 Al-Farabi

2.3 Confucius

2.4 Viviekananda

2.5 Plato

2.6 Pelbagai peranan & tugas guru

Ringkasan

Kata Kunci

Rujukan

Bab 1: Profesion Perguruan

Bab 2: Tugas & Peranan Guru

Bab 3: Etika Perguruan

Bab 4: Standard Guru Malaysia

Bab 5: Pembangunan Profesion Guru

Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti

Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin

Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

Page 2: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

2

2.1 Pengenalan

Beberapa tema Hari Guru

Guru Berkualiti Aspirai

Negara

Guru Pembina Negara

Bangsa

Guru Cemerlang Negara

Terbilang Guru Berkualiti Pemangkin

Kegemilangan

Guru Bestari Sekolah

Bestari

Guru Inovatif & Kreatif

Menjayakan Wawasan

Guru Penjana Transformasi

Pendidikan Negara

Pengorbanan Guru

Kejayaan Rakyat

Guru dan Pembangunan

Negara

2.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Pernyataan-pernyataan di atas adalah beberapa „Tema Hari

Guru‟ sejak tahun 1972.

Terangkan bagaimana anda telah menterjemahkan tema-

tema berkenaan dalam pengajaran seharian di sekolah.

Page 3: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

3

2.2 Pendapat Al-Farabi Tentang Peranan Guru

A-Farabi dilahirkan di Wasij di Tukestan pada tahun

872. Dia berpindah ke Baghdad dan mempelajari tatabahasa,

logik, falsafah, musik, matematik dan sain dan digelar “Guru

Kedua ” manakala ahli falsafah Yunani Aristotle digelar “Guru

Pertama”. Beliau telah mengkaji dengan mendalam hasil karya

ahli falsafah Plato dan Aristotle. Al-Farabi dianggarkan telah

menulis kira-kira 400 buku, tetapi hanya 150 jodol yang masih

tinggal. Beliau meninggal dunia pada 950, ketika berumur 80

tahun. Antara hasil karya beliau ialah:

al-Madina al-fadila [The Virtuous City]

Al-Burhan [The Demonstration]

Kitab al-huruf (The Book of Letters)

Al-Tanbih ila sabil al-sa‟ada [Guidance on the Path to Happiness]

Falsafat Aristutalis [Aristotle’s Philosophy]

Kitab Al-Misuqa al-kabir [The Great Book of Music]

Kitab al-ihsa‟ (The Book of Lists)

Peranan Pendidikan

Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep

„pendidikan‟ yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya

tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (ta‟dib), melatih (tahdhib), membimbing

(tasdid), mengajar (ta‟lim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim). Tugas guru

ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan keseumpurnaan

(bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini.

Berasaskan al-Quran, beliau menekankan bahawa matlamat utama pendidikan

ialah pengusaan nilai, pengetahuan dan kemahiran ke arah mencapai kebahagian

(happiness) dan kesempurnaan (perfection). Manusia yang sempurna (al insan al

kamil) ialah orang yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai baik dan seterusnya

menjadi teladan kepada orang lain. Dalam ertikata lain, matlamat pendidikan ialah

pembentukan suatu komuniti ideal dimana orang tolong menolong dan bekerja sama

ke arah pencapaian kebahagian (“all work together in order to attain happiness” Al-

Farabi, Mabadi‟ ahl al-madina al-fadila, edited by Albert Nusri Nadir, Beirut,

Imprimerie catholique, 1959, p. 97). Menurut Al-Farabi, pendidikan adalah penting

untuk semua orang kerana tanpa pendidikan, manusia tidak akan mencapai

kebahagian dan kesempurnaan yang diidam-idamkan.

Peranan Guru

Menurut Al-Farabi, hanya orang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta

dan terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki)

dan ingin mencari kebenaraan boleh dilantik menjadi guru. Bertambah pula,

INGAT: Idea-idea ini dikemukakan lebih 1000

tahun dahulu!

Al-Farabi (872-950)

Page 4: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

4

individu berkenaan hendaklah secara sukarela memilih menjadi guru dan tidak

boleh dipaksa menjadi guru kecuali dalam keadaan yang mendesak (Lihat

Rajah 2.2).

Guru mesti menunjuk kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak

diajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar berkesan yang memudahkan

pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan

mereka.

Oleh it beliau, memperkenalkan dua kaedah mengajar, iaitu „keadah

demonstrasi‟ dan „kaedah memujuk‟ (Lihat Rajah 2.1).

Kaedah demonstrasi melibatkan guru bercakap dan sesuai untuk

memperoleh pengetahuan khusus. Pelajar digalakkan berdebat dan

memberi pendpat.

Kaedah memujuk melibatkan guru bercakap dan diikuti dengan

dengan menggunakan contoh, metafora dan ilustrasi. Pelajar

digalakkan menggunakan sensori sentuhan, visual dan pendengaran

untuk mempelajari sesuatu (Al-Farabi, Falsafat Aristutalis, edited by

Muhsin Mahda, Beirut, Dar majallat al-chi‟r, 1961)

Secara tak langsung beliau mengingaktkan guru untuk menyesuaikan kaedah

mengajar dengan keupayaan dan pengalaman pelajar. Mungkin anda akan

mengatakan, ini saya sudah tahu. Perlu diingat bahawa, idea yang kemukakan

oleh Al-Farabi ini lebih 1000 tahun yang lalu sebelum kemunculan bidang

psikologi pendidikan.

Rajah 2.1 Kaedah Mengajar Menurut Al-Farabi

Al-Farabi juga membezakan di antara “Hafalan” dan “Kefahaman”. “Hafalan”

ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan berkali-kali

sehingga dia hafal seperti mempelajari sesuatu bahasa, menghafal Qur‟an dan

lagu. Sebaliknya, “kefahaman” ialah apabila pelajar memahami maksud dan

dapat menginterpretasi sesuatu bahan tulisan (Al-Farabi, Al-Burhan). Menurut

Al-Farabi, „kefahaman‟ adalah lebih baik daripada „hafalan‟ kerana pelajar

memahami konsep, prinsip dan teori yang dikuasai dan dapat mengaitkan

maklumat baru yang dipelajari dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari

(Al-Farabi, Ajwibat masa‟il su‟ila „anha).

PENGAJARAN

(ta’alim)

Kaedah

Demonstrasi

Kaedah

Memujuk

Page 5: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

5

Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep

dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Berikut ialah langkah-

langkah yang dicadangkan beliau:

1. Guru bermula dengan mencari perkataan sama maksud dengan

konsep yang hendak diterangkan.

2. Kemudian, memberi definisi konsep berkenaan.

3. Ini dikuti dengan penerangan tentang bahagian-bahagian konsep

berkenaan.

4. Terangkan ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum konsep berkenaan

5. Gunakan metafora, analogi, ilustrasi dan contoh untuk menjelaskan

konsep berkenaan.

Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play)

dalam pengajaran mereka. Permainan dalam pendidikan bertujuan mencetus

pemikran kreatif dan menggalakan pembelajaran aktif dikalangan pelajar.

Berkenaan dengan disiplin, guru

hendaklah mengelak memberi

hukuman yang keterlaluan kerana ini

akan membuat pelajar benci kepada

guru.

Sebaliknya, jika guru terlalu lembut,

kemungkinan pelajar tidak memberi

perhatian dan menjadi malas. Oleh itu,

menurut Al-Farabi guru hendaklah

mengamal kesederhanaan dalam

menghukum pelajar.

Al-Farabi juga menekankan

kepentingan menilai hasil pembelajaran. Tujuan peperiksaan ialah untuk

menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu.

Menurutnya, untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasi konsep dan

prinsip, bahan-bahan seperti kompas, sempoa, pembaris dan skala hendaklah

disediakan untuk kegunaan pelajar.

2.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah prasyarat menjadi guru menurut Al-Farabi?

b) Nyataan perbezaan diantara dua kaedah mengajar yang

Al-Farabi. dicadangkan oleh A-Farabi

c) Sejauh manakah pendapat Al-Farabi releven hari ini?

Rajah 2.2 Hanya mereka

bermoral tinggi boleh menjadi

guru

Page 6: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

6

2.3 Pendapat Confucius Tentang Peranan Guru

Confucius dilahirkan pada 551 sebelum masihi (iaitu kira-kira 2600 tahun

yang lampau) di Quyi (kini di Wilayah Shandong). Bapanya meninggal dunia ketika

dia masih kecil. Pada umur 50 tahun beliau mencebur diri dalam politik dan dilantik

sebagai menteri keselematan dan keadilan didaerah Lu. Kemudian dia meninggal

jawatan menteri dan mengembara dari bandar ke bandar di

Cina bersama pengikutnya. Kerap kali dia meluahkan

pendapatnya tentang kepentingan nilai moral tinggi

dikalangan ahli pemimpin. Ramai diantara mereka tidak

senang dengan pandangan Confucius dan pernah

dimasukkan ke penjara. Confucius telah menulis buku

dalam bidang falsafah, sejarah, ekonomi, budaya, music dan

matematik. Berikut ialah berepa hasil karya beliau yang

terkenal:

o Book of Odes (Syair Pujian) (Shi)

o Book of History (or Documents) (Shu)

o the Book of Rites (Upacara) (Li);

o Book of Music (Yue)

o Book of Changes (Yi)

o Spring and Autumn Annals (Chunqiu).

Peranan Pendidikan

Menurut Confucius, peranan pendidikan ialah menghasilkan individu yang kompeten

dan mempunyai nilai moral yang tinggi. Antara nilai-nilai yang diutamakan ialah

kesayangan kepada ibu bapa (xiao), menghormati orang tua (ti), ketekunan (min),

menjimat-cemat (jian), keberanian (yong), kesetiaan (zhong), baik hati (liang),

tolenrasi (rang) dan sebagainya.

Peranan Guru

Confucius sungguh minat menjadi guru dan disanjung tinggi oleh masyarakat Cina.

Berdasarkan pengalamannya sebagai guru, beliau telah mencadangkan beberapa

prinsip yang perlu di amalkan oleh guru. Perlu diingat bahawa idea-idea ini

dikemukakan lebih 2400 tahun yang lampau sebelum kemunculan disiplin-disipin

seperti psikologi pendidikan, pedagogi dan sosiologi pendidikan.

Guru yang baik hendaklah menyampaikan ilmu dengan penuh minat, komited

dengan kerjayanya. Dia harus mempunyai pengetahuan luas dan kukuh

Conficius

[551-479 S.M]

INGAT: Idea-idea ini dikemukakan lebih 260o

tahun dahulu!

Page 7: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

7

tentang mata pelajaran yang diajar supaya pelajar mendapat manfaat

sepenuhnya (Lihat Rajah 2.3).

Guru mesti memahami tingkahlaku unik

setiap pelajar dan menggunakan kaedah

mengajar yang sesuai dengan keupayaan

dan umur pelajar.

Guru ialah seorang penyayang yang tidak

kenal penat lelah mengembangkan potensi

pelajar sambil menjadi sumber inspirasi

kepada mereka.

Guru perlu menunjukkan kesopanan dan

budi bicara ketika bercampur gaul dengan

orang lain.

Guru hendaklah menjadi teladan yang

baik kepada pelajar, sentiasa menganalisis

diri sendiri dan sanggup menerima

kritikan.

Guru mesti sentiasa belajar serta sentiasa

mengaitkan teori dengan amalan.

2.4 Pendapat Vivekananda Tentang Peranan Guru

Vivekananda dilahirkan pada tahun 1863 di Calcutta,

India. Dia sungguh tertarik dengan mempelajari pelbagai

agama dan menekankan pentingnya menghormati semua

agama. Dia telah menulis kira-kira 17 buku dan beberapa

artikel dalam journal. Dia meninggal dunia ketika umur 39

tahun pada tahun 1902.

Peranan Pendidikan

Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah

ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk

masa depan manusia. Mengikut Vivekananda, “Pendidikan

ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada

individu” (Education is the manifestation of the perfection

already in man). Apakah makna pernyataan ini?

Pelajar di dilahirkan dengan pelbagai bakat, kebolehan, pengetahuan, kemahiran dan

pengetahuan sedia ada. Peranan pendidikan ialah untuk menyediakan peluang untuk

Rajah 2.3 Guru hendak

menyampaikan ilmu dengan

penuh minat

Vivekananda

[1863-1902

2.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah peranan utama pendidikan menurut Confucius?

b) Terangkan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh guru

menurut Confucius.

c) Sejauh manakah pendapat Confucius releven hari ini?

Page 8: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

8

pelajar meluahkan pelbagai potensi yang terpendam atau sedia ada (iaitu manifestasi).

Ia umpama batu api yang menyala secara spontan apabila mendekati sebatang macis.

Seperti Al-Farabi, Vivekananda juga menekankan peranan pendidikan melahiran

manusia yang sempurna. Menurut beliau, pendidikan tidak bermakna sekira ia tidak

dapat melengkapkan diri manusia menghadapi cabaran dunia dan berdirkari (CW, vol.

VII, pp. 147–148). Perempuan mesti mendapat pendidikan sama seperti lelaki kerana

kaum perempuan yang mendidikan generasi akan datang (Prabhananda, 1993).

Peranan Guru

Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi

tumpuan (concentration) untuk mengelakkan

minda mereka merayau. Pelajar harus dilatih

teknik mengenepikan perkara-perkara yang

tidak relevan dan berfokus kepada yang

penting.

Contohnya, kanta cembung menumpukan

cahaya matahari pada satu poin hingga dapat

membakar sekeping kertas (Lihat Rajah 2.4).

Peranan guru ialah untuk membentuk

perwatakan pelajar supaya mereka boleh

membeza di antara baik dan buruk.

Guru mempunyai pengaruh positif terhadap

pelajar dibawah jagaannya dengan menunjukkan teladan yang baik dan

mengamal nilai-nilai yang diterima masyarakat.

Apabila membincang isu „betul atau salah‟, pelajar hendaklah digalakkan

membincang mengapa sesuatu tindakan itu „betul atau salah‟.

Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf

sosioekonomi, kasta atau jantina.

Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran

berfikir pelajar yang membolehkann mereka

membezakan di antara yang relevan dan tak

relevan (Prabhananda, 1993).

Guru hendaklah melengkapkan diri dengan

pengetahuan yang hendak disampaikan serta

kaedah menyampaian pengetahuan berkenaan.

Menurut Vivekananda, “guru yang berkesan

ialah guru yang dapat menyampaikan maklumat

selaras dengan tahap keupayaan pelajar” (CW,

vol. IV, p. 183).

Rajah 2.4. Kanta cembung

menumpukan cahaya

matahari

Rajah 2.5. Pengajaran

ialah seperti menanam

pokok

Page 9: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

9

Plato (482 – 348 S.M.)

Pengajaran ialah seperti menanam pokok. Tugas guru ialah menyiramnya

dengan air, memastikan pokok itu mendapat udara dan baja yang mencukupi

dan membiarkannya bertumbuh dengan sendiri.

2.5 Pendapat Plato Tentang Peranan Guru

Plato telah dilahirkan pada 428 S.M. di Athens, Greece.

Walaupun, keluarganya terlibat denga politik, beliau

tidak menceburi dalam politik tetapi telah menulis

secara meluas tentang politik dan mengasaskan sains

politik. Pada usia 20 tahun, Plato menjadi murid

Socrates sehingga kematiannya pada tahun 399 S.M.

dan meninggalkan Athens dan mengembara ke Mesir,

Libya dan selatan Itali.

Plato membentang ujah-ujahnya dalam 28 buku (yang

dipanggil „dialogue‟) dan 13 surat. Dalam „dialogue'

beliau membincang pelbagai isu seperti keadilan,

kesucian, retorik, undang-undang, keberanian,

kecantikan dan lain-lain. Seringkali idea-idea yang

dikemukakan adalah pendapat Socrates. Tulisan Plato

telah banyak mempengaruhi falsafah dan budaya barat.

Tulisan beliau yang terkenal ialah “The Republic of Plato” yang membentangkan

idea-idea tentang pentadbiran kerajaan demokraasi.

Peranan Guru

Peranan guru ialah untuk membebaskan masyarakat daripada kejahilan (Lihat

Rajah 2.6).

2.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah peranan utama pendidikan menurut

Vivekananda?

b) Terangkan peranan guru menurut Vivekananda.

c) Sejauh manakah pendapat Vivekananda releven hari ini?

INGAT: Idea-idea ini dikemukakan lebih 250o

tahun dahulu!

Page 10: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

10

Pelajar hendaklah diajar membezakan di antara yang salah dan benar.

Semua manusia memiliki keupayaan dan keinginan belajar dan tugas guru

ialah untuk membawa mereka ke jalan kebenaran.

Yang penting bukan sifat semula jadi pelajar, tetapi bagaimana pelajar itu

dididik menjadi seorang terpelajar.

Orang berpelajaran hendaklah membantu mendidik mereka yang tidak ada

peluang pendidikan.

Guru hendaklah berhati-hati mendisiplin kanak-kanak kerana kekerasaan

keterlaluan boleh menyebabkan murid tidak bermaya, lemah semangat, putus

asa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat (Laws, 791c).

Sebaliknya, pelajar yang dibiarkan tanpa disiplin boleh menjadikan mereka

mudah marah dan tidak menghormati guru.

Guru tidak boleh mendiskriminasi

diantara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan. Jika perlu, pelajar

perempuan pun boleh diarah untuk

menyertai tentera untuk berperang.

Plato mencadangkan bahawa cerita

dan puisi yang disampaikan oleh

guru hendaklah ditapis supaya ia

tidak merosakkan minda pelajar.

Guru hendaklah menggalakkan

pelajar melibatkan diri dengan

musik dan pendidikan jasmani

yang dapat memperkasakan minda

dan badan mereka.

Rajah 2.6. Guru berperanan

membebaskan manusia daripada

kejahilan

2.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah maksud Plato bahawa „guru berperanan

membebaskan manusia daripada kejahilan‟?

b) Terangkan peranan guru menurut Plato.

c) Sejauh manakah pendapat Plato relevan hari ini?

Page 11: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

11

BEBAN TUGAS GURU BERTAMBAH

PUTRAJAYA 30 Mei - Seorang guru di negara ini menggunakan purata 66.24 jam

seminggu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang

pendidik. Kajian Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG)

yang dilakukan sejak setahun lalu menunjukkan, jumlah itu melebihi purata jam

seorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu

45 jam seminggu.

Menteri Pelajaran, jumlah tersebut meliputi tugas yang dilaksanakan di sekolah

dan luar sekolah, dalam waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan.

Katanya, ia merangkumi sembilan bidang tugas dan tanggungjawab iaitu

kurikulum, kokurikulum, hubungan komuniti, pembangunan staf, pembangunan

fizikal, pejabat dan pentadbiran, kewangan, hal ehwal murid dan pengurusan

asrama.

Menurut beliau, kepelbagaian bidang tugas dan episod kerja guru menyebabkan

penggunaan masa mereka amat tinggi sehingga melebihi jumlah purata yang

disarankan oleh ILO.

Katanya, kajian juga mendapati penggunaan masa guru yang amat tinggi telah

memberi kesan terhadap kualiti pelaksanaan tugas dan tanggungjawab utama para

guru khususnya dalam bidang kurikulum selain membawa pelbagai kesan

sampingan lain.

"Sehubungan itu, Jawatankuasa Mengkaji TTG telah mengemukakan sebanyak 39

perakuan yang berkaitan dengan pemantapan fungsi dan peranan guru dan

seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya. Perakuan-perakuan

tersebut dibahagikan kepada dua iaitu komponen operasi dan komponen dasar

dengan komponen operasi merupakan pelaksanaan di bawah kawalan kementerian

manakala komponen dasar memerlukan kajian lanjut dan kelulusan Jemaah

Menteri.

Menteri berkata, dalam tempoh setahun selepas kajian itu disiapkan, pelbagai

penambahbaikan dan pembaharuan telah dilaksanakan berhubung tugas dan

tanggungjawab guru agar bersesuaian dengan perakuan-perakuan yang telah

diutarakan.

[sumber: Harian Metro, 2007]

2.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Baca petikan di atas. Apakah pendapat anda tentang hasil

kajian jawatankuasa TTG?

Adakah ini benar dalam sekolah anda? Jelaskan.

Page 12: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

12

2.6 Tugas dan Peranan Guru

Mungkin tidak ada satu

profesion, dimana pengamalnya

mempunyai pelbagai tugas dan

peranan seperti guru. Ramai

orang tidak memahami bahawa

tugas seorang guru itu bukan

hanya mengajar. Lihat katun

disebelah. Apakah pandangan

anda? Sejauh manakah ia

mencerminkan tugas dan

peranan anda sebagai guru?

Lihat Rajah 2.7. Bagi

setiap peranan yang

disenariakan, guru perlu

melakukan berpuluh tugas kecil

di sekolah, di rumah dan dengan

masyarakat sekeliling. [sumber: Berita Harian, 2009]

Rajah 2.7 Tugas dan Peranan Guru

Guru sebagai PENGAJAR

Guru sebagai PEMBIMBING

Guru sebagai AGEN SOSIALISASI

Guru sebagai AGEN

PERUBAHAN

Guru mempengaruhi TINGKAH

LAKU PELAJAR

Guru sebagai PENGGANTI

IBU BAPA

Guru sebagai PENGAMAL REFLEKTIF

Guru sebagai

PENYELIDIK

Page 13: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

13

1) GURU SEBAGAI PENGAJAR (Teacher as Instructor)

Peranan guru sebagai pengajar

paling dikenali oleh masyarakat.

Apakah pengajaran? Pengajaran ialah

sesuatu tugasan dan aktiviti yang

diusahakan bersama oleh guru dan

pelajarnya (Lihat Rajah 2.8).

Pengajaran ini adalah dirancangkan

guru secara sisitematik dan teliti dan

dilaksanakan dengan kaedah dan

teknik mengajar yang sesuai. Tugas

guru ialah mengurus bilik darjah

dengan tujuan mewujudkan

persekitarn yang kondusif. Guru juga

terlibat dengan penaksiran untuk menentukan sejauah manakah pelajar telah

menguasai pengetahuan, kemahran dan nilai yang disampaikan.

Guru memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi

memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan secara

bersendirian. Guru yang berkesan akan memastikan bahawa pelajarnya menguasai

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran

yang mungkin dihadapai dalam kehidupannya. Ini bermakna guru perlu

melengkapkan diri dengan bidang ilmu yang diajar serta kaedah dan teknik

penyampaian ilmu berkenaan. Lihat katun di bawah. Guru yang tidak cekap berbahasa

Inggeris sudah tentu tidak dapat mengajar pelajarnya berbahasa Inggeris dengan

berkesan. Begitu juga dengan pengajaran Bahasa Melayu, matematik, sains atau

sejarah.

Rajah 2.8. Guru sebagai pengajar

Page 14: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

14

2) GURU SEBAGAI PEMBIMBING (Teacher as Guide)

Dalam sebuah bilik darjah, tentu terdapat pelajar yang menghadapi masalah

sosioemosi seperti hargi diri (self-esteem) yang rendah, masalah keluarga, tidak dapat

bercampur gaul dan sebagainya. Masalah sedemikian akan menjejaskan prestasi

akademik pelajar. Oleh itu, setiap guru secara tidak langsung berperanan sebagai

pembimbing untuk membantu pelajar berjaya dalam persekolahan. Lazimnya, bila

disebut „pembimbing‟, ia dikaitkan dengan tugas guru „bimbingan dan kaunseling‟

yang khusus. Secara amnya, bimbingan yang diberikan guru biasa ialah pemberian

nasihat, panduan dan pertolongan kepada pelajar yang memerlukannya (Shertzer dan

Stone, 1991). Sebagai pembimbing, guru:

Menyemaikan minat dan motivasi terhadap mata pelajaran yang diajar

untuk meningkatkan pencapaian akademik

Menyedarkan pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka serta

tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi kelemahan yang

dialami

Membantu pelajar mengenal pasti masalah sosioemosi atau masalah

kesihatan yang dihadapi dengan tujuan mereka sendiri

menyelesaikanya.

Guru juga berperanan sebagai „mentor‟ yang membina kekuatan dan

memaksimumkan potensi pelajar di bawah jagaannya (Noriati Rashid, Boon Pong

Ying & Wong Kiet Wah, 2010).

3) GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI (Teacher as Agent of Socialisation)

Sekolah ialah suatu komuniti yang terdiri daripada pelbagai individu yang

mempunyai peranan tertentu. Sosialisasi ialah suatu proses dimana individu

mengenal dan menghayati cara menyertai sesuatu kelompok dilingkungannya

sehingga menjadi sebahagian kelompok berkenaan. Sebagai agen sosialisasi, guru

berperanan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah. Guru

memegang peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang pelajar. Guru

lebih memahami perasaan seseorang pelajar dan sifat empati membantu pelajar

membentuk emosi yang sihat. Gurulah yang memudahkan pelajar menyesuaikan diri

kerana dia menghormati perbezaan individu.

4) GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN (Teacher as Agent of Change)

Selain sebagai agen sosialisasi, guru juga berperanan sebagai agen perubahan.

„Perubahan‟ ialah melakukan sesuatu mengikut cara atau kaedah yang lain. Setengah

pendapat mengatakan, sekolah tidak banyak berubah sejak 200 tahun yang lampau!

Adakah anda setuju iaitu kaedah mengajar yang digunakan sekarang adalah hampir

2.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Pernahkah situasi yang digambarkan dalam katun di atas

berlaku di sekolah anda?

b) Berikan contoh bagaimana anda telah berperanan sebagai

pembimbing kepada pelajar di sekolah anda.

Page 15: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

15

sama semasa anda bersekolah dahulu? Guru sebagai agen perubahan dikehendaki

sentiasa membawa perubahan kepada bilik darjah dengan memperkenalkan kaedah

dan teknik mengajar yang inovatif. Contohnya, menggunakan internet dan kaedah

kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Proses membawa perubahan, bermula dengan bertanya, „Apakah saya boleh

lakukan untuk membantu pelajar yang tidak boleh membaca walau pun berada di

Tahun 4?‟. Mungkin anda menghadiri kursus yang menunjukkan teknik-teknik baru

mengajar murid kemahiran membaca (Fullan, 1993). Sebagai agen perubahan, guru

sendiri perlu mengamalakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong learning). Guru

sentiasa menjana kaedah, teknik dan proses baru untuk membantu pelajar yang

memerlukannya.

5) GURU MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PELAJAR (Teacher

influencing Behaviour of Learners)

Guru bermain peranan penting dalam pembentukan tingkah laku pelajar. Guru

merupakan teladan yang sangat penting dalam menyalurkan nilai, sikap dan

kepercayaan kepada anak didik mereka. Jika guru kerap kali ponteng kelas, tidak

bersemangat, cepat marah dan sebagainya, maka pelajar juga akan meniru perlakuan

yang diperhatikannya, seperti kata pepatah, „Bapa borek anak rintik‟.

Guru boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Contohnya, seorang pelajar

daripada keluarga dimana ibu bapa sentiasa berkelahi dan pukul-memukul

kemungkinan personalitinya dan kelakuannya terbentuk ke arah yang sama. Tetapi,

bila pelajar itu datang ke sekolah dan berhadapan dengan guru yang penyayang dan

prihatin, kemungkinan pelajar itu akan sedar bahawa adanya cara lain berkelakuan

tidak seperti yang dilihat di rumah.

6) GURU SEBAGAI PENGGANTI IBU BAPA

Adalah pepatah mengatakan, selain bapa dan ibu atau penjaga, orang yang

ketiga penting dalam kehidupan pelajar ialah guru. Terdapat ramai pelajar yang

datang daripada latar belakang yang kurang menggalakkan. Kini konsep keluarga

telah banyak berubah dengan peningkatan kadar penceraian yang menambahkan

bilangan ibu tunggal, bapa tunggal dan ibu bapa berkahwin semula. yang sibuk

bekerja, kemiskinan, jenayah, penyalahgunaan dadah dan terjebak dengan ketagihan

alkohol. Pelajar daripada keluarga sedemikian mungkin tidak mendapat perhatian dan

kasih sayang sewajarnya dan berpaling kepada guru sebagai pengganti ibu bapa atau

penjaga mereka.

Keprihatinan da kepekaan guru terhadap pelajar daripada keluarga bermasalah

akan membantu mereka menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Guru yang

memahami situasi mereka sebegini akan memberikan perhatian yang lebih khusus dan

berusaha mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif.

Dengan ini, kerungsingan dan kerisauan pelajar tentang dunia luar sekolah

dikurangkan (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010).

2.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Ceritakan jenis perubahan anda telah memperkenalkan

di sekolah anda serta jenis perubahan anda akan membawa

pada masa depan.

Page 16: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

16

7) GURU SEBAGI PENGAMAL REFLEKTIF (Reflective Practitioner)

Salah satu peranan guru yang kini diberi perhatian

dalam bidang pendidikan guru ialah peranan sebagai

„pengamal reflektif‟. Apakah yang dimaksudkan dengan

„amalan reflektif‟ (reflective practice)? Amalan reflektif

ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mempersoal diri

tentang amalan atau tindakan yang dilakukan sebagai

doktor, peguam, akauntan atau guru.

Konsep amalan reflektif diperkenalkan oleh Donald

Schön dalam bukunya The Reflective Practitioner yang

ditulis pada tahun 1983. Amalan reflektif menggalakkan

pengamalnya menilai, memahami dan belajar daripada

pengalaman yang dilalui. Guru sebagai pengamal reflektif

sentiasa mempersoalkan amalannya sebagai guru (Noriati

Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010).

Anda tentu pernah membuat refleksi tentang aktiviti

pengajaran anda seperti ketidakhadiran pelajar tertentu di

dalam kelas, murid yang tidak minat dengan mata pelajaran yang anda mengajar atau

pelajar yang tidak boleh menulis dan mengira walau pun telah tamat Tahun Empat

(Lihat Rajah 2.9). Guru yang reflektif tidak sekadar memikir tentang masalah yang

dihadapi tetapi juga merancang tindakan mengatasinya.

2.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Berikan contoh-contoh spesifik yang menunjukkan

anda telah berperanan sebagai pengganti ibu bapa kepada

pelajar di sekolah anda.

Mengapa sesetengah murid tidak

memahami apa saya mengajar?

Donald Schön

[1930-1997]

Rajah 2.9. Guru sebagai pengamal

reflektif

Page 17: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

17

Rajah 2.10 Model Refleksi Gibbs (1988)

Refleksi merupakan suatu proses yang melibatkan pengamalnya merenung,

meluahkan perasaan, menilai, menganalisis masalah, membuat kesimppulan dan

melancarkan pelan tindakan. Lihat Rajah 2.10 yang menunjukkan model refleksi oleh

G. Gibbs (1988).

Contoh:

Renung Kembali:

Guru bermula dengan merenung kembali dan mengenal pasti sesuatu peristiwa

dalam pengajaran dan pembelajaran. “Mengapakah ramai murid saya tidak

memahami apa yang saya mengajar minggu lepas?”.

Perasaan:

Guru meluahkan persaannya terhadap masalah yang dihadapi. “Saya sungguh

kecewa apabila begitu ramai murid tidak dapat membuat latihan-latihan

setelah saya mengajar dengan penuh semangat?”.

Penilaian: Kemudian guru bertanya apakah iktibar daripada pengalaman ini

dan apakah punca masalah yang dihadapi. “Dahulu saya salahkan murid jika

mereka tidak faham. Kini saya sedar ia mungkin berpunca daripada cara saya

mengajar”.

Analisis: Guru cuba melihat dari sudut yang berlainan dan menimbangkan

tindakan alternatif. . “Mungkin saya bercakap terlalu cepat”. Mungkin saya

menggunakan bahasa yang terlalu tinggi hingga murid tidak memahami?.

Mungkin saya patut menggunakan alat bantuan mengajar yang lebih berkesan?

Renung Kembali

Perasaan

Penilaian

Analisis

Kesimpulan

Pelan Tindakan

Page 18: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

18

Kesimpulan:

Guru menetapkan pelan tindakan yang terbaik. “Kali ini saya akan

menggunakan bahasa yang lebih mudah serta memberi lebih banyak contoh

dan ilustrasi”.

Pelan Tindakan:

Akhir sekali, guru memikirkan tentang tindakan masa depan jika peristiwa

yang sama berulang. “Jika murid masih tidak memahami, saya mungkin cuba

meringankan huraian sukatan pelajaran dan menumpukan kepada perkara-

perkara asas sahaja”.

Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya mempertingkatkan

keberkesanan guru untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran (Hanipah,

2000). Seseorang guru perlu mengamalkan refleksi dengan secara bijak dan saksama

dalam apa jua situasi yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran.

8) GURU SEBAGAI PENYELIDIK

Setiap hari guru membuat pelbagai keputusan yang berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, memilih kaedah mengajar yang sesuai

untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu, menguruskan bilik darjah, menilai hasil

kerja murid, memberi maklum balas kepada pelajar, ibu bapa dan pihak

berkepentingan. Anda mungkin bertanya, “Adakah kaedah mengajar saya gunakan

selama ini berkesan atau bolehkah saya menggunakan kaedah yang berlainan?”.

Pertanyaan seumpama ini telah mendorong guru berperanan sebagai penyelidik.

„Guru sebagai penyelidik‟ adalah satu ungkapan yang dilaungkan oleh para

pakar pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan siri

pendedahan melalui kursus jangka pendek dengan bertumpu kepada Kajian Tindakan

(Action Research). Jenis penyelidikan ini digunakan oleh guru untuk mencuba sesuatu

kaedah atau strategi dan memperolehi bukti sama ada tindakan yang diambil berkesan

Penyelidikan (atau Kajian) Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan

yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. PENYELIDIKAN

TINDAKAN

digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka.

menggalakan guru memikirkan dengan mendalam atau mereflek tentang

pengajaran mereka.

melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan

mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran.

berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada

penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran

mereka.

Penyelidikan Tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa guru ialah orang yang

paling memahami tentang pengajarannya dan digalakkan menggubal teori-teori

mereke sendiri dan menguji teori-teori berkenaan dalam bilik darjah. Contohnya, guru

yang percaya bahawa murid perlu diberi peluang memberi berfikir secara kreatif, akan

mengatur pengajarannya supaya lebih ramai murid berpeluang memberi cadangan dan

pendapat [Kaedah penyelidikan tindakan akan dibincangkan dengan lebih mendalam

dalam Bab 5: Perkembangan Profesion Perguruan]

Page 19: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

19

MENGAPAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN?

Terdapat dua sebab mengapa Penyelidikan Tindakan begitu diminati oleh guru:

Pertama, ia melibatkan guru dengan kerja harian mereka

Kedua, ia menggalakan guru membawa perubahan kepada apa yang

dilakukan.

2.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Pernahkan anda menjalankan penyelidikan di sekolah

anda? Jelaskan.

b) Nyatakan apa yang anda ingin selidiki di sekolah anda.

PERBINCANGAN

“Guru dahulu lebih berdedikasi dan komited berbanding dengan

guru hari ini”. Adakah anda bersetuju? Bincang bersama pelajar lain.

Page 20: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

20

RINGKASAN

Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep „pendidikan‟

yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya tujuan

pendidikan ialah untuk mendisiplin (ta‟dib), melatih (tahdhib), membimbing

(tasdid), mengajar (ta‟lim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim).

Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play) dalam

pengajaran mereka.

Salah satu peranan guru yang kini diberi perhatian dalam bidang pendidikan guru

ialah peranan sebagai „pengamal reflektif

Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep dengan

kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman.

Menurut Vivekanada, guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan

(concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau.

Amalan reflektif ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mempersoal diri

tentang amalan atau tindakan yang dilakukan sebagai doktor, peguam, akauntan

atau guru.

Refleksi merupakan suatu proses yang melibatkan pengamalnya merenung,

meluahkan perasaan, menilai, menganalisis masalah, membuat kesimppulan dan

melancarkan pelan tindakan.

Guru memegang peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang

pelajar.

Selain sebagai agen sosialisasi, guru juga berperanan sebagai agen perubahan.

„Perubahan‟ ialah melakukan sesuatu mengikut cara atau kaedah yang lain.

KATA KUNCI

Kaedah demonstrasi Pengajar Agen perubahan

Kaedah Memujuk Pembimbing Unsur permainan

Konsentrasi Penyelidik Pelan tindakan

Moral tinggi Pengamal reflektif Pengganti ibu bapa

Kejahilan Agen sosialisasi Pembelajaran sepanjang

hayat

Page 21: Bab2.Al Firuni

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

21

REFERENCES:

Ammar al-Talb (1993). Al-Farabi. Prospects: the quarterly review of comparative

Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 1/2,

1993, p. 353-372.

Charles Hummel (1993). Plato. Prospects: the quarterly review of comparative.

Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. 24, no. 1/2,

1994, p. 329–42.

Yang Huanyin (1993). Confucius. Prospects: the quarterly review of comparative.

Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 1/2,

p. 211-19.

Swami Prabhananda (1993). Vivekananda. Prospects: the quarterly review of

comparative. Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol.

XXII, no. 3., p. 111-119.

Gibbs, G. (1988) Learning by Doing: A guide to teaching and learning methods.

Oxford: Further Education Unit, Oxford Brookes University.

Schon, D.A. (1983) The Reflective Practitioner. London: Temple Smith.