Bab3.Anova.A

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/26/2019 Bab3.Anova.A

    1/9

    1

    BAB 3:

    ANOVA Satu Hala

    3.1

    Mukadimah

    3.2

    Apakah ANOVA?

    3.3

    Menguji Hipotesis

    3.4Contoh

    3.5

    Keputusan Analisis Varian

    3.6

    Perbandingan Pos Hoc

    3.7

    Latihan

    Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

    Menjelaskan maksud ANOVA Satu Hala

    Menjelaskan mengapa ANOVA Satu Hala digunakan dan tidakUjian t

    Menerangkan penggunaan ANOVA Satu Hala dalam penentuan

    signifikan min

  • 7/26/2019 Bab3.Anova.A

    2/9

    2

    Bab ini bertumpu kepada perbincangan tentang ANOVA yang merupakan salah satu

    prosedur statistik yang digunakan dengan meluas. Prosedur ini digunakan dalam

    penyelidikan pendidikan bagi menentukan sama ada perbezaan antara lebih daripada dua

    min adalah signifikan.

    ANOVA adalah singkatan bagi Analysis of Variance(Analisis Varian).Serupa macam

    Ujian t, ia adalah prosedur statistik yang digunakan untuk menentukan perbezaan

    signifikan antara min.

    Secara umum, t-test digunakan bagi mengetahui sama ada min bagi DUA kumpulan

    berbeza secara signifikan. Jika kajian anda melibatkan tiga atau lebih kumpulan, Ujian t

    boleh digunakan tetapi ralat (error) mungkin wujud.

    Lihat Jadual di atas. Seperti dibincangkan dalam Bab 2, Ujian t terhad kepada DUA min

    sahaja. Oleh itu anda perlu melakukan tiga pengiraan bagi menentukan signifikan min

    seperti berikut:

    Membanding Min A dengan Min B Membanding Min A dengan Min C

    Membanding Min B dengan Min C

    Kaedah seperti di atas TIDAK DIGALAKKANkerana ia akan menambahkan RALAT

    (Error) atau kesilapan. Ini boleh menyebabkan anda membuat keputusan bahawa

    Kumpulan Min

    A 30B 35

    C 40

    3.1 Mukadimah

    3.2 Mengapakah ANOVA digunakan dan tidak Ujian t?

  • 7/26/2019 Bab3.Anova.A

    3/9

    3

    perbezaan antara dua min adalah signifikan, pada hal ia tidak signifikan. Ini disebabkan

    oleh pertambahan ralat dan menyebabkan anda membuat keputusan yang salah.

    Namun demikian, para ahli statistik telah memperkenalkan ANALISIS VARIAN atau

    ANOVA Analysis of Variance. Kita akan menggunakan singkatan ANOVA dalam

    perbincangan seterusnya.

    Pengujian Hipotesis

    ANOVA Satu Hala menguji hipotesis nol bahawa tidak ada perbezaan di antara dua atau

    lebih min, seperti berikut:

    Ho: Min A = Min B = Min C

    Ini bermakna, tidak ada perbezaan di antara Min A, Min B dan Min C.

    Ujian F

    Seperti terdapat Ujian t, juga terdapat Ujian F yang digunakan untuk menguji sama ada

    terdapat perbezaan yang signifikan antara beberapa min. Contohnya, anda ingin

    menyiasat keberkesanan tiga kaedah membaca dalam kalangan murid Tahun 1. Ujian F

    yang dihasilkan dengan penggunaan ANOVA Satu Hala dapat memberitahu anda kaedah

    manakah yang paling berkesan atau tidak ada satu kaedah pun yang efektif dalam

    mempertingkatkan kemahiran membaca.

    Seorang penyelidik ingin menentukan kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran

    kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Dia telah memilih untuk

    menguji keberkesanan kaedah fonik, kaedah pandang & sebut dan kaedah abjad.

    Hipotesis yang hendak diuji ialah:

    Ho: Min Kumpulan Kaedah Fonik = Min Kumpulan Kaedah Pandang & Sebut = Min

    Kumpulan Kaedah Abjad

    3.3 Menguji Hipotesis Menggunakan Ujian F

    3.4 Contoh

  • 7/26/2019 Bab3.Anova.A

    4/9

    4

    Beliau telah memilih tiga kelas yang terdiri daripada kanak-kanak prasekolah. Oleh

    kerana dia telah kelas, eksperimen yang hendak dijalankan merupakan kuasi-

    eksperimen sebab subjek-subjek tidak dipilih secara rawak atau secara rawak. Kemudian

    dia menjalankan eksperimen tersebut selama 4 minggu. Dia telah memilih seorang guru

    untuk mengajar kumpulan 1 dengan kaedah fonik, seorang guru mengajar kumpulan 2

    dengan kaedah pandang & sebut dan seorang guru mengajar kumpulan 3 dengan kaedah

    abjad. Lihat jadual di bawah.

    Kumpulan Rawatan Bilangan Kanak-Kanak

    1 Kaedah Fonik 15

    2 Kaedah Pandang & Sebut 15

    3 Kaedah Abjad 15

    Penyelidik hendaklah memastikan kebolehan membaca kanak-kanak dalam ketiga-tiga

    kumpulan adalah hampir sama. Mengapakah ini penting? Sekiranya salah satu kumpulan

    terdiri daripada kanak-kanak yang lemah dan lagi satu kelas terdiri daripada kanak-kanak

    yang sudah cekap membaca, usaha yang dilakukan oleh penyelidik mungkin sia-sia

    sahaja.

    Andaikan kemahiran membaca kanak-kanak dalam Kumpulan 1 lebih baik daripada

    kemahiran membaca kanak-kanak dalam Kumpulan 3. Setelah menjalankan eksperimen,

    penyelidik dapati min yang diperolehi oleh kanak-kanak dalam Kumpulan 1 lebih tinggidaripada min yang diperolehi kanak-kanak dalam Kumpulan 3. Adalah tidak tepat jika

    penyelidik merumuskan bahawa Kaedah Fonik lebih berkesan daripada Kaedah Abjad.

    Mungkin min yang lebih tinggi ini disebabkan kanak-kanak Kumpulan 1 lebih mahir

    sebelum eksperimen. Tidak kira apa kaedah yang digunakan, kanak-kanak Kumpulan 1

    akan mendapat markah yang lebih tinggi.

    Kumpulan Rawatan Bilangan

    Kanak-

    Kanak

    Min Sisihan

    Lazim

    1 Kaedah Abjad 10 24.2 2.7

    2 Kaedah Pandang & Sebut 10 27.1 3.3

    3 Kaedah Fonik 10 30.2 2.9

    Jadual di atas menunjukkan min dan sisihan lazim yang diperolehi setelah menjalankan

    kajian selama 4 minggu. Kaedah manakah yang lebih berkesan? Sudah tentu ramai akan

  • 7/26/2019 Bab3.Anova.A

    5/9

    5

    memutuskan bahawa kaedah fonik adalah paling berkesan dan kaedah abjad paling

    kurang berkesan. Sebagai seorang penyelidik, anda hendaklah menentukan sama ada

    perbezaan ini adalah signifikan.

    Lihat Jadual di bawah yang menunjukkan keputusan yang diperolehi dengan

    menggunakan prosedur statistik ANOVA Satu Hala.

    Source df Sum of Squares Mean Square F p

    Treatment 2 180.1 90.03 4.66 0.04

    Error 27 521.4 19.31Total 29 702.5

    Apakah anda dapat merumuskan daripada jadual di atas?

    Anda menolak hipotesis nol; iaitu Ho: Min Kumpulan 1 = Min Kumpulan 2 =

    Min Kumpulan 3.

    Mengapakah anda menolak hipotesis nol?

    Jawapan:p telah ditetapkan sebagai 0.05 dan kerana p yang diperolehi ialah 0.04

    dan angka ini adalah < daripada 0.05, anda boleh memutuskan terdapat perbezaan

    di antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca. Tetapi kaedah manakah yang lebih berkesan kerana terdapat TIGA kaedah.

    o Adakah kaedah fonik lebih berkesan daripada kaedah pandang dan sebut

    kerana min yang lebih tinggi?

    o Adakah kaedah fonik lebih berkesan daripada kaedah abjad kerana min

    yang lebih tinggi?

    o Adakah kaedah pandang & sebut lebih berkesan daripada kaedah abjad

    kerana min yang lebih tinggi?

    ANDA TIDAK BOLEH MENJAWAB DENGAN MERUJUK KEPADA JADUALDI ATAS.

    Oleh itu anda perlu lakukan Perbandingan Pos Hoc (dalam bahasa Inggeris dipanggil

    Post Hoc Comparisons)

    3.5 Keputusan Analisis Varian

  • 7/26/2019 Bab3.Anova.A

    6/9

    6

    Ujian yang lazim digunakan ialah Ujian Tukeyatau Tukey HSD (Honestly Significant

    Difference). Ujian ini akan membanding setiap pasangan min dan mengesan pasanganmin yang berbeza dan pasangan min yang tidak beza pada p < 0.05.

    Jadual Perbandingan Pos Hoc

    Kaedah Perbezaan Min Signifikan

    Abjad

    Pandang & Sebut

    2.9 0.062

    Pandang & Sebut

    Fonik

    3.1 0.045

    Fonik

    Abjad

    + 6.0 0.040

    Lihat Jadual di atas yang menunjukkan keputusan Ujian Tukey HSD. Apakah dapat

    dirumuskan daripada jadual di atas?

    Min Abjad tolak Min Pandang & Sebut = 24.2 27.1 = 2.9.

    Perbezaan min TIDAK SIGNIFIKAN kerana p ialah 0.062 adalah > 0.05

    Min Pandang & Sebut tolak Min Fonik = 27.130.2 = 3.1 Perbezaan

    min SIGNIFIKAN kerana p ialah 0.045 adalah < 0.05

    Min Fonik tolak Min Abjad = 30.2 24.2 = 6.0 Perbezaan min

    SIGNIFIKAN kerana p ialah 0.040 adalah < 0.05

    RUMUSAN:

    Kaedah Fonik lebih berkesan jika dibandingkan dengan Kaedah Abjad dalam

    mempertingkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah.

    Kaedah Fonik lebih berkesan jika dibandingkan dengan Kaedah Pandang & Sebut

    dalam mempertingkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah.

    Kaedah Abjad TIDAK BERKESAN jika dibandingkan dengan Kaedah Pandang

    & Sebut dalam mempertingkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah.

    3.6 Perbandingan Pos Hoc

  • 7/26/2019 Bab3.Anova.A

    7/9

    7

    KAEDAH FONIK ADALAH PALING BERKESAN DALAM

    MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK

    PRASEKOLAH

    PERHATIAN:

    Source df Sum of Squares Mean Square F p

    Treatment 2 180.1 90.03 4.66 0.053

    Error 27 521.4 19.31

    Total 29 702.5

    Sekiranya keputusan eksperimen adalah seperti jadual di atas, apakah yang anda dapat

    rumuskan?

    Kita MENERIMA HIPOTESIS NOL bahawa tidak ada perbezaan min antaraketiga-tiga kumpulan (kaedah mengajar).

    Tidak perlu melakukan Perbandingan Pos Hoc.

  • 7/26/2019 Bab3.Anova.A

    8/9

    8

    Seorang penyelidik telah menjalankan suatu kajian yang membanding peringkat harga

    diri dan pencapaian dalam Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 6. Beliau

    mentadbir suatu instrumen kepada 60 murid dan keputusan kajian di tunjukkan dalam

    Jadual di bawah.

    Nyatakan hipotesis nol

    Nyatakan hipotesis alternatif

    Apakah anda dapat merumuskan?

    Jadual di atas adalah keputusan prosedur ANOVA Satu Hala.

    Apakah dapat anda rumuskan?

    Adakah menolak atau menerima Hipotesis Nol?

    Beri sebab.

    Pencapaian dalam Bahasa Melayu

    Harga Diri N Min Sisihan

    Lazim

    Selisihan

    Tinggi 20 27.20 3.05 .96Sederhana 20 23.60 3.31 1.04

    Rendah 20 23.40 3.24 1.02

    Sum of

    Squares

    df Mean

    Square

    F Sig.

    Antara Kumpulan 91.467 2 45.733 4.467 .031

    Dalam kumpulan 276.400 57 10.237

    Jumlah 367.867 59

    3.7 Latihan

  • 7/26/2019 Bab3.Anova.A

    9/9

    9

    Tukey HSD

    Harga DiriMean

    Difference

    (I-J) Std. Error Sig.

    Tinggi Sederhana 3.600 1.431 .046

    Rendah 3.800

    Sederhana Tinggi -3.600 1.431 .046

    Rendah .2000

    Rendah Tinggi -3.800 1.431 .034

    Sederhana -.2000

    Jadual di atas adalah Perbandingan Pos Hoc Tukey (Tukey HSD) untuk kajian yang

    dijalankan.

    Apakah anda dapat rumuskan daripada data di atas?

    Nyatakan hipotesis yang diterima dan ditolak.