14
Bab 6: Etika Agama Kristian Agama Kristian adalah antara agama terbesar di dunia dan mempunyai lebih kurang 2.1 penganut di seluruh dunia. Teras kepada agama ini adalah kehidupan, kematian dan kebangkitan semula Yesus Kristus yang juga dikenali sebagai anak Tuhan. Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian dan terdiri daripada perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia dapat dilihat dalam rajah di bawah. Rajah 6.1: Konsep tritunggal dan perhubungan antara Tuhan dan manusia Pada akhir bab ini, anda akan dapat: Menakrifkan konsep etika dari aspek kepercayaan agama Kristian; Membandingkan etika falsafah ini dengan falsafah lain; Memahami perspektif etika agama Kristian dalam kehidupan seharian kita; dan Membezakan antara perkara yang beretika dan perkara yang tidak beretika. 6.1 Pengenalan Tuhan Bapa Kita harus akur dan taat kepadanya Roh Kudus Merujuk kepada kewujudan Tuhan yang dapat dirasai melalui Roh Kudus. Tuhan Anak Tuhan Anak telah menjelma sebagai Yesus Kristus selaku Anak Tuhan dan diturunkan ke bumi untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Maria Ibu kepada Yesus Kristus. Manusia Manusia memiliki ciri-ciri fizikal dan rohani yang dicipta mengikut imej Tuhan sendiri. Sebagai makhluk yang rasional, kita dapat membuat keputusan yang bertanggungjawab dan membentuk hubungan dengan semua ciptaan Tuhan dan juga Tuhan sendiri.

Bab_6_-_Kristian(1).pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • Bab 6: Etika Agama Kristian

    Agama Kristian adalah antara agama terbesar di dunia dan mempunyai lebih kurang 2.1

    penganut di seluruh dunia. Teras kepada agama ini adalah kehidupan, kematian dan

    kebangkitan semula Yesus Kristus yang juga dikenali sebagai anak Tuhan.

    Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian dan terdiri daripada

    perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia dapat dilihat dalam rajah di bawah.

    Rajah 6.1: Konsep tritunggal dan perhubungan antara Tuhan dan manusia

    Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

    Menakrifkan konsep etika dari aspek kepercayaan agama Kristian;

    Membandingkan etika falsafah ini dengan falsafah lain;

    Memahami perspektif etika agama Kristian dalam kehidupan seharian kita; dan

    Membezakan antara perkara yang beretika dan perkara yang tidak beretika.

    6.1 Pengenalan

    Tuhan Bapa

    Kita harus akur dan taat kepadanya

    Roh Kudus Merujuk kepada kewujudan Tuhan yang dapat dirasai melalui Roh Kudus.

    Tuhan Anak Tuhan Anak telah menjelma sebagai Yesus Kristus selaku Anak Tuhan dan diturunkan ke bumi untuk menyelamatkan manusia daripada dosa.

    Maria Ibu kepada Yesus Kristus.

    Manusia Manusia memiliki ciri-ciri fizikal dan rohani yang

    dicipta mengikut imej Tuhan sendiri. Sebagai makhluk yang rasional, kita dapat membuat

    keputusan yang bertanggungjawab dan membentuk hubungan dengan semua ciptaan

    Tuhan dan juga Tuhan sendiri.

  • Agama Kristian adalah agama monotheis (hanya mempunyai satu Tuhan) dan berasaskan

    kehidupan dan ajaran Yesus Kristus. Penganut agama Kristian mempercayai bahawa Tuhan

    yang Satu ini wujud di luar daripada ruang fizikal ini dan telah mencipta alam semesta.

    Agama ini turut dikenali sebagai monotheisme beretika, iaitu kepercayaan kepada Tuhan

    yang Satu yang mendorong kita supaya mematuhi kefahaman beretika tertentu.

    Agama Kristian terdiri daripada berbagai mazhab dan setiap daripada mazhab ini (misalnya

    mazhab Kristian, Protestan dan Anglikan. Istilah Ortodoks atau kepercayaan betul

    digunakan untuk menerangkan prinsip-prinsip asal yang diterima umum oleh komuniti

    Kristian.

    Pengakuan Iman Rasuli (Bahasa Inggeris: Apostles Creed) merupakan doktrin asas yang

    diterima oleh kebanyakan penganut Kristian. Prinsip-prinsip utama Imam Pengakuan Rasuli

    ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

    Rajah 6.2: Pengakuan Iman Rasuli adalah doktrin

    asas yang diterima oleh kebanyakan penganut Kristian, tidak kira mazhabnya

    6.2 Pengenalan kepada Agama Kristian

    Pengakuan Iman Rasuli

    Aku percaya kepada Tuhan, Bapa yang mahakuasa,

    pencipta langit dan bumi.

    Dan kepada Yesus Kristus, PuteraNya yang tunggal, Tuhan kita.

    Yang dikandung dari Roh Kudus,dilahirkan oleh Perawan Maria;

    Yang menderita sengsara dalam pemerintahan Pontius Pilatus,

    disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian,

    pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati;

    Yang naik ke syurga,

    duduk di sebelah kanan Tuhan Bapa Yang mahakuasa,

    dari situ Ia akan datang mengadili orang hidup dan mati.

    Aku percaya kepada Roh Kudus,

    Gereja Katolik yang kudus,

    Persekutuan para kudus,

    pengampunan dosa,

    kebangkitan badan,

    kehidupan kekal. Amin.

  • Kitab suci agama Kristian dinamakan kitab Injil. Kitab ini merupakan koleksi tulisan

    keagamaan mengenai agama Kristian yang terdiri daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian

    Baru. Rajah 6.3 merumuskan ciri-ciri terpenting Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.

    Rajah 6.3: Kitab Injil merupakan kitab suci agama Kristian dan terdiri daripada

    Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru

    Penganut agama Kristian meraikan Hari Krismas atau Hari Natal pada 25hb Disember yang

    menandakan kelahiran anak Tuhan iaitu Yesus Kristus.

    Perjanjian Lama Perjanjian Baru

    Sebelum

    kedatangan Yesus

    Kristus

    Kehidupan dan

    ajaran Yesus

    Kristus

    Diterima sebagai

    kitab suci

    Terdiri daripada Injil, Kisah Para

    Rasul, Surat-Surat dan Wahyu

    Maksud dan matlamat kehidupan

    dibangkitkan oleh Tuhan dan kitab Injil

    sebagai sumber kebenaran yang

    tertinggi

    Sila layari laman web ini untuk membaca mengenai Pengakuan Iman Rasuli

    dengan lebih lanjut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengakuan_Iman_Rasuli

  • Kehidupan yang diajar oleh Yesus Kristus dan berpandukan ajarannya adalah asas kepada

    etika agama Kristian dan dapat diaplikasikan kepada berbagai aspek kehidupan. Kehidupan

    dan ajaran Yesus Kristus serta prinsip-prinsip moral yang digariskan dalam kitab Injil adalah

    berteraskan konsep cinta yang taat.

    Penganut agama Kristian mempercayai bahawa mereka sedang berlakon dalam drama

    kehidupan yang berpandukan ajaran dalam kitab Injil dan bahawa Tuhan akan membebaskan

    mereka. Kebahagiaan yang sejati dapat dikecapi dengan mentaati perintah Tuhan.

    Penganut agama Kristian mempercayai konsep dunia akhirat, seperti dapat dilihat daripada

    Pengakuan Iman Rasuli. Mereka mempercayai bahawa Tuhan akan menghakimi kesemua

    umat manusia selepas mereka menemu ajal dan bahawa golongan yang telah menerima Yesus

    Kristus telah diampuni dan akan tinggal di syurga untuk hidup bersama Tuhan.

    Mazhab Katolik Roma merujuk kepada ajaran kitab Injil, ajaran Gereja serta penjelasan yang

    diberi oleh hukum semula jadi dalam mempertimbangkan keputusan atau pilihan moral.

    Mazhab Protestan pula mempercayai bahawa kitab Injil merupakan sumber yang ulung dalam

    mempertimbang keputusan dan juga sebagai panduan hidup. Jadual 6.1 merumuskan

    pandangan mazhab Katolik Roma dan Protestan dalam isu keputusan moral.

    Jadual 6.1: Sudut pandangan mazhab Katolik Roma dan Protestan dari aspek keputusan moral

    Katolik Roma Protestan

    Tuhan telah menurunkan kitab Injil untuk

    menyatakan perintahnya. Tuhan juga

    berkomunikasi melalui Gereja Katolik Roma.

    Tuhan telah memberi manusia kitab Injil sebagai

    panduan kehidupan.

    Bersetuju bahawa Roh Kudus merupakan

    panduan kepada Gereja dan Yesus Kristus telah

    memberi Gereja kuasa untuk menerangkan

    kitab Injil serta membimbing penganutnya ke

    arah kehidupan yang moral.

    Mematuhi kitab Injil sepenuhnya sebagai tanda

    cinta kepada Tuhan.

    Golongan Katolik Roma juga menggunakan

    hukum semula jadi sebagai sumber rujukan.

    Ajaran kitab Injil, ajaran Gereja serta penjelasan

    yang diberikan oleh hukum semula jadi

    Berusaha untuk memahami ajaran kitab Injil

    mengenai perkara tersebut dan cara

    mengaplikasikannya ke kehidupannya.

    (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penganut agama Kristian?

    (b) Aspek apakah yang ditekankan oleh ajaran Yesus Kristus?

    (c) Jelaskah apa yang dimaksudkan dengan kitab Injil

    6.3 Asas Etika Agama Kristian

  • digunakan sebagai panduan dalam membuat

    keputusan moral.

    Teras etika agama Kristian adalah berasaskan Sepuluh Rukun, seperti yang digambarkan oleh

    Rajah 6.4.

    Rajah 6.4: Teras etika yang berdasarkan Sepuluh Rukun yang diturunkan oleh Tuhan

    Membuat keputusan yang bermoral dan beretika bermaksud yang kita berusaha untuk

    mengetahui apa yang Tuhan mahu kita lakukan dengan merujuk kepada Sepuluh Rukun. Kita

    tidak dapat mengasingkan pertimbangan etika dan moral dalam membuat keputusan selagi

    kita mencintai Tuhan dan ciptaannya.

    Muliakan ibu bapamu

    Kamu tidak harus membunuh

    Kamu tidak harus melakukan perzinaan

    Kamu tidak harus mencuri

    Kamu tidak harus menjadi saksi palsu

    Kamu tidak harus mendambakan rumah

    jiran kamu

    Layari laman web berikut untuk mempelajari mengenai ajaran agama Kristian dengan lebih lanjut: http://www.newadvent.org/cathen/03712a.htm http://christianity.about.com/od/newchristians/p/christianbasics.htm

  • Kehidupan adalah

    suci

    Membunuh dilarang

    sama sekali

    Menyayangi rakan dan

    jiran

    Pengguguran dilarang

    sama sekali

    Menyayangi semua ciptaan Tuhan

    Membunuh diri dilarang sama sekali

    Perhubungan baik sesama

    manusia

    Euthanasia dilarang

    sama sekali

    Menyayangi diri dan keluarga

    Penganut agama Kristian mempercayai bahawa nyawa adalah sesuatu yang suci. Kepercayaan

    ini mempengaruhi berbagai aspek kehidupan mereka terutamanya dari segi isu seperti

    membunuh diri, penceraian, pengguguran, penjagaan orang lain dan sebagainya.

    Penganut agama Kristian mempercayai bahawa setiap individu dilahirkan dengan matlamat

    hidup yang tertentu. Kehidupan ini tidak sepatutnya dibazirkan dan kita patut menghadapi

    setiap cabaran hidup yang menimpa kita. Mengikut ajaran kitab Injil (Kejadian 1:27) , Tuhan

    telah mencipta manusia pertama berdasarkan imejnya sendiri. Ini bermaksud bahawa manusia

    merupakan ciptaan Tuhan yang istimewa dan memiliki sifat Tuhan tetapi bukan rupanya.

    Rajah 6.5 merumuskan pandangan agama Kristian mengenai kehidupan.

    (a) Apakah maksud konsep cinta yang taat?

    (b) Apakah kepercayaan agama Kristian mengenai konsep dunia akhirat?

    (c) Apakah pandangan Katolik Roma dan Protestan mengenai kitab Injil?

    6.4 Etika agama Kristian dalam konteks Diri dan Keluarga

  • Penganut agama ini menganggap perkahwinan sebagai penyatuan dua orang individu yang

    disatukan oleh Tuhan. Mereka akan menjadi pasangan hidup dan objektif mereka adalah

    untuk mengalami perhubungan yang setia dan penuh dengan kasih sayang. Mengikut ajaran

    kitab Injil (Kejadian 2:24), pasangan ini akan disatukan melalui perkahwinan di mana mereka

    disatukan oleh Tuhan secara rohani. Rajah 6.6 membincangkan konsep perkahwinan,

    penceraian dan perkahwinan semula dari aspek agama Kristian.

    Rajah 6.6: Perkahwinan, Penceraian dan Perkahwinan Semula mengikut Agama Kristian

    Perkahwinan, Penceraian dan Perkahwinan Semula mengikut Agama

    Kristian

    Perkahwinan

    Menggariskan batasan

    bagi perhubungan

    seksual dan

    perhubungan sebegini

    dianggap berdosa jika

    diadakan di luar nikah.

    Merupakan asas untuk memiliki zuriat di mana pasangan tersebut dapat memupuk dan mendidik anak mereka mengenai ajaran agama Kristian, nilai moral dan etika.

    Memberikan teman hidup yang akan memenuhi keperluan mereka dari segi ketenangan, cinta dan kasih sayang.

    Penceraian Bercanggah dengan kehendak Tuhan

    (penyatuan antara lelaki dan wanita) dan dilarang sama sekali

    Hanya dapat dipertimbangkan sekiranya tiada alternatif lain

    Suatu perkahwinan akan dibubarkan apabila salah satu daripada pasangan ini didapati telah berzina dan dengan itu memungkar janji mereka kepada Tuhan

    Perkahwinan Semula Seseorang yang berkahwin selepas bercerai atau yang berkahwin kepada seseorang yang telah bercerai dianggap berzina (kecuali pasangan yang bercerai itu berkahwin semula)

  • Menurut ajaran agama Kristian, peranan anak adalah untuk menjaga, menghormati dan

    mematuhi ibu bapa mereka.

    Tuhan telah menugaskan manusia untuk membentuk dunia ini dan oleh sebab itu, kita harus

    berkelakuan secara rasional dan berusaha untuk mengikut perintah Tuhan. Mengikut kitab

    Injil (Matius, 25:31-46), penganut agama Kristian diajar supaya tidak mementingkan diri

    sendiri dan sentiasa menolong orang yang memerlukannya ke arah mematuhi perintah Tuhan.

    Penganut agama Kristian perlu memupuk perhubungan baik dengan semua pihak, tanpa

    mengira kaum, gender, status, agama dan sebagainya. Sebarang ketidakadilan, diskriminasi

    atau bias dilarang sama sekali kerana semua ciptaan Tuhan adalah istimewa.

    Ajaran Yesus Kristus menyarankan supaya penganut agama ini bukan sahaja bersikap

    toleransi kepad kaum lain tetapi juga menyayangi mereka, termasuklah musuh-musuh

    mereka. Yesus Kristus menyarankan supaya penganut agama Kristian berbudi baik kepada

    semua umat manusia, termasuk golongan yang membenci mereka, seperti yang telah

    dijelaskan dalam ayat Lukas (6:27) dalam kitab Injil.

    Etika dari segi agam Kristian menekankan keadilan serta menghormati dan menyayangi

    antara satu sama lain tanpa diskriminasi atau bias.

    (a) Mengapakah agama Kristian mengganggap bahawa nyawa adalah suci?

    (b) Apakah tujuan perkahwinan?

    (c) Mengapakah agama Kristian menyarankan supaya penceraian dihindari?

    6.5 Etika agama Kristian dalam konteks Sosial dan Interpersonal

    Penceraian patut dihindari dan perkahwinan semula dilarang. Fikirkan

    kebaikan dan keburukan amalan ini. Apakah pendapat anda? Mengapakah

    anda berfikir demikian? Bincangkan bersama-sama rakan sekelas anda.

    (a) Apakah yang diterangkan oleh Yesus Kristus dalam ayat Matius 25:31-46?

    (b) Mengapakah agama Kristian melarang sikap yang tidak adil atau

    diskriminasi?

    (c) Bagaimanakah kebahagiaan sebenar dapat dikecapi?

  • Agama Kristian menekankan sikap murah hati dan ihsan ke arah kehidupan yang baik di

    akhirat kelak. Kebanyakan perbadanan dan organisasi amat aktif dalam kegiatan kebajikan

    dan menyalurkan bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada golongan yang

    memerlukan. Ini selaras dengan ajaran Yesus Kristus yang menyarankan supaya manusia

    menyayangi antara satu sama lain.

    Menurut ajaran agama Kristian, prinsip yang utama dalam sebarang kegiatan perniagaan

    adalah menjaga maruah dan kehidupan manusia walaupun ini mungkin akan menjejaskan

    keuntungan yang diperoleh. Rajah 6.7 menunjukkan panduan yang patut dipatuhi urusan

    perniagaan.

    Rajah 6.8: Garis Panduan Perniagaan mengikut Etika Agama Kristian

    6.6 Etika agama dari aspek Perniagaan, Penggunaan dan

    Perdagangan

    Lim

    a g

    aris p

    anduan y

    ang h

    aru

    s dip

    atu

    hi d

    ala

    m m

    enja

    lankan

    uru

    san p

    ern

    iagaan

    Pemberatan yang Adil

    Jumlah penuh (kuantiti dan kualiti) harus diberi dalam

    setiap urusan perniagaan.

    Pekerja harus bekerja keras sebagai tanda berterima

    kasih atas gaji yang diterima.

    Kejujuran Seseorang itu perlu jujur dalam berurusan dengan: Pelanggan Pekerja Majikan Rakan sekerja Masyarakat

    Hamba Tuhan Sebagai hamba Tuhan, pekerja seharusnya lebih mementingkan pelanggan atau pihak lain supaya dapat memenuhi kewajipan mereka kepada Tuhan

    Keuntungan yang Berpatutan Setiap organisasi harus bertimbang rasa dalam menentukan objektif keuntungan mereka dengan mengambil kira aspek keadilan.

    Tanggungjawab Peribadi Kita harus bertanggung jawab atas segala keputusan

    dan tindakan kita. Kita tidak patut menyalahkan orang lain apabila kita

    bersalah. Kita tidak patut melakukan sesuatu yang sememangnya

    salah.

  • Sebagai seorang individu atau perniagaan, kita patut berusaha untuk melakukan yang sebaik

    mungkin.Tuhan meminta supaya kita melayan orang lain sepertimana kita ingin dilayan.

    Pekerja harus menjalankan tugas mereka dengan mengambil kira aspek moral dan etika

    kerana ini akan menghasilkan organisasi perniagaan yang beretika.

    Kebanyakan penganut agama Kristian mempercayai bahawa sains tidak dapat dibandingkan

    dengan tafsiran kitab Injil. Kitab Injil telah ditulis beribu tahun dahulu untuk mewujudkan

    kesedaran mengenai Tuhan dan ciptaannya. Matlamat sains adalah untuk mempelajari

    bagaimana alam semesta diwujudkan manakala kitab Injil pula menerangkan mengapa alam

    semesta wujud.

    Mengikut ajaran agama Kristian, manusia perlu menyayangi setiap ciptaan Tuhan

    terutamanya manusia. "Kamu tidak patut membunuh" merupakan keenam dalam Sepuluh

    Rukun dan ia menerangkan bahawa tiada sesiapa pun yang berhak membunuh manusia lain

    atas apa-apa sebab. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menentukan kelahiran dan kematian,

    seperti yang tercatat dalam kitab Injil (Mazmur, 139:13).

    Gereja Anglikan menganggap bahawa semua manusia dicipta oleh Tuhan mengikut imejnya

    sendiri. Oleh itu, nyawa kita patut dijaga dan dilindungi pada setiap peringkat kehidupan.

    Pengguguran dilarang sama sekali tetapi diterima secara etika dalam keadaan tertentu,

    misalnya sekiranya fetus tersebut mengancam nyawa si ibu atau sekiranya terdapat risiko

    yang ia akan mengalami kecacatan serius.

    Tuham mengurniakan manusia dengan keupayaan untuk memiliki zuriat, sepertimana yang

    dinyatakan oleh kitab Injil (Kejadian 1:28). Persenyawaan buatan seperti IVF dibenarkan bagi

    pasangan yang menghadapi masalah dari segi ini.

    Namun demikian, sesetengah penganut Kristian mempercayai bahawa hanya Tuhan berhak

    menentukan siapa yang dapat memiliki zuriat dan sebaliknya.

    Kebanyakan penganut Kristian menerima penggunaan kaedah saintifik bagi membantu

    pasangan untuk memiliki zuriat tetapi ini bergantung kepada kaedah yang digunakan.

    (a) Apakah pengaruh agama terhadap organisasi perniagaan? (b) Apakah kesan globalisasi ke atas kehidupan? (c) Terangkan garis panduan yang patut dipatuhi dalam perniagaan mengikut ajaran agama Kristian.

    6.7 Etika agama Kristian dalam konteks Perubatan, Sains dan

    Kesihatan

  • Persenyawaan buatan yang menggunakan sperma penderma dilarang sama sekali

    kerana ia disamakan dengan berzina

    Persenyawaan buatan melalui si suami dibenarkan kerana ia tidak melanggar batasan

    perkahwinan

    Ibu tumpang di mana si bayi tidak memiliki perhubungan genetik kepada si ibu

    tumpang dianggap sebagai amalan yang tidak beretika kerana akan timbul masalah

    dalam menentukan ibu sebenar bayi tersebut.

    Penganut agama Kristian mempercayai bahawa kita tidak memiliki ciptaan Tuhan.

    Sebaliknya, Tuhan telah mengamanahkan ciptaannya kepada kita dan oleh sebab itu, kita

    patut menjaganya sebaik mungkin tanpa menjejaskannya melalui pencemaran, eksploitasi

    berlebihan dan sebagainya.

    Berikut adalah peranan manusia di dunia ini sepertimana dinyatakan oleh Tuhan:

    Kita bertanggung jawab untuk menjaga alam sekitar dan memuliharanya untuk

    generasi akan datang.

    Penganut agama Kristian mempercayai bahawa manusia tidak berhak menuntut hak

    pemilikan ke atas mana-mana ciptaan Tuhan.

    Manusia tidak berhak mengeksploitasi alam sekitar sehingga ia terjejas.

    Manusia patut berkembang dan menggunakan alam ini dengan sebaik mungkin.

    Mengikut Kejadian 2:15, Adam dan Hawa diperintah oleh Tuhan supaya menjaga dan

    menyemai taman tersebut.

    (a) Apakah perbezaan antara sains dan kitab Injil?

    (b) Mengapakah pengguguran anak dilarang sama sekali?

    (c) Jelaskan mengapa amalan ibu tunggal dilarang oleh ajaran Kristian.

    6.8 Etika agama Kristian dalam konteks Alam Sekitar

    Tuhan memberkati mereka, lalu Tuhan berfirman kepada mereka:

    "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu,

    berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala

    binatang yang merayap di bumi."

    Berfirmanlah Tuhan: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-

    tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya

    berbiji; itulah akan menjadi makananmu.

    (Kejadian 1:28-29)

  • Manusia harus memiliki sifat Tuhan supaya dapat memenuhi peranan yang telah

    diamanahkan oleh Tuhan. Sifat Tuhan bermaksud yang kita perlu bersikap:

    Kreatif

    Berkasih sayang

    Menggunakan sumber yang dikurniakan oleh Tuhan dengan bertanggung jawab

    supaya mendatangkan manfaat kepada semua ciptaan Tuhan

    Manusia bersikap mementingkan diri dan melakukan dosa seperti menyalahgunakan dan

    mencemarkan alam. Sikap mementingkan diri dan angkuh ini bercanggah dengan perasaan

    cinta dan taat kepada Tuhan dan menyebabkan masalah-masalah berikut:

    Pemanasan global

    Pencemaran alam

    Banjir

    Bencana alam lain

    Manusia merupakan khalifah Tuhan yang diamanahkan untuk menjaga alan yang dicipta

    olehnya, termasuklah penghuninya. Manusia memerlukan ilmu untuk menjalankan tanggung

    jawab ini dengan sebaik mungkin. Oleh sebab ini, kita harus berfikir dalam menangani

    masalah alam sekitar.

    Tuhan menginginkan supaya manusia dan alam dapat hidup secara harmoni. Kitab Injil sering

    menekankan bahawa alam sekitar perlu dijaga dengan baik, contohnya:

    Ayat 22:6 dan 25:4 dalam Ulangan menekankan penjagaan dan pemeliharaan haiwan

    dan perasaan hormat-menghormati terhadap hidupan liar.

    Ayat 38:25-28 dari Ayub dan 104:27-30 dari Mazmur menerangkan bahawa Tuhan

    telah memupuk dan menjaga ciptaannya.

    Tuhan telah menyediakan makanan dan keperluan lain yang mencukupi bagi ciptaannya,

    Namun demikian, penganut agama Kristian mempercayai bahawa sifat tamak manusia telah

    menyebabkan pemanasan global, pencemaran, banjir serta bencana alam yang lain.

    Mandat Tuhan yang menyarankan supaya semua ciptaannya disayangi perlu dipatuhi dan kita

    harus bertindak secara beretika demi keharmonian bersama.

  • 1. Asal-usul agama Kristian adalah berasaskan kehidupan, kematian dan kebangkitan semula

    Yesus Kristus. Ia merupakan agama monotheis dan berasaskan kehidupan dan ajaran Yesus

    Kristus.

    2. Kitab suci agama Kristian adalah kita Injil dan ia terdiri daripada Perjanjian Baru dan

    Perjanjian Lama.

    Pertimbangkan senario-senario berikut.

    Senario 1 - Kerajaan membuat keputusan untuk membina empangan demi

    kebaikan masyarakat. Tanah di tapak pembinaan empangan tersebut telah

    diratakan walaupun ia kaya dengan hutan dan hidupan liar.

    Senario 2 - Sue membenci rakan sekerjanya kerana mengkhianatinya dan

    dengan itu Sue tidak mendapat kenaikan pangkat. Sue ingin membalas

    dendam terhadap rakan sekerjanya ini.

    Senario 3 - Jiran Tom agak menjengkelkan dan sentiasa membuat bising serta

    menumpahkan sampahnya ke atas laman dan jalan masuk ke rumah Tom.

    Tom tidak berapa menyukai jirannya dan tidak mengendahkannya. Dia

    bertekad untuk tidak sekali-kali menolong jirannya itu walaupun dia mungkin

    memerlukan pertolongan Tom.

    Senario 4 Adam dan Kathy telah mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki

    perkahwinan mereka tetapi tidak dapat berbuat demikian. Akhirnya, mereka

    terpaksa bercerai. Kathy telah bertemu dengan lelaki lain dan jatuh cinta

    kepadanya. Dia membuat keputusan untuk berkahwin semula.

    Berdasarkan apa yang anda sudah pelajari, pertimbangan setiap senario

    berdasarkan etika agama Kristian. Adakah anda bersetuju dengannya?

    Bincangkan bersama-sama dengan rakan sekelas anda.

    (a) Bincangkan mengapa manusia harus menjaga alam sekitar.

    (b) Apakah kesan daripada tindakan manusia yang tidak beretika?

    (c) Jelaskan mandat Tuhan kepada manusia.

    Ringkasan

  • 3. Kehidupan dan ajaran Yesus Kristus berpusat kepada konsep cinta yang taat setia. Setiap

    daripada tindakan Yesus Kristus merupakan tindakan yang paling baik dan setiap penganut

    Kristian patut mencontohinya ke arah mencapai kebebasan.

    4. Mazhab Protestan menganggap bahawa Tuhan telah menurunkan kitab Injil sebagai

    sumber rujukan dalam membuat keputusan. Mazhab Katolik Roma pula mempercayai

    bahawa Tuhan menurunkan kitab ini untuk menyatakan perintahnya dan bahawa Tuhan

    berkomunikasi dengan manusia melalui Gereja Katolik Roma.

    5. Nyawa adalah suci dan patut dihargai.

    6. Penceraian bercanggah dengan perintah Tuhan. Namun demikian, sesetengah penganut

    Kristian berpendapat bahawa penceraian dibenarkan sekiranya tidak cara lain untuk

    menyelamatkan perkahwinan tersebut.

    7. . Matlamat sains adalah untuk mempelajari bagaimana alam semesta diwujudkan manakala

    kitab Injil pula menerangkan mengapa alam semesta wujud.

    8. Kitab Injil menekankan bahawa setiap manusia patut dilayan secara adil tanpa

    membezakan mengikut kaum, gender atau status. Setiap individu patut saling hormat-

    menghormati dan menerima sebarang percanggahan pendapat demi Tuhan.

    9. Secara umumnya, penganut agama Kristian berpendapat bahawa Tuhan mencipta alam

    semesta dan semua penghuninya. Mereka juga mempercayai bahawa manusia diamanahkan

    untuk menjaga ciptaannya dan patut menggunakannya dengan cermat tanpa

    mengeksploitasinya.