Bab6.Permuafakatan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    1/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    1

    CCChhhaaapppttteeer r r  666::: 

    PPPEEERRRMMMUUUAAAFFFAAAKKKAAATTTAAANNN GGGUUURRRUUU--- KKKOOOMMMUUUNNNIIITTTIII 

    ggg 

    Hasil Pembelajaran:

    Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:

      Menerangkan hubungkaitan guru dan komuniti setempat 

      Analisis secara kritisi penglibatan ibu bapa dalam sistem persekolahan 

     

    Memerihal model-model penglibatan ibu bapa   Menjelaskan beberap isu tentang penglibatan ibu bapa 

      Mensenaraikan peranan dan fungsi PIBG 

    Bab ini membincangkan permuafakatan guru dan komuniti dengan tumpuan kepada

     penglibatan ibu bapa dengan akitiviti sekolah. Model Epstein dibincang yang

    mengutarakan enam jenis penglibatan ibu bapa serta faktor-faktor yang menghalang

     penglibatan ibu bapa. Fungsi dan peranan PIBG dihuraikan dan usaha-usaha yang boleh

    dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan penglibatan lebih ramai ibu bapa

    dalam aktiviti PIBG.

    RINGKASAN BAB

    6.1 Komuiti dan sekolah

    6.2 Pendapat tentang penglibatan ibu

     bapa6.3

     

    Kajian Kes

    6.4 Model penglibatan ibu bapa

    6.5 

    Contoh

    6.6 PIBG

    Ringkasan

    Kata Kunci

    Rujukan

    Bab 1: Profesion Perguruan

    Bab 2: Tugas & Peranan Guru

    Bab 3 Etika Perguruan

    Bab 4: Standard Guru Malaysia

    Bab 5: Pembangunan Profesion PerguruanBab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti

    Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin

    Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    2/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    2

    6.1 Guru dan Komuniti

    Bagi seorang pelajar, selain keluarganya, komuniti ialah paling penting di

    mana individu belajar dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang menyumbang

    kepada pembangunan individu berkenaan. Komuniti terdiri daripada TIGA

    komponen, iaitu tempat, institusi dan proses.  Sebagai „tempat; k omuniti ialah sekumpulan manusia yang tinggal

     berhampiran dalam sesuatu kawasan yang memenuhi keperluan dan

    kepentingan mereka. Contohnya, penduduk di dalam sesuatu kampung, daerah

    atau taman perumahan adalah satu komunti. Bagaimana pun, dengan

     perkembangan internet, invididu dalam sesuatu komuniti tidak semestinya

    tinggal berdekatan. Kini wujud komuniti-komuniti maya (virtual communities)

    seperti „facebook‟. 

      Sebagai „institusi‟ komuniti  menyediakan institusi yang memberi perkhidmatan kepada penduduknya dengan tujuan memenuhi keperluan

    mereka. Individu berkongsi kemudahan sosial, ekonomi dan kebudayaan.Contohnay ialah pusat kesihatan, sekolah, rumah ibadat dan sebagainya.

    Institusi-institusi ini dikongsi oleh individu dalam komuniti berkenaan.

      Sebagai „proses‟, komuniti melibatkan interaksi di kalangan individu dengantujuan memumuk rasa kekitaan (belongingness). 

    Menurut Kamus Dewan (2007) permuafakatan  (consensus) ialah sesuatu yang

    melibatkan proses perundingan, persetujuan, kata sepakat atau permesyuaratan.

    Rajah 6.1 Permuafakatan Guru dan Komuniti

    Sekolah ialah sebuah komuniti yang terdiri daripada kumpulan manusia; iaitu

    Guru Besar/ Pengetua, guru-guru, kakitangan dan murid. Semua anggota berinteraksi

    dalam kawasan sekolah yang sama. Guru Besar/pengetua, guru-guru,kakitangan dan

    murid menjalankan tugas masing-masing mengikut peranan yang ditetapkan dan

    saling berkaitan. Aktiviti anggota sekolah diatur mengikut budaya dan peraturansekolah. Setiap anggota sekolah bertindak dengan cara bersatu padu dan teratur

    KOMUNITI

    Rumah

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    3/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    3

    mengikut sistem sosial yang dipersetujui. Contohnya, pelajar dikehendaki

    menghormati guru dan guru pula bertanggung jawab terhadap pelajar (rujuk kepada

     Bab 3 untuk detail ).

    Lihat Rajah 6.1 yang menunjukkan interaksi guru dengan komuniti dan rumah

    tangga pelajar. Sebuah sekolah tidak boleh menganggap peranannya terhad kepada

    lingkungan kawasan pagarnya sahaja. Tatasusila Kod Etika Profesion Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menyenaraikan beberapa panduan yang guru

     perlu mengambil kira ketika berinteraksi dengan komuniti. Contohnya, guru

    dikendaki menghormati ibu bapa dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan

    kerjasama yang erat di antara sekolah dengan komuniti sambil mempamerkan tingkah

    laku yang sopan. Guru yang berinteraksi dengan komuniti hendaklah mengelakkan

    diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu

     bapa pelajar. Mereka di kehendaki menganggap semua maklumat yang diberikan oleh

    ibu bapa mengenai anak mereka sebagai sulit. Guru mesti mengelakkan melakukan

    sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.

    Seberapa boleh, guru hendaklah mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan

    komuniti yang membawa kepada peningkatan budaya dan kecendekiawan komuniti berkenaan.

    6.2 Pendapat Tentang Penglibatan Ibu Bapa

    Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-

    membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam

     pendidikan anak mereka meneguhkan perkembangan dan membantu mengekalkan

    kejayaan mereka (Rohani Abdullah, 2007). Terdapat kajian-kajian yang membuktikan

     bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar (Clark,

    1990). Contohnya, Miedel and Reynolds (1999) dapati bahawa penglibatan ibu bapayang lebih tinggi di sekolah berkaitan dengan kemahiran membaca kanak-kanak yang

    lebih baik, kadar keciciran yang lebih rendah dan kekurangan masalah disiplin.

    Marcon (1999) pula dapati bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih aktif berkaitan

    dengan kemahiran berbahasa pelajar yang lebih baik serta perkembangan sosial,

    motor dan adaptif yang lebih baik. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak

    mereka menanam sikap untuk lebih bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran

    di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang  (Luneburg &

    Irby, 2002).

    Di Malaysia, kajian yang dijalankan oleh Zulkifli Hamid, Jamilath Othman,

    Aminah Ahmad & Ismi Arif Ismail (2011) mendapati bahawa penglibatan ibu bapa

    mempunyai perkaitan yang positif dengan pencapaian akademik. Dapatan kajian iniselari dengan dapatan kajian Azizi Yahya & Nalini Madavan (2006) yang mendapati

    6.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN 

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan komuniti?

     b) Apakah yang dinayatakan dalam Tatasusila Kod Etika

    Etika tentang tanggungjawab guru terhadap komuniti?

    c) Sejauh manakah anda bersetuju dengan tanggungjawab

    guru terhadap komuniti setempat

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    4/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    4

    hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik

     pelajar.

    Menurut Epstein (1986), terdapat dua pandangan tentang penglibatan ibu bapa

    dalam pendidikan anak mereka dan sistem persekolahan

      Satu pendapat mencadangkan peranan ibu bapa dan pernan guru hendaklah di

    asingkan. Guru akan bertumpu kepada pelajar semasa mereka berada dalam bilik darjah sementara ibu bapa bertumpu kepada anak mereka semasa berada

    di rumah. Setiap pihak mempunyai tugas masing-masing dan campur tangan

    tidak digalakkan kerana ia akan mewujudkan konflik diantara guru dan ibu

     bapa.

      Pendapat yang berlain mencadangkan kerjasama dan permuafakatan antarasekolah dan keluarga dieratkan. Guru dan ibu bapa harus berkomunikasi dan

     berkolaborasi ke arah matlamat yang sama; iaitu mempertingkatkan prestasi

     pelajar.

    Akan tetapi hanya bilangan kecil daripada ibu bapa yang aktif di sekolah-

    sekolah. Diantara sebab yang dinyatakan adalah kekurangan masa dan mempunyaitanggungjawab lain, serta kurangnya latihan ibu bapa mengenai peranan mereka.

    Penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibu bapa dan ibu

     bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harus dilakukan. Menurut, Rohaty (2003),

    ibu bapa perlu dididik mengenai peranan tanggungjawab mereka dalam pendidikan

    anak mereka.

    6.3 Kajian Kes: Penglibatan Ibu Bapa

    Kes #1: Parents have to be totally involved

     No responsible parent will stay out of anything tha happens to their children. That’swhat parents are for, getting totally involved. Parents should find out more from the school

    and try to help in disciplining their children. Who do you think should a child better if not the

     parents?

    My child attends attends a primary school. I make a point to talk to her about what

    happened in school. For the past week, she has been telling me how her teacher will cane the

    students on their palm for wrong answers, a stroke for each mistake ( dipukul pada tapak

    tangan kerana mendapat jawapan yang salah). Many of her friends cried after being caned

     but the teacher continues to teach after that.

    What learning can go into a child’s mind after such an experience, a sore palm and a

    fearful mind? I always tell my children that in life we must not be afraid to make mistakes, but

    learn from them to be a better person (belajar daripada kesilapan yang kita buat ). Now this is

    not true for her anymore, all because of a teacher.

    The teacher has put into my child a fear of going to school ( takut pergi ke sekolah)

    and robbed her of the joy of learning, taken away her confidence and killed her creativity and

    motivation to learn (keyakinan diri, motivasi dan kreativiti terjejas).

    Many a time, the teacher is late for class. When she enters and finds a noisy class she

    make the students stand for the rest of the period. My child begged me not to compalin to the

    school fearing that the teacher will be less committed in teaching them.

    Parents, do you still want to stay out.

    [sumber: adaptasi The Star, 22 February, 2012]

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    5/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    5

    Kes #3: Parents, stay out please [View o f a student ]

    As a student I say ‘parents, stay out’ Parents’ involvement will do more harm than

    good. Disciplinary boards in schools have the right to decide on any punishment for the

    students ( Lembaga disiplin di sekolah menentukan hukuman yang dikenakan). By interfering in

    this process, parents are actually obstructing character and behaviour development. Most

    students today are spoilt ( Pelajar terlalu manja). They misbehave and commit crime; and why

    should parents blame teachers? [ Mengapakah ibu bapa menyalahkan guru?].

    Teachers will become too kind and soft and give up disciplining students. They will

     just teach and not bother about telling students how to behave. I remember a case where a father

    was rude to a teacher who scolded his daughter for not completing her homework. The father

    demanded an apology on behalf of his daughter. Many teachers were unhappy and asked what

    wrong did the teacher in wanting the student to do better in her studies [ Apakah salah guru?].

    With parents blindly supporting their children, students will misbehave, break school

    rules and commit crime as they know their parents will will back them; and eventually not

    respect teachers [ Ibu bapa dengan buta menyokong anak mereka].

    Teachers are fighting hard for our future. Why attack them for doing their job? I believe

     parents should think twice before taking any action. Let teachers shape us into great individuals

    to excel in the world [ Ibu bapa perlu berfikir sebelum mengambil tindakan].

    [sumber: adaptasi The Star, 21 February, 2012]

    Kes #2: Let teachers do their work, don’t intefere [View of a parent ]

    I write in respone to ‚Parents have to be totally involved‛. As a parent I disagree with

    the over protective approach of the writer (terlalu melindungi). Everybody sends their children

    to school because we believe that is the best place for them to acquire knowledge and for

    character building ( pembentukan watak ).

    In ancient Chinese, Islamic & Indian society, teachers were held in high regard ( zaman

    dahulu guru disanjung tinggi). As such teachers should be respected as professionals who

    impart knowledge and shape your children’s character, when we are not around (harus

    dihormati sebagai profesional )

    Most parents may think that they know their children best, However, there are many

    children who behave very well at home but behave badly in school. I am not an advocate of

     physical punishement, but I think canning of non-vital parts is acceptable (memukul ditempat-

    tempat badan yang tidak merbahaya dibenarkan). Punishment makes children aware there are

    consequences to being lazy or naughty ( Hukuman membuat kanak-kanak sedar tentang akhibatmalas atau nakal ).

    I was caned in school numerous times if I could not spell, finish my homework or

    unable to read. We did not complain to our parents because it was shameful. But I still enjoyed

    going to school. I had lots of frends. My confidence was not broken and I reminded myself to

    work harder.

    [sumber: adaptasi The Star, 23 February, 2012]

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    6/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    6

    6.4 Model Penglibatan Ibu Bapa 

    Joyce Epstein (1986) telah memperkenalkan suatu Model Penglibatan Ibu Bapa yang

    terdiri daripada ENAM jenis penglibatan (Lihat Rajah 6.2). Menurutnya, model ini

    dapat membantu para pendidik memperkenalkan program-program atau aktiviti-

    aktiviti yang dapat mempereratkan hubungan sekolah, sekolah dan komuniti. Katanya,

    “tujuan utama mewujudkan kemuafakatan guru dan komuniti ialah untuk membantu

     pelajar berjaya di sekolah dan dalam kehidupan seharain kelak”. Setiap jenis

     penglibatan akan mempunyai banyak amalan yang berbeza yang boleh dilakukan oleh

     pihak sekolah.

    Rajah 6.2 Enam Jenis Penglibatan Ibu Bapa oleh Joyce Epstein

    Penglibatan

    Ibu Bapa

    Keibubapaan

    Komunikasi

    Kesukarelaan

    Pembelajaraan

    di Rumah

    Membuat

    Keputusan

    Kolaborasi

      6.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN 

    a) Apakah pandangan ibu bapa Kes #1? Adakah bersetuju

    dengan pandangan penulis? Jelaskan.

     b) Adakah anda bersetuju dengan pandangan ibu bapa Kes #2tentang hukuman untuk pelajar?

    c) “Hukuman menyedarkan pelajar tentang tanggungjawabnya”. 

    Jelaskan.

    d) Menurut pelajar Kes #3, sekiranya ibu bapa melindungi anak

    mereka, guru akan mengabaikan tugas untuk mendisiplin

     pelajar. Bincangkan.

    e) Sejauh manakah insiden-insiden yang dikemukakan oleh tiga

     penulis dalam petikan akhbar di atas berlaku di sekolah anda?

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    7/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    7

    1. Keibubapaan (Parenting )

    Membantu keluarga mewujudkan persekitaran di rumah yang dapat membantu

    pelajar. Contohya:

      Pendidikan untuk ibu bapa seperti program-program literasi,

    kemahiran keibubapaan, kemahiran mengasuh kanak-kanak  Program-program yang membantu keluarga dalam bidang kesihatan,

    nutrisi & perkhidmatan lain

      Melawat rumah kanak-kanak bermasalah

    2. Komunikasi (Communication )

    Mereka bentuk pelbagai jenis komunikasi sekolah-rumah (school-to-home ) dan

    komunikasi rumah-sekolah (home-to-school ) tentang program sekolah dan

    kemajuan pelajar; iaitu komunikasi dua hala. Contohnya:

      Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa sekurang-kurangnya

    setahuan sekali

     

    Memo, notis, surat-menyurat, panggilan telefon, email & laman

    sesawang.

    3. Sukarelawan (Volunteers ) 

    Melantik ibu bapa sebagai sukarelawan untuk membantu sekolah. Contohnya:

      Sebagai mentor, jurulatih, tutor atau perunding.

      Galakkan guru bekerjasama dengan sukarelawan

      Mengadakan bilik berjumpaan dengan sukarelawan

    4. Pembelajaran di rumah (Learning at Home )

    Menyediakan maklumat dan idea kepada keluarga tentang bagaimanamembantu pelajar dengan kerha rumah dan aktiviti lain yang berkaitan dengan

    kurikulum. Contohnya:

      Maklumat kepada keluarga tentang kemahiran yang diperlukan untuk

    semua mata pelajaran bagi setiap tahun

      Maklumat tentang dasar kerja rumah dan bagimana memantau danmembincang tentang kerja rumah

    5. Membuat keputusan (Decision Making)

    Melibatkan ibu bapa dalam proses membuat

    keputusan di sekolah dan

    memperkembangkan pemimpin ibu bapa danperwakilan. Contohnya” 

      Penyertaan aktif dalam PIBG,

    majlis penasihat sekolah dan lain-

    lain.

      Penyertaan dalan kumpulan

    advokasi dengan tujuan melobi

    untuk reformasi sekolah dan

     penambaikkan.

      Jaringan yang menghubungkan semua keluarga dengan wakil masing-

    masing.

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    8/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    8

    6. Kolaborasi dengan komuniti (Collaboating with Communi ty )

    Mengenal pasti sumber-sumber dan perhidmatan daripada komuniti yang

    digembelingkan untuk memperkukuhkan program-program sekolah dan

    pembelajaran pelajaran. Contohnya:

     

    Berinteraksi dengan badan perniagaan, badan-badan dan kelompok lainyang dapat menyumbang kepada sekolah.

      Sumbangan komuniti yang dapat mempertingkatkan pembelajaran dan

     pencapaian akademik  –   badan kerajaan dan bukan kerajaan, badan

    rekreasi dan budaya

    Perlu ditegaskan, model Epstein merupakan cadangan. Terdapat beberapa perkara

    dalam modelnya yang mungking tidak boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah

    Malaysia yang tidak dibenarkan mengikut Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN

    PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPAGURU) 1998.

    6.5 Contoh: Penglibatan Ibu Bapa di Peringkat Tadika

    [ sumber : Ammul Sahara Abu Ngut, et. Al. 2011. Penglibatan Ibu Bapa dan Komunitidalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. UPSI, h:26-28]

    Tiga pendekatan dikenal pasti yang dapat digunakan untuk melibatkan

    komuniti dengan sesuatu tadika.

    a)  Penglibatan Terus: Penglibatan terus ibu bapa bermaksud melibatkan aktivitidi bilik darjah secara sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan

    menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Pihak pengurusan tadika dan taska

    amat menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memberikan bantuan secara

    sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik seperti membaca dan

    menulis. Ibu bapa juga boleh membantu guru menyediakan bahan aktivitiyang akan digunakan oleh guru di tadika.

    b)  Penglibatan dalam Latihan:  Penglibatan ibu bapa dalam program latihanadalah menjadikan ibu bapa sebagai guru anak-anak mereka. Latihan adalah

    tertumpu kepada bidang disiplin kendiri, membantu anak mempunyai tabiat

     belajar, kemahiran berkomunikasi dan bimbingan keibubapaan. Program

    tersebut hendaklah dianjurkan oleh pihak pengurusan tadika mengikut

    kelapangan ibu bapa tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kesan jangka

     panjang akan membantu perkembangan kanak-kanak dan melicinkan

     pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak.

    6.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a)  Sejauh manakah keenam-enam jenis Model Epstein telah

    dilaksanakan di sekolah anda?

     b)  Manakah jenis penglibatan tidak dilaksanakan? Mengapa?

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    9/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    9

    c) Penglibatan Keluarga dan Sokongan:  Penglibatan sumber keluarga dan

    sokongan merupakan program dan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara

    tidak langsung. Program ini menyediakan bantuan perkhidmatan bimbingan

    kepada ibu bapa seperti kaunseling pekerjaan dan latihan, klinik kesihatan,

     pemulihan penderaan, sumber dan rujukan untuk perkhidmatan

    kemasyarakatan, aktiviti sebelum dan selepas sekolah untuk ibu bapa yang bekerja.

    KAEDAH yang digunakan untuk melibatkan ibu bapa:

       Membuat Perjumpaan: Perjumpaan

     boleh dibahagikan kepada tiga kategori,

    iaitu peringkat awal, pertengahan dan ak  

    hir. Peringkat awal perjumpaan

    dilakukan pada sesi awal persekolahan.

    Guru perlu menerangkan hal-hal

     berkenaan prasekolah, kakitangan,kurikulum yang dijalankan dan

     pengurusan fizikal prasekolah. Di

     peringkat pertengahan, ibu bapa dan

    guru boleh berbincang berkenaan

     perkembangan anak-anak mereka berdasarkan penilaian secara berterusan

    yang dijalankan oleh guru. Di peringkat akhir perjumpaan, aktiviti

     penyampaian sijil dan sebagainya boleh diusahakan.

       Menganjur Seminar dan Bengkel :Dengan m enganjurkan seminar ibu

     bapa dan guru dapat pendedahan

     berkenaan ilmu baru serta ciri-ciri

    kerjasama secara tidak langsung.

       Panggilan Telefon dan Emel : Ibu

     bapa ataupun guru boleh

    menghubungi melalui telefon

    ataupun emel untuk berbincang,

    membuat penerangan aktiviti dan

    menceritakan perkembangan anak-anak.

       Jemputan Melawat Prasekolah: Biasanya jemputan melawat ke prasekolah

     bertujuan menyesuaikan ibu bapa kepada persekitaran prasekolah selain dapat

     beramah mesra dengan guru dan kakitangan prasekolah. Ibu bapa juga dapat

    memerhatikan anak-anak mereka belajar.

    Daripada pemerhatian ibu bapa dan guru

    ini, membolehkan mereka berbincang dan

    menyelesaikan masalah yang timbul.

    Kaedah ini sesuai apabila ibu bapa turut

    dijemput bagi menyertai lawatan.

     

     Lawatan Ke Rumah: Guru perlu jugamelawat ke rumah kanak-kanak bagi

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    10/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    10

    melihat sendiri latar belakang keluarga. Lawatan tidak semestinya dilakukan

    hanya apabila kanak-kanak itu sakit ataupun tidak hadir agak lama. Kanak-

    kanak amat berbangga apabila guru mereka datang melawat ibu bapa mereka.

    Ia dianggap sebagai hari yang bersejarah dan tidak dapat dilupakan.

     

     Risalah, Majalah dan Bahan Bertulis: Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan bersama-sama menyediakan bahan bertulis seperti risalah, majalah dan

    sebagainya.

    6.6 PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)

    Di atas ialah beberapa pernyataan daripada akhbar-akhbar tempatan tentang Persatuan

    Ibu Bapa Guru (PIBG). Rujuk kepada laman sesewang Kementerian Pelajaran

    Malaysia untuk berita-berita lanjut. Klik pada URL ini:

    http://www.moe.gov.my/?act=search&id=0&keyword=pibg 

    6.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah kegiatan yang boleh dilakukan untuk

    melibatkan komuniti dalam perjalanan sesuatu tadika?

     b) Bolehkah kegiatan-kegiatan dilaksanakan di sekolah

    anda? Jelaskan.

    PIBG Kecewa Keputusan

    UPSR Merosot

    PIBG Rayu Sedia Padang

    Sukan

    nugerah PIBG

    Terbilang

    PIBG Mendesak

    Pembinaan Bangunan

    Baru

    Yuran PIBG Sekolah

    Membebankan

    PIBG Diminta Pantau

    Sikap Guru

    PIBG Kecewa Keputusan

    UPSR Merosot

    Memanipulasi keputusan

    JK PIBG

    Jangan Pandang Remeh

    Mesyuarat PIBG

    http://www.moe.gov.my/?act=search&id=0&keyword=pibghttp://www.moe.gov.my/?act=search&id=0&keyword=pibghttp://www.moe.gov.my/?act=search&id=0&keyword=pibg

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    11/17

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    12/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    12

    B) TUJUAN PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)

    PIBG ditubuhkan dengan tujuan untuk:

     

    mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuanmurid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;

      membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan

    keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

      membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan

    maklumat mengenai pendidikan;

      memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara

    satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka

     pada amnya; dan

      membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah

    kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan

    meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

    C) TUJUAN PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) 

    Fungsi PIBG ialah untuki:

      membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan

    murid;

      menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan

    kemudahan di sekolah;

      meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubunganantara Sekolah dengan masyarakat setempat;

      meningkatkan kecerian premis sekolah supya dapat mewujudkan suasana

    yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

    Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya

    tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang

     boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

    Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-

    aktiviti politk dan menjadikan Persatuan sebagai  platform untuk berpolitik atau bagi

    tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri

    Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya

    akan menjejaskan proses pengajar. 

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    13/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    13

    Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting

    dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam  mengatasi pelbagai kekangan yang bolehmencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

    Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang

    tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-

    dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan pelajar.

    Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata dan acuman anak-anak berbanding

    fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka mulai memandang

    serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di

    sekolah. Ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan

     pelajar. Namun dengan inisiatif PIBG, semua bentuk salah faham ini boleh diuraikan.

    Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat tahunan PIBG mampu menjelaskan

    isu yang dihadapi. Hasilnya, situasi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan

    dengan lancar.

    Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh

    menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung

    ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli

    korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk

    kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan kepada

     pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana

     pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan.

    Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasiuntuk para pelajar di setiap sekolah. Program seperti ini penting demi memberi

    kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Pelajar yang

     bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan kaunseling.

    Dengan langkah ini, mereka diharapkan akan berasa insaf dan kembali bersaing

    dengan rakan-rakan dalam pelajaran. Ekoran itu, bukan sahaja dapat mengurangkan

    gejala salah laku atau meningkatkan prestasi akademik pelajar, malahan sekolah akan

    dapat melahirkan generasi muda yang bersahsiah tinggi.

    Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau

    dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan kata lain, ahli PIBG boleh

     berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada  dalam hal-hal

    akademik mahu pun kokurikulum. Susulan daripada itu, perbincangan boleh diadakan

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    14/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    14

    dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan

    masalah yang dihadapi.

    Akhir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di

    sekolah, misalnya gotong-royong menyiapkan bangunan tambahan, membina Taman

    Sains sekolah dan sebagainya. Gotong-royong yang diadakan ini bukan sahaja akan

    dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pelajar, malahan juga dengan guru disekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa

    dengan guru. Hasilnya, akan wujud kerjasama lain antara mereka.

    Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat „aur  dengan tebing‟ yang perlu saling

    membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di

    sekolah dapat ditingkatkan.

    [ sumber : Mazlan. Peranan PIBG dalam Peningkatan Kualiti Pendidikan di Sekolah.

    Lakaran Kata. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-

    meningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/] 

    Bagaimana pun, penglibatan komuniti dalam aktiviti-aktiviti PIBG terhad

    kepada beberapa ibu bapa sahaja. Antara faktor-faktor yang menghadkan penglibatan

    ibu bapa dengan aktiviti sekolah adalah seperti berikut:

    1) 

    Ibu bapa akan mengambil inisiatif untuk terlibat dengan kegiatan sekolah

    selagi mereka dapati penglibatan mereka akan membawa pengaruh positif

    terhadap anak-anak mereka.

    2)  Ibu bapa akan lebih aktif selagi mereka berpendapat pihak sekolah

    mengharagai penglibatan mereka.

    3) 

    Sesetengah ibu bapa berpendapat penglibatan mereka dengan sekolah tidak berfaedah seperti di bawah.

    6.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN 

    “Peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai

    pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan

    kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap

    prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahu

    pun kokurikulum”.

    Komen dengan merujuk kepada sekolah anda.

    Mereka meminta saya datang ke sekolah untuk memberitahu

    anak saya bodoh atau bermasalah. Mereka telah mengatakan

    perkara yang sama tentang anak saya selama tiga tahun.

    Mengapa saya perlu datang ke sekolah dan mendengar cerita

    yang sama. Mereka tidak buat apa-apa untuk membantu anak

    saya cuma mengatakan anak saya jahat.

    http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-meningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-meningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-meningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-meningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-meningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-meningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    15/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    15

    4) 

    Ibu bapa tidak dapat meluangkan masa untuk datang ke sekolah kerana

    komitment kerja. Sesetengah ibu dapati sukar untuk mendapat cuti, terutama

    mereka yang taraf socioekonomi rendah yang terpaksa waktu kerja malam. 5)  Walau pun sanggup menghadiri kegiatan sekolah, sesetengah ibu bapa tidak

    akan menyuarakan pendapat mereka kerana kurang yakin dengan kemahiran

     berbahasa serta pengetahuan mereka. Mereka takut dianggap bodoh sekiranyamereka bercakap dan memberi pendapat (Finders & Lewis, 2002).

    RINGKASAN

     

    Komuniti ialah sekumpulan manusia yang tinggal berhampiran dalam sesuatu

    kawasan yang memenuhi keperluan dan kepentingan mereka.

      Permuafakatan (consensus) ialah sesuatu yang melibatkan proses perundingan,

     persetujuan, kata sepakat atau permesyuaratan.

      Guru yang berinteraksi dengan komuniti hendaklah mengelakkan diri daripada

    menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa

     pelajar.

      Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah

    kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa

    dan guru di sekolah yang berkenaan.

      Terdapat kajian-kajian yang membuktikan bahawa ada kaitan antara

     penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar.

      PIBG membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran

    dan maklumat mengenai pendidikan.

     

    Penglibatan ibu bapa dalam program latihan adalah menjadikan ibu bapa

    sebagai guru anak-anak mereka.

      Sebagai „proses‟, komuniti melibatkan interaksi di kalangan individu dengan

    tujuan memumuk rasa kekitaan.

    6.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN

    engapa?

    Apakah tindakan yang boleh diambil untuk menggalakkan

    lebih ramai ibu bapa terlibat dengan akitivit sekolah?

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    16/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    16

      Joyce Epstein (1986) telah memperkenalkan suatu Model Penglibatan Ibu

    Bapa yang terdiri daripada ENAM jenis penglibatan

      Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-

     perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-

    syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah

    RUJUKAN:

    Ammul Sahara Abu Ngut, Farhana Anuar, Maznah Mahasan, Noorafizah Sajimin,

     Noorman Sahidin, Nor Hapizah Othman, Nur Fadzlin Awang Noh, Rosniza Mohd

    Roszami, Yuhaila Yusoff & Zainuddin Mohd Razali (2011). Penglibatan Ibu Bapa

    dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Universiti Pendidikan SultanIdris. Tanjung Malim.

    Azizi Yahya & Nalini Madavan (2006). Faktor-Faktor Lepak dan Hubungan

    Keibubapaan di Kalangan Pelajar Remaja di Sekolah Menengah. Universiti Teknologi

    Malaysia.

    Clark, R.M. (1990). Why Disadvantaged Children Succeed. Public Welfare (Spring):

    17-23.

    Epstein, J. (1986). Perents‟ Reactions to teacher Practices of Parent Involvement, The

    Elementary School Journal. 86 (3). 34-39.

    Finders, M. & Lewis, C, (1999). Why Parents Don‟t Come to School. Educational

    Leadership. 34. 56-59.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/2001 : Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Di Sekolah. 

    Joyce L. Epstein, M.G. Sanders, B.S. Simon, K.C. Salinas, N.R. Jansorn, and F.L.

    Voorhis, Corwin, School, Family, and Community Partnerships: Your Handbook for

    ction (2

    nd

    edition), Thousand Oaks, CA, 2002.

    KATA KUNCI

    Komuniti Persatuan Ibu Bapa Sukarelawan

    Permuafakatan & Guru (PIBG) Komunikasi

    Penglibatan & pencapain Penglibatan Membuat keputusan

    akademik Perjumpaan dengan guru Pemantauan

    Model Penglibatan Ibu Gotong royong Keyakinan diriBapa Epstein Seminar Peraturan

  • 8/17/2019 Bab6.Permuafakatan

    17/17

    Bab 6: Permuafakatan Guru-Komuniti

    17

    Luneburg, F. C. & Irby, B. J. (2002).  Parent involvement: A key to student

    achievement.  Paper presented at the annual meeting of the National Council of

    Professors of Educational Administration, Burlington, 5-10 August.

    Marcon, R. A. 1999. Positive relationships between parent school involvement and

     public school inner-city preschooler‟s development and academic performance. TheSchool Psychology Review 28(3), 395 – 412.

    Miedel, W. T., & Reynolds, A. J. 1999. Parent involvement in early intervention for

    disadvantaged children: does it matter? Chicago longitudinal study. Journal  of School

     Psychology 37(4), 379 – 402.

    Morrison, G.S.1978. Parent involvement in the home, school and community. Ohio:

    Charles E. Merrill Publishing Company.

    Rohati Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah Cabaran Kualiti. Penerbit

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Zulkifli Abd Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad & Ismi arif Ismail (2011).

    Hunungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di

     Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(2). 31-40.