BAB_9_INKURI.TUNJUK

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    1/21

    1

    BBB aaa bbb 999 :::

    PPP EEE MMMBBB EEE LLLAAA j j j AAARRR AAANNN BBB EEE RRR DDDAAASSS AAARRR KKKAAANNN IIINNNKKKUUUIIIRRR III DDD AAANNN KKK AAAEEE DDDAAAHHH TTTUUUNNNJJJ UUUKKK DDDAAANNN BBB EEE RRR IIITTTAAAHHHUUU

    Di akhir bab ini, anda harus boleh:

    Mentakrifkan pembelajaran berdasarkan inkuri Menerangkan mengapa pembelajaran berdasarkan inkuiri adalah penting Menerangkan teknik-teknik penyoalan Membincangkan peranan guru dalam pembelajaran berdasarkan inkuiri Menjelaskan penggunaan kaedah tunjuk dan beritahu dalam kelas

    Garis Latar Modul

    Apa itu pembelajaranberdasarkan inkuiri?

    Kenapa pembelajaran berdasarkan inkuiri?

    Bagaimanakah ia berbeza dengan pengajaran tradisional?

    Prosedur Pembelajaran Berdasarkan Inkuiri

    Seni Penyoalan

    Peranan Guru

    Tunjuk dan Beritahu

    Teknik

    Rubrik

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    2/21

    2

    9.1 APAKAH PEMBELAJARAN BERDASARKAN INKUIRI?

    Pepatah Cina lama mengatakan:

    Beritahu aku dan aku akan lupa,Tunjukkan aku dan aku akan ingatLibatkan aku dan aku akan faham

    Bahagian terakhir pernyataan ini merupakan intipati pembelajaran berdasarkaninkuiri. Inkuiri membawa maksud penglibatan yang membawa kepada pemahaman.

    Tambahan lagi, penglibatan dalam pembelajaran membawa maksud mempunyaikemahiran dan sikap yang membolehkan anda untuk mencari jawaban kepadasoalan dan isu sambil anda membina pengetahuan baru .

    "INKUIRI" ditakrifkan sebagai "mencari kebenaran, maklumat, atau pengetahuan – mencari maklumat dengan menyoal." Individu menjalankan proses inkuiri daripadamasa mereka dilahirkan sehinggalah mereka mati. Ini benar walaupun merekamungkin tidak merefleksi tentang proses tersebut. Bayi bermula memahami duniadengan menyelidik. Daripada lahir, bayi memerhati wajah yang mendekatinya,mereka menggenggam objek, mereka meletakkan benda dalam mulut mereka, danmereka berpaling ke arah suara. Proses inkuiri bermula dengan mengumpul maklumatdan data dengan mengaplikasi deria manusia − melihat, mendengar, menyentuh,merasa, dan menghidu.

    Malangnya, sistem pendidikan tradisional kita telah tidak menggalakkan prosesmenyelidik yang semulajadi. Pelajar menjadi kurang cenderung untuk bertanya soalansemasa melalui tahap gred. Di sekolah tradisional, pelajar belajar untuk tidak bertanyaterlalu banyak soalan, sebaliknya mendengar dan mengulangi jawaban yangdijangkakan.

    Kekangan proses inkuiri yang semulajadi ini mungkin datang daripada kurangnyakefahaman tentang sifat mendalam pembelajaran berdasarkan inkuiri. Ada pendidikyang menganggap pembelajaran berdasarkan inkuiri sebagai bukan “ pembelajaranyang seri us” kerana ia terlalu santai dan memberikan terlalu banyak kebebasankepada pelajar.

    Inkuiri yang berkesan adalah lebih daripada sekadar bertanya soalan. Suatu prosesyang kompleks terlibat semasa individu cuba mengalih maklumat dan data kepada

    pengetahuan yang berguna. Aplikasi yang berguna pembelajaran berdasarkan inkuirimelibatkan beberapa faktor:

    Suatu konteks untuk soalan,

    Sebuah kerangka untuk soalan, Suatu tumpuan untuk soalan, dan

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    3/21

    3

    Berbagai tahap soalan.

    Pembelajaran berdasarkan inkuiri yang direkabentuk dengan baik menghasilkan pembentukan pengetahuan yang boleh diaplikasikan dengan meluas.

    9.2 KENAPA PEMBELAJARAN BERDASARKAN INKUIRI

    Menghafal fakta dan maklumat bukanlahkemahiran yang paling penting dalam dunia hariini. Fakta berubah, dan maklumat sudah tersedia

    – apa yang diperlukan adalah suatu pemahamantentang bagaimana untuk mendapatkan danmemahami data yang banyak.

    Pendidik mesti memahami bahawa sekolah perlu menjangkau melewati data dan pengumpulan maklumat dan bergerak ke arah penjanaan pengetahuan yang berguna dan dapatdiaplikasi. Pada masa lampau, Malaysia

    bergantung semata-mata kepada sumber asli seperti getah, timah dan minyak sawit.Dengan kehadiran ekonomi pengetahuan, ia bergantung kepada kecerdikan daninovasi tenaga kerjanya.

    Melalui proses inkuiri, individu membina kebanyakan kefahaman tentang dunia

    semulajadi dan alam rekabentuk manusia. Inkuiri membawa maksud suatu premis"keperluan atau kehendak untuk mengetahui". Inkuiri bukanlah mencari jawaban yang betul; kerana selalunya tidak ada jawaban yang betul tetapi sebaliknya mencari penyelesaian yang bersesuaian kepada soalan dan isu. Kepada pendidik, inkuirimembawa maksud penekanan terhadap perkembangan kemahiran inkuiri danpemupukan sikap menyelidik ataupun tabiat minda yang akan membolehkanindividu meneruskan pencarian pengetahuan sepanjang hayat.

    Pengetahuan sentiasa berkembang dan berubah. Tidak ada orang yang akan belajarsemua benda, tetapi semua orang boleh membina kemahiran inkuiri mereka danmempunyai sikap menyelidik yang akan digunakan untuk menjana pengetahuan

    sepanjang hidup mereka . Untuk pendidikan moden, kemahiran dan keupayaanuntuk terus belajar harus menjadi hasil yang paling penting.

    AKTIVITI a) Apakah „pembelajaran berdasarkan inkuiri?

    b) Pada pendapat anda kenapakah „pembelajaran berdasarkan inkuiri ‟ harus digunakan dengan lebih meluas di sekolah-sekolah kita?

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    4/21

    4

    9.3 BAGAIMANAKAH IA BERBEZA DENGAN PENGAJARANTRADISIONAL?

    Secara umumnya, pendekatan tradisionalkepada pembelajaran tertumpu kepada

    penguasaan kandungan, dan kurang kepada pembinaan kemahiran dan pemupukan sikapmenyelidik.

    Sistem pendidikan masa kini adalah

    berpusatkan guru, dengan guru menumpukankepada menyebarkan maklumat tentang "apayang diketahui". Pelajar adalah penerimamaklumat, dan guru adalah pengeluarnya.

    Kebanyakan pentaksiran pembelajaran tertumpu kepada peri pentingnya "satu jawaban yang betul" (lihat Gambarajah 9.1).

    Bilik darjah tradisional selalunya merupakan sistem yang tertutup dan penggunaansumber adalah terhad kepada apa yang ada dalam bilik darjah ataupun dalam sekolah.Rancangan pengajaran digunakan untuk menyusun langkah-langkah berlainan dalam

    proses pembelajaran untuk pendekatan seluruh kelas. Apabila pelajar bertanya soalanyang di luar pengajaran ataupun silabus, respon guru kemungkinan ; “Kita akansampai kepada itu kemudian ” ─ yang jarang berlaku. Secara perbandingan,

    pembelajaran berdasarkan inkuiri lebih tertumpu kepada:

    Menggunakan kandungan sebagai cara untuk membina kemahiranmemproses maklumat dan menyelesaikan masalah

    Ia lebih berpusatkan pelajar , dengan guru sebagai pembimbing pembelajaran.

    Penekanan yang lebih kepada "bagaiman kita tahu" dan kurang kepada"apa kita tahu"

    Pelajar lebih terlibat dalam pembinaan pengetahuan melalui penglibatanaktif

    Lebih pelajar berminat dan terlibat dalam mata pelajaran tersebut, lebih mudahlah bagi mereka untuk membina pengetahuan mendalam tentangnya. Pembelajaranmenjadi hampir tanpa usaha apabila sesuatu menguja pelajar dan mencerminkanminat dan matlamat mereka.

    Pentaksiran tertumpu kepada menentukan kemajuan perkembangan kemahiransebagai tambahan kepada pemahaman kandungan. Pembelajaran Inkuiri adalah

    berkaitan dengan kejayaan dalam sekolah, tetapi ia juga berkaitan dengan persiapanuntuk pembelajaran sepanjang hayat.

    Bilik darjah inkuiri adalah sistem-sistem terbuka di mana pelajar digalakkan untukmencari dan menggunakan sumber melewati bilik darjah dan sekolah. Guru yangmenggunakan inkuiri boleh menggunakan teknologi untuk menghubungkan pelajar

    Gambarajah 9.1 PendidikanBerpusatkan Guru

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    5/21

    5

    dengan komuniti setempat dan dunia yang mana adalah sumber pembelajaran dan bahan pembelajaran yang kaya. Ia menggantikan rancangan pengajaran denganrancangan pembelajaran terbimbing yang mempunyai sedikit perubahan walaupunmasih menumpu kepada suatu hasil pembelajaran. Ia menangani soalan yangdisasarkan dengan,

    "Bagaimanakah harus kita kaji soalan tersebut?"

    Satu lagi isu berkaitan pembelajaran berdasarkan inkuiri adalah berkenaan salahanggap tentang bila untuk membuat inkuiri. Inkuiri bukan sahaja dilakukan dalammakmal atau kerja kumpulan – ia boleh juga dilakukan dalam syarahan yangmencocok pelajar untuk berfikir dan menyoal.

    Guru selalu tidak mengendahkan hakikat bahawa semasa mereka memberi ceramahatau syarahan kepada pelajar, pelajar, kalau terlibat, sedang mengaplikasi kemahiranmendengar dan memerhati – menggunakan deria mereka. Sekiranya gurumenumpukan lebih kepada "bagaimana kita tahu" dengan mempersembahkan buktidan maklumat serta menggalakkan pelajar untuk menyoal, maka ceramah bolehmenjadi model inkuiri yang berkuasa untuk pelajar. Pembinaan maksud kolaboratif

    boleh berlaku melalui wacana.

    Misalnya, semasa berbincang struktur dalaman bumi, seorang guru akan selalunyamemberikan pelajar mereka maklumat hanya tentang nama dan saiz lapisan bumi,ataupun "apa yang kita tahu". Tetapi apa yang sebenarnya penting dan menarikkepada pelajar adalah "bagaimana kita tahu?" tentang struktur ini. Tidak ada orangyang pernah sampai ke dalam sana, dan carian fizikal telah hanya mencungkil

    permukaannya sahaja. Bagi memperkukuhkan pembelajaran inkuiri, guru harusmenerangkan bahawa bukti saintifik yang tidak langsung, terutamanya penghantarandan refleksi gelombang gempa bumi jenis berlainan, memberikan kita pemahamantentang struktur dalaman bumi. Pendekatan ini memberikan pelajar peluang bukansahaja untuk belajar nama dan saiz struktur tersebut tetapi juga, lebih penting lagi,untuk berfikir dan menyoal sifat bukti saintifik tidak langsung. Dengan itu,

    pendekatan inkuiri dapat membantu pelajar menghubungkan sains dengan kaedahsains. Pelajar belajar untuk mengaplikasi kaedah berbagai bidang kajian sambilmemahami kandungannya.

    Mungkin suatu cara yang baik untuk meringkaskan perbezaan penting antara

    pembelajaran tradisional dan pembelajaran inkuiri adalah: Pembelajaran tradisionaltertumpu lebih kepada BELAJAR TENTANG BENDA, sementara pembelajaraninkuiri tertumpu lebih kepada BELAJAR BENDA! Satu lagi cara yang baik untukmembezakan kedua-duanya adalah: Berfikir APA berbanding dengan berfikirBAGAIMANA.

    AKTIVITI a) Adakah anda bersetuju bahawa bilik darjah di Malaysia

    adalah „tradisional‟? b) Bagaimana „pembelajaran berdasarkan inkuiri ‟

    berbeza dengan bilik darjah „tradisional‟? c) Adakah anda berpendapat bahawa bilik darjah diMalaysia harus menjadi lebih berdasarkan inkuiri?

    Kenapa?

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    6/21

    6

    9.4 PROSEDUR PEMBELAJARAN BERDASARKAN INKUIRI

    Kebanyakan versi pembelajaran inkuiri melihat suatu KITARAN ATAUPUTARAN INKUIRI yang berterusan (Bruner, 1965), satu daripada versiditunjukkan dalam Gambarajah 9.2. Ini merupakan sebuah model untuk bagaimanaorang terlibat dalam inkuiri, seperti yang dicadangkan oleh Dewey (1933) untuk

    pemikiran.

    Selalunya terdapat amaran yang kuat tentang menginterpretasi langkah-langkah dalamkitaran tersebut kerana semuanya diperlukan atau dalam urutan yang ditetapkan.Malahan, pembelajaran inkuiri adalah kurang bercirikan suatu siri langkah-langkahuntuk belajar dan lebih dicirikan oleh pembelajaran bersituasi (Lave & Wenger,1991). Inilah suatu ungkapan yang menerangkan bagaimana pembelajaran berlakusebagai suatu fungsi aktiviti, konteks dan budaya dalam mana ia berlaku, bukannyamelalui persembahan yang abstrak dan tanpa konteks. Dengan itu orang belajarmelalui penyertaan mereka dalam sebuah komuniti yang mengamal. Pembelajaranmerupakan suatu proses perpindahan daripada pinggiran komuniti kepada tengahkomuniti tersebut, iaitu, daripada penyertaan pinggiran yang sah kepada

    pembudayaan sepenuhnya. Kebanyakan proses ini adalah kebetulan dan bukandisengajakan.

    Pembelajaran berdasarkan inkuiri ditunjukkan dalam berbagai pendekatan kurikulumdan pengajaran, yang dapat dikumpulkan mengikut aspek-aspek kitaran inkuiri yangditekankan. Sebagai contoh, pergerakan sekolah terbuka dalam tahun 1960an telah

    mengundang pelajar dan guru untuk melihat melewati buku teks kepada komunitiyang lebih luas dalam menggubal soalan untuk dikaji. Pembelajaran berdasarkanmasalah menentukan penggubalan soalan sebagai suatu tugasan untuk pelajar. Suatu

    penekanan terhadap bahan yang kaya dan tulen untuk disiasat dapat dilihat dalam pendekatan kurikulum berdasarkan bahan dan berdasarkan inkuiri. Pembelajaran berdasarkan projek menekankan aspek kreativiti pembelajaran melalui projek dan persembahan yang panjang. Perbincangan dan kolaborasi adalah penting dalam pembelajaran kooperatif dan dalam kebanyakan kerja proses penulisan. Bilik darjah berpusatkan respon menekankan aspek reflektif dan pembinaan pembuatan maksud.

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    7/21

    7

    1) Bertanya

    Bertanya bermula dengan sikap ingin tahu pelajar tentang dunia, yang paling baik ia bermula dengan soalan mereka sendiri. Guru boleh meransang ingin tahu pelajardengan memberikan suatu ceramah pengenalan berkaitan dengan konsep yang perlu

    diperolehi. Adalah penting bahawa pelajar menggubal soalan mereka sendiri kerana barulah mereka boleh dengan terang mengekspresi konsep berkaitan dengan mata pelajaran mereka.

    Langkah ini menumpu kepada suatu masalah atau soalan yang pelajar mulamembentuk. Soalan-soalan ini dimurnikan lagi dan lagi semasa kitaran. Sempadanantara langkah-langkah adalah samar: sebuah langkah tidak pernah ditinggalkandengan sepenuhnya apabila pelajar memulakan langkah seterusnya.

    Senario Pelangi : Guru memberikan beberapa cermin kepada kanak-kanak, supayamereka boleh bermain dengan cahaya matahari yang sedang menyinar melalui tingkap

    bilik darjah. Dengan manipulasi ini, pelajar kemudiannya boleh menggubal beberapasoalan tentang cahaya dan warna.

    2) Menyiasat

    Bertanya secara semula jadinya membawa kepada Menyiasat yang harusmeneksploitasi sikap ingin tahu dan membawa kepada mencari dan menciptamaklumat. Pelajar ataupun kumpulan pelajar mengumpul maklumat, mengkaji,mengumpul dan mengeksploitasi sumber, membuat eksperimen, melihat,menemubual, melukis,... Mereka sudahpun boleh mentakrif semula "soalan",memperjelaskannya atau mengambil arah yang berlainan. Menyiasat merupakan suatu

    proses memotivasi diri yang sepenuhnya dimiliki oleh pelajar yang aktif.

    Senario Pelangi : Apabila soalan telah ditanya, guru memberikan kepada kanak-kanak beberapa prisma yang boleh membias cahaya dan sebuah Round Light Source (RLS), sebuah lampu bulat dengan empat tingkap berwarna yang melaluinya cahaya

    boleh tembus. Kemudian kanak-kanak tadi boleh mencampurkan warna dan lihat hasilcampuran cahaya mereka di atas layar. Mereka mula mengumpul maklumat...

    3) Mencipta

    Maklumat yang terkumpul mula bercantum. Pelajar mula membuat hubungan. Di sini,keupayaan untuk mensintesis maksud merupakan pemetik yang mencipta pengetahuan baru. Pelajar mungkin menjana pemikiran, idea dan teori baru yang tidakdiinspirasikan secara terus oleh pengalaman mereka sendiri. Mereka menuliskannyadi dalam sebuah laporan.

    Senario Pelangi : Beberapa hubungan dicipta daripada maklumat terkumpul dankanak-kanak tersebut faham bahawa pelangi mestilah dicipta daripada fenomena ini.

    4) Berbincang

    Pada masa ini, pelajar saling berkongsi idea, dan bertanya yang lain tentang pengalaman dan penyiasatan mereka sendiri. Perkongsian pengetahuan seperti itu

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    8/21

    8

    merupakan suatu proses pembinaan komuniti dan mereka mula memahami maksud penyiasatan mereka. Bertukar nota, membincangkan rumusan dan berkongsi pengalaman merupakan beberapa contoh proses aktif ini.

    Senario Pelangi : Pelajar selalu dan secara spontan duduk di sekeliling RLS. Mereka

    berbincang dan berkongsi pengetahuan yang mereka baru perolehi dengan tujuanuntuk memahami percampuran warna. Kemudian, mereka dijemput untuk berkongsidapatan mereka dengan yang lain dalam kelas, sementara guru mengambil nota di atas

    papan hitam.

    5) Merefleksi

    Langkah ini terdiri daripada mengambil masa untuk mengimbau kembali. Fikirsemula tentang soalan permulaan, jalan yang diambil, dan rumusan sebenar. Pelajarmelihat kembali dan mungkin mengambil beberapa keputusan baru: "Telahkah suatu

    penyelesaian dijumpai?", "Adakah persoalan baru timbul?", "Apakah yang kita boleh bertanya sekarang?",...

    Senario Pelangi: Guru dan pelajar mengambil masa untuk melihat kembali konsepyang dijumpai semasa langkah yang lebih awal dalam aktiviti tersebut. Mereka cubamensintesis dan untuk melibatkan perancangan lanjutan tentang asas konsep yang

    baru mereka perolehi.

    9.5 Apakah kaitannya dengan kelas saya?

    Kebanyakan sekolah kita menumpu kepada pengajaran kemahiran asas yang tidakmemenuhi keperluan masyarakat moden. Secara tradisi, sekolah menekankan

    pengumpulan maklumat, dan tidak menekankan perkembangan kemahiran atau pemupukan tabiat minda berdasarkan inkuiri. Pendekatan kepada pendidikan inimencukupi semasa Amerika Syarikat boleh sebuah masyarakat yang boleh dikatakanluar bandar, bergantung kepada tenaga kerja tidak mahir. Masyarakat moden kitalebih laju, berjaringan global, berorientasikan teknologi, dan memerlukan pekerjayang boleh menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritis. Hari ini, kebanyakan

    pembelajaran berlaku selepas persekolahan yang formal. Sekolah kita mestimengubah pendekatan mereka kepada pendidikan untuk menghasilkan pelajar yang

    boleh Berjaya dalam dunia moden.

    Penekanan pendidikan tradisional tidak lagi sesuai. Duniatelah berubah: perantis tempatan sudah jarang dijumpai,dan orang muda mesti menguasai cara baru untuk bertindakdan berfikir. Masyarakat kita bertambah besar dan lebih

    pelbagai dan kompleks. Orang muda mesti membina suatu pemahaman tentang kerumitan kehidupan moden dan bolehmenangani isu-isu etika dan praktikal. Kita mesti mendidikorang muda kita supaya mereka boleh terlibat sebagai ahli yang bertanggungjawab

    dalam sebuah masyarakat kontemporari. Mereka juga perlu diberikan peluang untuk

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    9/21

    9

    tumbuh dan mengembangkan identiti peribadi dalam persekitaran yang secararelatifnya tanpa risiko.

    Pembelajaran inkuiri dapat membuatkan maklumat menjadi maklumat berguna. Iamenekankan perkembangan kemahiran dan memupuk perkembangan tabiat minda

    yang baik. Maklumat, sekiranya tidak mempunyai konteks yang berguna, selalunyamempunyai aplikasi yang terhad melewati untuk lulus sebuah ujian. Rancangan

    pembelajaran dan bahan pengajaran perlu termasuk konteks yang relevanuntukmaklumat baru untuk membawa kepada pemahaman yang lebih meluas. Selalunyaadalah sukar untuk pelajar memahami hubungan antara aktiviti dalam sesuatu mata

    pelajaran. Kekeliruan ini menjadi lebih serius apabila pelajar cuba memahamihubungan antara mata pelajaran dalam sekolah tradisional.

    Kebanyakan sekolah tradisional kurang koheren dan proses yang dipermudahkanuntuk saling hubungan bahan mata pelajaran antara gred. Tidak banyak penekanandiletakkan pada perancangan merentas mata pelajaran. Dan tidak cukup usaha dibuatuntuk mentakrifkan matlamat akhir pendidikan -- kemahiran dan keupayaan yang

    pelajar harus ada apabila menyelesaikan sekolah menengah. Sementara kebanyakanmata pelajaran berkongsi kemahiran memproses maklumat, lebih banyak lagi bolehdibuat untuk mempertingkatkan hubungan di antaranya.

    "Tabiat minda" harus menjadi suatu matlamat atau hasil yang penting dalam pendidikan. Tabiat ini boleh menghasilkan pandangan dunia yang merangkumi berbagai disiplin ataupun mata pelajaran yang berlainan. Ia dapat dianggap sebagai"peraturan" untuk disiplin tertentu, dan termasuk, tetapi tidak terhad kepada,

    pengesahan dan hormat terhadap data dalam sains, peri pentingnya kecantikan dantarikan dalam seni, dan peranan kepercayaan dan iman dalam agama.

    Bukannya kami mengatakan bahawa tabiat minda iniharus

    diajar – ataupun bahawa ia boleh diajar. Tetapi ia dapatdipupuk dengan memodelkan dan mengalami. Bukan jugadikatakan bahawa pandangan dunia seseorang adalah betul

    berbanding dengan yang lain, tetapi bahawa disiplin berlainan boleh menawarkan sudut pandang yang berbezadan penting. Walau bagaimanapun, adalah penting bahawatabiat minda ini dipupuk dan dihargai untuk disiplintertentu dikaji. Tabiat minda dipupuk melalui penyoalandan refleksi. Soalan seperti: Bagaimana anda (saya) tahu?Dapatkah anda (saya) tahu itu? Apakah buktinya?Bagaimanakah anda (saya) sampai kepada keputusan itu?

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    10/21

    10

    Soalan, samada dimulakan sendiri ataupun "dipunyai", adalah jantung kepada pembelajaran inkuiri. Sementara soalan adalah juga sebahagian daripada bilik darjahtradisional, sumber, tujuan, dan tahap penyoalan adalah agak berlainan. Dalam bilikdarjah tradisional, guru selalunya adalah penyoal. Soalan selalunya bertujuan untukmencungkil maklumbalas tentang sebuah pembacaan ataupun aktiviti yang diberikan.

    Dalam sebuah kelas inkuiri, guru bertanya soalan yang lebih terbuka dan reflektifsifatnya. Teknik penyoalan yang sesuai adalah penting dalam sebuah bilik darjah

    berdasarkan inkuiri, terutamanya dalam gred yang lebih rendah di mana ia menjadiasas kepada penyoalan yang dimulakan sendiri.

    9.6 SENI PENYOALAN

    Dennie Palmer Wolf, dalam THE ARTOF QUESTIONING , diterbitkan olehAcademic Connections dalam tahun1987, mencadangkan bahawa terdapatempat jenis soalan yang utama: soalaninferens, soalan interpretasi, soalan

    perpindahan, dan soalan tentanghipotesis.

    SOALAN INFERENS

    Soalan ini meminta pelajar untukmenjangkau maklumat sedia ada. Misalnya, seorang guru fotografi sekolah menengahmengangkat sekeping potret hitam-putih yang menunjukkan juruteknik yang diambiloleh Paul Strand dan bertanya, "Apakah yang anda tahu dengan melihat fotograf ini?"Dengan menggunakan penyoalan dan perbincangan yang cermat, pelajarnya sedar

    bahawa imej tersebut mengandungi petanda yang menunjukkan banyak jaringanmaklumat: petanda tentang kandungan (di mana dan bila fotograf tersebut diambil),teknik (di mana juru gambar berdiri, di mana sumber cahaya terletak),dan maksudataupun sikap (apa yang Strand rasakan tentang industri dan pekerja). Untuk memaksamelewati fakta dengan cara ini adalah dengan meminta pelajar mencari petanda,menelitinya, dan berbincang apa inferens yang didapatinya.

    SOALAN INTERPRETASI

    Sekiranya soalan inferens mengkehendaki pelajar mengisi maklumat yang tidak ada,tujuan soalan interpretif adalah untuk mereka memahami kesan maklumat ataupunidea. Suatu hari, semasa kelas Bahasa Inggerisnya sedang berusaha memahami puisioleh Frost bertajuk "The Silken Tent," seorang guru bertanya, "Bayangkan sekiranyaFrost membandingkan wanita tersebut dengan sebuah khemah kanvas dan bukannya

    sebuah khemah sutera. Apakah yang akan berubah?". Berdepan dengan imej sebuahkhemah kanvas yang keras, pelajar tiba-tiba menyedari tentang konotasi tentang

    http://www.thirteen.org/edonline/concept2class/w6-resources.html#arthttp://www.thirteen.org/edonline/concept2class/w6-resources.html#arthttp://www.thirteen.org/edonline/concept2class/w6-resources.html#arthttp://www.thirteen.org/edonline/concept2class/w6-resources.html#arthttp://www.thirteen.org/edonline/concept2class/w6-resources.html#arthttp://www.thirteen.org/edonline/concept2class/w6-resources.html#art

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    11/21

    11

    fabrik yang digerakkan oleh idea tentang sutera – bunyi desis dan kosak-koseknya; perkaitannya dengan keanggunan, kekayaan, dan kewanitaan; pergerakannya yanglicin. Dengan semangat yang sama, semasa sebuah kelas lukisan hidup, seorang gurumenunjukkan kepada pelajarnya sebuah reproduksi "Olympia" oleh Manet dan

    bertanya mereka, "Bagaimanakah gambar itu akan berlainan kalau model itu tidak

    memakai tali leher hitam di sekeliling lehernya?" Seorang pelajar meletakkantangannya atas tali leher tersebut, mengkaji imej tersebut dan memberikan komen,"Tanpa reben itu, dia tidak Nampak begitu telanjang. Dia kelihatan seperti seorangmodel yang lama. Dengan reben tersebut, dia nampak tanpa berbaju, lebih berani".

    SOALAN PERPINDAHAN

    Sekiranya soalan inferens dan interpretasi meminta pelajar untuk mendalami, soalan perpindahan memprovokasi pemikiran meluas, meminta pelajar untuk mengambil pengetahuan mereka ke tempat yang baru. Misalnya, peperiksaan akhir untuk sebuahkursus filem sekolah menengah mengandungi soalan ini: "Semester ini kita mengkajitiga orang pengarah: Fellini, Hitchcock, dan Kurosawa. Bayangkan anda seorang

    pengkritik filem dan menulis sebuah ulasan tentang "Little Red Riding Hood" sepertiyang diarah oleh salah seorang daripada individu ini".

    SOALAN TENTANG HIPOTESIS

    Selalunya, soalan ditanya berdasarkan apa yang dapat diramalkan dan diuji dikatakanterkandung dalam sains dan bidang lain yang "tulen". Tetapi, hakikatnya, pemikiranmeramal penting dalam semua domain. Semasa kita membaca sebuah novel, kitamengumpul bukti tentang dunia dalam cerita tersebut, sejauhmana amanah pencerita,gaya penulis, yang semuanya kita gunakan untuk meramal apa yang dapat dijangkadalam bab seterusnya. Jauh daripada membiarkan pelajar mereka sekadar berendamdalam kandungan yang terdiri daripada tarian, persembahan, ataupun fiksyen, guruyang mahir mencungkil ramalan sebagai suatu cara untuk membuatkan pelajar merekasedar secara aktif tentang jangkaan mereka.

    Dalam model yang dipermudahkan ini, hasilnya adalah:

    . Kandungan mata pelajaran;

    . Kandungan dalam suatu kerangka konsep yang lebih luas;

    . Kemahiran memproses maklumat; dan,

    . Tabiat minda yang dipupuk.

    Guru perlu mengingat empat perkara ini semasa membinarancangan untuk pembelajaran. Empat hasil ini adalah intipatipembelajaran inkuiri dan harus menjadi "intipati hasil" untukpiawai pendidikan moden.

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    12/21

    12

    Sebuah bilik darjah inkuiri adalah agak berlainan daripada sebuah bilik darjahtradisional. Perbezaan ini menjadi semakin ketara apabila guru dan pelajar menjadilebih selesa dan berpengalaman dalam pembelajaran inkuiri. Selalunya adalah sukaruntuk mencari guru dalam sebuah bilik darjah inkuiri, kerana dia jarang dijumpai ditempat yang tradisional: di meja guru. Pelajar juga sentiasa bergerak dalam bilikdarjah sambil mereka berinteraksi dengan yang lain dan mencari bahan serta sumberyang berkenaan dengan kerja mereka.

    PELAJAR MEMBUAT PEMBELAJARAN INKUIRI

    Apakah rupanya pembelajaran berdasarkan inkuiri? Banyak yang diperkatakantentang sains dan pembelajaran inkuiri dapat diaplikasikan dalam semua matapelajaran. Senarai berikut menerangkan sedikit tentang rupa bentuk pembelajaran

    inkuiri dalam amalannya.

    Pelajar melihat diri mereka sebagai pelajar dalam prosespembelajaran.

    Mereka tidak sabar untuk belajar. Mereka mendemonstrasi keinginan untuk belajar lebih

    lagi. Mereka mencari peluang untuk berkolaborasi dan

    bekerja secara kooperatif dengan guru dan rakan. Mereka lebih yakin dalam pembelajaran,

    mendemonstrasi kesediaan untuk mengubah idea danmengambil risiko tersukat, dan menunjukkan keraguanyang berpatutan.

    Pelajar menerima sebuah "undangan untuk belajar" dan terlibatdengan rela dalam proses pengembaraan .

    Mereka menunjukkan sikap ingin tahu dan berfikir tentangpemerhatian yang dibuat.

    Mereka bergerak, memilih dan menggunakan bahan yang merekaperlukan.

    Mereka berunding dengan rakan sekelas serta guru tentangpemerhatian dan soalan.

    Mereka mencuba beberapa idea mereka sendiri.

    Pelajar menimbulkan persoalan, mencadangkanpenerangan, dan menggunakan pemerhatian.

    Mereka bertanya soalan (secara verbal dan melalui

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    13/21

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    14/21

    14

    Pelajar mengkritik amalan pembelajaran mereka sendiri.

    Mereka menggunakan indicator untuk mentaksir kerjamereka sendiri.

    Mereka mengenali dan melaporkan kekuatan dan

    kelemahan mereka. Mereka merefleksi tentang pembelajaran mereka

    dengan guru dan rakan mereka.

    9. 7 PERANAN GURU

    PERANAN GURU DALAM SEBUAH KELAS INKUIRI: PEMBIMBING PEMBELAJARAN.

    Guru merefleksi tentang tujuan dan membuat perancanganuntuk pembelajaran inkuiri.

    Dia merancang cara setiap pelajar terlibat dengan aktifdalam proses pembelajaran.

    Dia memahami kemahiran, pengetahuan dan tabiat mindayang perlu untuk pembelajaran inkuiri.

    Dia memahami dan merancang cara untuk menggalakkandan membolehkan pelajar mengambil tanggungjawabyang semakin banyak terhadap pembelajarannya.

    Dia memastikan bahawa pembelajaran dalam kelastertumpu kepada hasil yang relevan dan bolehdiaplikasikan.

    Dia bersedia menghadapi soalan yang tidak terjangkaataupun cadangan daripada pelajar.

    Dia menyediakan persekitaran bilik darjah denganperalatan, bahan dan sumber yang diperlukan untukpenglibatan aktif pelajar.

    Guru membimbing pembelajaran dalam kelas.

    Rancangan bimbingan harian, mingguan, bulanan, dantahunan guru menumpu kepada menyediakanpembelajaran kandungan dalam suatu kerangkakonseptual. Ia juga menekankan pembangunan kemahirandan memodelkan dan memupuk perkembangan tabiatminda.

    Dia menerima bahawa mengajar merupakan juga suatuproses pembelajaran.

    Dia bertanya soalan, menggalakkan pemikiran divergenyang membawa kepada lebih banyak soalan.

    Dia menghargai dan menggalakkan respon dan, apabilarespon ini menunjukkan salah anggap, dia menjelajahdengan berkesan sebabnya dan memandu pelajar dengan

    cara yang bersesuaian. Dia sentiasa bersedia terhadap halangan pembelajaran

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    15/21

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    16/21

    16

    Satu lagi manafaat yang ditawarkan oleh pembelajaran berdasarkan inkuiri adalah perkembangan tabiat minda yang boleh bertahan sepanjang hayat dan membimbing pembelajaran dan pemikiran kreatif.

    9.8 APAKAH KAEDAH TUNJUK & BERITAHU?

    Beberapa takrif daripada kamus:

    Sebuah latihan bilik darjah dalam mana kanak-kanak mempamirkan sebuah item dan bercakap tentangnya.

    - Merriam Webster dictionary, diterjemah

    Sebuah aktiviti untuk kanak-kanak kecil, terutamanya di sekolah, di mana setiap peserta menghasilkan sebuah objek yang mempunyai kelainan dan memberitahusesuatu tentangnya.

    - Dictionary.com, diterjemah

    Sebuah kaedah pengajaran di mana murid-murid membawa item ke kelas danmenerangkannya kepada rakan sekelas.

    - Word Reference.com, diterjemah

    Menurut Wikipedia, Tunjuk dan Beritahu merupakan suatu proses menunjukkankepada penonton sesuatu dan memberitahu mereka tentangnya, yang didominasi diAmerika Utara dan juga terkenal di Australia. Ia selalunya dijalankan dalam sebuahkelas sebagai sebuah teknik di sekolah rendah untuk mengajar kanak-kanak kecilkemahiran perbicaraan umum. Selalunya, seorang kanak-kanak akan membawasebuah item daripada rumah dan akan menerangkan kepada kelas kenapa dia memilihitem tersebut, di mana dia mendapatkannya, dan maklumat lain yang berkaitan.

    http://dictionary.reference.com/browse/objecthttp://dictionary.reference.com/browse/object

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    17/21

    17

    9.9 RUBRIK TUNJUK DAN BERITAHU

    Rubrik Tunjuk dan Beritahu

    Mendengar

    Kemahiran

    Hebat OK Minta perbaiki

    Mata tertumpu kepada penyampaiBertanya soalan berkaitan (sentiasa dengan topik)Menunjukkan pendengaranaktif (seluruh badan)

    Dulu masa saya kecil saya suka Tunjuk dan Beritahu.Setiap Jumaat dalam gred pertama, di akhir hari tersebuttiga atau empat orang pelajar dalam kelas saya akan

    bergiliran membawa sebuah objek daripada rumah.Selalunya saya membawa permainan kegemaran saya, afamily barang pusaka, ataupun cenderamata daripadasebuah perjalanan keluarga. Ia mungkin apa-apa yangrakan sekelas mungkin rasakan menarik. Sesekali iamungkin seekor haiwan peliharaan, adik perempuan baruseseorang, atau seorang saudara berpakaian unifompolis/bomba/tentera (Tentunya, ia memerlukan kebenarandaripada guru terlebih dahulu). Kemudian kita terpaksamenerangkan kepada kelas apa benda itu, bagaimana iaberfungsi, kenapa ia istimewa, daripada mana datangnyadan bagaimana anda mendapatkannya, dan sebagainya.Itulah masanya seorang kanak-kanak yang pemalu sepertisaya seronok dengan perbicaraan umum. [ Sumber:Sabelotodo - Word Reference Forum, diterjemah]

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    18/21

    18

    Bercakap

    Kemahiran

    Hebat OK Minta perbaiki

    Memberi tiga pernyataan penuh tentang tunjuk atau beritahu.Menggunakan suara yang kuatdan jelas.Menggunakan temu mata yangsesuai

    9.10 TEKNIK TUNJUK DAN BERITAHUN

    Pelajar diundang untuk membawa sebuah objek kegemarandaripada rumah untuk ditunjukkan kepada rakan-rakannya. Inimungkin beruang mainan, jam tangan, buku, permainan, gambartentang sebuah percutian ataupun sebuah permainan. Pelajarharus cuba untuk bercakap tentang objek kegemaran mereka ituselama satu minit dan di akhirnya menjemput rakan-rakan untuk

    bertanya soalan. Yang terbaik adalah untuk tidak menghadkanmasa tetapi memastikan mereka selesaikan ceramah merekadengan: "Ada soalan?" dan "Ada lagi soalan?". Cuba pastikansekurang-kurangnya 3 atau 4 soalan ditanya. Sekiranya tidak adaorang yang mengangkat tangan, pilih sahaja satu orang untuk

    bertanya soalan.

    "Selamat pagi guru dan rakan-rakan.Hari ini saya ingin menunjukkan danmemberitahu anda tentang beruang teddyini. Ini adalah beruang teddy saya.Semuanya berwarna merah jambu jadinamanya ialah Pink Postpet. Sayasukakannya kerana ia cantik danmenyenangkan. Ia mempunyai rambut

    merah jambu, hidung merah jambu, rebenmerah jambu dan mata coklat. Ibu saya

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    19/21

    19

    berikannya kepada saya untuk harijadisaya. Itu dua tahun dahulu. Saya simpan iadalam bilik tidur saya. Bila semua bendamembosankan saya, saya peluk dan maindengan Pink Postpet. Ia membuat sayarasa lebih seronok. Sebelum saya akhirisaya ingin beritahu anda yang Pink Postpetsangat penting kepada saya."

    - Phetroi, 12 tahun.

    WAKTU SOALAN: Berikut adalah beberapa idea untuk soalan yang boleh ditanyadi akhir sesi Tunjuk dan Beritahu ini.

    Q. Siapa yang beli ia untuk anda?A. Ibubapa yang beli ia untuk saya sempena harijadi saya.

    Q. Berapakah harganya?A. Ia berharga 300 baht.

    Q. Apakah namanya?A. Namanya ialah Pinky.

    Q. Berapa buah patung kah yang anda ada di rumah?

    A. Saya mempunyai banyak anak patung.

    Q. Berapa lamakah anda telah memilikinya?A. Saya telah memilikinya selama dua tahun.

    "Hi! Nama saya ialah Chananard. Hariini saya ingin tunjuk dan beritahu anda

    tentang album setem saya. Saya kumpulsetem kerana saya suka setem sangat-sangat dan mendapatinya cantik danmenarik untuk dilihat. Ayah saya beliuntuk saya. Ayah saya beli ia di CentralDepartment Store. Setem datang daripadasampul surat. Setiap bulan saya dapatsetem yang baru. Mengumpul setemadalah penting untuk saya."

    - Chananard, 12 tahun.

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    20/21

    20

    WAKTU SOALAN: Berikut adalah beberapa idea untuk soalan yang boleh ditanyadi akhir sesi Tunjuk dan Beritahu ini.

    Q. Banyak mana setem yang anda ada?A. Saya ada lebih kurang tiga ratus setem.

    Q. Setem yang manakah yang anda paling suka?A. Saya paling suka setem bunga.

    Q. Adakah semua setem anda daripada Thailand?A. Tidak, saya ada setem daripada berbagai negara berlainan.

    Q. Berapakah harga setem yang paling mahal yang anda ada?A. Setem emas berharga 300 baht.

    "Hi semua orang. Hari ini sayaingin tunjuk dan beritahu anda.Ini adalah buku-buku HarryPotter. Ibu saya beli ia untukharijadi saya di Se-Ed BookCenter di Central City Bangna.Saya sukakannya kerana keranaia adalah mahal dan merekasangat, sangat menyeronokkan.Mereka berharga lebih kurangsatu ribu baht. Saya membacanyasetiap Ahad dan Sabtu".

    - Ittiwat, 12 tahun.

    WAKTU SOALAN: Berikut adalah beberapa idea untuk soalan yang boleh ditanyadi akhir sesi Tunjuk dan Beritahu ini.

    Q. Berapa buah buku Harry Potter yang anda ada?A. Saya ada empat buah buku.

    Q. Yang manakah yang paling anda suka?A. Saya paling suka buku yang pertama.

    Q. Bilakah ibu anda membeli buku-buku itu?

  • 8/17/2019 BAB_9_INKURI.TUNJUK

    21/21

    21

    A. Dia telah membelinya tahun lepas.

    Q. Siapakah pengarang buku tersebut?A. Pengarangnya adalah J.K. Rowling.

    [sumber: ThaiStudents.com. The English Room: Using English in the Classroom,diterjemah]