6
Bagaimana kurikulum sejarah menanam kesedaran ,tolerans i,berkongsi tanggungjawab terhadap masa hadapan?

Bagaimana kurikulum sejarah menanam kesedaran ,toleransi,berkongsi tanggungjawab.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Bagaimana kurikulum sejarah menanam kesedaran ,toleransi,berkongsi tanggungjawab terhadapmasa hadapan

Bagaimana kurikulum sejarah menanam kesedaran ,toleransi,berkongsi tanggungjawab terhadap masa hadapan?

Pengertian sejarahPengertian umum:Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, sejarah bermaksud asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo dan tawarikh.Pendidikan Sejarah ialah huraian yang sistematik daripada segala sesuatu yang dikerjakan dalam lapangan pendidikan pada waktu yang telah lampauPendidikan sejarah merupakan mengkaji yang meliputi sistem pendidikan, persekolahan dan gagasan-gagasan masyarakat tentang pendidikan, kearah keagamaan ilmu dan pengetahuan.

Kurikulum sejarah menanam kesedaran, toleransi, berkongsi tanggungjawab di masa hadapan kerana:Sejarah dapat membina intelektual dalam kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan sejarah dapat menyebabkan kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesebuah tamadun ataupun peristiwa misalnya peristiwa 13 Mei 1969. Pembinaan intelektual melalui sejarah dalam kalangan masyarakat dapat mewujudkan masyarakat berfikir secara lebih matang dalam menangani sesuatu masalah dan dapat mengelakkan daripada berulangnya kembali peristiwa lalu.Seterusnya melalui pendidikan sejarah kesedaran dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat dan ia mewujudkan rakyat yang dapat berfikir secara positif.Dalam pelan pembangunan wawasan 2020 yang masih mengambil kira peri mustahaknya pembangunan yang seimbang antara kaum dicapai.

Kurikulum Sejarah juga mengajar supaya tidak mengamalkan sikap Ecthno Centric supaya keamanan semua pihak dan peristiwa pahit 13 Mei tidak akan berulang kembali. Masyarakat akan saling bekerjasama dalam membangunkan negara.Melalui sejarah peristiwa hitam yang berlalu pada masa lalu masih diingati hingga ke hari ini.Hal ini seterusnya menyebabkan sejarah sebagai sesuatu medium yang terbaik untuk mewujudkan sesuatu bangsa yang kukuh.Sekiranya kita tidak menjadikan sejarah sebagai landasan hidup maka kita akan terumbang-ambing dalam dunia yang penuh rintangan ini.Pembelajaran sejarah menyebabkan kita lebih arif dan bijaksana seperti yang terungkap dalam buku history dan Historian yang dikarang oleh Boardman iaitu Sejarah menjadikan manusia lebih arif.Melalui sejarah segala kesilapan lalu dapat dielakkan agar peristiwa pahit tidak berulang kembali dan mereka dapat bersikap bijak dalam mencari penyelesaian mengenai peristiwa tersebut.

Menerapkan lebih banyak unsur patriotik dalam kurikulum sejarah. Sebagai seorang guru, kita boleh mengadakan lawatan ke muzium.Menyambut hari kemerdekaan bersama murid-murid.Mengadakan pertandingan melukis poster dan kuiz mengenai Sejarah.Menayangkan video klip yang berunsur sejarah.Mengadakan gotong royong supaya sikap saling berkongsi tanggungjawab dapat diwujudkan tanpa mengira kaum.

Cara kurikulum sejarah menanam kesedaran ,toleransi,berkongsi tanggungjawab terhadap masa hadapan:

Kesimpulan:Kurikulum sejarah amat penting dalam sejarah menanam kesedaran ,toleransi,berkongsi tanggungjawab terhadap masa hadapan.Sejarah mengajar kita erti kehidupan dan menghargai warisan bangsa.Masyarakat yang buta sejarah ibarat masyarkat yang hidup tanpa jiwa.Hidup kita ini umpama roda kerana-kadang kadang kita di bawah dan kadang kita di atas