Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tayar

Citation preview

Bagaimana Menjaga Tayar Andakoy101 on Tue Nov 03, 2009 3:26 amErrr... Aku tau la korang sumer mmg dah expert kan dlm bidang street nih.... hehehe... keknyer... aku nak letak gak pampet yg aku baru dpt nih...

Dr GoodYear.... aku rasa dema xkisah aku plagiat kat sini... pasai utk kepentingan umum.

_________________Awan, andai dapat dicapai,Maka... Saktilah hamba.

koy101Tok Penghulu

Posts: 1035Points: 1079Join date: 16/09/2009Age: 36Location: Temerloh / Bentong

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andakoy101 on Tue Nov 03, 2009 3:26 amPENGENALAN

Membeli tayar-tayar yang berkualiti, membeli saizyang tepat untuk kereta anda, dan membeli dari peniaga yang bereputasi adalah penting untuk keselamatan, jangka hayat tayar, dan kepuasan memandu. Semua yang tersebut adalah satu permulaam. Tayar-tayar anda perlu penjagaan yang betul.

Saranan dan petua tayar yang terdapat di dalam buku kecil ini akan membantu anda mendapatkan prestasi yang optimun dan jangka hayat yang lebih lama, di samping mendapat pulangan yang lumayan dari pelaburan ke atas tayar-tayar anda.

_________________Awan, andai dapat dicapai,Maka... Saktilah hamba.

koy101Tok Penghulu

Posts: 1035Points: 1079Join date: 16/09/2009Age: 36Location: Temerloh / Bentong

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andakoy101 on Tue Nov 03, 2009 3:27 amTEKANAN TAYAR

S : Berapa tinggikah tekanan angin yang mesti saya isikan di dalam tayar saya?

J : Tekanan angin adalah pekara yang paling penting untuk penjagaan tayar. Tahap tekanan angin di dalam tayar mestilah mengikut maklumat yang diberikan di dalam buku panduan pemilik ( manual ) setiap kenderaan.

Maklumat saiz tayar dan tekanan angin juga dipamerkan pada salah satu dari tempat-tempat berikut :

- Di sisi pintu pemandu- Dikerangka pintu- Di dalam kotak sarung tangan ( glove compartment )

Sekiranya saiz tayar berlainan dari yang dicadangkan, sila minta nasihat dari pengeluar kenderaan dan pembuat tayar.

Tekanan Angin Rendah

Tekanan angin rendah adalah punca utama memusnahkan tayar. Tayar yang berjalan di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu tinggi dan pengurangan kemampuan untuk membawa beban akibat dari lenturan dinding sisi yang berlebihan. Ia juga akan meningkatkan penggunaan petrol. Angin diisi seperti yang dicadangkan akan menambah jangka hayat tayar dan menjimatkan penggunaan petrol.

Memeriksa Tekanan Angin Dengan Kerap

Anda tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penghilatan mata kasar. Terutamanya kepada tayar lapis jejarian ( radial ply tyre ).

Pemeriksaan tekanan angin mestilah menggunakan tolok tekanan yang baik sekurang-kurangnya dua minggu sekali dan setiap kali sebelum perjalanan jauh. Pemeriksaan mestilah dilakukan semasa tayar "sejuk" ( dipandu tidak lebih dari 1.5km ). Sekiranya kenderaan telah dipandu jauh, pemeriksaan tekanan angin perlu dilakukan selepas beberapa jam apabila tayar telah "sejuk".

Jangan mengurangkan tekanan angin apabila tayar masih panas. Tekanan angin akan naik secara otomatik apabila suhu dalam tayar meningkat. Kenaikan ini adalah normal dan tidak perlu diselaraskan.

Menyesuaikan Tekanan Angin Mengikut Muatan

Tekanan angin mesti ditambah apabila kenderaan membawa muatan lebih. Penambahan 4psi ( 28kPa ) di atas paras tekanan 'sejuk' yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan adalah mencukupi.

Peringatan : Periksa dan menyelaraskan tekanan angin semasa tayar "sejuk" sahaja.

Sentiasa Memeriksa Untuk Memastikan Tayar Anda Mempunyai Tukup Injap ( Valve Cap )

Pastikan tukup injap dipasang dengan betul dan diketatkan. Tukup injap mestilah mempunyai sendal getah untuk memberikan daya penyendal angin sekunder serta menghalang debu dan lembapan dari merosakkan teras injap.

Injap baru mestilah dipasang setiap kali tayar di tukar.

Ringkasan

1. Tekanan angin hendaklah selalu diperiksa.2. Tekanan angin rendah adalah punca utama kerosakan tayar.3. Tambah tekanan angin apabila membawa beban yang lebih tinggi.4. Jangan bergantung kepada penglihatan mata kasar untuk menentukan tahap tekanan angin tayar.5. Sediakan tolok tekanan angin yang baik dan GUNAKANnye!!

_________________Awan, andai dapat dicapai,Maka... Saktilah hamba.

koy101Tok Penghulu

Posts: 1035Points: 1079Join date: 16/09/2009Age: 36Location: Temerloh / Bentong

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andakoy101 on Tue Nov 03, 2009 3:28 amPUTARAN TAYAR

S : Mengapa saya mesti memutarkan tayar-tayar saya??

J : Putaran tayar yang kerap adalah untuk mendapatkan kehausan bunga yang sekata kepada semua tayar yang dipasang pada kenderaan. Sebelum anda memutar tayar, sila rujuk kepada buku panduan pemilik ( manual ) untuk mendapatkan panduan putaran yang dicadangkan. Sekiranya tidak ada petunjuk jarak yang diberikan, putarlah tayar anda setiap 10,000 km. Putaran kali pertama adalah yang paling penting.

Sekiranya tayar menunjukkan kehausan yang tidak sekata, sila hantar kenderaan anda untuk pemeriksaan dan pembetulan masalah-masalah seperti penjajaran, ketidakseimbangan atau lain-lain keadaan mekanikal yang tidak sempurna, sebelum tayar diputar.

Pengeluar kenderaan selalu mencadangkan tekanan angin yang berbeza untuk tayar depan dan belakang. Apabila tayar diputarkan, tekanan angin mestilah diselaraskan mengikut ukuran yang dicadangkan.

Last edited by koy101 on Mon Nov 30, 2009 1:21 am; edited 1 time in total

_________________Awan, andai dapat dicapai,Maka... Saktilah hamba.

koy101Tok Penghulu

Posts: 1035Points: 1079Join date: 16/09/2009Age: 36Location: Temerloh / Bentong

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andazulkbo on Tue Nov 03, 2009 7:43 amkoy101 wrote:

note : boleh tak sesapa terangkan camner aku nak upload gambor dlm posting nih???

Ko nak upload gambo ada 2 carapaling senang kalo ko pakai mozillaengko right clik mana gambo yang dalam internetsahaja bukan dalam folder komputer ko pergi ke"copy image location" lepas masuk balik dalam PCCengko cari butang image kat button text ko tuand right clik dalam nya ..dan "paste"..selamat mencuba bro...

Last edited by zulkbo on Tue Nov 03, 2009 7:54 am; edited 1 time in total

_________________Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.. ................................ ..................................

zulkboPCC Kuala Lumpur

Posts: 5844Points: 6304Join date: 15/06/2009Location: Jengka3_ Selangor [ PCC 049 ]

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andazulkbo on Tue Nov 03, 2009 7:47 amkedua ko guna "image posting' yang ni lebih kepada image atau gambo dalam folder komputer kocontoh:

http://www.postimage.org/

pelan- pelan belajo...masalah disini koi tak berapa reti nak ajodalam ni..engko belek-belek cuba mesti bolehnyer..

_________________Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.. ................................ ..................................

zulkboPCC Kuala Lumpur

Posts: 5844Points: 6304Join date: 15/06/2009Location: Jengka3_ Selangor [ PCC 049 ]

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andazulkbo on Tue Nov 03, 2009 7:52 amcontoh gambo tayar

_________________Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.. ................................ ..................................

zulkboPCC Kuala Lumpur

Posts: 5844Points: 6304Join date: 15/06/2009Location: Jengka3_ Selangor [ PCC 049 ]

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andakoy101 on Mon Nov 30, 2009 1:23 amPENGIMBANGAN RODA

S : Mengapa saya mesti mengimbang roda kereta saya?

J : Sekiranya himpunan tayar dan roda tidak seimbang, sebaran berat yang tidak sama rata akan mengakibatkan getaran. Getaran ini akan menyebabkan ketidakselesaan memandu dan mengurangkan prestasi menyeluruh tayar anda. Sebaran berat yang tidak sama rata boleh dibetulkan dengan menambah berat yang tepat pada tempat tertentu di sekeliling rim.

S : Berapa jenis imbangan roda yang ada?

J : Himpunan tayar dan roda boleh diimbang dengan menggunakan dua cara ; iaitu statik dan dinamik.

Imbangan statik juga dikenali sebagai imbangan satah tunggal. Tayar akan diimbang secara statik apabila ia dilakukan dengan menggunakan pengimbang gelembung. Apabila tayar dan roda yang tidak seimbang dipasang pada pemgumpar ( spindle ) yang bergerak bebas, bahagian berat akan berpusing ke bawah. Pemberat ( weight ) akan ditambah untuk imbangan lawan bahagian berat. Apabila bahagian berat telah diimbang, tayar tidak akan berpusing apabila dipasang pada pengumpar.

Imbangan Dinamik ( dua satah ) pula menentukan sama ada himpunan tayar / roda seimbang antara sisi ke sisi dan pusat. Ketidakseimbangan dinamik akan mengakibatkan getaran dan roda stereng tidak stabil.

Nota : Tayar lapisan jejarian ( radial tyres ) mestilah diimbang secara dinamik.

S : Bila imbangan roda mesti dilakukan?

J : Tayar dan roda mesti diimabng :- Apabila anda menukar tayar baru.- Apabila anda melakukan putaran tayar.- Selepas anda memperbaiki tayar yang bocor.- Apabila tayar dibuka dan dipasang.

Imbangan perlu diperiksa apabila ada rasa getaran dan kelihatan tanda-tanda kehausan bunga yang tidak sekata.

S : Bagaimana dengan imbangan "dengan kereta" ( on the car )?? Adakah itu lebih baik?

J : Imbangan "dengan kereta" atau imbangan siap mungkin diperlukan untuk menjadikan kereta berjalan dengan lebih lancar bagi sesetengah kereta. Tetapi sekiranya imbangan "tanpa kereta" ( off-the-car ) dapat memberi kesan dan kelancaran yang mencukupi, sudah tentu kos tambahan imbangan "dengan kereta" tidak diperlukan. Sila minta nasihat dari juruteknik yang berpengalaman sekiranya getaran masih berlaku selepas imbangan "tanpa kereta" dilakukan.

_________________Awan, andai dapat dicapai,Maka... Saktilah hamba.

koy101Tok Penghulu

Posts: 1035Points: 1079Join date: 16/09/2009Age: 36Location: Temerloh / Bentong

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andakoy101 on Mon Nov 30, 2009 1:24 amPENJAJARAN KENDERAAN

S : Apa kepentingan penjajaran demi untuk memanjangkan jangka hayat tayar?

J : Penjajaran yang berkualiti adalah satu kemestian untuk mendapatkan kehausan bunga tayar yang sekata dan pengendalian yang baik. Pemeriksaan berkala mestilah dilakukan ke atas tayar-tayar hadapan dan belakang untuk memsatikan tidak ada tanda-tanda kehausan yang tidak sekata. Sekiranya ada perubahan terhadap pengendalian dan rasa stereng, mungkin menandakan penjajaran perlu dilakukan. Kos untuk penjajaran empat-roda adalah berbaloi jika dibandingkan dengan penjimatan yang didapati dari jangka hayat tayar, prestasi dan keselesaan.

S : Apakah sebenarnya penjajaran itu?

J : Penjajaran sesebuah kenderaan itu dianggap sempurna apabila semua komponen gantungan dan stereng di dalam keadaan baik dan himpunan tayar dan roda telah diset secara geometri untuk bergerak lurus dan sebenar.

Sistem gantungan automotif melibatkan bahagian bergerak, justeru itu kehausan komponen stereng dan gantungan adalah pekara biasa yang dijangkakan. Kehausan tersebut mengakibatkan perubahan jajaran yang mesti diselaras semula mengikut spesifikasi.

Jajaran juga adalah sensitif kepada ketinggian kenderaan. Spring yang lama dan melendut atau 'bushing' yang berubah bentuk akan membawa perubahan kepada jajaran. Sebaran beban di atas tayar akan menjadi tidak sama rata dan mengakibatkan kadar kehausan yang tidak seimbang.

Kesalahjajaran menyebabkan tayar yang berguling tidak lurus. Keadaan tersebut menyebabkan penghauslakuran ( scuffing ), kehausan bunga tidak sekata dan ( kadang-kadang ) cepat botak.

S : Kenapa 'penjajaran kenderaan'?? Adakah ia sama dengan penjajaran 'bahagian depan'?

J : Keadaan kereta telah berubah. Semua alat gantungan moden, stereng dan rekabentuk sistem pacu memerlukan penjajaran kenderaan menyeluruh empat roda. Kebanyakkan kenderaan masa kini mempunyai rekabentuk gantungan belakang yang memerlukan pemeriksaan penjajaran dan pelarasan. Kesalahjajaran gantungan sebelah belakang boleh memberikan kerosakkan kepada tayar-tayar depan dan belakang.

Masalah biasa dari kesalahjajaran roda belakang ialah keadaan roda stereng tidak lurus akibat dari sudut tujah berlebihan ( dog tracking ). Sudut tujah berlebihan memberi rasa kenderaan bergerak ke sisi dan memerlukan pembetulan roda stereng untuk memastikan kenderaan bergerak lurus ke hadapan.

_________________Awan, andai dapat dicapai,Maka... Saktilah hamba.

koy101Tok Penghulu

Posts: 1035Points: 1079Join date: 16/09/2009Age: 36Location: Temerloh / Bentong

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andakoy101 on Mon Nov 30, 2009 1:25 amS : Tiga pekara yang melibatkan penjajaran ialah : kaster, kamber dan toe. Apakah itu toe?

J : "Toe" ialah ukuran jarak bahagian hadapan berbanding dengan jarak bahagian belakang antara dua tayar digandar yang sama. Tujuan utama penjajaran "toe" ialah supaya tayar berguling selari di antara satu sama lain dan mengurangkan kehausan.

Gambar rajah di sebelah kiri di bawah menunjukkan rajah ( melihat kenderaan dari atas ) "toe positif", atau selalunya dikenali sebagai "toe-in". Keadaan ini menunjukkan hujung hadapan tayar tersebut lebih dekat berbanding dengan hujung belakang tayar. Gambarajah sebelah kanan pula menunjukkan "toe negatif" atau "toe-out".

"Toe-in" yang berlebihan akan menyebabkan kehausan pinggir tayar bahagian luar. "Toe-out" pula akan menyebabkan kehausan pinggir tayar bahagian dalam.

Salah "toe" akan menyebabkan kehausan tayar tidak sekata di sekeliling tayar atau kehausan pepenjuru di permukaan bunga tayar.

_________________Awan, andai dapat dicapai,Maka... Saktilah hamba.

koy101Tok Penghulu

Posts: 1035Points: 1079Join date: 16/09/2009Age: 36Location: Temerloh / Bentong

Re: Bagaimana Menjaga Tayar Andakoy101 on Mon Nov 30, 2009 1:28 amS : Apakah itu "kamber"?

J : "Kamber" ialah apabila keadaan bahagian atas roda condong ke dalam ( ke arah kenderaan ) atau condong keluar ( ke arah luar kenderaan ).

Kamber yang betul, berserta gabungan toe dan kaster, memastikan bunga tayar mencecah sama rata dipermukaan jalan di dalam semua keadaan.

Apabila bahagian atas roda condong ke dalam, keadaan ini dinamakan 'kamber negatif'. Dalam keadaan 'kamber negatif' yang berlebihan, kehausan pinggir bahagian dalam akan berlaku dengan cepat.

Keadaan 'kambar positif' pula berlaku apabila bahagian atas roda condong keluar. Dalam keadaan berlebihan, kehausan pinggir sebelah luar tayar akan berlaku dengan cepat.

Pada gandar yang sama, kamber positif boleh berlaku pada roda sebelah dan roda sebelah lagi pula berkeadaan kamber negatif. Atau,keadaan kedua-duanya positif ( atau negatif ) boleh berlaku pada gandar yang sama.

_________________Awan, andai dapat dicapai,Maka... Saktilah hamba.

koy101Tok Penghulu

Posts: 1035Points: 1079Join date: 16/09/2009Age: 36Location: Temerloh / Bentong

Re: Bagaimana Menjaga Tayar AndaCik_N on Mon Nov 30, 2009 8:54 amtq koi101 & zulkbo sbb bukak thread ni.. koi serius memang xtau ngat bab kete ni.. tau bawak je.. sampai tahapnye anto jela servis kat kedai kete.. sampaikan nak isi angin tayor tu pun koi bawak kete ke kedai sbb takut terlebih n terkurang..hehe... xyah cakap yg tu nak isi minyak kete pun faill...huhuhu.. penah satu hari tu isi minyak kete pastu ntah macam mana terlebih n tertumpah kat baju.. isk.. serik.. pastu kalau nak mudah tiap minggu kalu balik kg koi isi kat kat petronas bera ni sbb ada org tulun isikan, pastu baru balik ke temerloh... teruk kan? hehe...

Cik_NTok Empat

Posts: 540Points: 555Join date: 28/11/2009Location: Temerloh