Bahagian 1

Embed Size (px)

Citation preview

BMM3111SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

BMM3111SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN Semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik.Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa seara khusus iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam semua bahasa seperti juga aspek kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti aspek kajian fonologi ,morforlogi dan sntaksis. Semantik berasal dari perkataan Greek iaitu semantikos, bermaksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Istilah berasal daripada perkataan Greek iaitu sema yang membawa erti tanda (sign). Sema juga bermaksud isyarat. Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud bererti. Selepas itu barulah terbit istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau menganalisa makna Dari segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani semantikos yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.Ini adalah kerana semantik mencakupi makna atau erti sesuatu perkataan dalam bahasa yang berkaitan sebagai alat komunikasi secara lisan atau bertulis.2.0 DEFINISI DAN KONSEP SEMANTIK Semantik ialah kajian linguistik yang menanalisis makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Semantik atau makna merupakan situasi apabila penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar. Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata mata, tetapi juga faktor lain seperti intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan pendengar. Menurut Akmajian et al. ( 1995 : 222) dipetik daripada Siti Hajar Abdul Aziz(2011) semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit lingusitik dan prinsip gabunagnya. Pendapat lain mengenai semantik mengikut pendapat tokoh, iaitu menurut Sperber dan Wilson (1980), memberi pengertian semantik sebagai kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.Ferdinand de Saussure pula berpendapat semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Manakala bagi Choamsky semantik bermaksud makna ayat yang ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ) ,semantik ialah kajian linguistik yang menganalisis makna baik pada peringkat morfem, kata,frasa ,ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea ,konsep dan emosi.Kamus Dewan mendefinisikan semantik sebagai kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya dapatlah dikatakan semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula semantik ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.3.0PERKEMBANGAN ILMU SEMANTIK Ilmu semantik dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat perkembangannya. Peringkat peringkat perkembangan ilmu semantik :i) Semantik Strukturalii) Semantik Interpretif Dan Generatif iii) Semantik Syarat Benar 3.1 Semantik StrukturalSemantik struktural didefinisikan sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang mengkhususkan representasi semantik kepada ayat. Dalam ilmu semantik struktural, fitur distingtif diberikan dan hubungan antara fitur tersebut dilihat. Interpretasi yang wujud daripada fitur yang serupa akan membentuk sinonim manakala interpretasi yang tidak serupa akan membentuk antonim. Semantik pada peringkat ini telah mengenepikan langsung makna pada peringkat ayat. Pengkaji semantik pada peringkat ini telah mengandaikan fitur semantik bagi sesuatu perkataan dalam sesuatu ayat dapat digabungkan untuk mendapatkan makna seluruh ayat tetapi aturan ayat mestilah serupa. Semantik struktural gagal memberikan penjelasan lanjut bagi ayat (Katz, Semantic Theory, 1972). Oleh itu, semantik struktural didapati gagal kerana tidak dapat berdiri sendiri. Katz cuba memberikan makna bagi keseluruhan ayat tetapi penerangan Katz gagal. Hal ini demikian kerana semantik struktural terhenti setakat menyenaraikan bentuk makna ayat berdasarkan kata demi kata. Semantik struktural juga mengenepikan hubungan struktur dalaman dan luaran bagi ayat selain tidak memberikan penjelasan lanjut bagi makna perkataan yang disenaraikan.3.2 Semantik Interpretif Dan Generatif Semantik pada peringkat ini memperuntukkan bentuk-bentuk logik kepada ayat. Peringkat ini banyak melibatkan ilmu logik menggunakan predikat kalkulus. Teori semantik interpretif menyatakan hubungan antara struktur sintaksis dengan struktur semantik adalah jalinan antara struktur sintaksis dengan kandungan leksikal pada ayat tersebut. Semantik pada peringkat ini cuba menunjukkan bahawa ciri-ciri semantik dan hubungan antara ayat adalah hasil perkongsian antara dua perkara iaitu rumus yang menterjemah bahasa semula jadi kepada bentuk logik dan yang kedua pula ialah rumus inferens logik yang menghubungkaitkan antara bentuk logik dengan bentuk logik yang lain. Peringkat ini juga turut mengalami kegagalan kerana tidak dapat menunjukkan hubungan yang sinonim dan terlalu mementingkan sintaksis.3.3Semantik Syarat Benar Semantik pada peringkat ini dianggap sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang memperuntukkan interpretasi semantik kepada ayat bagi mendapatkan syarat benar sesuatu ayat. Antara ahli-ahli semantik peringkat syarat benar ialah Ruth Kempson, Fodor, Sperber dan Wilson. Semantik syarat benar bertujuan untuk membezakan argumen yang sah daripada yang tidak sah, kemudian memastikan bahawa daripada cadangan yang benar sahaja kesimpulan sebenar dapat dihasilkan. Oleh itu, premis dan kesimpulan mestilah benar. Semantik syarat benar mempunyai kelemahan iaitu tidak dapat menerangkan kebenaran dan ketidakbenaran ayat bukan penyata. Semantik syarat benar silap meramalkan bahawa semua kebenaran ialah sinonim dan tidak ada ketentuan iaitu makna yang diberikan kabur. 4.0 MAKNA LEKSIKAL Makna kata juga disebut sebagai makna leksikal manakala bidang kajian yang meneliti makna leksikal ini disebut semantik leksikal. Dari segi linguistic kata 9perkataan merupakan unit leksikal.Makna kata merujuk kepada makna bagi setiap unit kata atau leksikal tersebut . Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikalbermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer,1992). ). Ini bermaksud leksikal boleh didefinisikan sebagai makna yang bersifat leksikon,bersifat leksem dan bersifat kata . Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. Contohnya, kucing kurap. Makna kucing kurap bukan merupakan gabungan makna kucing dan makna kurap, tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu orang yang dipandang hina. Oleh itu, makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya, maka perkataan kucing kurap dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal (Kushartanti et.al., 2005).5.0 PERUBAHAN SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU Perubahan makna berlaku mengikut perubahan masa, perkembangan teknologi, dan hubungan sosial. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor sosial seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna. Perubahan lazimnya berlaku dari segi sistem pembentukan kata, struktur ayat, kosa kata,sebutan dan makna. Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna.Kata kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep konsep saintifik merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna.Semantik mengalami perubahan dari segi peluasan makna, penyempitan makna dan anjakan makna. Pengembangan makna adalah satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. Penyempitan makna pula merupakan proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. Anjakan makna bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.

5.1 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pengembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson(1980), pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Sebuah kata yang tadinya mengandung konsep makna terhadap sesuatu yang sederhana, tetap digunakan walaupun konsep makna yang dikandungnya telah berubah sebagai akibat dari pandangan baru, atau teori baru dalam satu bidang ilmu atau sebagai akibat dalam perkembangan teknologi.Contoh,i. Kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.ii. Katataman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu. iii. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa jasa mereka. Perubahan makna berlaku melalui peluasan dan penyempitan makna.5.2Penyempitan Makna Penyempitan makna berlaku apabila makna sesuatu perkataan dijadikan lebih khusus disebabakan perubahan budaya atau konteks penggunaan. Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas, kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Misalnya :a) Maksud asal perkataan khalwat ialah mengasingkan diri untuk mendapat ketenanagan tetapi sekarang maksud khalwat dikhususkan kepada lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk secara berdua-duaan dan melakukan perbuatan sumbang.b) Pada masa dahulu, madrasah bermaksud sekolah tetapi kini madrasah lebih khusus kepada sekolah mengajar agama Islam sahaja .c) Kata dai dalam bahasa Arab ,mempunyai makna yang banyak antaranya orang yang menjemput, orang yang berdoa, orang yang menyebarkan dakwah dan berbagai- bagai lagi.Namun kata ini di dalam bahas Melayu disempitkan menjadi pendakwah . 5.3 Anjakan Makna Kamus Dewan Edisi keempat mendefinisikan perkataan anjak sebagai beralih sedikit daripada sesuatu tempat atau berengsot. Dalam konteks semantik, anjakan makna bermaksud perkataan atau ayat tersebut mengalami proses perubahan dari bentuk yang lama ke bentuk yang baharu. Ini kerana bahasa sentiasa mengalami perubahan kesan daripada pelbagai faktor seperti persekitaran dan komunikasi. Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) telah menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa. Anjakan makna berlaku kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya, perkataan rawat, makna umum rawat adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baharunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri) dan sebagainya. Di samping itu, menurut Ullman, bahawa antara penyebab perubahan makna itu adalah kerana pengaruh bahasa asing. Contohnya dalam bahasa Inggeris paper bermakna kertas namun dalam bahasa Melayu masa kini kata paper sering diertikan dengan karya ilmiah yang bakal dibentangkan dalam mana-mana seminar atau perbincangan atau mesyuara

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah mengalami anjakan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluas untuk mencakup makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu. Demikian juga perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa jasa mereka.

Anjakan makna juga berlaku kerana sebabsebab sosial. Peredaran masa menyebabkan munculnya bidang bidang baharu dalam satusatu budaya masyarakat bahasa. Faktor faktor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar menjadi pembantu am pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.

5.4. Penutup Penyempitan, perluasan atau penyimpangan makna biasa berlaku kepada kata yang dipinjam daripada bahasa asing. Kata yang dipinjam disesuaikan dengan keperluan, tempat, suasana serta budaya sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu apa pun makna yang difahami terhadap kata serapan asing yang digunakan dalam masyarakat, itulah makna yang diperlukan

2.0 FITUR MAKNADalam semantik hubungan antara perkataan dengan konsep atau makna perkataan serta benda yang dirujuk oleh makna itu disebut hubungan referensial.Makna diertikan sebagai maksud,idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepadafikiran pendengar.Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah perkataan yang masing masing mempunyai ciri-ciri sendiri.2.1.0 Sifat MaknaCiri semantik bermaksud perkataan - perkataan dimaksudkan ke dalam golongan masing masing menurut makna perkataan berkenaan. Menurut Za aba ( 1965 ) dipetik daripada Modul Bahasa Melayu Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu menggolongkan perkataan kepada jenis jenis yang berikut ;i. Perkataan nama Segala perkataan yang menyebut benda atau orang misalnya kakak, burung, meja, kerusi, bantal dan sebagainya. ii. Perkataan perbuatan Segala perkataan yang menyebut perbuatanyang dikerjakan atau keadaan yang wujud misalnya ambil, masak, duduk, mahu, jadi dan sebagainya.iii. Perkataan sifat (nama) Segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainya sepertinya kecil, besar, tua, cantik dan sebagainya.iv. Perkataan sendi Menyambungkan antara perkataan dengan perkataan, antara bahagian-bahagian cakap atau ungkapan misalnya dengan, dan, oleh, sebab dan sebagainya.v. Perkataan seruan Perkataan yang semata-mata gunanya bagi mengeluarkan perasaan hati semasa memanggil, terperanjat, hairan, mengejek dan sebagainya misalnya aduh,amboi,cis dan sebagainya. Apabila melihat kritiria menggolongkan kata oleh Zaaba, maka kita dapat memahami bahawa beliau menggunakan ciri semantik sebagai asas bagi memasukkan perkataan ke dalam golongan masing-masing.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011 : 260)fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing masing mempunyai ciri-ciri tersebut. Analisis ciri semantik menggunakan tanda (+) atau (-). Tanda (+) bermaksud bahawa ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula menunjukkan bahawa kata itu tidak mempunyai ciri tersebut. Rajah 1.1 yang menunjukkan bahawa terdapat pelbagai perkataan yang boleh dikaitkan dengan manusia. Antara perkataan tersebut ada yang berkongsi ciri yang sama yang diberikan tanda (+). Sebagai contoh, kelas kata yang merujuk kepada suami diberikan tanda (+) bagi orang, dewasa, lelaki dan bapa. Hal ini bermakna ciri-ciri tersebut terdapat pada perkataan suami dan dapat digunakan bagi menjelaskan makna perkataan suami itu dari segi semantiknya.suamiisterikakakabangAdik

+ orang+ orang+ orang+ orang+ orang

+ dewasa+ dewasa+ dewasa+ dewasa- dewasa

+ lelaki- lelaki- lelaki+ lelaki+ lelaki

- wanita+ wanita+ wanita- wanita+ wanita

+ bapa+ ibu+ kanak-kanak

Rajah 1.1 Analisis Fitur Semantik bagi Kata Manusia2.1.1 Analisis artikel fitur makna Pelita Bahasa AyatJenis Fitur MaknaAnalisis

a)Sebagai contoh, pasukan tentera akan membuat persediaan yang rapi sebelum ke medan perjuangan,manakalan atlet pula pastinya menjalani latihan demi latihan untuk menyertai pertandingan.Persediaan juga tidak kurang pentingnya sebelum pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran . (hal.25 )Perkataan nama Tentera ,pelajar, atlet adalah golongan kata nama orang .

b)Segelintir pelajar seolah olah mendedahkan diri mereka kepada pelbagai masalah disiplin,misalnya melawan guru, menghisap rokok bergaduh dan ponteng kelas .( hal. 26 )Perkataan perbuatanMelawan,menghisap,bergaduh,dan ponteng adalah perkataan yang menunjukkan perbuatan pelajar yang melanggar disiplin.

c) i. Tabiat tersebut akan menjadi amalan pelajar sekirannya guru kurang peka atau kurang berupaya menyedarkan mereka.(hal .26 ) ii.Kegagala pelajar menguasai kemahiran itu secara tidak langsung mengagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar yang aktif ,kritis dan kreatif.(hal.26)Perkataan sifatKurang peka ,aktif , kritis dan kreatif adalah perkataan yang menerangkan mengenai sifat pelajar .

d)Barangkali tidak semua perkara yang ingin disampaikan oleh guru yang difahami oleh semua pelajar.Harapan guru ialah agar pelajar dapat mencuba dan mempraktikkan panduan tersebut dari semasa ke semasa .(hal. 26)Perkataan sendiOleh , dan merupakan kata sendi yang menyambung antara perkataan dengan perkataan .

2.2.0 Kelas Makna2.2.1 Makna Emotif Dalam kata lain, makna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya.Menurut Menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) disunting dari Modul Semantik dan Peristilahan , makna emotif adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau dirasakan. Misalnya perkataan meninggal dunia, mati, wafat, mampus, mangkat dan kojol adalah makna emotif yang membawa maksud sudah meninggal dunia. 2.2.2. Makna Konotatif Makna konotati ialah makna yang dikaitkan dengan nilai sama ada secara positif atau negatif.Makna konotatif ialah makna yang lebih luas maksudnya daripada makna emotif dan melibatkan perasaan. Menurut Siti Hajar Abdul Azizi ( 2011) ,konotasi juga dirujuk sebagai makna tersirat iaitu kata-kata yang mempunyai makna tambahan di samping makna sebenar. Makna konotasi juga disebut makna emotif atau makna evaluatif.Sebagai contoh makna konotatif buaya ialah manusia yang berkelakuan ganas manakala pula dirujuk kepada anak dara.Makna konotatif juga sering dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya (termasuk simpulan bahasa) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atau lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapa bunga n itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya bunga dedap, kepala batu, lidah bercabang dan harapkan pagar, pagar makan padi. Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan kata-kata yang terkandung di dalamnya, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara kiasan. Contohnya:1. Muka tembok2. Bagai langit dengan bumi3. Bagai menarik rambut dalam tepung

2.2.3 Makna PiktoralMakna piktorial adalah makna suatu kata yang berhubungan dengan perasaan pendengar atau pembaca. Makna piktorial menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca. Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul kerana pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis. Perasaan muncul segera setelah mendengar atau membaca sesuatu ekspresi yang menjijikkan, atau perasaan benci. Perasaan dapat pula berupa perasaan gembira, di samping perasaan-perasaan lainnya yang pernah atau setiap saat dapat kita alami. Perhatikan contoh berikut, dapat kita tentukan makna piktorialnya. a. Kenapa kausebut nama dia. b. Beg itu kotor sekali. c. Ah, konyol dia. d. Ia tinggal di penempatan haram itu. e. Kereta itu hampir masuk jurang. Dan sebagainya.

Contoh perkataan:buta huruf = tuna aksaragelandangan = tuna wismapelacur = tuna susilabangkai = jenazahtewas (pejuang) = gugur

2.2.4 Analisis itur Makna dalam artikel Pelita BahasaAyatJenis Fitur MaknaAnalisis

a)Amalan membuat tugasan sekadar melepaskan batuk di tangga ternyata tidak menuntungkan pelajar .(hal.26 )Makna Konotatifmelepaskan batuk di tangga adalah dikaitkan dengan peribahasa yang bermaksud membuat sesuatu perkerjaan yang tidak bersungguh. Nasihat yang disampaikan secara tersirat.

b)Semoga pada tahun 2020 nanti, Malaysia tidak akan menjadi negara maju yang mempunyai rakyat yang culas membaca .( hal. 27 )Makna emotiffPerkataan culas sama maksud dengan malas.mengenai sikap yang negatif.

2.3.0 Lewah dalam Makna Lewah dapat didefinisikan sebagai berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu, misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat. Kelewahan, atau hal dan keadaan yang berlebih-lebihan ini sering ditemukan dalam komunikasi, sama ada komunikasi lisan ataupun komunikasi tulisan. Dalam bahasa Melayu, konsep kelewahan berlaku disebabkan pelbagai keadaan seperti pengulangan perkataan seperti semua guru-guru, segala bahan-bahan, kebanyakan buku-buku, dan sekawan burung-burung. Bentuk-bentuk ini akan menjadikan ayat yang dibina tidak gramatis. Penggunaan imbuhan yang tidak diperlukan turut menjadikan perkataan tersebut mempunyai unsur kelewahan. Contohnya ialah memperbesarkan, memperolehi, dipersetujui, dan diperhalusi. Yang betul ialah memperbesar, memperoleh, disetujui, dan dihalusi. Pengulangan kata sendi nama secara berturutan juga merupakan kelewahan seperti selain daripada itu dan demi untuk. Kebanyakan pengguna bahasa, khususnya para guru dan pelajar sering didedahkan berkenaan hal ini. Kelewahan telah diberikan penilaian yang negatif, iaitu sebagai bentuk yang salah atau tidak gramatis berdasarkan aturan tatabahasa pegangan. Kelewahan adakalanya memperlihatkan falsafah yang dimanifestasikan melalui akal, aspirasi, nilai, dan adat yang didukung oleh masyarakat Melayu. 2.3.1 Analisis fitur makna dalam artikel Pelita BahasaAyatJenis Fitur MaknaAnalisis

a)Sesetengah pelajar lebih cenderung membairkan masa dengan berbual- bual kosong sama ada di sekolah atau pun di luar sekolah.(hal.27 )b)Daripada aspek yang lain pula, pelajar tidak harus sekali kali mendekati dengan gejala sosial yang bakal merosakkan diri sendiri,( hal. 27 ) Lewah dalam maknaBerbual - bual merupakan kata yang diulang.Sekali kali perkataan yang ditambah untuk memberikan penekanan kepada ayat yang melarang pelajar mendekati masalah sosial.

3.0 Makna Leksikal Dalam konteks bahasa terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan daripada bahasa lain iaitu perkaitan makna daripada aspek leksikal .Berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Leksikograf ialah penyusun kamus. Leksikologi ialah kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. Leksikon ialah kamus, perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikalbermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer,1992). Hubungan antara makna perkataan dapat dilihat melalui aspek sinonim,antonim,homomin (homoon dan homograf) hiponim,polisemi ,dan mironim .

3.1.1 Sinonim Sinonim didefinisikan dalamKamus Dewansebagai kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, seperti cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Howard Jackson dalamKeyTerms in Linguisticsmenerangkan sinonimi sebagai hubungan maksud tentang kesamaan atau kesamaan makna. Dua perkataan dikatakan bersinonim apabila makna suatu perkataan bertindih dengan makna perkataan yang lain, seperti ibu dengan emak dan murid dengan mahasiswa. Sinonim merupakan kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya sinonim disebut perkataan seerti misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin ,suka dan gemar , ganggu dan kacau , lupus dan luput dan sebagainya.Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, sinonim konteks, laras sosial, dan kolokasi.3.1.1.1 Sinonim Pinjaman Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.3.3.1.2 Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.3.3.1.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.3.3.1.4 Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.3.3.2 Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena. Contoh : (a) langit lawannya bumi (b)Panas lawannya sejuk (c) Kuat lawannya lemahTerdapat beberapa jenis antonim seperti:(a) Antonim pasangan komplemen(b) Antonim hubungan darjah(c) Antonim hubungan bertentangan

3.3.4 Hiponim Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh;i. melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.ii. Kangkung, bayam,sawi.bendi,dan terung merupakan hiponim bagi sayur-sayuran.iii. Kucing,gajah, lembu, tikus dan kijang merupakan hiponim bagi haiwan.

3.3.5 HomominHomomin ialah dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama dari segi sebutan, ejaan,atau kedua- duanya tetapi makna berbeza.Contoh;i. Tubuh atau jasadii. Pertubuhan atau persatuaniii. Bahagian utama buku,dokumen atau jasad3.3.6 Homofon Perkataan homofon mempunyai sebutan yang sama. Ejaannya perlu dapat membezakan istilah yang berlainan. Misalnya sebutan bang dan bank. Contoh :i. Bena - hirau ,endahBina - mendirikan ii. Jin - makhluk halusJean - sejenis jenama seluariii. Duet - nyanyi secara berpasangan Duit - wang3.3.7 Polisemi Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan.Contoh lain ialah perkataanbisayang membawa maksud sakit3.3.8 Homograf Perkataan homograf sama ejaannya tetapi mungkin berlainan sebutannya. Misalnya semak mengkaji dengan semak hutan kecil.

3.3.9 Mironim Perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada atau dikenal sebagai subordinat. [ tingkap, pintu, bumbung, tiang untuk rumah - stereng, cermin, karburator enjin untuk kereta - tetikus, monitor, pemacu kilat USB untuk komputer]Contoh : atap, dinding, lantai, tingkap, dapur ialah sebahagian daripada rumah dan oleh itu perkataan tersebut menjadi mironim kepada rumah.3.3.10 Analisis makna leksikal dalam artikel Peliti BahasaAyatJenis Makna LeksikalAnalisis

a)....untuk melahirkan modal insan yang memiliki minda kelasa pertama.( hal.27 )

Sinonim

Minda sama erti fikiran.Perkataan minda boleh diganti dengan fikiran dalam ayat tersebut tanpa mengubah makna ayat.

b)Barangkali tidak semua perkara yang ingin disampaikan oleh guru yang difahami oleh semua pelajar.(hal.26)AntonimGuru pelajar ialah jenis pasangan kata antonim hubungan bertentangan.Guru mengajar,pelajar terima pengajaran.

c)Tidak dapat dinaikan bahawa kadangkala masalah yang melibatkan orang lain,misalnya masalah keluarga, gangguan rakan sebaya atau masalah persekitaran yang lain tidak mudah diatasi oleh pelajar .( hal 26) HiponimOrang, keluarga,rakan, pelajar merujuk kepada kumpulan manusia .

d)....pelajar tidak harus memiliki sifat segan untuk bertanya tentang sesuatu perkara yang kurang difahami ........( hal.26)Homonimi.segan maluii.segan malasPerkataan segan mempunyai ejaan yang sama tetapi makna berbeza.Mengikut dialek Kedahperkataan segan juga digunakan untuk merujuk sifat malas.

e) ..... tetapi juga untuk memberikan gambaran awal kepada guru tentang tahap penerimaan pelajar terhadap perkara yang diajar pada sesuatu masa.(hal 26)HomofonMasa massa sebutan sama tetapi ejaan membezakan istilah.Masa dikaitkan dengan waktu manakala massa pula adalah berkaitan dengan media.

f) Kegagalan pelajar menguasai kemahiranitu,secara tidak langsung,menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar yang aktif,kritis dan kreatifMironimaktif ,kreatif,kritis adalah sebahagian daripada fikiran.

4.0 Makna ayatMakna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat, persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

4.1.1Makna denotatif/tersuratMakna yang tersurat/ makna umum/ makna leksikal/ makna kamus. Makna yang sesuai dengan rujukan/ pemerhatian alat indera/ makna yang nyata. (Bunga yang cantik itu ditanam oleh Rozi. Bunga dalam ayat itu bermaksud sejenis tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam di air atau di darat.

4.1.2Makna konotatifMakna tersirat atau bukan literal / tersurat. Lebih mengutamakan nilai komunikatif. (Hajat rombongan kami datang ke sini untuk memetik bunga di taman, kata Mak Timah. Bunga dalam ayat tersebut Anak dara yang belum berpunya)

4.1.3Makna afektifMuncul akibat reaksi pendengar/ pembaca terhadap penggunaan kata. Kebalikan daripada yang disebutkan. (Perkataan teratak, pondok, rumah yang tidak sepertinya makna afektif orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri)

4.1.4Makna emotif Makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya. Perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus, kojol makna emotif. (Kesemua contoh kata tersebut mendukung maksud mati)4.1.5Makna luasMakna yang terkandung dalam sesuatu perkataan lebih luas daripada makna sebenar. (Sekolah institusi pengajian tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu. Makna luas sekolah merangkumi pelbagai aspek seperti Guru Besar, guru, bilik darjah dan murid)

4.1.6Makna sempitMakna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata. (Jari budak itu berdarah terkena pisau. Hanya anggota jari sahaja yang kena, bukan pada seluruh anggota.)

4.2.0 Analisis makna ayat dalam artikel Pelita BahasaAyatJenis Makna AyatAnalisis

a) Pelajar yang duduk sambil mendengar penjelasan guru semata-mata dikategorikan sebagai pelajar pasif ,( hal 26 )Makna denotatif Pelajar ialah makna yang nyata .

b) Pelajar sering diingatkan oleh guru bahawa masa itu emas Makna KonotatifMasa itu emas .Emas adalah makna tersirat untuk masa dalam ayat tersebut.

c)......pentadbir sekolah tidak harus mempertanggungjawabkan soal meningkatkan minat membaca kepada guru tertentu ,terutama guru Bahasa Malaysia.Makna LuasSekolah intitusi pengajian tempat mempelajari pelbagai bidang.Makna luas sekolah merangkumi pelbagai aspek seperti Guru Besar, guru. Bilik darjah dan murid.

d)Dalam situasi itu, hanya kesabaran dan keimanan yang dapat membantu pelajar memberikan tumpuan di bilik darjah.( hal 26)Makna SempitBilik darjah bilik tempat murid belajar bukan di bilik-bilik lain seperti bilik sumber,bilik makmal,bilik seni.

5.0 Istilah Singkatan Singkatan ialah kependekan, ringkasan, merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Istilah singkatan sebagai bentuk istilah yang tulisannya dipendekkan menurut tiga cara iaitu:i. Istilah yang bentuk tulisannya terdiri daripada satu huruf atau lebih, tetapi bentuk lisannya sesuai dengan bentuk istilah lengkapnya. Misalnya; `l disebutliterkm disebutkilometersindisebutsinusii. Istilah yang bentuk tulisannya terdiri daripada satu huruf atau lebih yang dilafazkan huruf demi huruf. Contohnya :KVA (kilovolt-ampere) yang disebut = k V-Aiii. Istilah yang dibentuk dengan meninggalkan satu bahagiannya atau lebih. Misalnya:Kawat (yang berasal dari surat kawat)Lab (yang berasal dari laboratorium)5.1 Analisis istilah singkatan dalam artikel Pelita Bahasa Tiada istilah singkatan yang digunakan dalam artikel ini.6.0 LambangMenurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.6.1 Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :metermeterm

kilogramkilogramkg

litreliterl

secondsaats

radianradianrad

megamega M

hectorhektah

Terdapat juga lambang huruf K digunakan bagi menunjukkan makna ribu. Misalnya 20K adalah dua puluh ribu. Misalnya, K ialah lambang daripada kilo bermakna seribu.

6.2 Bilangan Sistem Unit Antarabangsa menentukan penulisan bilangan seperti yang berikut:6.2.1 Tanda perpuluhan boleh ditulis dengan titik. Misalnya: 3.056.2.2 Bilangan hendaklah tidak dimulai dengan tanda perpuluhan, kecuali apabila diperlukan dalam jadual atau senarai. Bilangan perpuluhan tidak boleh dimulai dengan titik perpuluhan, tetapi hendaklah dimulai dengan angka.0.52 bukan .52 / 0.54 bukan .54 / 0.56 bukan .566.2.3 Kekecualian daripada peraturan ini diizinkan dalam senarai atau jadual iaitu:.50 / .52 / .54 / .56 6.2.3 Bilangan yang hanya terdiri daripada angka yang ditulis dalam jadual atau daftar hendaklah dibahagi-bahagikan kepada kelompok tiga angka yang dipisahkan oleh ruang tanpa tanda titik atau koma. 3 105 724 bukan 3.105.724 / 0.987 24 bukan 0,987246.3.0 Analisis lambang dalam artikel Pelita BahasaAyatJenis lambangAnalisis

a)........... kerana ada kajian yang menunjukkan bahawa 90 peratus masa pelajar di bilik darjah dihabiskan dengar mendengar .( hal. 26 )Lambang bilangan90 peratus

7.0 EjaanBahasa Melayu mudah difahami kerana mempunyai ciri yang unik. Sememangnya sistem ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu berdasarkan prinsip fonemik. Ini bermakna, sebut sebagaimana yang dieja, eja sebagaimana yang disebut, dan tiada huruf yang disenyapkan. Fonem merujuk kepada setiap huruf, sama ada vokal mahupun konsonan. Dalam setiap hukum dan peraturan semestinya terdapat beberapa pengecualian termasuklah prinsip fonem. Antaranya adalah;7.1 Geluncuran y dan w sepertimana dalam sebutan dia, bau, lauk, buaya7.2 Elemen diftong iaitu gabungan vokal au dalam sebutan kerbau, ai untuk balai, oi untuk baloi dan ui untuk kelui. 7.3 Elemen digraf (gabungan konsonan) iaitu kh dan ng iaitu bagi perkataan khas, akhir, tarikh dan mengaum. Begitu juga bagi ny, sy, gh dan sebagainya.7.4 Penyengauan (sebutan sengau untuk m, n, y, ng,ny) contohnya : maya, menang, nganga dan nyonya.7.5 Selain itu terdapat konsep hentian glotis yang membawa implikasi perlunya ada kesederhanaan dalam sebutan. Misalnya konsonan r untuk perkataan ular perlu dizahirkan lebih jelas, supaya tidak berbunyi ula. Namun tidak perlu berlebih-lebihan dengan menggetarkan sebutan r sehingga berbunyi ularrrrrr.7.6 Analisis ejaan dalam artikel Pelita BahasaAyatJenis EjaanAnalisis

a)Masalah yang timbul di luar bilik sekolah juga kadakala sukar dipisahkan dan dibawa ke sekolah .( hal 26 )b) Situasi itu penting dalam membantu individu........( hal.27 )Geluncuran w Contoh ; Situ asi Lu ar

a)......agar harapan kita dimakbulkanNya dan kehidupan kita diberkati di dunia dan akhirat .b).......untuk memahami dan mengamalkan panduan yang diberikan di samping meninggalkan sebarang kelemahan sendiri..c) ........ misalnya berbual bual ,menyiapkan tugasa dan terlelepElemen digraf Akhirat khMengamalkan ngMeninggalkan - ng Menyiapkan ny

a)Dengan kata lain, budaya membaca perlu direalisasikan di negara ini.b)........ misalnya amalan berbudi bahasa.bertanggungjawab dan saling membantu ....(hal.27 )c) ...........kepada guru tentang tahap penerimaan pelajar terhadap perkara yang diajarkan pada sesuatu masa.( hal .26 d).......iaitu sekurang-kurangnya berusaha untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.( hal.26).

PenyengauanSebutan sengau untuk m dan ny .Contoh perkataan:MembacaMasaMisalnyaSekurang- kurangnya

a)Selain itu pelajar hendaklah memahami bahawa tugasan yang diberi oleh guru perlu disempurnakan.b)...... dan matlamat untuk mengejar kecemerlangan hanya tinggal harapan.Hentian glotis Misalnya konsonan r untuk perkataan pelajar dan kecemerlangan .

a).......daripada masalah disiplin agar proses penerimaan ilmu dapat dilaksanakan dalam suasana yang mesra dan ceria.( hal. 26 )DiftongPerkataan ceria adalah perkataan diftong .

26