1
BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA A kar kesusasteraan da-lam bahasa Melayu-Indonesia merupakan kontinum kepada sosiobudaya dan geografi jagat Nusantara. Akar inilah yang merekayasa ummah serumpun sehingga mampu menembus garis-garis geografi-politik yang dilakukan oleh penjajah ratusan tahun dahulu. Maka pada akar yang satu inilah tunas muda sebagai duta kecil dari tiga buah negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dan negara pemerhati, Singapura disuburkan dalam program pengembangan sastera serta persuratan Melayu melalui Majlis Sastera Asia Tengara (MASTERA). Program dari 28 Julai hingga 2 Ogos yang lalu itu bermula de- ngan Seminar Asean Pengajaran Sastera Indonesia/Melayu di Se- kolah yang diadakan di Pusat Bahasa, Departemen Pendidik- an Nasional, Jakarta. Semi- nar bertemakan “Memahami Manusia dan Kemanusiaan Melalui Pembelajaran Sastera” dirasmikan oleh Kepala Pusat Bahasa, Dr. Dendy Sugono, yang juga Ketua Mastera Indonesia. Seminar tersebut dihadiri oleh kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada guru, dosen, dan peserta program Mastera. Selain Dr.Dendy Sugono, sen- diri sebagai pembentang ker- tas kerja, seminar itu turut dijayakan oleh Prof. Dr. Yus Rusyana dari Universitas Pen-didikan Indonesia, Prof. Dr. Setya Yuwana, M.A. dari Universitas Negeri Surabaya, Dr. Djoko Sarjono, M.Pd. dari Universitas Negeri Malang, Haji Muhamad Ghazali Abdul Rashid (Malim Ghozali PK) dari Malaysia, dan Dayang Faridah binti Abdul Hamid dari Brunei Darussalam. Program Penulisan Mastera Ke-12: Bengkel Cerpen yang di- sertai oleh 20 orang pengarang muda (10 Indonesia, 4 Malaysia, 4 Brunei dan 2 Singapura). Enam tokoh pembimbing Nusantara berjaya menghangatkan bengkel yang dilatari oleh pohon- pohon teh yang menghijau. Pembimbing dari Indonesia ialah Prof. Dr. Budi Darma, Helvy Tiana Rosa, Oka Rusmini dan Joni Ariadinata. Manakala pembimbing dari Ma-laysia oleh Malim Ghozali PK, Pembimbing Brunei oleh Zefri Ariff dan Yazid Hussein dari Singapura. Menurut Kepala Bidang Peng- kajian Bahasa dan Sastra, Pusat Bahasa, Dr. Mu’jizah, sejak program penulisan Mastera ini dilaksanakan telah melatih lebih 200 orang penulis muda. Antaranya Helvy Tiana Rosa antara tokoh yang pernah dilatih dalam program penulisan dan kemudian menjadi pembimbing dari Indonesia. Program Penulisan Mastera sejak tahun 1995 itu diharap meneruskan kesepakatan un- tuk mengembangkan sastera berbahasa Melayu/Indonesia di peringkat rantau dan anta- rabangsa. Melalui program ini pengarang muda diharapkan mampu mengembangkan ba- kat dan memperoleh tahap ke- pengarangan yang lebih maju de- ngan bimbingan dan pertukaran pengalaman dari penulis terso- hor dan percambahan fikiran sesama cerpenis muda. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 20 Ogos 2008 Program Penulisan Mastera: Cerpen 2008 di Indonesia BH PILIH L12 20 emel D alam usaha untuk melahir- kan pelajar yang berkebo- lehan berhujah dan mengungka- pkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan betul, Pertandingan Forum Remaja yang diadakan sejak tahun 1988 dite- ruskan lagi. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak dinobatkan sebagai Johan tahun ini dan mengalahkan 17 buah pasukan lain dari semua negeri termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada 31 Julai lalu di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru. Johan pertandingan yang mengutarakan isu Pembangunan Modal Insan Berteraskan Aspek Kognitif, Efektif dan Psikomotor membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan plak. Tempat kedua pula disan- dang SMK Tawau iaitu johan tahun 2007, menerima hadiah wang tunai RM2,500, plak dan piala iringan. SMK (A) Sultan Muhammad, Melaka pula men- dapat tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta plak dan piala iringan. Hariana Harris (SMK Tawau) di- pilih sebagai Pengerusi Terbaik dan Siti Siddiqiah Mohammad Ekhbal (SBPI Gopeng) Ahli Fo- rum Terbaik. Masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM300 dan plak. Antara objektif pertandingan adalah untuk mewujudkan dan menyediakan suasana penggu- naan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah, dan akhirnya melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya. Pertandingan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Gu- ru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Sebanyak lapan tajuk forum yang menyentuh aspek rukun negara, amalan berbudi bahasa, pembangunan modal insan, alam sekitar, dan bahasa kebangsaan dibincangkan selama 20 minit oleh pasukan yang berentap. Majlis penyampaian hadiah di- sempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ, Mohd Hasidin Zaini, wakil Pengarah Pelajaran Johor. Pengarah DBP Wilayah Selatan turut hadir selain pegawai DBP dan JPNJ, para guru dan pelajar sekolah di sekitar Johor Bahru. Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan negeri Johor oleh para pelajar sekolah. Pertandingan Forum Remaja Gelanggang Berhujah L ebuh raya memudahkan dan melancarkan pergerakan kenderaan dari sesuatu tempat ke tempat yang lain. Terdapat lebih daripada 20 lebuh raya di Malaysia. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh pemegang konsesi lebuh raya ialah kawas- an rehat dan rawat, telefon ke- cemasan, dan jalan lurus yang dapat memudahkan pengguna lebuh raya. Kawasan rehat dan rawat (R&R) memberi para penggu- na keselesaan selepas berjam- jam berada dalam kenderaan. Pengguna lebuh raya berpelu- ang untuk menghirup udara yang segar sambil menjamu se- lera di restoran. Gambar yang berikut ini dirakamkan di seki- tar kawasan R&R Pagoh, Johor, menghala ke arah selatan. Ka- wasan R&R tersebut telah mela- lui proses pengubahsuaian, termasuk pembinaan tandas khas untuk orang kurang upaya (OKU). Papan tanda arah dalam gambar ini menuju dua tempat. Di sebelah kiri, ada gerai buah- buahan, dan jika kita pergi ke hadapannya pula, kita akan ke tandas. Kelihatan pada yang hu- jung sekali seperti dalam gam- bar ini, akan kita dapati per- kataan “Kurangupaya”. Mengapa “Kurangupaya” dieja sedemiki- an rupa, sedangkan ejaan yang betul tentulah “Kurang upaya”. Syabas, saya ucapkan kepada pihak Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) atas keprihatin- an pemegang konsesi lebuh raya tersebut terhadap golongan OKU dengan mendirikan tandas khas untuk mereka. Walau bagaima- napun, PLUS perlu juga peka terhadap pemerkasaan bahasa kebangsaan dengan memasti- kan bahawa kesemua aspek bahasa perlu dipatuhi sebelum papan tanda tersebut didirikan. Antaranya ialah mempamerkan ejaan yang betul. DBP DI SANA SINI DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG Oleh Rusdi Abdul Rahman Kurangupaya? JOHAN: SBPI Gopeng mengalahkan 17 buah pasukan lawan. Oleh La Hami Ahmad Oleh Ibnu Ahmad al-Kurauwi SERIUS: Peserta program dalam sesi yang disertai. KENANGAN: Penulis (bersongkok) bergambar bersama peserta dari tiga buah negara.

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Program Penulisan … · Melalui Pembelajaran Sastera” dirasmikan oleh Kepala Pusat Bahasa, Dr. Dendy Sugono, yang juga Ketua Mastera Indonesia

Embed Size (px)

Citation preview

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Akar kesusasteraan da-lam bahasa Melayu-Indonesia merupakan kontinum

kepada sosiobudaya dan geografi jagat Nusantara. Akar inilah yang merekayasa ummah serumpun sehingga mampu menembus garis-garis geografi-politik yang dilakukan oleh penjajah ratusan tahun dahulu. Maka pada akar yang satu inilah tunas muda sebagai duta kecil dari tiga buah negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dan negara pemerhati, Singapura disuburkan dalam program pengembangan sastera serta persuratan Melayu melalui Majlis Sastera Asia Tengara (MASTERA).

Program dari 28 Julai hingga 2 Ogos yang lalu itu bermula de-ngan Seminar Asean Pengajaran Sastera Indonesia/Melayu di Se-kolah yang diadakan di Pusat Bahasa, Departemen Pendidik-an Nasional, Jakarta. Semi-nar bertemakan “Memahami Manusia dan Kemanusiaan Melalui Pembelajaran Sastera” dirasmikan oleh Kepala Pusat Bahasa, Dr. Dendy Sugono, yang juga Ketua Mastera Indonesia.

Seminar tersebut dihadiri oleh kira-kira 200 orang peserta yang

terdiri daripada guru, dosen, dan peserta program Mastera. Selain Dr.Dendy Sugono, sen-diri sebagai pembentang ker-tas kerja, seminar itu turut dijayakan oleh Prof. Dr. Yus Rusyana dari Universitas Pen-didikan Indonesia, Prof. Dr. Setya Yuwana, M.A. dari Universitas Negeri Surabaya, Dr. Djoko Sarjono, M.Pd. dari Universitas Negeri Malang, Haji Muhamad Ghazali Abdul Rashid (Malim Ghozali PK) dari Malaysia, dan Dayang Faridah

binti Abdul Hamid dari Brunei Darussalam.

Program Penulisan Mastera Ke-12: Bengkel Cerpen yang di-sertai oleh 20 orang pengarang muda (10 Indonesia, 4 Malaysia, 4 Brunei dan 2 Singapura). Enam tokoh pembimbing Nusantara berjaya menghangatkan bengkel yang dilatari oleh pohon-pohon teh yang menghijau. Pembimbing dari Indonesia ialah Prof. Dr. Budi Darma, Helvy Tiana Rosa, Oka Rusmini dan Joni Ariadinata. Manakala

pembimbing dari Ma-laysia oleh Malim Ghozali PK, Pembimbing Brunei oleh Zefri Ariff dan Yazid Hussein dari Singapura.

Menurut Kepala Bidang Peng-kajian Bahasa dan Sastra, Pusat Bahasa, Dr. Mu’jizah, sejak program penulisan Mastera ini dilaksanakan telah melatih lebih 200 orang penulis muda. Antaranya Helvy Tiana Rosa antara tokoh yang pernah dilatih dalam program penulisan dan kemudian menjadi pembimbing dari Indonesia.

Program Penulisan Mastera sejak tahun 1995 itu diharap meneruskan kesepakatan un-tuk mengembangkan sastera berbahasa Melayu/Indonesia di peringkat rantau dan anta-rabangsa. Melalui program ini pengarang muda diharapkan mampu mengembangkan ba-kat dan memperoleh tahap ke-pengarangan yang lebih maju de-ngan bimbingan dan pertukaran pengalaman dari penulis terso-hor dan percambahan fikiran sesama cerpenis muda.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 20 Ogos 2008

Program Penulisan Mastera: Cerpen 2008 di Indonesia

BH PILIH L12 20 emel

Dalam usaha untuk melahir-kan pelajar yang berkebo-

lehan berhujah dan mengungka-pkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan betul, Pertandingan Forum Remaja yang diadakan sejak tahun 1988 dite-ruskan lagi. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak dinobatkan sebagai Johan tahun ini dan mengalahkan 17 buah pasukan lain dari semua negeri termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada 31 Julai lalu di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru.

Johan pertandingan yang mengutarakan isu Pembangunan Modal Insan Berteraskan Aspek Kognitif, Efektif dan Psikomotor membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan plak. Tempat kedua pula disan-dang SMK Tawau iaitu johan tahun 2007, menerima hadiah wang tunai RM2,500, plak dan piala iringan. SMK (A) Sultan Muhammad, Melaka pula men-dapat tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta plak dan piala iringan. Hariana Harris (SMK Tawau) di-pilih sebagai Pengerusi Terbaik dan Siti Siddiqiah Mohammad Ekhbal (SBPI Gopeng) Ahli Fo-rum Terbaik. Masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM300 dan plak.

Antara objektif pertandingan adalah untuk mewujudkan dan menyediakan suasana penggu-naan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah, dan

akhirnya melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya. Pertandingan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Gu-ru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ).

Sebanyak lapan tajuk forum yang menyentuh aspek rukun negara, amalan berbudi bahasa,

pembangunan modal insan, alam sekitar, dan bahasa kebangsaan dibincangkan selama 20 minit oleh pasukan yang berentap. Majlis penyampaian hadiah di-sempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ, Mohd Hasidin Zaini, wakil Pengarah Pelajaran Johor. Pengarah DBP Wilayah Selatan turut hadir selain pegawai DBP dan JPNJ, para guru dan pelajar sekolah di sekitar Johor Bahru. Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan negeri Johor oleh para pelajar sekolah.

Pertandingan Forum RemajaGelanggang Berhujah

Lebuh raya memudahkan dan melancarkan pergerakan

kenderaan dari sesuatu tempat ke tempat yang lain. Terdapat lebih daripada 20 lebuh raya di Malaysia. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh pemegang konsesi lebuh raya ialah kawas-an rehat dan rawat, telefon ke-cemasan, dan jalan lurus yang dapat memudahkan pengguna lebuh raya.

Kawasan rehat dan rawat (R&R) memberi para penggu-na keselesaan selepas berjam-jam berada dalam kenderaan. Pengguna lebuh raya berpelu-ang untuk menghirup udara yang segar sambil menjamu se-lera di restoran. Gambar yang berikut ini dirakamkan di seki-tar kawasan R&R Pagoh, Johor, menghala ke arah selatan. Ka-wasan R&R tersebut telah mela-lui proses pengubahsuaian, termasuk pembinaan tandas

khas untuk orang kurang upaya (OKU). Papan tanda arah dalam gambar ini menuju dua tempat. Di sebelah kiri, ada gerai buah-buahan, dan jika kita pergi ke hadapannya pula, kita akan ke tandas. Kelihatan pada yang hu-jung sekali seperti dalam gam-bar ini, akan kita dapati per-kataan “Kurangupaya”. Mengapa “Kurangupaya” dieja sedemiki-an rupa, sedangkan ejaan yang betul tentulah “Kurang upaya”.

Syabas, saya ucapkan kepada pihak Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) atas keprihatin-an pemegang konsesi lebuh raya tersebut terhadap golongan OKU dengan mendirikan tandas khas untuk mereka. Walau bagaima-napun, PLUS perlu juga peka terhadap pemerkasaan bahasa kebangsaan dengan memasti-kan bahawa kesemua aspek bahasa perlu dipatuhi sebelum papan tanda tersebut didirikan. Antaranya ialah mempamerkan ejaan yang betul.

DBP DI SANA SINI DI MANA BUMI DIPIJAKDI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Oleh Rusdi Abdul Rahman

Kurangupaya?

JOHAN: SBPI Gopeng mengalahkan 17 buah pasukan lawan.

Oleh La Hami Ahmad

Oleh Ibnu Ahmad al-Kurauwi

SERIUS: Peserta program dalam sesi yang disertai. KENANGAN: Penulis (bersongkok) bergambar bersama peserta dari tiga buah negara.