4
Bahaya Debu Asbestos Rumahku Syurgaku adalah ungkapan yang sering kita dengar tetapi sedarkah anda bahawa terdapat bahan-bahan untuk pembinaan rumah yang menjadi tempat berlindung itu boleh membahayakan kita? Kata orang, bahaya ada di mana-mana . Ini termasuklah di rumah kita sendiri sama ada di bandar atau di kampung. Hampir semua kediaman menggunakan siling dan bumbung yang diperbuat daripada asbestos. Namun, berapa ramaikah yang sedar bahawa debu asbestos sangat berbahaya kepada kesihatan? Asbestos sebenarnya terdapat di merata tempat seperti di dalam kereta, rumah dan tempat kerja. Ia boleh menimbulkan bahaya apabila kita terdedah kepadanya dalam tempoh yang lama dan berterusan. Asbestos menyebabkan kesan jangka panjang ataupun kronik seperti keradangan dan luka pada tisu paru-paru yang seterusnya boleh menyebabkan kanser. Penggunaan asbestos dalam hampir 3000 barangan menjadikan kita lebih terdedah kepada bahaya kesihatan. Apa itu Asbestos Asbestos adalah gentian semulajadi dan digunakan di dalam penebatan elektrikal dan bahan binaan seperti lantai, dinding dan bumbung. Malaysia tidak mempunyai lombong asbestos tetapi mengimportnya daripada luar negara untuk kegunaan dalam bahan binaan, pakaian serta beberapa barangan lain. Sebahagian besar daripadanya dilombong di Kanada, Afrika Selatan dan bekas Soviet Rusia. Ia terdapat dalam tiga jenis dan sering disebut mengikut warna sewaktu baru dilombong iaitu putih (krisotil), perang (amosit), dan biru (krosidolit). Ia mempunyai banyak kegunaan iaitu: Melindungi daripada kebakaran.

Bahaya Debu Asbestos

Embed Size (px)

DESCRIPTION

keselamatan dan kesihatan

Citation preview

Page 1: Bahaya Debu Asbestos

Bahaya Debu Asbestos

“ Rumahku Syurgaku” adalah ungkapan yang sering kita dengar

tetapi sedarkah anda bahawa terdapat bahan-bahan untuk

pembinaan rumah yang menjadi tempat berlindung itu boleh

membahayakan kita?

Kata orang, “bahaya ada di mana-mana”. Ini termasuklah di rumah

kita sendiri sama ada di bandar atau di kampung. Hampir semua

kediaman menggunakan siling dan bumbung yang diperbuat

daripada asbestos. Namun, berapa ramaikah yang sedar bahawa

debu asbestos sangat berbahaya kepada kesihatan?

Asbestos sebenarnya terdapat di merata tempat seperti di dalam

kereta, rumah dan tempat kerja. Ia boleh menimbulkan bahaya

apabila kita terdedah kepadanya dalam tempoh yang lama dan

berterusan. Asbestos menyebabkan kesan jangka panjang ataupun

kronik seperti keradangan dan luka pada tisu paru-paru yang

seterusnya boleh menyebabkan kanser. Penggunaan asbestos dalam

hampir 3000 barangan menjadikan kita lebih terdedah kepada

bahaya kesihatan.

Apa itu Asbestos

Asbestos adalah gentian semulajadi dan digunakan di dalam

penebatan elektrikal dan bahan binaan seperti lantai, dinding dan

bumbung.

Malaysia tidak mempunyai lombong asbestos tetapi mengimportnya

daripada luar negara untuk kegunaan dalam bahan binaan, pakaian

serta beberapa barangan lain.

Sebahagian besar daripadanya dilombong di Kanada, Afrika Selatan

dan bekas Soviet Rusia.

Ia terdapat dalam tiga jenis dan sering disebut mengikut warna

sewaktu baru dilombong iaitu putih (krisotil), perang (amosit), dan

biru (krosidolit).

Ia mempunyai banyak kegunaan iaitu:

Melindungi daripada kebakaran. 

Page 2: Bahaya Debu Asbestos

Menguatkan apabila digunakan sebagai tetulang. 

Mencegah hakisan.

Menjadi penebat terhadap kepanasan, kesejukan dan kebisingan.    

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pernah mengesyorkan

pengharaman asbestos biru yang sangat berbahaya. Namun,

sehingga kini bumbung asbestos sudah digunakan di Malaysia

sedangkan ia sudah diharamkan di Amerika Syarikat. Persatuan

Perubatan Malaysia (MMA) juga pernah meminta kerajaan

mengharamkan penggunaan asbestos yang boleh membahayakan

kesihatan manusia.

Selain itu, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA)

juga telah mengesyorkan pengharaman semua kegiatan memproses

dan menggunakan asbestos sejak 1997.

Sungguhpun industry asbestos cuba meyakinkan pengguna bahawa

ia selamat untuk digunakan, hakikatnya tidak ada paras yang

selamat bagi pendedahan kepada debu asbestos dalam udara, baik

untuk pekerja (di kilang yang menggunakan asbestos) mahupun

masyarakat umumnya.

Siapa yang menanggung risiko?

Memandangkan asbestos boleh ditemui di serata  tempat, sudah

tentu ramai yang terpaksa menanggung risikonya. Antaranya:

Pekerja kilang asbestos dan keluarganya. Mereka menanggung

risiko paling tinggi terhadap bahaya asbestos. Tanpa disedari,

pekerja kilang tersebut membawa pulang ke rumah debu asbestos

yang terlekat pada pakaian dan beg mereka.

Buruh kontrak yang melakukan kerja-kerja pembuangan sisa

asbestos serta para penduduk yang tinggal berhampiran tapak

buangan atau di kawasan laluan lori turut menerima risikonya.

Golongan pekerja lain termasuk pekerja garaj yang menukar

pelapik brek kenderaan, tukang kayu dan pekerja sektor binaan

yang memotong dan membuat barangan daripada kepingan

asbestos, pekerja perkapalan yang mengendali debu asbestos

yang diimport, pekerja yang mengubahsuai atau merobohkan

bangunan yang menggunakan asbestos serta kelasi yang tinggal

di atas kapal yang menggunakan sebahagian besar asbestos.

Page 3: Bahaya Debu Asbestos

Murid dan guru di sekolah yang dibina dengan menggunakan

bahan-bahan daripada asbestos.

Pekerja pejabat yang bekerja di dalam bangunan yang

mempunyai bumbung atau siling asbestos. Debu dari siling boleh

memasuki paru-paru mereka.

Penghuni rumah kos rendah dan sederhana yang siling dan

bumbungnya dibina menggunakan asbestos serta bahan-bahan

yang bercampur asbestos. Dalam satu kes di Jepun suatu ketika

dahulu, seorang penyewa pangsapuri melihat sesuatu seperti

bahan berbulu jatuh dari siling rumahnya. Bahan tersebut adalah

asbestos yang dijadikan bahan penebat untuk siling berkenaan.

Bagaimana debu asbestos masuk ke dalam tubuh?

Bahan berasaskan asbestos yang terlalu lama digunakan akan

pecah dan menggelupas. Kepingan atau jubin asbestos dipotong,

digerudi, diempelasi malah terdedah kepada hujan dan panas.

Gentian halus yang terkandung dalam debu asbestos kemudian

dibebaskan ke udara. Ia terapung-apung dalam udara tanpa

melekat di mana-mana.

Kita menyedut masuk gentian-gentian halus ini yang tidak

terperangkap oleh lender atau bulu hidung.

Gentian-gentian halus ini akan masuk ke dalam paru-paru dan

terus melekat di situ buat selama-lamanya. Ia menjadi punca

serangan beberapa penyakit yang sukar diubati dan akhirnya

membawa maut.

Gentian juga memasuki tubuh menerusi makanan dan minuman

tercemar.

Kesan pendedahan

Antara penyakit yang dikaitkan dengan pendedahan terhadap debu

asbestos ialah asbestosis, mesotelioma dab kanser terutama paru-

paru. Tanda-tanda sepertu sesak nafas, dada terasa ketat, batuk

kering, hilang selera makan dan berat badan menurun kerap dialami

oleh mangsa penyakit yang berpunca daripada debu asbestos.

Page 4: Bahaya Debu Asbestos

Cara mengelak

Di rumah, asbestos mungkin terdapat dalam bentuk siling, genting,

dinding pemisah dan simen asbestos. Dalam keadaan ini, gentian

asbestos terikat atau terperangkap di dalam bahan-bahan itu, risiko

ancamannya ke atas kesihatan hanya muncul apabila gentian itu

dibebaskan. Sebagai contoh, melalui penggunaan yang terlalu lama,

memasir, menggerudi atau menggergaji.

Anda boleh mengelak daripada menghadapi ancaman bahayanya

dengan mengambil langkah-langkah berikut:

Jika rumah anda bersimen asbestos, ia perlu disembur atau dicat

untuk mencegah pembebasan debu asbestos. Gunakan penampal

penahan alkali atau cat asas kemudian menutupnya dengan cat

alas dan diikuti manyapu satu atau beberapa cat lapis atas.

Simen atau genting asbestos yang tidak rosak tidak boleh

dibiarkan begitu sahaja.

Papan penebat asbestos lebih lembut daripada simen asbestos

dan perlu diganti jika rosak. Sekiranya masih elok, ia boleh disapu

dengan cat emulsi.

Jika anda hendak menukar atau menanggalkan lantai vinil lama,

jangan memasir sisa-sisa yang terlekat di lantai kerana dikhuatiri

ia mengandungi asbestos. Gunakan kain basah untuk

mengelapnya.

Ketika menukar pelapik brek kereta, jangan meniup habuk yang

terlekat pada gelendongnya. Lapkan dengan kain basah, isikan

kain itu ke dalam beg plastic yang diikat kemas kemudian

buangkannya.

Sebagai pengguna, sudah tentu kita tidak sanggup menjadi mangsa

kepada bahan yang terpaksa digunakan dalam kehidupan seharian.

Apatah lagi jika bahan itu menjadi keperluan hidup dan sukar

mencari gantinya. Langkah sebaiknya adalah dengan mengambil

langkah berhati-hati ketika menggunakan apa sahaja barangan yang

dipercayai mampu memudaratkan kesihatan kita. 

Sumber: Majalah Aniqah