7
Bahaya Penyakit Demam Denggi Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Haji Ali bin Sarbani, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, guru-guru penolong kanan, barisan guru yang berdedikasi, dan para pelajar yang dikasihi. Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ialah Izami bin Sapuan, iaitu seorang pegawai kesihatan di Hospital Columbia, Miri. Pada pagi yang indah dan permai ini, saya akan menyampaikan ceramah yang bertajuk “Bahaya Pengakit Demam Denggi dan Cara-cara Untuk Mencegahnya”. Hadirin sekalian,

Bahaya Penyakit Demam Denggi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

keep ur homes n rooms clean at all times! :D

Citation preview

Page 1: Bahaya Penyakit Demam Denggi

Bahaya Penyakit Demam Denggi

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Haji Ali

bin Sarbani, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, guru-guru

penolong kanan, barisan guru yang berdedikasi, dan para pelajar yang

dikasihi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Saya ialah Izami bin Sapuan, iaitu seorang pegawai kesihatan di

Hospital Columbia, Miri. Pada pagi yang indah dan permai ini, saya akan

menyampaikan ceramah yang bertajuk “Bahaya Pengakit Demam Denggi

dan Cara-cara Untuk Mencegahnya”.

Hadirin sekalian,

Demam denggi boleh ditakrifkan sebagai sejenis penyakit yang

disebabkan oleh jangkitan kuman daripada gigitan nyamuk aedes. Secara

empiriknya, penyakit ini boleh menyerang semua orang tanpa mengira

peringkat umur mahupun taraf hidup. Selain itu, pengakit demam denggi

juga boleh mengakibatkan kesakitan pada sendi pesakit. Lebih

menggerunkan lagi, penyakit ini mampu meragut nyawa pesakit yang

menghidapinya.

Page 2: Bahaya Penyakit Demam Denggi

Implikasinya, agensi kerajaan seperti kementerian kesihatan perlu

memainkan peranan penting dalam usaha untuk menangani masalah ini.

Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan agar masyarakat dapat membuka

mata tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Antaranya ialah kempen “Hapuskan Nyamuk Aedes dan Demam Denggi”.

Melalui kempen seumpama ini, kita boleh mendidik generasi muda untuk

menjaga kebersihan dan memahami kesan serta impak daripada penyakit

demam denggi.

Para hadirin yang dihormati,

Di samping itu, kawasan kediaman juga perlu sentiasa dalam keadaan

yang bersih. Bekas-bekas yang boleh menakung air seperti tayar buruk dan

tin kosong harus dibuang atau ditanam. Hal ini untuk mengelakkan nyamuk

aedes daripada bertelur di atas permukaan air yang bersih. Pasu bunga, alas

pasu dan kolah mandi perlu ditukarkan airnya seminggu sekali. Peralatan ini

juga perlu dibasuh sehingga bersih. Selain itu, pastikan longkang-longkang

kecil tidak tersumbat untuk mengelakkan takungan air.

Kesimpulannya, amat penting untuk kita menjaga kebersihan dalam

kehidupan untuk mencegah penyakit demam denggi. Intihanya, semua pihak

Page 3: Bahaya Penyakit Demam Denggi

perlu bekerjasam bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini

daripada menjadi lebih serius kerana lebih baik mencegah daripada merawat.

Jangalah sudah terhantuk baru hendak terngadah.

Akhir kata, saya berharap agar selepas ini para guru dan pelajar tahu

akan kepentingan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran dalam

usaha untuk mencegah demam denggi. Janganlah kita hanya banyak

bercakap kerana air beriak tanda tak dalam.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Bahaya Penyakit Demam Denggi

Isi-isi Penting

Bahaya Cara mencegah

Menyerang semua orang

tanpa mengira umur

Boleh membawa

mautTiada bekas yang boleh menakung

air

Kempen kesedaran

Page 5: Bahaya Penyakit Demam Denggi

Kosa Kata

Permai – indah, cantik, elok (indah permai : sangat indah)

Ditakrifkan – takrif: huraian yang ringkas dan tepat, penjelasan

Empirik – berdasarkan (bergantung kpd) pemerhatian atau eksperiman;

bukan teori.

Intiha - akhir, penghabisan, penutup