13

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

  • Upload
    others

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah
Page 2: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah
Page 3: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah berlaku dalam sistem

kewangan dunia seiring dengan kemajuan infrastruktur teknologi. Ekonomi digital

dilihat semakin berkembang apabila kebanyakan pembayaran dan perkhidmatan

melibatkan transaksi tanpa tunai. Apakah transaksi tanpa tunai (cashless

transaction) sebenarnya? Kenapa dunia hari ini tidak memerlukan transaksi tunai

lagi? Boleh ke kita hidup tanpa tunai? Apakah pula nasib orang yang tinggal di

kawasan pedalaman jika tiada penggunaan tunai? Bagaimana pula jika berlaku

masalah bekalan elektrik?

Mungkin pelbagai persoalan lain lagi bermain di minda kita. Sebelum kita kupaskan

lebih lanjut tentang persoalan-persoalan ini, mari kita lihat definisi sebenar transaksi

tanpa tunai. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, transaksi tanpa tunai ialah urusan

jual beli atau penyelesaian pembayaran dalam perniagaan tanpa melibatkan wang

tunai secara fizikal.

Secara faham mudahnya, ia merupakan transaksi bayaran barangan dan

perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang kertas dan duit syiling. Semua

transaksi ini dilakukan secara atas talian. Menurut Asim Husain (2018) dalam

kajiannya menyatakan bahawa :

“Cashless transaction is a process of buying goods and services against

money where there is no physical currency is involved. The physical currency

is replaced by a number of methods that powered by digital information

technology and are capable to transfer money from one person’s bank

account to another person’s.”

Manakala dalam kajian A Research Study on the Effect of Cashless Transactions on

People’s Spending Behaviour pula menyatakan bahawa Gupta (2017) menyebut

“Cashless transaction is one where the payment is made by means other than

physical cash”.

Definisi-definisi ini jelaslah menunjukkan bahawa transaksi tanpa tunai merupakan

sistem kewangan baharu pada hari ini yang beransur-ansur bakal menggantikan

wang tunai sedia ada. Sistem ini semakin berkembang dari semasa ke semasa

mengikut perkembangan arus teknologi.

Ledakan Transaksi Tanpa Tunai di Seluruh Dunia

Aliran tunai secara fizikal beransur berkurangan. Semua pembayaran dan

penerimaan tunai berlaku di dunia maya. Senario ini bukan sahaja berlaku di

Malaysia atau negara-negara Asia malah di seluruh dunia. Bak kata pepatah, bagai

Page 4: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun begitu, setakat ini belum ada negara

yang 100% masyarakatnya hidup tanpa tunai (cashless society). Kebanyakan

negara di seluruh dunia kini masing-masing sedang berusaha ke arah menjadikan

negaranya tanpa tunai secara sepenuhnya.

Di China, kebanyakan transaksi adalah melalui telefon pintar (mobile payment).

Pembekal perkhidmatan bayaran terbesar di China adalah Alipay dan WeChat Pay.

Semua pembayaran untuk teksi, perkongsian basikal, penghantaran makanan dan

banyak lagi adalah melalui pembayaran telefon pintar.

Pada tahun 2016, Alipay telah memecah rekod apabila sebanyak 175 juta transaksi

telah dibuat melalui telefon pintar pada setiap hari. Malah pembayaran yang dibuat

melalui telefon pintar juga mencecah lebih 38.6 trilion yuan atau bersamaan dengan

USD5.75 trilion dimana kenaikan lebih 200 peratus daripada tahun sebelumnya.

Selain itu, hasil kajian yang dibuat oleh Ipsos (2017) menunjukkan bahawa hampir

semua restoran dan kedai makan di China menerima pembayaran dalam bentuk

digital. Carta bar yang lebih jelas adalah sepertimana berikut :

Rajah 1 : Peningkatan pembayaran digital di kedai makan negara China (Ipsos, 2017)

Hal ini jelas membuktikan bahawa rata-rata rakyat di China sudah tidak lagi

membawa wang tunai ke hulur hilir kerana semuanya hanya boleh dibayar dengan

menggunakan telefon pintar sahaja. Kajian yang dilakukan oleh Forex Bonuses

(2017), telah menyenaraikan 10 negara paling tanpa tunai (cashless) di dunia seperti

disenaraikan pada Rajah 2.

Page 5: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Berdasarkan Forex Bonuses ini,

Kanada berada pada kedudukan

pertama negara paling tanpa tunai

di dunia diikuti oleh Sweden dan

United Kingdom masing-masing

berada pada kedudukan kedua

dan ketiga.

Walau bagaimanapun menurut

laman sesawang Corecashless

(2019), Sweden telah menduduki

tempat pertama sebagai negara

yang paling tanpa tunai di dunia

kerana hanya 2% sahaja daripada

transaksi negara tersebut

melibatkan wang tunai.

Malah kebanyakan kedai-kedai di

sana sudah tidak menerima wang

tunai. Hanya 20% sahaja kedai-

kedai di negara ini yang menerima

wang tunai sekaligus ia menjadi

pemangkin kepada pengguna

untuk menggunakan transaksi

tanpa tunai. Mahu atau tidak,

pengguna terpaksa mengikut

peredaran zaman teknologi ini.

Sweden merupakan negara Eropah yang pertama mengeluarkan wang tunai pada

tahun 1661 dan menurut pelbagai sumber juga mengatakan mungkin negara itu

akan menjadi yang pertama juga berhenti menggunakan wang tunai. Menurut

Bernama (2020), Sweden dijangka menjadi negara tanpa tunai sepenuhnya yang

pertama di dunia menjelang tahun 2023. Jika lihat pada data ini, hanya 2% sahaja

yang menggunakan wang tunai pada tahun 2019, jadi sangat masuk akal untuk

negaranya menjadi 100% negara tanpa tunai. Malah mungkin lebih cepat daripada

yang dijangkakan.

Faktor utama yang mendorong kepada Sweden untuk menjadi negara tanpa tunai

juga adalah kerana populasi negara itu yang kecil menyebabkan pengedaran mata

wang fizikal tidak cekap dan mahal. Malah di negara ini, hanya terdapat beberapa

buah bank sahaja yang memudahkan penyelarasan sistem pembayaran.

Infrastruktur negara yang mesra teknologi juga menjadi antara faktor utama untuk

mereka bergerak sepenuhnya kearah negara tanpa tunai.

Rajah 2 : 10 negara paling tanpa tunai di dunia (Forex Bonuses, 2017).

Page 6: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Menurut Jigar Shah (2018) menyatakan bahawa “In countries like the United States

and Sweden, transactions involving cash only account for 7% and 3% of the total

transaction respectively.” Jika dilihat secara kasarnya, transaksi tanpa tunai di

negara-negara ini akan berlaku sepenuhnya dengan lebih cepat daripada jangkaan.

Kajian ini juga ada menyatakan bahawa di United States, sebarang pembayaran

yang dibuat secara tunai dianggap mencurigakan dan perlu dibawa kepada pihak

berkuasa. Ini menunjukkan sesetengah negara telah pun memandang negatif

terhadap penggunaan wang tunai.

Berdasarkan kajian oleh Azizi Othman (2019) pula menyatakan bahawa “In South

Korea, the central bank has set a 2020 target to phase out coins. The European

Central Bank (ECB) has decide that there will be no issues of 500 euro notes.”

Bukan sahaja di Korea Selatan dan Eropah malah pada 8 November 2016, Perdana

Menteri India telah menarik balik mata wang terbesar India iaitu INR500 dan

INR1,000 dengan berkuatkuasa serta merta. Malah menurut kajian ini juga

menyatakan “India’s Prime Minister Narendra Modi created dozens of cashless

townships where notes and coins are discouraged.”

Hal ini membuktikan bahawa, beberapa negara telah pun mengambil langkah untuk

mengurangkan aliran tunai secara fizikal di dalam sistem kewangan terkini. Antara

faktor utama India bergerak ke arah masyarakat tanpa tunai adalah untuk

membasmi jenayah dan ekonomi pasaran hitam yang berleluasa di negara itu.

Jelaslah di sini bahawa setiap negara mempunyai faktor-faktor yang tersendiri yang

mendorong mereka ke arah masyarakat tanpa tunai selain mengikut kemajuan

teknologi yang sedia ada.

Perang Transaksi Tanpa Tunai di Malaysia

Transformasi Malaysia ke arah Ekonomi Digital semakin diterima dan disambut baik

oleh rakyat. Pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lepas, bekas Menteri

Kewangan, YB Lim Guang Eng telah mengumumkan pemberian E-Tunai Rakyat

bernilai RM30 secara one-off melalui e-wallet terpilih iaitu GrabPay, Touch ‘n Go dan

Boost. E-Tunai Rakyat ini boleh ditebus bermula daripada 15 Januari 2020 sehingga

14 Mac 2020 dan perlu dibelanjakan dalam tempoh 2 bulan tersebut.

Kempen E-Tunai Rakyat secara besar-besaran ini telah menjadi pencetus rakyat

Malaysia berlumba-lumba memuat turun aplikasi e-wallet tersebut. Inisiatif yang

dilakukan oleh Kerajaan ini adalah sebagai rangsangan menggalakkan rakyat

Malaysia ke arah masyarakat tanpa tunai.

Pada hakikatnya, ini bukanlah kali pertama Kerajaan membuat inisiatif sebegini.

Pada tahun 2016 telah berlaku secara besar-besaran penambahbaikan sistem kad

Page 7: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

debit baru. Manakala pada akhir tahun 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) telah

mengumumkan semua transaksi perbankan yang sebelum ini dikenakan caj

sebanyak 50 sen untuk transaksi segera akan dimansuhkan bermula 1 Julai 2018.

Usaha ini bukan hanya di peringkat Persekutuan malah ada negeri yang telah turut

sama bergerak kearah ini. Sebagai contoh, Sarawak telah mewujudkan sistem

pembayaran digital sendiri yang diberi nama Sarawak Pay, khas untuk anak

Sarawak membayar semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan Kerajaan

melalui aplikasi ini.

Malah Sarawak Pay juga bekerjasama dengan kedai-kedai makanan dan minuman

di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (Sarawak Economic

Development Corporation, SEDC). Semua inisiatif yang diambil oleh Kerajaan

Negeri ini adalah bagi menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada sistem

tanpa tunai sekaligus memudahkan urusan kita sebagai pengguna dalam banyak

perkara.

Pada tahun 2017, bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin juga

pernah menyebut tentang Malaysia menuju masyarakat tanpa tunai menjelang tahun

2050. Ketika itu ramai yang tidak ambil serius dan anggap main-main malah menjadi

bahan lawak di beberapa portal. Ini mungkin keranan pengetahuan tentang transaksi

tanpa tunai masih cetek dalam kalangan pengguna. Berbeza dengan sekarang,

pengguna semakin menerima perubahan ke arah ekonomi digital ini.

Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan Ucapan Belanjawan 2020, jumlah urus niaga

pembayaran mudah alih meningkat 20 kali ganda kepada lebih 34 juta transaksi

pada tahun 2018 berbanding 2 juta transaksi pada tahun 2017.

Menurut kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka

(UTeM) berkenaan Impact of Cashless Society on the Economic Growth in Malaysia

telah menyatakan bahawa transaksi tanpa tunai di Malaysia telah meningkat dengan

ketara pada tahun 2019 berbanding 15 tahun lalu dan faktor utama peningkatan ini

adalah kesedaran dalam kalangan masyarakat dan galakan daripada Kerajaan

kearah penggunaan transaksi tanpa tunai. Bukan itu sahaja, dalam kaji selidik yang

telah dijalankan oleh Visa Inc. juga mendapati lebih daripada 3 juta transaksi tanpa

sentuh berlaku pada setiap bulan.

Kepentingan Masyarakat Tanpa Tunai

Ledakan transaksi tanpa tunai di seluruh dunia telah menimbulkan pelbagai

spekulasi. Ada yang melihat dari sudut positif dan ada juga yang menyatakan

kebimbangan mereka terhadap masyarakat tanpa tunai ini. Mari kita lihat terlebih

dahulu apakah manfaat dan kepentingan masyarakat tanpa tunai.

Page 8: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pertama : Memudahkan kita untuk melaksanakan urusan transaksi tidak kira dimana

jua berada. Kita tidak perlu bersesak ke bank untuk selesaikan urusan bil dan

pembayaran. Dalam masa yang sama juga kita dapat menjimatkan masa dan

minyak kenderaan kerana tidak perlu ke bank yang jaraknya jauh. Semuanya boleh

dibuat dihujung jari. Menurut Federal Reserve (2016), jumlah pembayaran tanpa

tunai meningkat pada kadar tahunan sebanyak 5.3% dari tahun 2012 hingga 2015.

Kedua : Mengurangkan risiko kes-kes jenayah seperti ragut, rasuah, jual beli dadah

dan penggubalan wang haram. Ada kajian yang dibuat di United States pada tahun

2017, mendapati bahawa peningkatan transaksi tanpa tunai mendorong kepada

pengurangan kes kecurian sekaligus mengurangkan kes jenayah secara

keseluruhannya. Walau bagaimanapun, hasil kajian Cashless Societies : Drive’s and

Challenges in Nigeria telah menemukan bahawa 60.9% daripada 100 orang

responden percaya bahawa kemungkinan rompakan ATM pula akan meningkat

apabila wang tunai sudah tidak lagi boleh didapati seperti biasa pada pengguna.

Ketiga : Mengurangkan penyebaran penyakit melalui penggunaan wang kertas dan

duit syiling dimana wang tunai ini dianggap sebagai medium pembawa penyakit.

Menurut kajian pada tahun 2017, yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE, para

penyelidik telah menggunakan wang kertas USD1 daripada bank di New York untuk

melihat apa yang ada pada mata wang kertas tersebut. Sangat mengejutkan apabila

mereka telah menemui beratus-ratus spesies mikroorgnisme yang menjadi salah

satu punca jerawat. Mereka juga menemui bakteria kulit yang tidak merbahaya dan

bakteria vagina.

Kajian terhadap wang kertas Singapura turut diuji oleh Simon Tan (2017), hasilnya

juga mengejutkan apabila sebahagian wang kertas tersebut mengandungi bakteria

yang sama banyak dengan tapak kasut dan tempat duduk mangkuk tandas. Malah

lebih banyak daripada bakteria yang terdapat pada telefon bimbit dan span cuci

pinggan.

Keempat : Mengurangkan pengelakan cukai dimana pengutipan cukai akan berlaku

dengan lebih mudah dan dapat dikesan dengan tepat melalui transaksi tanpa tunai.

Tiada siapa yang terkecuali untuk membayarnya. Dengan ini, akan meningkatkan

hasil kerajaan sekaligus dapat mengurangkan hutang dan defisit fiskal. Satu kajian

yang dibuat di United Kingdom mendapati bahawa dengan pengurangan pengelakan

cukai yang berlaku ini membolehkan kerajaan menyimpan sebanyak 6 bilion pound

untuk United Kingdom.

Kelima : Jika dilihat dari sudut institusi kewangan pula, bank boleh membuat

penjimatan berganda. Hal ini kerana, bank tidak perlu lagi untuk menanggung kos

percetakan wang tunai, ruang penyimpanan dan pengangkutan. Bukan itu sahaja,

apabila semuanya dibuat secara atas talian, hanya beberapa pekerja bank sahaja

Page 9: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

diperlukan untuk memberi bantuan kepada pengguna sekaligus dapat

mengurangkan kos gaji pekerja. Selain itu, pihak bank juga dapat menjimatkan kos

untuk percetakan kad bank apabila pengguna mula menggunakan telefon pintar

masing-masing untuk membuat bayaran.

Menurut Jigar Shah (2018) mengatakan bahawa “According to an estimate,

European banks could save between 45 billion pound and 90 billion pound annually

if the get rid of cash from their systems.” Dengan penjimatan yang sangat besar ini,

membolehkan Kerajaan untuk menambah baik kemudahan dan kebajikan rakyat.

Keenam : Pelbagai kupon, mata dan pulangan tunai boleh didapati dengan

menggunakan pembayaran melalui transaksi tanpa tunai. Sebagai contoh apabila

kita menggunakan Touch ‘n Go, Boost atau GrabPay, kita boleh mendapatkan

penjimatan berganda. Sesetengah e-wallet memberikan pulangan tunai untuk setiap

pembelian dan pembayaran melalui aplikasinya. Sebagai contoh promosi yang

dilakukan oleh Shell dan Petron, isi minyak RM40 akan dapat RM5 pulangan tunai.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh menggunakan kupon promosi yang disediakan

untuk mendapatkan diskaun berganda. Harganya akan menjadi lebih murah

berbanding membelinya di kedai-kedai fizikal.

Bagi pemilik kad BigPay pula, setiap pembelian yang menggunakan kadnya akan

memperoleh mata dan boleh ditebus untuk membeli tiket penerbangan Air Asia.

Promosi-promosi sebegini menarik perhatian pengguna untuk berbelanja secara

berhemah dan bijak sekaligus memberi kesedaran kepada pengguna akan

kepentingan masyarakat tanpa tunai.

Ketujuh : Memudahkan pertukaran wang asing dan mengurangkan risiko kadar

pertukaran mata wang. Kita tidak perlu lagi menghabiskan masa dan penat lelah

untuk beratur panjang di pengurup wang (money changer). Antara contoh mudah

yang boleh diambil ialah dengan penggunaan kad BigPay, kita tidak lagi perlu

bimbang untuk bawa wang tunai apabila ke luar negara.

BigPay merupakan satu aplikasi pada telefon pintar dan mempunyai kad bersama

untuk membuat segala transaksi tanpa tunai. Tidak seperti e-wallet yang sedia ada

kerana kad BigPay boleh digunakan di seluruh dunia tanpa dikenakan caj

tersembunyi untuk kadar pertukaran wang asing. Malah kadar yang diambil jauh

lebih murah berbanding pengurup wang. Ini membolehkan kita berjimat berkali

ganda tanpa memeningkan kepala.

Kelapan : Mengurangkan risiko untuk kerugian kewangan (financial loss) akibat

bencana seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan sebagainya. Menurut Neetu

Kumari & Jhanvi Khanna (2017) menyatakan bahawa, “Cash can lead to the

financial loss in the case of fire and flooding incidents, so it can be reduced by

cashless transaction.”

Page 10: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Kesembilan : Memberi ruang kepada kerajaan untuk mengakses lebih banyak data

tentang pengguna. Kerajaan boleh menggunakan data yang diperolehi daripada

transaksi tanpa tunai untuk memperbaiki polisi sedia ada. Dengan data ini, kerajaan

juga boleh mengenal pasti corak aktiviti pengguna sekaligus membantu kerajaan

membuat perancangan untuk perumahan, pengangkutan awam, pengurusan tenaga

dan lain-lain.

Kesepuluh : Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Peningkatan transaksi

tanpa tunai yang mudah dan cepat telah mendorong pengguna untuk membeli-belah

secara atas talian. Menurut satu kaji selidik yang dibuat sempena jualan 11.11

menerusi e-dagang milik Ali Baba Group, rakyat Malaysia mencatatkan rekod paling

ramai membeli dalam talian dengan hampir 6,000 tempahan bagi tempoh 1 jam iaitu

enam kali ganda daripada kebiasaan.

Kajian ini turut mendedahkan Malaysia berada pada kedudukan tertinggi dengan

lebih 41 tempahan setiap minit diikuti dengan Singapura dan Indonesia masing-

masing 22 dan 15 tempahan setiap minit. Lebih ramai yang berbelanja, lebih ramai

juga pekerja yang diperlukan untuk mengendalikan barangan dan perkhidmatan

penghantaran. Sekaligus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan serta

pertumbuhan ekonomi akan meningkat.

Cabaran yang Perlu Ditempuhi

Hakikatnya, perkembangan teknologi transaksi tanpa tunai yang ada pada hari ini,

telah menyumbang kepada kemudahan dan kesenangan kepada kita semua dalam

pelbagai aspek. Berdasarkan setiap manfaat yang telah dinyatakan, jelas

menunjukkan masyarakat tanpa tunai ini adalah suatu yang sangat positif. Namun

begitu, ada juga kebimbangan dan cabaran yang perlu kita lihat dan tangani.

Pertama : Dengan pengurangan pekerja dan cawangan institusi kewangan, akan

mengurangkan jumlah pekerjaan dan memberi kesan yang besar kepada rakyat.

Mungkin bagi pihak bank perkara ini dilihat positif kerana boleh penjimatan berganda

tapi jika kita lihat dari segi pekerjaan, ini tidak bagus kerana kadar pengangguran di

negara akan meningkat. Malah turut memberi kesan terhadap peningkatan kadar

kemiskinan negara.

Kedua : Transaksi tanpa tunai memerlukan 24 jam sehari bekalan elektrik tanpa ada

gangguan. Jika bekalan elektrik terputus, internet tiada, bagaimana nak

menggunakan transaksi tanpa tunai ini? Dalam hal ini, wang tunai dilihat masih

berguna, signifikan dan mempunyai nilainya yang tersendiri.

Page 11: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Ketiga : Peningkatan transaksi tanpa tunai akan meningkatkan lagi jenayah siber.

Sejauh mana data keselamatan kita dilindungi? Semua maklumat peribadi

kewangan disimpan di alam maya. Hackers pada bila-bila masa boleh hack sistem

yang sedia ada ini. Bukan itu sahaja, jika telefon pintar kita hilang, bagaimana

dengan aplikasi-aplikasi e-wallet yang sedia ada? Adakah pencuri boleh

menggunakannya? Sejauh mana ia akan selamat? Hal ini menunjukkan bahawa

Kerajaan perlu menaik taraf sistem sekuriti yang sedia ada bagi mengelakkan

perkara sebegini berlaku. Bukan itu sahaja, akta dan undang-undang jenayah siber

perlu diperkemaskan dan diperketatkan.

Keempat : Masih ramai dalam kalangan rakyat yang buta IT terutamanya golongan

orang miskin dan yang tinggal di pedalaman. Apatah lagi untuk mereka mempelajari

aplikasi-aplikasi transaksi tanpa tunai. Menurut Jigar Shah (2018), masih ramai lagi

rakyat di India tidak pernah melihat dan kenal bank. Mereka hanya kenal wang

melalui wang kertas dan duit syiling. Hal ini menunjukkan bahawa kurangnya

pendedahan dan pendidikan terhadap sistem kewangan masa kini. Kerajaan perlu

lebih banyak memberi pendidikan dan kesedaran kepada rakyat tentang pentingnya

masyarakat tanpa tunai dalam dunia hari ini.

Penutup

Apa yang boleh kita simpulkan di sini ialah kebanyakan negara seluruh dunia

bergerak ke arah menjadikan negaranya tanpa tunai. Wang tunai mungkin satu hari

nanti akan terhapus dengan sendirinya mengikut peredaran zaman. Mungkin juga

anak kita pada masa akan datang sudah tidak kenal lagi wang tunai. Situasi ini

mungkin berlaku.

Malaysia mungkin dilihat masih jauh untuk mengejar negara-negara seperti China,

Sweden dan United States. Walaupun begitu, usaha-usaha ke arah itu adalah dilihat

sangat positif. Bak kata pepatah tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun

sampai juga. Kesedaran dalam kalangan pengguna juga telah meningkat.

Walaupun ada cabaran yang perlu kita pertimbangkan, secara hakikatnya,

masyarakat tanpa tunai dilihat membawa lebih banyak manfaat dan peluang

berbanding sistem kewangan yang sedia ada pada hari ini.

Page 12: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 10

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Abrams, A. (2017, September 6). Here's How Dirty Your Money Really Is. Didapatkan dari Time:

https://time.com/4918626/money-germs-microbes-dirty/

Bernama. (2020, Februari 20). E-Wallet : Government's Aspiration Towards a Cashless Society.

Didapatkan dari Bernama: https://www.bernama.com/en/news.php?id=1815135

Blanc, I. (2020, January 23). Revolusi China Menjadi Cashless Society. Didapatkan dari Coin.my:

https://coin.my/bitcoin/revolusi-china-menjadi-cashless-society/

Forex Bonuses. (2017, Oktober 19). The World's Most Cashless Countries. Didapatkan dari

ForexBonuses.Org: https://www.forexbonuses.org/cashless-countries/

Eng, L. G. (2019, Oktober 11). Portal Rasmi Kementerian Kewangan. Didapatkan dari Belanjawan

2020: http://www1.treasury.gov.my/

Asim Husain. (2017, Mac 23). Cashless Transaction System : A Study of Paradigm Shift in Indian

Consumer Behaviour. Didapatkan dari ShodGangotri Research:

https://shodhgangotri.inflibnet.ac.in/handle/123456789/4546

Ipsos. (2017, Ogos 17). 2017 Mobile Payment Usage in China Report. Didapatkan dari Ipsos

Research: https://www.ipsos.com/sites/default/files/ct/publication/documents/2017-

08/Mobile_payments_in_China-2017.pdf

Johnson, B. (2019, Oktober 28). The Top 3 Cashless Countries. Didapatkan dari

Corecashless:https://www.corecashless.com/the-worlds-top-3-cashless-countries/

Mohanad Faeq Ali et.al. (2019, September). Impact of Cashless Society on the Economic Growth in

Malaysia. Didapatkan dari Research Gate:

https://www.researchgate.net/publication/335586744_Impact_of_cashless_society_on_the_e

conomic_growth_in_Malaysia

Maitanmi Olusola et.al. (2013). Cashless Society : Drive's And Challenges in Nigeria. International

Journal of Information Sciences and Techniques, 3(2),1-11.

Cristobal, M.A. et.al. (2018, April 11). A Research Study on The Effects of Cashless Transactions on

People's Spending Behaviour. Didapatkan dari Academia:

https://www.academia.edu/36409929/A_Research_Study_on_the_Effects_of_Cashless_Tran

sactions_on_Peoples_Spending_Behavior.docx

Neetu Kumari & Jhanvi Khanna. (2017). Cashless Payment : A Behaviourial Change To Economic

Growth. International Journal of Scientific Research and Education, 5 (7), 6701-6710.

Azizi Othman. (2019, November 28). Towards A Cashless Society. Didapatkan dari

ResearchGate:https://www.academia.edu/40880155/Towards_A_Cashless_Society

Dewan Pustaka dan Bahasa. (2017). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Didapatkan dari Dewan

Bahasa dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=transaksi

Richa Goel et.al. (2019). Moving From Cash to Cashless Economy : A Study of Consumer Perception

Towards Digital Transactions. International Journal of Recent Technology and Engineering

(IJRTE) , 8 (1), 1220-1226.

Jigar Shah. (2018). The Cashless Society : The End of Cash and Our Economic Future. Didapatkan

dari Academia:

https://www.academia.edu/38020119/The_Cashless_Society_The_End_of_Cash_and_Our_E

conomic_Future

Steele, J. (2019, May 9). Payment Method Statistic. Didapatkan dari Creditcards.com:

https://www.creditcards.com/credit-card-news/payment-method-statistics-1276.php

Page 13: Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai...Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Pendahuluan Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah