Upload
vanliem
View
237
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: KG, BUKIT BATU 27030 DAMAK, JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR.
Tarikh: 24 April 2009.
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENYELIA)
PN. HANIM BINTI SULAIMAN
Tarikh: 24 April 2009.
UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA
BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSSIIISSS
JJJUUUDDDUUULLL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERPANDUKAN
KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PECAHAN TINGKATAN SATU BERDASARKAN MODEL PEMBELAJARAN ASSURE
SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2008/2009
Saya HAIRULNIZA BIN ZAKARIA
780903115301 BP060037
Mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√)
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
TIDAK TERHAD
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada
pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti
untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan
Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ..................................................
Nama Penyelia : PN. HANIM BINTI SULAIMAN
Tarikh : 24 APRIL 2009.
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERPANDUKAN
KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PECAHAN TINGKATAN SATU
BERDASARKAN MODEL PEMBELAJARAN ASSURE
HAIRULNIZA ZAKARIA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
FAKULTIF PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap‐tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………
Nama Penulis : HAIRULNIZA BIN ZAKARIA
Tarikh : 24 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa kepada insan yang disayangi dan dicintai
Abah : Zakaria Osman
kerana sentiasa memberikan dorongan dan galakkan dalam meneruskan pengajian di
UTM. Pengorbanan dan doa abah sentiasa menjadi pendorong kepada diri ini untuk
meneruskan pengajian.
Ucapan teristimewa juga kepada semua ahli keluarga yang banyak memberikan
dorongan kepada diri ini untuk meneruskan perjuangan.
Along : Rosliza Zakaria
Angah : Hamiza Zakaria
Ateh : Shahrilza Zakaria
Kejayaan ini adalah kejayaan bersama kita semua.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Dalam menyiapkan projek sarjana muda (PSM) ini banyak pihak yang telah
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di sini ingin saya merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat.
Ucapan terima kasih dan syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah
dan kurnianya alhamdullilah dapat juga saya menyiapkan PSM ini. Tanpa kekuatan
yang diberikan oleh Nya nescaya tidak akan terhasillah ada yang ada ini.
Ucapan terima kasih terutama kepada penyelia PSM saya iaitu Pn. Hanim Bt.
Sulaiman kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam
menyiapkan PSM ini. Tanpa bimbingan dari puan sudah tentulah PSM ini tidak
mampu disiapkan.
Akhir sekali ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan
komen dan pandangan dalam pembangunan CD-Rom ini.
v
ABSTRAK
Projek ini bertujuan untuk menghasilkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu bagi tajuk Pecahan menggunakan pendekatan tutorial. PBK ini bersifat mesra pengguna dan interaktif dimana maklumbalas akan diberikan serta merta kepada pengguna. Rekabentuk perisian ini dibangunkan bertujuan memudahkan pemahaman dan menarik minat pengguna. Proses pembangunan perisian PBK ini mengambil model ASSURE sebagai panduan. Model ini mengandungi enam fasa utama iaitu fasa analisis, fasa menentukan objektif, fasa memilih kaedah, media dan bahan, menggunakan media dan bahan, fasa penglibatan pelajar dan fasa penilaian dan pengubahsuaian. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dengan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2 dan QuickTime 5. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran pecahan dengan baik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop Computer Assisted Learning (CAL) software for Mathematics Form 1 for a Topic fraction by using the tutorial approach. This CAL program is user friendly and very interactive whereby the feedback will be given instantly to the users. This software is developed to improve understanding and attract the users’ interest. The development of this software (CAL) uses the ASSURE Model as guidance. This model consists of six phases that is analysis phase, objective decision phase, situation selection phase, media and product, using media and product, the student involvement phase and evaluation and modification. This CAL software also uses Macromedia Authoware 7.0 as the main software and supported by other software such as Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2 and QuickTime 5. It is hope that this software will be able assist students to master the skills and understand the concept of fraction effectively.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.5 Objektif Projek 6
1.6 Objektif Perisian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
viii
1.8.1 Pecahan 8
1.8.2 Pembangunan Perisian 8
1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 8
1.8.4 Tutorial 9
1.9 Rumusan 9
2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Pengenalan 10
2.3 Sejarah PPBK 12
2.4 Sejarah Perkembangan PPBK Di Malaysia 12
2.5 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer 14
2.6 Pengertian Multimedia 16
2.6.1 Teks 17
2.6.2 Grafik 18
2.6.3 Animasi 19
2.4.4 Audio 19
2.4.5 Video 20
2.7 Model ASSURE 21
2.7.1 Analyze Learner (Menganalisis Pelajar) 21
2.7.2 State Objective (Menyatakan Objektif) 22
2.7.3 Select Method, Media and Material
(Memilih Kaedah, Media Dan Bahan 23
2.7.4 Utilize Media and Materials (Menggunakan
Bahan dan Media) 24
2.7.5 Require Learner’s Participations (Memerlukan
Penglibatan Pelajar) 25
2.7.6 Evaluations and Revise (Melakukan Penilaian
dan Pengubahsuaian) 25
2.8 Rekabentuk Informasi 26
ix
2.8.1 Dapatkan Perhatian Pelajar (Gaint Attentions) 26
2.8.2 Pemberitahuan Objektif Pelajaran Kepada
Pelajar (Inform Learner of Objective) 26
2.8.3 Memperolehi Kembali Pembelajaran Lampau
(Stimulate Recall of Prior Learning) 26
2.8.4 Persembahan Ransangan (Present the Content) 27
2.8.5 Membekalkan Bantuan Kepada Pelajar
(Provide Learner Guidance) 27
2.8.6 Menghasilkan Tindakbalas (Elicit
Performance (Practice)) 27
2.8.7 Pemberian Tindakbalas (Provide Feedback) 27
2.8.8 Penilaian Pencapaian (Access Perfomance) 28
2.8.9 Generalisasi (Enhance Retention And
Transfer To The Job) 28
2.9 Teori Pembelajaran 28
2.9.1 Teori Pelaziman Skinner 28
2.9.1.1 Pengukuhan Positif 29
2.9.1.2 Tiada Pengukuhan 29
2.9.1.3 Pengukuhan Negatif 30
3 METADOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 31
3.2.1 Fasa Analisis 32
3.2.2 Menentukan Objektif 32
3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan 33
3.2.4.1 Peralatan Komputer Yang Akan
Digunakan 33
3.2.4.2 Perisian-perisian Yang Akan Digunakan 33
3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan 34
3.2.5 Penglibatan Pelajar 34
x
3.2.6 Penilaian dan Pengubahsuaian 34
3.3 Rekabentuk Perisian 35
3.3.1 Menentukan Cara Pelaksanaan 35
3.3.1.1 Reka Bentuk Skrin 36
3.3.1.2 Paparan Antara Muka 36
3.4 Carta Alir Reka Bentuk Perisian 36
3.4.1 Montaj dan Pengesahan Pengguna 36
3.4.2 Peringkat Permulaan 37
3.4.3 Peringkat Kandungan 37
3.5 Rumusan 39
4 HASIL REKA BENTUK
4.1 Pengenalan 40
4.2 Pempakejan, Pengurusan Fail dan Penyebaran Perisian 40
4.3 Komponen Utama dalam Perisian PBK 41
4.3.1 Permulaan Perisian 41
4.3.2 Sign In 42
4.3.3 Main Menu 43
4.3.4 Objective 44
4.3.5 Content 44
4.3.5.1 Multiplication 45
4.3.6 Glossary 46
4.3.7 Test 47
4.3.8 Exit 48
4.4 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian 49
4.4.1 Teks 49
4.4.2 Grafik 49
4.4.3 Animasi 50
xi
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 51
5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Perisian 52
5.3.1 Kekurangan Kepakaran 52
5.3.2 Kesuntukan Masa 53
5.4 Kelebihan Perisian 53
5.5 Kelemahan Perisian 54
5.6 Cadangan 55
5.7 Penutup 56
RUJUKAN 57
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Carta Alir 38
4.1 Paparan Montaj 41
4.2 Paparan Sign In 42
4.3 Pengesahan 42
4.4 Main Menu 43
4.5 Objective 44
4.6 Isi Kandungan 44
4.7 Multiplication 45
4.8 Quiz 46
4.9 Glossary 46
4.10 Arahan Test 47
4.11 Soalan Test 47
4.12 Skor dan Semakan Jawapan 48
4.13 Paparan Exit 48
xiii
SENARAI SINGKATAN
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
CAI - Computer Assisted Instruction
CAL - Computer Assisted Learning
CATS - Computer Assisted Tutorial System
CBI - Computer Based Instruction
CBL - Computer Based Learning
CBT - Latihan Berasaskan Komputer
CIE - Computer In Educations
CMI - Computer Managed Instruction
IBM - International Business Machine
ICT - Teknologi Maklumat
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MCCE - Malaysian Council for Computer in Education
MSC - Multimedia Super Coridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
USM - Universiti Sains Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia sebuah negara yang sedang pesat membangun menuju sebuah
negara maju, dengan pelancaran MSC (Multimedia Super Coridor). Idea ini telah
diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat Tun Dr Mahathir Bin
Mohammad pada 27 Ogos 1995. Ia merupakan suatu projek teknologi maklumat
(ICT) yang sangat penting kepada negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
yang mampu berdaya saing dengan negara-negara maju di dunia khususnya
kumpulan 8 (G8). Projek ini juga telah menjadikan dunia tanpa sempadan serta
meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan kajian dan
pembangunan (R&D) sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa
dan pentadbiran kerajaan elektronik, cekap, bersistem dan efisyen.
Di bawah MSC, terdapat 7 cabaran utama telah diperkenalkan dan salah
satunya adalah untuk meningkatkan sistem pendidikan negara dengan
memperkenalkan ICT sebagai satu komponen dalam persekitaran dan pembelajaran.
Impak dari MSC ini, Program Sekolah Bestari telah dilaksanakan pada bulan Julai
1997. Sekolah-sekolah ini telah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan ICT seperti
komputer, projector LCD dan juga CD-Rom interaktif bagi membantu guru-guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana pembelajaran pada masa kini
telah banyak mengalami perubahan berbanding dengan suasana pembelajaran lama.
Pelbagai kaedah dan pendekatan moden telah diperkenalkan selaras dengan
perubahan arus globalisasi dunia. Kepesatan arus pembangunan khususnya ICT
2
telah menjadikan pengajaran pada masa kini bertambah mencabar dan menarik.
Justeru itu, satu perubahan dalam kurikulum perlulah dilakukan oleh KPM.
Menyedari akan kepentingan teknologi ini, kerajaan telah memikirkan satu
kurikulum yang akan berupaya menyediakan pelajar untuk perkembangan teknologi
pada masa kini dan akan datang (Mohd Najib, 1997). Justeru itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Bahagian Teknologi Maklumat (BTP)
khusus untuk membina perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Teknologi dapat
mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru dalam pengajaran dan
meningkatkan lagi pemahaman murid dalam sesuatu konsep. Mohd Zaliman dan
Manjit (2001), menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan
pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan
mendasari cabaran dunia pendidikan era baru. Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran
penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan
kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara
sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran pendidik tetapi diubah dengan
membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan
perkembangan teknologi masa kini. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional
lebih menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru perlu
diubah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dimana pelajar berpeluang
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Konsep pembelajaran berbantukan komputer PBK semakin dominan dalam
dunia pendidikan masa kini. Pendekatan PBK ini lebih menyokong pengajaran
secara inkuiri penemuan, terarah kendiri dan pelajar membina sendiri pengetahuan
dengan bimbingan guru. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat membentuk
kreativiti pelajar serta mewujudkan iklim pembelajaran yang menarik dan
menyeronokkan.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan ICT telah memberi impak yang besar di dalam pembangunan
negara. Selaras dengan itu, dunia pendidikan juga telah menerima tempias dari
ledakan teknologi ini. Guru selaku pendokong agen perubahan dalam pendidikan
perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima arus perubahan ini.
Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi
menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan
pendekatan konvesional.
Matematik KBSM merupakan pendidikan matematik yang telah dirancang
bersesuaian mengikut tahap usia pelajar. Menurut dapatan kajian Siti Zuraida
(2007), tentang masalah dan salah konsep pelajar tingkatan dua dalam menyelesaikan
soalan pecahan, masih terdapat sebilangan pelajar yang masih lemah penguasaan
konsep yang asas. Antaranya ialah pelajar tidak mempermudahkan pecahan kepada
bentuk terkecil, kesalahan semasa menukarkan nombor bulat kepada nombor
bercampur, kesilapan pengiraan, dan kesalahan melakukan operasi penambahan,
penolakan, pembahagian dan pendaraban. Jadi, oleh kerana konsep matematik
adalah saling berkait secara berhirarki maka kelemahan memahami konsep-konsep
pecahan di tingkatan satu mengakibatkan pelajar sukar untuk memahami konsep-
konsep pecahan di tingkatan yang lebih tinggi.
Pelajar yang lemah biasanya sukar memahami konsep dan kurang menguasai
kemahiran matematik, menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan masalah
matematik dengan baik. Disebabkan oleh kurang memahami konsep, pelajar-pelajar
ini sering menghadapi masalah dalam topik pecahan, mereka ini sering melakukan
kesilapan-kesilapan dalam menyelesaikan soalan matematik pecahan. Kesilapan
yang biasa ialah kesilapan menentukan rumus yang sesuai dan kesilapan semasa
membuat pengiraan.
Guru-guru masih cenderung menggunakan alat teknologi pengajaran
matematik yang konvensional daripada yang moden kerana alat konvensional adalah
4
biasa bagi mereka dan tidak begitu sukar untuk digunakan (Bhasah et al., 2005). Ini
menyebabkan pelajar semakin kurang minat dalam mempelajari matematik akibat
daripada kaedah yang digunakan oleh guru ketika mengajar matematik tidak sesuai
atau isi kandungan matematik itu sendiri yang terlalu sukar untuk difahami. Salah
satu sebab kegagalan dalam pencapaian matematik adalah penggunaan bahan
pengajaran yang tidak sesuai dengan keperluan pelajar.
Bahan pengajaran pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu
bertindak sebagai suatu alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran,
pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran. Selain
daripada itu, multimedia interaktif melibatkan pelbagai unsur, antaranya unsur
interaktif dan unsur sebenar (authentic) yang memberi fleksibiliti kepada sesuatu
program multimedia. Justeru itu, penggunaan medium pembelajaran yang menarik
sememangnya dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar-pelajar dalam
memupuk minat dalam subjek matematik. Pembangunan perisian ini juga dapat
membekalkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan menghiburkan dengan
adanya unsur-unsur multimedia serta mempunyai interaktiviti yang tinggi.
Pengajaran berasaskan tutorial boleh membantu pelajar dalam memahani
konsep pecahan yang sebenar. Pelajar akan dibawa dengan pelbagai contoh dalam
kehidupan dan akan diterangkan oleh gambarajah dengan bantuan dari perisian
multimedia. Pendekatan ini adalah salah satu cabang dari pembelajaran
behaviorisme yang dipelepori oleh pakar psikologi yang awal. Didalam perisian
tutorial pelajar akan diminta untuk menyelesaikan masalah yang diberikan dan
ransangan terhadap tindakbalas akan diberikan. Ianya akan meningkatkan motivasi
pelajar dan memudahkan pemahaman pelajar dalam menguasai konsep asas pecahan.
Oleh itu, penggunaan multimedia dalam pengajaran tutorial boleh
memberikan pelajar lebih keseronokan untuk meneroka dan mempelajari konsep
pecahan. Ini secara tidak langsung, boleh mengukuhkan konsep serta pemahaman
pelajar bagi matapelajaran matematik tingkatan satu bertajuk pecahan.
5
1.3 Penyataan Masalah
Dalam proses berkomunikasi, guru tidak boleh menganggap bahawa tindakan
mengajar dengan cara syarahan dan tunjukcara (demonstrasi) akan mengakibatkan
pembelajaran murid (Nik Aziz, 1989). Banyak kajian yang melaporkan bahawa
kaedah pengajaran yang diamalkan oleh kebanyakan guru ialah kaedah chalk and
talk dan kebanyakan pelajar juga lebih berminat kepada ‘expository learning’ (Mohd
Najib dan Mohd Yusuf, 1995). Akibat dari kesalahan ini menyebabkan ramai pelajar
tidak dapat menguasai matematik kerana ianya dianggap susah dan tidak
menyeronokan. Menurut Liew, Su Tim dan Wan Muhammad Saridan (1989),
terdapat beberapa faktor kesukaran dalam pembelajaran matematik iaitu pelajar tidak
dapat menguasai pengetahunan asas, konsep nombor, manipulasi algebra, membuat
model dan kebolehan am.
Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran pada
masa sekarang merupakan suatu kaedah atau alternatif baru bagi menggantikan
kaedah pengajaran secara tradisional. Guru bukan lagi menjadi penyampai ilmu
yang aktif dan murid menjadi pendengar yang pasif sebaliknya tugas guru pada masa
sekarang adalah sebagai pemudahcara. Tugas mengajar telah diambil alih oleh
komputer, dengan penggunaan CD-Rom interaktif.
Menurut Emenalo (1994) dalam Manisah at el. (1995)
‘Effective teaching results in effective learning. And effective learning
is a byproduct of the active participation of the learner in the teaching
and learning processes’
Oleh itu, satu pendekatan yang lebih efektif dan berkesan perlu dalam
pengajaran, pengajaran secara tradisional tidak lagi sesuai. Sebaliknya pengajaran
menggunakan CD-Rom di lihat amat perlu kerana ianya membolehkan pelajar
belajar sendiri pada bila masa dan dimana jua tanpa kehadiran seorang guru.
6
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk
Dalam sukatan matapelajaran matematik KBSM, pecahan merupakan salah
satu daripada tajuk penting yang sering mendatangkan masalah kepada pelajar
memahami konsepnya secara konktrit.
Menurut Jayaseelan (1999), pemahaman yang kukuh dalam perbendaharaan
kata seperti ‘penyebut’ , ‘pecahan setara’ , ‘pecahan tak wajar’, ‘nombor bercampur’
dan konsep gandaan sepunya terkecil masih tidak terdapat di kalangan subjek kajian.
Masalah ini amat ketara dalam penambahan, penolokan, pendaraban dan
pembahagian pecahan. Pelajar tidak memahami konsep menyamakan penyebut bagi
penambahan dan penolakan, manakala bagi pendaraban dan pembahagian biasanya
pelajar tidak memahami konsep pembahagian adalah songsangan dari pendaraban.
Oleh itu, perisian ini dibina dengan tujuan mampu membantu pelajar
memahami konsep penambahan, penolakan, pendaran dan pembahagian pecahan.
Selain itu, perisian ini juga membolehkan pelajar membuat ulangkaji dan membuat
latihan. Di samping itu, penggunaan grafik yang menarik, diharap dapat
menimbulkan minat dan memberikan pemahaman kepada pelajar dalam menguasai
tajuk pecahan.
1.5 Objektif Projek
Membina satu perisian dalam bentuk CD-ROM bagi topik Pecahan Tingkatan
Satu (KBSM) menggunakan pendekatan modal ASSURE dan teori tingkahlaku.
7
1.6 Objektif Perisian
Melalui perisian ini diharapkan para pelajar dapat:
i. Memahami konsep penambahan dan penolakan pecahan
ii. Memahami konsep pendaraban dan pembahagian pecahan bagi
menyelesaikan masalah.
iii. Menyelesaikan masalah operasi bergabung bagi tambah, tolak, darab dan
bahagi.