Upload
dangliem
View
220
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP KESEDIAAN BAKAL GURU TERHADAP
PENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS
ISLAMIAH BINTI OSMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan :
Nama Penyelia: PROFESOR DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI
Tarikh :
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL :TAHAP KESEDIAAN BAKAL GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS
SESI PENGAJIAN : 2004/2005
ISLAMIAH BINTI OSMAN ( 820815-01-5320 )
(HURUF BESAR)
Saya
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROFESOR DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI Nama Penyelia
Tarikh : 22 OKTOBER 2004
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: KAMPUNG PARIT SEMARANG, MUKIM 8 PARIT RAJA, 86400 BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh : 22 OKTOBER 2004
TAHAP KESEDIAAN BAKAL GURU TERHADAP PENGAJARAN
SAINS DALAM BAHASA INGGERIS
ISLAMIAH BINTI OSMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Islamiah binti Osman
Tarikh : 22 OKTOBER 2004
iii
DEDIKASI
Buat bonda yang dikasihi, Juminah Binti Pawi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini....
Buat along, angah dan adik-adik,
Ismail, Ishak, Iskandar dan Ismalina...yang sentiasa memberi sokongan dan
kasih sayang...
Buat insan yang teristimewa, Mohd Nor Izham Bin Idrus,
Terima kasih atas dorongan, nasihat, bantuan,
kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini....
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan tidak akan saya lupakan.....
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan kukenangi buat selamanya....
Salam sayang buat kalian semua.....
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapatlah penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah
ditetapkan.
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Profesor Dr. Noor Azlan
bin Ahmad Zanzali di atas segala bimbingan, kerjasama, bantuan, dorongan serta masa
yang telah diluangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Seterusnya ucapan terima kasih juga ditujukan kepada bonda serta semua ahli
keluarga tersayang di atas segala dorongan, nasihat dan bantuan mereka sepanjang
menyiapkan projek ini. Doa dan restu mereka amat dihargai.
Penulis juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi semangat dan membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada
semua pihak yang membantu secara langsung ataupun tidak langsung.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan segala jasa baik yang
dicurahkan diucapkan terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau persediaan bakal guru terhadap pengajaran sains
dalam Bahasa Inggeris. Perkara yang dikaji adalah tertumpu pada persediaan bakal guru
dari aspek minat terhadap mata pelajaran sains, pengetahuan dan penguasaan bakal guru
terhadap pelajaran sains, sikap bakal guru terhadap Bahasa Inggeris dan kemampuan
bakal guru untuk berkomunikasi dengan baik di dalam kelas. Seramai 41 orang pelajar
dari 4SPN di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai telah dijadikan sampel kajian. Instrumen
kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 3 bahagian yang
melibatkan latar belakang responden dan beberapa item yang berkaitan dengan
persoalan kajian. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisisan Statistical
Packages for Social Science (SPSS) versi 10 bagi mendapatkan nilai min dan peratusan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa bakal guru mempunyai persediaan yang tinggi dari
aspek minat untuk mengajar mata pelajaran sains dan persediaan dari aspek kemahiran
berkomunikasi yang baik di dalam kelas. Persediaan dari aspek penguasaan tajuk
pelajaran sains dan persediaan dari aspek sikap terhadap Bahasa Inggeris masih berada
di tahap yang rendah. Di akhir bab kajian, beberapa cadangan telah diusulkan bagi
meningkatkan persediaan bakal guru terhadap pengajaran sains dalam Bahasa Inggeris.
vi
ABSTRACT
This study is carried out to observe the preparation of pre-service teacher for
teaching science in English. The focal point that is being highlighted in this research
paper is the preparation of pre-service teacher in preference in science teaching,
knowledge in science topics ,the pre-service teacher attitudes’ in English and the good
communication skills in class. The samples of this research paper are 41 students of
4SPN in Faculty of Education, UTM Skudai. The instrument used throughout the
process of conducting this research is questionnaire that contain three parts which
regarding the respondents’ personal background and a few items which examined on the
research questions. Data was analyzed using Statistical Packages for Social Science
(SPSS) software version 10. Based on the research that had been conducted, the average
value of mean for preparation of pre-service teacher in preference in science teaching
and good communication skill in class are high. Meanwhile, preparation for attitude in
English and knowledge in science topic are still low. At the end chapter of this research,
there are a few suggestions that have been prepared to increase the pre-service teacher
preparation for teaching science in English
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 2
1.4 Objektif Kajian 3
1.5 Persoalan Kajian 3
1.6 Kepentingan Kajian 4
1.7 Skop dan Batasan Kajian 4
viii
1.8 Definisi Operasional 5
1.8.1 Kesediaan 5
1.8.2 Pelajar 5
1.8.3 Mengajar 6
1.8.4 Minat 6
1.8.5 Sikap 6
1.9 Penutup 7
BAB II SOROTAN KAJIAN 8
2.1 Pendahuluan 8
2.2 Sains Dalam Bahasa Inggeris 8
2.3 Persediaan 10
2.3.1 Dari Aspek Minat 11
2.3.2 Dari Aspek Pengetahuan
dan Penguasaan Tajuk 12
2.3.3 Dari Aspek Sikap 14
2.3.4 Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi 15
2.4 Beberapa Dapatan Kajian Yang Lepas 17
2.5 Penutup 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN 23
3.1 Pendahuluan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 23
3.3 Populasi Kajian 24
3.4 Sampel Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 24
3.5.1 Bahagian A 25
3.5.2 Bahagian B dan C 25
ix
3.5.3 Laporan Penyeliaan 27
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Kajian Rintis 29
3.8 Analisis Data 29
3.9 Penutup 31
BAB IV ANALISIS DATA 32
4.1 Pendahuluan 32
4.2 Penganalisaan Latar Belakang
Responden 33
4.2.1 Taburan Jantina Responden 33
4.2.2 Taburan Bangsa Responden 34
4.2.3 Taburan Pandangan Bakal Guru 34
4.3 Analisis Bahagian B dan C 35
4.3.1 Persoalan Kajian 1 35
4.3.2 Persoalan Kajian 2 38
4.3.3 Persoalan Kajian 3 40
4.3.4 Persoalan Kajian 4 45
4.3.5 Perbandingan Nilai Purata Min dan
Peratusan Keseluruhan Persediaan
Bakal Guru 50
4.3.6 Analisis Pengalaman Mengajar Dalam
Bahasa Inggeris. 52
4.4 Analisis Laporan Penyeliaan Latihan Mengajar 53
4.4.1 Minat 54
4.4.2 Sikap 54
4.4.3 Penguasaan Tajuk 55
4.4.4 Kemahiran Berkomunikasi 55
4.5 Penutup 57
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN, IMPLIKASI
DAN CADANGAN 58
5.1 Pendahuluan 58
5.2 Perbincangan 59
5.2.1 Minat Bakal Guru Untuk Mengajar Mata
Pelajaran Sains Di Sekolah 59
5.2.2 Pengetahuan dan Penguasaan Bakal Guru
Terhadap Tajuk Pelajaran Sains 60
5.2.3 Sikap Bakal Guru Terhadap
Bahasa Inggeris 61
5.2.4 Kemampuan Bakal Guru Untuk
Berkomunikasi Dengan Baik Di
Dalam Kelas. 62
5.3 Rumusan Kajian 64
5.4 Cadangan 65
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.6 Penutup 67
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN A 72
LAMPIRAN B 77
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bahagian-bahagian Dalam Soal Selidik
Mengikut Item 26
3.2 Skala Likert Untuk Minat, Sikap, Pengetahuan
Dan Tahap Komunikasi Responden 26
3.3 Contoh Soalan Dalam Instrumen Soal Selidik 27
3.4 Darjah Penilaian Terhadap Responden 30
3.5 Ringkasan Analisis Min 30
4.1 Taburan Jantina Bakal Guru 33
4.2 Taburan Bangsa Bakal Guru 34
4.3 Taburan Pandangan Bakal Guru Terhadap Pengajaran
Sains Dalam Bahasa Inggeris 34
4.4 Minat Bakal Guru Untuk Mengajar Mata Pelajaran
Sains Di Sekolah. 35
4.5 Tahap Pengetahuan dan Penguasaan Bakal Guru
Terhadap Tajuk Pelajaran Sains 38
4.6 Sikap Bakal Guru Terhadap Bahasa Inggeris 40
4.7 Kemampuan Bakal Guru Untuk Berkomunikasi
Dengan Baik Di Dalam Kelas. 45
4.8 Perbandingan Nilai Purata dan Peratusan Keseluruhan
Persediaan Bakal Guru. 50
4.9 Taburan Pengalaman Mengajar Dalam Bahasa Inggeris 52
xii
SENARAI SIMBOL
SIMBOL BUTIRAN
BI Bahasa Inggeris
KH Kemahiran Hidup
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPSS Statistical Package For Social Science For Windows
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 72
B Laporan Penyeliaan 77
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sains merangkumi bidang pengetahuan yang berkaitan dengan sebatian,
kehidupan dan alam ; yang dikaji secara bersistem, dengan menggunakan kaedah saintifik
Dengan kata lain, sains melibatkan ilmu pengetahuan yang teratur dan boleh diuji atau
dibuktikan kebenarannya. Pengajaran sains perlu dicorakkan supaya memberi peluang
kepada pelajar untuk meneroka impak perkara saintifik, teknologi dan sosial sebagai satu
entiti yang berkaitan antara satu sama lain. Pemahaman tentang sains mesti dijadikan
sebahagian daripada kehidupan dan pemikiran sehari-hari manusia. Penekanan tentang
kepentingan mempelajari sains untuk menerangkan fenomena yang berlaku di sekeliling
manusia serta impaknya kepada masyarakat sejagat harus disalurkan secara bijaksana.
Guru-guru sains juga harus didedahkan kepada kursus dalaman yang memfokuskan isu
baru supaya ilmu pengetahuan mereka lebih kemaskini. Pengetahuan ini penting supaya
mereka dapat memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar mengenai fenomena
sains yang berlaku. Oleh itu, guru mesti bijak mengolah komponen sains yang lazimnya
lebih kerap distrukturkan secara berasingan supaya dapat disajikan dalam bentuk yang
memberi gambaran tentang aspek sains dan bahagiannya secara menyeluruh yang boleh
membantu pembelajaran.
2
1.2 Latarbelakang Masalah
Sejak Kementerian Pendidikan mengumumkan kerajaan akan melaksanakan
pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris secara serentak di semua
peringkat, pelbagai pihak memberi reaksi yang positif. Kerajaan berpendirian bahawa
penggunaan sains dalam Bahasa Inggeris boleh dilaksanakan. Walaupun begitu, kerajaan
akan mengambil kira pandangan daripada semua pihak mengenai cara perlaksanaannya.
Jawatankuasa Profesional Kementerian Pendidikan telah mengadakan mesyuarat dari
semasa ke semasa untuk mengkaji tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah serentak
mulai tahun 2003. Perubahan yang berlaku ini merupakan satu tamparan yang hebat
kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains dan tidak kurang juga kepada
bakal-bakal guru yang akan mengajar mata pelajaran sains. Justeru, guru mata pelajaran
sains digesa supaya memantapkan ilmu pengetahuan masing-masing supaya pengajaran
sains dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Mereka juga harus dilengkapkan dengan
kaedah pedagogi dalam usaha memahamkan pelajar kepada ilmu yang dibawa.
1.3 Pernyataan Masalah
Satu cabaran yang dihadapi oleh guru sains pada masa kini ialah pengajaran mata
pelajaran sains dalam Bahasa Inggeris. Maka, satu kajian perlu dijalankan ke atas pelajar
jurusan pendidikan khusus dalam mata pelajaran sains, iaitu sebagai bakal guru sains, di
UTM, Skudai Johor bagi mengenal pasti persediaan mereka untuk mengajar di sekolah.
Persediaan yang perlu dilihat iaitu minat mereka untuk mengajar mata pelajaran sains,
pengetahuan dan penguasaan mereka terhadap tajuk pelajaran sains, sikap mereka
terhadap Bahasa Inggeris dan kemahiran mereka untuk berkomunikasi di dalam kelas.
3
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah persediaan pelajar
kursus 4SPN untuk mengajar sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah. Di antara objektif
kajian ini adalah untuk ;
i) Mengetahui minat bakal guru untuk mengajar pelajaran sains di
sekolah.
ii) Mengetahui pengetahuan dan penguasaan bakal guru terhadap tajuk
pelajaran sains
iii) Mengetahui sikap bakal guru terhadap Bahasa Inggeris.
iv) Mengetahui kemampuan bakal guru untuk berkomunikasi dengan baik di
dalam kelas.
Ciri-ciri di atas akan memberi gambaran terhadap tahap kesediaan bakal guru
untuk mengajar sains dalam Bahasa Inggeris.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah tertumpu kepada beberapa aspek tentang persediaan
pelajar 4SPN untuk mengajar di sekolah kelak. Persoalan kajian ini meliputi perkara-
perkara berikut :
i) Adakah bakal guru berminat untuk mengajar mata pelajaran sains di sekolah ?
ii) Adakah bakal guru mengetahui dan menguasai tajuk pelajaran sains ?
iii) Apakah sikap bakal guru terhadap Bahasa Inggeris ?
iv) Adakah bakal guru mampu berkomunikasi dengan baik di dalam kelas ?