23
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD RAUB, PAHANG. SESI PENGAJIAN : 2005/2006 TI SHU ZHUANG Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi tinggi. 4.** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO66, TAMAN SRI RAUB, 27600 RAUB, TN.HJ.ASNUL DAHAR BIN MINGHAT PAHANG. Nama Penyelia Tarikh : __ 28 APRIL 2006 Tarikh: ____28 APRIL 2006______ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

  • Upload
    buitruc

  • View
    255

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD RAUB, PAHANG.

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

TI SHU ZHUANG Saya

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi tinggi. 4.** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO66, TAMAN SRI RAUB, 27600 RAUB, TN.HJ.ASNUL DAHAR BIN MINGHAT PAHANG. Nama Penyelia Tarikh : __ 28 APRIL 2006 Tarikh: ____28 APRIL 2006______

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : .....................................................

Nama Penyelia : Tn. Hj. Asnul Dahar bin Minghat

Tarikh : 28 APRIL 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

i

PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI

MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD RAUB, PAHANG.

TI SHU ZHUANG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (FIZIK)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................

Nama Penulis : Ti Shu Zhuang

Tarikh : 28 APRIL 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

iii

DEDIKASI

Kepada ibu bapa yang disanjungi memberi bantuan dan dorongan ke arah kejayaan

Projek Sarjana Muda ini

(Ti Ah Chai dan Gan Ah Choo)

dan

adik-adik yang disayangi

(Ti Shu Herng dan Ti Shin Miin)

serta

rakan seperjuangan yang dikasihi sentiasa menyokong selama ini.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya saya berupaya

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Tn. Hj. Asnul Dahar bin Minghat selaku penyelia di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang

diberikan sepanjang projek ini dijalankan.

Seterusnya, penghargaan ini juga ditujukan kepada pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Mahmud Raub di Pahang yang telah memberikan kebenaran untuk

menjalankan kajian di sekolah tersebut dan para responden yang terlibat dalam kajian ini,

iaitu pelajar-pelajar Tingkatan Dua, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di atas

kerjasama sepenuhnya dan bantuan yang telah diberikan.

Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Universiti Teknologi

Malaysia atas sokongan dan dorongan serta teguran yang bernas sepanjang tempoh

kajian ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga turut

ditujukan kepada semua yang telah memberikan apa juga bantuan sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan projek ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

v

ABSTRAK

Tujuan kajian deskriptif ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah

Kebangsaan Mahmud Raub, Pahang. Sampel kajian melibatkan 100 orang pelajar

Tingkatan Dua. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Soal

selidik ini mengandungi 40 item berbentuk Skala Likert yang mengenalpasti empat

faktor iaitu kaedah pengajaran guru, cara pembelajaran pelajar, sokongan ibu bapa dan

persekitaran pembelajaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen ini adalah α = 0.73. Data-

data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package

for Social Science (SPSS) versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min

keseluruhan keempat-empat faktor adalah tinggi iaitu melebihi 3.80. Walau

bagaimanapun, dalam kajian ini, item-item dengan min yang lebih rendah daripada 3.80

akan dijelaskan sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

pangajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa

Inggeris.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

vi

ABSTRACT

This descriptive research is aimed to observe the factor that influence on

student’s result in English Teaching and Learning Science and Mathematics. This

research was carried out in Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub, Pahang. The

sample of this research are 100 Form Two student. Instrument in use is a set of

questionnaire. The questionnaire content 40 item Likert which cover four aspects. In this

study, four aspects which are teaching technique by teacher, student’s learning

technique, the support given by parents and learning environment. Realibility of this

instrument which its alpha value is α = 0.73. Data collected were analysed by using

Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.0. The result of the research

obtained showed that the overall min of four of the factor was higher than 3.80. In this

case, those items which min were lower than 3.80 will be used to explain the factors that

influence on student’s result in Science and Mathematics in English.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Kepentingan Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

viii

1.9 Definisi Operasional 9

1.9.1 Faktor 10

1.9.2 Mempengaruhi 10

1.9.3 Pencapaian 10

1.9.4 Pengajaran 11

1.9.5 Pembelajaran 11

1.9.6 Sains 12

1.9.7 Matematik 12

1.9.8 Pelajar 13

1.9.9 Bahasa Inggeris 13

1.9.10 Persekitaran 13

1.9.11 Bahasa Pengantar 14

1.9.12 Sokongan 14

2 SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Faktor Guru 16

2.3 Faktor Pelajar 20

2.4 Faktor Ibu Bapa 27

2.5 Faktor Persekitaran Sekolah 31

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ix

3 METODOLOGI KAJIAN 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk kajian 35

3.3 Sampel Kajian 35

3.4 Instrumen Kajian 36

3.5 Prosedur Kajian 38

3.6 Kajian Rintis 39

3.7 Analisis Data 41

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 44

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Bahagian A (Profil Responden) 45

4.2.1 Jantina Responden 45

4.2.2 Kaum Responden 46

4.2.3 Kelulusan UPSR 46

4.2.4 Kelulusan Tahun 2005 (Tingkatan Satu) 47

4.2.5 Pendapatan Ibu Bapa 48

4.3 Analisis Bahagian B (Persoalan Kajian) 48

4.3.1 Kaedah Pengajaran Guru 49

4.3.2 Cara Pembelajaran Pelajar 53

4.3.3 Sokongan Ibu Bapa 57

4.3.4 Persekitaran Pembelajaran 61

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

x

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 65

5.1 Pengenalan 65

5.2 Rumusan Kajian 66

5.3 Perbincangan Hasil Kajian 67

5.3.1 Latar Belakang Responden 67

5.4 Perbincangan Persoalan Kajian 68

5.4.1 Faktor Kaedah Pengajaran Guru 68

5.4.2 Faktor Cara Pembelajaran Pelajar 69

5.4.3 Faktor Sokongan Ibu Bapa 70

5.4.4 Faktor Persekitaran Pembelajaran 72

5.5 Cadangan 73

5.5.1 Cadangan Kepada Guru 73

5.5.2 Cadangan Kepada Pelajar 74

5.5.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa 75

5.5.4 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 76

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.7 Penutup 78

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI 79

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A - B 83 - 93

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Keputusan peperiksaan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2004 6

1.2 Keputusan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2005 6

3.1 Soalan-soalan yang dibahagi berdasarkan aspek yang dikaji 37

3.2 Skala Likert 37

3.3 Contoh soalan dalam instrumen soal selidik 38

3.4 Darjah Penilaian Terhadap Responden 42

3.5 Ringkasan Analisis Min 42

3.6 Kategori Skala Pemeringkatan Likert 43

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Kaum 46

4.3 Taburan Gred Resonden Bagi Mata Pelajaran Sains dan

Matematik dalam UPSR. 46

4.4 Taburan Gred Responden bagi Mata Pelajaran Sains dan

Matematik pada Tahun 2005 (Tingkatan Satu) 47

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan Ibu Bapa 48

4.6 Analisis terhadap kaedah pengajaran guru yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 49

4.7 Analisis terhadap cara pembelajaran pelajar yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 53

4.8 Analisis terhadap sokongan ibu bapa yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 57

4.9 Analisis terhadap persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 61

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

xii

SENARAI SINGKATAN

ICT - Teknologi Informasi dan Komunikasi

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris

EteMS - English Teaching Mathematics and Science

MBM - Majlis Belia Malaysia

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

NGO - Non-governmental organizations associated with the

United Nations

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

JPNP - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

SPSS - Statistical Packages for Social Science

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan Dua 83

B Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Dan Jabatan Pelajaran Pahang Serta Surat Akuan Daripada

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Untuk

Menjalankan Kajian 90

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Aspirasi kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara perindustrian

bergantung penuh kepada bidang sains dan teknologi. Pembangunan bidang pendidikan

Sains dan Matematik mesti diberi tumpuan utama sebagai strategi menggerakkan

Malaysia dan rantau Asia bagi mencapai status negara maju dan stabil dalam

menghadapi cabaran globalisasi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan Sains dan

Matematik pada peringkat awal akan menjaminkan sebuah masyarakat berpengetahuan

yang mampu bersaing di arena antarabangsa.

Pendidikan memainkan peranan penting untuk menjana pemimpin dan rakyat

berkualiti pada masa depan. Pendidikan adalah pelaburan yang paling berkesan dan

mampu memberi “pulangan lumayan” kepada negara dalam jangka masa panjang.

Misalnya, negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan

negara-negara barat amat menitikberatkan pembangunan dan perkembangan bidang

pendidikan bagi memastikan rakyat mereka dilengkapi ilmu serta kemahiran terkini,

sekali gus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi. Tidak dinafikan

saluran pendidikan membuka peluang besar kepada generasi pelapis untuk

mengembangkan potensi dan daya kepimpinan.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

2

Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa maka

penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik adalah

bersesuaian dengan arus perkembangan pendidikan era Teknologi Informasi dan

Komunikasi (ICT) kini yang memerlukan kita menguasai banyak maklumat dari luar

dengan lebih pantas dan jelas. Secara tidak langsung penggunaannya mampu

meningkatkan kefahaman pelajar dengan lebih tepat kerana kebanyakan bahan rujukan

saintifik adalah dalam bahasa Inggeris. Seterusnya, bidang Sains dan Matematik adalah

bidang ilmu yang paling cepat berkembang berbanding dengan bidang lain. Maklumat

terbaru berkaitan dengan bidang ini kerap disebarkan melalui pelbagai media, baik buku,

jurnal ataupun internet adalah dalam bahasa Inggeris. Mereka yang fasih dan mahir

dalam bahasa Inggeris akan lebih mudah menimba ilmu terbaru.

Dalam era globalisasi hari ini, kepentingan dasar pendidikan yang berdaya saing

tidak boleh dinafikan. Pengenalan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris (PPSMI) atau English Teaching Mathematics and Science

(EteMS) adalah dibuat atas kesedaran ini. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris diperkenalkan memandangkan keperluan

menggalakkan bahasa global yang digunakan meluas bagi sains dan teknologi. Terdapat

keperluan bagi rakyat Malaysia untuk menguasai bahasa Inggeris demi mencapai laluan

ke dunia teknologi.

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa

Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah ini akan membolehkan

pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang Sains dan

Matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai

sumber. Pada masa yang sama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang

menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam

bahasa tersebut.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

3

Penggunaan bahasa Inggeris yang luas di kalangan masyarakat Malaysia dapat

mempertingkatkan lagi daya saingan rakyat dan menjadikan negera Malaysia sebagai

sebuah pusat pendidikan bertaraf dunia. Perlaksanaan dasar tersebut secara tidak

langsung mampu menjana kemajuan pelajar seterusnya mampu menyediakan negara

tenaga kerja produktif yang berkualiti menjelang Negara Maju 2020 nanti.

Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan di

mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa

Inggeris. Program ini akan dimulakan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu, Tingkatan

Satu dan Tingkatan Enam.

Menurut Prof. Chiam Heng Keng, Bahasa Inggeris sebagai alat pembelajaran

adalah lebih berkesan daripada menggunakan bahasa-bahasa lain selain bahasa ibunda

masing-masing. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda sebagai alat

pembelajaran Sains dan Matematik membolehkan pelajar lebih cepat fasih dalam kedua-

dua bahasa dan menjadi pelajar bilingual yang pintar (McLaughlin B., 1984).

“A more effective means (to increase students’ proficiency in English)

is for students to use English as a tool for learning.”

Menurut Lambert (1962) , Bahasa Kedua dan Perkembangan Individu,

penguasaan pelajar di dalam bahasa kedua penting untuk perkembangan individu.

Pelajar-pelajar yang bilingual didapati mempunyai kemahiran kognitif termasuk

kemahiran menyelesaikan masalah dan keupayaan berfikir yang lebih baik. Prestasi dan

personaliti pelajar bilingual adalah lebih baik berbanding dengan monolingual.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

4

Menurut Cummin (1986), Bahasa Kedua dan Pencapaian Akademik, pelajar-

pelajar yang bilingual didapati mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik

daripada pelajar-pelajar monolingual. Pelajar berkemahiran bilingual yang baik lebih

tinggi pencapaian akademik dibandingkan dengan pelajar berkemahiran bilingual

sederhana, seterusnya lebih baik daripada pelajar yang kurang bilingual.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

diperkenalkan memandangkan keperluan menggalakkan bahasa global yang digunakan

meluas bagi sains dan teknologi. Terdapat keperluan bagi rakyat Malaysia untuk

menguasai bahasa Inggeris demi mencapai laluan ke dunia teknologi. Alasan-alasan

yang diberikan pihak berkuasa adalalah munasabah dan memuaskan. Bagaiamanapun,

pihak yang menentang usaha ini memberikan hujah mereka berasaskan penyerapan

pengetahuan yang lebih mudah jika medium pengajaran merupakan bahasa ibunda

pelajar, satu alasan yang sama rasionalnya. Banyak isu-isu telah wujud di kalangan

masyarakat. Terdapat golongan yang menyokong tindakan kerajaan ini tetapi sebaliknya

terdapat kritikan dari golongan masyarakat.

Risiko perlaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali, kerana guru yang

mengajar Sains dan Matematik tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris,

dan dikhuatiri timbul keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", iaitu

penguasaan bahasa Inggeris pelajar tidak meningkat dan penguasaan ilmu Sains dan

Matematik pelajar terjejas oleh sebab masalah bahasa. Aspek kekurangan guru mata

pelajaran Sains dan Matematik yang mampu menggunakan bahasa Inggeris, kemahiran

menterjemah dan masalah sebilangan besar pelajar yang masih lemah dalam mata

pelajaran Sains dan Matematik antara faktor yang akan menambahkan lagi masalah baru

jika ianya dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

5

Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua mata

pelajaran teras tersebut. Persoalannya sejauh manakah ianya berkesan bagi

mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar? Atau akan merosotkah

pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dengan penggunaan

bahasa Inggeris? Suatu persoalan yang sukar untuk dijawab sekarang, namun

imbasannya sudah mula ketara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub merupakan sebuah sekolah

kerajaan yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dengan

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Seperti yang diarahkan oleh

kerajaan, program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2003.

Selepas program ini telah dijalankan di sekolah ini sejak tahun 2003, timbullah

masalah di mana pelbagai pihak menghadapi masalah misalnya guru menghadapi

masalah semasa proses pengajaran sementara itu pelajar pula menghadapi masalah

pembelajaran dan secara langsungnya menyebabkan pencapaian pelajar terganggu

berbanding dengan pelajar yang tidak mengikut program Pengajaran dan Pembelajaran

mata pelajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris

(PPSMI/ETeMS).

Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 di bawah menunjukkan keputusan-keputusan

peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan pelajar Tingkatan Tiga pada

tahun 2004 dan 2005. Pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2004 masih menggunakan

bahasa Melayu untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik manakala

pelajar pada tahun 2005 telah mengikuti program pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

6

Jadual 1.1 : Keputusan peperiksaan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2004

MATA

PELAJARAN

KELULUSAN PEPERIKSAAN

PERTENGAHAN TAHUN (%)

KELULUSAN PEPERIKSAAN

PERCUBAAN (%)

SAINS 62.90 54.29

MATEMATIK 42.30 36.17

(Sumber : Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub)

Jadual 1.2 : Keputusan peperikasaan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2005

MATA

PELAJARAN

KELULUSAN PEPERIKSAAN

PERTENGAHAN TAHUN (%)

KELULUSAN PEPERIKSAAN

PERCUBAAN (%)

SAINS 52.40 44.60

MATEMATIK 39.40 25.30

(Sumber : Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub) 1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan perbandingan keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar

Tingkatan Tiga pada tahun 2004 dan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2005 didapati

pencapaian pelajar pada tahun 2005 telah merosot sebanyak 10.5 % bagi mata pelajaran

Sains dan 2.9 % bagi mata pelajaran Matematik. Sementara itu keputusan peperiksaan

percubaan pelajar Tingkatan Tiga pada tahun 2005 telah merosot sebanyak 9.69 % bagi

mata pelajaran Sains dan 10.87 % bagi mata pelajaran Matematik berbanding dengan

keputusan tahun 2004. Daripada perbincangan di atas, penyelidik ingin mengkaji faktor-

faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub, Pahang.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

7

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti kaedah pengajaran guru yang mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub.

2. Mengenalpasti cara pembelajaran pelajar yang mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub.

3. Mengenalpasti sokongan ibu bapa yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub.

4. Mengenalpasti persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud

Raub

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

8

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah kaedah pengajaran guru yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub?

2. Apakah kaedah pembelajaran pelajar yang mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub?

3. Apakah sokongan ibu bapa yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub?

4. Apakah persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub?

1.6 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan berbentuk kajian kes dan hanya melibatkan pelajar

Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di daerah Raub iaitu Sekolah Menengah

Kebangsaan Mahmud Raub. Skop kajian ini merangkumi empat faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris iaitu kaedah pengajaran guru, cara

pembelajaran pelajar, sokongan ibu bapa dan persekitaran pembelajaran.