7
1 Beratnya Ujian Di Akhir Zaman Oleh Oleh Oleh : Ustaz Mohamad Hazli Bin Ismail Al-Hafiz

Beratnya Ujian Di Akhir Zaman Oleh - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Beratnya Ujian Di... · Begitulah generasi akhir zaman ini, apabila mereka menegakkan

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Beratnya Ujian Di Akhir Zaman Oleh - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Beratnya Ujian Di... · Begitulah generasi akhir zaman ini, apabila mereka menegakkan

1

Beratnya Ujian Di Akhir Zaman

Oleh Oleh Oleh :::

Ustaz Mohamad Hazli Bin Ismail Al-Hafiz

Page 2: Beratnya Ujian Di Akhir Zaman Oleh - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Beratnya Ujian Di... · Begitulah generasi akhir zaman ini, apabila mereka menegakkan

2

Beratnya Ujian Di Akhir Zaman

، الهي ، والعدوان إاله لع الظه ، والعاقبة للهتهقي رب العالهي احلهد للهة إاله باهلل العل العظيم ن ال إهل إاله اهلل وحده ال . والحول وال قوه

شهد أ

أ

ق الهبي يك هل، الهلك احل دا عبده ورسوهل، . ش نه سيدنا مههشهد أ

وأ

ادق الوعد االني ، . الصه فضل الهخلوقيد أ اللههمه صل وسلم لع سيدنا مهه

جعي صحابه أ

هل وأ

.ولع أ

وصيكم وايهاي بتقوى اهلل، فقد فاز ا بعد، فيا عباد اهلل، إتهقوا اهلل، أ نه

أ

.الهتهقون

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڤ ڤٹ ٹ ٹڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹچ

٨١: احلرش چڤ ڤ ڦ ڦ ڦ Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan menger-

jakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu meli-

hat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok

(hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat menge-

tahui akan apa yang kamu kerjakan".

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dalam erti kata takwa yang sebenar,

kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan untuk kita persembahkan kepada Allah. Ber-

jayalah mereka yang bertaqwa kepadaNya di dunia dan juga di akhirat.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

14 September 2018/04 Muharram 1440

Page 3: Beratnya Ujian Di Akhir Zaman Oleh - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Beratnya Ujian Di... · Begitulah generasi akhir zaman ini, apabila mereka menegakkan

3

Sabda Nabi SAW;

ال ىري ي ابيضي لع مق

ي ك ي ي ه لع دي ي ي ابير في ان الص و تي لع انلاسي ز أ

Maksudnya;

"Akan tiba ke atas manusia suatu zaman di mana orang yang sabar berpegang teguh

dengan ajaran agama di kalangan mereka, adalah seumpama menggenggam bara api

yang panas. 1

Sebahagian ulama mengatakan bahawa ini adalah antara ujian buat mereka yang ber-

pegang teguh kepada ajaran Islam di akhir zaman. Ujian kepada mereka adalah amat

hebat. Susah dan sukarnya untuk berpegang teguh kepada ajaran Islam di akhir zaman

adalah seumpama kita menggenggam bara api yang panas membakar tangan-tangan

kita. Hanya mereka yang benar-benar kental iman dan kuat jiwanya sahaja yang

mampu bertahan, kerana bara api yang panas itu sudah tentu akan membinasakan

tangannya.

Al-Imam Al-Thayyibi RH berkata maksudnya ; "Sebagaimana kita tidak mampu bertahan untuk menggenggam bara api dan tidak

mampu bersabar dalam menahan panas bara tersebut, demikianlah keadaan yang dia-

lami oleh orang-orang yang tetap teguh berpegang dengan agamanya di akhir zaman

ini. Mereka tidak mampu untuk berpegang teguh kepada agamanya kerana begitu

banyak berlakunya kemaksiatan dan tersebar luasnya kefasikan, serta lemahnya

keimanan.” 2

Seterusnya, beratnya cubaan dan ujian yang mana pada saat itu menyebabkan setiap

orang pasti membayangkan bahawa dirinya tidak akan dapat menjaga imannya kecuali

dengan kesabaran yang amat tinggi. Ertinya setiap mukmin akan ditimpa cubaan dan

ujian yang sangat besar di akhir zaman ini sebagaimana orang-orang yang bersungguh-

sungguh bersabar menggenggam bara api yang panas dengan tangannya.

_____________________________________________________ 1) Hadis Riwayat Al-Tarmizi, No. 2260. Sahih. 2) Tuhfah Al-Ahwazi, Jil.8/ m/s : 436

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

14 September 2018/04 Muharram 1440

Page 4: Beratnya Ujian Di Akhir Zaman Oleh - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Beratnya Ujian Di... · Begitulah generasi akhir zaman ini, apabila mereka menegakkan

4

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Di sini kita lihat betapa pentingnya untuk kita sama-sama mempertahankan ajaran

Islam di akhir zaman. Penentangan dan permusuhan akan datang dari segenap sudut,

sama ada dari pihak mereka yang bukan Islam dan tidak kurang pula dari pihak orang

Islam sendiri yang tidak memahami hakikat Islam dengan sebenar-benarnya. Mereka

akan terus memperlekeh dan mengkritik golongan yang berjuang untuk memper-

tahankan syiar agama Allah di atas muka bumi ini. Pelbagai alasan akan keluar dari

lidah-lidah mereka. Mereka akan berkata Islam itu kolot, mereka akan berkata pera-

turan Islam itu zalim, mereka akan berkata Islam menyekat hak kebebasan manusia,

mereka akan berkata kita belum bersedia untuk menerima pakai peraturan Islam dan

sebagainya. Inilah suara-suara yang akan kedengaran dari mereka yang tidak pernah

senang dengan Islam. Puncanya adalah hasad dengki yang menebal dalam diri

mereka.

Firman Allah SWT,

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڳ چ ڳ گ گ گ گ ک ک ک ک

ڻ ڻ ڻ ں ں ڱ ڱ ڱ ڱ ڳ ۀ ڻڳ

٨٠١: ابلقرة چھ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ھۀ ہ ہ ہ ہ

Maksudnya;

"Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu

kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka

sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah

mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa

atas segala sesuatu".

(Al-Baqarah, ayat : 109)

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

14 September 2018/04 Muharram 1440

Page 5: Beratnya Ujian Di Akhir Zaman Oleh - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Beratnya Ujian Di... · Begitulah generasi akhir zaman ini, apabila mereka menegakkan

5

\Saudara-saudaraku sidang Jumaat sekalian,

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA;

ن ىه ي و س ن ي ل ى الل ع طب : ق ال ر سل الل ص يبا ف ري غ أ ا ب د ى د ك ي ع يبا و س ري

م غ اليسل أ ب د

ب اء ينغر لMaksudnya:

“Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka

beruntunglah orang-orang yang terasing.” 3

Al-Hafiz Ibnu Hajar RH berkata;

“Sebab yang menjadikan generasi pertama, yakni generasi para sahabat dianggap seba-

gai generasi yang terbaik dan terhebat adalah kerana mereka adalah golongan ghuroba',

atau orang-orang yang terasing, atau minoriti dalam keimanan mereka disebabkan ban-

yak dan ramainya orang kafir ketika itu, dan juga kerana kesabaran mereka di atas

penderitaan yang mereka hadapi, serta berpegang teguhnya mereka dengan ajaran

agama walaupun diseksa dengan berbagai seksaan.”

Begitulah generasi akhir zaman ini, apabila mereka menegakkan agama, berpegang

teguh dengannya dan bersabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah ketika keja-

hilan, kemaksiatan dan disaat berbagai-bagai jenis fitnah berleluasa, maka mereka juga

termasuk dalam golongan ghuroba', dan pahala mereka akan dilipat gandakan di masa

tersebut sebagaimana amalan generasi pertama iaitu golongan para sahabat yang juga

berlipat kali ganda ganjarannya.

Berkata sebahagian ulama;

“Orang-orang yang terasing adalah mereka yang sentiasa istiqamah atau berpegang

teguh di atas kebenaran. Sesungguhnya syurga dan kebahagiaan merupakan balasan

bagi orang-orang terasing ini. Merekalah golongan yang sentiasa melakukan kebaikan

ketika manusia lain banyak terlibat dengan kerosakan dan kesesatan.”

___________________________________ 3) Hadis Riwayat Muslim

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

14 September 2018/04 Muharram 1440

Page 6: Beratnya Ujian Di Akhir Zaman Oleh - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Beratnya Ujian Di... · Begitulah generasi akhir zaman ini, apabila mereka menegakkan

6

Muslimin sidang Jumaat yang dikasihi, Pada akhir zaman ini akan semakin berkurangan kebaikan, dan akan semakin berma-

harajalela keburukan dan kejahatan, dan pada saat itu orang yang berpegang teguh

dengan agama sangat sedikit jumlahnya.

Yang sedikit ini akan berada dalam kesusahan dan cabaran kerana banyaknya fit-

nah yang menyesatkan, fitnah nafsu syahwat, dan manusia juga semakin sibuk den-

gan dunianya sehingga akhirnya ramai yang tenggelam dalam dunia yang merugikan.

Itulah gambaran dunia akhir zaman. Mereka yang tetap teguh dengan ajaran Islam

pada zaman ini akan menghadapi ujian yang berat. Kadang-kadang cacian dan celaan

mesti dihadapi, kadang-kadang mereka dijadikan bahan ejekan dan cemuhan. Bahkan

akan ada yang nyawanya dan keluarganya diancam dengan ketakutan dan kebina-

saan.

Marilah sama-sama kita perkukuhkan aqidah kita, perkemaskan amal ibadah kita,

tambah ilmu agama di dalam dada kita dengan secukupnya kerana zaman kita inilah

zaman penghujung usia dunia.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ېئچ ېئ ېئ ۈئ ۈئ ۆئ ۆئ ی ىئۇئ ىئ ىئ

٥٢: األفال چی ی ی

Maksudnya :

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana)

yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara

khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah bahawa Allah

Maha berat azab seksaNya.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

14 September 2018/04 Muharram 1440

Page 7: Beratnya Ujian Di Akhir Zaman Oleh - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Beratnya Ujian Di... · Begitulah generasi akhir zaman ini, apabila mereka menegakkan

7

و ع ني ن ف يهي ، و كه ىفي امقرآني امع ظيم و ني إ با ر ك اهلل لي ي وي ي ا في ياكه بيى

نين ىي الس إي ت و كه تيل وي ن و بل وي ت ق يهي ، و ي اتي و اذلكري احل كي

األ

نييه ناينري . امع ليس م نكنه و و يه لي ر اهلل امع ظي ست غفي ا و أ ذ لي

قل ق أ

ز ي نا ف ن روه، ف ، ف است غفي اتي الىؤوي يني و الىؤوي اتي و الىسنيى ني و الىسنيىي اة اتلايبيني

ي ا ن يي و ري .الىست غفي

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

14 September 2018/04 Muharram 1440