20
TERBITAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MAC - MEI 2006 “Guru-guru ini diharap akan dapat menghayati visi dan misi Kementerian Pendidikan yang baru dibentuk agar matlamat rancangan strategik yang dirancang itu dapat dicapai dengan jayanya”. Perkara ini telah ditekankan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Menteri Pendidikan, ketika berucap di Majlis Penghargaan Penilaian Sekolah Rendah 2005 Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah Seluruh Negara, pada 18 Februari 2006. Majlis berlangsung di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam. Yang Berhormat Pehin menjelaskan bahawa keberkesanan pelaksanaan visi dan misi Kementerian ini banyak bergantung kepada peranan guru-guru sebagai pelaksana dan juga tenaga pengajar di sekolah-sekolah. Sehubungan ini guru-guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran, bijak serta kreatif dalam bidang masing-masing. Apa yang penting, jelas Yang Berhormat Pehin, ialah kaedah strategi pengajaran yang kemaskini sesuai dengan keperluan pelajar-pelajar dan kemajuan terbaru dalam dunia pendidikan. Apa yang diharapkan ialah kemampuan sekolah membekalkan pelajar-pelajar dengan beberapa kemahiran seperti kemahiran belajar dan kemahiran berfikir secara kritikal yang akan membolehkan mereka membuat kerja-kerja analisis dan menilai maklumat-maklumat. Yang Berhormat juga menyentuh mengenai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, seperti penggunaan ICT dikalangan guru-guru. Dalam hubungan ini, setiap guru dikehendaki berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini sebagai alat bagi membantu atau memperkaya kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan, jelas Yang Berhormat Pehin, sentiasa mengambil perhatian terhadap keperluan bagi kualiti pendidikan dan latihan melalui penyediaan berbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi di semua sekolah. Yang Berhormat Pehin juga menyentuh mengenai pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris. Sebagai sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam bidang ini, Kementerian Pendidikan akan terus memantau dan memberi keutamaan ke arah usaha-usaha memperbaiki kecekapan dalam mempelajari subjek Bahasa Inggeris di peringkat sekolah. Ini termasuk menilai semula sejauh mana keberkesanan pengajaran guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini. Dalam usaha lain, Kementerian Pendidikan juga akan mengadakan program kembar sekolah-sekolah dengan negara-negara seperti Singapura dan Malaysia bagi meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran ini, dan juga mata-mata pelajaran teras yang lain seperti Matematik dan Sains. Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang guru yang hadir di majlis tersebut. Majlis ramah mesra dengan Yang Berhormat Pehin merupakan antara acara utama di majlis itu.

Berita Mac-mei (1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

berita

Citation preview

Page 1: Berita Mac-mei (1)

TERBITAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAMMAC - MEI 2006

“Guru-guru ini diharap akan dapat menghayati visi dan

misi Kementerian Pendidikan yang baru dibentuk agar

matlamat rancangan strategik yang dirancang itu dapat

dicapai dengan jayanya”. Perkara ini telah ditekankan

oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato

Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia

Haji Mohamed Taib, Menteri Pendidikan, ketika berucap

di Majlis Penghargaan Penilaian Sekolah Rendah 2005

Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah Seluruh Negara, pada

18 Februari 2006. Majlis berlangsung di Dewan Canselor

Universiti Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin menjelaskan bahawa keberkesanan

pelaksanaan visi dan misi Kementerian ini banyak

bergantung kepada peranan guru-guru sebagai pelaksana

dan juga tenaga pengajar di sekolah-sekolah. Sehubungan

ini guru-guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran,

bijak serta kreatif dalam bidang masing-masing. Apa

yang penting, jelas Yang Berhormat Pehin, ialah kaedah

strategi pengajaran yang kemaskini sesuai dengan

keperluan pelajar-pelajar dan kemajuan terbaru dalam

dunia pendidikan. Apa yang diharapkan ialah kemampuan

sekolah membekalkan pelajar-pelajar dengan beberapa

kemahiran seperti kemahiran belajar dan kemahiran berfi kir

secara kritikal yang akan membolehkan mereka membuat

kerja-kerja analisis dan menilai maklumat-maklumat.

Yang Berhormat juga menyentuh mengenai kemahiran

dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi,

seperti penggunaan ICT dikalangan guru-guru. Dalam

hubungan ini, setiap guru dikehendaki berusaha untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

ini sebagai alat bagi membantu atau memperkaya kaedah

pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan,

jelas Yang Berhormat Pehin, sentiasa mengambil perhatian

terhadap keperluan bagi kualiti pendidikan dan latihan

melalui penyediaan berbagai kemudahan pengajaran dan

pembelajaran yang mencukupi di semua sekolah.

Yang Berhormat Pehin juga menyentuh mengenai

pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris.

Sebagai sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan

dan meluaskan pengetahuan dalam bidang ini, Kementerian

Pendidikan akan terus memantau dan memberi keutamaan

ke arah usaha-usaha memperbaiki kecekapan dalam

mempelajari subjek Bahasa Inggeris di peringkat sekolah.

Ini termasuk menilai semula sejauh mana keberkesanan

pengajaran guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini.

Dalam usaha lain, Kementerian Pendidikan juga akan

mengadakan program kembar sekolah-sekolah dengan

negara-negara seperti Singapura dan Malaysia bagi

meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam mata

pelajaran ini, dan juga mata-mata pelajaran teras yang lain

seperti Matematik dan Sains.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang guruyang hadir di majlis tersebut.

Majlis ramah mesra dengan Yang Berhormat Pehin merupakan antara acara utama di majlis itu.

Page 2: Berita Mac-mei (1)

2

Page 3: Berita Mac-mei (1)

Dalam usaha mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan, berkemahiran

dan berdayasaing untuk membangun Negara Brunei Darussalam, Kementerian

Pendidikan menyediakan perancangan strategik jangka panjang bagi tempoh

10 tahun (2006-2015).

Untuk melahirkan rakyat yang sempurna,

membangun masyarakat yang penyayang,

beretika dan berdaya tahan,

menyediakan sumber manusia bagi keperluan kepelbagaian ekonomi,

menyediakan pilihan-pilihan bidang pendidikan,

meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar,

menyediakan pendidikan sepanjang hayat,

dan menyediakan tenaga manusia dengan kemahiran yang boleh dipasarkan.

Perancangan Strategik Jangka Panjang Kementerian Pendidikan disediakan dengan

matlamat- matlamat seperti berikut:

Suasana ketika bengkel menyediakan perancangan strategik jangka panjang Kementerian Pendidikan yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam

3

Page 4: Berita Mac-mei (1)

Timbalan Setiausaha Tetap (PT) Timbalan Setiausaha Tetap (PD)

Perkhidmatan Korporat (PK)

Menteri Pendidikan

Timbalan Menteri Pendidikan

Setiausaha Tetap

Pegawai Tugas-Tugas Khas (PD)

Majlis Pelajaran Kebangsaan

Majlis Kebangsaan PengiktirafanKelulusan

Majlis Pendidikan Teknik danVokasional Brunei Darussalam

Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan

Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet

Jabatan Pendidikan Teknik

Jabatan Pengurusan SumberTenaga Manusia

Unit Pengurusan Strategik

Unit Hal Ehwal Antarabangsa

Bahagian Pendidikan Tinggi

Ketua Pengarah Pendidikan

Jabatan Sekolah-Sekolah

Jabatan Perkembangan Kurikulum

Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah

Jabatan Peperiksaan

Jabatan Pendidikan Kokurikulum

Unit Pendidikan Khas

Bahagian Pendidikan Swasta

Pusat Kerjasama Sains, Teknologidan Alam Sekitar (STEP)

Pendidikan Teras (PT) Perancangan dan Dasar (PD)

Timbalan Setiausaha Tetap (PK)

Pegawai Tugas-Tugas Khas (PK)

Majlis Pelajaran Kebangsaan

Jabatan Pentadbiran danPerkhidmatan-Perkhidmatan

Jabatan Teknologi Maklumatdan Komunikasi

Bahagian Pengurusan SumberTenaga Manusia

Unit Perkhidmatan Perundangan

Unit Perhubungan Awam

4

Page 5: Berita Mac-mei (1)

Seramai 217 orang pelajar yang memperolehi 5A di

dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR)

2005 telah diberikan hadiah dan sijil penghargaan di

Majlis Kesyukuran dan Penghargaan kepada Pelajar-

Pelajar dan Sekolah-Sekolah Cemerlang Di Dalam

Peperiksaan PSR Sekolah-Sekolah Rendah Senegara

2005 yang telah berlangsung di Pusat Persidangan

Antarabangsa, Berakas pada 13 Januari 2006. Turut

diberikan sijil penghargaan ialah 29 buah sekolah

yang mencapai 100% lulus dan 29 buah sekolah yang

mencapai 90% ke atas lulus.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri

Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji

Mohamed Taib, Menteri Pendidikan Negara Brunei

Darussalam. Dalam ucapannya, Yang Berhormat

Menteri Pendidikan menyeru kepada sekolah-sekolah

untuk meneruskan usaha secara lebih proaktif di dalam

mempastikan pelajar-pelajar memahami apa yang

diajarkan di samping menanamkan sikap sukakan

belajar dan bagi para pelajar untuk merasakan

berbangga dengan persekolahan dan pencapaian

pendidikan yang cemerlang.

Majlis anjuran bersama Bahagian Pendidikan Rendah

dan Jawatankuasa Guru-Guru Besar dan Penolong-

Penolong Guru Besar Senegara telah dimulakan

dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan ucapan

pengerusi dan tetamu kehormat. Acara kemuncak

majlis tersebut ialah penyampaian sijil dan hadiah

penghargaan oleh tetamu kehormat.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri

Pendidikan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta

pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan di

Kementerian Pendidikan.

Majlis Kesyukuran dan Penghargaan kepada Pelajar-

Pelajar dan Sekolah-Sekolah Cemerlang Di Dalam

Peperiksaan PSR adalah program tahunan Bahagian

Pendidikan Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah yang

dikendalikan oleh Jawatankuasa Guru Besar Sekolah

Rendah di daerah masing-masing.

Objektif utama majlis tersebut ialah

• Untuk memberi penghargaan kepada pelajar-

pelajar yang berjaya memperolehi 5A di dalam

Peperiksaan PSR

• Untuk memberi penghargaan kepada semua

sekolah yang menunjukkan kejayaan yang

cemerlang dalam peperiksaan PSR 2005

• Untuk memberi insentif dan motivasi kepada

pelajar-pelajar secara keseluruhannya

• Untuk menyatukan inisiatif dan usaha yang

lazimnya dilaksanakan di peringkat daerah

yang mana dilaksanakan secara usahasama di

peringkat nasional

Salah seorang murid menerima sijil dan hadiah dari Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

5

Page 6: Berita Mac-mei (1)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam telah menerima kunjungan serombongan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China. Rombongan berkenaan terdiri daripada 5 orang pegawai kanan yang di ketuai oleh Mr. Liu Baoli Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Kerjasama dan Pertukaran, Kementerian Pendidikan Republik berkenaan.

Perjumpaan tersebut telah berlangsung di Kementerian ini pada 26 April 2006. Ia adalah bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan selaras dengan Perjanjian Persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani pada 22 September 2004.

Turut hadir di perjumpaan berkenaan ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan juga pegawai kanan di Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Di perjumpaan tersebut, Yang Berhormat Pehin dan Mr. Liu Baoli telah bertukar-tukar pandangan mengenai dengan beberapa bidang kerjasama yang dapat diterokai dan dilaksanakan bagi kemanfaatan kedua-dua belah pihak. Antara bidang yang telah disebutkan adalah pertukaran antara guru, penuntut, perkembangan sumber tenaga manusia dan pengajaran Bahasa China.

Rombongan telah sampai di Negara ini pada 24 April 2006 dan berada di Negara ini selama lima hari sehingga 28 April 2006. Dalam lawatan lima-hari tersebut, rombongan berkesempatan melawat beberapa buah sekolah termasuk Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Universiti Brunei Darussalam dan tempat-tempat menarik di Negara ini.

Selain itu, Yang Berhormat Pehin juga menerima kunjungan muhibah dari beberapa buah perwakilan lain dari luar negeri. Pada 24hb Mei 2006, Yang Berhormat Pehin menerima kunjungan muhibbah dari Tuan Yang Terutama Koichiro Matsuura, Ketua Pengarah United Nations Educational, Scientifi c dan Cultural Organisation (UNESCO) berserta rombongan yang dalam rangka lawatan selama dua hari ke Negara ini.

Pada 9hb Ogos, Yang Berhormat Pehin menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Mr. Clare Martin, Chief Minister/ Minister for Asian Relations and Trade, Kerajaan Northern Territory, Australia. Manakala, pada 30hb Ogos, satu rombongan seramai empat orang dari Otago University yang diketuai oleh Pro Vice-Chancellor Universiti itu, Profesor Vernon Squire, membuat kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin. Kedua – dua belah pihak membincangkan hubungan kerjasama dalam bidang pendidikan.

Yang Berhormat Pehin menerima kunjungan serombongan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China di pejabat Yang Berhormat Pehin di Berakas.

Perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan6

Page 7: Berita Mac-mei (1)

Dalam mempertingkatkan keadaan suasana persekolahan yang kondusif bagi mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di Negara ini, pelbagai usaha dan inisiatif dirancang dan sedang dilaksanakan. Salah satu daripadanya ialah memperkenalkan pelajaran Pendidikan Jasmani bagi menengah atas. Ia adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam sistem dan program pendidikan untuk melakukan kegiatan-kegiatan jasmani secara berkumpulan, berpeluang untuk berinteraksi secara sihat, dan melahirkan kreativiti positif pelajar.

Perkara ini dititkberatkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam ketika berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Perasmian Pelancaran Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Menengah Atas yang telah berlangsung pada 9 Mac 2006 bertempat di Dewan Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Menurut Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Pendidikan Jasmani atau Physical Education (PE) memainkan peranan penting di dalam memupuk pertumbuhan dan perkembangan diri pelajar-pelajar

dari aspek jasmani, mental, sosial dan emosi. Jelasnya lagi, dengan adanya sukatan Pendidikan Jasmani seumpama ini, ia akan dapat menyemarakkan lagi suasana persekolahan menjadi riang ceria dan menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang lebih menyeronokkan kepada pelajar-pelajar.

Dengan pelancaran kurikulum berkenaan, pelajar menengah empat dan menengah lima kini mempunyai sukatan pelajaran pendidikan jasmani yang mana kandungan sukatan pelajaran di bahagikan kepada enam bahagian iaitu Kecergasan Fizikal, Kemahiran Permainan I, Kemahiran Permainan II, Olahraga, Sukan-sukan Pilihan dan Promosi Kesihatan.

Kurikulum itu antara lain diharap akan mengukuhkan kemahiran sosial dan kesukanan serta mengekalkan tahap kecergasan fi zikal, fi siologi dan psikologi serta mengamalkan dan menghargai kecergasan jasmani melalui komponennya, prinsip latihan, langkah keselamatan dan kesihatan untuk perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Selain itu, kurikulum berkenaan juga melatih dan mengukuhkan sikap kepimpinan dan kebolehan pengurusan kesukanan serta meningkatkan motivasi dan iltizam pembelajaran bagi kemajuan dan kecemerlangan akademik.

Perasmian pelancaran sukatan pelajaran Pendidikan Jasmaniyang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

7

Page 8: Berita Mac-mei (1)

Seramai lebih kurang 2,000 penuntut-penuntut Tingkatan

Enam Bawah dari empat buah maktab dan sekolah

Tingkatan Enam seluruh negara berpeluang berinteraksi

secara langsung dengan Yang Berhormat Pehin Orang

Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman

bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Menteri Pendidikan,

di majlis Ramah Mesra Dengan Yang Berhormat

Menteri Pendidikan. Majlis berlangsung pada 13 Mac

2006, bertempat di Dewan Canselor Universiti Brunei

Darussalam.

Majlis Ramah Mesra yang julung kalinya dianjurkan oleh

Jabatan Sekolah-Sekolah ini memberikan peluang kepada

penuntut-penuntut berinteraksi dengan Yang Berhormat

Pehin secara lebih terbuka. Dalam ucapannya di majlis ini,

Yang Berhormat Pehin menasihatkan penuntut-penuntut

untuk lebih berhati-hati dan bijak dalam menentukan

bidang-bidang pengajian yang akan diambil di peringkat

seterusnya agarianya mendatangkan manfaat dan berguna

kepada pembangunan negara. Kementerian Pendidikan,

jelas Yang Berhormat Pehin, ingin melahirkan pelajar-

pelajar yang berkemahiran dan mempunyai perwatakan

peribadi yang tinggi di samping memperolehi kelulusan-

kelulusan yang cemerlang di bidang pengajian akademik.

Yang Berhormat Pehin juga menyatakan rasa gembira

dengan keputusan-keputusan cemerlang yang diperolehi

oleh penuntut-penuntut dalam peperiksaan peringkat

‘O’ dan ‘A’ tahun ini. YB Pehin seterusnya menasihatkan

bagi penuntut-penuntut untuk setiasa berusaha didalam

mencapai keputusan-keputusan yang lebih cemerlang lagi

dalam pembelajaran mereka.

Penuntut-penuntut juga diingatkan mengenai peluang-

peluang pekerjaan di masa akan datang yang lebih

kompetitif. Bidang pekerjaan dimasa akan datang, tambah

Yang Berhormat Pehin dalam ucapannya, memerlukan

individu-individu yang mempunyai berbagai kemahiran

dan serba boleh, antaranya, cara berkomunikasi yang baik,

mempunyi ciri-ciri kepimpinan, berdaya cipta, pemikiran

yang analitikal, kebolehan bercakap, dan menyelesaikan

masalah. Setiap pelajar perlu memiliki kemahiran-

kemahiran yang disebutkan kalau mahu berjaya di masa

hadapan.

Penuntut-penuntut mengambil peluang baik di majlis berkenaan untuk berinteraksi secara langsung dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan, serta Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan.

8

Page 9: Berita Mac-mei (1)

Satu majlis perjumpaan telah diadakan di antara Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia

Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Awang Haji

Mohamed Taib, Menteri Pendidikan bersama pengetua-

pengetua, timbalan-timbalan pengetua, guru-guru

besar dan penolong guru-guru besar sekolah-sekolah

menengah dan rendah Kerajaan seluruh Negara

bertempat di Jerudong Park and Country Club pada 25

April 2006.

Majlis perjumpaan di antara pemimpin-pemimpin

sekolah dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan

serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian

berkenaan adalah merupakan sesi permuzakarahan

yang pertama kalinya diadakan secara berkumpulan.

Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesefahaman

di antara pihak kementerian dan para pemimpin-

pemimpin sekolah serta memberi peluang bagi semua

pihak untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan

dan berkongsi pendapat di dalam melaksanakan

visi Kementerian Pendidikan iaitu “Quality Education

Towards A Developed, Peaceful and Prosperous

Nation”.

Di majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Pendidikan

berkesudian untuk memberi ucapan yang antara lain

menyentuh mengenai dengan beberapa inisiatif yang

telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dalam

tempoh masa hampir setahun ini. Di antara inisiatif-

inisiatif yang disebutkan itu adalah

• Pengstrukturan semula organisasi Kementerian

Pendidikan yang mana dihasratkan akan dapat

menyahut kehendak keperluan pembangunan

sumber tenaga manusia negara dimasa akan

datang;

• Pembentukan Jabatan Pengurusan Sumber

Tenaga Manusia yang antara lainnya

berfungsi di dalam mempertingkatkan lagi

profesionalisme tenaga-tenaga pengajar;

• Penubuhan satu unit yang dipanggil Pejabat

Pengurusan Strategi yang akan mempastikan

pelan-pelan tindakan strategik Kementerian

Pendidikan akan dilaksana dengan lancar

dan teratur selaras dengan arah tuju mengikut

matlamat jangka panjang Kementerian

Pendidikan; dan

• Mengadakan lawatan-lawatan ke institusi-

institusi pendidikan dan sekolah-sekolah di

beberapa buah Negara dengan tujuan untuk

mempelajari perkembangan pendidikan di

Negara-negara berkenaan dan seterusnya

membuat perbandingan serta meneliti

kemungkinan bagi amalan-amalan yang terbaik

diserapkan ke dalam sistem persekolahan di

Negara ini.

Dalam ucapannya di majlis itu, Yang Berhormat Pehin menyentuh mengenai kepentingan elemen kualiti dalam sistem pendidikan.

9

Page 10: Berita Mac-mei (1)

Di majlis perjumpaan tesebut, satu sesi kongsisama

juga diadakan oleh pengetua-pengetua dan guru-guru

besar yang telah mengadakan lawatan-lawatan ke

beberapa buah institusi dan sekolah di Negara-negara

yang diketahui telah berhasil mencapai pembangunan

pendidikannya. Negara-negara tersebut adalah

Malaysia, Singapura, Australia dan New Zealand. Sesi

ini mendengarkan dapatan-dapatan dan juga cadangan-

cadangan yang difi kirkan sesuai untuk dilaksanakan

dalam sistem persekolahan Negara.

Dalam pada itu, perbincangan terbuka mengenai

isu-isu yang berkepentingan terutama mengenai

perlaksanaan pendidikan yang berkualiti iaitu antara

lainnya pengurusan sekolah, hal ehwal akademik, isu-

isu kepimpinan juga telah diadakan.

Turut hadir di perjumpaan itu adalah Setiausaha Tetap,

Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah dan

Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pendidikan.

Pada menyentuh mengenai sistem pendidikan

secara keseluruhannya, Yang Berhormat Pehin dalam

ucapannya menekankan peri mustahaknya elemen

kualiti untuk dijadikan keutamaan. Menurut Yang

Berhormat Pehin, sistem pendidikan yang berkualiti

itu bukan sahaja menghasilkan sumber manusia yang

berjaya dari aspek akademik malahan juga kemampuan

untuk melahirkan sumber manusia yang berkemahiran,

kreatif, dan mempunyai etika yang tinggi. Ke arah

memastikan sistem pendidikan Negara berhasil

mencapai tahap kualiti yang dimaksudkan itu, Yang

Berhomat Pehin menambah bagi perlunya Kementerian

Pendidikan untuk membuat perbandingan pencapaian

melalui penilaian “benchmarking” antarabangsa.

Sebagai langkah proaktif ke arah merealisasikan

pelaksanaan sistem pendidikan pula, Yang Berhormat

Pehin juga menyebut mengenai usaha Kementerian

Pendidikan di dalam menerokai beberapa pendekatan

yang bersesuaian dalam menjadikan pengurusan

sekolah-sekolah kepada yang lebih efi syen. Bidang-

bidang pengurusan yang disentuh oleh Yang Berhormat

Pehin itu termasuklah bidang kewangan, akademik, dan

pembangunan kakitangan sekolah.

10

Page 11: Berita Mac-mei (1)

Antara aturcara utama lawatan ialah berinteraksi secara langsung dengan murid-murid dan guru-guru.

Lawatan Yang Berhormat Pehin ke Pusat Tingkatan Enam Berakas yang dialualukan oleh pengetua dan penuntut-penuntut sekolah berkenaan.

Kelancaran perjalanan sesi persekolahan serta

pemantauan berterusan mengenai usaha-usaha

meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran

penuntut-penuntut yang dilaksanakan oleh pihak-

pihak sekolah adalah merupakan salah satu fokus

yang dititikberatkan oleh pucuk pimpinan Kementerian

Pendidikan. Ini adalah antara isu-isu utama Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia

Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Awang Haji

Mohamed Taib, Menteri Pendidikan ketika membuat

lawatan kerja ke Sekolah-Sekolah Rendah dan

Menengah sejak Januari 2006.

11

Lawatan-lawatan tersebut adalah bertujuan untuk

mengetahui dan melihat secara dekat aspek-aspek

seperti hal ehwal pengurusan pentadbiran sekolah,

program akademik dan perkembangan staf, pencapaian

dalam peperiksaan awam serta isu-isu dan cabaran

yang dihadapi oleh warga sekolah. Yang Berhormat

Menteri Pendidikan juga mengambil perhatian berat ke

atas keadaan bangunan sekolah-sekolah yang dilawati

termasukl penyediaan prasarana pendidikan dalam

memberikan kemudahan-kemudahan tempat belajar

yang lebih baik, selesa dan kondusif kepada pelajar-

pelajar.

Dalam siri lawatan itu, ketibaan Yang Berhormat Pehin

serta rombongan dialu-alukan oleh seluruh warga

sekolah. Sejurus tiba di sekolah, Yang Berhormat Pehin

diberikan taklimat mengenai pentadbiran sekolah serta

perkembangan dan pencapaian kemajuan pelajaran

penuntut-penuntut dan juga usaha-usaha serta inisiatif

yang telah dan sedang diambil terutama di dalam

memperkembangmajukan lagi pembelajaran dan

pengajaran penuntut-penuntut di sekolah-sekolah.

Di samping itu, Yang Berhormat Pehin juga mengadakan

perbincangan terbuka dengan pemimpin dan ketua-

ketua jabatan di setiap sekolah yang dilawati. Dalam

sesi perbincangan itu, isu-isu yang dibincangkan

termasuklah keputusan peperiksaan, kemudahan-

kemudahan di sekolah, hal ehwal kesejahteraan

penuntut dan perkara-perkara yang berhubungkait

dengan pembelajaran dan pengajaran seperti budaya

membaca di kalangan penuntut, penggunaan teknologi

dan infokomunikasi dan sebagainya. Selain daripadaitu, isu-isu seperti kebersihan sekolah, pembisaian

kawasan sekolah dan keselamatan keseluruhan sekolah

Page 12: Berita Mac-mei (1)

turut dibincangkan. Dalam hal ini, Yang Berhormat Pehin menekankan supaya pihak sekolah senantiasa memantau kebersihan dan kesihatan penuntut-penuntut bagi menghindari timbulnya penyakit yang menular seperti Penyakit Kaki Tangan dan Mulut.

Semasa perbincangan di lawatan-lawatan tersebut, Yang Berhormat Pehin menyeru pihak sekolah untuk terus menggiatkan usaha di dalam mempertingkatkan kualiti pembelajaran penuntut-penuntut di samping menitikberatkan supaya penuntut-penuntut diajar kemahiran berfi kir. Antara usaha yang dimaksudkan itu ialah mempertingkatkan keupayaan penuntut dalam penguasaan Bahasa Inggeris misalnya melalui aktiviti membaca, dan juga bahasa lain seperti Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan Bahasa Mandarin.

Yang Berhormat Pehin juga menyarankan pihak sekolah agar dapat mengenal pasti kekuatan-kekuatan (“strengths”) sekolah yang boleh dikembangmajukan. Ini adalah sepertimana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin bagi memperkenalkan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain bagi penuntut-penuntut yang kurang berminat kepada subjek-subjek akademik. Menurut Yang Berhormat Pehin, ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan minat dan motivasi penuntut-penuntut untuk belajar di samping menggiatkan usaha di

dalam memberkesankan lagi penglibatan penuntut dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

Dalam lawatan tersebut, Yang Berhormat Pehin juga berkesempatan untuk membuat tinjauan ke atas kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah-sekolah seperti infrastruktur bangunan sekolah, bilik-bilik darjah dan guru, makmal-makmal, padang dan kawasan bersukan, perpustakaan dan sebagainya bagi memastikan ianya senantiasa terpelihara dan mencukupi bagi menjaga keselesaan dan kesejahteraan penuntut-penuntut.

Turut serta dalam rombongan lawatan-lawatan ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.

Antara sekolah-sekolah yang dikunjungi oleh Yang Berhormat Pehin ialah:

Tarikh Sekolah-Sekolah

18hb Januari 06 - RabuSekolah Rendah Sungai SiamasSekolah Rendah Pehin Dato JamilSekolah Rendah Pintu Malim

15hb April 06 - Sabtu Sekolah Rendah TungkuSekolah Menengah Rimba

22hb April 06 - SabtuSekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, TutongSekolah Rendah Birau, Tutong

25hb Mei 06 - Khamis Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali

27hb Mei 06 - Sabtu Sekolah Menengah Pg Hj Abu Bakar, Kuala Belait

1hb Jun 2006 - Khamis Sekolah Rendah Beribi, TelanaiSekolah Menengah Menglait

7hb Jun 2006 - RabuSekolah Rendah JerudongSekolah Menengah Sayyidina UmarAl-Khattab

27hb Julai 2006 - Khamis Sekolah Rendah LumapasSekolah Menengah Awang Semaun

29hb Julai 2006 - SabtuSekolah Rendah Penaga, SeriaSekolah Menengah Sayyidina Ali,Kuala Belait

3hb Ogos 2006 - KhamisSekolah Rendah Sg LiangSekolah Menengah PAP HjhRashidah, Lumut

9hb Ogos 2006 - Rabu Sekolah Rendah Masin, Brunei IVSekolah Menengah Masin

Tahap kebersihan di kantin-kantin sekolah juga diutamakan.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan berinteraksi dengan murid-murid.

12

Page 13: Berita Mac-mei (1)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri

Setia Haji Awang Abdul Rahman menerima kunjungan

muhibbah Tuan Yang Terutama Koichiro Matsuura, Ketua

Pengarah United Nations Educational, Scientifi c dan

Cultural Organisation (UNESCO) beserta rombongan

yang berlangsung di Kementerian Pendidikan pada

24 Mei 2006. Turut serta dalam rombongan tersebut

ialah Profesor Stephen Hill, bekas Pengarah UNESCO

di Jakarta, Tuan Qunli Han, Pemangku Pengarah

UNESCO di Jakarta, Puan Amita Vohra, Pegawai

Eksekutif, Pejabat Ketua Pengarah dan juga Tuan Bobir

Tukhtabayev, Pegawai Perhubungan Bahagian Asia dan

Pasifi k bagi Sektor Perhubungan dan Kerjasama Luar.

Dalam perjumpaan itu kedua-dua pihak telah bersetuju

untuk menjalin kerjasama bagi mengukuhkan sistem

pendidikan di Negara Brunei Darussalam dan

bidang-bidang lain seperti kebudayaan, sains dan

perhubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan

UNESCO. Semasa perjumpaan itu, Tuan Yang Terutama

menyatakan bahawa UNESCO mencuba sedaya upaya

untuk memberikan bantuan kepada Kementerian

Pendidikan, Negara Brunei Darussalam dalam

penubuhan, “Brunei Darussalam National Commission”

bagi UNESCO yang mana akan memainkan peranan

penting dalam menyelaras dan melaksana program-

program dan aktiviti-aktiviti UNESCO.

United Nations Educational, Scientifi c and Cultural

Organisation (UNESCO) telah ditubuhkan pada 16

November 1945, sebagai sebuah agensi yang Bangsa

Bersatu dikhususkan di United Nations. Pertubuhan

tersebut melaksanakan kegiatannya khusus dalam

bidang-bidang yang berunsurkan pendidikan, sains

semula jadi, sosial, dan sains kemanusiaan.

Tuan Yang Terutama Koichiro Matsuura dan rombongan mendengar taklimat mengenai sistem pendidikan negara ini.

Tuan Yang Terutama Koichiro Matsuura dihadiahkan dengan sebuah lukisan hasil seorang penuntut yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan di satu majlis makan malam.

13

Page 14: Berita Mac-mei (1)

Persidangan Kebangsaan Mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pendidikan adalah persidangan yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan dan Universiti Brunei Darussalam yang telah berlangsung pada 24 hingga 26 Februari 2006 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Majlis Perasmiannya telah berlangsung pada 24 Februari yang telah dirasmikan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad, Pemangku Menteri Pendidikan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa adalah perlu menyediakan pelajar-pelajar di negara ini untuk menjadi berkesan dalam menyumbangkan kepada perkembangan dan pembangunan negara.

Persidangan Kebangsaan Pendidikan ICT yang bertemakan ‘Enhancing Education through Evolving Technology’ itu membentangkan 20 kertas kerja oleh penceramah undangan dari England, Republik Singapura, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah Dapatan Kepakaran Terhadap Jaringan, Implikasi Permainan Digital Dalam Pendidikan, Perbezaan ICT dan Jantina Dalam Sikap Pelajar Ke Arah Biologi dan Merealisasikan Pembelajaran Masa Hadapan Melalui Pembaharuan.

Seramai 228 peserta menghadiri persidangan tersebut yang terdiri pendidik-pendidik dan penceramah-penceramah.

Persidangan bertujuan untuk memberi kesempatan para guru untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman serta mengadakan perbincangan mengenai ICT di antara satu dengan yang lain. Persidangan itu juga dapat meningkatkan kesedaran orang awam dalam memahami perkembangan semasa mengenai pendidikan ICT serta meningkatkan peranan utama ICT dalam pendidikan yang lebih berkualiti.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan melancarkan Persidangan Kebangsaan Pertama Mengenai ICT Dalam Pendidikan, sambil diperhatikan oleh Yang Mulia Hj Abdul Ghani bin Hj Omar, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan.

14

Page 15: Berita Mac-mei (1)

Pameran Pendidikan United Kingdom bagi tahun 2006 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Yang Mulia Dayang Hajah Norjum binti Haji Yusop selaku tetamu kehormat di majlis perasmian berkenaan yang berlangsung di The Mall, Gadong pada 17 Mac 2006.

Dayang Hajah Norjum menjelaskan di majlis perasmian tersebut bahawa seramai 74 pelajar Universiti Brunei Darussalam sedang menjalani program kembar dengan beberapa buah universiti di United Kingdom dan 597 penuntut Brunei sedang melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa kerajaan di beberapa buah di universiti United Kingdom.

Dalam bidang pengajaran, Negara Brunei Darussalam telah meningkatkan bidang-bidang Teknologi Maklumat (IT), Teknologi dan Reka Bentuk, Pendidikan Fizikal dan Seni Kreatif. Sementara itu, Kementerian Pendidikan telah menyediakan satu program untuk guru-guru yang dilatih dalam penggunaan Bahasa Inggeris, jelasnya Dayang Hajah Norjum.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Pendidikan dan Latihan British Council, Susana Galvan yang juga berucap di majlis itu dan menekankan bahawa perkara utama yang

perlu diambil perhatian oleh pelajar adalah kesesuaian kursus dengan kerjaya yang akan dicaburi serta pengiktirafan dan taraf ijazah.

20 buah institusi pengajian tinggi dari United Kingdom ikut serta dalam pameran tersebut yang berlangsung selama satu hari yang bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang ramai, ibubapa dan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di United Kingdom.

SSYS adalah kongres serantau yang dikendalikan oleh Pusat Serantau SEAMEO RECSAM, yang berbentuk pameran

/ kongres Sains khusus untuk belia bagi menggalakkan mereka untuk memulakan projek penyelidikan saintifi k dan

teknologi. Kongres Serantau yang bertemakan ‘Pembangunan Berdaya Tahan Bagi Dunia Yang Lebih Baik ‘ telah

berlangsung pada 6 hingga 10 Mac 2006 bertempat di Pulau Pinang, Malaysia.

Majlis Doa Selamat untuk delegasi yang mewakili Negara Brunei Darussalam ke kongres tersebut telah diadakan pada

15 Februari 2006 di Kementerian Pendidikan, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dayang Hajah Aishah binti Haji Md Hussain, Pemangku Penolong Pengarah

(Bahagian Menengah), Jabatan Sekolah-Sekolah. Dalam ucapannya di majlis tersebut, beliau menggalakkan para pelajar untuk

ikut serta dalam projek yang berbentuk kajian, terutama sekali yang berunsurkan sains dan pemeliharaan alam sekitar.

Dua pelajar dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS), Awang Muhd Aminuddin Mohd Yusof dan Awang Muhd Zarifdana

Haji Zainal Abidin serta seorang guru pengawas projek Dayang Jenny Tan terpilih mewakili negara ke kongres berkenaan.

Peserta rombongan juga diiringi oleh Pemangku Ketua Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian

Pendidikan.

Dayang Hajah Norjum binti Hj Yusop berbincang dengan salah seorang wakil dari institusi pengajian tinggi yang menyertai pameran tersebut.

15

Page 16: Berita Mac-mei (1)

Kementerian Pendidikan telah mendapat tempat ke-

dua bagi kategori berpasukan dalam Kejohanan Golf

kali Keenam sempena Sambutan Hari Perkhidmatan

Awam 2005, setelah mengumpul 185 mata, manakala

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mendapat tempat

ketiga dengan memperolehi 180 mata. Johan ialah

Kementerian Pembangunan dengan mendapat 192

mata. Kejohanan berlangsung di Royal Brunei Golf and

Country Club, Jerudong Park pada 3 hingga 5 Februari

2006.

Juara individu disandang oleh Awang Han Kiem Kwang

yang mengumpul 44 mata, tempat kedua diraih Awang

Hamid Haji Abdullah (42 mata) dan Awang Haji Ali

Rashid menduduki tempat ketiga (41 mata).

Berangkat ke Majlis Penyerahan Trofi bagi Kejohanan

Golf Keenam yang dianjurkan oleh Kementerian

Pendidikan bagi merebut Piala Kurnia Seri Pengiran

Mudah Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee

Billah dan berkenan menyampaikan hadiah kepada

pemenang ialah Menteri Kanan di Jabatan Perdana

Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran

Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee

Billah.

Seramai 177 peserta dari 12 kementerian menyertai

kejohanan sempena Hari Perkhidmatan Awam 2005.

Pertandingan dibahagikan kepada empat kategori :

berpasukan, individu, VIP dan penaja perlawanan.

Kejohanan ini bertujuan menanamkan semangat

kesukanan dan kecergasan di kalangan pegawai-

pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di

samping mengeratkan lagi tali silaturahim sesama

mereka.

Yang Mulia Dato Paduka Haji Sheikh Adanan bin Sheikh Mohamad diberi penghargaan untuk menyampaikan hadiah kepada pemain-pemain.

16

Page 17: Berita Mac-mei (1)

Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran

Haji Abu Bakar, Mumong menjadi juara keseluruhan

bagi Pertandingan ‘Quality & Equity in Education’ (QEE)

bagi tahun 2005 setelah mengalahkan 20 pasukan yang

lain dengan mengutip 64.5 peratus.

Pertandingan berlangsung selama dua hari iaitu pada

18 dan 19 Januari 2006. Dalam masa dua hari tersebut,

setiap pasukan menyampaikan ‘presentation’ selama 20

minit dan dihakimkan mengikut kriteria yang digunakan

bagi Pertandingan Kumpulan Kerja Cemerlang.

Majlis Penyampaian Sijil QEE 2005 bagi Sekolah-

Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kerajaan telah

berlangsung pada 21 Februari 2006 bertempat di Pusat

Serantau SEAMEO-VOCTECH. Hadir selaku Tetamu

Kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah

serta sijil kepada pemenang ialah Yang Mulia Dayang

Hajah Norjum binti Haji Mohd Yusop, Ketua Pengarah

Pendidikan. Turut hadir di majlis itu ialah Dayang

Hajah Aishah binti Hj Md Husain, Penolong Pengarah

Sekolah-Sekolah Bahagian Pendidikan Menengah

selaku Pengerusi QEE 2005, Pegawai-Pegawai dari

Kementerian Pendidikan serta pengetua-pengetua dari

sekolah-sekolah dan maktab-maktab yang ikut serta.

Dalam majlis tersebut, pemenang QEE 2005 telah

menyampaikan ‘presentation’ mengenai projek mereka

yang bertajuk ‘School Speak English Campaign’. Majlis

diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil oleh

tetamu kehormat.

Pada tahun 2005, seramai 21 sekolah dan maktab ikut

serta dalam pertandingan tersebut. Ini adalah buat

pertama kali ianya diadakan melalui Jabatan Sekolah-

Sekolah Kementerian Pendidikan.

Maksud QEE mengikut UNICEFF (2000) :

1. Learners

• Healthy and well nourished

• Ready to learn

• Supported by families and communities

2. Environment

• Healthy, safe, protective and gender sensitive

• Provide adequate resources and facilities

3. Content

• Relevant curricular and materials

• Acquisition of basic skills

4. Processes

• Use of child centred teaching approaches

5. Outcomes

• Emphasised knowledge, skills and attitudes

6. Issues

• Ensure curriculum relevant to needs and time

• Ensure students have right skill, attitudes and

knowledge

17

Page 18: Berita Mac-mei (1)

Kementerian Pendidikan naib johan di Kejohanan Tarik Kalat Antara Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2006 setelah tewas di tangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Perlawanan berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada 11 Mac 2006. Hadir menyampaikan hadiah di kejohanan tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Hamid, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri.

Kejohanan Tarik Kalat Antara Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam adalah merupakan kejohanan kali pertama dan dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri. Kejohanan ini terbuka kepada semua kementerian-kementerian yang ada di negara ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan awam di kementerian masing-masing.

Sebanyak tujuh kementerian ikut serta dalam kejohanan ini iaitu:

1. Jabatan Perdana Menteri2. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan3. Kementerian Pendidikan4. Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama5. Kementerian Perhubungan6. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri7. Kementerian Kesihatan

Sebanyak satu acara sahaja dipertandingkan dalam kejohanan ini dengan 12 orang penarik kalat setiap pasukan dan tiga orang simpanan dalam berat badan (timbangan keseluruhan) 1.300 kilogram. Pertandingan tersebut diadakan secara pusing keliling (round robin) di kesemua Kementerian yang menyertai.

Pasukan Kementerian Pendidikan yang menyertai kejohanan tahun ini.18

Page 19: Berita Mac-mei (1)

INSTITUSI PENDIDIKAN DAN SEKOLAH

121

30

6 3

87

0

20

40

60

80

100

120

140

KATEGORI

Peringkat Rendah

Peringkat Menengah

Peringkat Teknikal & Vokasional

Pengajian Tinggi (UBD, ITB, PAPRSBNC)

Institusi Pendidikan Swasta

JUMLAH PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN KERAJAAN

0

2000

4000

6000

8000

10000

12000

14000

16000

18000

20000

Pra Sekolah / Sekolah Rendah

Sekolah Menengah & Prauniversiti

Teknikal & Vokasional

Institusi Teknologi Brunei

Universiti Brunei Darussalam

LELAKI PEREMPUAN

JUM

LA

H

JUM

LA

H

JUM

LA

H

JUMLAH PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA

12,888

3,022

12,346

2,591

0

2,000

4,000

6,000

8,000

10,000

12,000

14,000

Taman Asuhan/ Tadika / Rendah Menegah/ Pra Universiti

LELAKI PEREMPUAN

19

Page 20: Berita Mac-mei (1)

JUMLAH TENAGA PENGAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN KERAJAAN

1118 1280

280 76

249

2587

2106

192 35 128

0

500

1000

1500

2000

2500

3000

Prasekolah / Rendah

Menengah / Pra Universiti

Teknikal & Vokasional

Institut Teknologi Brunei

Universiti Brunei Darussalam

JUM

LA

H

JUM

LA

H

LELAKI

PEREMPUAN

JUMLAH TENAGA PENGAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA

421

1610

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

1600

1800

TAMAN ASUHAN, TADIKA, RENDAH, MENENGAH & PRA UNIVERSITI

LELAKI

PEREMPUAN

SIDANG REDAKSI

PENASIHATSetiausaha Tetap Kementerian Pendidikan(Yang Mulia Dato Paduka Haji Sheikh Adnanbin Sheikh Mohamad)

AHLI-AHLIPegawai-Pegawai Unit Perhubungan AwamKementerian Pendidikan

Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian

dalam majalah ini tidak boleh diterbitkan

semula, disimpan dalam cara yang boleh

dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan,

dalam sebarang bentuk atau sebarang cara,

baik dengan cara elektronik, mekanikal, dan

penggambaran semula, tanpa izin terlebih

dahulu dari pihak UNIT PERHUBUNGAN

AWAM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN.